SELERA BESAR...........

on Jun 26, 2011







Selain mengekalkan empat negeri yang dikuasainya sekarang dan memenangi semula Perak, Pakatan Rakyat mensasarkan untuk menubuhkan kerajaan di enam lagi negeri dalam pilihan raya umum akan datang.

Menurut pemimpin veteran DAP, Lim Kit Siang, Pakatan telah menetapkan tiga sasarannya dalam pilihan raya umum akan datang, iaitu:

1. Mengekalkan penguasaannya di Pulau Pinang, Kedah, Selangor dan Kelantan;

2. Memenangi semula negeri Perak yang didakwanya dirampas dari tangan Pakatan secara haram; dan

3. Menubuhkan kerajaan di enam lagi negeri - Negri Sembilan, Johor, Malacca, Pahang, Terengganu dan Perlis.

Lim yang juga ahli parlimen Ipoh Timur menegaskan demikian ketika berucap di majlis makan malam DAP Teluk Intan semalam.

Beliau menyifatkan pilihan raya umum ke-13 amat penting kerana ia bukan sahaja bakal menyaksikan perebutan hebat di semua 11 negeri di Semenanjung Malaysia, tetapi juga penguasaan Putrajaya.

Lim mendakwa, Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak menyedari perkara itu, menyebabkan beliau teragak-agak untuk menetapkan tarikh pilihan raya umum yang akan datang.

Sehubungan itu, Lim meramalkan pilihan raya umum mungkin diadakan sama ada hujung tahun ini atau tahun depan.

Beliau juga berkata, pilihan raya umum kali ini merupakan yang pertama dalam sejarah yang bakal menyaksikan persaingan 'hidup mati' BN dan Umno.

Selama ini, kata Lim, Umno dan kerajaan BN mengekal kuasanya dengan mudah sehinggalah tercetusnya tsunama politik pada pilihan raya umum 2008 di mana ia mengalami kekalahan teruk dan hilang penguasaan dua pertiga di Dewan Rakyat.

"Umno dan BN akan berdepan dengan persaingan 'hidup matinya' dalam pilihan raya umum ke-13 - bukan setakat sama ada ia boleh memperolehi semula majoriti dua pertiga, tetapi juga sama ada ia dapat mengekalkan kuasa atau bakal menjadi pembangkang," kata Lim.




KHABAR ANGIN......

on


UMNO Johor akan tewas pada PRU13 nanti..





Perjumpaan tertutup MKN bersama NGO-NGO Melayu Johor




PERKASA Johor menghantar 100 orang ahli PERKASA seluruh negeri ke perjumpaan tertutup anjuran Majlis Keselamatan Negara di Tropikal Inn, Johor Bahru yang turut dihadiri 600 ahli NGO-NGO lain. Majlis taklimat ini dihadiri oleh Setiausaha Majlis Keselamatan Negara Cawangan Johor, pengerusi NGO-NGO Melayu Johor dan penasihat Agama kerajaan Johor YB Dato; Noh Gadut.

Taklimat oleh Setiausaha MKN Cawangan Johor mendedahkan tentang senario politik masa kini disamping menerangkan realiti sokongan rakyat kepada kerajaan dan pakatan pembangkang masa kini khususnya di Johor. MKN mengandaikan dengan perkembangan semasa, jika PRU 13 yang berlaku pada hari ini Johor akan dilanda tsunami politik baik di kerusi Parlimen mau pun DUN.

MKN menjangkakan dengan sokongan 80% sokongan pengundi Cina kepada Pakatan pembangkang dan perpecahan undi di kalangan orang Melayu 15 kerusi Parlimen berpotensi untuk jatuh ke tangan pembangkang sementara 11 kerusi Parlimen saja yang kekal di tangan BN termasuk parlimen Pagoh iaitu kerusi Parlimen Timbalan Perdana Menteri.

Walaupun Johor akan kekal ditangan BN tetapi perbezaan majoriti kerusi sangat tipis iaitu hanya 2 kerusi. Katanya lagi, ianya berdasarkan pertambahan pendaftaran pengundi baru yang galak dilakukan oleh Pakatan Rakyat khususnya DAP. Masih ada 78 000 orang Melayu yang sudah layak mengundi masih lagi belum mendaftar sebagai pengundi. Daripada jumlah itu, 73 000 ahli-ahli UMNO masih belum mendaftar.

Perkembangan ini boleh menggugat kuasa politik Melayu.

Kuasa politik Melayu semakin terancam apabila golongan muda yang masuk ke dalam 'pasaran' pengundi baru majoritinya condong kepada Pakatan pembangkang tanpa mengira kaum. Tuntutan yang melampau dikalangan bukan Melayu terhadap kepentingan Melayu yang sudah tertulis di dalam perlembagaan di pandang sepi oleh orang Melayu. Mereka tidak lagi sensitif lantaran kedudukan mereka yang telah dianggap selesa.

Kesempatan telah diambil oleh pihak-pihak tertentu untuk meliberalkan pemikiran orang Melayu bahawa Ketuanan Melayu dan hak Istimewa Melayu yang dinikmati oleh orang Melayu merupakan satu sekatan kepada kemajuan orang Melayu. Orang Melayu telah dimomok-momokkan oleh pemerintah dengan perkara ketuanan Melayu dan Hak -Hak Istimewa Melayu sedangkan ianya memberi kelebihan kepada segelintir Melayu bukannya Melayu terbanyak.

Majlis ini juga mendedahkan betapa licik strategi musuh-musuh orang Melayu untuk terus memecahbelahkan orang Melayu. Tragedi 13 Mei 1969 dijadikan pengajaran agar tidak lagi berlaku pergaduhan antara Melayu dan Cina. Mereka telah menukar strategi agar Melayu sendiri akan 'berperang' sesama sendiri. Meraka akan menonton melalui televisyen di rumah masing-masing menyaksikan sendiri bagaimana Melayu akan bunuh Melayu.

Perhimpunan BERSIH pada 9 Julai 2011 ini adalah satu daripada langkah-langkah awal perancangan mereka. Sama ada sedar atau tidak memang sudah ada pertembungan antara perhimpunan BERSIH di pihak pembangkang dan perhimpunan AMAN di pihak penyokong kerajaan. Majoriti yang terlibat adalah orang Melayu termasuk di pihak keselamatan seperti polis dan FRU.




sumber



MEREKA YANG TIDAK PERNAH SERIK....

on Jun 25, 2011

Karnival 1Malaysia Musnah Dipukul Ribut


Berpuluh-puluh peniaga di Tapak Karnival Ekspo 1Malaysia terpaksa lari bertempiaran menyelamatkan diri dalam kejadian hujan lebat disertai angin puting beliung, di sini, semalam.

Dalam kejadian jam 5 petang itu, angin kencang berwarna hitam membentuk corong berputar yang dikatakan dari Sungai Anak Endau itu sekelip mata meranapkan sebahagian besar kanopi di kawasan itu.

Sebanyak 10 kanopi rosak teruk dan sebahagiannya runtuh, manakala 24 kanopi lagi di kawasan sama turut terkena tempias angin kencang mengakibatkan barang-barang perniagaan bertaburan di merata-rata tempat.

KENAPA SAMPAI BEGINI JADI NYA......

on


Khairul Anuar Zainuddin yang sedang minum di uptown Shah Alam, telah ditangkap dan digari hanya kerana memakai baju BERSIH 2.0. dan dibawa ke Balai Polis Seksyen 9 IPD Shah Alam. Namun dia dibebaskan tanpa sebarang ikat jamin lepas itu keran tiada peruntukkan undang-undang untuk menahan mana-mana orang yang hanya memakai baju bersih...


Nampaknya rally yang dirancang Bersih ini memang memberi kesan kepada rakyat kali ini. Jikalah benar rakyat tidak bersetuju dengan tuntutan Bersih untuk mengadakan pilihanraya secara adil dan saksama tidak mungkin Polis mengambil tindakan terhadap sesiapa yang memakai baju-T Bersih.

Ini merupakan satu tindakan yang agak keterlaluan dan ini membuatkan orang ramai merasakan tidak lagi merasakan hidup secara bebas yang lazim diamalkan oleh rakyat negara yang bebas dan demokratik. Jika tekanan terhadap rakyat dilakukan sampai sedemikian rupa ini menunjukan secara terang yang pihak yang sedang memegang kuasa itu sudah tidak berkeyakinan lagi akan diberi mandat oleh yang yang memilih.

DALAM KENANGAN.......

on

ALFATIHAH........SEMOGA ROH MEREKA DICUCURI RAHMAT..........AMIN

HAJI ITHNIN NAMAN



ABDUL NAMAN
HAJI  OSMAN HASSAN

AHMAD BIRAN


MALAYSIA HARUS BERANI.........

on Jun 24, 2011

TUDM perlu miliki pesawat AWACS






Isu pencerobohan ruang udara oleh pesawat perang negara jiran semestinya dipandang serius oleh Kerajaan Malaysia. Jika pesawat tentera atau angkatan udara negara asing mampu memasuki ruang udara Malaysia 'sebebasnya', maka ia adalah sesuatu yang mengaibkan. Ia mempersoal kemampuan sistem pertahanan Malaysia untuk menangkis dan mencegah pencerobohan ruang udara negara. Ia membabitkan kedaulatan negara.

Tentera Udara Diraja Malaysia (TUDM) telah lama memohon peruntukan untuk membeli pesawat AWACS atau Airborne Early-Warning and Control System .


Malangnya, permintaan TUDM tidak dilulus atau mendapat persetujuan kerajaan, kita tidak tahu apa alasannya sedangkan kerajaan sanggup membelanjakan wang rakyat untuk tujuan-tujuan lain termasuk sistem MRT di Lembah Klang. Kita ingin tahu sama ada MRT itu lebih utama dan jauh lebih penting daripada kehendak atau keperluan pertahanan seperti AWACS? 

'INTERNATIONAL'

on

Rally Bersih sudah 'international' pula





Rally anjuran Bersih akan secara serentak juga diadakan di negara-negara lain pada 9hb Julai ini. Malaysian Insider melapurkan yang rally tersebut akan di adakan di Osaka, Seoul, Melbourne, Sydney, New York, Los Angeles dan California. 

Rakyat Malaysia yang menetap di negara-negara tersebut telah bersetuju untuk bersama-sama mengadakan rally tersebut dan kebanyakan dari mereka itu telah tampil secara sukarela untuk bersama-sama menganjurkan rally tersebut pada hari yang sama.di tempat dan bandar mereka tinggal.

Di bandar-bandar tersebut tidak ada pula mereka dicegah dan tidak pula rakyat di sana merungut kerana menjejaskan perniagaan mereka. Di sini berbagai-bagai macam alasan yang dibuat untuk mengelakan rally ini di adakan termasuk lah alasan yang rally itu akan menjejaskan perniagaan di tempat rally itu di adakan.

APA PASAL DIA NI MEROYAN......

on



Gobalakrishnan Cabar Anwar Serah Sampel DNA, Jam Omega Sebelum Bersih 2.0




KUALA LUMPUR: Ahli Parlimen Padang Serai, N.Gobalakrishnan pada Khamis mencabar Ketua Pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim supaya menyerahkan sampel asid deoksiribonukleik (DNA) dan jam tangan Omega kepada polis sebelum perhimpunan pada 9 Julai ini bagi membersihkan nama beliau.
Menurutnya, Anwar sepatutnya membersihkan nama beliau dan menjawab segala persoalan yang masih lagi menjadi tanda tanya mengenai dirinya sehingga hari ini.
"Dengan menyertai perhimpunan bertemakan Bersih, Anwar perlu membersihkan namanya. Jika gagal berbuat demikian, dia patut berasa malu untuk terlibat dalam perhimpunan itu," katanya pada sidang media di lobi Parlimen, Khamis.

APA YANG MAHAL SANGAT NI.....

on

Kos selenggara Scorpene RM417 juta, 8 kali ganda






Kementerian Pertahanan memohon peruntukan tambahan sebanyak RM417 juta untuk kos selenggara kapal selam Scorpene, meningkat lapan kali ganda dari kos asal iaitu RM50 juta setahun.


Manakala RM56 juta lagi diguna bagi bayaran pendahuluan untuk melaksanakan sewaan perkhidmatan sistem ‘Submarine Escape Rescue Intervention‘ bagi kapal selam milik Tentera laut Diraja Malaysia.

Sidang Parlimen dilanjutkan sehingga malam tadi untuk menyelesaikan perbahasan Rang Undang-undang Perbekalan Tambahan peringkat jawatankuasa untuk kementerian pertahanan.

AMBIL KESEMPATAN......

on



Kisah seorang pesakit jantung......


Begini le rupa stent yang berharga RM5 ke 7 ribu.


BULAN lepas sewaktu saya sedang menjalani rawatan angiogram (rawatan memeriksa saluran jantung) di Hospital Serdang, doktor yang bertugas menyatakan salah satu saluran jantung saya tersumbat.



Walaupun ia boleh menggunakan belon, namun atas nasihat pakar, beliau mengesyorkan penggunaan alat stent buatan Perancis lebih praktikal, dengan kos RM5,500.
Persoalannya, kenapa sewaktu dalam operasi begini, ketika seorang pesakit sedang memperjuangkan nyawa, soal jawab yang membabitkan wang diajukan oleh doktor tersebut kepada saya, sedangkan sebarang kemungkinan akan berlaku pada saya yang menyebabkan komplikasi.


Hampir satu jam di bilik pembedahan, dalam situasi cemas dan gelisah, akhirnya operasi memasukkan tiub di saluran jantung selamat dijalankan melalui paha kanan tanpa pembedahan, kemudian katil saya diasingkan di satu sudut.

Followers

pop up text

Blog Archive

Top Ranking Pro PR

My Blog List