TUDM perlu miliki pesawat AWACS
Isu pencerobohan ruang udara oleh pesawat perang negara jiran semestinya dipandang serius oleh Kerajaan Malaysia. Jika pesawat tentera atau angkatan udara negara asing mampu memasuki ruang udara Malaysia 'sebebasnya', maka ia adalah sesuatu yang mengaibkan. Ia mempersoal kemampuan sistem pertahanan Malaysia untuk menangkis dan mencegah pencerobohan ruang udara negara. Ia membabitkan kedaulatan negara.
Tentera Udara Diraja Malaysia (TUDM) telah lama memohon peruntukan untuk membeli pesawat AWACS atau Airborne Early-Warning and Control System .
Malangnya, permintaan TUDM tidak dilulus atau mendapat persetujuan kerajaan, kita tidak tahu apa alasannya sedangkan kerajaan sanggup membelanjakan wang rakyat untuk tujuan-tujuan lain termasuk sistem MRT di Lembah Klang. Kita ingin tahu sama ada MRT itu lebih utama dan jauh lebih penting daripada kehendak atau keperluan pertahanan seperti AWACS?
Malangnya, permintaan TUDM tidak dilulus atau mendapat persetujuan kerajaan, kita tidak tahu apa alasannya sedangkan kerajaan sanggup membelanjakan wang rakyat untuk tujuan-tujuan lain termasuk sistem MRT di Lembah Klang. Kita ingin tahu sama ada MRT itu lebih utama dan jauh lebih penting daripada kehendak atau keperluan pertahanan seperti AWACS?
Kerajaan mesti melengkapi ketiga-tiga cabang Angkatan Tentera dengan aset-aset canggih dan selari dengan kehendak dan keperluan semasa. Sistem radar yang ada tidak memadai untuk mengawasi ruang udara yang begitu luas merentasi Laut China Selatan dari Semenanjung ke Borneo.
TUDM benar-benar perlu memiliki AWACS untuk meningkat keupayaan, kecekapan dan kemampuan melindungi negara dari ancaman musuh melalui udara. Kerajaan tidak boleh mempersalahkan TUDM jika sesuatu yang tidak diingini berlaku kerana ia gagal melengkapi TUDM dengan aset yang diperlukan.
Menurut laporan, Malaysia memerlukan sekurang-kurangnya enam buah AWACS untuk melengkapi aset pertahanan udara yang canggih. Malaysia memiliki pesawat canggih seperti SU-30MKM, MIG-29N, F/A-18D Hornets, Hawk dan F-5E Tiger dan sistem penangkis pesawat termasuk peluru berpandu. Namun demikian, ia tidak memadai tanpa AWACS.
Di kalangan negara-negara ASEAN, hanya Singapura memiliki AWACS, iaitu jenis Grumman E-2 Hawkeye sebanyak empat buah dan telah menempah pesawat G550 Phalcon dari Israel untuk mempertingkat kawalan dan sistem amaran awal dari udara. Walaupun sebuah negara pulau yang kecil, Singapura sedar akan kepentingan AWACS memandangkan negara itu adalah sebuah ekonomi yang bergantung sepenuhnya kepada perdagangan. Singapura ingin melihat laluan-laluan laut dan udara ke republik itu selamat dan bebas daripada sebarang ancaman. Oleh itu, pengawasan dari udara amat penting.
Apabila pesawat E-2 Hawkeye Singapura lepas landas dari pangkalannya di Paya Lebar, sistem radarnya mampu meliputi kawasan luas sehingga ke Kuantan, Pahang, sesuatu yang tidak mampu diliputi oleh kebanyakan sistem radar daratan. Begitulah pentingnya AWACS untuk mengawasi ruang udara sesebuah negara.
Jiran kita di sebelah utara, Thailand juga telah memesan sekurang-kurangnya 10 AWACS jenis SAAB S-1000 Erieye manakala Indonesia juga berminat untuk memiliki AWACS.
AWACS adalah aset yang amat perlu dimiliki oleh Malaysia dan kerajaan seharusnya memperbetulkan keutamaan keperluan pertahanan dengan meluluskan permohonan TUDM untuk membeli AWACS sama ada yang bersaiz besar seperti E-2 Hawkeye ataupun sederhana seperti Saab S-1000 Erieye.
Konsep pertahanan menyeluruh yang diamalkan oleh Malaysia semestinya menyeluruh dalam erti kata sebenar dan untuk menjadikannya kenyataan, maka TUDM semestinya memiliki pesawat AWACS.
3 comments:
xkan ler org biasa cam kiter ni tau sistem pertahanan malaysia..kalu sumer org tau rasa nyer leh hancur malaysia..
Buat sendiri sistem pertahanan negara, buat pelahan-lahan, try and error lama-lama eloklah, dari berpeluk tubuh tak dibuat langsung.
Benar kata saudara.Pemilikan pesawat-pesawat AWACS/AEWC amat penting kepada Malaysia kerana ia merupakan satu-satunya aset strategeik yang boleh menyokong dari segi pemantauan ruang udara negara kita daripada dicerobohi oleh pesawat-pesawat tentera negara asing. Saya tidak fikir kerajaan telah menolak cadangan TUDM untuk pembelian pesawat-pesawat berkenaan yang telah diusahakan sejak RM 7 lagi. Seingat saya, sewaktu diwawancara oleh akhbar The Sun pada bulan Mei lalu, Menteri Pertahanan ada menyebut bahawa rancangan tersebut masih berada di dalam perhatian pihak kerajaan.Maknanya masih ada harapan bagi TUDM memperoleh aset tersebut.Walau bagaimanapun, sementara menanti keputusan muktamad dari pihak kerajaan, mulai tahun 2012, TUDM bakal memperoleh sistem radar jarak jauh dari jenis Ground Master 400 (GM400) yang dijamin oleh PTU boleh mengawal ruang udara negara dari dibolosi oleh pesawat-pesawat tentera asing.
Mengenai pencerobohan ruang udara negara oleh pesawat-pesawat tentera Singapura, ini adalah merupakan satu dilema yang kita hadapi bukan mulai tahun 2008 hingga kini tetapi telah berlarutan sejak dahulu lagi. Saya katakan dilema kerana setiap kali kita menghantar nota 'bantahan diplomatik' kepada kerajaan Singapura secara spontan mereka akan menafikannya, tetapi pada masa yang sama mereka terus terusan melakukan aktiviti pencerobohan ruang udara kita. ini jelas mencerminkan sikap dan sifat "kiasu" mereka.(Sila baca entri mengenai perkara ini dalam blog "Senang Diri".
Terdapat 2 entri di dalam blog saya yang berkaitan dengan tajuk saudara, satu bertajuk "Sistem Pertahanan Udara Nasional Pasca-2014 Yang Lebih mapan" dan "2058 Pencerobohan Ruang Udara Malaysia Oleh Singapura"
Post a Comment