JANGKA HAYAT BN...???

on Apr 19, 2011

Pasaran sesuatu produk akan melalui satu pusingan hayat. Fesyen pun sedemikian juga. Pusingan produk atau fesyen mungkin singkat jangka masanya. Mungkin lima ke sepuluh tahun.

Pusinga hayat sesuatu pemerintahan  pun begitu juga. Soalnya berapa lama satu pusingan hayat sesuatu politik pemerintahan. Mungkin 30 ke 50 tahun.  Maka ingatlah wahai sang pemerintah!!!!

Rasa-rasanya pusingan hayat BN semakin hampir. Apabila candu "ugama' dan "bangsa' sudah tidak laku lagi, maka hayat BN telah tiba!!!!




Parlimen Singapura Bubar!!

on


Sebentar tadi menerusi siaran televisyen ke seluruh negara, Perdana Menteri Singapura, Lee Hsien Loong mengumumkan pembubaran parlimen republik negara itu dengan restu Presiden, S R Nathan.

Pengumuman itu mencetuskan suasana kelam kabut akibat pemerhati politik negara itu hanya menjangka parlimen dibubar akhir bulan ini.


Mengikut undang-undang pilihanraya, parlimen perlu dibentuk dalam tempoh 90 hari dari tarikh dibubar dan kesemua ahli politik pemerintah dilarang menggunakan harta kerajaan kerana kerajaan yang memerintah hanya kerajaan sementara (caretaker government).


malaysia...???





Apa yang nak dimalukan, semua orang buat macam tu!

on



Setiap kali aku isi minyak kereta di stesen minyak, pasti aku akan lakukan perkara ini. Iaitu  selepas aliran minyak berhenti kerana telah cukup seperti nilai yang di kehendaki, aku akan mengetuk-ngetuk kepala paip minyak tersebut ke dalam lubang tangki.  

Ini adalah bagi memastikan setiap titik minyak yang ada dalam salur tersebut akan masuk ke dalam tangki. Tak nak ianya tertinggal dalam salur tersebut. Kelakuan macam ni Pak Man mula buat semenjak harga minyak naik. Ada orang kata, "Issh....buat malu je...."

Aku cuba perhatikan orang lain yang mengisi minyak di beberapa buah stesen yang berhampiran, rupa-rupa nya ramai lagi orang yang buat macam tu. Jadi, apa nak dimalukan........semua orang buat macam tu! (orang kaya tak ada lah buat perangai macam tu).







kredit :-   manlaksam.blogspot



SENYUM KARTUN.......

on

Bapak Borek Anak Rintik.....

on

Pinda kertas siasatan, DPP diarah bela diri





SHAH ALAM, 19 April — Mahkamah Sesyen Shah Alam hari ini memerintahkan bekas timbalan pendakwa raya, Md Azar Irwan Mohd Arifin, 32, membela diri atas tuduhan meminda minit arahan kertas siasatan terhadap tiga suspek kes dadah, dua tahun lepas.

Hakim Wan Mohd Norisham Wan Yaakob membuat keputusan itu selepas berpuas hati pendakwaan berjaya membangkitkan elemen-elemen pertuduhan dan membuktikan kes prima facie terhadap Md Azar.
Mahkamah menetapkan 7 dan 8 Jun ini untuk Md Azar membela diri, lapor Bernama Online.

Md Azar didakwa menulis arahan di dalam kertas siasatan supaya Quah Guat Chin, Wong Kok Seng dan Low Teck Seng dituduh mengikut Seksyen 12 (2) Akta Dadah Berbahaya 1952 dan Seksyen 39A (1) Akta yang sama, sedangkan dua daripada mereka boleh dituduh mengikut Seksyen 39B Akta Dadah Berbahaya 1952 yang membawa hukuman mati, jika sabit kesalahan.

Dia yang didakwa melakukan kesalahan itu dengan niat menyelamatkan suspek daripada seksaan undang-undang berbuat demikian di pejabat Timbalan Pendakwa Raya Selangor di tingkat empat, Bangunan Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah di sini, antara pukul 3.15 petang hingga 5 petang pada 12 Mac 2009.
Md Azar didakwa mengikut Seksyen 218 Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman penjara maksimum tiga tahun atau denda atau kedua-duanya sekali, jika sabit kesalahan.- 


Ha... ha.. ha... Siapa boss dalam Jabatan Peguam Negara/Pendakwaan?? Handal sungguh Tok Guru di Jabatan tu... Anak-anak buahnya pun, cepat betul absorb contoh teladan yang diberikan oleh Tok Guru mereka. Bravo!! Excellente!!
Betoi apa yang orang-orang tua kita kata....

Kalau guru kencing berdiri... anak murid pulak kencing berlari.
Hancuusss-mancusss sistem kehakiman kita. Inilah sistem yang bakal diwarisi oleh generasi kita yang akan datang. Anda mahu ini berlaku??

Nauzubillah..... Sebab itu ia menjadi tanggung jawab kita untuk ubah sistem yang diterajui oleh mereka yang haprak dan tak amanah ini.
Ubah sebelum barah ini menjadi lebih parah. Ya... Ubah. Selamatkan Malaysia!!

Mungkin Ramai Yang Setuju ...???

on


Penganalisis: Hadi Awang dilihat liabiliti, PAS perlu perubahan


KUALA LUMPUR, 19 April — Penganalisis politik Prof Abdul Aziz Bari yang lazimnya memberi pandangan terbuka mengenai PAS menegaskan, kepimpinan parti Islam itu perlu berubah terutama Presidennya Datuk Seri Abdul Hadi Awang yang kini dilihat sebagai liabiliti kepada komponen Pakatan Rakyat itu.
Pendirian lantang beliau ini dikeluarkan ketika parti Islam berusia lebih enam dekad ini sedang bersiap sedia untuk mengadakan pemilihan pusat Jun ini.
Lebih-lebih lagi pandangan ini dilontarkan selepas PAS sekali lagi gagal memperoleh sebarang kerusi di Sarawak apabila tewas di kesemua lima kerusi yang ditandinginya.
Sehubungan itu kata Aziz, Hadi, 64, yang juga Ahli Parlimen Marang dilihat telah gagal mempertahankan parti dalam beberapa isu berbangkit.
“Ini dapat dilihat apabila Terengganu jatuh (semula) kepada kerajaan Barisan Nasional (BN).
“Beliau juga dikatakan antara punca rancangan 16 September Pakatan Rakyat musnah,” kata beliau dipetik Sinar Harian hari ini.
Hadi menjadi Presiden PAS pada 2002 dan mempertahankan kedudukannya pada 2009 tanpa saingan.
Kata Aziz, keadaan itu menyebabkan ahli-ahlinya kurang kepercayaan kepada kepimpinan Hadi yang menyulitkan perkembangan PAS dan kegagalan menyerlah sebagai 'kapten' kepada parti itu.
Malah, Aziz juga berkata, tindakan Exco Kerajaan Negeri Kelantan Datuk Husam Musa tidak relevan.
“Husam membuat keputusan tanpa pertimbangan yang cekap kerana sepatutnya menunggu respons dari kawasan lain yang masih belum membuat mesyuarat kawasan,” kata ahli akademik Universiti Islam Antarabangsa (UIA) ini.
Pada 13 April lalu, Husam yang juga ahli jawatankuasa kerja PAS pusat secara rasmi mengumumkan tidak akan bertanding bagi jawatan presiden parti pada pemilihan Jun ini.
Jelas Husam, beliau memberikan sokongan penuh kepada Hadi untuk terus menerajui parti Islam itu.
Justeru beliau menolak sebarang pencalonan dari mana-mana kawasan PAS yang mencalonkannya bertanding jawatan nombor satu parti sambil menegaskan hanya akan bertanding bagi ahli jawatankuasa PAS pusat.
“Saya menyokong 100 peratus kepada kepimpinan Datuk Seri Abdul Hadi kerana bagi saya beliau adalah seorang yang berwibawa dan boleh menyatukan PAS.
“Jadi saya harap kawasan-kawasan lain tidak mencalonkan saya bagi jawatan presiden, saya tidak pernah berhasrat untuk bertanding jawatan setinggi itu apa lagi dipertembungkan dengan Datuk Seri Abdul Hadi,” katanya.
Pada pemilihan 2009, Husam yang ketika itu merupakan naib presiden parti bertanding jawatan timbalan presiden dan tewas.
Kemudian Hadi melantik beliau sebagai ahli jawatankuasa kerja PAS pusat.
Bagaimanapun Husam mengucapkan terima kasih kepada PAS kawasan Bukit Bintang kerana telah mencalonkan beliau bagi jawatan itu.
“Mungkin PAS (kawasan) Bukit Bintang mempunyai sebab-sebab yang tertentu sehingga mencalonkan saya,” katanya.
Husam berkata jawatan ahli jawatankuasa PAS pusat adalah pilihan yang terbaik memandangkan beliau juga perlu memikul tanggungjawab untuk memastikan PAS terus memerintah Kelantan.
Akhbar yang sama memetik Ahli Parlimen Shah Alam Khalid Samad  berkata, jawatan presiden partinya boleh dipertandingkan kerana termaktub dalam perlembagaan.
Khalid yang juga Yang Dipertua PAS Shah Alam berkata, ia memerlukan sekurang-kurangnya dua pencalonan bagi melayakan calon bertanding untuk jawatan berkenaan.
“Kita tidak pernah menghalang sesiapa untuk bertanding jawatan itu kerana dalam perlembagaan PAS, tiada sebarang syarat bahawa jawatan itu tidak boleh dipertandingkan.
“Jawatan presiden dan timbalan presiden bukannya jawatan mutlak bagi seseorang pemimpin kerana sesiapa sahaja boleh jadi calon untuk jawatan itu,” kata beliau yang juga ahli biro politik PAS.


Pakatan Menang Dengan Maruah, BN Menang Dengan Rasuah.....???

on







Saya gembira kerana dapat menyertai perbahasan titah ucapan bagindaYang di-Pertuan Agong. Sebelum saya memulakannya, izinkan saya membuat sedikit komen tentang apa yang berlaku lebih awal. Sepanjang pagi tadi beberapa orang mengucap tahniah kerana kemenangan BN di Sarawak. Tiada salahnya ini, akan tetapi kurang enak didengar apabila pada masa sama diperkecilkan pula prestasi PAKATAN.



Seorang teman dari Umno bertanya saya: Syed, tidak mahu ucap tahniah ke? Saya tiada masalah mengucap Syabas. Akan tetapi, saya ingin mengingatkan bahawa kami berjaya meningkatkan bilangan kerusi yang dimenangi sekali ganda. Lebih penting lagi kami berjaya menurunkan 8 peratus undi yang diperolahi BN dari 63 ke 55 peratus. Benar BN mendapat lebih duapertiga kerusi, Akan tetapi ia gagal memperolehi dua-pertiga undi.

Ini berlaku walaupun Kerajaan Umno-Bn mengggunakan jentera Kerajaan, memperalat media electonik serta cetak, mengugut melalui SB, menabur wang dan seterusnya. Tidak habis-habis mereka gunakan isu fitnah sodomi dan video sex.

Saya teringat kepada sebuah tweet yang saya terima, berbunyi: Pakatan menang dengan maruah, Bn menang dengan rasuah. Ingatlah, Sarawak bukan lagi “fixed deposit” Bn.





sumber :-  DR SYED HUSIN ALI




Taib Mahmud kebal daripada siasatan kes rasuah...???

on

Ketua Menteri Sarawak, Tan Sri Abdul Taib Mahmud dilihat sebagai seorang yang kebal apabila tiga kali laporan dibuat kepada Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) tetapi tiada tindakan yang diambil oleh pihak berkuasa sehingga ke hari ini.

Ini membuktikan dengan jelas kepada rakyat siapa sebenarnya Ketua Menteri Sarawak setelah berjaya mengangkat sumpah sekali lagi sebagai Ketua Menteri yang baru.

Ahli Parlimen Parit Buntar, Dr Mujahid Yusof Rawa berkata demikian ketika menyampaikan ucapan dalam ceramah beliau di Permatang Tepi Laut, Bayan Lepas malam semalam.

Menurut beliau lagi, walaupun terdapat bukti adanya penyalahgunaan kuasa dan rasuah terhadap kekayaan Ketua Menteri tersebut, tetapi SPRM masih lagi belum mengambil apa-apa tindakan terhadap laporan yang telah dibuat.

"Kemenangan BN juga banyak dikaitkan dengan rasuah di Sarawak. Mereka juga menggunakan taktik kotor dengan membuat fitnah dan dakyah jahat terhadap kepimpinan PR melalui manipulasi gambar dan seumpamanya.

"Walau bagaimana pun BN jangan cuba memperbodohkan rakyat apabila mengatakan kemenangan mereka menunjukkan keseluruhan rakyat negara ini menyokong mereka.

"Ini adalah satu lagi dakyah dan serangan mental cuba diselewengkan oleh BN. Kemenangan mereka di Sarawak, tidak mempengaruhi pendirian dan pemikiran rakyat di Semenanjung, " tambahnya lagi.

Beliau juga yang merupakan Timbalan Pesuruhjaya PAS Pulau Pinang, turut menyatakan bahawa samada BN benar-benar disokong oleh rakyat negara ini boleh dijustifikasikan melalui pilihan raya umum dan bukannya melalui pilihan raya negeri Sarawak semata-mata. -Harakahdaily










APA ITU BORANG 14....

on Apr 18, 2011

Memang garang orangnya, patutlah dia jadi panglima. Walau bagaimana pun kepada rakan rakan pkr di sini aku mohon maaf atas kegarangan anak buah bernama panglima 7, sebab almaklumlah, masa tarbiyah dulu pun ditarbiah secara garang.

Bagi anda yang tidak ada pengalaman dalam gelumang perjalanan piihan raya, maka angka 14 ini mungkin tidak membawa makna, atau kalau panglima 7 didharab 2, jadilah 14.

Yang perlu kita ketahui ialah gelumang proses demokrasi di negara kita Malaysia ini tidak tinggi tarafnya jika dibandingkan dengan kebanyakan negara Afrika. Kalau di Afrika, atau di mana mana negara yang tak ada standard mereka menipu untuk menang pilihan raya, Malaysia pun begitu juga. Kau baca ke tidak pasal gaduh dan perang di Ivory Coast, sebabnya ialah yang kalah, sebelumnya dia presiden, bila dah kalah tidak mau mengaku kalah. Kau ingat cerita di Zimbabwe, Mugabe terus mengekalkan kuasa sebab tipu, tipu dan tipu. Begitu juga dibanyak tempat lain. Yang kena ingat Malaysia tidak terkecuali.

Kau ingat ustaz Hashim Jasin diisytihar kalah pada mulanya, kemudian beliau mengunakan saluran mahkamah untuk mereversekan keputusan tersebut. Akhirnya mahkamah telah mengisytiharkan Ustaz Hashim Jasin pemenang sebenarnya. Apa sebabnya? Sebabnya ialah maklumat dalam borang 14 semasa proses pengiraan kertas undi telah ditipu keputusannya.

Apa itu borang 14? borang ini ialah borang keputusan pengiraan kertas undi disetiap saluran. Satu kawasan parlimen mungkin atas 4 DUN. Satu DUN mungkin ada 14 tempat mengundi, dan satu tempat mengundi atau polling station tu mungkin ada 4 saluran.

Bila tempoh pembuangan undi selesai, maka pegawai pilihanraya, atau returning officer akan memulakan proses mengira kertas undi. Untuk mengira ini, setiap parti yang bertanding dibenar hantar seorang counting agent. Biasanya, mula mula polling agen yang memantau perjalanan pembuangan undi bagi pihak parti nya, dan apabila sampai masa untuk mengira kertas undi, maka counting agen pula yang mengambil tempat. Kalau parti anda tidak punya cukup tenaga, orang itulah polling agen, dan orang itulah juga counting agen.

Bila pengiraan telah selesai, maka keputusan pengiraan tersebut akan dimasukkan dalam satu borang. Borang ini dinamakanborang 14. Katakan keputusan bagi saluran itu macam ni: BN 13, PAS 514, bebas 21. Maka keputusan ini diisi dalam borang 14, dan counting agen BN akan sign, counting agen PAS akan sign, counting agen Bebas akan sign, returning officer akan sign dan dia perlu cop mohor SPR pada borang tersebut.

Untuk sign tu, semua kena hadhir, lihat keputusan tersebut dan setuju dengan keputusan tersebut barulah turunkan tanda tangan.

Bila semua pihak telah tanda tangani borang 14 tu, satu salinan akan diberi kepada setiap counting agen bagi setiap parti yang bertanding. Counting agen ini pula perlu bawa salinan borang 14 ini ke tempat pengumpulan keputusan yang mana keputusan bagi setiap polling station akan dipamirkan dan dijumlah sehingga pemenang diketahui.

Yang jadi masalahnya ialah, apa yang anda perlu buat sekiranya dalam kes pengiraan yang saya contohkan di atas tadi: keputusan yang anda ketahui setelah sama sama mengira kertas undi adalah BN 13, PAS 514, bebas 21. Tetapi bila dipamirkan di pusat pengumpulan keputusan, ia jadi: BN 514, PAS 13, Bebas 21.

Mungkin anda menjerit, dan kata tiipuuu! dan anda protes. Untuk protes itu anda pun pergilah bertemu dengan ketua returning officer untuk pusat tersebut, maka pak ketua ni nanti tanya kembali kepada anda: minta borang 14.

Kalau sekiranya anda jenis bengap dan tidak tahu perjalanan gelumang pilihan raya, anda pun jawab borang 14 ke mende? mana ada borang 14. Kalau anda tidak ada borang tersebut, keputusan yang dipamirkan itu kekal dan hanya boleh dibatalkan oleh mahkamah, yang mungkin ambil 5 tahun untuk selesaikan hal itu sahaja.

Ini telah berlaku, akan berlaku lagi dan terus berlaku. Pengalaman saya dalamn gelumang ini, wakil BN pun tidak tahu apa itu borang 14. Tetapi ingat, mereka tidak perlu tahu, sebab semuanya ditanggung beres untuk mereka.

Jadi kalau satu polling station ada 4 saluran dan sebuah DUN itu ada 12 polling station, maka perlu ada 48 counting agen bagi DUN itu sahaja. Counting agen atau polling agen dibenar masuk ke tempat pembuangan undi mulai jam 08:00, dan biasanya pingiraan bermula selepas solat magrib, sekira kira 7:30 petang. Kalau parti anda hanya ada seorang petugas sahaja untuk saluran tersebut, mati keringlah dia bertugasdari 8:00 pagi  sampai 8:00 malam. Oleh itu biasanya dalam jentera PAS ada 3 orang yang bertugas bagi satu saluran, kerana bertugas secara syif. Polling agen yang terakhir masuk syif itulah juga counting agen.

Jadi, kalau satu saluran ada 3 petugas dan polling station itu ada 4 saluran, maka untuk tempat buang undi yang itu sahaja perlu ada 12 petugas. Kalau DUN itu ada 12 polling station, maka jumlah petugas ialah 12 x 12 = 144 orang. Kalau dalam kawasan parlimen ada 4 DUN, maka anda perlu 144 x 4 petugas untuk urusan polling dan counting sahaja.

Semasa saya membentuk jentera pilihanraya PAS di satu kawasan, saya gunakan 2 tahun untuk memahirkan jentera dengan perkara seperti ini.

Satu lagi perkara yang perlu diambil kira ialah counting agen ini hendaklah seorang yang gangster. Maksud gangster ini ialah dia sanggup berkeras hatta sampai bertumbuk atau bergaduh pun masih dia pertahankan keluhuran perjalanan pilihan raya. Contoh: kalau sekiranya returning officer enggan memberikan borang 14, maka counting agen ini mesti berkeras dan tidak berganjak sehingga borang 14 dikleuarkan, di sign dan di cop seperti yang disyaratkan. Dan jangan tinggalkan tempat pengiraan kertas undi tanpa membawa pulang borang 14.

Pengalaman saya ialah wakil parti yang berada dalam dewan tempat penjumlahan undi selalu dihalang daripada keluar semudahnya daripada dewan tersebut, atau wakil parti diluar dewan dihalang daripada memasuki dewan. tujuannya ialah supaya borang 14 ini tidak boleh disampaikan kepada wakil parti dalam dewan.

Oleh itu saya cadangkan bila counting agen telah dapat borang 14, ambil gambar borang tersebut menggunakan handphone dan hantar melalui sms ke wakil dalam dewan atau dekat dewan. Gambar tersebut  boleh diprint atau dirujuk sebagai bukti sekiranya timbul masalah. Perlu diingat jarak antara tempat membuang undi dengan tempat penjumlah mungkin puluhan km.

Jadi kalau sekiranya jentera pilihanraya itu disiapkan dalam masa 3 minggu, memang akan terjadi bila anda tanya kepada petugas anda: mana borang 14? dia jawab: amende borang 14 tu?

Pentingnya borang 14 tidak ketara kalau keputusan berpihak kepada satu satu parti dalam jumlah yang besar, tetapi ia akan menjadi senjata ampuh untuk menterbalikkan pilihan raykat supaya dengan cara tipu kemenangan menyebelah ke pihak tertentu apabila perbezaan sedikit.

Jadi, untuk serius masuk gelanggang pilihanraya anda perlu ada uang banyak untuk bayar semua petugas, atau latih petugas dalam jangka masa yang panjang.




Seksyen 292 Akta Kanun Keseksaan kerana kesalahan mengedar bahan lucah.

on




KUALA LUMPUR: Polis mengesahkan bahawa lelaki di dalam video bukan Datuk' Seri Anwar Ibrahim seperti yang didakwa oleh BN dan media milik mereka. 

Bernama melaporkan kenyataan Timbalan Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah, Datuk Acryl Sani Abdullah Sani yang berkata bahawa siasatan mengenai video seks itu telah siap dan siasatan kini menjurus kepada Seksyen 292 Akta Kanun Keseksaan kerana kesalahan mengedar bahan lucah.

"Bagi pihak kami (polis), siasatan telah lengkap dari setiap sudut menjurus kepada Seksyen 292 Akta Kanun Keseksaan (kerana kesalahan mengedar bahan lucah).

"Terpulang kepada Peguam Negara untuk mengambil sebarang tindakan susulan terhadap kes ini dan sekiranya ada mana-mana perkara yang perlu disiasat semula (atas arahan Peguam Negara), kita akan siasatlah," kata Acryl seperti yang dipetik Bernama. Pengedar dan pemilik video lucah itu ialah bekas Ketua Menteri Melaka Tan Sri Rahim Thamby Chik, ahli perniagaan Datuk Shazryl Eskay Abdullah dan Bendahari Perkasa Datuk Shuib Lazim.

Dengan kenyataan ini, polis dengan sendirinya mengesahkan bahawa pelakon dalam video tersebut bukan Anwar.- KeadilanDaily

Short URL: http://www.keadilandaily.com/?p=11697


TAKBIR!! ALLAH HUAKHBAR !!!
Mengapa keputusan ini tidak keluar hari Jumaat yang lalu iaitu sehari sebelum Pilihanraya Negeri Sarawak?

Sekarang, tolong tangkap segera Trio Jahanam yang menabur fitnah jahat sehingga mengaibkan Datuk Seri Anwar Ibrahim!

Harapan saya dengan keputusan siasatan polis hari ini agar 1Malaysia sedar sesedarnya bahawa daripada Fitnah 1, Fitnah 2 sampai Fitnah 3, adalah sebenarnya konspirasi-konspirasi jahat demi untuk menghalang DSAI membawa perubahan besar dalam negara kita iaitu - REFORMASI !

Tunggu ulasan penuh saya malam ini !!

EDYES @ edyesdotcom

[UPDATE 1.01PM]

TIADA PENGESAHAN DARI PIHAK POLIS MENGATAKAN BUKAN ANWAR DALAM VIDEO TERSEBUT! SAYA ULANG, TIADA PENGESAHAN!

KESILAPAN PIHAK BLOGGER KERANA BERITA DARI PORTAL KEADILAN DAILY  MERUJUK KEPADA KENYATAAN PIHAK POLIS YANG BERBUNYI;
Siasatan mengenai video seks itu telah siap dan siasatan kini menjurus kepada Seksyen 292 Akta Kanun Keseksaan kerana kesalahan mengedar bahan lucah.

SAYA YAKIN DALAM KES YANG MEMENANGKAN PIHAK ANWAR IBRAHIM, PIHAK POLIS TIDAK AKAN MEMBUAT PENGESAHAN SECARA DIRECT TETAPI HANYA MERUJUK SEKSYEN 292 - AKTA MENGEDAR BAHAN LUCAH! ITU SAHAJA YANG MEREKA MAMPU UNTUK MENYELAMATKAN KERAJAAN !

HARAP MAKLUM







Followers

pop up text

Blog Archive

Top Ranking Pro PR

My Blog List