JANGAN CONTOHI PEMIMPIN UMNO TAK BERMORAL - DSAI.

on Sep 6, 2010



PERMATANG PAUH 6 Ogos - Pemimpin Umno-Barisan Nasional gagal menunjukkan tauladan serta model yang baik untuk menjadi ikutan rakyat dari segi akhlak, moral mahupun memenuhi tuntutan syarak dan agama.
Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar mengambil contoh isteri pimpinan Umno yang kebanyakannya tidak menutup aurat hatta apabila memasuki masjid atau menghadiri majlis keagamaan.
Bagaimanapun Umno dilihat begitu pantas menyerang pimpinan Pakatan Rakyat yang bukan Islam apabila mereka berkunjung ke masjid atau surau dengan tujuan untuk mendekati masyarakat Islam.
"Bagi mereka ini jika pemimpin mereka sendiri yang beragama Islam tidak menurut tuntutan agama seperti menutup aurat, ia tidak menjadi isu kepada mereka. Tetapi apabila ianya berlaku kepada pemimpin daripada Pakatan Rakyat yang bukan Islam ia menjadi heboh dan diperbesarkan.
"Dalam Islam akhlak dan peribadi ini adalah menjadi keutamaan. Apabila kita mahu orang lain mencontohi Islam yang adil kepada semua, maka pemimpin itu sendiri mesti membuktikan bahawa kepimpinan mereka juga adil. Isteri-isteri mereka juga perlu menutup aurat.
"Apabila isteri pemimpin Islam masuk dalam masjid mereka menutup aurat. Apabila yang bukan Islam melihat akhlak yang ditunjukkan itu akan menjadi contoh kepada mereka. Namun begitu contoh ini tidak dilaksanakan oleh kebanyakan pemimpin yang sering menyalahkan orang lain," tegas Anwar.
Beliau berkata demikian ketika berucap pada majlis meraikan 100 ibu tunggal, orang miskin dan anak yatim anjuran JKKK Kubang Semang dan Wanita KEADILAN Cabang Permatang Pauh di perkarangan Masjid Kubang Semang semalam.
Tambah beliau, Islam memberi keadilan kepada semua pihak tanpa mengira fahaman dan ideologi, ras serta keturunan ataupun pangkat dan kedudukan seseorang.
Anwar turut membidas sesetengah pihak yang mempolitikkan isu agama untuk kepentingan politik sempit mereka sambil mengatakan sesetengah pemimpin kerajaan Umno-Barisan Nasional tidak menunjukkan sikap pro aktif yang boleh dijadikan tauladan kepada masyarakat.
Katanya lagi jika rasuah tidak mahu dibiarkan berleluasa, maka pemimpin harus menunjukkan contoh bahawa budaya rasuah itu adalah haram dan tidak patut menjadi amalan.
"Jika ini menjadi satu keutamaan, maka pasti rasuah dan korupsi yang mencemarkan imej negara dan pemimpin tidak akan menjadi satu perdebatan yang memalukan," tambah beliau lagi.
Turut sama dalam majlis tersebut termasuk Timbalan Ketua Menteri I Pulau Pinang, Datuk Mansor Othman dan Pesuruhjaya PAS Pulau Pinang, Mohd Salleh Man.



Sumber:- J4All

Saya masih waras - Guan Eng

on



KEPALA BATAS, 6 Sept: "Saya masih waras dan tahu menilai majlis apa yang dibolehkan ketika bersama masyarakat Islam"kata Ketua Menteri Pulau Pinang, Lim Guan Eng ketika membidas dakyah terbaru Umno kononya beliau menyembelih lembu korban.

Menurutnya, perbuatan itu sengaja dibuat dengan menukar gambarnya dengan wajah Mantan Menteri Besar Perak, Dato' Seri Ir Nizar Jamaludin dengan tujuan mencetuskan kemarahan Umat Islam terhadapnya.

Beliau yakin, rakyat tidak tunduk dengan fitnah yang tidak berasas tersebut yang mempunyai maksud untuk merosakkan perpaduan kaum yang sedia ada.

Menurutnya lagi, punca utama kemarahan kepimpinan Umno dan BN terhadap kepimpinanya ialah ketika beliau mengharamkan judi bola Piala Dunia baru-baru ini. Disebabkan pengharaman tersebut kerajaan kehilangan sumber pendapatan yang besar.

"Bila Kerajaan Pakatan rakyat mengeluarkan kenyataan haramkan judi bola, ramai yang marah malah ada yang anggap ianya tindakan jahat kerana menghalang sumber pendapatan negara, " jelasnya.

Pulau Pinang merupakan negeri pertama yang berbuat demikian baru diikuti oleh beberapa negeri lain sehingga membuatkan Kerajaan Pusat terpaksa mengubah keputusan mengharamkan kononya mendapat bantahan banyak pihak.

Sementara itu, masyarakat berbilang bangsa di Pulau Pinang terus memuji langkah Kerajaan Negeri memberikan wang pengurusan jenazah RM1,000 kepada waris warga emas yang telah meninggal dunia serta baki pemberian RM100 kepada 80 orang warga emas di Dewan Undangan Negeri (Dun) Sungai Dua.

Pemberian itu merupakan ehsan yang dianggap cukup mengembirakan waris yang menerima kerana sebelum ini tiada kerajaan sehebat Pakatan Rakyat yang sanggup memberikan saguhati tanda simpati kepada waris yang menerima kematian keluarga tercinta.

Program sumbangan pengurusan jenazah yang diadakan di Dewan Orang Pajak Song baru-baru ini adalah program kedua setelah berjaya dadakan di Seberang Perai Selatan penghujng bulan lepas.

Seorang penerima, Osman Saad berkata, pemberian RM1,000 itu membuktikan apa yang dijanjikan oleh Kerajaan Pakatan Rakyatt di Pulau Pinang bukan janji kosong sepertimana yang didakwa oleh pembangkang.

Ooi Ah Nga pula berkata, pemberian itu terbukti slogan 'Kerajaan Berjiwa Rakyat' betul-betul menjadi kenyataan tidak mempermainkan rakyat dengan berbagai slogan.

Manakala bagi Encik Gunaseelan dari Butterworth, pemberian itu merupakan simbol Kerajaan Pakatan Rakyat berbanding Kerajaan BN yang hanya tahu menabur janji tetapi sukar untuk merealisasikanya.

"Walaupun pemberian itu tidak seberapa namun bagi rakyat yang baru menerima kematian keluarga ia merupakan hadiah berharga yang tiada ternilai terutamanya keluarga miskin, " ujarnya yang menerima sumbangan pengurusan jenazah ayahnya mendiang Kuppusamy yang meninggal pada bulan Mac lepas.

Harakah Daily

MP PKR nafi jadi dalang serang Zaid

on

kamarul-bahrin-abbas2

PETALING JAYA: Sekumpulan Ahli Parlimen yang menyokong Azmin Ali bertanding jawatan Timbalan Presiden PKR menafikan dakwaan mereka adalah dalang di sebalik serangan peribadi ke atas Datuk Mohd Zaid Ibrahim, seorang lagi tokoh yang disebut-sebut akan bertanding jawatan itu.
"Tiada halangan kepada sesiapa untuk bertanding, namun ia terserah kepada anggota parti untuk menentukannya," kata Ahli Parlimen Teluk Kemang Datuk Kamarul Bahrin Abas pada satu sidang media di ibu pejabat PKR di sini hari ini, dengan ditemani enam ahli parlimen lain.
Beliau berkata, "Saya tidak nampak ia bermaksud serangan, dalam bentuk apa pun dan saya tidak pernah terfikir langsung mengenai hal itu. Jika beliau (Zaid) rasa mampu, kita benarkan dia bertanding dan serahkan kepada ahli-ahli parti untuk menentukannya."
Zaid melalui kenyataannya semalam bimbang ditimpa nasib yang sama seperti Tun Ghafar Baba sejak beliau mengumumkan hasrat bertanding jawatan Timbalan Presiden.
Malah Zaid mendakwa terdapat percubaan untuk memburukkan namanya melalui blogger Melayu yang diupah, dengan menulis bahawa beliau akan membayar RM20,000 kepada cabang yang mencalonkannya.
Kamarul berkata cubaan menjatuhkan Zaid hanya dakwaan semata-mata.
"Ia hanya satu dakwaan, lagipun bagaimana percubaan menjatuhkannya boleh terjadi sedangkan Zaid tiada kedudukan dalam parti sejak awal lagi?" soalnya.
Dalam pada itu, majoriti Ahli Parlimen dan Senator dari PKR menyatakan sokongan secara terbuka kepada Azmin, ahli parlimen Gombak dan juga naib presiden parti untuk bertanding jawatan Timbalan Presiden.
Selain Zaid dan Azmin, Naib Presiden dan juga Ketua PKR Perak, Mustaffa Kamil Ayub turut berminat bertanding jawatan yang sama.
Jawatan Timbalan Presiden kini masih disandang oleh Syed Husin Ali dan beliau masih belum membuat pengumuman mengenai pendiriannya sama ada akan mempertahankan jawatan atau sebaliknya.

Ganyanglah!

on



Barangkali kita harus meninggalkan ego, dan keangkuhan untuk kebaikan bersama. Pada waktu ini, Kerajaan BN bukan sahaja berdepan dengan ketidakpuasan rakyat kita sendiri, tetapi kini berdepan dengan kemarahan rakyat Indonesia. Apa yang lebih menghairankan adalah reaksi rakyat Malaysia sendiri yang tidak terkata-kata dengan tindakan jijik warga Indonesia. Mungkinkah rakyat kita berpendapat bahawa tindakan itu memang wajar melihatkan kerenah Kerajaan Malaysia yang tidak menentu dan sukar difahami?  baca seterusnya.....

Khoo Kay Kim: Hak istimewa Melayu tak boleh dipadam

on


Rakyat Malaysia dari mana-mana kaum yang mempersoal atau mempertikaikan Perkara 153 dalam Perlembagaan negara yang mengiktiraf kedudukan dan hak istimewa orang Melayu dan Bumiputera adalah buta sejarah dan tidak memahami Perlembagaan, kata pakar sejarah, Prof Emeritus Tan Sri Dr Khoo Kay Kim.

Beliau berkata kedudukan orang Melayu sudah ditetapkan pada zaman dahulu iaitu ketika zaman penjajahan British lagi.

"Bila British sampai ke Tanah Melayu, mereka dapati terdapat beberapa tempat di Semenanjung sudah mempunyai kerajaan dan mereka mengiktiraf kerajaan tersebut.

"Kerajaan itu ada ramai rakyat (orang Melayu) dan bagi British, rakyat kepada raja itu mempunyai hak yang khusus, orang lain yang datang dan menetap di Tanah Melayu bukan rakyat raja, oleh demikian mereka tidak dapat menikmati hak yang ada pada orang Melayu," katanya kepadaBernama di Kuala Lumpur.

Ketegangan pemilihan PKR kini sampai ke Pahang

on

Semakin hampir dengan pemilihan parti, pelbagai perkara timbul di peringkat akar umbi PKR, antaranya di cabang Indera Mahkota, Pahang yang mana ahli parlimennya Azan Ismail cuba 'diheret' ke balai polis.

Ia berlaku apabila bendahari cabang, Kamaruzaman Md Yunus membuat laporan polis terhadap Azan - juga ketua cabang itu - kerana didakwa mengugutnya atas kenyataan yang didakwa tidak diucapkannya.

Kamaruzaman mendakwa, Azan menuduhnya menyebarkan maklumat bahawa beliau pernah "menggunakan wang parti sebanyak RM40 ribu".

Kamaruzaman yang juga timbalan setiausaha PKR Pahang mendakwa dalam perbualan telefon pada 30 Ogos lalu, Azan didakwa berkata "pembuatan awak (Kamaruzaman) melampau dan saya akan buat tindakan sesuatu".

Sehubungan itu, Kamaruzaman membuat laporan polis keesokkan harinya kerana bimbang akan keselamatan beliau.

Ditanya sama ada ia aduan polis itu dibuat kerana ada kena mengena dengan pemilihan parti, Kamaruzaman menjelaskan:

"Ada... sebab beliau tidak menyangka saya akan bertanding (timbalan ketua bahagian)," katanya ketika dihubungi Malaysiakinipetang ini.

Minggu lalu, Azan memberitahu Malaysiakini, beliau mengesyaki Kamaruzaman dan setiausaha perhubungan negeri Razali Alias dan "berkonspirasi" mahu manjatuhkannya di peringkat cabang.

Menurut Azan lagi, ini boleh dilihat apabila Razali menawarkan diri mencabarnya sebagai ketua cabang manakala Kamaruzaman pula mencabar timbalannya Ibrahim Sidek.

Azan juga mendakwa kumpulan itu telah melanggar etika berkempen yang digariskan PKR dengan memburuk-burukkan namanya.

"Apa yang berlaku ini boleh dikatakan lebih daripada konspirasi lagi," kata Azan yang mendakwa belum dipanggil polis untuk membantu siasatan.

Razali bagaimanapun ketika dihubungi Malaysiakini menafikan apa yang berlaku di cabang ada kena mengena dengan pemilihan parti sebaliknya hanya "ia lebih kepada (urusan) peribadi calon".

Indera Mahkota merupakan salah satu cabang tumpuan di Pahang kerana salah satu daripada dua kawasan yang mana kerusi parlimennya dimenangi PKR, selain Kuantan.

Idris Ahmad: Zam, siapa pemimpin PAS itu?

on

PAS menyifatkan bekas menteri penerangan Tan Sri Zainuddin Maidin - yang mempertahankan dakwaannya bahawa terdapat pemimpin PAS menyuruh Tunku Abdul Rahman merampas harta orang Cina sewaktu peristiwa 13 Mei 1969 - bukan satu "perkara yang pelik".

Ini kerana, kata ketua penerangannya Idris Ahmad, Zainuddin seorang yang "istiqamah menentang perjuangan yang dibawa oleh PAS daripada muda sampai tua".

"Adalah satu perkara yang mustahil perkara yang besar seperti begini, Tunku tidak ambil serius dan tidak memaklumkan kepada beliau siapa pemimpin (PAS) tersebut. PAS ingin mengingatkan kepada Zainudin Maidin, PAS adalah parti yang mempunyai dasar dan organisasi yang teratur.

"Sebarang keputusan dasar yang dibuat oleh mana-mana individu, daripada mursyidul am hinggalah ahli biasa tidak dianggap mewakili pandangan parti melainkan setelah diluluskan oleh jawatankuasa pusat PAS, (majlis) syura dan muktamar," katanya.

Sehubungan itu, Idris mencabar bekas ketua penerangan Umno itu supaya mendedahkan siapakah pemimpin PAS yang dimaksudkannya.

Semalam Zainuddin mempertahankan kenyataannya dengan menegaskan pemimpin PAS meminta Tunku - perdana menteri ketika itu - merampas harta orang Cina selepas berlakunya peristiwa 13 Mei 1969.

Dalam satu kenyataan hari ini, Idris berkata, kalau benar PAS mahu merampas harta orang Cina, maka PAS tidak perlu minta bantuan daripada Tunku kerana parti itu mampu bertindak sendiri seperti di Kelantan yang mana kaum itu minoriti.

"Hakikat yang berlaku ialah tidak ada orang Cina yang dibunuh dan sebuah kedai pun yang dibakar oleh orang PAS di Kelantan. Sebaliknya huru-hara hanya berlaku di luar Kelantan.

"Kalau ini yang berlaku ini adalah tindakan yang luar daripada landasan perjuangan PAS, iaitu melalui gelanggang demokrasi walaupun dalam keadaan padang yang tidak rata dan tiang gol yang sentiasa diubah.

Idris turut mempersoalkan Zainuddin sebagai bekas wartawan kanan yang didakwanya dengan tidak tahu hujung pangkal terus membuat rumusan bahawa PAS parti "pelampau".

"Sedangkan apa yang diungkit adalah satu perkara yang besar yang boleh menimbulkan keresahan di kalangan orang Cina terhadap perjuangan PAS. Realiti pada hari ini api perkauman telah ditiup dengan kencang di dalam negara ini hasil daripada provokasi Umno.

"Pemimpin Umno sakit hati kepada PAS kerana semua isu yang dibangkit oleh Umno tidak mendapat sambutan dari kalangan rakyat dan pemimpin PAS. Malahan pemimpin PAS menjawab dengan matang dan tenang, berdasarkan nas (dalil) syarak, ini yang, menyebabkan Zainudin Maidin sakit hati," kata Idris.


Malaysiakini.

Sokongan pada Azmin mungkin tak sekuat dilihat

on

Sokongan terhadap Naib Presiden PKR Azmin Ali untuk bertanding jawatan nombor dua parti dalam pemilihan parti itu mungkin tidak sekuat yang disangkakan.

perak federalisme talk 010410 sivarasaMalah, seorang lagi naib presidennya R Sivarasa (kiri) mendakwa tidak tahu menahu bahawa sidang media hari ini dianjurkan bagi mengumumkan sokongan pada Azmin.

Wakil rakyat Subang itu juga tidak tahu namanya dalam senarai 18 daripada 24 ahli parlimen PKR dan dua senator yang dikatakan menyokong Azmin, walaupun beliau setakat ini belum menyatakan sokongannya.

"Saya tidak sedar berada dalam senarai itu. Saya rasa tidak sesuai mengumumkannya sekarang. Ia masih terlalu awal," katanya.

Manakala seorang lagi ahli parlimen yang hadir dalam sidang media itu memberitahu Malaysiakini, beliau rasa 'tertipu' memberikan sokongannya kerana ia dipercayai "cara melawan Zaid Ibrahim"

Beliau yang enggan namanya didedahkan mendakwa, beliau hanya dimaklumkan sebelum ini bahawa sidang itu sebenarnya untuk tujuan lain.

NONE"Saya tidak tahu ia tentang apa. Saya terima SMS daripada ahli parlimen lain. Saya terkejut kerana perkara ini tidak dibincangkan dahulu," jelasnya.

Mengesahkan perkara ini, ahli parlimen Batu Tian Chua berkata acara itu hanya untuk menunjukkan sokongan untuk pihak yang mahu bersaing merebut jawatan kanan dalam parti.

"Saya sokong MB berkenaan patut diberikan jawatan lebih penting dalam parti, tetapi lebih elok sekiranya proses ia ditentukan melalui proses yang demokratik," katanya.

Lima wakil rakyat yang tidak hadir Datuk Seri Anwar Ibrahim (Permatang Pauh) dan anaknya Nurul Izzah (Lembah Pantai), Saifuddin Nasution (Machang), Khalid Ibrahim (Bandar Tun Razak) serta N Gobalakrishnan (Padang Serai).

Manakala timbalan presiden Syed Husin Ali menjadi satu-satunya daripada tiga senator parti itu yang tidak dinamakan.

Malaysiakini



Ahli parlimen, senator PKR ikrar sokong Azmin.......???

on



CARA INI TELAH DIGUNA PAKAI MASA ANWAR MEREBUT JAWATAN TIMBALAN PRESIDEN UMNO.  PKR TIDAK DAPAT LARI DARI ACUAN UMNO KE. CUMA NYA KAPAL SAMA LAYAR LAIN LAIN. KAU ORANG FIKIR LE SENDIRI.


Ahli parlimen PKR hari ini menyatakan sokongan tidak berbelah bagi kepada Azmin Ali bagi merebut jawatan timbalan presiden PKR walaupun tuan punya badan sendiri belum menawarkan diri secara terbuka.

Anggota majlis pimpinan pusat Kamarul Baharin (Teluk Kemang) berkata, ini kerana Azmin telah melalui pelbagai perit lelah bersama parti itu sejak ditubuhkan selepas gerakan reformasi lebih 10 tahun lalu.

Kamarul menambah, sebagai timbalan presiden, Azmin akan mampu berganding baik dengan presiden Datuk Seri Wan Azizah Wan Ismail bagi menguatkan parti.

Daripada 24 ahli parlimen, 18 menyatakan sokongan itu bersama dua daripada tiga senator lagi.

Antara ahli parlimen yang hadir Zuraida Kamaruddin (Ampang), Johari Abdul (Sungai Petani), S Manikavasagam (Kapar), Loh Gwo Burne (Kelana Jaya) and Amran Abdul Gani (Tanah Merah).

Manakala 12 lagiAbdullah Sani (Kuala Langat), Fuziah Salleh (Kuantan), Azan Ismail (Indera Mahkota), Hee Loy Sian (Petaling Jaya Selatan), Dr Lee Boon Chye (Gopeng), Ab Aziz Ab Kadir (Ketereh), Yusmadi Yusoff (Balik Pulau), Rashid Din (Merbok), Tian Chua (Batu), William Leong (Selayang), R Sivarasa (Subang) dan Ahmad Kasim (Kuala Kedah).

Manakala dua senator itu Mustafa Kamal Mohd Yusoff daripada Pulau Pinang dan Zamri Yusof daripada Kedah. Seorang lagi senator PKR Syed Husin Ali yang kini penyandang jawatan timbalan presiden. 

Lima wakil rakyat yang tidak hadir Datuk Seri Anwar Ibrahim (Permatang Pauh) dan anaknya Nurul Izzah (Lembah Pantai), Saifuddin Nasution (Machang), Khalid Ibrahim (Bandar Tun Razak) serta N Gobalakrishnan (Padang Serai).


Malaysiakini.

ZAID IBRAHIM... LAWAN JANGAN TAK LAWAN.....

on

PARTI KEADILAN RAKYAT. PKR bukan parti untuk Anwar bukan parti untuk Wan Azizah bukan juga parti untuk Azmin Ali. PKR bukan parti untuk individu. So Zaid jangan rasa rendah diri. Kalau layak bertanding, bertanding lah dengan cara yang sihat.

NONE


Sambil meluahkan rasa kecewanya, Datuk Mohd Zaid Ibrahim berkata ketika diterima masuk PKR setahun lalu, beliau digelar sebagai wira, tetapi setahun kemudiannya "saya sudah menjadi orang yang tidak setia, pengacau dan menjual parti pada Umno".

Dalam satu kenyataannya, pengerusi PKR Wilayah Persekutuan itu berkata sejak beliau mengumumkan hasrat hendak bertanding jawatan dalam PKR minggu lepas, "sibuk sekali mereka yang tidak selesa dengan keputusan ini".

"Ada yang cuba memberi upah kapada seorang blogger Melayu yang popular untuk memburukkan nama saya. Blogger itu diminta menulis yang saya akan membayar RM20 ribu kepada cabang yang mencalonkan saya, dan menulis bahawa saya kononnya orang suruhan (bekas menteri kewangan) Tun Daim Zainuddin untuk menghancurkan Parti Keadilan Rakyat," katanya.  baca seterusnya...

Followers

pop up text

Blog Archive

Top Ranking Pro PR

My Blog List