Dr. Asri :- Saya bukan nasihat Anwar saja.......???

on Nov 3, 2010



KUALA LUMPUR, 3 Nov — Bekas mufti Perlis Prof Madya Dr. Mohd Asri Zainul Abidin berkata, ramai ‘dinosaur’ dalam Umno pun perlu bersara bagi memberi ruang kepada muka-muka baru seiring dengan landskap politik semasa negara ini.

Justeru tegas beliau, nasihatnya agar Ketua Umum Pakatan Rakyat (PR) Datuk Seri Anwar Ibrahim supaya bersara daripada politik tidak hanya terhad kepada bekas timbalan perdana menteri itu.

Semalam, pemimpin-pemimpin muda dalam Parti Keadilan Rakyat (PKR) sambil menyifatkan kepimpinan Anwar masih “relevan” berkata, pandangan bekas mufti Perlis itu sebagai “tidak realistik”.


“Pandangan saya yang tajam dan terbuka kepada Umno (dan) BN itu sebenarnya lebih banyak, saya pernah minta dinosaur-dinosaur politik dalam Umno supaya bersara awal untuk memberi laluan kepada muka-muka baru,” kata beliau kepada The Malaysian Insider hari ini.

Beliau yang juga pensyarah pengajian Islam di Universiti Sains Malaysia berkata, AMK sebagai sayap pemuda PKR sepatutnya tidak melenting apabila orang awam sepertinya memberi nasihat kepada Anwar, penasihat PKR.

Ini kerana kata beliau, politik baru yang dipopularkan oleh PR sejak tsunami politik pada 8 Mac 2008 sepatutnya tidak menafikan hak mana-mana pihak untuk memberikan pendapat dan hujah demi kepentingan negara.

Katanya lagi, saranannya semalam agar Anwar bersara dari menjadi ahli politik sebenarnya tidaklah bermaksud untuk memadam segala rekod sumbangan ketua pembangkang itu kepada negara.

Namun, rekod sumbangan Anwar yang juga Ahli Parlimen Permatang Pauh tidak bermakna boleh menafikan bakat pemimpin-pemimpin muda yang lain untuk mengepalai PR, lalu mengambil alih tampuk pemerintahan negara daripada Umno-BN kelak.

Sehubungan itu, Asri yang dikenali sebagai tokoh rentas parti turut membetulkan persepsi tidak tepat oleh dua calon Ketua AMK, Shamsul Iskandar Mohd Akin dan Badrul Hisham Shaharin berhubung konotasi ‘bersara’ yang ditujukan kepada Anwar semalam.

“Saya kata bersara bukan dalam erti kata dia (Anwar) tidak boleh memberi pandangan dalam berpolitik, ramai tokoh-tokoh politik yang bersara masih boleh memberikan pandangan.”

Menurut beliau, pandangan Tun Dr Mahathir Mohamad ketika era pascabersara sebagai Perdana Menteri sekarang tetap dihormati dan berpengaruh dalam menentukan iklim politik negara.

“Pendapat Tun Dr. Mahathir sehingga hari ini terus didengar oleh Umno walaupun beliau sudah bersara kerana bersedia memberi laluan kepada muka-muka baru,” ujarnya.

Begitu juga dengan Tun Abdullah Ahmad Badawi, kata Asri sambil menambah, bekas perdana menteri itu dianggap hebat kerana bersara pada masa sesuai demi melancarkan survival politik BN.

“Tun Abdullah bukan tidak hebat, (pilihan raya umum ke-11) 2004 imejnya yang sederhana berjaya menenggelamkan populariti beberapa pemimpin pembangkang,” ujarnya.

Pun begitu, beliau menafikan spekulasi umum bahawa nasihat terbuka kepada Anwar itu ekoran perbicaraan kes liwat di Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur sekarang.

“Saya antara yang bersimpati dengan ujian Allah yang menimpa dia (Anwar), saya antara yang meminta supaya perbicaraan kes dia dibicarakan secara adil dan bermaruah,” tegasnya.

“Apa pun dalam masa yang sama saya tetap menuntut perbicaraan yang adil untuk Datuk Seri Anwar, jangan dinafikan hak beliau,” katanya lagi sambil menambah, Anwar tidak boleh dilayan sebagai penjenayah atau dianggap bersalah melainkan setelah dibuktikan bersalah.

Sehubungan itu, beliau menyuarakan rasa yakin bahawa PR memerlukan kepemimpinan muda yang baru sekiranya mahu mengambil alih Putrajaya daripada Umno-BN pada pilihan raya umum ke-13.

“Kalau pembangkang mahu momentum atau anjakan baru dalam politik tanah air, pembangkang sebenarnya memerlukan tokoh-tokoh baru,” jelasnya.

Dalam reaksinya semalam, Shamsul Iskandar menyifatkan kenyataan Asri sebagai tidak relevan kerana Anwar baginya adalah pencetus pada gelombang PR pada pilihan raya umum yang lalu.

Badrul Hisham yang lebih dikenali sebagai “Chegubard” turut menolak nasihat Asri kerana masih menganggap Anwar sebagai pemangkin pada perubahan landskap politik Malaysia, di samping tidak menafikan soal faktor kesedaran di kalangan rakyat sendiri.

Ahli Parlimen Lembah Pantai Nurul Izzah Anwar pula berkata, Asri bebas memberi pendapat tetapi hanya rakyat dan ahli yang menentukan sama ada Anwar bersara atau tidak.

Namun anak sulung Anwar ini berkata, nasihat Asri itu tidak akan mematahkan semangat Ketua Umum PR itu untuk membawa PR menumbangkan Umno-BN pada pilihan raya umum ke-13.

“Prinsip Datuk Seri Anwar untuk lawan tetap lawan sama ada ada jawatan politik atau tak seperti dalam penjara dulu,” ujarnya.


Pilihanraya Tak Dapat Mengubah Apa-apa.........???

on

Pilihanraya di Malaysia hanyalah sebahagian kosmetik dalam dunia demokrasi yang dijual oleh Umno dan Barisan Nasional. Kita rakyat Malaysia terus dipaksa untuk menerima konsep demokrasi yang Umno dan Barisan Nasional tentukan. Hasilnya, kita ditipu dan ditipu selama 52 tahun. Walaupun ada suatu masa kita berjaya menang besar, segera diciptanya isu 13 Mei dan hasilnya darurat. Sekarang walaupun berjaya menafikan 2/3 majoriti dan memerintah 5 negeri namun lihat apa yang terjadi di Perak.

Ini semua bukti jelas, pilihanraya hanyalah alat untuk menjustifikasikan di depan mata dunia Malaysia sebuah negara yang mengamalkan demokrasi. Dunia tidak akan mempersoalkan bagaimana ianya dijalankan. Dunia hanya perhatikan negara ini demokrasi atau tidak. Jika Malaysia tidak demokratik maka susah bagi mereka untuk melobi negara - negara luar untuk datang melabur. Mereka yang menjalankan demokrasi ala-Umno ini tidak mahu dihentak teruk oleh negara - negara luar tidak mereka tidak melaksanakan demokrasi. Inilah permainan Umno dan Barisan Nasional.

Kita sering dibodohkan oleh SPR dan Umno. Kita rakyat Malaysia terlalu berlembut dengan mereka yang telah permainkan hak kita. Gambar telah menunjukkan petugas wanita Umno memberi duit kepada para pengundi. Namun SPR mengatakan ianya bukan bentuk rasuah. Tapi bayangkan jika PAS dan Pakatan Rakyat memberi duit sebegitu rupa, maka bersiap - sedialah kita mendengar gegak - gempita daripada pihak SPR. PAS rasuah, Pakatan Rakyat terlibat dengan politik wang dan sebagainya. Kita harus akur dan akui, semua jentera negara atau kerajaan semuanya telah dipegang oleh Umno dan Barisan Nasional. Kita rakyat sedang bertempur dengan satu pasukan tentera yang cukup besar. Jika kita bermain bolasepak, kita sedang berdepan dengan satu pasukan yang mempunyai 22 orang pemain sedangkan kita hanya 11 orang di padang. Sudah pasti teruk kita kena pukul. Permainan yang tidak pernah adil. Namun kita dipaksa oleh Umno untuk menerima cara permainan sebegini rupa. Hasilnya, walaupun menang besar kita tetap kehilangan satu negeri iaitu Perak. Kita tetap dengar ada sahaja ADUN - ADUN atau Ahli Parlimen yang melompat keluar dari parti. Semuanya kerana Umno bertindak cara mafia. Mereka boleh buat tapi Pakatan Rakyat jangan sesekali berbuat sedemikian rupa.

Kita sekarang dipaksa untuk menjadi manusia yang taat pada Umno secara tidak langsung. Walaupun suara kita, tindakan kita, dan perjuangan kita menentang Umno secara agresif akan tetapi secara tidak langsung kita masih lagi menyokong Umno. Kita masih lagi sayangkan Umno. Buktinya? Kita masih lagi mengikut rentak - tari Umno dan Barisan Nasional. Rentak - tari dalam pilihanraya cara Umno. Demokrasi cara Umno. Walaupun kita menjerit pilihanraya tidak adil namun kita tetap juga menyertainya. Kita sama sahaja dengan orang kampung yang marah dengan kerajaan kerana tidak memberikan kemudahan asas yang cukup. Namun apabila pilihanraya dibuat tetap juga sokong Umno. Bukankah kita sama dengan mereka. Apakah kita sama dengan mereka yang tidak dapat maklumat yang cukup?

Saya tetap percaya, selagi mana kita ikut rentak - tari Umno dan Barisan Nasional. Selagi itulah mereka akan terus berkuasa. Berkuasa hingga kiamat. Jangan harap Putrajaya dapat kita tawan. Kita harus dan wajib tidak mengikut rentak - tari mereka. Kita akan tertipu dengan demokrasi Umno. Kita akan tertipu dengan pilihanraya Umno yang dilaksanakan oleh SPR.

Jalan penyelesaian kepada kemelut ini, lihat saja sejarah perjuangan Indonesia, Korea Selatan (386 Movement), Thailand, Filipina dan sebagainya. Dimana mereka menuntut kebenaran dan keadilan. Lapangan mana mereka menuntut agar hak mereka dikembalikan. Lihat dan sudah pasti anda semua akan mendapat jawapannya. 

Terkini Dari Batu Sapi: Ranjau Pertama Dilepasi, Ranjau Kedua Menanti!!

on

KEADILAN Lepasi SAPP, Ekori Rapat BN 


Menjelang hari pengundian esok, sokongan rakyat Batu Sapi terhadap Pakatan Rakyat kian meningkat dan sehingga hari ini telah melepasi Parti Maju Sabah dan kini mengekori rapat Barisan Nasional.


Calon Parti Keadilan Rakyat (KEADILAN) yang mewakili Pakatan Rakyat dalam Pilihan Raya Kecil P185 Batu Sapi, Ansari Abdullah berkata setakat ini beliau telah melawat kesemua kawasan pengundian dan juga beberapa kawasan lain dan mendapati sambutan rakyat untuk membuat perubahan amat menggalakkan.

"Saya telahpun melawat kesemua 12 kawasan pengundian dan walaupun saya tidak pasti kesemua yang menghadiri merupakan warga tempatan tetapi sambutan setiap program memang menggalakkkan," kata beliau pada sidang media di Bilik Gerakan Utama KEADILAN semalam.

Sehubungan itu Pengarah Jabatan Pilihan Raya KEADILAN Pusat, Fuziah Salleh menambah, BN akan mula menggunakan taktik kotor untuk menjatuhkan KEADILAN memandangkan parti itu semakin hampir mengejar BN.

Beliau memberitahu daripada wartawan Berita Harian yang ingin mengesahkan desas-desus KEADILAN mahu menarik diri dari bertanding adalah satu propaganda jahat BN.

"Ini satu lagi taktik kotor BN memandangkan Pengerusi Umno-BN, Datuk Seri Najib Razak sakit dan tidak dapat menabur janji-janji seperti di pilihan raya kecil Hulu Selangor dan Sibu lalu.

"Parti Keadilan Rakyat merupakan suara rakyat dan kita tidak akan tinggalkan rakyat. Kita akan berjuang hingga akhir dan dalam 48 jam terahkir ini kita akan berbuat segala yang mampu," tegas beliau yang juga merupakan Ahli Parlimen Kuantan.

Dalam pada itu, Ansari menyuarakan rasa tidak puas hati terhadap layanan yang diterima semasa membuat pemeriksaan di Hospital Duchess of Kent, Sandakan Jumaat lalu kerana didapati pegawai yang memeriksanya tidak menjalankan pemeriksaan seperti sepatutnya.

"Malam semalam saya tidak dapat tidur kerana tidak dapat tahan sakit, maka saya telah pergi ke pusat perubatan swasta untuk mengambil CT Scan tetapi telah ditutup dan saya terpaksa pergi semula ke Hospital DoK.

"Tetapi, apabila sampai di sana, saya diberitahu mesin CT Scan tidak berfungsi dan saya mengambil semula X-ray. Perbandingan x-ray pertama Jumaat dahulu dan semalam menunjukkan kecederaan yang sama iaitu keretakan pada dua tulang dada," jelas beliau.

Katanya lagi, semasa x-ray pertama diambil, pegawai perubatan yang telah memeriksanya memberitahu beliau bahawa kecederaan itu tidak serius dan memberinya ubat penahan sakit.

"Kalau seorang 'public figure' seperti saya pun mendapat rawatan ala-kadar seperti ini, bayangkan nasib warga tempatan yang datang dari pulau-pulau berdekatan untuk rawatan ke sana (Hospital DoK)," kata beliau.

PAS: Nik Aziz beri wang zakat tapi dituduh merasuah........???

on


Pengarah pilihan raya PAS, Datuk Abdul Halim Abdul Rahman hari ini menafikan laporan akhbar Utusan Malaysia yang mendakwa pemberian wang oleh menteri besar kepada sebilangan masyarakat Orang Asli yang diislamkannya sebenarnya adalah wang zakat dan bukannya sebagai rasuah seperti didakwa.

Katanya, beliau telah menyemak dengan setiausahapolitik Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat untuk mendapatkan penjelasan sebenar berhubung isu itu.

"Saya diberitahu ia adalah wang zakat. Tok Guru mengislamkan tiga Orang Asli ini dan bagi wang zakat.

"Tak kan zakat ini rasuah?" katanya dalam sidang media di markas jentera PAS di Gua Musang hari ini.

Katanya lagi, Suruhanjata Pilihan Raya (SPR) perlu bersikap terbuka dalam isu tersebut.

"Jangan kalau Tok Guru ada beri duit sikit, dianggap rasuah, jangan rakyat tengok SPR ini memihak.

Ini zakat bukan rasuah. Utusan itu suka kelirukan orang, ini memang sikap mereka.

"Tapi saya rasa ia beri kelebihan kepada PAS, kerana bila orang baca mereka akan marah dan anggap ia bohong," katanya.

Melarat tapi Kg Mangkalinau tetap sokong 'bapa'.......?????

on

Sekumpulan kanak-kanak dilihat membincangkan peraturan yang perlu diikuti sebelum mereka membuat garisan di tanah liat berhampiran rumah mereka.

NONESelepas persetujuan, masing-masing mengambil kedudukan sambil membaling guli di lubang yang digali itu. Ada yang bertempik gembira kerana guli mereka mengena sasaran.

Bagi kebanyakan orang, mereka tidak faham apa yang seronok sangat dengan permainan itu tetapi bagi kanak-kanak di Kg Mangkalinau, ia adalah syurga masa lapang mereka, tidak kira yang kecil mahupun yang agak berusia.

Seperti kenbanyakan perkampungan setinggan, Batu Sapi juga tidak terkecuali dihimpit kemiskinan tegar. Ribuan yang menghuni di kediaman yang tidak layak dinamakan 'rumah'. Pondok yang muat dengan 'sampah sarap' yang menunggu masa menyembah bumi.

NONETiada bekalan elektrik atau minuman yang bersesuaian. Malah mereka juga tidak mampu menghantar anak-anak ke sekolah.

Keperitan hidupan ini boleh disaksikan hanya kira-kira 20 minit perjalanan dengan kereta dari bandar Sandakan.

Bagi rakyat Sabah, setinggan itu dihuni oleh kebanyakannya pendatang asing, hasil 'Projek IC', yang diilhamkan oleh bekas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad dalam usahanya menggulingkan pentadbiran pembangkang yang diterajui oleh PBS ketika itu pada tahun 1994. Beliau didakwa memberi kerakyatan serta merta bagi menjamin sokongan kepada BN meningkat.

Penghuni setinggan itu mempertahankan klesahih kewarganegaraan mereka serta membuktikannya dengan menunjukan MyKad milik mereka dan tidak kurang juga yang mempunyai kad keahlian Umno.

NONETidak kira stigma sosial dan persepsi yang menyelubungi setinggan ini, hakikatnya mereka ini adalah golongan miskin tegar dan buta huruf.

Mereka amat memerlukan pertolongan tanpa hampir langsung tidak dibantu.

Di sebalik kesengsaraan dan keperitan hidup, kebanyakan mereka mengisytiharkan sokongan yang tidak berbelah-bahagi kepada BN yang dianggap sinonim dengan 'bapa'.

Jaafar Lama, 60, seorang pengawal keselamatan berkata penduduk Kg Mangkalinau, yang ditubuhkan pada 1993, seringkali terpaksa mencari sisa bangunan dan apa-apa sahaja bahan buangan bagi memperbaiki rumah mereka serta jambatan usang yang menghubungkan mereka dengan dunia luar.

Katanya di sebalik kesetiaan kepada BN, mereka sebagai anak ada kalanya terasa “dipinggirkan oleh bapa”.

NONE"Sokong, mana boleh tak sokong (BN). Itu bapa sendiri, mana boleh sokong orang lain... tapi tengok macam mana dia jaga anak. Ini bapa kita, mana boleh sokong orang lain...tapi tengok cara dia jaga anaknya,” kata Jaafar.

Pengerusi keselamatan dan pembangunan kampung, kampung bersebelahan Kg Mangkalinau Orang, Ahmad Musa, 55, bersependapat dengan sentimen Jaafar.

Katanya, penduduk di situ yang kebanyakan mereka nelayan tidak dapat menganggarkan berapa yang mereka perolehi setiap bulan kerana ramai yang tidak pasti sama ada perahu yang digunakan mampu menghadapi badai di laut.

DR. ASRI CUBA SELAMATKAN UMNO MENGAPA.......??? Double Trouble Ke....

on

Ketua Angkatan Muda Keadilan (AMK) Shamsul Iskandar Mohd (gambar) berkata, kenyatan Asri semalam, yang mencadangkan agar Anwar bersara daripada politik, kononnya kerana “rentak tari politik yang makin tidak seimbang” adalah satu kenyataan pelik dan tidak berpijak pada realiti politik tanah air semasa.

Sehubungan itu, Shamsul Iskandar mempersoalkan apakah Asri lupa bahawa tercetusnya gelombang perubahan di kalangan rakyat sebenarnya adalah melalui Anwar yang juga penasihat PKR.

“Apakah beliau tidak sedar berlakunya impak kepada Umno-BN dalam pilihan raya umum ke-12 adalah kerana gelombang rakyat melalui muafakat Pakatan di bawah kepimpinan Datuk Seri Anwar?” kata beliau dalam satu kenyataan dikeluarkan hari ini.

Katanya, AMK tidak apologetik dan kekal menegaskan, kepimpinan Anwar adalah relevan sehingga kini dan masih diperlukan berikutan pengalaman serta kredibiliti kepimpinannya yang jelas berjaya memperkukuh PR di sebalik pelbagai usaha Umno-BN untuk merincih kefahaman dan keyakinan rakyat ke atas perikatan itu.

“Di saat beliau menyarankan politik idea dan politik nilai dibudayakan, cadangan beliau seolah-olah satu bentuk perlindungan kepada Umno-BN yang jelas kelihatan tandus idea untuk mengekang kemaraan rakyat melalui kepimpinan Datuk Seri Anwar dan kesepakatan kepimpinan PKR-PAS-DAP di bawah panji Pakatan.

Sumber:- http://suwaritimur.blogspot.com/2010/11/asri-coba-selamatkan-umno-mengapa.html

SPR BERKUASA.....Lagi Double Trouble.......???

on

SPR: Kami ada kuasa tentukan tempat kira undi, PAS boleh bantah jika mahu.

Sudah Terang Lagi Bersuluh........


GUA MUSANG, 3 Nov — Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) mempunyai kuasa dalam menentukan tempat mengira undi sama ada di pusat-pusat pengundian ataupun di tempat lain termasuk pusat penjumlahan undi jika difikirkan perlu dalam kes-kes khas.

Sambil menasihatkan mana-mana pihak tidak bimbang, Timbalan Setiausaha SPR Datuk Noordin Che Ngah (dalam gambar: kiri)berkata, langkah sedemikian diambil dalam keadaan cuaca tidak menentu.

Sehubungan itu, SPR memberi jaminan kepada PAS bahawa tiada penipuan akan berlaku ketika proses pengiraan undi pilihan raya kecil kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Galas membabitkan empat kawasan Orang Asli yang didakwa PAS semalam.

“SPR mempunyai kuasa untuk tentukan macam mana nak kira kertas undi.

“Dalam isu Orang Asli ini, kita bawa balik ke pusat penjumlahan kertas undi selepas mengambil kira beberapa faktor termasuk cuaca.

“Kalau cuaca sekarang yang tidak menentu dan hujan, kalau kira di sana, bila masa baru kita akan balik ke sini. Bukankah ia akan lebih melambatkan?” kata beliau ketika dihubungi The Malaysian Insider malam tadi.

Petang semalam, PAS menggesa SPR mengkaji semula keputusannya mahu membawa peti undi dari empat kawasan Orang Asli — yang mempunyai 924 pengundi — tanpa dikira terlebih dahulu di pusat pengundian terbabit.

PAS akan memfailkan bantahannya berhubung keputusan SPR itu hari ini — sehari sebelum pengundian diadakan.

Empat kawasan tersebut adalah Belatim, Balar, Bihai dan Hau yang mana SPR akan menggunakan khidmat helikopter untuk mengangkut kertas undi sebelum dikira di pusat penjumlahan undi di sini.

Noordin berkata, PAS boleh memfailkan bantahan sekiranya merasakan perlu.

“SPR ada cara untuk mengira undi, kalau sesuatu proses itu melambatkan kita akan bawa ke pusat pengumpulan kertas undi.

“Kalau PAS nak failkan bantahan tiada masalah. Lagipun ini bukan kali pertama kita bawa balik kertas undi dan kira di pusat penjumlahan undi.

“PAS nak risau buat apa? Kita bawa naik helikopter. Dalam helikopter itu nanti ada polis yang bertugas, tidak akan berlaku penipuan,” katanya lagi.

Justeru, Noordin meminta PAS supaya tidak terlalu risau dengan perkara itu kerana pihaknya akan menjalankan tugas dengan baik.

“Tidak perlu risau, kita akan jalankan tugas dengan baik.

“Kita cuma bawa balik dengan helikopter nanti ketika buat pengiraan ejen calon pun ada bersama, tiada masalah pun,” katanya.

Menurut Pengarah Pilihan Raya PAS Kelantan Abdul Fatah Harun semalam, bantahan itu akan dibuat hari melalui peguam partinya.

“Kita tidak mahu ia dibawa ke pusat pengumpulan kertas undi (Dewan Pusat Sivik Gua Musang), kita mahu ia dikira di sana terlebih dahulu,” katanya.

Menurut Abdul Fatah, SPR tidak memaklumkan perkara itu kepada pihaknya terlebih dahulu.

Tambah Noordin, sekiranya selepas pilihan raya kecil selesai dan PAS masih tidak berpuas hati mereka boleh memfailkan petisyen di mahkamah.

Kerusi DUN Galas menyaksikan pertarungan satu lawan satu di mana Barisan Nasional (BN) meletakkan Setiausaha Umno Gua Musang Abdul Aziz Yusoff manakala PAS, yang mewakili Pakatan Rakyat, meletakkan Dr Zulkefli Mohamad yang juga pemangku Yang Dipertua PAS Gua Musang.

Seramai 11,553 pengundi layak untuk mengundi pada pilihan raya kecil kali ini iaitu Melayu 7,125 orang atau 61.7 peratus, kaum Cina 2,317 atau 20.06 peratus, India 185, Bumiputera Siam 10 orang dan Orang Asli 1,889 orang.

Ulasan GB

SPR berdegil untuk gunakan helikopter dengan berkeras menyatakan mereka mempunyai kuasa menentukan dimana undi hendak dikira. Alasan: cuaca tidak menentu. Kita menyatakan itu alasan untuk melakukan penipuan. 
Jawapan kita: kira dulu, lepas itu baru bawa balik naik helikopter. Biar lambat tetapi adil, telus dan berwibawa.

Tambahnya dalam helikopter ada polis. Kami kata polis tidak semestinya adil. Beribu kejadian di dalam negara memperlihatkan pihak polis sentiasa bersikap berpihak dan berat sebelah.

SPR benar-benar cuba memperbodohkan PR, memperbodohkan rakyat.

PR perlu bertindak pantas dan tegas.

1) Hari ini juga, kerahkan semua wakil rakyat PR (Parlimen & DUN) buat bantahan. Ketua Pembangkang dan Presiden PAS perlu berperanan aktif.
JANGAN LEMAH UNTUK BERFIKIR DAN BERTINDAK. Jangan bertindak selepas dah kalah. Tak berguna.

Usah sibuk nak fikir dan berebut jadi Perdana Menteri jika hal sebegini pun tak mampu di atasi.

2) Buat laporan polis SEGERA mengenainya.

3) Dapatkan perintah mahkamah hari ini juga halang SPR mengira undi di Pusat Penjumlahan.

4) Desak Pengerusi dan Timbalan pengerusi SPR dipecat atau letak jawatan segera.

5) Pastikan rakyat di Galas berperanan untuk membantu tindakan PR untuk mengira undi di pusat kiraan undi bukan di pusat penjumlahan.

6) Ahli Parlimen PR perlu bentang usul supaya SPR diwakili oleh wakil semua parti. Jika usul ditolak, bentang usul tak percaya kepada Speaker.

7) Lain-lain yang difikirkan perlu. (Panggillah sesi brainstorming. Apa nak jadi pemimpin-pemimpin PR yang lembek dan asyik leka & kena perlekehkan dengan agen-agen BN saja ni?)





Komen Sharpshooter - Teringat semasa 10 hari di Batang Ai Sarawak, beginilah perangai SPR di Batang Ai, 7 tempat mengundi tidak dikira ditempat ,mengundi tetapi dibawa dengan helikopter dan di kira di tempat penjumlahan undi di Lubuk Antu. 

Biarpun dibantah, SPR tetap dengan keputusannya, akhirnya semua tong undi di 7 tempat tersebut Keadilan kalah teruk. Siapa boleh naik helikopter bersama SPR?

Teringat kata sahabat baik sekolah Penang Free berpangkat Major, katanya memang kami buang peti undi yang asal dan ganti tong yang lain semasa membawa tong undi dengan helikopter.


PAS mewakili Pakatan Rakyat boleh menang di Galas dengan syarat menang 60%. Semoga Allah memberi kemenangan PAS di Galas..takbir.



Sumber

Video Mohd Nor Deris Vs Nik Aziz......Double Trouble........???

on

Ko orang fikir lah sendiri. Kau dengar betul betul kata Mohd Nor Deris. Bukan memperjuangkan Islam tapi lebih kepada pertembungan peribadi dan politik diri sendiri. Apa itu UMNO islam......???
Marah Nik Aziz kawan ngan PKR dan DAP,  yang dia tu sokong UMNO tak ke kawan ngan MCA MIC Gerakan PBS dan mcm mcm parti lagi......Apa ni Mohd Nor Deris.... Kenapa Double Trouble....???




Nabil Mengaku Leka Nikmat Tuhan......???

on



PETALING JAYA: Pelakon dan pelawak, Nabil Ahmad terpaksa akur dan menerima keputusan Irma Hasmie, untuk memutuskan hubungan cinta mereka yang telah terjalin sejak dua tahun lalu.Menurut Nabil, dia terpaksa mengikut kata Irma seperti mana pendedahannya dalam sebuah akhbar mingguan Ahad lalu yang enggan memulihkan semula hubungan mereka."Jika sebelum ini saya tidak mengaku kami berpisah, kini saya ingin katakan yang saya sudah solo. Mungkin sebelum ini saya terlalu leka dengan pemberian Allah S.W.T yang telah memberi kesenangan hidup, seorang kekasih yang cantik dan kerjaya yang bagus.

"Setakat ini, tiada perancangan lagi untuk pulihkan hubungan kami. Saya cuma ingin memperbaiki diri saya dahulu, barulah saya baiki hubungan kami jika Tuhan izinkan. Lagipun dia dah kata tak mahu saya lagi. "Benda ini satu pengajaran buat saya. Mungkin selama ini saya lalai. Apa-apa pun, saya anggap perkara ini ada hikmahnya. Walaupun sekarang fikiran saya sedang serabut, saya perlu berfikir secara positif dan selesaikannya secara perlahan-lahan. Saya percaya ada orang lagi besar dugaannya berbanding diri saya," tuturnya ketika dihubungi mStar Online di sini, Selasa. Dengan nada suara agak kesal atas kejadian yang berlaku, Nabil berkata sebenarnya dia telah membuat persiapan kahwin sedikit demi sedikit untuk menempuh hari bahagia mereka yang dijangka pada tahun 2012 itu.

"Kita hanya mampu merancang tapi Tuhan saja yang menentukan. Begitu juga dengan saya, beberapa persiapan kahwin dah pun dibuat sikit-sikit. Mana tahu satu hari nanti jodoh kami masih ada. Tapi, andaikan Irma telah berjumpa dengan lelaki yang lebih baik, saya tidak kisah. "Apa-apa pun yang sedang saya hadapi, kerjaya akan menjadi keutamaan saya dan saya perlu fokus dan kawal emosi saya tanpa mengganggu kerjaya saya sehingga menyusahkan orang lain," katanya yang sedang sibuk dengan penggambaran filem Bujang Terlajak arah Profesor Razak Mohaideen.

Tambah Nabil, dia ingin menegaskan bahawa, gambar seorang wanita yang diambil bersamanya serta beberapa rakan lain yang tersebar di internet tidak ada kaitan langsung dengan masalahnya dengan Irma. Sebaliknya wanita itu merupakan kenalan baru Nabil. "Tak fasal-fasal, dia pula terkait dalam masalah kami. Saya harap, orang luar tidak mengaitkan dia lagi," tegasnya.

Ditanya adakah Nabil masih lagi mencintai Irma, jawab Nabil: "Saya masih sayangkan dia. Rasanya, perasaan sayang masih lagi ada bagi pasangan yang baru lepas putus cinta. Hal ini merupakan satu masalah seperti yang turut berlaku kepada pasangan-pasangan lain. Tapi disebabkan kami dikenali, maka ia menjadi besar. "Saya ingin doakan sebuah kehidupan yang terbaik buat Irma. Saya tahu dia seorang wanita yang baik. Dulu, masa saya masih bersamanya, kalau ada apa-apa masalah, dia pasti akan berbincang dengan saya. Sekarang ini, saya harap dia ada kawan-kawan yang boleh berkongsi masalah. Kepada Irma, jagalah diri baik-baik,” kata Nabil-mStar

Galas: Jangan Terperangkap Data Pusat Kajian Milik Umno......

on



Kajian lapangan yang dijalankan oleh Ilham Centre membayangkan Umno mendahului PAS sebagai parti yang akan memenangi Pilihan Raya Kecil (PRK) Dun Galas tidak membimbangkan PAS.

Timbalan Pesuruhjaya PAS Kelantan, Datuk Ahmad Yakob berkata, sesiapa sahaja berhak mengutarakan kajian masing-masing untuk tatapan umum, tetapi kajian itu tidak semestinya menepati sasarannya.

“Tiada masalah bagi kita siapa mendahului atau siapa menang sebab keputusan sebenar adalah di tangan rakyat. Rakyat yang akan menentukan keputusan akhirnya.

“Kajian itu adalah hasil laporan dari tenaga jentera masing-masing, jadi itu tidak menjadi halangan untuk bekerja kuat sehingga ke saat akhir,” katanya yang juga Timbalan Menteri Besar semasa ditemui selepas majlis perasmian Tanah Perkuburan kampung Tanah Putih, dekat sini petang semalam.

Beliau berkata demikian selepas diminta mengulas kajian firma penyelidikan lapangan bebas, Ilham Centre dari 29 hingga 31 November mengatakan BN mendahului PAS dalam PRK Galas dengan 22 peratus berbanding PAS 15.6%.

Manakala 54.1 peratus tidak membuat kenyataan pasti sebagaimana disiarkan portal Harakahdaily, semalam.

Sebelum itu, Pengarah Jentera Pilihan Raya PAS Kelantan, Abdul Fatah Harun yang sependapat dengan Ahmad berkata, tiada sebarang komen mengenainya kerana PAS juga mempunyai kajian mengikut mekanismenya yang tersendiri.

“Itu mengikut kajian dia (Ilham Centre). Terpulang pada dia. Kita tidak menghalang mana-mana pihak hendak buat kajian itu, tapi kita juga ada kajian sendiri,” katanya tetapi tidak mendedahkan hasil kajian dijalankan dengan alasan tidak diperlukan.

Mengulas jentera tempatan tidak kelihatan dalam membantu kempen PAS sebaliknya didominasikan jentera luar, beliau berkata nisbah antara jentera tersebut adalah satu persepuluh.

“PAS Galas mendapat komitmen penyokong dari seluruh negara. Satu persepuluh, habis tu hendak nampak macam mana jentera tempatan,” katanya.

PRK Dun Galas yang akan diadakan esok, 4 November menyaksikan pertandingan dua penjuru antara PAS dan Barisan Nasional (BN).

PAS yang mewakili Pakatan Rakatan mengemukakan calonnya, Pemangku Yang Dipertua PAS Kawasan Gua Musang, Dr Zulkefli Mohamed. Manakala BN mempertaruhkan setiausaha Umno kawasan, Abdul Aziz Yusuff.

Followers

pop up text

Blog Archive

Top Ranking Pro PR

My Blog List