ISU BUKAN ISLAM MASUK MASJID.......???

on Sep 1, 2010



DAP buat laporan polis terhadap pemuda Umno


Pemuda Sosialis DAP (DAPSY) Serdang kelmarin membuat laporan polis terhadap parti politik dan sebuah akhbar arus perdana berhubung isu Ahli Parlimen Serdang, Teo Nie Ching yang memasuki surau Al Huda Kajang baru-baru ini.

Laporan dibuat Ketua DAPSY Serdang, Lee Ching Hung bagi menggesa polis menyiasat kenyataan Pergerakan Pemuda UMNO yang mahu Ahli Parlimen itu dan Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Seri Kembangan, Ean Yong Hian Wah dihalau dari negara ini.



Pembantu Ahli Parlimen Serdang, Mohd Firdaus Babh berkata, pihaknya kesal kerana sayap parti politik itu memaki hamun pemimpin dipilih rakyat dengan kata kesat di dalam kain rentang seperti disiarkan sebuah laman berita web.

“Kami turut menggesa polis menyiasat pemimpin Perkasa yang mengaitkan isu Malcom X dan secara terang-terangan cuba mengancam keselamatan Yang Berhormat kami,” katanya ketika ditemui di Balai Polis Seri Kembangan lewat petang kelmarin.

Firdaus berkata, dalam laporan dibuat, pihaknya turut menggesa polis menyiasat artikel berbaur fitnah dalam sebuah akhbar arus perdana yang menyatakan kehadiran Ahli Parlimen Serdang ke surau untuk memberi bantuan kepada ahli Pas.

“Kami kesal kebanyakkan pihak melaporkan isu itu secara tidak bertanggungjawab,” katanya yang turut meminta Majlis Agama Islam Selangor (Mais) meneliti dan menyiasat perkara itu dengan lebih mendalam sebelum mengambil tindakan. 

Sinar Harian

0 comments:

Followers

pop up text

Blog Archive

Top Ranking Pro PR

My Blog List