Pinda kertas siasatan, DPP diarah bela diri
SHAH ALAM, 19 April — Mahkamah Sesyen Shah Alam hari ini memerintahkan bekas timbalan pendakwa raya, Md Azar Irwan Mohd Arifin, 32, membela diri atas tuduhan meminda minit arahan kertas siasatan terhadap tiga suspek kes dadah, dua tahun lepas.
Hakim Wan Mohd Norisham Wan Yaakob membuat keputusan itu selepas berpuas hati pendakwaan berjaya membangkitkan elemen-elemen pertuduhan dan membuktikan kes prima facie terhadap Md Azar.
Mahkamah menetapkan 7 dan 8 Jun ini untuk Md Azar membela diri, lapor Bernama Online.
Md Azar didakwa menulis arahan di dalam kertas siasatan supaya Quah Guat Chin, Wong Kok Seng dan Low Teck Seng dituduh mengikut Seksyen 12 (2) Akta Dadah Berbahaya 1952 dan Seksyen 39A (1) Akta yang sama, sedangkan dua daripada mereka boleh dituduh mengikut Seksyen 39B Akta Dadah Berbahaya 1952 yang membawa hukuman mati, jika sabit kesalahan.
Dia yang didakwa melakukan kesalahan itu dengan niat menyelamatkan suspek daripada seksaan undang-undang berbuat demikian di pejabat Timbalan Pendakwa Raya Selangor di tingkat empat, Bangunan Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah di sini, antara pukul 3.15 petang hingga 5 petang pada 12 Mac 2009.
Md Azar didakwa mengikut Seksyen 218 Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman penjara maksimum tiga tahun atau denda atau kedua-duanya sekali, jika sabit kesalahan.-
Ha... ha.. ha... Siapa boss dalam Jabatan Peguam Negara/Pendakwaan?? Handal sungguh Tok Guru di Jabatan tu... Anak-anak buahnya pun, cepat betul absorb contoh teladan yang diberikan oleh Tok Guru mereka. Bravo!! Excellente!!
Betoi apa yang orang-orang tua kita kata....
Kalau guru kencing berdiri... anak murid pulak kencing berlari.
Hancuusss-mancusss sistem kehakiman kita. Inilah sistem yang bakal diwarisi oleh generasi kita yang akan datang. Anda mahu ini berlaku??
Nauzubillah..... Sebab itu ia menjadi tanggung jawab kita untuk ubah sistem yang diterajui oleh mereka yang haprak dan tak amanah ini.
Ubah sebelum barah ini menjadi lebih parah. Ya... Ubah. Selamatkan Malaysia!!
0 comments:
Post a Comment