Selangor gantung gelaran Dato’ Dr Liong Sik dan Phang

on Sep 1, 2010

re_05.1

SHAH ALAM:  Sultan Selangor, Sultan Sharafuddin Idris Shah menggantung gelaran dan penggunaan Darjah Kebesaran Dato’ Selangor kepada bekas Menteri Pengangkutan, Tun Dr Ling Liong Sik dan bekas Pengurus Besar Lembaga Pelabuhan Klang Phang Oi Chooi @ Phang Ai Tu.
Keputusan itu dibuat setelah baginda berunding dengan Dewan di-Raja Selangor yang bersidang kali ke 127 pada 19 Ogos lalu.
Menurut kenyataan media yang dikeluarkan oleh Setiausaha Kerajaan Negeri Selangor hari ini,   Sultan Sharafuddin Idris Shah membuat keputusan di atas setelah mempertimbangkan bahawa kesalahan yang dipertuduhkan ke atas kedua-dua mereka  adalah kesalahan serius yang melibatkan kepentingan rakyat dan negara.
Menurut kenyataan itu, Dr. Ling telah dikurniakan keahlian darjah Kebesaran Dato’ Paduka Mahkota Selangor (D.P.M.S.) bergelar Dato’ pada tahun 1992 .
Phang pula  dikurniakan keahlian Darjah Kebesaran Dato’ Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah (D.S.S.A.) bergelar Datin Paduka pada tahun 2001
Dr Ling yang juga bekas presiden MCA telah didakwa atas pertuduhan di bawah seksyen 418 dan 417 Kanun Keseksaan di Mahkamah Sesyen Putrajaya dalam isu skandal zon perdagangan bebas Pelabuhan Kelang (PKFZ).
Phang pula telah didakwa atas pertuduhan di bawah seksyen 409 Kanun Keseksaan di Mahkamah Sesyen Klang dalam isu sama.
Penggantungan gelaran dan penggunaan darjah kebesaran ini akan disemak semula setelah mahkamah memutuskan mereka tidak bersalah dan dibebaskan atas pertuduhan, kata kenyataan itu lagi.
Sumber:- MT

0 comments:

Followers

pop up text

Blog Archive

Top Ranking Pro PR

My Blog List