Zaid Ibrahim kini sedia tanding 'jawatan itu'

on Sep 1, 2010

Walaupun pernah tidak berminat bertanding apa-apa jawatan dalam PKR sebelum ini, Penyelaras Pakatan Rakyat Datuk Zaid Ibrahim kita menukar fikirannya untuk merebut "jawatan itu" dalam pemilihan parti November depan.

Bagaimanapun, katanya, ia hanya akan berlaku sekiranya Menteri Besar Selangor Tan Sri Khalid Ibrahim tidak berminat merebut jawatan yang sama.

"Kalau dia (Khalid) mahu, saya lebih selesa memberi laluan kepada beliau kerana dia banyak pengalaman yang boleh membantu parti," kata bekas menteri di Jabatan Perdana Menteri itu.

Ini kerana, menurut Zaid (kiri), Khalid merupakan seorang pemimpin yang tidak suka menghentam atau memburukkan orang lain, sebaliknya lebih minat bekerja.

"Sebenarnya, itulah pemimpin yang boleh membantu orangMelayu dan parti kita," katanya.

Sebelum ini, ketika mengkritik etika pemilihan PKR, Zaid berkata beliau tidak akan bertanding apa-apa jawatan dalam parti tetapi hanya akan berkempen bagi pihak orang muda yang berkebolehan dan jujur.

Kenyataannya ketika itu mengendurkan sedikit cakap-cakap beliau akan merebut jawatan timbalan presiden PKR bersama Khalid dan ahli parlimen Gombak Azmin Ali. 

Alang-alang nak kena tempeleng
Jawatan nombor dua parti itu kini disandang Syed Husin Ali sejak PKR bergabung dengan Parti Rakyat Malaysia (PRM) sebelum ini.

Menulis dalam blognya hari ini, Zaid menjelaskan walaupun beliau tidak mahukan apa-apa jawatan, beliau terpaksa membuat keputusan baru ekoran asakan demi asakan terhadapnya.

"Kalau dah kena serang bertubi-tubi, baik saja masuk gelanggang. Kata orang, kalau nak kena tempeleng biar berbaloi. 

"Tapi itu pun kalau Tan Sri Khalid tak mahu jawatan tersebut," katanya dalam perenggan terakhir artikelnya berjudul 'Ibrahim Ali patut Berdialog'.

Zaid menjelaskan, seperti ahli parlimen Lembah Pantai Nurul IzzahAnwar yang dicap "liberal" ekoran pandangannya berhubung konsep 'hak' dan 'kedudukan' Melayu, beliau sendiri turut dipandang serong ramai pemimpin PKR ekoran pandangannya dalam pelbagai isu.

"Malah dalam masa pemilihan parti dewasa ini, saya telah mendengar bermacam kecaman, bahawa saya akan menjual hak orang Melayu. 

"Saya kononnya Melayu liberal yang suka mencari populariti murahan dengan bangsa lain dalam parti. 

"Dan yang paling dahsyat, yang saya akan menggagalkan perjuangan Anwar Ibrahim dan mungkin menjualkan parti PRK ini kepada UMNO suatu hari nanti jika saya diberi kuasa," katanya.

Sumber:- Malaysiakini

0 comments:

Followers

pop up text

Blog Archive

Top Ranking Pro PR

My Blog List