DNA : Campur Tangan Menteri Cemar Institusi Perundangan

on Mar 20, 2011



Pensyarah Undang-undang Universiti Islam Antarabangsa, Prof Dr Abdul Aziz Bari menyifatkan campur tangan Perdana Menteri Malaysia dan Menteri yang turut serta mendesak Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim menyerahkan sampel DNA beliau sebagai mencemar institusi undang-undang.


Dr Aziz ketika dihubungi Tv Selangor berkata, campur tangan menteri dalam perbicaraan kes fitnah ke atas Ketua Umum PKR yang sedang berlangsung kini, sebagai menunjukkan usaha berterusan kerajaan untuk menjatuhkan seteru politik mereka.  



"Nampak sangat mereka telah terdesak, sepatutnya sebagai individu yang faham undang-undang, menteri berkenaan tidak sepaatutnya berbuat sedemikian kerana ia menganggu undang-undang sekaligus menyebabkan sistem undang-undang kita tercemar dan tercabar seolah-olah ia tidak berintegriti dan tidak mampu menangani masalah," katanya ketika diminta mengulas berhubung komentar Najib dan Rais Yatim berhubung kes Anwar. 



Najib ketika turun ke Sarawak untuk kempen Barisan Nasioanal semalam mencabar Anwar untuk menyerahkan spesimen DNA beliau dalam usaha menggoyah keyakinan rakyat yang sudah bertunas kepada Pakatan Rakyat. 



Malah walaupun tarikh penamaan dan pembuangan undi bagi pilihanraya negeri itu belum diumumkan, Najib turut mengumumkan peruntukan RM252.85 juta untuk penduduk parlimen Serian dan parlimen Mambong untuk projek kemudahan asas yang sepatutnya telah lama dinikmati penduduk. 



Desakan sama turut diulang oleh Menteri Penerangan, Kebudayaan dan komunikasi,Datuk Seri Utama Dr Rais Yatim.



Rais yang juga bekas menteri undang-undang menggesa Anwar untuk menyerahkan sampel DNA beliau sebagai kesinambungan demo-demo yang dilakukan oleh pertubuhan bukan kerajaan pro Umno mutakhir ini.  



"Perkara ini harus ditangani di mahkamah dan bukannya dipolitikkan, kalau mereka tuduh Anwar mempolitikkan kes perbicaraan ini, tetapi sekarang mereka pula beria-ia mahu berbuat begitu jadi jelas mereka terdesak," katanya lagi. 



Aziz yang kesal dengan tindakan pucuk pimpinan negara turut memberi peringatan kepada barisan kabinet Najib bahawa setiap kenyataan yang dikeluarkan mereka melambangkan pendirian negara.  



"Kalau menteri sendiri sudah berbuat begitu, ini mengambarkan sikap kerajaan, kerana menteri adalah sebahagian dari kabinet dan kabinet itu adalah kerajaan, jadi adakah menteri tersebut berbuat demikian kerana disuruh kerajaan? Tetapi apapun ia mengambarkan sikap sebenar kerajaan,"katanya lagi.



Amerika bunuh 48 rakyat Libya

on




Serangan udara peringkat pertama tentera perikatan kuasa Barat di beberapa bandar di Libya telah mengakibatkan 48 orang terbunuh dan 150 lagi cedera di kawasan "orang awam", dakwa televisyen kerajaan hari ini. 


Libya menyifatkan serangan itu pencerobohan musuh. 



Perikatan lima negara melancarkan serangan ke atas negara utara Afrika itu lewat semalam dan awal pagi ini (waktu Malaysia). 



Kenyataan pihak tentera Libya berkata ibu negara Tripoli dan Sirte, Benghazi, Misrata dan Zuwarah terjejas ekoran serangan ketenteraan yang dinamakan Operasi Odyssey Dawn. 



Lebih 110 peluru berpandu dilepaskan dari kapal perang dan kapal selam Amerika Syarikat dan Britain. 



Turut menyertai kempen itu yang diperakui PBB ialah Perancis, Kanada dan Itali. 



Ulasan :-  Kita kecam Gadaffi yang membunuh rakyat Libya kerana bangun menentangnya tetapi dalam masa yang sama kita juga tidak setuju Amerika serang Libya seperti mana yang pernah berlaku di Iraq. 



Amerika memang cukup licik memainkan peranannya hingga hampir semua negara di dunia masih dalam cengkaman Amerika walaupun sudah merdeka termasuk Malaysia. 



Itulah kuasa besar Amerika di dunia yang hingga kini tidak ada negara yang mampu menggugatnya.

DAP Mula Kempen, Gesa Tumbangkan Taib!

on

Tidak lama selepas Ketua Menteri Sarawak, Tan Sri Abdul Taib Mahmud mengumumkan pembubaran dewan undangan negeri, DAP negeri terus melancarkan kempennya, dengan penasihatnya, menggesa supaya menafikan BN dua pertiga majoriti.


Lim Kit Siang yang juga ahli parlimen Ipoh Timur meminta pengundi Sarawak supaya memanfaatkan sepenuhnya peti undi - untuk “memastikan Taib meletak jawatan sebagai KM”.

Lim berkata, dalam tempoh beberapa jam, Taib telah menunjukkan bahawa cakap-cakapnya untuk mengundurkan diri sebagai KM begitu kabur dan hanya beliau sahaja yang menjadi penentu "kepada apa yang dimaksud".

Malah, tegas Lim lagi, Perdana Menteri, Datuk Najib Tun Razak sendiri pun tidak dapat berbuat apa-apa.

Katanya, Taib sebenarnya meminta "sekeping cek kosong" untuk terus menjadi KM sehingga beliau dapat mencari penggantinya dan 'membentuk satu pasukan baru' untuk mentadbir Sarawak.

Dua tugas itu, kata Lim, boleh memberi Taib keseluruhan penggal kerajaan akan datang selepas gagal selama 30 tahun yang lalu untuk menyediakan penggantinya," kata Lim adlam satu kenyataan pagi ini.

Taib telah mengumumkan semalam bahawa beliau akan mengundurkan diri selepas pilihan raya negeri akan datang. Bagaimanapun, tidak pasti beberapa lama Taib bercadang untuk kekal memegang jawatannya selepas pilihan raya negeri nanti.

Taib yang sudah 30 tahun menjadi ketua menteri, pernah membuat pengumuman yang serupa sebelum itu, yang terbaru pada 2006.


Kes Liwat Tuduhan Palsu Konspirator Jahat !!

on



SEJAK dari awal pertuduhan terhadap Dato' Seri Anwar Ibrahim yang didakwa meliwat bekas pembantunya Mohd Saiful Bukhari Azlan adalah konspirasi jahat Umno-Barisan Nasional semata-mata.


Umno-BN hanya mahu membunuh karektor peribadi Anwar, memalukan beliau dan menganiaya beliau dengan suatu pertuduhan yang jahat dan zalim. 

Apabila kes liwat ke-2 berlaku, wujud tanggapan pihak-pihak tertentu yang menunjukkan keraguan terhadap bekas Timbalan Perdana Menteri itu. 

Mereka menerima kes liwat pada tahun 1998, tetapi ada antara mereka yang meragui  Anwar selepas didakwa oleh Saiful yang menampilkan diri sebagai ikhlas, suci, dahi hitam dan bersumpah di Masjid Wilayah Persekutuan Jalan Duta. 

Namun selepas perbicaraan berlangsung, semua konspirasi dan kedangkalan Umno-BN terbongkar, kejahatan Saiful mula terlondeh satu persatu. 

Media talibarut Umno-BN menyembunyikan fakta sebenar. Menyembunyikan apa yang berlaku di mahkamah. Menutup segala ruang yang mendedahkan kejahatan pemimpin Umno dan hanya melaporkan laporan berat sebelah. 

Anwar digambarkan sebagai pelaku seks songsang yang ganas. Didedah kononnya berlaku seks oral, penetrasi liwat melalui punggung dan sebagainya. 

Anwar dan keluarga dimalukan dalam episod jahat yang memualkan, gara-gara kerakusan kuasa pemimpin Umno-BN. 

Kejahatan mereka untuk menyembunyikan fakta akhir gagal ditutup dengan keterangan di mahkamah. Beberapa fakta besar yang dibongkar di mahkamah mendedahkan semua kedangkalan Umno-BN. 

Pertama, menerusi keterangan pegawai penyiasat polis, Superitendan Jude Blacious Pereira jelas membuktikan pembabitan Perdana Menteri, Dato' Seri Mohd Najib Tun Razak dan isteri Datin Seri Rosmah Mansor. 

Najib dan Rosmah seringkali menafikan pembabitan mereka, kononnya pertuduhan liwat hanyalah antarta masalah bekas kakitangan dan majikan. 

Kerajaan dan Umno-BN tidak ada kena mengena kata Najib. Okay, itu dakwaan Najib, jika mereka berdua tidak ada kena mengena, mengapa pihak polis mengambil keterangan dari keduanya? 

Supt Jude cuba mengelak untuk menyebut nama Najib dan Rosmah, tetapi selepas ditekan peguam Karpal Singh, beliau memperakui menyoal siasat Rosmah dan Najib dalam kes liwat. 

Hari ini rakyat mahu tahu mengapa Najib dan Rosmah menemui Saiful pada 24 Jun 2008, manakala kejadian liwat didakwa berlaku pada 26 Jun? 

Kemudian Saiful membuat laporan polis dan pemeriksaan doktor pada 28 Jun 2008. Apa kaitan kedua mereka dalam kes ini dan apakah keduanya menjadi perancang utama untuk memerangkap Anwar? 

Najib dan Rosmah harus disapina ke mahkamah untuk digrill peguam Karpal. 

Fakta kedua lebih mengejutkan. Dibongkar di mahkamah, terdapat sepuluh sampel profail DNA (Deoxyribo Nucleic Acid) yang berbeza pada rektum Saiful. 

Wujud persoalan, jika Saiful seorang pendakwa yang genuine, apakah penjelasan yang harus beliau berikan dengan penemuan banyak spesimen DNA yang berbeza dalam usus beliau? 

Yang media talibarut Umno-BN hebohkan adalah mengenai penemuan DNA yang ditanda lelaki Y (male Y) yang hendak dipadankan dengan Anwar. Namun segala spesimen yang didakwa milik male Y, yang diperolehi dari tuala Good Morning dan berus gigi ditolak oleh mahkamah. 

Apa pula jawapan Umno-BN terhadap wujudnya spesimen male (lelaki)lain yang ditanda X, Z dan sebagainya? Ia milik siapa? Persoalan yang ditanya hari ini adalah, apakah Saiful seorang yang bersih atau dia memang kaki b****t? 

Masalah besar yang dihadapi Umno-BN dalam kes ini antaranya adalah, apabila Saiful mendakwa membuat pemeriksaan doktor pada 28 Jun, bermakna pada waktu itulah duburnya diperiksa dan spesimen DNA yang didakwa milik Anwar diambil. Iaitu pada 28 Jun. 

Tetapi mengapa sampel DNA yang dikatakan milik Anwar, disimpan dalam almari (tidak di dalam peti sejuk), oleh Superitendan Polis, Jude Blacious Prereira, ditanda pada 26 Jun 2008? Bagaimana spesimen itu boleh wujud dua hari lebih awal? 

Isu yang ketiga adalah isu proforma atau laporan doktor setebal 18 muka surat, yang didakwa di dalamnya terdapat laporan mengenai dakwaan liwat. 

Sebelum proforma doktor ini dikemukakan di mahkamah, Saiful mendakwa beliau telah diliwat oleh Anwar, tetapi dalam proforma yang ditulis oleh doktor tercatat di dalamnya perkataan attempt sodomy (percubaan meliwat). 

Jelas di sini, dakwaan Saiful bercanggah dengan laporan perubatan doktor. 

Perkara lain yang menimbulkan keraguan kepada proforma tersebut adalah tiga tulisan tangan yang berbeza. Bermakna ada kemungkinan ada tiga doktor yang menulis laporan perubatan tersebut. 

Namun peguam Karpal berjaya membongkar salahlaku pihak terbabit di mahkamah, apabila dua orang doktor mengakui tulisan tangan mereka (dalam laporan proforma) hanya meliputi dua atau tiga muka surat sahaja. 

Maka sekali lagi dipersoalkan, siapakah yang mengisi berbelas-belas laporan proforma doktor yang ditulis secara tulisan tangan? 

Apabila dipadankan tulisan tangan dan laporan di mahkamah, maka sekali lagi dikejutkan bahawa orang yang mengisi laporan proforma terbabit adalah Supt Jude. 

Apa punya gila sistem negara kita? Mengapa polis boleh mengambil alih tugas doktor untuk menulis laporan perubatan? 

Semua keterangan ini hanya menunjukkan bahawa usaha Umno-BN untuk memerangkap Anwar, diadakan secara tergesa-gesa dan kelam kabut. 

Sebab itu mereka menekan hakim supaya menafikan access peguam Anwar kepada segala dokumen pertuduhan terhadap beliau. Butiran dan segala keterangan yang mendakwa Anwar disembunyikan. 

Sekali lagi dipersoalkan, jika pertuduhan terhadap Anwar sahih pada Umno-BN, kenapa hendak takut berikan dokumen pertuduhan terhadap beliau? Anwar kena tuduh, beliau berhak mengetahui butiran pertuduhan. Hanya 'pondan Siam' sahaja yang 'baling batu sembunyi tangan'. 

Banyak lagi aspek-aspek teknikal yang boleh dipertikaikan. Semuanya merumuskan bahawa hujah pihak Umno-BN untuk mendakwa Anwar sebagai seorang peliwat sudah tumpul dan dimatikan. 

Sebaliknya, yang terbongkar hanyalah konspirasi jahat Umno-BN untuk menganiaya Anwar. Sekali lagi rakyat akan menyaksikan Anwar dizalimi oleh Umno-BN dan PM Najib nampaknya seolah-olah mahu mengikuti jejak Dr Mahathir Mohamad. 

Hakikatnya tuduhan terhadap Anwar hanyalah palsu. Tidak ada kes. Ia harus ditarik balik dan dibakul sampahkan. 

Apa yang dilakukan Umno-BN terhadap Anwar hanyalah menambah kebencian rakyat dan keinginan rakyat meluap-luap untuk menjatuhkan kerajaan pimpinan Najib seberapa segera.

Isu rampas tanah, ledakan tumbang BN Sarawak -- Baru Bian

on

Isu diskriminasi dan rampasan tanah membabitkan rakyat tempatan sarawak akan menjadi ledakan isu yang boleh menumbangkan pemerintahan BN di sini, kata Pengerusi Perhubungan Parti Keadilan Rakyat (KeADILan) Sarawak, Baru Bian.

Baru yang juga seorang peguam terkemuka berkata, isu hak ke atas tanah adat dan bumiputra ini dihadapi semua kalangan orang asal Sarawak dan ianya semakin meruncing. "Ianya menjadi isu hangat, dan saya percaya sejak kita bawa isu ini, pemerintah BN sarawak ambil berat isu ini," katanya ketika ditemui semasa Majlis Himpunan Tanah Rakyat Sarawak dekat sini 13 Mac lalu.

Ianya berkaitan penafsiran dalam Kanun Tanah Sarawak 1958, kerana semua provosi atau ayat-ayat hak ini dicatat dalam akta tersebut, katanya.
Ujar Baru, seksyen 2 kanun ini menerangkan tanah hak asal itu wujudnya, samada ia individu atau kelompok yang telah duduk di Sarawak dan mengusahakan tanah tersebut sebelum 1 Januari 1958.

Ertinya, kata beliau, sekiranya orang asal Sarawak, hanya orang asal ikut Perlembagaan Persekutuan selain dari kaum Cina, India dan Euroasian, selebihnya di sarawak adalah orang asal.
Mereka terditri daripada suku Murut, Lumbawang dan banyak lagi bumiputera asal di negeri ini, kata Baru yang juga daripada suku Lunbawang.
Penduduk Sarawak ditindas apabila tanah-tanah mereka dirampas elit penguasa BN

Menurut masyarakat di sini, tanah itu adalah nyawa bagi mereka kerana kehidupan mereka sejak nenek moyang sangat berkait rapat dengan tanah adat mereka ini, katanya.

Beberapa kes yang dibawa ke mahkamah berkaitan tuntutan pemilikan tanah orang asal seperti kes di Batu Pagi dan Jalan Parang, tanah mereka ini dirampas, katanya.
Bagi masyarakat di sini, rampasan tanah seumpama merampas nyawa mereka, namun kerajaan Taib Mahmud sejak dahulu merampas tanah-tanah mereka ini dengan kanun yang menjamin hak kerajaan, bukannya hak rakyat, katanya.

"Ramai yang tinggal di sini sejak 1.Januari 1958 iaitu sejak dari nenek moyang mereka, namun kita tidak boleh mendapat (hak tanah) jika tanpa izin dari pemerintah," katanya.

Majlis ceramah Baru Bian diganggu pihak polis, yang diperalatkan BN Sarawak

Baru juga menerangkan beberapa seksyen dalam Kanun Tanah Sarawak yang dimanipulasi oleh pemetrintah untuk kepentingan mereka, namun mutakhir ini ramai pemilik tanah yang mula sedar dan menuntut hak mereka melalui proses undang-undang.

"Dua kes kita menang di Kuching, di kalangan tanah orang Melayu," katanya.

Ujar Baru, hak tanah boleh dilenyapkan mengikut selera kerajaan, tetapi rakyat yang sedar akan hak mereka boleh membawa kes kemahkamah untuk mendapat hak dengan berdasarkan bukti-bukti yang nyata.
Jika rakyat sedar akan kewujudan hak mereka menurut perlembagaan, tanah yang dirampas oleh kerajaan dan diberikan kepada kroni boleh dicabar dan pemilikan kroni dianggap sebagai tixak sah menurut Seksyen 15 kanun tersebut, katanya.

Beliau banyak mengendalikan kes-kes rampasan tanah termasuk yang diberikan kepada tauke-tauke balak kroni Taib Mahmud.

Beliau mendedahkan, banyak tanah orang asal diambil oleh kerajaan untuk diserahkan kepada kroni hanya kerana tanah-tanah rakyat itu tiada 'title' dan tidak didaftar ke pendaftar tanah.
"Kalau kita memerintah, kita nak ubah ini, kita akan siasat dan kaji NCR di sarawak ini kita akan ikut adat asal, Pesuruhjaya boleh berikan 'title' geran, kita buat dasar ini, sekarang ini di bawah kerajaan yang ada tak ada dasar," katanya lagi.

Beliau juga menyahut cabaran beberapa orang pemilik tanah daripada Miri yang dirampas tanahnya agar mengheret Taib Mahmud ke pengadilan dan dikenakan tindakan akibat rampasan tanah rakyat Sarawak.

"Jangan risau, jika kita memerintah kita akan heret beliau (Taib) dan suku sakatnya ke muka pengadilan, ini jaminan kita," ujarnya lagi.

http://paspangkor.blogspot.com

Saiful Bukhari Ada Wahyu Najib....???

on


Saiful Bukhari Ada Wahyu Najib Dan Sanggup 'Terima Takdir' Dirinya Jadi Mangsa Liwat  Setelah Tiga Bulan Dapat Tekanan Di HKL !





Perbicaraan kes liwat Datuk Seri Anwar Ibrahim nampaknya sudah memasuki fasa-fasa terakhir sekarang ini. Banyak pihak yang mula membuat berbagai telahan berkenaan keputusan yang akan dibuat olehHakim Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur Datuk Mohamad Zabidin Mohd. Diah berhubung kes itu nanti. 


Rata-rata menjangkakan Ketua Umum Parti Keadilan Rakyat (PKR) itu pasti akan berhadapan dengan laluan sukar untuk membebaskan dirinya daripada pertuduhan yang maha dasyat ini. Apatah lagi kini beliau cuba diperangkap dengan isu DNA untuk membuktikan kononnya dia adalah "lelaki Y" seperti yang dimaksudkan itu. Namun, apakah kesudahan kisah ini masih menjadi tanda tanya sebenarnya. 

Malah, ada yang berangapan amatlah tidak wajar pihak mahkamah menggunakan kuasanya untuk memaksa Anwar memberikan DNA beliau, memandangkan DNA yang diambil ketika dalam kes liwat I dulu masih boleh digunakan jika mereka mahukannya. Soalnya, kenapa DNA "lama" tidak mahu dirujuk bagi membuktikan misteri ini?. Sewajarnya mahkamah merujuk kepada pihak yang berkaitan jika mahukan satu keadilan. 


Namun ini tidak berlaku, mereka seboleh-bolehnya mahukan juga DNA terbaru Anwar. Apakah ada muslihat disebalik desakan ini, kerana sebagai tertuduh Anwar ada hak untuk mempertahankan dirinya. Apa akan berlaku jika DNA tersebut dimanipulasi oleh pihak berkenaan untuk disamakan dengan DNA "lelaki Y" seperti yang dimaksudkan?. Inilah yang menimbulkan persoalan dikalangan rakyat sekarang. Memang mudah bagi para penyokong UMNO BN untuk mengadakan demonstrasi untuk desak Anwar serahkan DNAnya.


Takut Manipulasi Punca Anwar Enggan Beri DNA



Kononnya mantan TPM itu tidak berani memberikan DNA tersebut kerana tahu beliau memang bersalah. Namun mereka tidak pula terfikir bahawa keenganan itu dek kerana Anwar takut pihak berkenaan memerangkap beliau dalam kes ini.


MalahAnwar sendiri pernah berkata beliau enggan untuk membenarkan sampel darahnya diambil kerana beliau tidak percaya dalam sistem itu kerana bukti DNA yang diambil polis dalam kes liwatnya 10 tahun lalu didakwa telah dimanipulasi pihak polis. “DNA tidak berubah, darah saya (telah) diambil (dulu), mereka usung tilam (kes 1998), ambil darah saya percik atas tilam, jadi janganlah ulang tayang cerita ini,”dakwa Anwar. 


Sepatutnya perkara seperti ini diserahkan kepada pihak mahkamah untuk memutuskannya. Bukan dengan mengadakan demonstrasi bagi meraih sokongan sebilangan kecil rakyat agar mempercayai kes ini. Namun, seolah-olah ada percubaan oleh pihak berkenaan untuk memaksa rakyat supaya percaya bahawa Saiful Bukhari Azlan sememangnya menjadi mangsa liwat Anwar Ibrahim. Justeru itulah, sokongan rakyat diperlukan tanpa berpandukan fakta sepatutnya.


Misteri Bermula Ketika Si Saiful Mengadu Ke HKL



Ini pula info terbaru dan panas yang tidak pernah didedahkan dalam mana-mana laman blog atau pun saksi-saksi kes liwat II di mahkamah. Ia berkaitan dengan perjalanan sebelum kes ini digemparkan oleh Saiful Bukhari dulu. Mungkin versi ceritanya agak berbeza, namun ramai kakitangan di Hospital Kuala Lumpur (HKL) lebih mengetahui kebenarannya. 


Cuma mereka agak takut untuk bersuara lantaran tidak mahu dikenakan tindakan oleh pihak yang berkenaan. Namun, atas dasar tidak mahu ada manusia dizalimi secara berterusan oleh pihak terbabit maka kami terpaksa membongkarkan apa yang berlaku biar pun cuba dinafikan. Semasa memberitahu mahkamah pada 3 Feb 2010 dulu, Saiful ada mengatakan selepas penat kerana telah pergi ke dua buah hospital sebelum itu, dia telah ke Hospital Kuala Lumpur dan membuat pengakuan bahawa dia telah diliwat oleh Datuk Seri Anwar Ibrahim kepada seorang doktor lelaki. 


Pengakuan tersebut menyebabkan doktor berketurunan India bernama Dr. Daniel yang berada disitu terkejut. Ekoran pengakuan itu, doktor yang berada di wad pesakit luar hospital berkenaan telah menulis satu nota dan mengarahkan bekas pembantu peribadi Anwar itu untuk ke wad kecemasan di Pusat Khidmat Krisis Sehenti (One Stop Crisis Centre - OSCC) HKL. Dia yang tiba di unit pesakit luar hospital berkenaan kira-kira pukul 3 petang terpaksa menunggu sehingga pukul 9 malam sebelum diperiksa di OSCC. Sebelum diperiksa, seorang doktor yang datang menemui Saiful di wad berkenaan telah menasihatinya untuk membuat laporan polis kerana tanpa laporan tersebut, pemeriksaan rapi akibat diliwat tidak boleh dijalankan. Anehnya dia sudah buat laporan ketika polis dan mengaku sudah ada saksi kesnya.


HKL Kecoh Gara-Gara Si Saiful Ada Wahyu TPM



Apa yang menggemparkan berlaku ketika Saiful tiba di kaunter wad pesakit luar HKL ketika itu?. Semua ini tidak didedahkan oleh saksi-saksi kes berkenaan sebenarnya. Namun, difahamkan ketika tiba di kaunter pertanyaan terbabit terdapat beberapa orang kakitangan HKL yang berada disitu. 


Mereka terkejut apabila Saiful mengaku diliwat dan menyatakan beliau diarahkan oleh Najib Razak (ketika itu TPM) supaya membuat laporan perubatan disitu. Ketika ditanya apakah dia sudah membuat laporan polis berkenaan perkara itu, Saiful khabarnya mengaku laporan polis dan saksi-saksi semuanya sudah lengkap. Malah beliau dengan "berlagak" seolah-olah tidak "seperti mangsa liwat" berkali-kali mengatakan beliau datang ke situ atas arahan Najib. 

Akibat terkejut dengan pengakuan itu, kakitangan HKL yang berada disitu termasuk beberapa orang jururawat terpinga-pinga untuk mempercayai atau tidak. Kekecohan berlaku di HKL hingga menyebabkan Pengarah HKL sendiri, Datuk Dr Zaininah Mohd Zain (foto) terpaksa turun untuk meredakan keadaan pada malam tersebut. Masing-masing kecoh kerana terpaksa membuat pemeriksaan yang rapi terhadap "Saiful Bukhari" gara-gara beliau mendapat "wahyu" daripada TPM Najib Razak ketika itu.




HKL kecoh gara-gara Saiful kata ada wahyu Najib ketika buat laporan


Senario yang berlaku di HKL pada malam itu adalah sesuatu yang amat mendukacitakan ramai kakitangannya. Malah mereka mula tertanya-tanya siapakah Saiful hingga boleh mendapat "wahyu Najib" gara-gara mengaku dirinya diliwat. Mereka juga terkejut apabila Saiful melangkaui prosiding laporan perubatan apabila mengaku beliau sudah lengkap segalanya termasuk laporan polis dan juga saksi-saksi kes berkenaan. 
Maknanya disini, seolah-olah ada sesuatu yang tak kena dan memang ada satu perancangan jahat untuk mensabitkan Anwar Ibrahim dengan kes liwat II ini sebenarnya. Rata-rata kakitangan HKL yang tahu akan hal ini hairan kerana Saiful tidak sedikit pun menggambarkan dirinya "mangsa liwat"ketika membuat laporan. Apa yang jelas mereka yakin dan pasti ini adalah satu konspirasi sebenarnya, makanya rakyat perlu bertahan untuk terima kenyataan memang ada benda yang tidak kena dalam kes liwat II ini.

Lagi Panas! Saiful Masuk Wad Psikitari dan ditekan supaya terima takdir dirinya memang mangsa liwat. Apa sudah jadi ni? (bersambung) ....


http://pahangdaily.blogspot.com

Umno cuba rasuah wakil rakyat PAS Selangor RM20 juta?

on

Beberapa Wakil Rakyat PAS yang dijangka menang ditawarkan oleh Umno lebih RM20 juta untuk tidak tanding di pilihan raya umum ke-13 kelak.
Salah seorang Adun di Selangor yang bergelar Dr (bukan Dr Hasan Mohd Ali) telah didatangi wakil Umno sebanyak dua kali.

“Kali pertama (saya didatangi) oleh seorang Datuk yang agak berumur, kali kedua (saya didatangi) oleh seorang Datuk lain (iaitu) seorang yang agak muda,” ujarnya awal pagi tadi.
Pengalaman “dibeli” oleh agen Umno tersebut turut disampaikan kepada Dato’ Seri Abdul Hadi Awang dan dipandang serius oleh Presiden PAS itu.
Bagaimanapun agen Umno yang dijumpai buat kali kedua didakwah supaya tidak berhenti mengamalkan rasuah.

“Kali kedua, pertemuan di pejabat Adun saya. Saya keluarkan al-Quran dan kata: Saya masuk politik ini kerana sana nak masuk syurga, bukan sebab duit.

“(Saya kata) dalam al-Quran dah cukup, saya tak perlu RM20 juta,” beliau menambah.
Dijangka wakil rakyat PAS di negeri-negeri lain pun akan ditawarkan rasuah berupa wang menjelang PRU13 kelak.

http://notamerah.wordpress.com

Masa Terbaik Rakyat Sarawak Hukum BN......

on

Akhirnya DUN Sarawak Dibubarkan, Taib Berkuasa 30 tahun, masa yang sesuai untuk berubah.



Selepas pelbagai spekulasi sejak akhir tahun lalu, akhirnya Ketua Menteri Sarawak, Tan Sri Abdul Taib Mahmud mengumumkan pada petang Sabtu bahawa Dewan Undangan Negeri akan dibubar Isnin ini bagi membolehkan pilihan raya negeri diadakan.

Taib yang juga Pengerusi Barisan Nasional (BN) negeri berkata beliau telah mengunjungi Yang Dipertua Negeri Sarawak Tun Abang Muhammad Salahuddin Abang Barieng pada Khamis lepas bagi mendapatkan persetujuannya untuk membubarkan dewan.

"Notis pewartaannya akan dibuat pada 21 Mac," katanya pada sidang akhbar bersama dengan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak dan Timbalan Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin pada akhir lawatan dua pemimpin tertinggi pusat itu ke Sarawak di bawah program turun padang ke seluruh negara.

Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) akan memutuskan tarikh penamaan calon dan pengundian, katanya menamatkan teka teki sejak berbulan-bulan mengenai tarikh pilihan raya negeri.

Dewan Undangan Negeri Sarawak dengan 71 anggota sedia ada akan tamat pada 23 Julai ini.

Pilihan raya negeri yang lepas diadakan pada 20 Mei, 2006.

Pada Jumaat, Taib memberitahu pemberita supaya tunggu sehari lagi untuk beliau membuat pengumuman berkaitan pilihan raya negeri selepas spekulasi mengenai pembubaran dewan undangan negeri semakin memuncak berikutan pertemuan beliau dengan Yang Dipertua Negeri.

Ketika ini, BN negeri menguasai 63 daripada 71 kerusi Dewan Undangan Negeri selepas Anggota Dewan Undangan Negeri kawasan Engkilili, Dr Jonical Rayong Ngipa, yang bertanding atas tiket parti pembangkang Parti Kebangsaan Sarawak (SNAP), menyertai BN tahun lepas.

DAP menguasai enam kerusi manakala Parti Keadilan Rakyat (PKR) dan Parti Cinta Malaysia (PCM), menerusi wakil rakyat Bebas, masing-masing menguasai satu kerusi.

BERNAMA



Taib ketuai BN Sarawak

KUCHING: Spekulasi berhubung tarikh pembubaran Dewan Undangan Negeri (DUN) Sarawak bagi memberi laluan kepada Pilihan Raya Negeri (PRN) ke-10 akhirnya terungkai apabila secara rasmi dibubarkan, Isnin ini.

Pengumuman itu dibuat Ketua Menteri, Tan Sri Abdul Taib Mahmud pada sidang media bersama Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak serta timbalannya, Tan Sri Muhyiddin Yasin di Bilik Orang Kenamaan di Lapang Terbang Antarabangsa Kuching (LTAK) di sini, petang semalam. 

Beliau berkata, notis mengenai pembubaran itu kepada Yang Dipertua Negeri, Tun Abang Muhammad Salahuddin Abang Barieng sudah diserahkan, baru-baru ini. 

Bagaimanapun, khabar angin mengatakan beliau bakal berundur sebaik DUN dibubarkan adalah sebaliknya apabila menjelaskan tetap bertanding dan mempertahankan di kerusi Balingian dalam Parlimen Mukah yang dimenangi sejak 2001.

Abdul Taib tidak menyatakan alasan sebab beliau mahu terus kekal menerajui Sarawak sejak menjadi Ketua Menteri pada 1981.

Beliau adalah Ketua Menteri paling lama selain ahli parlimen kedua terpanjang berkhidmat di Malaysia selepas Tengku Razaleigh Hamzah dengan menjadi Ahli Parlimen selama 38 tahun. 

“Saya tetap bertanding dan mengetuai PRN kali ini. Saya pernah menyatakan hasrat meletakkan jawatan (sebagai Ketua Menteri) iaitu pada 2006, namun terpaksa membatalkan hasrat berkenaan. 

“Belum tiba masanya tetapi tidak menolak kemungkinan perkara itu (peralihan kuasa) berlaku kira-kira setahun atau lebih selepas tamat pilihan raya negeri.” katanya. 

Sebelum itu, Perdana Menteri memberi bayangan bahawa Abdul Taib tetap bertanding selepas mengamanahkan beliau mengetuai PRN kali ini. 

Dengan pengumuman itu, pilihan raya negeri perlu diadakan dalam tempoh 60 hari, namun beliau menyerahkan kepada Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) untuk menetapkan tarikh penamaan calon dan hari pengundian. 

Pun begitu, cakap-cakap mula kedengaran apabila hari penamaan calon dikatakan jatuh pada 6 April manakala pengundian berlangsung 10 hari kemudian. 

PRN 2006 memberi tamparan hebat selepas Barisan Nasional (BN) melalui Parti Rakyat Bersatu Sarawak (SUPP) kalah teruk apabila memenangi 11 daripada 19 kerusi dipertandingkan. Malah, SUPP turut kehilangan kerusi Parlimen Sibu pada pilihan raya kecil Mei tahun lalu. 

Bagaimanapun, SUPP berjaya menambah satu kerusi iaitu DUN Engkelili apabila calon Parti Kebangsaan Sarawak (SNAP), Johnichal Rayong Ngipa lompat menjadi Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Bebas sebelum menyertai SUPP. 

Pada PRN berkenaan, Parti Pesaka Bumiputera Bersatu (PBB) menang bersih 35 ditandingi, begitu juga Parti Demokratik Progresif Sarawak (SPDP) yang menang semua lapan kerusi ditandingi. 

Parti komponen BN lain adalah Parti Rakyat Sarawak (PRS) menang lapan daripada sembilan kerusi ditandingi. Pembangkang pula menyaksikan DAP meraih enam kerusi manakala PKR dan Parti Cinta Malaysia (PCM) masing-masing dengan satu kerusi.


Ulasan:-

Pilihanraya Negeri Sarawak kali ini merupakan masa terbaik untuk rakyat Sarawak "menghukum" BN kerana membiarkan Abdul Taib terlalu lama menjadi Ketua Menteri - hampir 30 tahun (1981 - 2011), menjadikan rakyat Sarawak sebagai golongan yang terus dibelenggu dengan kemiskinan sekian lama dan sehingga Abdul Taib telah dapat melakukan pelbagai jenis korupsi tanpa sebarang tindakan.

Ayuh, rakyat Sarawak, lakukan perubahan itu.

http://greenboc.blogspot.com

Samseng kroni Taib Mahmud guna bom rampas tanah adat

on




Syarikat yang menjadi kroni Ketua Menteri Sarawak, Tan Sri Abdul Taib Mahmud sanggup mengupah samseng untuk membakar rumah bagi menghalau orang Asal, seterusnya merampas tanah milik mereka.

“Jika dulu, syarikat kroni menggunakan kaedah memujuk sebelum ‘merampas’ tanah rakyat tetapi kini sampai ke tahap membakar dan mengupah samseng untuk menyerang penduduk seperti yang berlaku di rumah panjang Ranggong.

“Saya tidak menolak kemungkinan masyarakat Orang Asal akan ‘memenggal’ mereka seperti zaman dahulu jika syarikat kroni terus-terusan menindas dan merampas hak kami,” kata Minggat anak Nyakin.

Mingat antara orang Asal yang dibelasah samseng beberapa bulan lalu hingga kedua-dua penglihatannya terjejas dalam usaha mempertahan haknya sebagai pemilik tanah adat.

Beliau berkata demikian pada forum ‘Tanah, Adat dan Pilihan Raya’ malam tadi. Ahli panel ialah Pengarah Eksekutif BRIMAS Sarawak, Mark Bujang; Setiausaha Awam Persatuan Dayak Iban Sarawak (Sadia), Nicholas Mujah dan Koordinator Sarawak Indigenous Lawyers Alliance (SILA), Abun Sui Anyit.

Lebih 200 orang menghadiri forum anjuran Gabungan Pilihanraya Bersih dan Adil (Bersih 2.0) dengan kerjasama Jawatankuasa Hak Sivil dan NGO Peguam, Loyar Buruk.

Wakil rumah Ranggong, Sui anak Salleh turut menceritakan pengalamannya bersama rumah panjang Ranggong dan Belilie yang diserang kira-kira 100 samseng BN menyerang kampung mereka menggunakan bom dan sabit.

“Kami selaku pemilik tanah dan Orang Asal kesal dengan tindakan syarikat kroni yang mengahtar samseng untuk menghalau dan menakut-nakutkan kami.

“Serangan samseng itu termasuk menggunakan bom dan sabit dilakukan terhadap penduduk rumah panjang kira-kira seminggu,” katanya.


Samsengnya Kroni Taib Mahmud...


Wakil rumah Ranggong diforum ‘Tanah, Adat dan Pilihan Raya’ malam tadi, Sui anak Salleh turut menceritakan pengalamannya bersama rumah panjang Ranggong dan Belilie yang diserang kira-kira 100 samseng BN menyerang kampung mereka menggunakan bom dan sabit.

Sungguh menghairankan, kemanakah perginya anggota polis yang bertugas di Sarawak? Adakah kerana mereka itu kaum pribumi yang kurang berpelajaran kita akan menjadikan mereka seperti Red Indian di US?


Adakah laporan mereka dipandang sepi sebagaimana laporan kaum Penan yang mendakwa wanita mereka dirogol oleh pembalak?

Perlukah kita tunggu hingga mereka mengulangi tradisi memenggal kepala yang diamalkan oleh datuk nenek mereka baru kita hendak bertindak?

Mereka juga rakyat Malaysia yang sedikit sebanyak menyumbang untuk kesejahteraan kita bersama tetapi mereka dilayan lebih teruk dari warga asing yang mencari makan di negara ini..

Keadilandaily

Followers

pop up text

Blog Archive

Top Ranking Pro PR

My Blog List