Sarawak 2011: Penilaian Semula Part 1...

on Apr 19, 2011

Laman Malaysiatimes ini dimulakan sempena PRN Sarawak. Ketika aku dan Cyberboron mula-mula menulis, dan dipromosikan oleh Cenangau dan Ikutsukaaku, dengan tiba-tiba kunjungan ke laman ini meningkat dengan mendadak sehingga lebih 3500 pelawat sehari. Tetapi selepas artikel pertama dari aku dan Cyberboron, pengunjung mula berkurangan dengan mendadak pula. Mungkin kerana tulisan kami berdua bercanggah dengan persepsi masa itu. Semua orang kata Pakatan Rakyat mempunyai harapan yang tinggi tapi kami pula menulis sebaliknya.
Cyberboron dan aku tidak meletakkan harapan yang tinggi kepada Pakatan Rakyat. Bertentangan dengan kenyataan-kenyataan pemimpin PR.
Kalau tanya kepada orang Pakatan, ramai yang menaruh harapan yang tinggi, malah ada yang berani mengatakan bahawa PR akan membentuk kerajaan baru di Sarawak.
Rata-rata blog-blog pro-Pakatan membawakan berita tentang sambutan rakyat Sarawak terhadap PR. Malah, Malaysiakini juga memberikan harapan yang tinggi. Bukan itu saja, Zentrum Future Studies juga meramalkan BN akan tumbang diSarawak. (disini)
Semasa minum malam dengan Dato Seri Nizar di Kuching, aku bertanya kepada salah seorang ahli MPP PKR tentang peluang PKR dalam PRN 2011 ini. Jawapan yang diberikan ialah PKR mampu menang di 20 kawasan.Bila bertanya kepada rakan-rakan blogger yang membuat liputan dimerata tempat, masing-masing yakin Pakatan rakyat mampu menang. Paling kurang, menafikan majoriti 2/3 BN.
Jadi, apabila aku meramalkan PKR hanya boleh mampu menang di 5 DUN, ada yang menghantar email .”Bang Mat jangan emosional. Tak kan nak sabotaj PR kot?”
Aku bukan buat ramalan. Aku buat perkiraan berdasarkan fakta dan angka. Dalam pilihanraya ini, beberapa faktor lain seperti keperibadian calon juga di ambil kira.
Perkiraan aku simple. Dalam mana-mana pilihanraya, 80% daripada pengundi sudahpun membuat keputusan siapa yang akan diundi, sebelum hari Penamaan Calon lagi. Yang masih belum membuat keputusan seramai 20% lagi itulah yang akan diburu oleh tukang-tukang kempen. Dan disinilah kelemahan Pakatan Rakyat, terutama Pas dan PKR, kerana menumpukan usaha hanya selepas Penamaan Calon.
Semasa satu sesi latihan untuk PKR Sarawak dalam bulan March 2010 di Kuching, Ketua Cabang Krian (pada masa itu) dan See Chee How (menang di Batu Lintang) datang berjumpa aku dan berkata. “If we really do what we learned today, we’ll know wether we win or lose, before the election.” (Banyak cerita menarik tentang PKR Sarawak ini dan aku berani kata, sebenarnya ramai orang PKR Sarawak lebih suka kalah dari menang. Nanti aku buka cerita)
Aku bukan nak buat post-mortem tentang kekalahan Pakatan Rakyat. Cuma aku nak terangkan macam mana aku buat perkiraan. Sebabnya, perkiraan aku tak jauh dari keputusan sebenar.
Aku ramalkan DAP akan menang 10-11 kerusi. DAP menang 12.(Disini)
Aku juga ramalkan PKR akan menang di 5 kerusi. Saribas, Ba Kelalan, Batang Air dan Batu Lintang. Tamin boleh dimenangi sekiranya protes Iban dapat dimanafaatkan. (PKR menang di Ba’ Kelalan, Batu Lintang dan Krian).
Aku tak menaruh harapan Pas boleh menang. Tapi untuk menjaga hati kawan-kawan, maka aku katakan peluang terbaik Pas ialah di Beting Maro dan Sadong Jaya. Itu sebabnya Cyberboron menulis tentang Pas memerlukan keajaiban untuk menang.
Aku tak mau dengar alasan. Terutama alasan-alasan lapuk.
Jangan jadikan alasan SPR menipu. Sebab menipu memang kerja SPR. Kerja kita ialah bagaimana hendak menjejaki penipuan SPR itu dan mengambil jalan bagaimana untuk mengatasinya. Dan ini yang tidak dibuat oleh parti-parti dalam Pakatan terutama PKR. Berapa banyak Cabang yang membuat analisa Daftar Pemilih setiap kali Daftar Pemilih Tambahan dikeluarkan? Berapa ramai petugas yang dilatih untuk berhujah dengan Pegawai SPR semasa hari mengundi?
Seperti kata seorang tukang komen dalam Ureka.asia, hanya orang bodoh saja yang boleh ditipu.
Jangan jadikan pengundi tak dapat maklumat sebagai alasan. Radio Free Sarawak boleh dibuat oleh Mat Saleh. Pasai apa Pakatan tak boleh buat? Suratkhabar underground tak kan tak boleh buat? Tapi…kalau dinegeri Pakatan memerintah pun tak boleh buat…aku nak kata apa?
Jangan jadikan politik wang sebagai alasan. Itu alasan budak-budak yang baru belajar mengundi. Dah puluh tahun UBN menggunakan wang untuk membeli undi, tapi kita buat apa?
Jangan jadikan masa berkempen yang pendek sebagai alasan. Setiap kali Pilihanraya, masa sekitar sepuluh hari itu adalah masa yang normal. Kalau dalam masa 10 hari baru nak buat kerja, itu bukan salah SPR. Itu salah kita. Dah nak pilihanraya, baru nak tunjuk muka.
Jangan salahkan blogger-blogger pro-pakatan kerana tidak membantu. Rata-rata, blog-blog pro-BN jauh lebih cergas. Hampir setiap DUN mempunyai blogger masing-masing. Dari dulu lagi aku dok sebut menatang ni, tapi sebaliknya….ahhh! cakap pun tak guna.
Apa pun, banyak pengajaran yang boleh diperolehi dari PRN Sarawak. Itu pun kalau nak belajar la. Kalau masih ketegaq..mampuih pi la.
Posting kali ini aku nak cerita pasai Pas dan DAP dulu…sebab cerita PKR ni banyak…dan menarik.
Kemenangan DAP
Perkiraan awal aku ialah DAP boleh menang 10-11 kerusi. Kawasan selamat bagi DAP ialah Pending, Meradong,Bukit Assek, Kidurong dan Pelawan.
Cuba tengok keputusan penuh.(Kiraan majoriti, BN-PR)
Klik pada gambar untuk pembesaran

Keempat-empat kawasan yang disebut diatas, DAP mendapat majoriti tertinggi. DAP tewas di Simanggang dan Bukit Kota kerana pengundi Cina sekitar 32%. Di Bawang Assan, faktor Calon memenangkan BN. cuma yang diluar jangkaan aku ialah Piasau. Tidak hairan kalau calon DAP yang menang dianggap Giant Killer, kerana tidak siapa yang menjangka dia boleh menang.
Undi pos tidak algi menjadi penghalang kepada DAP kerana mereka berjaya mencipta ombak besar. Undi pos sebanyak 3007 di Bukit Sentosa tidak cukup kuat untuk menjadi benteng pertahanan BN. Berlainan dengan  PKR di Senadin. (PKR tewas dengan majoriti 68 dan kekalahan dituding kepada undi pos yang berjumlah 1157).
Sesuatu yang menarik ialah DAP meletakkan calon-calon muda. (Sebenarnya, keputusan untuk meletakkan calon muda ini dibuat sebelum PRU 2008, dalam satu temu rapat DAP di Pulau Pinang. Think-tank DAP pada masa itu telah membincangkan tentang peranan Gen-X dan Gen-Y dalam perubahan politik negara). Ini satu lagi perkara menarik yang boleh kita sembang kemudian.
Kegagalan Pas.
Sebenarnya, tumpuan Pas ialah Sebuyau. Sebuyau adalah kawasan Pas yang paling aktif. 11 cawangan dapat diwujudkan dan sejak dua tahun lepas, Abang Eddy telah diwar-warkan sebagai Calon. Dalam setiap program, Abang Eddy ditonjolkan, tetapi disaat akhir, Pesuruhjaya Pas Sarawak mengambil alih tempatnya. Mungkin kerana merasakan Pas boleh menang di Sebuyau.
Abang Eddy dihantar ke Sadong Jaya. Dan seperti yang aku katakan, kalau mengharapkan pengundi berubah dalam masa 10 hari berkempen, itu kerja bodoh. Akhirnya Pas kecundang dikedua-dua tempat, bukan kerana politik, tetapi kerana politiking dalam parti. Jangan salahkan pengundi.
Beting Maro mempunyai peluang yang cukup baik…tetapi masih belum cukup untuk menang.
Klik pada gambar untuk pembesaran
Penyertaan Pas di Tanjung Datu dan Muara Tuang hanyalah untuk hiburan. Seronok dengar cerita hantu dari Muara Tuang tetapi untuk menang, memerlukan keajaiban. Dan keajaiban tidak datang ke Muara Tuang dan Tanjung Datu.





0 comments:

Followers

pop up text

Blog Archive

Top Ranking Pro PR

My Blog List