Kualiti udara di Muar bahaya, Melaka tak sihat.....???

on Oct 20, 2010

Indeks pencemaran udara (IPU) bagi Muar, Johor dilaporkan pada keadaan amat berbahaya manakala bagi kebanyakan tempat di Melaka pula ia diletakkan dalam keadaan tidak sihat.
Sehubungan dengan keadaan jerebu yang dikategorikan sebagai amat bahaya ini, jabatan pelajaran Muar mengarahkan semua sekolah di daerah itu supaya membatalkan semua aktiviti luar bilik darjah.

Pada jam 11 pagi tadi, bacaan di Muar adalah pada 432 sementara bacaan yang diukur di Bukit Rambai, Melaka pada 95 dan bandaraya Melaka pada 111. 

Menurut laman sesawang, Jabatan Alam Sekitar, Kementerian Sumber Asli dan Alam Sekitar - www.doe.gov.my - bacaan melebih paras 100 dikategorikan sebagai tidak sihat dan bacaan melebihi 300 pula dikatakan amat bahaya.
Kategori sihat adalah ukuran IPU daripada 0 hingga 50 manakala 51 hingga 100 sebagai sederhana.

Kualiti udara yang merosot juga dilaporkan di beberapa tempat seperti di utara Jojor, Negeri Sembilan dan Selangor sejak beberapa hari kebelakangan ini.

Menurut JAS keadaan berjerebu itu disebabkan oleh pencemaran jerebu merentas sempadan dari Sumatera, Indonesia.
Ia berikutan peningkatan bilangan titik panas di Sumatera kepada 244 sejak empat hari lalun, berbanding 80 yang dikesan pada 16 Oktober.

"Imej satelit NOAA-18 pada 17 Oktober 2010 juga menunjukkan terdapat pergerakan asap jerebu dari kawasan-kawasan kebakaran di Wilayah Riau, Wilayah Sumatera Selatan dan Wilayah Jambi, Sumatera, Indonesia ke Pantai Barat Semenanjung Malaysia," kata jabatan itu.

Mkini 'dihalau' dari bilik media AGM Umno....???

on

Kau orang yang salah....dah suruh pakai pas media, pakai le, mohon le....Dah mohon tak dapat lain cerita.... Lu fikir le sendiri....???




Malaysiakini diminta dikeluar dari bilik media di perhimpunan agung Umno kerana tidak memiliki pas media yang dikeluarkan oleh sekretariat parti itu.

Semua lapan wartawan portal berita bebas itu diberitahu tidak dibenarkan menggunakan kemudahan bilik media oleh seorang pegawai sekretariat perhimpunan itu.

Perkara itu berlaku walaupun setiausaha agungnya Tengku Adnan Tengku Mansor - dalam wawancara eksklusif dengan Malaysiakini pada 5 Oktober lalu - menjanjikan sedia mengeluarkan pas berkenaan.

"Sesiapa yang tidak memiliki tag, tidak dibenarkan berada dalam pusat media," kata pegawai berkenaan sambil memberitahu bahawa wartawan terbabit turut dilarang memasuki dewan tempat persidangan berlangsung.

Menurut pegawai terbabit, arahan tersebut dikeluarkan terus dari setiausaha agung.

Usaha menghubungi Tengku Adnan setakat ini belum berhasil tetapi Ketua Pemuda Umno Khairy Jamaluddin memberitahu di laman Twitter,beliau akan meneliti aduan tersebut.

Pusat media berkenaan menyediakan kemudahan meja, televisyen kemudahan soket elektrik untuk kemudahan petugas media mengikuti persidangan tahunan mereka.

Sejak beberapa tahun lalu, Malaysiakini dibenarkan menggunakan kemudahan tersebut tanpa gangguan walaupun dinafikan pas media. 

Bagaimanapun, petugas Malaysiakini akan terus menghantar laporan persidangan tiga sayap Umno hari ini yang ditulis di sekitar ruang legar di bangunan Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC), Kuala Lumpur.

UNTUK UMNO SEMUA NYA BOLEH......???

on

Siswa UKM sertai raptai perhimpunan Umno...???




Dua mahasiswa Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) didakwa turut mengambil bahagian dalam raptai penuh perhimpunan agung Umno di Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC) pada 17 Oktober lalu.

Kumpulan yang dikenali sebagai Kesatuan Mahasiswa Mahasiswa Sedar (KEMAS) mendakwa ia dapat mengecam kedua-dua mahasiswa UKM itu di dalam foto yang disiarkan akhbar Berita Harianpada hari berikutnya.

Perasmian perhimpunan agung Umno tahun ini akan disempurnakan oleh Presiden Umnno, Datuk Seri Najib Tun Razak di PWTC esok.

KEMAS mendakwa mahasiswa terbabit adalah daripada Fakulti Pengajian Islam dan Fakulti Kejuruteraan UKM. 

"Kehadiran mereka ini juga berkaitan rapat dengan pernglibatan pentadbiran universiti dengan parti Umno," kata jurucakap KEMAS, Fathi Hisham (dua dari kiri) yang membaca satu kenyataan hari ini. 

Katanya, KEMAS juga yakin penglibatan mahasiswa UKM dalam perhimpunan agung Umno kali ini melebihi dua orang.

Fathi yang juga pelajar tahun dua Fakulti Sains Sosial dan Kemanusiaan berkata gambar tersebut menunjukkan mahasiswa terlibat memakai baju Melayu Putih, bersongkok dan bersampin yang mempunyai logo Umno.

Kejadian itu, katanya, adalah sama sepertimana kes mahasiswa yang telah dikenakan hukuman di bawah Akta Universiti dan Kolej Universiti (Auku) - Saudara Soh Sok Hua - yang dihukum kerana gambarnya tersiar di akhbar dengan memakai pakaian yang mempunyai logo parti politik beberapa tahun lalu.

Sementara itu, setiausaha KEMAS Syamir Zulkefli (Foto atas: yang pegang mikrofon) - dalam kenyataannya - menggesa pihak Hal Ehwal Pelajar (HEP) universiti berkenaan supaya segera menyiasat perkara ini mengikut undang-undang dan prosedur seharusnya.

Beliau juga mendesak agar Menteri Pengajian Tinggi Datuk Seri Mohamad Khaled Nordin supaya menubuhkan jawatankuasa khas menyiasat penglibatan pentadbiran universiti dan mahasiswa dalam perhimpunan agung Umno itu.

Sementara dalam sidang media selepas itu, Fathi berkata pihaknya mendapat maklumat berhubung perkara tersebut melalui sumber yang dipercayainya.

Bagaimanapun beliau enggan mendedahkan identiti dan jumlah individu sebenar yang terlibat dalam perhimpunan tersebut.

"Mungkin satu pasukan diarahkan (menyertai perhimpunan)....Saya tidak mahu menyatakan (jumlahnya) pada hari ini," katanya.

Sementara itu, Malaysiakini telah cuba menghubungi ketua penolong pendaftar kanan hal ehwal pelajar UKM, Musa Zainal Abidin Othman.

Bagaimanpun, Malaysiakini dimaklumkan oleh pejabatnya bahawa beliau sedang menghadiri bengkel di Sabah dan dijadualkan pulang esok.

Mungkin Satu Lagi Pilihanraya Kecil Di Kedah....???

on

KUALA LUMPUR, 20 Okt — Ahli Dewan Undangan Negeri Kuala Nerang dari Umno-BN, Datuk Syed Sobri Syed Hashim diisytihar bankrap minggu lalu ekoran kegagalan syarikatnya membayar caruman Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP), sekali gus menimbulkan kemungkinan membuka ruang kepada satu lagi pilihan raya kecil.

Kerusi disandang Syed Sobri, yang pernah berhadapan dengan isu yang sama dua tahun lalu, boleh diisytihar kosong jika gagal menjelaskan hutang itu kepada KWSP.

Sumber memberitahu The Malaysian Insider bahawa Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur mengisytiharkan wakil rakyat dari Kedah itu, yang didakwa bersama tiga defendan yang lain termasuk syarikatnnya, sebagai muflis Jumaat lalu.

Bagaimanapun di peringkat minggu lalu, mahkamah dikatakan hanya mengisytiharkan Syed Sobri sebagai muflis selaku salah seorang pengarah syarikatnya.

Maklumat sebelum ini menyebut Syed Sobri (gambar) merupakan pengasas Kulim Enterprise.

Beliau dipercayai akan membuat rayuan.

Syarikatnya dipercayai gagal menjelaskan baki caruman lebih RM700,000. KWSP dikatakan membawa kes itu 2003.

Usaha mendapatkan kenyataan firma guaman yang mewakili Syed Sobri juga gagal.

Syed Sobri ketika dihubungi The Malaysian Insider semalam menafikan beliau muflis sambil berkata, ia sengaja disebarkan oleh musuh politiknya.

“Semua terkawal, semua OK, saya tidak tahu siapa yang buat perkara ini.

“Tiada masalah, saya tidak tahu mengapa ini berlaku. Saya anggap ini satu fitnah pembangkang menjelang Perhimpunan Agung Umno,” kata beliau.

Perhimpunan Agung Umno 2010 bermula semalam.

Sambil menegaskan perkara ini secara terus-menerus dan sengaja disebarkan oleh pihak tertentu, Syed Sobri berkata, beliau bercadang mengambil tindakan undang-undang.

Ketika ditanya sama ada benar beliau tidak melangsaikan caruman KWSP, Syed Sobri berkata, ia dibayar balik dari semasa ke semasa secara ansuran.

“Saya sudah bayar secara ansuran, ini kes lama... tiada masalah,” kata beliau lagi.

Pada awal November 2008, beliau dikatakan hampir muflis kerana hutang bank.

Bagaimanapun menurut Syed Sobri ketika itu, beliau sudah pun menjelaskan semua hutang bank sebanyak RM150,000.

Oleh itu katanya, peguam beliau juga telah mengemukakan permohonan untuk mengetepikan penghakiman mahkamah yang dikeluarkan 3 November 2008, mengisytiharkan dirinya muflis.

Pada pilihan raya umum Mac 2008, Syed Sobri menewaskan calon PAS, Zawawi Ahmad dengan majoriti 805.

Selain itu, Syed Sobri juga menjadi perhatian kerana pernah dikaitkan dengan spekulasi akan mengosongkan kerusi atau melompat parti awal tahun ini.

Bagaimanapun ia dinafikan oleh Syed Sobri sendiri, yang juga Naib Ketua Umno Padang Terap.

Malah, ia bukan kali pertama Adun Kuala Nerang ini dikaitkan dengan isu letak jawatan.

Pada awal 2009, beliau pernah berada dalam situasi yang sama sehingga Pengerusi Umno Kedah, Datuk Seri Mohd Shafie Apdal membuat kenyataan mengumumkan Syed Sobri tidak akan melepaskan jawatan setelah mereka berbincang hati ke hati pada 28 April 2009.

Khamis lalu, Ketua Pemuda Umno Kedah Badrol Hisham Hashim meminta Syed Sobri supaya sedar diri bahawa beliau mewakili BN dan tidak seharusnya berlagak seperti wakil rakyat Bebas.

Khairy: BN mungkin hilang 50 kerusi parlimen......???

on

Ketua Pemuda Umno Khairy Jamaluddin berkata, sebanyak 50 kerusi parlimen BN yang sedia ada berada dalam bahaya sekiraya Umno masih lagi berkhayal boleh menang dalam pilihan raya tanpa sokongan bukan Melayu.

Katanya, sekiranya tidak ada usaha untuk mengamalkan kepimpinan yang inklusif lagi moderat, kepimpinan Melayu Umno akan hilang pada pilihan raya akan datang "bagai pintu tak berpasak, perahu tak berkemudi."

"Kita harus belajar dari keputusan pilihanraya umum yang lalu di mana jelas kita hampir kalah sebab hilang sokongan bukan Melayu," katanya yang juga ahli parlimen Rembau.

Ketika berucap dalam mesyuarat agung 2010 pergerakan itu, Khairy berkata, keadaan itu bermakna, untuk menang mestilah dengan sokongan dari semua rakyat Malaysia tanpa mengira kaum dan agama.

"Kalau kita mengharapkan undi orang Melayu semata-mata, kita harus ingat bahawa hanya 73 kerusi parlimen sahaja yang mempunyai majoriti dominan Melayu 70 peratus ke atas. Inilah hakikat dan realitinya," katanya.

‘First Lady’ wajar contohi Siti Zubaidah....???

on


Ketika seruan berjimat cermat bergema pada Belanjawan 2011, kita terpanggil untuk mengulas perjalanan The First Ladies Summit (Sidang Kemuncak Wanita-Wanita Pertama) apabila melihat ribuan banting mengalu-alukan peserta sidang pada hampir tiap tiang lampu pada kedua-dua laluan di sepanjang lebuh raya dari pusat ibu kota Kuala Lumpur hinggalah ke Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA).

Jika kos sebuah banting RM100, bayangkan berapa banyak wang dilaburkan semata-mata untuk menjamu mata pengguna lebuh raya.


Kemungkinan besar 15 ‘first ladies’ dan perwakilan mereka tidak langsung mengendahkan banting berwarna merah jambu itu yang relevan untuk beberapa hari saja.
Berdasarkan ini, kita boleh mengagak berapa banyak wang negara dibelanjakan untuk menjayakan The First Ladies Summit itu yang temanya adalah berkaitan kebajikan dan masa depan kanak-kanak.

Alangkah baiknya jika RM100 yang dihabiskan untuk ‘memberi makan’ kepada tiang lampu tidak bernyawa itu dibelanjakan untuk menampung makan 10 orang kanak-kanak miskin jika seorang diperuntukkan RM10. Tentunya adalah lebih berfaedah memberi makan 1,000 kanak-kanak dengan kos RM100,000 daripada ‘memberi makan’ kepada 1,000 tiang tidak bernyawa!

Berdasarkan ini, kita mengharapkan sesiapa pun yang mendakwa sebagai wanita pertama, supaya menjenguk kisah-kisah teladan wanita pertama masa lampau untuk dijadikan iktibar dalam mengharungi hidup sebagai suri ketua negara atau kerajaan. Kita akan membawakan dua watak saja iaitu Siti Zubaidah binti Jaafar iaitu permaisuri kepada Khalifah Bani Abasiyah paling hebat, Harun Al-Rashid dan Siti Zubaidah permaisuri kepada Sultan Zainal Abidin dari kerajaan Kembayat Negara bagi menjadi contoh mithali wanita pertama di Alam Melayu.

Siti Zubaidah Jaafar sekalipun begitu kaya raya, telah membelanjakan sebahagian besar wang beliau sendiri untuk membiayai projek-projek berkepentingan rakyat, yang paling masyhur adalah ‘Ain Zubaidah, sebuah terusan paling hebat pada zamannya bagi mengalirkan air ratusan batu jauhnya dari gunung-gunung yang mempunyai mata air di Makkah (ada mencatatkannya dari Taif) bagi kemudahan jemaah haji di Mina dan Arafah. Ahli sejarah mencatatkan kos pembinaan terusan itu adalah 1,700,000 dinar. Sekalipun dibina 1,400 tahun lalu, terusan itu masih boleh dilihat.

Selain itu Siti Zubaidah juga telah mengeluarkan belanja yang sangat besar bagi memperbaiki jalan di antara Baghdad ke Makkah. Di sepanjang jalan dibina perigi-perigi dan rumah-rumah persinggahan untuk memudahkan orang ramai terutama jemaah haji dan ahli peniagaan. Di Baghdad sendiri terdapat sebuah masjid terkenal dan dinamakan Masjid Siti Zubaidah kerana dialah yang bertanggungjawab membinanya.

Tentunya dunia Islam tidak mengingati Siti Zubaidah sebagai wanita pertama kerana dia isteri khalifah tetapi jasa-jasa besar yang ditinggalkannya kepada rakyat. Ahli sejarah mengungkapkan walaupun hidupnya dilimpahi kekayaan, wanita ini sentiasa memastikan dia tidak termakan dengan pujukan syaitan. Dia beranggapan kekayaan di dunia cuma sementara dan sekiranya dilaburkan mengikut cara yang betul akan mendapat keberkatan di akhirat kelak, manakala kehidupan akhirat adalah kehidupan yang kekal, indah dan terlalu manis. Keindahan dan kemanisan itulah yang dicarinya, bukan mengejar glamor dan kemasyhuran dunia.

Sementara itu Siti Zubaidah alam Melayu melalui Syiar Siti Zubaidah pula memaparkan perjuangan permaisuri seorang raja (tentunya dia wanita pertama) untuk membebaskan suaminya daripada cengkaman musuh. Siti Zubaidah sanggup menyamar sebagai pahlawan lelaki dan dalam perjuangannya menghadapi pelbagai penderitaan tetapi berkat kesabaran akhirnya suaminya dapat dibebaskan.

Jelaslah kepada kita bahawa kedua-dua Siti Zubaidah adalah ikon yang sewajarnya menjadi teladan bukan saja kepada ‘First Lady’ tetapi juga semua wanita terutama yang berstatus isteri. Kedua-duanya bersemangat kental bagi meraih bahagia dunia dan akhirat.

Memperkukuhkan Keadilan.....???

on

Keadilan perlu diacuankan untuk menjadi sebuah kekuatan politik yang tulen, sebagai sebuah kekuatan yang boleh dijadikan sandaran rakyat dan rakan-rakan dalam pakatan dalam usaha membentuk masa depan yang lebih baik.  Pemilihan ini adalah penentu masa depan parti dan negara.
Kita perlu terlebih dahulu memperbaiki diri kita sebelum kita boleh memikirkan soal memperbaiki negara.  Kita perlu meletakkan diri sebagai pemimpin dalam Pakatan Rakyat, menjadi pentas yang kukuh bagi orang ramai dan mengemudi Pakatan bagi memenangi PRU-13 nanti.


Kewujudan kita harus menguntungkan rakan-rakan dalam Pakatan Rakyat dan bukannya hambatan.  Kita perlu memperjuangkan keadilan untuk Anwar Ibrahim, namun pada masa yang sama juga terdapat banyak ketidakadilan yang menimpa rakyat negara ini yang memerlukan perhatian kita.  Rakyat rata-rata mendesak mahukan keadilan ekonomi dan keadilan sosial dan hak supaya diberi layanan dengan hormat dan bermaruah mengikut kedaulatan undang-undang. 

Muhyiddin bukan 'memancing', kata Khairy

on

Ketua Pemuda Umno Khairy Jamaluddin menafikan bahawa ucapan Timbalan Presiden Umno Tan Sri Muhyiddin Yassin dalam perhimpunan agung parti itu malam ini cuba memancing undi kaum bukan Melayu.

"Tidak, tidak. Ini bukan untuk memancing undi mana-mana pihak.... 

"Tan Sri Muhyiddin berkata, ini bukan perkara yang baru. Beliau kata (perkara sama) dulu, kini dan selamanya. Semenjak Umno ditubuhkan, inilah strategi kita.

"Kita nak pastikan tradisi kita dapat ditingkatkan lagi," katanya dalam sidang media di Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC), Kuala Lumpur selepas persidangan tiga sayap Umno dirasmikan sebentar tadi.

Sebelum itu, dalam ucapannya, Muhyiddin yang juga timbalan perdana menteri berkata politik berasaskan kaum yang diamalkan oleh Umno bukanlah satu bentuk politik perkauman atau politik rasis.

Menurutnya, ini kerana ia dilaksanakan dalam konteks kesepakatan untuk membentuk formula politik kerjasama kaum yang inklusif di mana semua kaum mendapat jaminan hak dan layanan yang adil.

WHERE IS SULAIMAN......???

on



Kuching is once again awash with rumours about the health of the ‘heir apparent’, the Chief Minister’s son Sulaiman Abdul Rahman Taib.  Because government controlled newspapers dare not allude to what has clearly become a serious problem, Sarawak Report regards it as its duty to demand that the Taib family explain to the constituents of Kota Samarahan what has happened to their elected representative to the Federal Parliament?
Sulaiman, who was elected to his father’s old seat in 2008, resigned from his post as Deputy Tourism Minister back in December last year for what were described as ‘personal reasons’.  The speculation at the time was that he wished to return to Sarawak to begin taking over as Chief Minister, which is clearly his father’s keen desire, if only to protect the family fortunes.

Sembelih Aje 'Musang Berbulu' Ayam Tu......???

on

http://buletinonline.net/images/stories/berita35/Kawat&PCDato%27Pa%20020.jpg

KUALA TERENGGANU - Setiausaha Agung PAS, Dato' Mustafa Ali menyifatkan perbalahan yang berlaku di kalangan pemimpin Umno Terengganu adalah terlalu 'dalam' dan beliau tidak fikir Konvensyen yang diadakan baru-baru ini dapat menyelesaikan masalah.

"Saya tidak fikir akan selesai, permasalahan itu terlalu 'dalam', bukan (antara) kumpulan tetapi (perbalahan) peribadi, payah nak selesai, memang sebahagian (pemimpin Umno) sudah tawar hati,

"saya menjangkakan ada yang akan keluar daripada Umno, yang akan meninggalkan Umno akibat daripada (perbalahan),"jelas beliau kepada wartawan dalam satu sidang media disini, Isnin, 18 Oktober.

Sebelum itu, beliau berkata secara 'berseloroh' tetapi serius, mencadangkan kepada Pengerusi Perhubungan Umno negeri Terengganu, supaya ahli Umno yang dianggap sebagai 'Musang Berbulu Ayam' disembelih.

"yang dah gemuk dan dah tak ada tugas (ahli yang dianggap Musang Berbulu Ayam) sembelih, buat apa simpan, gemuk saja-saja, berat bawa sahaja,"ujarnya, sebagai respon kepada kenayataan Dato' Seri Hishamuddin Hussein yang dianggap 'pelik' pada Konvensyen Umno baru-baru ini.

Dalam pada itu, beliau menafikan PAS 'menangguk di air keruh' dan mengambil kesempatan atas kelemahan Umno disebabkan perbalahan diantara kumpulan-kumpulan bertentangan.

"Tidak, kita bekerja macam (seperti) biasa dan kita bergantung kepada kekuatan kita, sebab kekuatan PAS dan Umno Terengganu hampir sama,

"kalau dibahagikan (kekuatan antara PAS dan Umno) adalah 45 :45 begitu, 10 peratus yang lain ada lah pengundi atas pagar,"tegas beliau yang menerajui PAS Terengganu sebahagi Pengerusi Perhubungan Negeri sebelum dilantik menjadi Setiausaha Agung PAS.

Menurutnya, waktu puncak PAS dan menang dalam pilihanraya pada tahun 1999, sokongan terhadap Umno tidak berkrangan daripada 45% dan begitu juga sebaliknya, sekiranya Umno menang, sokongan kepada PAS tidak turun melebihi paras itu.

"terlalu dekat (persaingan antara PAS dan Umno) ada perubahan sedikit akan bertukarlah kerajaan,"ujarnya.

Oleh itu, katanya, para petugas PAS mestilah bekerja kuat dan tidak mengharapkan kelemahan Umno untuk memastikan kemenangan dalam pilihanraya akan datang.

Followers

pop up text

Blog Archive

Top Ranking Pro PR

My Blog List