DATUK DR. HASAN ALI........???

on Sep 1, 2010


Kes Surau Al Huda Pengarah JAIS akan Dipanggil



SHAH ALAM, 1 Sept - EXCO Hal Ehwal Islam, Adat-Adat Melayu, Infrastruktur dan Kemudahan Awam, Datuk Dr Hasan Mohamed Ali dalam satu kenyataan medianya menjelaskan pihaknya akan memanggil Dato’ Haji Mohammad Khusrin bin Haji Munawi selaku Pengarah JAIS untuk mendapatkan penjelasan mengenai tindakan yang telah diambil oleh beliau membubar jawatankuasa surau berhubung dengan isu penyertaan Ahli Parlimen Serdang, Teo Nie Ching di Surau Al-Huda kajang Sentral. 
"Berhubung dengan isu penyertaan Teo yang telah diperbesar-besarkan oleh pihak tertentu, saya telah diberi penjelasan oleh pentadbiran Surau Al Huda mengenai kejadian tersebut dan apa yang saya boleh perjelaskan disini adalah Ahli Parlimen Serdang memang dijemput sebagai tetamu atas sifat beliau sebagai Ahli Parlimen Serdang. Beliau dijemput menyampaikan bantuan kewangan yang diperuntukkan oleh Kerajaan Negeri Selangor di bawah Parlimen Serdang.
 "Beliau juga telah dijemput masuk ke dewan solat surau untuk menyampaikan bantuan dan seterusnya menyampaikan ucapan ringkas. Ucapan beliau hanya tertumpu kepada usaha-usaha kerajaan negeri dalam  membantu pelajar yang ingin menyambung pelajaran ke peringkat pengajian tinggi.
 "Tetapi perkara ini telah dieksploitasi oleh pihak-pihak yang ingin menangguk di air keroh. Keadaan ini telah menimbulkan reaksi segera di pihak MAIS dan JAIS, dalam masa yang sama pengerusi serta Bendahari Surau dan Pembantu Khas kepada Teo telah dipanggil untuk memberi keterangan di hadapan Pengerusi Majlis Agama Islam Selangor (MAIS), Pengarah Jabatan Agama Islam Selangor (JAIS) dan Wakil Istana.
 "Sejurus selepas pertemuan  tersebut, keputusan telah diambil tetapi ia merupakan satu keputusan yang tidak dibayangkan dalam pertemuan itu dan seperti yang dilaporkan, keputusan yang diambil ialah membubarkan jawatankuasa surau dan MAIS mengambil alih pentadbiran surau tersebut," jelasnya.
 Tambah Dr Hasan lagi akhbar telah membuat laporan yang berat sebelah mengenai kejadian ini, Teo dilaporkan menyampaikan ‘tazkirah’ serta dalam majlis itu beliau dilaporkan menyampaikan bantuan kewangan  kepada ahli-ahli PAS.
 "Berdasarkan rentetan kejadian di atas saya telah mengambil inisiatif berikut saya telah memanggil Jawatankuasa Surau Al Huda untuk menjelaskan kepada saya kejadian yang sebenarnya, selain itu juga saya telah menerima penjelasan daripada Teo dan menghormati hasrat beliau untuk menyembah ampun maaf kepada Duli Yang Maha Mulia Sultan Selangor.
 "Saya akan cuba menasihatkan semua pihak termasuk ahli-ahli politik demi menjaga sensitiviti setiap golongan rakyat, mereka perlu memaklumkan rancangan kehadiran mereka kepada pihak-pihak yang berwajib supaya tatacara penggunaan surau dan masjid dapat dipatuhi.  Dengan cara ini diharapkan kejadian yang berlaku di Serdang tidak berulang.
"Dalam pada itu saya juga akan mencadangkan supaya digubal peraturan yang lebih detail dengan memperincikan langkah-langkah yang mesti diambil dan tatasusila yang mesti dipelihara bagi mereka yang berhajat menggunakan kemudahan surau dan masjid di Negeri Selangor," sambungnya lagi.

0 comments:

Followers

pop up text

Blog Archive

Top Ranking Pro PR

My Blog List