Kerajaan Negeri Kelantan telah bertukar daripada Barisan Nasional kepada Kerajaan pimpinan PAS yang berpaksikan gabungan pemikir Islam. Pertukaran kerajaan negeri ini berlaku 19 tahun lalu dan Alhamdulillah PAS masih kekal memerintah Kelantan hingga ke hari ini. Ini membawa maksud bahawa dengan segala kekurangan, tekanan dan penindasan yang dilakukan oleh regim zalim Kerajaan Pusat Barisan Nasional, Kelantan di bawah kepimpinan Tuan Guru Nik Aziz masih releven dan diterima rakyat Kelantan.
Kerajaan Negeri Pakatan Rakyat Perak tewas kepada permainan politik kotor dan jijik umno/BN setelah tidak sampai satu tahun memerintah. Setelah bersekongkol dengan institusi Kesultanan, umno/BN telah merampas pentadbiran Kerajaan Negeri Perak dengan cara ala 'Gestapo'.
Selain Kelantan; rakyat di negeri Perak, Pulau Pinang, Kedah dan Selangor telah memberi kepercayaan mereka kepada Pakatan Rakyat untuk menerajui kerajaan negeri masing-masing dengan memberi kemenangan kepada PR dalam pilihan raya umum Mac 2008.
Hukum akal dan lumrah manusia, setiap gerak ke arah perubahan menuntut kecekalan dan mengimpikan kemakmuran dan keberuntungan yang lebih baik daripada yang sedia ada.
Justeru impikan kemakmuran dan keberuntungan yang lebihlah maka rakyat di Selangor, Kedah, Perak dan Pulau Pinang, malahan majoriti rakyat di Kuala Lumpur telah dengan penuh semangat dan cekal memberikan kepercayaan kepada Pakatan Rakyat. Maka itu terbentuklah Kerajaan Negeri di kesemua negeri berkenaan.
Lupakan Perak buat seketika. Ia telah menjadi sejarah hitam buat rakyat negeri itu lantaran kerakusan regim umno/BN yang telah mengkhianati kepercayaan rakyat dan mendurhakai kedaulatan undang-undang.
Regim umno/BN bertakta di Putrajaya bukan kerana ketelusan kehendak rakyat, tetapi kerana rakyat telah dipropaganda dan dilalaikan dengan sejuta satu kepalsuan janji. Rakyat juga diugut dengan sejuta satu ugutan zalim. Rakyat juga telah tertipu dengan dakwah songsang hebahan akhbar-akhbar arus perdana milik kroni aparat umno/BN.
Segala kerakusan itu terlalu sukar untuk dinafikan, dan lebih payah untuk diperbetulkan. Majoriti rakyat Malaysia yang tidak tergapai capaian internet saban hari dipaksa menghadam omongan dusta pemimpin umno/BN melalui berita khianat daripada akhbar-akhbar arus perdana. Hal ini amat disedari oleh hampir kesemua pimpinan dan pendukung Pakatan Rakyat.
Persoalannya sekarang. Apakah tindakbalas yang selama ini (sejak Mac 2008) diambil oleh Pakatan Rakyat cukup untuk menyedarkan rakyat. Malahan yang lebih kritikal lagi, apakah rakyat dapat terus bertahan dengan kerenah kepimpinan yang terus menolak mereka ke sudut yang menyakitkan lantaran pertelingkahan kepimpinan antara umno/BN dan Pakatan Rakyat.
Benar, kita sedar umno/BN itu zalim, rakus dan perasuah. Tetapi apakah cukup dengan menyampaikan berita kerakusan umno/BN ini melalui blog, web dan akhbar Suara Keadilan dan Harakah yang jelas terbatas edarannya? Masyarakat sasaran yang perlu kita fahamkan tentang kezaliman dan kerakusan umno/BN ini adalah masyarakat desa dan kampong serta mereka yang tidak menikmati capaian internet serta akhbar-akhbar Suara Keadilan dan Harakah. Apa yang telah kita lakukan?
Masyarakat di luar sana hanya dihidangkan dengan berita pembangunan bohong dan janji kosong umno/BN. Masyarakat di luar sana juga diberitakan tentang segala bentuk pemalsuan cerita terhadap Pakatan Rakyat. Media arus perdana telah dengan jayanya menggambarkan Pakatan Rakyat sebagai parti yang pandainya hanya membuat kritikan dan rungutan. Media haprak itu tidak akan menyampaikan berita tentang pembangunan atau perubahan dasar yang telah dilakukan oleh kerajaan-kerajaan Negeri Pakatan Rakyat.
Salah siapakah ini? Pemimpin Pakatan Rakyat, baik PAS, DAP maupun PKR tidak habis-habis menyalahkan media arus perdana. Mereka mengatakan media tersebut menipu. Mereka manyatakan Utusan Malaysia, Berita Harian, The Star, TV3 dan yang sebau busuk dengannya telah menipu rakyat. Terus terang saya katakan, saya sudah muak. Ya!! Saya sudah muak dengan omongan seperti ini.
Wahai pemimpin Pakatan Rakyat, Keadilan khasnya. Tahukah dan sedarkan kalian bahawa MENIPU dan mencanaikan berita palsu itu memang kerja mereka. Memang banyak penipuan dan propaganda kosong dalam media arus perdana.
So what? Apa lu cerita? Menipu itu memang budaya mereka. Kalian hendak bertempik apa lagi?
Apa yang rakyat ingin tahu sekarang ialah apakah usaha Kerajaan Pakatan Rakyat setiap negeri serta pemimpin Pakatan Rakyat telah lakukan untuk mengatasi keterbatasan penyaluran berita benar yang telah kita lakukan.
Sudah 19 purnama Kerajaan Pakatan Rakyat Selangor terbentuk, tidak ada satu pun buletin Kerajaan Negeri yang diedarkan secara meluas keseluruh pelusuk negeri. Buletin ada, bukan tak ada. Tetapi yang saya persoalkan sekarang adalah cara edarannya. Saya telah maklumkan hal ini 10 bulan lalu ke pejabat DSAI, malahan saya telah mengutuskan secara peribadi kepada DSAI tetapi apa hasil hasil? - Hampas!!! Kosong!!! Bohong!!!. Apa yang saya dapat? - Rugi masa. Bosan. Menyampah!!! Mahal sangatkah kos mengedarkan buletin tersebut ke setiap pelusuk negeri (katakan 2 bulan sekali)? Mana lebih mahal dengan kos tambang kapalterbang dan penginapan wakil rakyat Keadilan yang memburu beruk di Taiwan?
Andainya menjelang awal tahun 2010 Kerajaan Negeri Selangor jatuh kepada regim umno/BN, itu memang patut!! Mereka pandai mengolah walaupun olahan mereka jijik. Apa yang penting mereka dapat membentuk kerajaan. Rakyat juga yang rugi kerana memberi peluang kepada Pakatan Rakyat tetapi bila Pakatan Rakyat sudah berjaya memerintah, mereka tidak bertindak cerdik dan pro-aktif.
KerajaanRakyat
0 comments:
Post a Comment