Berinteraksi dengan makhluk asing......???

on Sep 27, 2010


KUALA LUMPUR - Jika terbukti wujudnya makhluk asing di angkasa lepas, bekas Ketua Pengarah Agensi Angkasa Negara (Angkasa), Prof. Datuk Dr. Mazlan Othman, 58, (gambar) bakal menjadi orang pertama akan berkomunikasi dengan entiti berkenaan.
Interaksi itu boleh dilakukan sekiranya hidupan lain di galaksi berjaya disahkan secara saintifik.
Tanggungjawab itu diberi kepada Mazlan oleh Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) selaras dengan kedudukannya sebagai Pengarah di Pejabat Hal Ehwal Angkasa Lepas PBB yang beribu pejabat di Vienna, Austria.
Menurut laman web berita utama Australia, www.news.com.au, Mazlan akan menjelaskan peranan terbarunya ketika menyampaikan ceramah pada persidangan saintifik Universiti St. Andrews di Pusat Antarabangsa Kavli Royal Society, London pada minggu depan.
Pada persidangan itu, beliau dijadual berucap kepada para delegasi berhubung penemuan-penemuan terbaru berkaitan ratusan planet baru yang ditemui dalam sistem cakerawala.
Ia mungkin ada kaitan dengan kemungkinan manusia mampu berkomunikasi dengan makhluk asing.

Menteri Luar Kanan Singapura meninggal.....

on

SINGAPURA - Menteri Negara Kanan (Ehwal Luar) Singapura, Dr. Balaji Sadasivan meninggal dunia akibat kanser kolon di sini hari ini.
Dr. Balaji, 55, meninggalkan seorang isteri, Dr. Ma Swan Hoo dan dua orang anak.
Menteri Luar, George Yeo yang kini menghadiri Perhimpunan Agung Bangsa-Bangsa Bersatu di New York, memaklumkan berita kematian tersebut melalui Twitter.
Dr. Balaji anak jati Singapura dilahirkan pada 11 Julai, 1955, menjalani pembedahan bagi mengeluarkan ketumbuhan barah di bahagian kolon di sebuah hospital swasta di sini 23 September 2008.
Beliau seorang pakar bedah neuro yang terlatih di Amerika Syarikat, berkhidmat sebagai perunding di Hospital Tan Tock Seng sebelum menceburi amalan perubatan sendiri pada 1994.
Pada 2001, beliau menceburi bidang politik sebagai calon Parti Tindakan Rakyat (PAP) dan menjadi Ahli Parlimen GRC Ang Ko Kio sebelum dilantik sebagai Menteri Negara Bagi Kesihatan pada November, tahun yang sama.
Beliau dilantik sebagai Menteri Negara Bagi Kementerian Alam Sekitar (Nov 2001-Mei 2003) dan Kementerian Kesihatan (Mei 2003-Ogos 2004).
Ogos 2004, beliau dilantik sebagai menteri kanan negara bagi Kementerian Penerangan, Komunikasi, Kebudayaan dan Kementerian Kesihatan. Pada 30 Mei, 2006, Dr. Balaji dilantik sebagai Menteri Kanan Negara Bagi Ehwal Luar. - Bernama

Amaran Perkasa: Kami kekal NGO, tapi boleh tentukan nasib ahli politik.....???

on

   

Wah macam ada kabel je....






KUALA LUMPUR, 27 Sept — Pertubuhan bela hak Melayu Perkasa tetap akan kekal sebagai sebuah badan bukan kerajaan, tetapi memberi amaran mereka ada kuasa untuk menentukan masa depan seseorang ahli politik dan parti politik.

Setiausaha Agung Perkasa, Syed Hassan Syed Ali berkata, pasti pertubuhan berusia dua tahun itu yang ditubuhkan Ahli Parlimen Bebas Pasir Mas tidak akan menjadi parti politik.
“Perkasa tidak akan menjadi sebuah parti politik. Itu yang pasti. Tapi Perkasa boleh menentukan kedudukan seseorang pemimpin politik,” kata beliau merujuk kepada kenyataan terbaru Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Seri Naziz Aziz kepada Awang Selamat petang semalam.

“Itu amaran Perkasa, tak payahlah Nazri menggesa Perkasa menjadi parti politik.
“Kami tahu apa kami lakukan. Kami ingin satukan orang Melayu. Kami tolak pemimpin Melayu yang memecahbelahkan orang Melayu,” kata Syed Hassan.

Syed Hassan menambah, pihaknya akan tolak parti-parti yang akan merugikan orang Melayu.
“Perkasa tidak mahu buang masa melayan budak yang sedang menangis.
“Otak kami tidak senget. Kami tahu nak bawa hala tuju Perkasa,” katanya.
Sehubungan itu, Syed Hassan juga menasihatkan Nazri agar menghentikan tindakannya menyerang Perkasa.

“Perkasa  tidak rugi hasil serangan Nazri, malah tambah kuat lagi di kalangan orang Melayu.
“Dan, mungkin Nazri juga tidak rugi apa-apa. Tapi yang rugi pastinya Umno jika ada pemimpin dalam Umno yang iri hati dan perkecilkan peranan Perkasa  seperti Nazri,” katanya.
Syed Hassan juga meminta agar jangan menuduh Perkasa tidak faham konsep 1 Malaysia.
“Kami faham dengan cara kami seperti yang dimaklumkan oleh perdana menteri di Parlimen sebelum ini.
“Tapi ada juga pihak lain yang memahami 1 Malaysia dengan cara fahaman yang lain dari kami.
“Kalau pelbagai pihak memahami 1 Malaysia dengan istilah berbeza, maknanya 1 Malaysia mendatangkan masalah,” katanya.

Syed Hassan juga berkata, Nazri sendiri juga tidak faham apa itu 1 Malaysia.
“Janganlah sebut 1 Malaysia itu satu dasar ataupun satu konsep.
“(Konsep) 1 Malaysia hanyalah satu slogan saja. Ia bukan satu dasar. Kami menyokong apa saja perdana menteri ingin lakukan untuk menyatupadukan rakyat negara ini yang berbilang kaum,” kata beliau.

Dalam kenyataan terbaru, Nazri, yang secara konsisten mengkritik Perkasa dan kepimpinannya, mencabar Ibrahim, yang memberi amaran kepada tiga pemimpin kanan Umno termasuknya dirinya, supaya mendedahkan apa saja rahsia yang beliau dakwa ada sekarang.
Nazri menegaskan, ugutan Ibrahim kelmarin sama sekali tidak membimbangkannya, sebaliknya tindakan wakil rakyat Bebas itu memperkuatkan beliau dalam menentang sikap “rasisme” yang dibawa oleh Perkasa.
“Saya mahu Ibrahim Ali mendedahkan apa saja rahsia yang beliau ada tentang diri saya. Saya mencabar beliau.
“Lebih baik beliau mendedahkan secepat mungkin kerana saya akan terus menyerang Perkasa dan saya akan terus melawan beliau,” kata Nazri.

Di Pasir Mas kelmarin, Ibrahim memberi amaran kepada tiga pemimpin Umno supaya tidak lagi mempersoalkan perjuangan pertubuhan Melayu itu yang ditubuhkan dua tahun lalu untuk mempertahankan hak keistimewaan orang Melayu.

Ketiga-tiga pemimpin tersebut adalah Setiausaha Agung Umno Datuk Seri Tengku Adnan Tengku Mansor, Nazri dan Ketua Pemuda Umno Khairy Jamaluddin.
Ketiga-tiga pemimpin tersebut pernah mendakwa Perkasa boleh menjadi punca kepada BN kehilangan sokongan dalam pilihan raya umum ke-13.

Jangan Beri Muka kepada PERKASA - Dr Koh Tsu Koon

on





KUALA LUMPUR 27 SEPT: Perkasa tidak harus dilimpahi publisiti meluas sebagaimana yang dinikmati pertubuhan bukan kerajaan (NGO) itu, kata Menteri di Jabatan Perdana Menteri Tan Sri Dr Koh Tsu Koon.
Seakan-akan mengiyakan kenyataan Menteri Di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Nazri Aziz sebelum ini yang mengkritik Utusan Malaysia kerana memberi ruang besar kepada pimpinan Perkasa kebelakangan ini, Presiden Gerakan itu menyifatkan pertubuhan bukan kerajaan pimpinan Datuk Ibrahim Ali itu sebagai tidak penting dan tidak harus diberi muka serta tiada sebab untuk memberi ruang terlalu banyak .
"Namun, kita harus melihat pada sebab musabab masalah mereka yang boleh kita klasifikasikan sebagai sosio-ekonomi dan politik," katanya kepada wartawan selepas di National Unity Forum 2010 di Jakarta.

Kekecohan Dalam Pemilihan PKR....Dalang Dikesan......???

on

DALANG DALAM PKR DIKESAN......... Betul ke bro.... kalau setakat kesan aje tak guna bro, aku tak percaya. Tangkap dia orang tu baru ok. Setakat kesan kesan tak main lah bro, jangan le jadi macam kamera pengintip pejabat MB dah le.......


Parti Keadilan Rakyat (PKR) mendakwa kekecohan yang berlaku di tiga cabang yang mengadakan pemilihan pada Ahad didalangi pihak luar yang bukan ahli parti.
Setiausaha Agung PKR, Saifuddin Nasution berkata, pihaknya telah mengenal pasti individu-individu berkenaan yang sengaja mencetuskan kekecohan di cabang Klang, Kapar dan Kuala Langat semata-mata mahu memberi gambaran negatif kepada parti.

"Kekecohan yang berlaku di ketiga-tiga cabang berkenaan menggunakan modus operandi yang sama iaitu dia ambil kotak undi, pecahkan dan tabur kertas-kertas undi itu dalam hujan... kemudian dia terusberedar," katanya pada sidang media Ibu Pejabat PKR di sini, Isnin.

Sehubungan itu Saifuddin memberitahu, Jawatankuasa Pemilihan Pusat (JPP) parti itu menangguhkan proses di tiga cabang terbabit.
Selain itu empat lagi pemilihan peringkat cabang yang turut ditangguhkan ialah Petaling Jaya Selatan, Jerai, Merbok dan Kuala Nerus kerana mempunyai masalah tadbir dan teknikal, jelas beliau.

"Tujuh daripada 166 cabang di seluruh negara yang sudah menyempurnakan mesyuarat agungmasing-masing ditangguhkan ke satu tarikh yang akan ditentukan oleh JPP," tambahnya.

Sumber :-Juragan : Kalau dapat dikesan kira ok la bro..hanya wa mintak ahli PKR kasi buang budaya buruk dalam meeting yang diwarisi daripada Umnogok,takut Gajah seberang laut lu orang nampak,cicak tokek depan mata lu orang tak perasan...Hancuss nanti broo..

ISU JUDI GUAN ENG.....MAKA BERKATA LAH SALEH MAN.........

on

Hasil Judi Guan Eng, Saleh Man Jawab.........


Bukit Mertajam 27 Sept 10: Kenyataan mulut celupar Ketua Penerangan Pemuda Umno, Datuk Seri Reezal Merican Naina Merican kononnya Ketua Menteri, Lim Guan Eng memberikan RM100 kepada warga emas hasil wang judi sengaja ditiupkan untuk menimbulkan kemarahan orang Melayu.

Pesuruhajaya PAS negeri, Ustaz Saleh Man berkata, sebenarnya isu itu sengaja dimainkan untuk mencari publisiti murahan untuk menonjolkan dirinya 'hero' baru Umno di Pulau Pinang setelah beberapa orang hero lama kini sudah patah sayap. "Reezal Merican sengaja cari publisiti murahan untuk meningkatkan pengaruhnya bagi dilihat hero baru Umno di Pulau Pinang. Cubaannya untuk menggantikan Tun Abdullah di Parlimen Kepala Batas makin ligat," katanya.

Beliau yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Permatang Pasir berpendapat Umno bakal menurut ‘kematian’ MCA dan Gerakan Pulau Pinang tidak lama lagi.
“Maka sebab itu kepimpinannya terpaksa melakar sejarah terakhir supaya menjadi kenangan anak cucu,” ujarnya ketika berucap sempena Jamuan Hari Raya Aidilfitri PAS Bukit Mertajam di halaman Pasti Alma Jaya, semalam.

Ujarnya, justeru itu jentera PAS dan Pakatan Rakyat perlu bersiap sedia berganding bahu menyusun pelbagai program dan agenda untuk rakyat bagi menggantikan Umno.
"Apa yang Umno lakukan untuk mengembalikan sokongan ditolak rakyat. Sokongan orang Cina dan India jelas berpatah arang cuma Melayu saja yang masih berdolak dalik.
“Namun tidak mengapa, biar Umno cipta isu yang akhirnya makan diri. Bila makan diri, pasti parti itu jadi macam MCA dan Gerakan yang amat lemah di negari ini berbanding dulu begitu agresif," ujarnya. Lagi.

Beliau percaya selepas pilihan raya umum ke-13 nanti, Umno akan kehilangan pengaruh sekaligus melenyapkan impian untuk terus berkuasa di Malaysia.

Dari mana kekayaan luarbiasa ahli keluarga Reezal Merican.........???

on

Lain kali jangan sibuk hal orang.....Haa kan orang dah sibuk hal awak pulak.....???


Reezal Merican Naina Merican Ketua Pemuda UMNO Kepala Batas perlu mendedahkan kepada umum dari mana sumber kekayaan ahli keluarganya secara tiba-tiba.

Bapanya cuma seorang kakitangan awam biasa di Jabatan Pengangkutan Jalan manakala ibunya seorang jururawat desa.

Semasa hayatnya bapanya memiliki sebuah lori kecil empat tayar bagi menjalankan perniagaan 'gas masak'.

Reezal sendiri selepas tamatkan pengajian di IPTA, bekerja dengan Shahrizat Abdul Jalil.

Secara tiba-tiba apabila mendampingi Abdullah Badawi keluarga ini sudah mempunyai rumah harga berjuta-juta di Shah Alam, projek di sana-sini dan begitu juga memiliki banyak kereta mewah.

Orang Penang terkejut dengan kemewahan luar biasa keluarga Naina Merican ini dan berharap Reezal dapat memberitahu sumber kekayaan ahli keluarganya.

Orang ramai berpendapat jika ianya dari sumber halal - tidak mengapa. Jika dari sumber haram, orang Islam lebih rela menjauhi harta dan keluarga seumpama itu.


Sumber:- Alkerohi

Kisah Kejayaan Anak Sulung Dato Sosilawati :- Erni Dekritawati Yuliana Buhari.

on



PROFIL :-
NAMA: Erni Dekritawati Yuliana Buhari
JAWATAN: Pengarah Nouvelle Beauty Centre Sdn Bhd
PENDIDIKAN: Ijazah Sarjana Perniagaan Antarabangsa Universiti Nottingham, United Kingdom
UMUR: 25 tahun
ASAL: Kuala Lumpur
ADIK BERADIK: Sulung daripada enam beradik


JIKA diukur dengan masa, Erni Dekritawati Yuliana Buhari, 25, mungkin masih terlalu mentah untuk memahami sepak terajang dunia perniagaan. Meneruskan legasi ibunya, Datuk Sosilawati Lawiya sebagai pengasas empayar produk kecantikan Nouvelles Visages sejak lima bulan lalu, anak sulung enam beradik itu perlu secekal ibunya dalam mengharungi dunia perniagaan serba mencabar.

Mungkin pada anggapan sesetengah pihak, meneruskan perniagaan diwarisi daripada keluarga lebih mudah berbanding individu yang berhempas pulas membangunkan jenama bermula dari bawah.

Namun Erni Dekritawati Yuliana atau lebih dikenali Rita mempunyai pandangan berbeza. Baginya, individu yang mula-mula membangunkan perniagaan dengan individu yang meneruskannya mempunyai cabaran masing-masing.

“Produk ini sudah 12 tahun di pasaran dan dikenali. Cabaran saya ialah bagaimana mengekalkan perniagaan ini untuk tempoh 20 tahun akan datang. Asas sudah ada, cuma saya perlu memajukan perniagaan ini bagi memastikan ia kukuh dan boleh bersaing di pasaran antarabangsa,” katanya.

Rita mengakui masih banyak perlu dipelajari untuk menerajui Nouvelle Beauty Centre Sdn Bhd kerana tanggungjawab dipikulnya sebagai pengarah syarikat terlalu berat dan memerlukan tumpuan penuh.

“Saya mungkin terlalu muda untuk menjadi orang atasan, tetapi saya perlu tunjuk saya boleh memimpin orang lain. Jangan pandang daripada segi rupa dan umur, sebaliknya tengok pada pemikiran kerana saya sebenarnya ‘kecil-kecil cili padi’,” katanya.
Antara dilema dihadapi Pengarah Nouvelle Beauty Centre Sdn Bhd ini ialah ketika berurusan, orang bertanya usianya dan memberi reaksi terkejut sambil mengatakan dirinya muda.

Diajar berdikari sejak kecil, Rita mendapat pendidikan peringkat Ijazah Sarjana Muda Seni (Tekstil) Universiti Teknologi Mara (UiTM), Shah Alam sebelum melanjutkan pengajian ke peringkat Sarjana Perniagaan Antarabangsa di Universiti Nottingham Trent, United Kingdom.

Rita mendapat pendedahan dalam dunia perniagaan sejak sekolah menengah apabila ibunya sering membawanya ke pejabat.

“Saya diajar membuka bil, cara menarik pelanggan dan melayani pelanggan yang datang membeli produk. Setiap kali cuti sekolah, saya tidak berpeluang pergi bercuti seperti rakan lain, sebaliknya wajib datang ke pejabat seperti orang bekerja iaitu pergi pagi balik petang.

“Dulu saya sering tertanya-tanya kenapa ibu buat begitu. Saya merasakan dia tidak memberi kebebasan kepada saya. Ibu tidak pernah jawab apabila saya bertanya, cuma dia kata, nanti saya akan tahu. Sekarang saya sedar dia lakukan semua itu untuk memberi pendedahan kepada saya,” katanya.

Menurut Rita, dia pernah meminta kebenaran ibunya untuk mencari pengalaman kerja di United Kingdom selepas tamat pengajian kerana penuntut asing mempunyai dua tahun visa untuk kerja.

“Bagaimanapun, ibu tidak membenarkan saya meneruskan niat itu dengan alasan buat apa membazir masa sedangkan ibu boleh mengajar banyak benda. Akhirnya saya akur kehendak ibu untuk menguruskan syarikat,” katanya.

Antara perubahan dilakukan gadis itu ialah mengubah kaedah pemasaran produk yang lebih moden dan mengikut peredaran masa. Rita menggunakan saluran media cetak dan elektronik selain laman web sendiri dalam mengetengahkan produk kecantikan Nouvelles Visages.

Terkenal dengan produk kosmetik, Nouvelle Beauty Centre turut membuka galeri pengantin, penjagaan kesihatan, salun rambut dan kecantikan serta hartanah.

Butik andaman pengantin, salun rambut dan spa beroperasi di Wisma Nouvelle, Cyberjaya manakala Nouvelle Development membangunkan kawasan komersial di Kota Damansara.

“Saya juga bercadang membuka perniagaan berkaitan fesyen kerana ada pengetahuan dalam bidang itu. Saya tidak mahu membazirkan tempoh lima tahun belajar bidang tekstil.

“Ilmu itu nanti boleh membantu memberi peluang pekerjaan kepada orang lain menerusi pembukaan butik yang mengetengahkan pakaian rekaan saya. Ia dijangka dilancarkan tahun depan,” katanya.

Walaupun bergelar pengarah, Rita berkata, ibunya sentiasa memantau pergerakannya iaitu perlu patuh pada waktu kerja dengan masuk pada jam 9 pagi.

“Kami tinggal serumah dan ibu mudah memantau pergerakan saya. Saya perlu datang ke pejabat jam 9 pagi setiap hari,” katanya.


Saifudin Nasution Berkata.......???

on

'Kami buat yang terbaik tangani masalah'



Setiausaha agung PKR, Saifuddin Nasution mengakui berlakunya beberapa kes 'tidak tertib' dalam proses pemilihan, sehingga terganggunya prosiding di beberapa cabang hujung minggu lalu.

Bagaimanapun, tegasnya, mesyuarat agung (AGM) dan proses pemilihan di majoriti cabang PKR, berjalan lancar.

Katanya, keputusan di 159 daripada 166 cabang yang selesai 
bermesyuarat sejak 17 September adalah mengikut peraturan walaupun berdepan dengan isu-isu seperti tidak cukup kotak undi.

Saifuddin mengesahkan AGM dan proses pemilihan di sekurang-kurangnya tujuh cabang terpaksa ditangguhkan kerana pelbagai isu, termasuk dakwaan perbuatan merosakkan kotak undi oleh orang luar.

Katanya, pihak parti telah mengenal pasti beberapa individu melalui rakaman video dan foto yang terlibat, yang didakwa terbabit dalam perbuatan vandalisme.

Perkara itu, tambahnya, mendorong kepimpinan parti mempercayai kemungkinan ada anasir yang mahu mensabotaj bagi mencemarkan imej PKR.

Bercakap dalam satu sidang akhbar hari ini, Saifuddin berkata, mereka memecah membuka kotak-kotak undi, menabur kertas undi dan beredar.

ISU JUDI GUAN ENG :- MAKA BERKATA LAH DR ASRI...........

on



Asri: Rakyat yang mendapat bantuan kerajaan tersebut tidak haram, sebabnya mereka bukan berjudi... mereka (hanya) mendapat bantuan atas kemiskinan mereka


KL, 27 Sept 10: Bekas mufti Perlis Dr Mohd Asri Zainul Abidin berkata, rakyat yang menerima bantuan kerajaan sebenarnya tidak haram walaupun dana yang diperoleh pihak berkuasa adalah daripada pelbagai sumber termasuk judi, yang menjadi amalan kerajaan pusat dan sesetengah kerajaan negeri.
“Rakyat yang mendapat bantuan kerajaan tersebut tidak haram, sebabnya mereka bukan berjudi... mereka (hanya) mendapat bantuan atas kemiskinan mereka.
“Transaksi itu atas bantuan, bukan atas judi,” kata beliau dalam satu kenyataan.

Oleh itu, Asri menjelaskan kesalahan akibat penjaan wang hasil perjudian ditanggung oleh kerajaan dan syarikat judi.
“Sama dengan mereka yang mendapat gaji daripada kerajaan, atau penjual yang menjual makanan lalu dibayar dengan wang judi.
“Wang itu halal kerana dia tidak berjudi tetapi yang berniaga makanan,” kata beliau mengulas kontroversi terbaru terbabitkan kerajaan negeri Pulau Pinang yang berhadapan dengan serangan Umno bahawa pentadbiran negeri Pakatan Rakyat menggunakan sumber judi untuk membayar wang ihsan RM100 kepada warga emas.

Dalam kenyataann Jumaat lalu, Pemuda Umno mendakwa bahawa dana dari kelab lumba kuda digunakan sebagai sumber wang ihsan RM100 bagi warga emas negeri itu. Bagaimanapun ia dinafikan oleh Ketua Menteri Pulau Pinang Lim Guan Eng dengan mendakwaan kenyataan yang dibuat Ketua Penerangan Pemuda Umno, Datuk Seri Reezal Merican Naina Merican sehari sebelum itu sebagai “satu pembohongan.”

Lim berkata, wang ihsan adalah hasil penjimatan manakala sumbangan kelab kuda digunakan untuk membantu rakyat miskin tegar bukan Islam. Menurut Reezal, pihaknya mempunyai sepucuk surat, didakwa sebagai bukti bahawa kerajaan negeri memperoleh dana daripada sumber perjudian untuk membiayai program membasmi kemiskinan tegar di Pulau Pinang.

Surat tersebut yang dikeluarkan Pejabat Ketua Menteri di Komtar, ditujukan kepada Pengurus Besar Kelab Lumba Kuda Pulau Pinang, Leow Khin Ming berhubung baki sumbangan cek bernilai RM500,000 untuk program berkenaan.
Kira-kira seminggu sebelum itu beliau mendesak kerajaan negeri memberi penjelasan berhubung dakwaan sebuah blog bahawa dana bagi pemberian wang ihsan RM100 kepada warga emas di negeri ini adalah dari sumber hasil perjudian.

Dalam kenyaatan itu, Asri juga berkata, hakikatnya di Malaysia, wang judi digunakan oleh kerajaan Pulau Pinang dan juga kerajaan pusat.
“Berapa banyak cukai judi, arak, hiburan dan lain-lain yang dipungut oleh kerajaan.
“Pendapatan kerajaan itu juga digunakan untuk pelbagai keperluan rakyat.

“Kakitangan kerajaan yang mendapat gaji juga dari pelbagai sumber,” kata beliau sambil menegaskan judi adalah haram dan merosakkan masyarakat.

“Segala aktiviti yang menggalakkan judi hendaklah dicegah oleh semua kerajaan,” kata beliau lagi.

Followers

pop up text

Blog Archive

Top Ranking Pro PR

My Blog List