Isu rampas tanah, ledakan tumbang BN Sarawak -- Baru Bian

on Mar 20, 2011

Isu diskriminasi dan rampasan tanah membabitkan rakyat tempatan sarawak akan menjadi ledakan isu yang boleh menumbangkan pemerintahan BN di sini, kata Pengerusi Perhubungan Parti Keadilan Rakyat (KeADILan) Sarawak, Baru Bian.

Baru yang juga seorang peguam terkemuka berkata, isu hak ke atas tanah adat dan bumiputra ini dihadapi semua kalangan orang asal Sarawak dan ianya semakin meruncing. "Ianya menjadi isu hangat, dan saya percaya sejak kita bawa isu ini, pemerintah BN sarawak ambil berat isu ini," katanya ketika ditemui semasa Majlis Himpunan Tanah Rakyat Sarawak dekat sini 13 Mac lalu.

Ianya berkaitan penafsiran dalam Kanun Tanah Sarawak 1958, kerana semua provosi atau ayat-ayat hak ini dicatat dalam akta tersebut, katanya.
Ujar Baru, seksyen 2 kanun ini menerangkan tanah hak asal itu wujudnya, samada ia individu atau kelompok yang telah duduk di Sarawak dan mengusahakan tanah tersebut sebelum 1 Januari 1958.

Ertinya, kata beliau, sekiranya orang asal Sarawak, hanya orang asal ikut Perlembagaan Persekutuan selain dari kaum Cina, India dan Euroasian, selebihnya di sarawak adalah orang asal.
Mereka terditri daripada suku Murut, Lumbawang dan banyak lagi bumiputera asal di negeri ini, kata Baru yang juga daripada suku Lunbawang.
Penduduk Sarawak ditindas apabila tanah-tanah mereka dirampas elit penguasa BN

Menurut masyarakat di sini, tanah itu adalah nyawa bagi mereka kerana kehidupan mereka sejak nenek moyang sangat berkait rapat dengan tanah adat mereka ini, katanya.

Beberapa kes yang dibawa ke mahkamah berkaitan tuntutan pemilikan tanah orang asal seperti kes di Batu Pagi dan Jalan Parang, tanah mereka ini dirampas, katanya.
Bagi masyarakat di sini, rampasan tanah seumpama merampas nyawa mereka, namun kerajaan Taib Mahmud sejak dahulu merampas tanah-tanah mereka ini dengan kanun yang menjamin hak kerajaan, bukannya hak rakyat, katanya.

"Ramai yang tinggal di sini sejak 1.Januari 1958 iaitu sejak dari nenek moyang mereka, namun kita tidak boleh mendapat (hak tanah) jika tanpa izin dari pemerintah," katanya.

Majlis ceramah Baru Bian diganggu pihak polis, yang diperalatkan BN Sarawak

Baru juga menerangkan beberapa seksyen dalam Kanun Tanah Sarawak yang dimanipulasi oleh pemetrintah untuk kepentingan mereka, namun mutakhir ini ramai pemilik tanah yang mula sedar dan menuntut hak mereka melalui proses undang-undang.

"Dua kes kita menang di Kuching, di kalangan tanah orang Melayu," katanya.

Ujar Baru, hak tanah boleh dilenyapkan mengikut selera kerajaan, tetapi rakyat yang sedar akan hak mereka boleh membawa kes kemahkamah untuk mendapat hak dengan berdasarkan bukti-bukti yang nyata.
Jika rakyat sedar akan kewujudan hak mereka menurut perlembagaan, tanah yang dirampas oleh kerajaan dan diberikan kepada kroni boleh dicabar dan pemilikan kroni dianggap sebagai tixak sah menurut Seksyen 15 kanun tersebut, katanya.

Beliau banyak mengendalikan kes-kes rampasan tanah termasuk yang diberikan kepada tauke-tauke balak kroni Taib Mahmud.

Beliau mendedahkan, banyak tanah orang asal diambil oleh kerajaan untuk diserahkan kepada kroni hanya kerana tanah-tanah rakyat itu tiada 'title' dan tidak didaftar ke pendaftar tanah.
"Kalau kita memerintah, kita nak ubah ini, kita akan siasat dan kaji NCR di sarawak ini kita akan ikut adat asal, Pesuruhjaya boleh berikan 'title' geran, kita buat dasar ini, sekarang ini di bawah kerajaan yang ada tak ada dasar," katanya lagi.

Beliau juga menyahut cabaran beberapa orang pemilik tanah daripada Miri yang dirampas tanahnya agar mengheret Taib Mahmud ke pengadilan dan dikenakan tindakan akibat rampasan tanah rakyat Sarawak.

"Jangan risau, jika kita memerintah kita akan heret beliau (Taib) dan suku sakatnya ke muka pengadilan, ini jaminan kita," ujarnya lagi.

http://paspangkor.blogspot.com

0 comments:

Followers

pop up text

Blog Archive

Top Ranking Pro PR

My Blog List