Sabtu, malam ini 19 Mac 2011, sesuatu yang menarik tentang bulan. Di anggarkan malam ini dan dalam 5 hari akan datang ini, jarak antara bumi dan bulan hanya sekitar 221.567 mil atau 356.578 kilometer. Fenomena ini disebut ‘lunar perigee‘ atau para astrologi menggelarnya ‘supermoon‘.
Fenomena Supermoon ini sering kali dikaitkan dengan ancaman sejumlah bencana seperti ombak besar, letusan gunung berapi, bahkan gempa bumi.Benarkah supermoon akan membawa bencana bagi bumi?
Sebelum dan selepas 2 supermoon berlaku, beberapa kawasan di dunia telah ditimpa bencana alam.
Malam Krismas 1974, negara bahagian Darwin, Australia dilanda angin taufan Tracy. Taufan dengan kelajuan maksimum 240 kilometer per jam itu mula terbentuk pada 21 Disember, bertiup kencang pada malam Krismas, 3 hari kemudian dan menghilang pada 26 Disember 1974.
Kemudian adalah peristiwa Tsunami Acheh, Disember 2004. Dua minggu kemudian-atau awal Januari 2005-bumi dihampiri Supermoon.
Tetapi menurut ahli astronomi bahawa khabar angin itu adalah tidak saintifik, Supermoon tidak bererti bencana. Itu hanya kedudukan biasa. Orbit benda langit memang ada di jarak yang terdekat (perigee) dan terjauh (apogee). Posisi bulan hanya mendekati bumi dan hanya akan berpengaruh pada kesan pasang surut. Posisi bulan mendekati bumi,hanya akan berpengaruh pada kesan pasang surut. “Rata-rata maksimum bergantung keadaan pantainya.”
Namun, Thomas juga mengakui fenomena yang akan terjadi ini tahun ini agak menarik kerana kebetulan masa ini berdekatan dengan bulan purnama.
Dikatakan pada 19 Mac, fenomena lunar perigee yang mengandungi kitaran sekitar 27.3 hari terjadi bersamaan dengan bulan purnama yang muncul tiap 29 hari.
Semasa fenomena lunar perigee dan purnama, permukaan bulan akan kelihatan 14 peratus lebih besar dan 30 peratus lebih terang dari bulan purnama biasa.
Pete Wheeler dari International Centre for Radio Astronomy juga membantah anggapan bahawa supermoon bakal membawa bencana. “Tak akan ada gempa bumi atau gunung meletus,” kata dia seperti dimuat News.com.au, Jumaat, 4 Mac 2011. “Kalau memang itu terjadi, itu sudah ditakdirkan.”
Sementara itu, pakar bumi dan planet dari Adelaide University, Dr. Victor Gostin punya pendapat agak berbeza. Dia mengatakan, selama ini ramalan cuaca, gempa bumi, gunung meletus, dan bencana alam yang lain berdasarkan konfigurasi planet tidak pernah tepat sepenuhnya. Namun, menurut dia mungkin ada suatu hubungan antara gempa bumi berskala besar berdekatan khatulistiwa dan keadaan bulan. “Analoginya seperti pasang surut air laut, pergerakan bumi akibat graviti bulan boleh mencetuskan gempa bumi.”
Apakah Benar Supermoon Ada Kaitannya Dengan Tsunami Jepun?
Seorang Blogger, Daniel Vogler, dalam tulisannya di AccuWeather mendedahkan fakta kalau terakhir kali fenomena Supermoon muncul pada 10 Januari 2005, hampir 2 minggu selepas gempa dahsyat 9.0 SR yang melanda Acheh. “Jadi waspadalah, sesuatu yang ‘besar’ boleh terjadi saat-saat ini,” ujar Vogler dalam tulisannya tersebut.
Sebelumnya, Supermoon pernah terjadi pada tahun 1955, 1974, 1992, dan 2005.
Sementara itu, John Kettley yang seorang pakar cuaca, tidak setuju kalau supermoon ada kaitannya dengan gempa Jepun. Menurutnya, bulan tidak boleh menyebabkan aktiviti geologi, tetapi cuma gelombang tinggi.
Pendapat yang sama seperti ucapan Kettley disampaikan juga oleh Pengelola Pusat Antarabangsa untuk Radio Astronomy, Pete Wheeler. Ia menjelaskan menjelaskan tidak akan ada gempa atau gunung berapi meletup jika memang sudah waktunya. Bumi hanya akan mengalami gelombang tinggi semasa Supermoon.
Macamana bentuk Supermoon malam ni...???
http://www.isuhangat.net
0 comments:
Post a Comment