PKR.....NAK MAMPOS KER????KITA BELOM PERINTAH MALAYSIA LAH BODOH.....

on Sep 8, 2010



Ribut Taufan untuk mencari pengaruh menjelang pemilihan kuasa parti PKR (komponen Pakatan Rakyat) nampaknya makin menggila. Di sana fitnah, di sini tohmah.

Maklumlah pangkat itu secara automatik akan mendatangkan kuasa dan wang ringgit. Tambah2 lagi untuk mencari fulus di Selangor yang PR perintah. Negeri terkaya dalam Malaysia.

Rakyat tengak tergelak sakan tengok pemimpin dalam PKR berkarate bertomoi untuk naik pangkat.iskk.isk isk..2 X 5 je dengan parti yang kapal nya sama layar je lain lain.
Wheeeeeeeeeeeiii bodoh, apa kau buat tu bahalol?

kau ingat pakatan rakyat dah perintah malaysia ker , mentang-mentang lah pkr perintah selangor.

Meh aku nak ingatkan kat korang2 badigol-badigol.

1. Fokuskan serangan kat musuh, iaitu parti UMNO/BN jangan tembak rakan sendiri bongok........


2.Pandang bawah, tengok rakyat marhaen jangan fikir diri sendiri je. Ni kalau tak rakyat yang undi ko orang belum tentu ko orang boleh ada tempat tu. Ingat kami sedang memerhati. Apa lagi pada rakyat yang atas pagar......

So,PKR teruskan bersengketa,kalu nak dikuburkan dalam PRU 13.

Hmmmmmhhh,keciwanya aku tengok, harapkan pagar,..pagar tumbang......


INGAT KAMI RAKYAT MARHAEN SEDANG MEMERHATI. KALAU GELAGAT SAMA JUGA MACAM UMNO KAMI UCAPKAN BYE BYE.

Logik jugak n3 pak bakaq - blogger penarik beca  tu,  baca n3 kat  baca seterusnya

Saudaraku Ibrahim Ali: Jadilah Islam dan Melayu yang Tulen

on


Saudaraku Ibrahim Ali bukan niat di sini saya hendak menentang perjuangan jitu kamu namun hanya sekadar ingin berpesan – pesan sesama manusia seperti mana yang dituntut oleh Tuhanmu. Saudaraku Ibrahim Ali kalau benar pun pada hari ini kaum bukan Melayu adalah pendatang walaupun realitinya tidak maka kalaulah mereka pendatang seperti mana yang dipercayaimu maka bukankah mereka sebenarnya adalah tetamu jika benar kata kamu Melayu adalah Tuan di Tanah ini ?

Bukankah Islam merupakan satu agama yang paling mulia dan istimewa di dunia ini kerana nilai moral sejagatnya yang begitu menawan ? Bukankah Islam menyeru umat – umatnya melayan tetamu mereka dengan baik ?  baca seterusnya...

Dr Syed Husin Ali Bakal Lepaskan Jawatan No 2 PKR...???

on



Syed Hussin Ali nampaknya bakal mengundurkan diri dari jawatan no. 2 PKR. Tengok daripada ayat di bawah ini, jelas yang Dr Syed Hussin Ali tidak akan pertahankan jawatannya dalam pemilihan kali ini. Apapun, ini cabang demokrasi. Cuma jangan cemarinya dengan fitnah dan politik wang..

Syed Husin belum maklum kepimpinan PKR

KUALA LUMPUR, 7 Sept – Ketika Azmin Ali terus menerima sokongan sekumpulan wakil rakyat PKR sejak semalam, Senator Dr Syed Husin Ali berkata, beliau belum mengadakan perbincangan dengan pucuk kepimpinan PKR mengenai pendirian beliau sama ada akan mempertahankan kerusi timbalan presiden ataupun sebaliknya.

"Saya belum mengadakan perbincangan dengan pucuk kepimpinan. Apabila saya membuat keputusan, saya akan memaklumkan mereka," kata Syed Husin ketika dihubungi The Malaysian Insider hari ini.
Ditanya bila akan mengumumkan pendiriannya, Syed Husin memberitahu, beliau akan mengeluarkan kenyataan apabila tiba masa yang sesuai.

"Apabila tiba yang sesuai, saya akan buat kenyataan," kata beliau tetapi tidak menyatakan masa yang sesuai dimaksudkannya.

Sumber memberitahu The Malaysian Insider, Syed Husin dijangka akan berbuat demikian minggu depan.
Apabila ditanya sama ada kenyataan akan dibuat sebelum 17 September ini, Syed Husin sekadar berkata, "tunggu masa yang sesuai".
Cabang-cabang PKR akan mengadakan persidangan masing-masing mulai 17 September ini.
Menjawab laporan media bahawa beliau telah memaklumkan Biro Politik semalam tentang pendiriannya tidak akan bertanding kali ini, Syed Husin menafikan perkara tersebut.

"Tidak, saya tidak kata begitu," kata Syed Husin yang dalam temu bual dengan The Malaysian Insider awal tahun ini memberitahu beliau akan melepaskan jawatannya jika diterima pucuk kepimpinan.
Azmin yang dicalonkan untuk jawatan timbalan presiden tiga tahun lalu menarik diri daripada saingan.
Semalam 20 ahli Parlimen PKR mengumumkan sokongan terhadap Azmin, yang merupakan Naib Presiden, untuk bertanding jawatan timbalan presiden pada pemilihan parti itu kali ini.

Kumpulan itu yang diketuai oleh Ahli Parlimen Teluk Kemang Datuk Kamarul Bahrin Abas melahirkan sokongan atas alasan Azmin yang juga Ahli Parlimen Gombak adalah layak dan cukup berpengalaman untuk menyandang jawatan nombor dua PKR.
"Berdasarkan itu (kelayakan dan pengalaman), kami ahli-ahli Parlimen dan Senator mengisytiharkan sokongan kami kepada Azmin sebagai timbalan presiden dalam pemilihan parti," kata Kamarul.
Kenyataan mereka menekankan bahawa pemilihan kali ini akan menjadi teras kepada gerakan membawa perubahan baru.

Hari ini majoriti Ahli Dewan Undangan Negeri Selangor dan Negeri Sembilan menyatakan sokongan kepada Azmin untuk bertanding jawatan nombor dua.

Selain Azmin dan Datuk Zaid Ibrahim, dua lagi pemimpin yang dijangka turun gelanggang ialah Naib Presiden Mustaffa Kamil Ayub dan Pengerusi Biro Pemahaman dan Pemantapan Dr Muhd Nur Manuty.
Dalam pada itu, sumber memberitahu Azmin hanya akan mengumumkan pendiriannya yang rasmi sebaik sahaja Syed Husin membuat pengumuman.

Azmin belum boleh tidor nyenyak…Nurul Izzah sokong siapa.....???

on

Diatas kertas setakat ini nampak macam Azmin Ali senang-senang boleh makan Datuk Zaid Ibrahim jika berlaku pertandingan satu lawan satu antara mereka untuk jawatan Timbalan Presiden PKR. 

Ibarat orkestra, puak yang menyokongnya tampil satu per satu mengadakan sidang akhbar menyuarakan pendirian mereka. 

Pelik bin ajaib ini pertama kali budaya ‘sidang akhbar’ begini tiba-tiba berkembang mekar dalam pemilihan PKR …macam ada yang diatas sana sibuk mengatur mempastikan kedudukan Naib Presiden PKR itu tidak tergugat. 

Soalnya bolehkah Azmin tidor nyenyak melihat indikasi yang lebih memihak kepadanya setakat ini? 

Sumber PKR memberitahu Agendadaily sebenarnya senarionya tidaklah seindah yang dilakarkan. 

Katanya banyak yang belum beres sekalipun umum dalam parti itu tahu Datuk Seri Anwar Ibrahim mahu anak emasnya itu dinobatkan sebagai orang nombor dua pada pemilihan November ini. 

Ikut ceritanya tindak tanduk beberapa Ahli Parlimen dan Ahli Dewan Undangan Negeri yang menafikan mereka ada kaitan dengan sidang akhbar sokongan sekalipun nama mereka disenaraikan sedikit sebanyak telah mengocak suasana. 

Anwar dan Azmin sendiri setakat ini menyepi dari polimek pemilihan jawatan ini yang dihangatkan dengan luahan rasa Zaid mengenai nasib untungnya kena berdepan dengan hentaman dan fitnah dari kalangan dalam PKR sendiri. 

Isu Zaid dibimbangi boleh menjadi bahan peledak yang menghidangkan segala macam pekong parti itu dikhalayak ramai. 

Sekurang-kurangnya setakat ini dakwaan Zaid beliau difitnah itu ini termasuk jadi agen Tun Daim Zainuddin untuk musnahkan PKR sudah membuka mata ramai bagaimana parti itu pun ‘ lebih sembang saja’ dan turut bercakar sesama sendiri bila nak berebut kuasa. 

Kemungkinan Azmin berentap dengan Zaid kebelakangan ini diasaskan pada keyakinan semua pihak Timbalan Presiden sekarang Senator Dr Syed Husein Ali tidak akan mempertahankan jawatannya. 

Namun tidak mustahil beliau membuat U-turn walaupun dikatakan agak tipis.Ada cerita yang baru mnuncul kata terdapat usaha puak tertentu dalam PKR untuk memujuknya jangan undur. 

Tolak sebelah Syed Husein…perbualan tentang pemilihan jawatan itu kini masih bertumpu kepada Azmin-Zaid sedangkan terdapat juga kemungkinan muncul pihak ketiga. 

Siapa? Orangnya ialah Mustapha Kamil Ayub,salah seorang dari tiga Naib Presiden PKR. 

Sumber PKR berkata congak pemilihan jawatan Timbalan Presiden akan berubah banyak jika Mustapha yang juga Pengerusi PKR Perak ambil keputusan nak turut serta. 

Mustapha yang merupakan bekas aktivis ABIM dikatakan boleh mencuri undi orang Melayu dalam PKR yang kuat sentiment kepada gerakan Islam. 

Faktor ini yang dikatakan menimbulkan kebimbangan para penyokong Azmin.Malah sudah ada cerita yang berlegar mengatakan terdapat usaha untuk memastikan Mustapha tidak jadi pihak ketiga dalam perebutan jawatan Timbalan Presiden. 

Ini kerana Zaid yang dilihat sebagai orang yang cukup liberal dikatakan mendapat dokongan kuat dari kalangan ahli bukan Melayu dalam PKR. 

Sebab itu antara fitnah yang dikatakan disebar untuk ‘ kencing’ Zaid ialah mendakwa beliau akan gadai orang Melayu. 

PKR Sabah yang mempunyai bahagian yang banyak dikatakan condong kepada Zaid. 

Dalam keadaan undi yang terpecah tiga begini jika Mustapha masuk , Azmin dikatakan boleh mengidap demam tak kebah juga untuk berdepan dengan Zaid. 

Dicelah-celah semua ini sumber PKR itu berkata soalan yang paling menarik sekali yang pasti menjadi bualan ramai ialah siapa yang Nurul Izzah sokong. 

Anak Anwar dan Ahli Parlimen Lembah Pantai itu tidak bertanding apa-apa jawatan atas alasan nak tumpu pada tugasnya sebagai wakil rakyat di kawasannya. 

kebelakangan ini perkara yang pasti mengusik perasaan Azmin tentulah beberapa laporan yang menyebut Nurul Izzah lebih condong kepada Zaid. 

Nurul Izzah sendiri tidak membuat sebarang kenyataan mengenai hal ini.Namun namanya memang tidak ada dalam senarai Ahli Parlimen PKR yang buat sidang akhbar menyokong Azmin pagi Isnin. 

Hal ini mungkin nampak kecil.Namun dalam kontek yang lebih luas pasti orang akan bertanya kenapa anak Anwar sendiri tidak menyokong anak emas bapanya. 

Ia boleh dikaitkan kepada banyak hal…apa lagi Wan Azizah sendiri dikatakan agak ‘ kurang’ terhadap Azmin.

Zaid Ibrahim baru terjaga dari mimpi….....???

on

Sayang sikit orang yang nampak bijak,hebat dan bergaya macam Datuk Zaid Ibrahim boleh termimpi ingat politik ini ibarat Hikayat 1001 Malam .Semuanya dalam Parti Keadilan Rakyat itu indah belaka dan kisahnya selalu membawa kepada happy ending .

Kata orang dah kena baru tau langit tinggi rendah.Malah ada yang sinis menyindir kata bekas menteri itu patut merasa dirinya lampin@tuala pakai buang.Mau pampers untuk kanak-kanak atau jenama kotek untuk wanita.

Jangan marah Datuk.Ini tafsiran mereka yang nakal sikit dibuat dari hasil kenyataan Datuk sendiri yang meluah rasa dalam lamam blognya tentang nasib menimpanya dihentam kiri kanan bila umum nak bertanding jawatan Timbalan Presiden PKR.
“Semasa saya diterima masuk setahun dahulu saya digelar wira, seorang yang berani dan berprinsip, pejuang politik yang tidak mementingkan jawatan dan kedudukan,”
“ Dua belas bulan kemudian saya sudah menjadi orang yang tidak setia, pengacau dan akan menjual parti kepada UMNO. Tuduhan terhadap peribadi saya juga ditingkatkan. Teringat saya semasa di Hulu Selangor dulu, cuma masa itu UMNO yang membelasah saya,” kata Zaid.

Berat kalau difikirkan begitu.Apa lagi baru saja memuja itulah parti yang terbaik untuk dirinya.

Siapa yang tidak geram kalau waktu ‘nak pakai’ macam jadi calon PKR Hulu Selangor dulu ditimang dan dijunjung dan tiba-tiba segala macam peluru dan meriam dihalakan padanya bila nak bertanding.

Lebih mengaibkan selepas berhijrah ke dalam PKR Zaid rajin mencerca UMNO,tempat lama beliau berteduh hingga menikmati jawatan menteri.

PKR dan pakatan rakyat dirasanya dapat menjadi wadah idealisma tentang perjuangan politik yang mengikut kayu ukurnya.

Zaid juga selalu mengambarkan dirinya seorang yang tidak gila jawatan dan ingin menghambakan diri untuk perjuangan politik yang mulus.

Kalau itulah pengikat diri sebenarnya beliau tidak sepatutnya merasa macam orang yang nak ‘di nyah buang’ bila nak cuba potong jalan Azmin Ali, anak emas Datuk Seri Anwar Ibrahim kerana mengidam jawatan Timbalan Presiden PKR.

Ramai pemerhati politik yang pelik melihat Zaid ‘ meletup’ hingga meluah rasa dalam laman blognya tentang kemungkinan mengalami nasib macam bekas Timbalan Perdana Menteri Tun Ghafar Baba yang dibentis oleh Anwar semasa pemilihan UMNO tahun 1993.

Satu – siapa Zaid dalam PKR.Beliau baru saja masuk parti itu.Dua – kenapa beliau letak dirinya satu level dengan Ghafar .Tiga - hebat mana Zaid hingga merasa beliau paling layak untuk jawatan Timbalan Presiden PKR.Empat- beliau tak sedarkah siapa jantung hati Anwar.

Apakah Zaid terpengaruh dengan analisis sesetengah media yang awal-awal letak dirinya sebagai orang yang paling layak mengetuai PKR dan juga pakatan rakyat jika Anwar kena dalam kes liwatnya?

Juga apakah beliau sudah termakan atau silap tafsir signal dan dendangan politik Anwar hingga merasa ‘ akulah orangnya’.

Dari sudut pandangan mata kasar ada kalangan pemerhati yang menilai Zaid sudah silap langkah untuk memandang rendah pada Azmin.

Politik membuka kepada segala macam kemungkinan,Apa lagi Azmin sudah main silat gayung dalam PKR sedangkan Zaid baru silat pulut.

Namun menyingkap balik sejarah naluri Zaid untuk bertanding merebut jawatan tinggi sudah terserlah sejak beliau dalam UMNO lagi.

Pada tahun 2004 beliau hanya berstatus seorang Ketua UMNO Bahagian Kota Bharu.

Waktu itu tidak ada siapa yang berani bertaruh beliau boleh menang salah satu dari tiga jawatan Naib Presiden UMNO.

Biasanya hanya mereka yang berjawatan menteri yang berani cuba nasib.

Zaid tetap Zaid.Beliau redah juga menawarkan diri…dan semua orang tahu akhirnya terkangkang nombor corot dari enam calon yang bertanding.

Kalau mengambil kira lauhan rasanya kena fitnah segala macam termasuk dituduh jadi agen Tun Daim Zainuddin untuk rosakan PKR dari dalam nampaknya parti itu juga tidak menepati citarasa Zaid yang kononnya begitu idealis sekali.

Kata orang selagi tidak kacau daun dan pijak kaki sesiapa semuanya akan tepuk bahu dan urut belakang.

Bila masuk bab kuasa politik si polan itu dan si polan, ini kata orang putih... its a different ballgame .

Mungkin juga Zaid boleh buat-buat bodoh tanya terus kepada Anwar atau Azmin kenapa PKR tiba-tiba jadi bertaring begini.

Siapa tahu mungkin Anwar boleh bisik untuk memberi pedoman tentang etika berpolitik...jangan lawan tauke.
Itu lebih baik dari kena sembur ‘ hello bro … you buka parti sendirilah” 

“Peduli apa, demokrasi...” Bakar Ninggal lawan Azmin Ali

on



NAMPAK gayanya laluan Naib Presiden PKR, Azmin Ali untuk bertanding jawatan nombor dua parti tidak selancar yang dijangkakan. Biarpun mendapat sokongan dari sebahagian Ahli Parlimen dan Adun PKR di peringkat pusat, di kampung sendiri Azmin dicabar.
Pencabarnya, Abu Bakar Ninggal, 72, juga merupakan orang lama, pengasas dan pemimpin PKR bahagian Gombak sejak parti itu ditubuhkan pada tahun 1999.
Bercakap kepada Agendadaily, Abu Bakar, seorang peniaga, menyifatkan tindakan beliau mencabar Azmin Ali merupakan menifestasi kekecewaan ahli-ahli PKR Gombak terhadap kepimpinan beliau.
“Ahli-ahli PKR di sini mahu saya lawan dengan Azmin, sebab Azmin ‘cakap tak serupa bikin’, di kawasan saya Taman Seri Gombak, Azmin hanya turun melawat dua kali sahaja sejak bergelar Ahli Parlimen,” katanya.
“Hand phone tak buka, sms tak jawab,” tambah Abu Bakar mengenai sikap Azmin.
Menurutnya, beliau mendapat sokongan dan galakan ramai untuk bertanding bahkan ada di antara pemimpin PKR pusat yang menghantar SMS mengucapkan tahniah kepada beliau kerana keputusan tersebut.
Ditanya, mengenai tindakan beliau melawan Azmin, yang disifatkan sesetengah pihak seperti melawan Penasihat PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim, kata Abu Bakar, “Peduli apa, demokrasi… kalau Azmin jahat, tak kan Anwar pun jahat,” katanya yang pernah menjadi Naib Ketua PKR Gmbor selama dua penggal.
Tetapi demokrasi dalam PKR tidaklah semudah itu, cerita Abu Bakar, sejurus selepas beliau dan kumpulannya telah menyerahkan borang pengesahan bertanding kepada jawatankuasa pemilihan cabang, Ahad lalu.
Salah seorang dari pencadangnya menelefon beliau untuk menarik diri kerana ‘tertekan’, Abu Bakar kemudiannya terpaksa membuat pengesahan dengan jawatankuasa pemilihan parti dan diberitahu bahawa pencalonannya sah dan layak bertanding.
“Saya tidak bertanding sorang-sorang, sebaliknya kumpulan saya lawan kumpulan Azmin,” katanya penuh yakin.
Di minta mengulas mengenai peluang menang, kata Abu Bakar, “Menang kalah tidak penting pada saya, yang penting kami menyampaikan perasaan ahli akar umbi yang protes dengan kepimpinan Azmin,” katanya, yang satu masa dulu terkenal sebagai penerbit dengan buku-buku hantu popular “Tok Awang Ngah’.
Mesyuarat pemilihan cabang (bahagian) Gombak akan diadakan di Hotel De Palma, Ampang pada 3 Oktober depan.
Sementara itu, ada ahli kumpulan 20 Ahli Parlimen dan 13 Adun yang dibelum ini mengistiharkan sokongan kepada Azmin mendakwa pemgumuman tersebut dibuat tanpa persetujuan mereka.
Seorang ahli Parlimen PKR yang enggan dinamakan berkata, beliau tidak dimaklumkan bahawa kehadiran ke ibu pejabat parti semalam adalah untuk menunjukkan sokongan terbuka kepada Azmin.
“Saya ingat pertemuan itu hanya pertemuan biasa, tanpa apa-apa kenyataan pada media,” katanya.
Dan biarpun pada pagi Selasa diumumkan 13 Adun PKR sokong Azmin, petangnya beberapa Adun mendakwa mereka masih belum membuat keputusan menyokong mana-mana individu dalam pemilihan jawatan timbalan presiden.
Antara mereka adalah Chai Tong Chai Adun Chuah Negeri Sembilan, Aminudin Harun Adun Sikamat, Negeri Sembilan, Gan Pei Nei Adun Rawang dan Rodziah Adun Batu Tiga. 

Hishamuddin tak tahu pasal campurtangan tugas KPN

on


Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein hairan bagaimana boleh timbul cerita adanya adanya pihak ketiga yakni kementeriannya campurtangan dalam urusan Ketua Polis Negara.

Mengulas pendedahan Tan Sri Musa Hassan dalam interbiu dengan Mingguan Malaysia mengenai hal berkenaan, menerusi SMS Selasa ,menteri berkata : saya tidak tahu dan pernah dimaklumkan olehnya sekalipun sepanjang masa saya memimpin KDN.

“Malah sepanjang masa saya ,saya lihat hubungan cukup baik dan ada yang kata terbaik antara KDN dan PDRM.”

Akhbar Selasa melaporkan Musa mengakui campur tangan pihak ketiga dalam tugasnya sebagai KPN sebelum ini, adalah merujuk kepada KDN.
Menurut Musa, campur tangan itu yang melibatkan pengeluaran sesuatu arahan tanpa pengetahuannya, tidak selari dengan arahan dan kawalannya sebagai KPN. AD

Azmin Dan Zaid Jangan Bawa Petaka Dalam PKR ......???

on Sep 7, 2010

SEBETULNYA tidak ada hak untuk saya merasai lebih bimbang daripada ahli PKR mengenai perkembagan parti itu menjelang pemilihan pemimpin yang sedang berjalan kini. Saya tidak perlu untuk merasa cemas dan tidak pun tahu kenapa harus bimbang. Saya bukan ahli PKR hanya pemerhati dan simpati tinggi kepada PKR yang bergabung dengan Pas dan DAP menerusi Pakatan Rakyatyang berazam untuk menumbangkan BN.

Sebagai orang yang telah lama di bawah pemerintahan kerajaan UBN yang mengetahui akan kebaikan dan keburukannya, saya mahu melihat Pakatan Rakyat mengubah suasana itu. Pengubahan ini tidak kira sama ada dengan mengambil alih kerajaan ataupun melakukan kritikan dan teguran sehinggakan kerajaan BN menjadi sebuah kerajaan yang benar-benar efisyen dalam membela rakyat.

Tetapi terus terang saya katakan, saya amat bimbang dan cemas dengan apa yang menjelang kongres parti itu untuk mengadakan pemilihan pemimpin waktu ini. Pertandingan merebut jawatan dalam PKR terutamanya di peringkat Timbalan Presiden menjadikan saya 'ugah' hati. Firasat saya kurang baik mengenai hal ini. Sekiranya dialpakan dan tidak dibendung ia mungkin boleh menyebabkan berlaku keretakan dalam PKR yang semua orang tidak mahu menenguknya.

Sesuatu yang sungguh malang kalau PKR mengalami keretakan. Orang-orang seperti saya sedang menunggu-nunggu akan keupayaan dan kemampuan PKR bagi menghadapi pilihan raya umum akan datang. Kemenangan besar PKR dalam pilihan raya umum ke -12 lalu didoakan akan menjadi lebih besar pada pilihan raya umum ke - 13 nanti. Tetapi kalau takdir ini (perpecahan akibat perebutan jawatan) berlaku ia boleh merombak mood umum untuk menyaksi pilihan raya itu kelak berpihak kepada Pakatan Rakyat.

Mulanya pertandingan ini dikira akan berlaku dalam suasana kekeluargaan dan penuh mahabbah. Ia tidak lebih dari satu kewajiban menurut pelembagaan saja. Pertandingan ini juga memberi peluang kepada mereka yang merasa layak untuk jadi pemimpin. Tidak lebih dari itu. Ia bukan satu peperangan yang harus mencedera atau mematikan sesiapa. Pertandingan itu adalah demi menyihat dan mewaraskan semua pihak.

Itu sepatutnya berlaku. Tetapi melihat kepada gelagat dan penyokong dua orang calon yang akan merebut jawatan itu, iaini Zaid Ibrahimdan Mohd Azmin Ali, ia menyerlahkan kepada suasana yang kurang baik dan ada tanda-tanda menjadi kejam atau lebih kejam. Perasaan persaudaraan dalam parti tidak terserlah. Demikiannya juga kualiti keduanya sebagai pemimpin tertinggi gagal ditunjukkan bagi diteladani rakyat. Ingat kedua mereka dilihat sebagai aset penting parti kalaupun tidak bakal mengganti Anwar di masa akan datang.

Kenyataan-kenyataan, bentuk kempen, propaganda dilakukan kini memberi gambaran perebutan itu seperti berlaku antara dua ahli yang berbeza parti dan perjuangan. Seolah keduanya tidak berada di bawah renungan mata yang satu. Beberapa laporan dan kejadian berhubung itu yang masuk ke telinga saya amat amat mendukacitakan sekali.

Perhatikan apa yang telah dicatat Zaid dalam blognya. Beliau mendedahkan kononnya ada orang cuba mengupah bloger agar menulis sesuatu yang buruk mengenai dirinya. Kononnya juga bloger itu akan menulis yang beliau mengupah RM20,000 kepada cabang untuk memastikan beliau dicalon.

Kalaulah benar dakwaan Zaid itu betapa buruk dan busuknya proses pemilihan dalam PKR. Jelas sekali budaya dan tradisi syaitan yang diamalkan dalam Umno turut menular ataupun diguna pakai dalam PKR. (Saya harap ianya tidak betul dan pendedahan itu sebagai satu tektik saja).

Zaid juga sebelum itu dakwa ada orang yang hendak jadikannya sebagai Ghafar Baba (Allahyarham) di mana telah dimalukan dalam Umno sehingga tidak cukup pencalonan untuk merebut jawatan timbalan presiden bersama Anwar. Ertinya menurut pendedahan Zaid itu ada usaha dijalankan supaya beliau tidak mendapat pencalonan mencukupi itu bertanding.

Kalaulah dakwaan Zaid itu benar, kenapa sampai jadi begitu sekali. Kenapa harus menggunakan tektik buruk dan celaka itu. Kenapa harus sampai hendak malukan Zaid? Bukankah Zaid aset penting kepada kemajuan PKR itu sendiri? Saya rasa sebagai parti baru yang sifatnya lebih terbuka, telus, ikhlas dan demokratik dari Umno seharusnya perbuatan itu tidak berlaku.

Begitu juga tindakan bersama oleh beberapa Ahli Parlimen dan Senator PKR yang membuat kenyataan menyokong Azmin Ali untuk jawatan itu tidak patut berlaku. Tindakan itu sekali lagi menggambarkan sikap kurang bijak dan cuba mempamerkan keretakan dalam PKR. Kenapa harus ada endorsement sebegitu?

Pada saya tektik untuk mempengaruhi perwakilan cabang dengan membuat kenyataan bersama itu boleh membuka ruang perbalahan dalam PKR. Keadaan yang dimulakan itu akan buruk sekiranya ada pula pihak-pihak lain membuat kenyataan sebaliknya dengan menyokong Zaid. Tindakan sebegitu telah membuka pekong PKR sendiri kepada musuh. Musuh dengan mudah menganggap yang ahli PKR dan Senatornya telah berpihak.

Selalu terjadi dalam parti politik pergaduhan yang mulanya kecil akan membesar dan kesannya terbawa sampai ke rumah. Ia kadang kala tidak akan mudah hapus dan akan dikenang sampai ke bila-bila. Sejarah sudah menunjukkan semua itu.

Apapun keadaan masih boleh dikawal. Ia belum melarat jauh lagi. Anwar Ibrahim selaku orang tua dan penasihat parti hendaknya bangkit segera membuat teguran. Beliau harus menegur kedua pihak supaya tidak menggunakan tektik kotor dalam perlawanan. Beliau tidak boleh membiarkan atas kepercayaan kedua mereka itu manusia cerdik. Apa juga yang penting mengingatkan mereka atau sesiapa saja bahawa pertandingan itu satu keperluan bukan satu kemestian mereka jadi pemimpin.

Kita tidak mahu rakyat akan membuat kesimpulan perebutan itu sebagai kegelojohan nafsu kedua-dua calon itu. Adalah malang kalau gara-gara itu nanti akan terdengar orang mengatakan PKR belum apa-apa sudah bergaduh, kalau Anwar jadi PM mungkin pergaduhan akan lebih teruk lagi kerana berebut jawatan dan kuasa.

Baik Azmin atau Zaid kalau hendak berseteru pun biarlah secara senyap. Bergaduhlah seperti laki bini yang educated di mana pertengkaran mereka jangan sampai ke telinga anak-anak di luar bilik. Bergaduhlah dalam bilik. Amalkan apa yang dilakukan suami isteri yang bergaduh separuh malam saja kemudian baik sampai ke pagi. Itulah pemimpin yang bijak dan profesional. Jangan.. baik Zaid atau Azmin membawa petaka baru dalam PKR. 


MSO

on

NONE
Abdul Taib Mahmud kelihatan sudah bersiap sedia untuk menerajui BN Sarawak menghadapi pilihan raya negeri, walaupun beliau sebelum ini berkata beliau mungkin akan berundur.  baca seterusnya...

Pendedahan Ketua Polis Negara Mengemparkan!

on


Selama ini, rakyat hanya mendengar dari mulut pimpinan Pakatan Rakyat dan beberapa NGO tentang campur tangan kerajaan 1Malaysia terhadap institusi keselamatan di negara ini. Polis sering kali dituduh menjadi alat dan boneka kepada kerajaan Umno-BN.
Ramai yang melenting dan marah-marah dengan kenyataan itu. Menganggap segala tuduhan dan dakwaan itu fitnah dan tidak berasas. Tetapi ternyata apa yang didakwa selama ini terbukti benar bahawa kerajaan Umno-BN memang selama ini memperalatakan polis untuk menutup kelemahan,skandal dan penyelewengan untuk mengekalkan kuasa.  baca seterusnya...

Followers

pop up text

Blog Archive

Top Ranking Pro PR

My Blog List