Menteri Luar Kanan Singapura meninggal.....

on Sep 27, 2010

SINGAPURA - Menteri Negara Kanan (Ehwal Luar) Singapura, Dr. Balaji Sadasivan meninggal dunia akibat kanser kolon di sini hari ini.
Dr. Balaji, 55, meninggalkan seorang isteri, Dr. Ma Swan Hoo dan dua orang anak.
Menteri Luar, George Yeo yang kini menghadiri Perhimpunan Agung Bangsa-Bangsa Bersatu di New York, memaklumkan berita kematian tersebut melalui Twitter.
Dr. Balaji anak jati Singapura dilahirkan pada 11 Julai, 1955, menjalani pembedahan bagi mengeluarkan ketumbuhan barah di bahagian kolon di sebuah hospital swasta di sini 23 September 2008.
Beliau seorang pakar bedah neuro yang terlatih di Amerika Syarikat, berkhidmat sebagai perunding di Hospital Tan Tock Seng sebelum menceburi amalan perubatan sendiri pada 1994.
Pada 2001, beliau menceburi bidang politik sebagai calon Parti Tindakan Rakyat (PAP) dan menjadi Ahli Parlimen GRC Ang Ko Kio sebelum dilantik sebagai Menteri Negara Bagi Kesihatan pada November, tahun yang sama.
Beliau dilantik sebagai Menteri Negara Bagi Kementerian Alam Sekitar (Nov 2001-Mei 2003) dan Kementerian Kesihatan (Mei 2003-Ogos 2004).
Ogos 2004, beliau dilantik sebagai menteri kanan negara bagi Kementerian Penerangan, Komunikasi, Kebudayaan dan Kementerian Kesihatan. Pada 30 Mei, 2006, Dr. Balaji dilantik sebagai Menteri Kanan Negara Bagi Ehwal Luar. - Bernama

0 comments:

Followers

pop up text

Blog Archive

Top Ranking Pro PR

My Blog List