Dr Syed Husin Ali Bakal Lepaskan Jawatan No 2 PKR...???

on Sep 8, 2010



Syed Hussin Ali nampaknya bakal mengundurkan diri dari jawatan no. 2 PKR. Tengok daripada ayat di bawah ini, jelas yang Dr Syed Hussin Ali tidak akan pertahankan jawatannya dalam pemilihan kali ini. Apapun, ini cabang demokrasi. Cuma jangan cemarinya dengan fitnah dan politik wang..

Syed Husin belum maklum kepimpinan PKR

KUALA LUMPUR, 7 Sept – Ketika Azmin Ali terus menerima sokongan sekumpulan wakil rakyat PKR sejak semalam, Senator Dr Syed Husin Ali berkata, beliau belum mengadakan perbincangan dengan pucuk kepimpinan PKR mengenai pendirian beliau sama ada akan mempertahankan kerusi timbalan presiden ataupun sebaliknya.

"Saya belum mengadakan perbincangan dengan pucuk kepimpinan. Apabila saya membuat keputusan, saya akan memaklumkan mereka," kata Syed Husin ketika dihubungi The Malaysian Insider hari ini.
Ditanya bila akan mengumumkan pendiriannya, Syed Husin memberitahu, beliau akan mengeluarkan kenyataan apabila tiba masa yang sesuai.

"Apabila tiba yang sesuai, saya akan buat kenyataan," kata beliau tetapi tidak menyatakan masa yang sesuai dimaksudkannya.

Sumber memberitahu The Malaysian Insider, Syed Husin dijangka akan berbuat demikian minggu depan.
Apabila ditanya sama ada kenyataan akan dibuat sebelum 17 September ini, Syed Husin sekadar berkata, "tunggu masa yang sesuai".
Cabang-cabang PKR akan mengadakan persidangan masing-masing mulai 17 September ini.
Menjawab laporan media bahawa beliau telah memaklumkan Biro Politik semalam tentang pendiriannya tidak akan bertanding kali ini, Syed Husin menafikan perkara tersebut.

"Tidak, saya tidak kata begitu," kata Syed Husin yang dalam temu bual dengan The Malaysian Insider awal tahun ini memberitahu beliau akan melepaskan jawatannya jika diterima pucuk kepimpinan.
Azmin yang dicalonkan untuk jawatan timbalan presiden tiga tahun lalu menarik diri daripada saingan.
Semalam 20 ahli Parlimen PKR mengumumkan sokongan terhadap Azmin, yang merupakan Naib Presiden, untuk bertanding jawatan timbalan presiden pada pemilihan parti itu kali ini.

Kumpulan itu yang diketuai oleh Ahli Parlimen Teluk Kemang Datuk Kamarul Bahrin Abas melahirkan sokongan atas alasan Azmin yang juga Ahli Parlimen Gombak adalah layak dan cukup berpengalaman untuk menyandang jawatan nombor dua PKR.
"Berdasarkan itu (kelayakan dan pengalaman), kami ahli-ahli Parlimen dan Senator mengisytiharkan sokongan kami kepada Azmin sebagai timbalan presiden dalam pemilihan parti," kata Kamarul.
Kenyataan mereka menekankan bahawa pemilihan kali ini akan menjadi teras kepada gerakan membawa perubahan baru.

Hari ini majoriti Ahli Dewan Undangan Negeri Selangor dan Negeri Sembilan menyatakan sokongan kepada Azmin untuk bertanding jawatan nombor dua.

Selain Azmin dan Datuk Zaid Ibrahim, dua lagi pemimpin yang dijangka turun gelanggang ialah Naib Presiden Mustaffa Kamil Ayub dan Pengerusi Biro Pemahaman dan Pemantapan Dr Muhd Nur Manuty.
Dalam pada itu, sumber memberitahu Azmin hanya akan mengumumkan pendiriannya yang rasmi sebaik sahaja Syed Husin membuat pengumuman.

0 comments:

Followers

pop up text

Blog Archive

Top Ranking Pro PR

My Blog List