Zaid tidak sokong isu liwat Anwar

on Mar 20, 2011





 Ketua Parti Kesejahteraan Insan Tanah Air (KITA), Datuk Zaid Ibrahim tidak pernah memberi sokongan terhadap isu liwat yang dihadapi oleh Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim meskipun ketika beliau masih berada dalam Parti Keadilan Rakyat (PKR).

Malah tegasnya, ketika bersama UMNO dan menjadi Menteri Kabinet pada 1998, beliau mengetahui bahawa semua bukti yang ada pada pihak polis berhubung dakwaan salah guna kuasa terhadap Anwar pada tahun itu adalah benar dan tidak ada sebarang konspirasi yang berlaku seperti didakwa oleh pemimpin berkenaan.
Sehubungan itu katanya, segala komen yang pernah dikeluarkannya berhubung Anwar ketika masih di dalam PKR hanya mengenai beberapa kelemahan pihak pendakwaan pada tahun 1998 dan hukuman yang dikenakan, bukannya sokongan terhadap pemimpin itu.

"Masa saya dalam PKR setahun lebih memang saya ada buat komen dalam kes 1998 kerana ada aspek yang tidak memuaskan, misalnya laporan perubatan pengadu ketika itu tidak dikemukakan.

"Saya juga ada memberi ucapan di Ampang, Kuala Lumpur, kalau tidak silap bahawa hukuman penjara Anwar terlalu berat mengenai salah guna kuasa, tetapi tidak sekali pun saya pernah kata Anwar ini dikonspirasikan oleh kerajaan," katanya kepada pemberita di rumahnya di sini hari ini.

Terdahulu, kira-kira pukul 9.30 pagi ini, Zaid yang diiringi oleh beberapa penyokongnya hadir ke Balai Polis Kota Bharu untuk membuat satu laporan polis terhadap Pengerusi DAP, Karpal Singh.
Jelas beliau, laporan itu dibuat untuk menggesa polis menyiasat Karpal kerana mendakwa pemimpin itu telah mengeluarkan kata-kata berbaur ugutan terhadapnya.

"Tiga hari dulu Karpal buat ugutan terhadap saya. Saya buat kenyataan minggu lepas bahawa Anwar sepatutnya menyerahkan sampel asid deoksiribonukleik (DNA) dalam kes liwat beliau sebab itulah bukti yang menolongnya kalau tidak buat kerja itu.

"Lanjutan cadangan itu, Karpal kata saya lakukan kesalahan besar, cuba mempengaruhi mahkamah. Dia ugut saya, dia kata jangan main-main dalam air yang bergolak kerana akibatnya parah," jelas Zaid.
Sharpshooter - Macamana nak jadi pemimpin besar Zaid, mcm tu pun nak buat laporan polis. Tak ada isu dah ke...
Semua ahli Keadilan, PAS dan DAP berkempen dan beri sokongan penuh kepada Zaid sewaktu menjadi calon Hulu Selangor, memang ada hikmahnya bila Zaid kalah.

Zaid mengikuti jejak bertapak Ku Li, bila kalah kerana penipuan dalam pemilihan parti sendiri terus tubuh parti baru, Ku Li tubuh Parti Semangat 46 dan Zaid tubuh parti KITA.

Ku Li memang ditipu oleh Che Dot Dot dengan kekalahan tipis 43 undi, black out secara tiba-tiba semasa pengiraan undi pada tahun 86. Sesama umno pun sanggup menipu semasa pemilihan kerana kuasa.

Tidak ada siapa pun rela dan sokong dengan penipuan kecuali mereka yang tidak ada maruah dan gila kuasa yang sanggup menipu sahabat seperjuangan dalam parti sendiri.


Segelintir pemimpin Keadilan wajib ambil iktibar tentang apa yang berlaku dalam umno, semasa pemilihan dalam parti pun sanggup menipu sahabat seperjuangan kerana kuasa, jangan ikut perangai Che Dot Dot pula.. 
Penipuan wajib ditentang, rasuah juga wajib ditentang, tetapi hakikatnya sekarang rasuah dan penipuan umpama tahi dan kentot yang merebak dan menjadi barah dalam parti politik.


Rakyat akan meluat dengan gelagat ahli politik, semasa dalam Keadilan semua sokong Anwar tetapi bila sudah keluar Keadilan semua kata Anwar memang peliwat pula. Manusia dan politik apa macam ini?
"Ooo..dulu kami percaya Anwar tak liwat tetapi sekarang kami yakin dan percaya Anwar memang peliwat..."

Seperti senatak raja sesumpah dan geng katak..Mengapa dulu 1 Malaysia sanggup round dan ceramah mengatakan Anwar difitnah, siap gunakan dalil kaedah Islam terhadap kes Anwar, adakah sekarang kamu sudah tolak kaedah Islam?

0 comments:

Followers

pop up text

Blog Archive

Top Ranking Pro PR

My Blog List