Panass...PR Adalah "Hantu dan Jembalang.."
Timbalan Perdana Menteri Tan Sri Muhyidin Yassin mengisytiharkan Malaysia sebagai negara maju, malah antara yang terbaik di seluruh dunia.
“Perisytiharaan” penting itu dibuat kepada sekumpulan pengundi Iban di sebuah rumah panjang berhampiran Sri Aman Sarawak, menjelang pilihanraya negeri Sarawak.
Semua agensi-agensi antarabangsa masih menyenaraikan Malaysia sebagai sebuah ekonomi membangun, malah kerajaan Umno-BN sendiri mensasarkan 2020 untuk Malaysia menjadi sebuah negara maju, jika ekonomi berkembang purata lapan peratus setahun.
Namun lain pula maklumat yang diberikan oleh Muhyiddin kepada pengundi Iban dalam usaha menyakinkan mereka untuk menyokong Barisan Nasional.
“Kita kini berada dalam kalangan negeri maju terbaik di dunia,” Bernama memetik Muhyiddin sebagai berkata.
“Kestabilan politik inilah yang kita perlukan untuk negeri ini, malah di seluruh negara untuk terus maju dan berkembang, tambah Muhyiddin.
Muhyiddin berkata demikian dalam majlis pemimpin bersama rakyat di rumah panjang Iban 29 pintu, Rh.Wilson Bada di kampung Gran B Stumbin, Lingga, kira-kira 20 kilometer dari Sri Aman.
Muhyiddin yang berasal dari Johor, turut menyifatkan Pakatan Rakyat sebagai ‘‘hantu dan jembalang’’ dari Semenanjung yang harus di tolak oleh pengundi Sarawak.
Muhyiddin berkata “hantu dan jembalang” itu akan berbuat apa sahaja untuk memperdayakan rakyat supaya menyokong pembangkang.
“Kami bimbang sekiranya rakyat membenarkan diri mereka diperdayakan, tahap pembangunan akan menjadi perlahan,” kata beliau.
Dalam ceramah itu, Muhyiddin tidak menjelaskan kenapa Sarawak masih antara negeri yang termiskin di Malaysia sungguhpun kaya dengan sumber asli termasuk minyak.
Beliau juga tidak menyentuh isu rampasan tanah adat penduduk asal atau dakwaan-dakwaan rasuah terhadal Ketua Menteri Abdul Taib Mahmud dan kerabatnya.
Beliau cuma mengulangi bahawa kerajaan persekutuan sedar bahawa Sarawak sebuah negeri yang sangat besar dan memerlukan lebih banyak peruntukan pembangunan.
0 comments:
Post a Comment