Calon Ketua Wanita PKR, Dr.Suraya Sudin....???

on Oct 27, 2010



Panas: Calon Ketua Wanita PKR, Dr.Suraya Sudin Kecewa Ada Pihak Cuba Berikan Tekanan Kerana Hasratnya Tawarkan Diri Untuk Lawan Zuraida !!





Calon Ketua Wanita PKR dalam Pemilihan 2010 iaituDr.Suraya Sudin (foto), terkilan dengan sikap beberapa orang pimpinan wanita PKR yang kini dilihat cuba menghalangnya dari meneruskan hajat untuk bertanding jawatan itu. Beliau menegaskan, ada diantara mereka yang menghubungi beliau dengan menjanjikan jawatan tertentu supaya beliau berkompromi. Malah ada juga yang secara jelas mengugutnya agar menarik diri dan tidak meneruskan hasrat tersebut, atas alasan wanita PKR sudah selesa berada dibawah kepimpinanZuraida Kamaruddin. 
Beliau berkata demikian ketika ditemui oleh krew kami di sini semalam. Beliau yang menawarkan diri bertanding jawatan itu kini dalam rangka kempennya ke seluruh Malaysia untuk menyatakan misi dan visinya. Dr.Suraya merupakan calon yang akan berhadapan dengan Zuraida bagi perebutan jawatan Ketua Wanita PKR nanti. 
Manakala seorang lagi calon ialah Animah Ferreryang kini dikatakan telah menyertai Team Datuk Zaid Ibrahim."Zuraida dan Animah masing-masing mempunyai team mereka (Azmin dan Zaid), tetapi saya menawarkan diri atas kapasiti peribadi untuk membawa perubahan kepada wanita. Saya tidak kisah siapa yang berada di atas dan boleh bekerjasama dengan sesiapa pun. Bagi saya, amalan demokrasi sebenar wajar disuburkan dalam parti ini. Kita tidak mahu pemimpin yang menggunakan kuasa veto untuk membuat sesuatu keputusan", katanya. 
Beliau turut menegaskan bahawa pentadbiran Zuraida dilihat tidak konsisten. "Beliau membuat keputusan sesuka hati tanpa mendapat pandangan daripada ahli akar umbi. Hari ini dia ambil orang bekerja dengannya, esok dia boleh buang orang sesuka hati. Beliau suka tuduh orang lain tidak buat kerja. Hanya dia sahaja yang buat kerja. Dia akan buang sesiapa sahaja yang dia tidak suka atas alasan tidak perfom dan tiada pengikut. Dialah yang menjadi sebab mengapa ramai wanita akhirnya jauhkan diri dari parti", kata beliau lagi.
Wanita PKR Perlu Perubahan Dan Berwajah Baru 

Beliau turut menegaskan bahawa dibawah kepimpinan Zuraida, wanita PKR negeri-negeri seolah-olah hilang arah tuju. Beliau juga hairan kenapa ramai pemimpin wanita sekarang kecewa apabila beliau menyatakan hasrat untuk bertandingmenentang Zuraida Kamaruddin (foto), sedangkan mereka sendiri tahu masalah yang berlaku dalam pergerakan itu dibawah pimpinan beliau.


 "Saya tawarkan diri atas dasar untuk menyemarakkan demokrasi dalam PKR dan tidak mahu melihat wujudnya amalan kroni-kroni seperti dalam UMNO BN. Malah saya juga mahu sayap wanita ada hala tuju yang selaras dengan perjuangan parti dalam menghadapi PRU13 nanti. Wanita perlua diberi nafas baru, gaya kepimpinan baru serta sedia meraikan pandangan ahli serta menghormati perbezaan pandangan atau pendapan. 


Saya mahu wanita dipimpin dengan penuh nilai santun, adat ketimuran dan lebih bersih pada masa akan datang", kata Dr.Suraya. "Tiada arahan kerja daripada pusat menyebabkan wanita negeri tidak tahu untuk berbuat apa-apa, terutamanya bagi mereka yang langsung tiada pengalaman dalam berpolitik. Saya juga melihat Zuraida langsung tidak prihatin untuk fokus kepada sesuatu isu seperti kes buang bayi, ibu tunggal, anak yatim serta isu-isu wanita yang lain jika dibanding dengan wanita lain. Kenapa dia harus takut untuk perjuangkan isu-isu wanita. Apakah ini caranya pemimpin yang mahu dikekalkan oleh ahli wanita agaknya", tambahnya.


Ceria, Dr.Suraya bergambar dengan Nurul Izzah di Kuantan semalam


Sempat Hulurkan sumbangan rawatan kepada seorang surirumah di 
Felda Panching Timur bersama Ketua Cabang Paya Besar (Hj.Zahari)



[Wanita perlukah perubahan sebenarnya, jika terus ditakuk lama maka sudah pasti ia akan jumud dan tidak ada kekuatan. Amalan pancung memancung, cantas-mencantas tidak wajar berlaku dalam Wanita PKR. Jika ia terus berlarutan, nescaya lama-lama kelamaan rakyat akan hilang kepercayaan terus kepada parti itu sendiri sebenarnya. Justeru itu orang seperti Dr.Suraya wajar diberi peluang untuk memulihkan kembali keyakinan ahli akar umbi terhadap pergerakaan wanita PKR. Tambahan pula, beliau merupakan seorang pemimpin wanita yang amat disegani di negeri Perlis Indera Kayangansekarang ini. Beliau yang kini merupakan Naib Pengerusi MPN Negeri Perlis telah dilahirkan pada tahun 1965 dan amat rapat dengan mantan MB Shahidan Kassim ketika dalam UMNO. Mula menyertai PKR selepas Pilihanraya Umum Ke-12, selepas melihat parti itu semakin hilang arah. Semasa dalam UMNO beliau telah memegang berbagai jawatan termasuk AJK Wanita Bahagian. dan pernah terpilih sebagai calon DUN Kuala Perlis sebanyak tiga kali. Beliau juga banyak terlibar dengan NGO seperti Dewan Perniagaan Melayu Malaysia Perlis, Dewan Perniagaan Islam, Peniagawati, Perkumpulan Wanita, Yang Dipertua Sekolah, Ahli Penasihat Perpaduan Perlisdan banyak lagi. Beliau berjaya membawa palajar sekolah ke Gunung Kinabalu ketika bergelar YDP dan memecahkan tiga Guiness Record Book Of Malaysia ketika itu. Sebagai doktor yang mempunyai rangkaian kliniknnya di Perlis beliau banyak terlibat dengan akktiviti kebajikan dan kemasyarakatan termasuk membantu mangsa gempa bumi di Pakistan, Bengkulu dan Acheh Indonesia. Dengan pengalaman dan kekuatan inilah beliau menawarkan diri untuk bertanding jawatan Ketua Wanita PKR dalam pemilihan ini].


Spekulasi: Panas, Benarkah Nama Fuziah Salleh Gantikan Dengan Nurul Izzah......???

on

Benarkah calon Timbalan Presiden, Azmin Ali kini memilih Nurul Izzah Anwar sebagai regu barunya untuk bersaing dalam pemilihan PKR 2010 ini?. Inilah persoalan yang sedang bermain difikiran penyokong Fuziah Salleh (foto) sekarang ini. Jika benar, maka ianya jelas sesuatu yang cukup mengejutkan, tambahan pula Fuziah sebelum ini secara terbuka mengatakan beliau adalah "line-up" Azmin Ali. 

Maklumat yang tersebar selepas pertemuan dengan Azmin Ali di Permatang Badak Kuantan semalam. Menurut sumber, dalam satu kenyataan Azmin secara jelas mengatakan bahawa beliau lebih bersedia untuk bersama Nurul Izzah. Apakah yang berlaku agaknya dalam"Team Azmin" sekarang ini?. Tiba-tiba bertukar "kem" di saat Fuziah sedang sibuk di Pilihan Raya Kecil Parlimen Batu Sapi sekarang ini. 

Fuziah yang juga Ahli Parlimen Kuantan sebelum ini dikatakan bakal mendapat sokongan penuh daripada wanita PKR untuk bertanding jawatan Naib Presiden. Malah, beliau difahamkan satu-satunya pemimpin wanita yang mendapat mandat dan amanah daripada pergerakan itu. Namun, keadaannya berubah apabila Nurul Izzah tiba-tiba menawarkan diri bertanding jawatan tersebut. Ini bermakna, semacam ada satu permainan politik yang sedang berlaku. Apakah ini percaturan yang dibuat oleh Ketua Wanita PKR iaitu Zuraida Kamaruddin agaknya. 

Beliau yang mengambil alih jawatan itu daripada Fuziah beberapa tahun yang lalu, sengaja menyatakan sokonga terbuka kepada Fuziah supaya pemimpin itu tidak berlawan dengannya untuk jawatan Ketua Wanita. Ketika itu, Fuziah dilihat selesa kerana berada satu "line up" dalam Team Azmin dan Zuraida.Kini apakah segalanya telah berubah?. Jika benar Azmin kini menyokong Nurul Izzah, maka bagaimanakah nasib Fuziah agaknya?. Apakah Fuziah sanggup berada dalam "Team Zaid Ibrahim" atau bebas?. 

Inilah yang memusykilkan kita sebenarnya. Tambahan pula ketika kunjungan Azmin semalam, banyak kain rentang sokongan terhadap Fuziah Salleh telah dipasang di sekitar lokasi berkenaan. Malah, kain rentang beliau dilihat lebih besar dan hebat dari Azmin Ali sendiri. Apakah ini menyebabkan Azmin berkecil hati agaknya dan mengeluarkan Fuziah.

[Andainya sumber ini sahih dan ada kebenarannya, maka Fuziah harus mengambil keputusan segera untuk bersama kem lain. Jika tidak, penyokongnya pasti gusar beliau akan termain dengan percaturan politik pihak-pihak lain. Bayangkan, di saat Fuziah selesa untuk menjadi calon wanita pertama menang jawatan Naib Presiden, tiba-tiba kelibat Nurul Izzah pula menjelma. Sedangkan sokongan terhadap Fuziah telah dibuat oleh pimpinan wanita dan disokong sebulat suara oleh majoriti ahlinya. Soalnya sekarang, kenapa tiba-tiba Nurul Izzah menjelma?. Bukankah, ini seperti satu permainan politik dan pasti ada seseorang akan menjadi mangsa akhirnya. Apapun, diharapkan Fuziah tidak terkejut dengan maklumat terbaru ini dan teruskan usaha untuk memastikan Parlimen Batu Sapi jatuh ke tangan Pakatan Rakyat pada 4 November 2010 ini].

PAS guna masjid solat hajat......Khairy setuju.......???

on


Tindakan PAS menggunakan masjid untuk mengadakan solat hajat bagi memohon proses penamaan calon dan pengundian berjalan lancar disambut baik oleh Ketua Pemuda Umno, Khairy Jamaluddin.
Khairy berkata pendekatan yang diambil oleh PAS tersebut tidak boleh dipandang serong kerana bagi setiap umat Islam, mereka seharusnya memohon dengan Allah dalam segala urusan.

“Bagi saya PAS menggunakan masjid untuk berhimpun dan mendirikan solat hajat adalah satu perkara yang amat baik dan  kita harap mana-mana pihak tidak mempertikaikan hal tersebut,” ujarnya.
Sementara itu, Timbalan Pengarah Pilihanraya Umno bagi PRK Dun Galas, Datuk Mustapha Mohamed ketika ditemui media berkata, BN mengambil pendekatan yang berbeza dalam pilihan raya kecil kali ini apabila mereka menggerakkan jentera kempen dengan memasuki kampung ke kampung dan bertemu dengan akar umbi secara terus tanpa menggunakan peringkat pertengahan.
Beliau berkata langkah tersebut adalah lebih bermanfaat jika dibandingkan dengan mengharapkan pihak tertentu kerana bimbang segala maklumat tidak dapat disampaikan secara terus kepada pengundi.
Menyentuh pertandingan satu lawan satu, beliau berkata ia adalah satu petunjuk yang baik dan berharap tidak akan berlaku soal fitnah memfitnah antara kedua-dua pihak.
Mustapa juga berharap jentera dari kedua-dua pihak akan bertindak secara profesional dalam masa tempoh berkempen kali ini.

Hiburan: Saida mohon cerai.....???

on

http://kosmo.com.my/kosmo/pix/2010/1027/Kosmo/Negara/ne_04.1.jpg

Desas-desus mengenai pergolakan rumah tangga penyanyi Saida yang merupakan kakak penyanyi nombor satu negara, Datuk Siti Nurhaliza Tarudin terjawab apabila permohonan cerai secara baik penyanyi itu dimulakan di Mahkamah Rendah Syariah di sini semalam.

Prosiding sebutan kes di hadapan Hakim Syarie, Mohd. Suhaily Rosdi tersebut bagaimanapun hanya dihadiri oleh peguam syarie, Noor Azlina Che Hasan yang mewakili Saida.

Saida atau nama sebenarnya Siti Norsaida Tarudin, 34, memfailkan permohonan perceraian di bawah Seksyen 46 Akta Undang-undang Keluarga Islam (Wilayah Persekutuan) 1984 pada 6 Oktober lalu.

Beliau sebagai plaintif menamakan suaminya, Mohd. Ghazali Yahya Zikri, 40, sebagai defendan. Bagaimanapun, masing-masing tidak hadir kerana prosiding hari ini tidak memerlukan mereka berbuat demikian.

Terdahulu, Noor Azlina memohon agar mahkamah memberikan tempoh lebih kurang dua bulan kerana kedua-dua pihak ingin membuat perbincangan semula sama ada mahu meneruskan permohonan tersebut.

Mohd. Suhaily kemudian menetapkan sebutan semula kes tersebut pada 20 Disember ini.

MUNGKINKAH BATU SAPI BATU NISAN DAP.......???

on Oct 26, 2010




MUNGKINKAH Batu Sapi yang menjadi mercutanda Parlimen Batu Sapi akan menjadi ‘Batu Nisan’ DAP dalam persada politik Sabah setelah mereka berjuang selama lebih tiga dekad di Sabah dan hanya berjaya memperoleh dua kerusi (DUN Sri Tanjung dan Parlimen Kota Kinabalu) pada pilihanraya umum lalu.


Jika tidak kenapa DAP menjadikan SAPP sebagai ‘sasaran peluru’ kempen sebelum penamaan calon yang dilakukan pada hari ini, sesuatu yang luar biasa kerana baru pertama kali DAP berkampung di Batu Sapi dan menubuhkan bilik operasi mereka sendiri?



Jelaslah bahawa DAP beriya-iya benar mahu memastikan Presiden SAPP, Datuk Seri Yong Teck Lee kalah bagi memberikan mereka peluang untuk terus bertapak di Sabah dan menawan beberapa bandar pada pilihanraya umum akan datang.



Setelah memenangi kerusi parlimen pertama, Sandakan di Sabah pada 1978 melalui Fung Ket Wing yang berjaya mempertahankan kerusi tersebut selama tiga penggal dan melebarkan kejayaan pada pilihanraya umum 1986 dengan tiga kerusi ADUN iaitu Gaya, Tanjung Aru dan Tawau; DAP terus terkubur pada pilihanraya umum selanjutnya sehinggalah kembali dengan memenangi kerusi Sri Tanjung dan Kota Kinabalu.



DAP terpaksa ‘berkerat rotan, berpatah arang’ dengan SAPP yang belum menyatakan pendirian mereka untuk menyertai Pakatan Rakyat setelah keluar daripada Gagasan Barisan Nasional pada 17 September 2008, kini menunjukkan sikap ‘keras kepala’ dengan menentang calon Pakatan Rakyat di pilihanraya kecil Parlimen Batu Sapi; setelah rundingan antara PKR dengan SAPP menemui jalan buntu.



Bagi Dr Hiew King Cheu, jika SAPP menang pada pilihanraya kecil ini, maka memang tepatlah Batu Sapi akan menjadi batu nisan partinya pada pilihanraya umum akan datang kerana sudah pastinya rakyat akan menolak DAP kerana telah mempunyai SAPP yang benar-benar memperjuangkan hak rakyat Sabah.



Pilihanraya kecil Batu Sapi sebenarnya adalah pertarungan di antara SAPP dan DAP kerana Pakatan Rakyat yang mempersetujui calon mereka daripada PKR hanya perlu ‘mencelah’ dan menangguk di air keruh untuk memenangi pilihanraya kecil tersebut dengan penuh bergaya jika undi Melayu dan Cina dapat dipecahkan oleh SAPP.



Sehubungan itu, DAP telah mengerahkan jenteranya ke Batu Sapi dengan bantuan Pakatan Rakyat untuk menggempur calon SAPP yang bakal menentukan nasib dan masa hadapan DAP di Sabah kerana selama ini hanya SAPP yang sering menjadi ‘batu penghalang’ DAP melakukan penetrasi terhadap masyarakat Cina.



Cabaran getir ini menyebabkan DAP terpaksa memastikan calon SAPP dan BN tumbang bagi membolehkan calon Pakatan Rakyat, Haji Ansari Abdullah menambah satu lagi kerusi di parlimen untuk menggamatkan Dewan Rakyat dengan pelbagai hujah yang mampu menenggelamkan keangkuhan Ahli Parlimen BN.



Lebih penting, misi tersirat DAP ialah Yong kecundang dalam politik ‘Kucing Buta’ yang gagal menangkap ‘Tikus Mati’ disebabkan kedegilannya memberikan laluan kepada Pakatan Rakyat untuk satu lawan satu dengan BN.

Sofea Jane Kini Bergelar Datin, Masih Maintain Cun Macam Dulu

on



datin sofea jane
Sofea Jane. Suatu nama yang sangat gah suatu ketika dahulu dalam industri lakonan Malaysia. Orangnya pun cukup cantik. Kecil molek tapi berbakat besar dalam bidang lakonan. Kami rasa semua lakonannya mantap-mantap belaka. Mungkin layak digelar primadona Malaysia.
Baru-baru ini suami Sofea Jane iaitu Meor Zain Azman telah Darjah Indera Mahkota Pahang (DIMP) yang membawa gelaran Datuk. Bila suami sudah menjadi Datuk, maka secara automatik si isteri pun bergelar datin. Maka dengan rasminya Sofea Jane bolehlah dipanggil Datin Sofea Jane.
Untuk pengetahuan, Datin Sofea Jane baru berumur 38 tahun. Sudah berkahwin selama 15 tahun dengan suami tercinta dan mendapat 3 puteri sebagai penyeri keluarga. Melihat gambar di atas membuatkan kami rasa cemburu sebab Datin Sofea Jane tetap nampak muda dan berseri. Apa rahsia beliau agaknya ye?
Apa pun tahniah kami ucapkan kepada Sofea Jane atas gelaran Datin ini.

PAKATAN :- LIPAT GANDAKAN USAHA..........???

on

PRSabah


KUALA LUMPUR 26 Okt - Ketua Umum Parti Keadilan Rakyat (KEADILAN) Datuk Seri Anwar Ibrahim mahu semua jentera parti daripada ketiga-tiga rakan kongsi, KEADILAN, PAS dan DAP melipatkan ganda usaha dan komitmen mereka bagi memastikan kemenangan di pilihan raya kecil Batu Sapi 4 November depan.

Anwar berkata Pakatan Rakyat akur kepada hakikat bahawa Pakatan Rakyat memasuki pilihan raya ini sebagai' underdog' di kerusi Batu Sapi namun kemenangan adalah tidak mustahil sekiranya setiap lapis jentera pilihan raya bergerak secara bersepadu, berdisiplin dan penuh komitmen.

"Kita akui kita memulakan kempen ini dalam tahap yang agak rendah, kita jangka sokongan rakyat pada peringkat ini dalam sekitar 40 peratus. Jadi kita minta kawan kita bekerja cukup kuat dan untuk itu saya ucapkan terima kasih atas komitmen yang diberikan kepada KEADILAN, PAS dan DAP," kata Anwar pada sidang media selepas mengumumkan calon KEADILAN bagi PRK Batu Sapi di Dewan Hakka di sini semalam.

Ditanya mengenai kesepakatan pihak oposisi terjejas akibat keputusan parti Maju Sabah (Sapp) untuk tidak mahu mengundur diri daripada bertanding, Ketua Oposisi berkata Pakatan Rakyat tetap utuh dan yang berpecah hanyalah pihak Sapp dan bebas.

"Setakat yang saya tahu tidak ada perpecahan dalam oposisi, perpecahan hanya berlaku dalam pihak bebas. Secara rasminya Sapp mewakili bebas kerana di dalam Parlimen pun mereka mengatakan diri mereka sebagai bebas, jadi ada perbezaan antara kami dengan mereka. Mereka boleh menyokong mana-mana pihak tetapi Pakatan Rakyat kita tetap bersatu dan utuh dan agenda perubahan kami bagi Sabah amat jelas.

"Malah perbincangan denhgan mereka pun tidak diadakan secara rasmi kerana jika begitu ia memerlukan kelulusan majlis pimpinan Pakatan Rakyatb tetapi saya telah mendapat persetujuan dari Tuan Guru Abdul Hadi Awang dan Lim Kit Siang untuk menghantar wakil kita, Willian Leomng bersama Thamrin, Ansari, Christina Liew dan Jeffrey untuk berbincang dam mencari penyelesaian terbaik. Bagaimanapun Sapp tidak mahu menjadi sebahagian daripada Pakatan Rakyat samada di peringkat negeri mahupun Parlimen. Mereka tidak mahu memberikan komitmen adakah mereka tidak akan menyertai Barisan Nasional," jelas beliau lagi.

Sementara itu calon Pakatan Rakyat di Batu Sapi, Ansari Abdullah berkata beliau yakin Pakatan Rakyat kini mendapat sokongan yang lebih tinggi berbanding pada pilihan raya umum 2008 lalu.

"Bukan sahaja yang bertanding di Batu Sapi tapi pertandingan adalah antara Pakatan Rakyat dan Barisan Nasional, sebab itu saya yakin. Saya jangkakan pertandingan adalah sengit. Pakatan Rakyat mendapat lebih 4,000 undi pada pilihan raya dahulu dan kami percaya sejak 30 bulan lalu KEADILAN, PAS dan DAP telah bekerja kuat dan secara agresif di peringkat akar umbi. Hanya semua aktiviti kami tidak dilaporkan oleh media arus perdana seolah-olah mahu menggambarkan kami semuanya tidur dan tidak berbuat apa-apa," kata Ansari kepada media.

Pengerusi DAP Sabah, Dr Hiew King Cheu pula mengakui Pakatan Rakyat tidak akan mendapat laluan mudah di Batu Sapi namun ketiga-tiga parti dalam gagasan oposisi bersatu dalam usaha mereka untuk meyakinkan rakyat bahawa adalah penting mereka memberi mandat kepada Pakatan Rakyat pada pilihan raya kecil ini untuk mengangkat suara mereka di Parlimen.

"Kami menyeru pengundi Batu Sapi mengamanahkan mandat mereka kepada kami supaya suara mereka boleh bergema di Parlimen. Banyak masalah rakyat di Batu Sapi dan dari kawasan ini ramai datangnya Ketua Menteri, Timbalan Ketua Menteri, Menteri Persekutuan dan lain-lain Menteri tetapi apakah telah mereka buat kapeda rakyat di sini selama ini?" tanya Dr Hiew yang juga Ahli Parlimen Kota Kinabalu.

Elaun Yang Dipertuan Agong,Sultan Dan Kerabat Diraja Malaysia.

on


Elaun untuk Agong dan Permaisuri Agong



Ini adalah dibawah Undang-undang Malaysia Akta 269 (Akta Peruntukan Diraja 1982) bagi bajet tahunan bagi Agong yang mana ia akan dibayar secara bulanan kepada Agong. Tahun 2006, terdapat usul kenaikan gaji Agong bersama-sama terhadap pemaisuri Agong yang mana telah diluluskan.


Jumlah sebulan Agong ialah RM87,880
  1. Privy Purse – RM608,400 (atau RM50,700 sebulan)
  2. Entertainment allowance – RM202,800 (atau RM16,900 sebulan)
  3. Istana Negara Royal Allowance – RM243,360 (atau RM20,280 sebulan)
Jumlah sebulan Pemaisuri Agong ialah RM16 339
  1. Privy Purse – RM113,568 (atau RM9,464 sebulan)
  2. Entertainment allowance – RM36,504 (atau RM3,042 sebulan)
  3. Istana Negara Royal Allowance – RM46,800 (atau RM3,833 sebulan)
Selain daripada tu, setiap tahun Agong akan memperolehi lebih RM53 juta bagi menampung perbelanjaan istana, sambutan tetamu dan juga kos pemberian gaji kakitangan istana. Pecahan perbelanjaan di istana adalah seperti berikut :
  1. Perbelanjaan istana dan sambutan tetamu – RM52,259,100
  2. Gaji kakitangan istana – RM1,004,880
  3. Bounty Diraja, pemberian dan khidmat khas – RM50,000
Elaun untuk bekas Agong dan bekas Permaisuri Agong

Rupanya setiap bekas Agong yang mengikut giliran akan turut menerima elaun bekas Agong dan bekas pemaisuri Agong. Ini sudah tertakluk di bawah peruntukkan undang-undang-undang Malaysia Akta 270 (Akta Istana Negara Elaun-elaun Diraja 1982) pindaan 2006. Dibawah akta ni juga elaun akan dibayar kepada bekas Agong dan bekas Permaisuri Agong setiap bulan bagi tempoh seumur hidup.


Pencen khas untuk balu pemaisuri Agong

Elaun sebegini adalah pencen untuk balu Pemaisuri Agong. Contohnya jikalau kalau Agong tu mangkat semasa baginda sedang memgang tugas sebagai Agong, jadi pemaisuri Agong yang sudah menjadi balu akan turut menerima pencen seperti ini yang tertakluk di bawah Undang-undang Malaysia Akta 223 (Akta Pencen Khas Raja Permaisuri Agong 1979).


Yang Amat Mulia Permaisuri Siti Aishah kini tinggal bersama ibu dan bapa beliau, Datin Seri Shamshina A. Rahman dan Lt-Kol Datuk Seri Abdul Rahman Mohd Yatim di Carcosa Seri Negara :
1. Pencen seumur hidup – RM4,500 sebulan.
2. Kereta (cukai jalan dan bayaran pendaftaran percuma) atau wang pukal RM250,000 untuk kereta. Juga dapat RM2,590.87 sebulan untuk driver dan penyelenggaran kenderaan
3. Rumah Kerajaan yang akan disenggara oleh Kerajaan atau wang pukal RM750,000
Boleh dikatakan di Malaysia, kebanyakan Sultan sudah merasa menjadi Agong. Selain memperolehi elaun Sultan mereka turut menikmati elaun bekas Agong setiap bulan iaitu :
1. Elaun Diraja Istana Negara untuk bekas Agong – RM15,180 sebulan
2. Elaun Diraja Istana Negara untuk bekas Permaisuri Agong – RM4,500 sebulan
Elaun Sultan dan kerabat Diraja

Elaun untuk Sultan dan kerabat diraja di setiap negeri adalah di bawah peruntukkan negeri masing-masing. Setiap negeri ada Enakmen Peruntukan Diraja. Jumlah yang elaun Sultan Kedah ada sebanyak RM68,080 sebulan
1. Elaun Sultan – RM52,600 sebulan
2. Elaun keraian Sultan = RM15,480
Manakala jumlah yang diterima oleh Sultanah adalah sebnayak RM14,600 sebulan
1. Elaun Sultanah – RM12,000 sebulan
2. Elaun peribadi Sultanah – RM2,600 sebulan
Elaun-elaun lain yang diterima kerabat Diraja di Malaysia setiap bulan adalah seperti berikut :
  • Raja Muda – RM13,000
  • Raja Puan Muda – RM5,200
  • Tunku Bendahara – RM4,000
  • Isteri Tunku Bendahara – RM1,250
  • Tunku Temenggung – RM3,500
  • Isteri Tunku Temenggung – RM900
  • Tunku Laksamana – RM3,000
  • Isteri Tunku Laksamana – RM600
  • anak-anak Sultan – RM1,000

http://malaysiaberih.blogspot.com/2010/10/elaun-yang-dipertuan-agongsultan-sultan.html

ADUHHH MALU NYA....TAPI DAH SAKIT NAK BUAT CAM MANA.....???

on



Apa yang nak gua kisahkan di sini adalah pengalaman gua masuk hospital pada petang Jumaat lepas akibat batu karang. Seksa juga penyakit batu karang ni ekkkk.... ada sapa2 yang pernah kena...??? Mesti tau macam mana penangannya... perghhhh... gilababi punya sakit...


Pagi Jumaat tu... gua tak pergi ofis, dalam 9.00am gua terima call dari MSK (Blogger Mat Saman Kati), so kami berjumpa minum2 sembang2 jer... hingga pukul 11.00am, diorang makan2 laaaa... gua jer melopong sebab gua telah diarahkan supaya berpuasa, kerana petang tu gua kena buat IVU.  Lepas tu gua chau... pergi Kedutaan Indonesia di Jalan Tun Razak untuk ambil Pasport Pembantu Rumah yang sehari sebelumnya tak sempat siap. Lepas tu gua pecut balik Shah Alam untuk solat Jumaat dan lepak layan anak2 di rumah.



4.00pm, gua serah diri di Hospital... terus diorang uruskan untuk buat IVU (x-ray), hampir sejam kat dalam tu... di masukkannya "contrast" dalam badan gua... adoiii... membahang satu badan beb... meloya tekak nak termuntah. Keputusan IVU menunjukkan ada 3 batu karang dalam badan gua, 1 tersangkut disaluran pundi kencing, 1 dalam buah pinggang kiri dan saiznya kecil, lagi satu saiznya lebih kurang 1cm dalam buah pinggang kanan, ha..ha..ha... gua dah boleh beli "akuarium marin" bela ikan Nemo dan Kuda Laut... ada batu karang free maaaa... buat hiasan...



Setelah selesai semua tu... masuk wad... dan melangutlah gua sorang2 dalam tu... tengok TV... layan laptop... layan anak bini yang setia menemani... sambil main monopoly... malamnya pulak sesi teh tarik sekeluarga, sebab selepas pukul 12.00 malam gua kena start puasa, esoknya gua akan dikerjakan oleh doktor... hahaha.. gua buat bilik hospital macam bilik hotel pulak... peduli apa gua...



Dalam pada itu... terima call dari Dr. Wahab dan ceritanya ada di sini, juga terima call dari bro KulupSakah dan sms dari Mum of 3 Mohd... perggghhh... cepatnya berita tersebar, dalam gua berpesan supaya dirahsiakan... terbabas jugak beb... walau bagaimana pun atas keprihatinan kawan2 membuatkan gua terharu... gua amat menghargainya. Hari ini pun (pagi tadi) M3M sms lagi bertanya khabar. Terima kasih sahabat2 semua.



Sabtu 2.00pm gua di tolak ke "Operation Theatre", walllawoooiiii... gabra gilerrr.. beb, gua bukan gabra pasal nak kena belasah dengan doktor... tapi gua gabra maut sebab salah satu prosedurnya injection ubat bius kat tulang belakang (spinal anaesthetic), gua dah pesan dengan diorang semua terutama sekali kat pakar bius tu... tolong inject gua dengan penuh kasih sayang sebab gua ni nampak jer... brutal tapi fobia jarum beb... hahahaha...



Masa membongkokkan badan kena cucuk kat tulang belakang... sakit beb.... nak jer... gua terajang pakar bius tu... dah terangkat2 dah kaki gua... elok selesai jer.. kena bius.. tak sampai seminit.. pakar bius tu cabar suruh gua terajang dia sambil tersengih2... kecik jer... gua tengok doktor tu.... malaun betul... ibu jari kaki pun gua tak boleh nak gerak... nak terajang kejadah apanya... binawe betul... gua kena buli dengan doktor tu... cissss.... ada lori ada bas doktor...hehehe... (kan gua dah kutuk lu dalam blog nih... hahaha...)



Selepas lumpuh separuh badan, dan dalam keadaan sedar... diorang bukakan kain penutup bahagian bawah gua, diorang kangkangkan kaki gua ntah atas apa menatang nama tempat tu pun gua tak tau... dan diorang buat apa saja sesuka hati diorang... gua menadah rela dalam paksa jelah...



So.. operasi pun bermula..., dan gua dengan penuh khusyuk dan tawadhuk menonton tayangan burung gua dicerobohi oleh wayar2 dan tiub2 halus.... gua lihat sendiri bagaimana doktor tu sepit batu karang yang gua nampak besar dalam skrin monitor tu dikeluarkan, apabila dimasukkan ke dalam botol untuk buat bahan kenangan gua... rupanya halus jer... sebesar setengah kepala mancis jer... cilakessss betul.. batu besar tu bisa membuatkan gua kencing berdarah dan tersiksa... nak buat hiasan batu karang akuarium air masin pun tak lepas beb....



Seksaan belum tamat walaupun operasi tersebut dah selesai, mana taknya kat hujung senapang gua ada tiub tersangkut panjang menghubung ke sebuah kantong (beg) tadahan air kencing bercampur darah... dan dalam badan gua, dari pundi kencing dimasukkan tiub (sebagai stand) terus ke buah pinggang kanan, standby untuk operasi seterusnya minggu depan pulak.



Kerana operasi kali ini tujuannya keluarkan batu karang yang tersangkut di pundi kencing terlebih dahulu sebab ianya membuatkan buah pinggang gua bengkak. Manakala batu karang dalam buah pinggang kanan akan gunakan prosedur laser 2 minggu dari sekarang, bergantung pada pemerhatian doktor.... seksa belum habis beb.... 



Part yang gua tak boleh blah sekali apabila nurse pompuan pun terlibat sama dalam operasi tersebut... adoiiiiiiiii.... burung ku di lihat orang... wargghhhhh.... 



Ahad pagi, doktor yang rawat gua melawat dan gua minta keluar hospital, so dia uruskanlah untuk cabut tiub kat hujung senapang gua..., lagi sekali kantoi beb... rupanya nurse yang buat prosedur tu... mana gua nak sorok muka nih.... apalagi rela dalam paksa jugaklah... tadah jelah sambil menikmati pemandangan kubah Masjid Negeri dengan penuh kesyahduan.... sambil nyanyi lagu Raihan... iman tak dapat di warisi... dari seorang ayah yang bertaqwa.... huhuhu.... (gua nak tanya fatwa dari ularmak 40 apa hukumnya nurse pompuan cabut tiub dari senapang gua...) 



Last sekali sampai jer... rumah, gua cakap kat isteri gua... dalam sebulan dua nih... cari rumah untuk kita pindah dari sini (rumah sekarang), dia tanya gua apasal pulak....???



Pasalnya......... sebab salah sorang nurse tu anak dara Makcik Ani.... jiran kitaaaaaaa.....!!!!!...... takan gua nak pakai topeng Antutuya kotttt....

Followers

pop up text

Blog Archive

Top Ranking Pro PR

My Blog List