AKU NAK TERUSKAN JUGAK, KAU APA PEDULI........???

on Nov 9, 2010

Pemilihan pusat PKR tetap diteruskan, kata SU Agung




PETALING JAYA, 9 Nov — Parti Keadilan Rakyat (PKR) akan meneruskan pemilihan langsung yang berlangsung sekarang meskipun menerima kata dua dan dipertikaikan dua calon timbalan presiden ekoran dakwaan wujudnya manipulasi dan kecacatan dalam proses pengundian.
Ketika menyatakan pendirian tegas parti itu petang, Setiausaha Agung PKR Saifuddin Nasution Ismail juga menolak dakwaan Datuk Zaid Ibrahim bahawa proses pengundian pemilihan pusat telah dimanipulasi.

“Adakah ini akan memberi kesan ke atas proses (pemilihan)? Tidak, kami menerima sokongan kuat daripada akar umbi,” kata beliau pada sidang media di ibu pejabat PKR di sini.

Proses pengundian yang bermula dua minggu lalu akan berakhir 21 November ini.
Saifuddin juga menegaskan bahawa daripada 87 bahagian yang telah selesai mengadakan pengundian, Zaid menang di 38 cabang manakala Azmin Ali pula di 37 cabang.

Dalam pada itu seorang lagi calon timbalan presiden Mustaffa Kamil Ayub, yang memberikan kata dua kepada Jawatankuasa Pemilihan Pusat (JPP) pagi tadi, menang di 11 cabang.

“Jika ada (unsur) manipulasi, beliau (Zaid) tidak akan menang di satu cabang pun,” kata Saifuddin.

Bunyi intonasi macam berat sebelah aje....Kah kah kah...Lantak kau le labu....

RAHSIA RUMAH TANGGA JANGAN DICERITAKAN KEPADA ORANG LUAR

on

Islam melarang isteri atau suami menceritakan keburukan dan keaiban rumahtangga sendiri kepada orang luar. Suami dan isteri mestilah berusaha menyelesaikan apa juga masalah di antara mereka sahaja.

Segala pekong, kudis, kurap ataupun panau dalam rumahtangga jangan kita tunjukkan atau bocorkan kepada orang lain yang tiada kena mengena dengan rumahtangga yang kita bina.

Perkara ini samalah juga dengan perjalanan sebuah parti politik. Sebarang masalah dalam parti jangan kita hebohkan di media kerana kita tahu media khasnya media musuh akan menjadikannya sebagai senjata untuk membunuh kita sendiri.

Malangnya ada pihak yang bila berselisih pendapat, berlainan pandangan dan idea begitu cepat membuat press conference dan membocorkan semua pekung dan kudis. Maka langau dan lalat secepat kilat menghidu bau busuk kudis dan pekong tersebut untuk dihebahkan ke seluruh dunia.

Pekong dan kudis itu pula di tambah lagi ceritanya supaya lebih sedap dan menarik. Yang rugi adalah parti dan perjuangan menegakkan keadilan.

Sebab itulah saya menasihati diri saya sendiri dan semua kengkawan di luar sana supaya menjaga adab berparti dan berorganisasi. Jangan kita cepat melatah dan menuding jari kepada sesama kita. Segala masalah dan kekeliruan kita selesaikan secara keluarga dan adik beradik atau macam suami isteri.

Perkara inilah yang terjadi dalam parti kawan kita sekarang. Semua orang berlumba-lumba bercakap kepada media untuk mencari publisiti dan jaguh. Rakyat semakin meluat dan mencemuh kita. 

Antara perkataan yang terhambur dari mulut mereka ialah sama sahaja dengan Umno; mereka pun sama dua kali lima, lima kali dua; kata dulang paku serpih mengata orang dia yang lebih.

Maaf jika tulisan hamba ini menyinggung kalian yang membacanya.

DAH SEMAKIN SERIUS PERBALAHAN PKR......???

on

Apakah Ini Balasan Allah Terhadap Anwar?




Apakah Anwar sudah menerima hukum dan balasan Allah atas perbuatannya selama ini? Mengapa sampai begitu hinanya Anwar di mata Zaid Ibrahim dan Mustaffa Kamil Ayub? Jika kita melihat dengan mata hati - Anwar seakan-akan telah menerima pembalasan daripada Allah - beliau telah dipulau dan dibenci oleh rakan-rakannya sendiri. 

Anwar Ibrahim sudah tidak disukai ramai, seperti mana zaman kegemilangannya dahulu. Kini, Anwar seolah-olah sudah merempat, semakin hilang sokongan rakyat dan semakin tidak disukai. Segala tingkah laku beliau semakin hari semakin dikecam oleh orang-orangnya sendiri. Malang sungguh nasib Anwar "dibunuh" oleh rakan-rakan rapatnya sendiri. Baca laporan Malaysia Kini di bawah ;

DATUK ZAID IBRAHIM hari ini terus membidas kepimpinan PKR dengan mencadangkan ketua umum parti itu, Datuk Seri Anwar Ibrahim dan naib presidennya, Azmin Ali supaya berundur. 

NONE


"Anwar dan Azmin mesti berundur kerana mereka punca segala masalah (dalam PKR).



"Saya di sini bukan untuk maki hamun. Semua masalah menunjukkan dengan jelas ia bermula dari diri Anwar sendiri," kata Zahid (atas, kanan). Apabila diminta wartawan mengulas lanjut kenyataannya, Zaid berkata Azmin perlu menarik diri daripada pemilihan jawatan timbalan presiden PKR yang sedang berlangsung manakala Anwar pula harus berundur dari kepimpinan parti.

 "Saya berpendapat Anwar mempunyai banyak sangat isu peribadi dan Azmin juga mempunyai banyak isu. (Azmin) perlu banyak lagi belajar,” katanya.
Bekas Menteri di Jabatan Perdana Menteri itu berkata, perubahan kepimpinan parti perlu dilakukan jika PKR mahu kekal relevan dalam politik negara.

NONE

Pada sidang media yang sesak dengan wartawan dan juga penyokongnya di rumahnya di Petaling Jaya, titik permulaan adalah selepas pilihan raya umum 2008. 


"Saya fikir ia bermula selepas 3/08. Selepas kemenangan besar, ramai yang mula memasang angan-angan, mereka mulai hilang fokus,” kata Zaid. Menurutnya PKR perlu menyingkirkan kepimpinannya yang ada sekarang dalam usaha bergerak ke depan semula selepas menghadapi krisis sepanjang tahun lalu, khususnya dengan beberapa ahli parlimen dan ADUNnya meninggalkan parti itu. 


"Perlu ada fokus baru, kepimpinan baru. Anwar sebagai ketua umum telah gagal memastikan parti itu bersatu. 

NONE

"Seperti sekarang, beliau juga gagal memimpin pembangkang ke depan dengan polisi baru; seperti mana dia gagal pada 16 September; seperti mana dia gagal mengekalkan keutuhan (gabungan Pakatan Rakyat) di Perak dengan membiarkan MP PKR berpaling tadah; seperti mana pembangkang dimalukan dan menjadi tidak keruan di Batu Sapi.


 "Perlu diiktiraf bahawa Pakatan Rakyat tidak akan berkembang dengan Anwar sebagai terajunya.” Ditanya siapa yang sepatutnya menjadi ketua PKR yang baru, Zaid dalam nada gurau berkata: "Saya fikir saya boleh. Tetapi terpulang kepada rakyat menentukannya.”

Azli Shukri Today

Kenyataan Media dari Mustaffa Kamil Ayub

on

Pembatalan dan penjalanan semula pemilihan Parti Keadilan Rakyat 2010


Kenyataan Media dari Mustaffa Kamil Ayub

Pemilihan Kepimpinan pusat Keadilan sedang berlangsung sejak 28hb. Oktober 2010. Sehingga kini terdapat 162 aduan atas kepincangan yang akan menjejaskan integriti dan kredibiliti JPP.

Hari ini saya dan teman-teman akan menyerahkan memorandum bagi mendesak pembatalan dan penjalanan semula pemilihan kepimpinan pusat 2010 kepada Presiden KEADILAN dan Pengerusi Jawatankuasa Pemilihan Pusat (JPP).

Antara lain dalam memorandum ini kami mempersoalkan tentang sistem dan perjalanan pemilihan secara telus yang diperkenalkan pada tahun ini amat jauh menyimpang daripada apa yang diharapkan oleh perwakilan yang meluluskan pindaan Perlembagaan parti dalam Kongres Khas pada bulan Jun 2009.

Kegagalan utama JPP ialah dalam mempertahankan prinsip pemilihan yang bersih, bebas dan adil (clean, free and fair election). Integriti JPP amat dipersoalkan sehingga terdapat lebih 162 aduan yang diantara lain berkenaan tindakan-tindakan ahli-ahli JPP dan pengawas-pengawas pemilihan yang bertindak memihak, berat sebelah malah terlibat dalam penipuan undi.

Kami juga mendesak supaya JPP mengisytiharkan pemberhentian Pemilihan 2010 dalam tempoh 48 jam dari masa penerimaan memorandum ini. Sekiranya tindakan pemberhentian Pemilihan tidak dilakukan dalam tempoh tersebut, kami akan mengambil tindakan yang lebih tegas demi mempertahankan prinsip keadilan.

Saya percaya calon-calon yang bertanding memang bersedia untuk membuktikan parti kita sebagai parti yang bersih, integriti dan demokratik untuk semua rakyat Malaysia.

“KESINAMBUNGAN PERJUANGAN”
“KEMBALIKAN SUARA RAKYAT”

MUSTAFFA KAMIL AYUB
Naib Presiden KEADILAN

9 NOVEMBER 2010

ISU RON95 :- Kerajaan Akan Kaji Punca Kenderaan Terbakar.....???

on

Punca kenderaan babit nahas terbakar dikaji



KUALA LUMPUR: Kementerian Pengangkutan bercadang untuk melaksanakan kajian berhubung punca kenderaan terbakar selepas terbabit kemalangan jalan raya.

Timbalan Menteri Pengangkutan, Datuk Abdul Rahim Bakri, berkata kementerian memandang serius perkara itu walaupun bilangan kemalangan membabitkan kenderaan terbakar dan menyebabkan mangsa rentung kecil.

Beliau berkata, sehingga kini tiada sebarang kajian, tetapi kementerian akan melihatnya secara serius dan membuat penyelidikan berhubung perkara itu. 

“Kajian itu akan dilaksanakan Institut Penyelidikan Keselamatan Jalan Raya Malaysia (MIROS) dan Bahagian Automotif Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ),” katanya. 

Beliau berkata demikian ketika diminta mengulas beberapa kemalangan jalan raya yang menyebabkan kenderaan terbakar dan yang terbaru membabitkan empat saudara termasuk bekas wartawan Berita Harian apabila kereta yang mereka naiki merempuh sebuah treler bermuatan kelapa lalu terbakar di Kilometer 119 Jalan Kuantan-Segamat, Muadzam Shah, Pahang, 6 November lalu. 

Terdahulu, Abdul Rahim merasmikan majlis pelancaran Bengkel Keselamatan Jalan Raya Antarabangsa Malaysia-Sweden Kali ke-3, di sini, semalam. 

Hadir sama, Duta Besar Sweden di Malaysia, Per-Arne Hjelmborn dan Ketua Pengarah Jabatan Keselamatan Jalan Raya (JKJR), Datuk Suret Singh. 

Mengulas wujudnya spekulasi penggunaan petrol RON95 adalah punca kenderaan terbakar pula, beliau berkata orang ramai tidak boleh membuat sebarang andaian kerana tiada kajian saintifik membuktikan perkara itu. 

“Setakat ini kita tidak mengetahui penyebab sebenar kenderaan yang terbabit kemalangan terbakar. Kita akan buat kajian untuk mengetahui puncanya terlebih dulu,” katanya. 

Dalam pada itu, Kementerian Pengangkutan juga akan berbincang Lembaga Lebuh Raya Malaysia (LLM) mengenai keperluan menyediakan perkhidmatan ambulans di lebuh raya bagi menyelamatkan mangsa kemalangan sekali gus mengurangkan angka kematian. 

“Syarikat konsesi lebuh raya mungkin boleh membantu menyediakan perkhidmatan ambulans berpusat di plaza tol kerana kemalangan yang berlaku di lebuh raya berkemungkinan jauh dari hospital dan ia menyulitkan operasi menyelamat mangsa,” katanya. 

Kelab Greenboc

Kritik Anwar, Azmin: Zaid dapat sokongan ramai.....???

on



Sebelum ini, kritikan-kritikan Datuk Zaid Ibrahim ke atas Datuk Seri Anwar Ibrahim dan Azmin Ali, dua orang kuat PKR masih tidak terlalu tajam.

Tetapi, dalam sidang media hari ini, Zaid mengambil tindakan tidak boleh berundur lagi apabila terus menamakan Anwar dan Azmin sebagai punca masalah dalam PKR.

Isu ini sudah lama dibincangkan, dan dikaitkan dengan kedudukan presiden parti yang hanya berada di kedudukannya sebagai simbol tanpa kuasa presiden.

Tindakan berani Zaid ini mungkin didorong sokongan kuat banyak pihak, terutama golongan liberal dalam dan luar parti.

Sukar untuk dipercayai Zaid boleh bertindak begitu tanpa sokongan ramai. Ini juga memberi gambaran Zaid dipercayai oleh satu jumlah besar ahli dan penyokong di luar parti sebagai mampu untuk memimpin PKR - sekiranya tidak meninggalkan parti - dan gerakan liberal di Malaysia.

Apa yang menarik lagi ialah kehadiran Mustaffa Kamil Ayub bersama Zaid, yang menunjukkan seolah-olah ada kerjasama antara faksi Abim dengan liberal dalam PKR.

Mustaffa hari ini masih mahu meneruskan perjuangan merebut jawatan timbalan presiden walaupun didakwa kumpulan Abim semakin jauh daripada Anwar dan Mustaffa hanya dipergunakan untuk memperlihatkan ada proses demokrasi dalam PKR.

Tindakan Zaid hari ini bakal memberi impak besar kepada PKR, dan menjadi ujian sejauh mana PKR mampu bergerak sebagai parti yang tidak dikuasai sepenuhnya oleh Anwar.


SiasahDaily

Writing on the wall for Pakatan Rakyat........???

on Nov 8, 2010


 I wrote an article criticising the Pakatan Rakyat performance in early October and some people thought my analysis had exaggerated the situation. However, the results of the two by-elections proved that it was not alarmist at all.
The Pakatan Rakyat suffered big losses in the Galas and the Batu Sapi by-elections. It should be aware that rural areas are still strongholds of the BN and the seats they seized from the BN in the 2008 general elections could all return to the BN after the return of Malay votes.
Take Galas as an example. PAS won the seat be defeating the BN with a majority of 646 votes in the 2008 general election. However, in the by-election this time, 8% of Malay votes, 13% of Orang Asli votes and 2% of Chinese votes have returned to the BN, enabling the BN to beat PAS with a majority of 1,190 votes. In 2008, the Pakatan Rakyat won the BN traditional seat by relying on the then discontent sentiments of the voters. If the current favourable trend towards the BN remains, the BN will continue to hold the central power.
The 2008 general election was a special case in which Umno members were discontented with the inefficient leadership of the party. Former Prime Minister cum Umno president Tun Dr Mahathir Mohamad had lashed out at his successor Tun Abdullah Badawi and many national issues were left unresolved. But after Datuk Seri Najib Razak took over the office, Umno unity was restored, and the party started to handle important issues actively. Many Malay votes therefore returned to the BN.
If Najib's Government Transformation Plan (GTP) and Economic Transformation Programme (ETP) achieve some results, the people's confidence will gradually grow.
Although the Pakatan Rakyat might still hold the urban votes, it will lose influence in rural areas. Its existing regimes will be at risk, let alone to seize the central government.
The DAP is expected to be able to keep Penang but Selangor and Kelantan will be at risk and it is afraid that the Pakatan Rakyat might lose Kedah.
There are many rural areas in Selangor, Kedah and Kelantan. In April this year, the BN regained Ulu Selangor with a majority of 1,725 votes, proving the weak organisation of Selangor Pakatan Rakyat.
Kedah is the hometown of Mahathir and Umno members who cast emotional protest votes in the 2008 general election might return. It might be difficult for the Kedah PAS government to carry on as it lacks the political strength and performance.
In the 2004 general election, PAS retained Kelantan with 24 to 21 seats and it defeated Umno in Kemuning by only two votes. In the 2005 Pengkalan Pasir by-election, PAS lost a seat and it remains as the state government with 23 seats to 22 seats. This is what we called the true force comparison. PAS might lose Kelantan which has been ruled by it for 20 years.
Similar situation might take place in Perak, too. It is quite impossible for the Pakatan Rakyat to retrieve Perak. Meanwhile, Johor, Sabah and Sarawak will continue being strongholds of the BN.
To reverse the adverse situation, the Pakatan Rakyat should start from several aspects. It should change its negative image of "playing only with politics and infighting without performance".
First, the four Pakatan Rakyat state governments must work together to jointly launch an economic stimulus plan and implement their election commitments.
Secondly, the efficiency of local and state governments must be improved to counter the BN transformation plans. For example, approving hawker licences and housing renovation plans within a day.
Thirdly, always prioritise the people, such as a cooperation among Kedah, Selangor and Kelantan to carry out flood relief efforts in north peninsula.
Like rowing a boat against the tide, political competitions require eagerness to make progress. Otherwise, they will just drown and disappear.

OH ARTIS....MARIA FARIDA BELA ANAK IKAN.........???

on

Saya Bukan Murah Untuk Punyai ‘Anak Ikan’ – Maria Farida





PETALING JAYA: Selepas aktor Shah Jazle menafikan hubungannya dengan aktres Maria Farida (gambar), kini giliran wanita itu pula tampil memberikan kenyataan.

Menerusi wawancara bersama wartawan rancangan hibutran sebuah stesen televisyen pada Ahad, Maria, 40, turut menafikan hubungan istimewa yang terjalin antaranya dengan pemuda berusia 22 tahun itu setelah foto mesra mereka berdua tersebar.

Malah dia menepis dakwaan bahawa Shah merupakan ‘anak ikan’nya memandangkan jurang usia pasangan ini agak jauh bezanya iaitu 18 tahun.

“Saya bukan murah untuk mempunyai ‘anak ikan’,” jawabnya sambil tersenyum.

Saat mengesahkan hubungan mereka, Maria tidak mengiya mahupun menafikan hubungan mereka berdua sebaliknya menjawab: “Saya berkawan dengan semua artis.”


Maria bagaimanapun berkata hubungan yang terjalin itu ibarat seperti kakak dan adik ketika diminta mengulas tentang mesej twitter Shah yang berbunyi “I love Maria Farida”.

“Mungkin dia sayangkan saya sebagai seorang kakak. Apa yang akan berlaku selepas ini, saya terserah. Kami sedang berkawan,” katanya lagi.

Pasangan ini pernah bergandingan dalam dua drama bersiri iaitu Asmara dan Bola Cinta yang kini sedang disiarkan di televisyen

BARU ZAID TAHU SIAPA ANWAR DAN APA ITU PKR........???

on

Akhirnya Zaid Undur dan Tarik Diri






HASRAT Zaid Ibrahim menempa nama dalam politik tanah air melalui Parti Keadilan Rakyat (PKR) tidak kesampaian. Calon Timbalan Presiden PKR itu membuat pengumuman mengejut untuk menarik diri daripada bertanding jawatan berkenaan. Selain itu, Zaid yang juga Pengerusi Perhubungan PKR Wilayah Persekutuan itu juga mengumumkan perletakan semua jawatannya dalam PKR.

Bahasa pasarnya, kira macam ‘lari malam’ le tu....

“Saya tawar diri menyertai parti ini atas kepercayaan saya boleh membawa politik progresif, memupuk dan memperkembangkan demokrasi dan ketelusan di negara ini. Saya sebenarnya silap,” katanya dalam satu kenyataan di blognya.

Menurut Zaid, sepanjang pemilihan PKR, membuktikan bahawa kepimpinan parti itu secara aktif membiarkan salah laku dan penipuan berleluasa dengan tujuan mencapai objektif tertentu.

 “Saya yakin mana-mana parti politik dengan sikap hipokrit dan nilai-nilai palsu tidak akan mampu menawarkan sebarang pembaharuan yang bermakna kepada rakyat di negara ini.

"Saya mengambil keputusan ini kerana tidak ada usaha oleh kepimpinan parti untuk menangani manipulasi dan amalan tidak adil serta penyelewengan dalam pemilihan itu, meskipun ia telah berulang-kali ditimbulkan,” katanya.

Tinggal kenangan....
Keputusan yang diambil itu, menurutnya adalah kekecewaan sepenuhnya bahawa beliau tidak boleh meneruskan proses pemilihan yang cacat.

Sehubungan itu, Zaid yang sebelum ini pernah menjawat jawatan Menteri di Jabatan Perdana Menteri, di zaman PM Pak Lah, sebelum meletakkan jawatan dan meninggalkan Umno berkata, beliau akan tetap komited terhadap perjuangan pembangkang.

Katanya, beliau akan terus bercakap berhubung isu yang membabitkan rakyat jelata dan terus berjuang bagi memastikan rakyat mendapat kerajaan yang lebih baik.

“Akhir sekali, saya berharap peminat Anwar Ibrahim tidak lagi menganggap saya sebagai 'spoiler' yang akan menghalang perarakan mereka ke Putrajaya. Saya ucapkan maju jaya kepada mereka,” katanya sinis.

Siapapun tidak menyangka begitu kesudahannya nasib Zaid Ibrahim dalam PKR. Dia yang pernah diangkat sebagai ‘hero PKR’ ketika bertanding mewakili parti itu pada Pilihan Raya Kecil Parlimen Ulu Selangor tak berapa lama dulu, akhirnya tersadai dicampak oleh Anwar dan Azmin bagaikan ‘kain buruk’.

Hakikatnya, apa yang diterima oleh Zaid Ibrahim itu adalah kerana dia terlalu yakin bahawa dirinya boleh melakukan sesuatu dalam membetulkan ‘politik songsang’ dalam PKR. Dia tidak sedar bahawa PKR itu adalah parti politik untuk ‘keluarga Anwar Ibrahim dan ..... nya, Azmin Ali.

Janji manis dan sanjungan Anwar semasa beliau memasuki PKR disangkanya benar-benar ikhlas dan boleh dipercayai. Zaid lupa bahawa sebelum dia masuk PKR telah ramai sahabat-sahabat karib Anwar yang bertahun-tahun berjuang untuknya, ‘cabut lari’ kerana tidak sehaluan dengan Azmin Ali.

Maka, apabila ketika ‘dakwat tanda tangan borang keahlian PKR pun masih belum kering’, Zaid berhasrat mencabar Azmin Ali di jawatan Timbalan Presiden, terimalah akibatnya. Padah penangan menentang Azmin Ali dalam kepimpinan PKR telah terlalu banyak berlaku.

Semua orang tahu. Cuma Zaid sahaja yang buat-buat tak tahu dan cuba melonjak naik dalam parti ‘hak milik’ mereka itu dengan hasrat meletakkan Azmin terkebawah darinya. Mana ada jalan.... Mana boleh Azmin Ali duduk di bawah orang lain, selain Anwar Ibrahim dan kaum keluarganya?

Bagi mereka yang ada pengalaman dengan Anwar Ibrahim dan kepimpinan utama PKR, apa yang berlaku ke atas Zaid adalah sesuatu yang telah mereka duga.

Tokoh-tokoh bekas sahabat karib Anwar Ibrahim seperti Ezam Mohd. Nor, Zaharin Hashim dan Zulkifli Nordin tentu tersenyum sinis apabila mendengar atau membaca berita menarik diri dari pertandingan Timbalan Presiden serta perletakan semua jawatan  dalam parti oleh Zaid Ibrahim itu.


Mahu ke mana Zaid Ibrahim sekarang? Mahu masuk Pas atau Umno tentu tak diterima. DAP juga tidak mungkin....

Kalau Zaid masih berminat dengan perjuangan politik, kenalah dia tubuh parti sendiri atau dia boleh bergabung dengan RPK seperti  mana tersiar dalam MT berkiatan "THIRD FORCE". Kalau lambat, cari le mana-mana parti yang telah berdaftar tetapi tidak aktif. Ambil-alih dan terajuilah mengikut selera sendiri. Wang atau bayaran sudah tentu tidak jadi masalah....

Orang macam Zaid tidak mungkin boleh kekal lama dalam mana-mana parti politik pun, selagi beliau berada pada kedudukan sebagai ‘penumpang’.

Jangan susah Datuk! Dunia masih belum kiamat....


ANWAR IBRAHIM SENYUM KAMBING KOT.......???

on


Tahniah!!!!! Maka akan puaslah hati Datuk Seri Anwar Ibrahim






Tahniah kepada Datuk Zaid Ibrahim kerana telah mengambil tindakan paling tepat dengan menarik diri daripada pemilihan jawatan Timbalan Presiden Parti Keadilan Rakyat 2010.

Benar kita inginkan perubahan kerajaan persekutuan. Kita harapkan Pakatan Rakyat dapat melakukan sesuatu untuk kebajikan rakyat. Rupanya harapan kita semakin tipisuntuk bersandar kepada impian Pakatan Rakyat yang bertulangbelakangkan PKR.

Kejujuran yang diharap, ketirisan yang dihidangkan oleh PKR! Bila teguran dibuat dengan ikhlas kerna kita sayangkan parti, kita ditomah dengan segala penghinaan. Katanya PKR untuk rakyat, bukan untuk Anwar Ibrahim, tetapi bila baru disentuh kroni Anwar Ibrahim, para sidang pembodek Anwar akan melenting, hilang arah perjuangan!

Kekadang terasa bimbang, takut-takut peribadi Melayu benar-benar terjadi. "Keluar mulut harimau, masuk mulut Naga" (lebih bahaya daripada buaya)


Kepada Parti Keadilan Rakyat, tidak perlu tunggu habis pemilihan, umumkan sekarang Azmin Ali adalah Timbalan Presiden kalian!! ... Maka akan puaslah hati Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Apakah Datuk Zaid Ibrahim hampa?

Jangan kata Zaid, ramai merasa hampa jika harapkan tudung, tudung makan sajian!


Withdrawal from Deputy President contest

I wish to announce my withdrawal as a candidate from the contest of Deputy President of Parti Keadilan Rakyat and my resignation from all posts held in the party.

I was offered to join this party under the belief that I could promote enlightened and progressive politics; nurture and develop principled political values and culture that I consider indispensable to the development of democracy and good governance in this country. I was mistaken.

Over the course of the party elections, events have shown that the leadership actively condones malpractices and electoral fraud to achieve its designed objectives. I am certain that any political party with such hypocritical and false values will not be able to offer meaningful reforms to the people of this country.

I have made this decision because there is no attempt on the part of the party leadership to address the various issues of manipulation and unfair electoral practices, although these issues were raised repeatedly.

I wish to thank all the members who have supported me and placed their faith in the cause of reform. It is of utmost disappointment that I am unable to continue in this flawed election process. I remain committed to the Opposition’s cause and will continue to speak about the issues of the common people. Together, we will continue our unabated struggle towards a better government for the people.

Finally, I hope those adoring fans of Anwar Ibrahim will no longer regard me as a “spoiler” standing in the way of their march to Putrajaya. I wish them well.

Followers

pop up text

Blog Archive

Top Ranking Pro PR

My Blog List