MUSTAFFA KAMIL AYUB

on Sep 1, 2010

Mustaffa 'minat' tanding timbalan presiden


Pengerusi PKR Perak, Mustaffa Kamil Ayub berminat bertanding jawatan timbalan presiden tetapi menegaskan "adalah terlalu awal untuk membuat keputusan mengenainya".

Katanya, ini kerana beliau perlu menunggu hingga awal Oktober ini bagi melihat jumlah pencalonan untuknya bertanding jawatan tersebut.

Pemilihan bagi jawatan tertinggi PKR akan dijalankan secara langsung November ini. Proses pencalonan membabitkan 205 cabang PKR bermula minggu lalu dengan Kedah dan Perlis menjadi yang pertama berbuat demikian.

Mustaffa menegaskan demikian dihubungi bagi mengulas keputusan Majlis Pimpinan Negeri (MPN) Perak yang mahu beliau bertanding merebut jawatan timbalan presiden.

Lamanweb 
Suara Keadilan memetik kenyataan setiausaha MPN Perak, Anuar Zakaria sebagai berkata mesyuarat majlis semalam memutuskan Mustaffa paling layak memegang jawatan tersebut kerana mempunyai asas serta kualiti kepimpinan yang cemerlang sejak sertai parti itu pada 1999.

Menurutnya, Mustaffa berpengalaman memimpin PKR sebelum ini sebagai pemangku ketua Pemuda selama dua tahun, setiausaha agung selama tiga tahun dan naib presiden selama enam tahun. Mustaffa juga pernah menjadi pengerusi PKR Terengganu dan Sarawak dan berjaya menyelesaikan kemelut di kedua-dua negeri itu.

Ketika dihubungi 
Malaysiakini, Mustaffa berkata beliau sudah 12 tahun berkhidmat dalam PKR - dari jawatan timbalan ketua Pemuda sehinggalan jawatan naib presiden yang disandangnya sekarang.

Oleh itu, katanya, beliau bersedia untuk berkhidmat dalam sebarang peringkat dalam parti.

Beliau juga mengucapkan terima kasih kepada rakan-rakan seperjuangannya yang mempunyai keyakinan menggesanya bertanding jawatan timbalan presiden.



Sumber:- MalaysiaKini

0 comments:

Followers

pop up text

Blog Archive

Top Ranking Pro PR

My Blog List