AC Mizal Sahkan Terima Gelaran Datuk

on Sep 22, 2010




KUALA LUMPUR: Pelakon dan pengacara AC Mizal mengesahkan menerima darjah kebesaran yang membawa gelaran Datuk daripada Sultan Pahang.
Bekas pengacara Akademi Fantasia itu mengakui telah menerima surat penganugerahan tersebut pada awal Ramadan lalu dan bakal menerima secara rasmi gelaran berkenaan mengikut adat istiadat istana pada akhir tahun ini.
"Saya sudah menerima surat dari pihak istana berhubung perkara ini namun belum lagi menghadiri majlis penganugerahan secara rasmi di istana.
"InsyaAllah ia mungkin diadakan pada hujung tahun ini, tapi pihak istana sudah memberi keizinan untuk saya terus mengunakan gelaran tersebut," ujarnya ketika ditemui pada Majlis Ulang Tahun ke10 Perkahwinan Vanida Imran dan Rashidi Ishak, Isnin.
Bagaimanapun, menurut AC dia masih belum mengunakan gelaran tersebut dan masih dalam proses mempersiapkan diri.
"Gelaran itu satu anugerah kepada saya. Ia bagus untuk bisnes yang sedang saya jalankan sekarang, namun begitu buat masa ini saya belum berani untuk mengunakannya kerana belum menghadari majlis penganugerahan.
"Saya masih dalam proses untuk berubah daripada seorang artis kepada ahli perniagaan selain mahu menerima gelaran tersebut," ujarnya.
Dalam pada itu, Pengerusi AC Konsortium Sdn Bhd ini juga memberitahu gelaran Datuk yang diterimanya merupakan rezeki selepas dia menceburkan diri dalam bidang perniagaan.
"Saya dapat gelaran ini disebabkan kejayaan saya sebagai artis yang berjaya dalam perniagaan. Walaupun belum setahun lagi perniagaan saya ini tapi Alhamdulilah rezeki perniagaan saya semakin baik.
"Secara tidak langsung saya boleh memberi contoh yang baik kepada artis-artis muda yang lain. Saya tidak mahu artis hanya dikaitkan dengan cerita-cerita negatif sahaja," katanya.
Selain itu, AC memberitahu dia tidak pernah meningalkan dunia seni sejak bergelar usahawan. Namun dia mengakui lebih memilih tawaran yang bersesuaian dengannya.
"Saya masih dalam industri seni. Saya ada kontrak dengan Astro selama dua tahun lagi. Insya-Allah lepas raya ini ada program yang akan saya kendalikan.
"Untuk tawaran berlakon memang sekarang saya kurangkan sedikit sebab saya ada tanggungjawab terhadap perniagaan yang saya usahakan ini. Namun begitu saya masih menerima tawaran yang bersesuaian dengan umur dan masa saya," kata AC.
myStar

Suspek mengaku membunuh suami saya : Isteri ahli perniagaan India

on


His wife, S. Usharani, 24, said Banting police told her in a meeting this morning the suspects nabbed earlier for the murder of cosmetics queen Datuk Sosilawati Lawiya and three others had confessed to murdering her husband.

The suspects were all workers at the farm.

Speaking to reporters at the scene of the murders in Ladang Gadong here, Usharani said her husband's parents, along with his younger brother, were expected to come to Malaysia next week to provide DNA samples for comparison with evidence collected from the scene.

She, however, declined to reveal how and when her husband was murdered based on the discussion she had with the Banting police.

Usharani, upon learning that her husband was dead, also promised she would reveal all on the two lawyer brothers, who are among the murder suspects, at a Press conference tomorrow.

She went to the Banting police station to meet Special Branch chief ASP Nor Imran Abdul Rahman soon after arriving at the Kuala Lumpur International Airport (KLIA) this morning.

Earlier at the airport, Usharani said she came here to find out the status of the police investigation into her spouse's disappearance. She had lodged a missing person report on Sept 8 but left for Chennai, India, on the same day, claiming to fear for her safety.

It was her police report that led the breakthrough into the disappearance of Sosilawati and three others.

Speaking to reporters at the airport, Usharani confirmed mentioning the name of the farm in Banting, owned by the lawyer brothers, which she and her husband had visited last December.

Both siblings and at least three of the farm workers have been arrested for the murder of Sosilawati and three others, including a lawyer, a banker and her driver.

Police had also arrested two more suspects in connection with Muthuraja's disappearance.

Usharani's husband, who had several business dealings with the two brothers, had been missing since he came to Malaysia on Jan 18 after receiving a call from one of the brothers.

Usharani confirmed the only report she made about her husband in Malaysia was on Sept 8. She did not lodge a missing person report with the Chennai police although she had contacted the Interpol liaison officer there about his disappearance in February.

Usharani had also faxed letters and documents about her husband to the Indian High Commission in Kuala Lumpur seeking help to trace him.

On reports that her husband has another wife in India, Usharani said she had no knowledge about the other woman and it was more important for her to find out about her husbands fate.

Kapar MP S. Manikavasagam, who was at the airport to accompany Usharani to the Banting police station, told reporters they would also try to see Selangor police chief DCP Datuk Khalid Abu Bakar on the matter.

"We are also trying to see Inspector-General of Police Tan Sri Ismail Omar. It has been 14 days since she lodged the police report, she has the right to know what's going on."

Manikavasagam said he was helping Usharani after several politicians in Tamil Nadu, India, contacted him to assist the woman on a humanitarian basis.

He said a local NGO and the Indian High Commission would also assist Usharani during her stay here, adding that she was expected to be in the country until Sunday - Malay Mail

Anak RPK Bebas Tanpa Dipanggil Bela Diri.......???

on


Mahkamah Majistret di sini, hari ini, melepaskan dan membebaskan Raja Azman, anak lelaki penulis blog Raja Petra Raja Kamaruddin, daripada tuduhan mencuri sebuah motosikal milik seorang operator pengeluaran dan memecah masuk rumah lelaki itu pada Mac tahun lepas, tanpa dipanggil membela diri.

Majistret Norkamilah Aziz membuat keputusan itu di akhir kes pendakwaan selepas mendapati pihak pendakwaan gagal membuktikan kes prima facie terhadap anak kedua editor laman web 'Malaysia Today' itu.

Timbalan Pendakwa Raya Sharon anak Jikin hadir bagi pihak pendakwaan sementara Raja Azman diwakili peguam J. Chandra dan Amarjit Singh Sidhu.

Raja Azman, 34, dibebaskan daripada tuduhan mencuri sebuah motosikal jenis Yamaha RXZ milik Mohd Syaiful Setapa, 24, seorang operator pengeluaran, membabitkan kerugian RM8,000 di No 65, Jalan Batas 2, 19/6B, Seksyen 19 di sini pada pukul 9.30 pagi, 20 Mac tahun lepas.

Raja Azman yang ditangkap pada 6 Mei tahun lepas, juga dibebaskan daripada tuduhan memecah masuk rumah Mohd Syaiful dan mencuri beg duit mengandungi kad pengenalan, wang tunai RM20, cukai jalan, kad ATM Maybank dan BSN serta lesen memandu milik mangsa di alamat, masa dan tarikh yang sama.

Raja Azman bagaimanapun mempunyai dua lagi pertuduhan yang masih belum dibicarakan.

Pertuduhan itu ialah mencuri telefon bimbit dan seutas jam tangan bernilai RM3,850 milik seorang pelajar, Saipul Adli Mohamed Yunus, 21, di rumah mangsa di No 16, Jalan Sastera, U2/1K Seksyen U2 di sini, pada 10 pagi 24 April tahun lepas.

Dia juga didakwa memiliki sebuah motosikal curi kepunyaan seorang pelajar, Ahmad Firdaus Jalaluddin, 23, bernilai RM6,000 di depan rumah No 3, Tingkat 1, Blok 1, Apartmen Kinrara Court, Puchong pada 10.40 malam, 5 Mei tahun lepas.

Mahkamah menetapkan 25 Nov depan untuk sebutan bagi kedua-dua kes itu.

Sejurus prosiding berakhir, Raja Azman yang kelihatan sangat gembira terus memeluk kedua-dua peguamnya.

Ketika ditemui pemberita di luar mahkamah, Raja Azman yang memakai kemeja-T berwarna hitam dan putih bercorak kotak mengucapkan kesyukuran kerana dibebaskan daripada kedua-dua pertuduhan tersebut.

Dia yang sebelum ini dibebaskan dengan jaminan RM10,500 berkata pembebasan itu secara tidak langsung turut membantu membersihkan nama bapanya.-Bernama

Rumah Noorhisham disimbah cat merah...!!!

on

KUALA LUMPUR: Kediaman Noorhisham Mohammad, 38, seorang daripada mangsa yang dibunuh bersama jutawan kosmetik Datuk Sosilawati Lawiya, disimbah cat merah semalam. 

Ketua Polis Daerah Ampang, Asisten Komisioner Abdul Jalil Hassan yang mengesahkan kejadian itu berkata ketika kejadian keluarga pegawai bank CIMB cawangan Kampung Baru itu tiada di rumah. Isteri dan anak-anak Noorhisham pulang ke Johor Bahru sejak Ahad lalu. Laporan polis mengenai perkara itu dibuat oleh seorang anggota keluarga Noorhisham di Ibu Pejabat Polis Daerah Ampang pada jam 9 malam setelah dimaklumkan mengenai kejadian itu oleh jiran mereka. 

"Seorang lelaki membuat laporan dan memberitahu rumah tiga tingkat Allahyarham di Taman Seraya, Ampang disimbah cat merah di halaman rumahnya (lantai)," katanya ketika dihubungi di sini hari ini.

Abdul Jalil berkata polis percaya kejadian itu bukan disebabkan dendam tetapi tersilap sasaran dan kes itu disiasat mengikut Seksyen 427 kerana khianat.

Noorhisham, 38, dilapor hilang bersama Sosilawati, 47, pemandu Kamaruddin Shansuddin, 44, dan peguam Ahmad Kamil Abdul Karim, 32, sejak 30 Ogos lalu selepas dikatakan ke Banting untuk urusan pembelian tanah.
Keempat-empat mangsa kemudian disahkan polis dipukul sampai mati sebelum mayat mereka dibakar dan abunya dibuang ke dalam sungai berdekatan Ladang Gadong, Tanjung Sepat. - BERNAMA 

Kes bunuh Sosilawati: Polis beri amaran kepada MP Kapar...

on

SHAH ALAM 22 Sept. – Polis hari ini memberi amaran untuk mengambil tindakan tegas terhadap Ahli Parlimen (MP) Kapar, S. Manikavasagam sekiranya dia terus cuba membawa isteri ahli perniagaan dari India yang dilaporkan hilang awal tahun ini, S. Usharani ke lokasi pembunuhan jutawan kosmetik, Datuk Sosilawati Lawiya di Ladang Gadong, Banting.
Ketua Polis Selangor, Datuk Khalid Abu Bakar berkata, amaran itu dikeluarkan kerana tindakan tersebut adalah menyalahi prosedur termasuk dikhuatiri boleh menganggu siasatan siasatan polis.
Menurutnya, kes kehilangan ahli perniagaan India, Allal Kathan Muturaja, 34, itu masih dalam siasatan dan beliau mengingatkan bahawa Manikavasagam seharusnya membawa isteri Usharani untuk membantu siasatan lanjut oleh polis, bukannya membawanya ke lokasi pembunuhan berkenaan Sosilawati. – Utusan
Dan hari ini, jelas bahawa Ahli PArlimen Kapar itu menongkah arus. Tengoklah gambar dan berita bawah ini..Siap sedialah Manikavasagam jawab dengan polis yang lebih sudu dari kuah..
Anggota Keluarga Muthuraja Akan Diminta Datang Untuk Pengesahan DNA
Gambar: Isteri jutawan India, S. Usharani, 24, (kiri) bersama Anggota Parlimen Kapar, S. Manikavasagam (dua kiri) meninjau Sungai Panchau, tempat suspek utama kes pembunuhan kejam yang membabitkan jutawan kosmetik Allahyarhamah Datuk Sosilawati Lawiya dan tiga individu lain, membuang tulang dan abu mayat mangsa di Tanjung Sepat, dekat sini, hari ini. foto: BERNAMA
BANTING: S.Usharani, 24, isteri ahli perniagaan warga India A. Muthuraja yang dilaporkan hilang di Banting sejak awal tahun ini, melawat ladang ternakan milik suspek utama kes pembunuhan Datuk SosilawatiLawiya dan tiga lelaki lain di Ladang Gadong, Tanjung Sepat di sini, Rabu.
Usharani, yang juga warganegara India, diiringi Anggota Parlimen Kapar S.Manikavasagam semasa lawatan itu.
Manikavasagam dan Usharani yang tiba di ladang itu pada pukul 11.35 pagi bagaimanapun tidak dibenarkan memasuki kawasan ladang itu oleh pihak polis yangmasih berkawal di pintu utama.
Ketika ditemui pemberita, Manikavasagam berharap anggota keluarga Muthuraja terutama bapa atau adik beradiknya dapat datang ke Malaysia pada minggu depan untuk membantu pihak polis dalam proses pengesahan DNA Muthuraja.
Manikavasagam berkata semasa beliau menemani Usharani bertemu dengan Timbalan Ketua Polis Daerah Kuala Langat, Deputi Supritendan Rizani Ismail, beliau dimaklumkan bahawa sebanyak 300 tulang-tulang kecil ditemui semasa siasatan yang melibatkan peguam yang merupakan supek utama kes pembunuhan Sosilawati. Laporan sebelum ini berkata tulang-tulang itu ditemui di Sungai Panchau oleh unit forensik polis semasa siasatan ke atas kes kematian Sosilawati dijalankan.
Manikavasagam turut membawa Usharani melawat Sungai Panchau dan Sungai Kanchong Laut yang masing-masing terletak satu dan dua kilometer dari Ladang Gadong, selepas melawat ladang milik peguam itu.
Beliau berkata tujuan beliau membawa Usharani ke ketiga-tiga tempat itu danmenemui polis ialah bagi mengetahui perkembangan siasatan kehilangan suaminyayang dilaporkan oleh Usharani kepada pihak polis dua minggu lepas.
Manikavasagam juga berkata beliau akan mengadakan sidang akhbar di pejabatnya di Kapar pukul 11 pagi esok untuk memberi beberapa maklumat atau bukti berkaitan dengan peguam itu.
Bila diminta memberi penjelasan lanjut, beliau berkata: "Keterangan yang ada padanya (Usharani) yang diperoleh semasa dihubungi peguam (suspek) semasa (suaminya) hilang, kami akan dedahkan dan berikan salinannya kepada polis."
Beliau berkata Usharani berhasrat untuk berada di sini selama seminggu tetapi tempat penginapan beliau dirahsiakan bagi tujuan keselamatan. - BERNAMA

Abdullah Gul batalkan jumpa Peres, tukar untuk bertemu Ahmedinejad

on




Minggu lalu satu persidangan majlis PBB sedang berlangsung, dan dicelah celah masa ketika persidangan itu, beberapa tokoh di Washinton telah mengaturkan pertemuan Presiden Turki Abdullah Gul dengan Presiden Israel, Shimon Peres. 

Begitulah perangai Amerika, konon nya pertemuan itu nanti bakal menjernihkan semula hubungan Tel Aviv dengan Ankara, setelah berlaku nya trajidi serangan rejim zionis itu terhadap kapal bantuan Turki yg menuju ke Gaza.

Ketika itu media media di Amerika riyuh rendah dengan berita Presiden Turki akan bertemu Shimon Peres dan Washinton pun sebuk memainkan peranan serta memberi laluan pada media untuk menyemarakan pertemuan kedua pemimpin itu.

Kemarahan Turki di atas keganasan Israel yg membunuh ramai rakyat nya semasa konvoi kapal bantuan kemanusiaan nya menuju Gaza masih lagi dirasakan. Walau pun Israel berhasrat untuk menyiasat kejadian itu oleh pihak antarabangsa dan membayar gantirugi di atas peristiwa itu, namun Abdullah Gul tidaklah seceria mana.

Yang lebih lucu nya, bila tiba masa yang di aturkan untuk majlis perjumpaan itu, Abdullah Gul tidak jadi pula bertemu dengan Simon Peres kerana kesuntukan masa kata nya. Para wartawan dan pengamatan politik terlopong mulut, dan yang lebih menghiriskan perasaan mereka apabila Abdullah Gul membatalkan pertemuan nya dengan Shimon Peres dan bertukar untuk menemui Presiden Iran Ahmedinejad.

Inilah politik, bila kita fikirkan semula mengapa Abdullah Gul punyai masa pula untuk menemui Ahmedinejad.

Dimaklumkan yang para pengamatan politik Amerika menganggap Abdullah Gul semakin berpaling arah dan menyokong Iran dalam percaturan politik nya. Sejumlah dari mereka menganggap pembatalan pertemuan itu kerana keengganan Israel memohon maaf dari Ankara dengan kejadian Israel menyerang konvoi bantuan dari Turki dan secara resmi nya Turki lebih kecondongan kepada Islam, katanya.

Dari sini dapat kita dinilai sikap presiden Turki yang enggan bertemu dengan Peres semasa Sidang Umum PBB di New York bermula dari konflik politik keganasan Israel membantai aktivis Turki dan sikap keras kepala Tel Aviv semakin menjadi jadi kebelakangan ini.

Siapa Kata Wan Azizah "Benci" Azmin.......???

on


Lihatlah betapa "rapatnya" mereka berdua.... Tapi dua kali pandang, macam Azmin tu sebenarnya tengah kena "sound" aje dengan Kak Wan.

Kes bunuh Sosilawati: Kontraktor dan rakan tak pulang-pulang....???

on





SUNGAI PETANI: “Hati saya terdetik mengatakan suami akan pulang pada Aidilfitri lalu menyebabkan saya membeli sepasang baju Melayu biru untuknya,” kata Samsonnahar Mohd Dali, 35, isteri kepada kontraktor, Shafik Abdullah (gambar), 37, dipercayai turut menjadi mangsa peguam yang kini suspek utama kes pembunuhan kejam jutawan kosmetik, Datuk Sosilawati Lawiya serta tiga individu lain.

Menurut Samsonnahar, walaupun pada hakikatnya dia sedar suaminya mungkin tidak pulang, gerak hati itu menyebabkan dia tetap menaruh harapan berlaku keajaiban dan menunggu kemunculan suaminya pada pagi 1 Syawal lalu.

“Bagaimanapun, impian itu hanya tinggal angan-angan kosong,” katanya ketika ditemui, semalam.

Katanya, suaminya keluar dari rumah mereka di Taman Bunga Raya, di sini, pada5 April lalu, kira-kira jam 5 pagi menaiki kenderaan pelbagai guna (MPV) Honda Stream warna emas menuju ke Kuala Lumpur dipercayai berurusan dengan peguam terbabit.

“Sehingga kini, suami tidak pulang ke rumah dan apabila menghubungi telefon bimbitnya, ia diputuskan. Kali terakhir saya bertemu suami pada hari itu manakala pada 7 April antara jam 10.30 malam dan 11 malam, suami menelefon saya memberitahu dia akan pulang pada 9 April.


“Dia juga berharap dapat pulang ke Sungai Petani secepat mungkin kerana mahu memasuki rumah baru yang dibeli di Taman Cemara, kira-kira satu kilometer dari rumah sekarang, tetapi dia sedikit pun tidak mengadu dan bercerita mengenai masalah dihadapinya,” katanya.

Samsonnahar yang mempunyai tiga anak berusia lima hingga 13 tahun berkata,dua hari selepas itu, dia ada menelefon peguam terbabit dan dimaklumkan suaminya ke luar negara dan akan pulang selepas lima atau enam hari lagi.

“Saya terkejut dengan jawapan peguam terbabit sebelum membuat laporan di Balai Polis Sungai Petani.

“Akibat tidak berpuas hati dengan penjelasan peguam itu, saya ke rumah sewa suami di Meadow Park 2, Jalan Kuchai Lama terkejut apabila menemui pasport antarabangsanya dalam beg, tetapi keretanya tiada di situ,” 
katanya.

Menurutnya, kereta milik suaminya ditemui tersorok di tempat letak kereta di Pelabuhan Klang selepas sistem penggeranya berbunyi akibat perbuatan khianat.

Katanya, suaminya dipercayai mengenali peguam terbabit sejak setahun lalu selepas diperkenalkan seorang rakan dan sejak itu, suaminya sering berhubung dengan lelaki berkenaan.

Samsonnahar berkata, dia terkejut apabila Balai Polis Banting, baru-baru ini, memaklumkan bahawa 95 peratus siasatan polis mengesahkan suaminya seorang daripada mangsa peguam terbabit yang kini ditahan polis.

“Saya masih berharap menerima berita gembira. Apapun, saya bersedia menerima sebarang kemungkinan yang menimpa suami dan reda dengan kejadian menimpanya.

“Sejak kehilangan suami, saya banyak melakukan solat tahajud dan hajat. Alhamdulillah selepas lima bulan kehilangannya, saya dapat menerima kenyataan walaupun tidak tahu di mana kubur dan jasadnya,”katanya.

Sementara itu, di Kuala Lumpur, sumber polis mengesahkan ada menerima laporan mengenai kehilangan Shafik Abdullah dan seorang lagi rakannya sejak April lalu.

Sumber itu berkata, polis mengklasifikasikan kes kehilangan mereka sebagai kes orang hilang dan siasatan lanjut sedang dijalankan sama kehilangan mereka ada kaitan dengan suspek utama kes Sosilawati.



 Hmetro

Terkini :- Kes Sosilawati:- AG arah polis buat siasatan lanjut

on



Kami sekeluarga berdebar-debar menunggu keputusan ujian asid deoksiribonukleik (DNA) yang dijangka diketahui dalam tempoh seminggu lagi dan berharap itu (cebisan tulang) bukan dia.

Gambar: Tengku Abdullah bertanya sesuatu kepada Irfan Aiman sambil diperhatikan Zainab (kiri) ketika melawat keluarga berkenaan, semalam.

“Tapi jika benar itu dia, kami reda dan walau diberi hanya tulang pun kami kena terima juga untuk dikebumikan,” kata kakak pemandu peribadi Datuk Sosilawati Lawiya, Kamaruddin Shansuddin, ketika ditemui selepas menerima kunjungan Tengku Mahkota Pahang, Tengku Abdullah Sultan Ahmad Shah di rumahnya di Indera Mahkota, di sini, semalam.

Ramlah, 49, berkata, dia sekeluarga masih berharap Kamaruddin, 44, dapat kembali dalam keadaan sempurna sama ada hidup atau mati.

“Jika cebisan tulang arwah dapat dikebumikan, anaknya yang masih kecil dapat menziarahi pusara bapa mereka apabila dewasa kelak.

“Sekarang ini pun, anak Kamaruddin masih bertanya sama ada bapa mereka akan pulang atau tidak kerana belum mengerti apa yang berlaku,” katanya.

Kamaruddin yang berpisah dengan isterinya, Noorfazilah Ab Sani mempunyai tiga anak, Balqis Dayana,12, Izran Akmal, 9, dan Irfan Aiman, 8.

Sementara itu, Tengku Abdullah turut menzahirkan kesedihannya dengan kejadian yang menimpa keluarga Kamaruddin dan Sosilawati serta meminta keluarga mangsa supaya tabah dan sabar.

“Saya tidak tahu Kamaruddin asalnya dari Pahang dan satu ketika ketika ibunya pernah bekerja dengan Almarhum dan Almarhumah nenda saya.

“Kita berharap keluarga ini, terutama anak Kamaruddin dapat diawasi dan diasuh mendapat pendidikan sempurna,” katanya yang turut mengucapkan takziah kepada keluarga Sosilawati yang menerima pingat kebesaran Darjah Indera Mahkota Pahang (DIMP) yang membawa gelaran Datuk dari Sultan Pahang, Sultan Ahmad Shah.

TERKINI


Kes Sosilawati: AG arah polis buat siasatan lanjut

KUALA LUMPUR, 22 Sept — Pejabat Peguam Negara telah memulangkan kertas siasatan berhubung kes pembunuhan jutawan kosmetik Datuk Sosilawati Lawiya dan tiga individu lain dengan mengarahkan polis melakukan siasatan susulan.

Difahamkan keputusan itu dimaklumkan kepada polis hari ini.

Kertas siasatan itu telah diserah kepada Pejabat Peguam Negara semalam.

Semalam, Menteri Dalam Negeri Datuk Seri Hishammuddin Hussein ketika mengesahkan perkara itu turut memberi jaminan bahawa laporan lengkap kes pembunuhan itu akan siap sepenuhnya dalam tempoh dua minggu lagi.

Hishammuddin berkata polis kini menunggu laporan DNA yang ada ketikanya mengambil masa sedikit untuk disiapkan.

Bagaimanapun, tarikh dan tempoh untuk laporan lengkap itu telah ditetapkan iaitu dalam tempoh dua minggu lagi sebelum hasil siasatan lengkap kes itu diserah kepada Peguam Negara untuk proses pendakwaan, katanya.

Setakat ini lapan suspek ditahan berhubung kes pembunuhan ini.

Tahanan perintah mereka telah dilanjutkan baru-baru ini. -TMI

Blogger pencacai Umno dayus....

on

UTTERWORTH, 22 Sept: Ketua Angkatan Muda Keadilan Pulau Pinang, Amir Ghazali membidas sikap blogger tajaan Umno yang tidak putus-putus menjadi 'pencacai' kepada kepimpinan parti itu yang terlalu kecewa ekoran kekalahan teruk yang dialami pada Pilihan raya Umum ke-12 lalu.
Senario itu baginya, jelas menampakkan pemimpin Umno dan BN semakin dayus untuk bertemu secara berdepan dalam forum yang sememangnya memberi peluang untuk mengkritik dasar kerajaan negeri.
"Kepimpinan Umno jelas dayus kerana terus memperkudakan blogger yang inginkan publisiti tanpa mengetahui kesan terhadap perpaduan kaum di Malaysia," katanya.
Sehubungan itu, Pemuda Pakatan Rakyat negeri semalam membuat laporan yang meminta Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM) Wilayah Utara menyiasat segera dakwaan yang tidak berasas sebagaimana yang disiarkan dalam blog pisau.net pada 17 dan 19 September lalu kononnya pemberikan wang ehsan RM100 kepada warga emas hasil wang judi.
Ketua Dapsy, Ng Wei Aik berkata, artikel yang diterbitkan dua kali itu masing-masing bertajuk 'Gempar! Wang Ehsan 100, Warga Emas Makan Duit Judi?' dan 'Kerajaan Negeri Tak Jawap, Boleh Percayakah Guan Eng' merupakan satu lagi fitnah dan tohmahan yang tidak munasabah.
"Umno sebenarnya sudah hilang modal dan sanggup lemparkan fitnah dan tohmahan yang tidak masuk akal," ujarnya.
Kerajaan negeri yang berjiwa rakyat sambungnya, tidak sekali-kali memperkudakan rakyat dengan pemberian wang hasil yang haram.
SKMM, tegasnya, wajar mengambil tindakan terhadap blogger pisau.net kerana sengaja mencipta isu untuk merosakkan imej Kerajaan Negeri Pulau Pinang.
"SKMM kena segera melakukan siasatan berkenaan supaya tiada lagi blogger begitu berani memainkan isu yang tidak berasas dan berbaur fitnah," terangnya yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Komtar.
Ketua Dewan Pemuda PAS negeri, Ustaz Yusni Mat Piah juga menyifatkan dakwaan blogger itu untuk meniupkan api kebencian orang Melayu terhadap kepimpinan Ketua Menteri.
"Rakyat jangan terpedaya dengan dakyah buruk Umno yang terlalu bencikan perpaduan yang ditunjukkan dalam Pakatan Rakyat," katanya.
Harakahdaily

Followers

pop up text

Blog Archive

Top Ranking Pro PR

My Blog List