UMNO tumPAS kerana.......

on Jul 17, 2011



Kemana saja pergi, sama ada dihotel, kedai kopi, kopitiam, soalan yang selalu ditanya sekarang ini adalah berhubung bila tarikh pilihanraya umum akan diadakan dan betulkan Rosmah Mansor isteri PM Najib beli cincin berharga 72 juta ringit.

Soalan yang payah untuk dijawab, kerana hanya Allah swt dan PM Najib saja yang tahu. Pilihanraya UMUM tetap akan diadakan setelah genap 5 tahun edah pilihanraya, yang pastinya paling lewat bulan April 2013.

Manakala cincin berlian yang dihebahkan oleh blog, portel berita, facebook dan twitter yang dikaitkan dengan nama Rosmah Mansor boleh jadi ada kebarangkalian cincin itu dibawa masuk ke malaysia kerana ada kertas kastam yang tentunya tidak boleh dipadamkan.

Soal milik siapakah cincin tersebut sudah tidak menjadi isu lagi kerana diatas kertas kastam itu tertulis nama Rosmah Mansor dan lapuran yang dibuat kepada SPRM bukan kerja suka-suka kerana lapuran itu ada risikonya sekiranya palsu.

Apabila Tun Mahathir serahkan jawatan Perdana Menteri Malaysia kepada Tun Abdullah Ahmad Badawi, BN menang besar pada pilihanraya umum ke 11 tahun 2004 kerana Tun Abdullah dilihat bersih dan berimej ugama tapi setelah Tun Abdullah menjadi Perdana Menteri ianya dikaitkan dengan isu menantunya Khairy Jamaludin (KJ).

Yang membuat BN kalah lima negeri kepada Pakatan Rakyat (PR). BN hilang negeri Pulau Pinang, Kedah, Selangor, Kelantan dan Wilayah Persekutuan. Gelombang kekalahan tersebut kerana rakyat benci kepada KJ yang dikatakan mengambil kesempatan dari jawatan Perdana Menteri bapa mertuanya.

Sepatutnya apabila Tun Abdullah menyerahkan jawatan Perdana Menteri kepada Dato' Najib maka pilihanraya UMUM ke 13 nanti BN akan beroleh menang besar dan kekuatan BN akan kembali kuat kepada asal. tapi nampaknya BN akan lebih lagi susah untuk menang, bahkan sudah nampak culanya BN akan tumbang dalam PRU 13.

Bukan rakyat benci pada PM Najib sangat, tapi orang sekeliling PM Najib yang membuat rakyat muak kepada BN dan UMNO, tambahan pula dengan isu isteri PM Najib yang boros berbelanja apabila keluar negara. Isu beg tangan yang harganya puluhan ribu ringgit, shopping berbakul-bakul dan terkini isu cincin berharga jutaan ringgut. Semuanya merosakkan PM Najib.

BN jatuh dizaman Tun Abdullah dikatakan kerana menantunya Khairy Jamaluddin (KJ), apakah BN akan tumbang dizaman PM Najib kelak kerana isteri barunya bernama Rosmah Mansor. Siapakah dikalangan pemimpin UMNO yang akan suka dan gembira sekiranya PM Najib jatuh dalam arena politik hari ini. Saya tahu orangnya.





EWAH BERSEMANGAT MAKCIK.......

on

SPR dan bullshit-nya







Begitu Benci Nya Saya Pada Kerajaan......A.SAMAD SAID

on

NONETindakan polis menyuraikan perhimpunan BERSIH 2.0 genap seminggu lalu terus dikritik hebat, sehingga Sasterawan Negara Datuk A Samad Said yang terkenal dengan kelembutannya pun kini merasa amat benci kepada kerajaan.

"Sebelum (gas) ditembak, ada himpitan dari belakang, (oleh) kelompok polis juga. Jadi kami agak tersepit, seperti di (Hospital) Tung Shin, (kami) tiada alternatif jadi go through saja. 

"Tidak pernah saya rasakan begitu bencinya saya pada kerajaan. Iitulah waktunya saya lebih benci," kata A Samad yang mengimbau kembali pengalamannya di KL Sentral, tempat beliau mula-mula bertembung dengan polis.

Ketika diwawancara Malaysiakini di Bangsar kelmarin, penulis kreatif pelbagai genre itu bagimanapun, beliau sempat berseloroh bahawa ia masih belum sampai ke tahap "paling benci".

NONEMenghabiskan hari yang panjang daripada pagi sehinggalah disekat polis kali terakhir kira-kira 200 meter daripada Istana Negara di sebelah petang, A Samad menyifatkan tindakan polis menangani "perhimpunan damai" itu secara "bengis".

"(Dikasari) secara langsung tidak. Tetapi dengan wajah dengan apa itu memanglah kalau boleh mereka hendakmakan saya," kata lelaki 76 tahun yang bersosok kecil dan berjanggut lebat bewarna putih itu.

Berbeza dengan demonstrasi pertamanya pada Mac 2007 bagi membantah dasar pengajaran dan pembelajaran Sains dan Matematik dalam bahasa Inggeris (PPSMI), A Samad kali ini menempuh pelbagai rintangan.

Selipar, bukan sepatu Nike
Beliau bukan sahaja hilang capal, tetapi hilang garam, tuala kecil dan air mineral yang dibawanya bagi menangi gas pemedih mata dan meriam air daripada pihak polis.

NONE"Saya seharusnya diapit dua orang peguam, (tetapi) dua orang peguam pun hilang (setelah gas ditembak)," katanya yang mengakui sudah menjangkakan pendekatan keras itu akan diambil pihak berkuasa.

Pada Sabtu itu, dengan baju basah akibat air hujan dan meriam air, A Samad terus berjalan kira-kira 10 kilometer menuju ke Istana Negara untuk menyerahkan memorandum kepada Yang di-Pertuan Agong.

"Saya berkaki ayam separuh jalan, berbatu-batu. Ada anak muda hendak beri saya sepati Nike. Ini saya fikir sepatu yang cantik sangat, saya tak mahu. 

"Kemudian orang beri saya sepatu yang besar, saya gunakan sebab hendak berjalan agak susah. Sampai di Hotel Midah, Kampung Attap, ada orang membelikan saya selipar. Jadi lepas itu dia pula berkaki ayam," kata A Samad.

Pengarang novel Salina itu juga menyuarakan rasa terharunya pada semangat perpaduan dan hormat menghormati semua bangsa pada hari itu demi mencapai matlamat bersama ke arah pilihan raya yang bebas dan adil.

"Ada anak India hendak bagi sepatu dia, anak Cina hendak beri sepatu dia. Saya merasa amat bangga. 

"Tidak pernah saya melihat satu kelompok orang muda yang berbilang bangsa itu bersatu oleh satu cita-cita. Itu sangat membanggakan," kata A Samad Said lagi.







sumber  :- http://pencacai-semalaysia.blogspot.com

APA KATA MARINA MAHATHIR

on

Kegagalan menangani dengan baik perhimpunan Bersih 2.0 yang diadakan pada 9 Julai lalu memberikan imej yang buruk kepada kerajaan Malaysia di peringkat antarabangsa, kata Datin Paduka Marina Mahathir.

Marina, anak sulung bekas Perdana Menteri Tun Mahathir Mohamad itu berkata, berbeza dengan kerajaan, "dunia" tidak mempunyai tanggapan yang buruk terhadap rakyat Malaysia yang menyertai perhimpunan tersebut kerana mereka berjuang menegakkan hak mereka - menuntut pilihan raya yang adil dan bebas.


"Ada juga orang yang mendakwa bahawa dunia kini memberikan tanggapan yang buruk kepada Malaysia kerana media asing (dan juga media tempatan) melaporkan hanya mengenai tindakan menembak gas pemedih mata dan meriam air," kata Marina dalam blognya pada 10 Julai lalu. "Saya rasa orang keliru di antara kerajaan dengan rakyat.

"Ya, memang dunia mempunyai tanggapan yang buruk terhadap kerajaan Malaysia kerana gagal menangani dengan baik keseluruhan isu ini. Mereka mempunyai tanggapan yang berbeza terhadap rakyat Malaysia yang memperjuangkan hak mereka."

Marina, seorang aktivis sosial merupakan salah seorang daripada ribuan orang yang berada di kota raya Kuala Lumpur pada Sabtu lalu, berhadapan dengan polis pencegah rusuhan, mempertahankan penyokong-penyokong Bersih dengan mengatakan bahawa mereka berhimpun secara aman dan tidak mencederakan sesiapa atau melakukan sebarang keganasan.

"Apa jua yang difikirkan mengenai isu yang diperjuangkan oleh Bersih, kita semua seharusnya berbangga dengan rakyat Malaysia yang tidak bersikap seperti orang liar, merosakkan harta benda dan mencederakan satu sama lain seperti yang diramalkan.

"Memang terdapat mereka yang cedera dan seorang mati tetapi ia bukanlah disebabkan oleh peserta yang menyertai perhimpunan tersebut. Restoren-restoren dan kedai-kedai di sekitar kawasan terbabit mendapat sambutan hangat kerana orang ramai haus dan lapar," tambah beliau.

Marina berkata, perhimpunan Bersih yang berlangsung Sabtu lepas membuktikan rakyat Malaysia, tanpa mengira kaum, usia dan agama boleh berhimpun bersama atas satu tujuan.

Lebih seribu orang ditangkap pada hari tersebut, dan kekecohan berlaku pada waktu tengah hari apabila polis pencegah rusuhan menembak gas pemedih mata dan meriam air untuk menyuraikan perhimpunan.
 




LAUTAN MANUSIA DI MASJID RUSILA

on

Bukti UMNO Bakal Tersungkur Di Terengganu










Ceramah pasca Bersih pada 15 Julai 2011 di perkarangan Masjid Rusila, Kuala Terengganu. Dikhabarkan puluhan ribu kawan dan lawan membanjiri perkarangan Masjid dan di sepanjang jalan. Kalau anda meletakkan kenderaan anda sejauh i kilometer dan berjalan kaki ke perkarangan Masjid atau berhampiran.....itu sudah dikira dekat kerana masih ramai lagi yang terpaksa berjalan kaki lebih jauh kerana lautan manusia. 

 

Mereka dahagakan maklumat kerana mass media kawalan mereka sentiasa meutarbelit fakta.....sentiasa meng'gelap'kan berita sebenar.


Deruan ombak serta rintik-rintik hujan turut menyejukkan suasana yang memang 'hangat'. Mereka tidak berganjak malah mendengar dengan penuh semangat. Para peniaga turut mendapat rahmat dengan kehadiran rakyat berbagai peringkat....rezeki dapat berlipat-lipat.


Kutipan dibuat mencecah angka 40 ribu ringgit Malaysia memberi isyarat bahawa rakyat Terengganu sudah bersedia ber'korban' apa saja.....dari titisan keringat terakhir sehingga emas ditangan untuk menyelamatkan Terengganu daripada semakin hari semakin boros......sudah sampai masanya 'PAS Ganti Umno di Terengganu'.






Renungan......Pesanan dan wasiat abah

on Jul 15, 2011

Abah berwasiat supaya kubur abah dan mak jangan dijadikan mangsa “penebus rasa bersalah” anak-anak.
Maksudnya begini:
Semasa ibu dan bapa masih hidup, anak-anak mengabaikan tanggungjawab mereka atas pelbagai alasan (sila rujuk kitab-kitab muktabar tentang tanggungjawab anak terhadap ibubapa) - alasan sibuk dengan urusan dunia yang tak akan habis sampai bila-bila, sibuk dengan urusan anak, isteri/suami masing-masing, sibuk dengan itu dan ini, hingga lah “tiba-tiba” salah seorang atau kedua-dua ibubapa mereka diperintah Allah untuk kembali kepadaNya… ..
Sebenarnya tak ade kematian yang mengejut atau tiba-tiba - setiap kematian itu telah dirancang Allah lama sebelum manusia itu dijadikanNya.
“tiba-tiba” itu hanya “tuduhan” manusia kerana bukankah kita rasa seronok hidup! Malahan pujangga dengan angkuhnya mendeklamasikan “aku mahu hidup 1,000 tahun lagi!
Dalam kesedihan kerana kematian mereka, timbul lah rasa bersalah si anak kerana telah mengabaikan mereka semasa hayat, maka dilakukanlah perkara-perkara seperti berikut:
  1. Upah orang bacakan Al Quran 40 hari, 40 malam (anak tidak pulak membacanya kerana maklum lah sibuk belaka….)
  2. Upah orang bina kubur yang tercantik dan terhebat (”mak/abah memang patut diberi penghargaan ini kerana jasa mereka kepada aku”…)
  3. Tabur berbagai-bagai bunga atas kubur (”aku sayangkan mak/abah”walhal semasa hidup mereka, sekuntum bunga pun tidak pernah dihadiahkan! )
  4. Cetak kitab Yaasin (siap tulis kat kulit depan “sempena kematian ibu/bapaku tersayang… .”) dan edarkan kepada masjid - macamlah surau dan masjid tak cukup-cukup kitab surah Yaasin
  5. Buat kenduri panggil “orang masjid” bacakan doa tahlil (maklum lah, anak tak sempat mendoakan ibubapanya. lagi pun “doa orang masjid ni lebih berkat”….)
  6. Buat pelbagai kenduri “hari peringatan ke-3, ke-7, tahun ke-47…..” kematian ibubapa
  7. Sedekah pisang (kenapa pisang?) kat masjid……
  8. Buat upah umrah setiap tahun (walhal dulu semasa hayat mereka, langsung “takde bajet nak hantar mak/abah gi umrah”; lagi pun keperluan umrah itu hanya sekali sepanjang hayat sahaja!)
Selepas itu boleh lah si anak tidur lena dan sempat pula membidas adik beradik lain dengan berkata, “aku dah tunaikan tanggungjawab aku pada bapak/mak. Kau tak buat ke?”
Abah panggil semua ini sebagai “sindrom penebus rasa bersalah”- kerana ” dulu aku tak buat semua itu, maka sekarang aku dah buat semua ini, jadi aku tak bersalah lagi!”…..
Kalau inilah yang bakal terjadi kepada abah dan mak, maka abah berwasiat di sini ;
TAK PAYAH LAH anak-anak abah bersusah payah membuat pelbagai justifikasi dengan sindrom penebus rasa bersalah…. . memadai lah diselitkan satu ayat (DOA) yang tak sampai satu nafas nak menyebutnya - “Ya Allah, ampunkan dan kasihanilah ibu bapa ku sepertimana dia mengasihi ku semasa aku kecil“. Tak perlu belanja wang ringgit, tak payah cari orang, tak payah susahkan diri.
Sempurnakan solat (wajib untuk penebus diri sendiri masing-masing) dan doa lah meminta apa-apa dari Allah (untuk mendapat penebus diri sendiri masing-masing) dan selitkan lah ayat di atas(sebagai penebus diri sendiri dan untuk keselamatan ibubapa di alam barzah dan alam akhirat).
Abah doakan apa-apa amal jariah yang abah dan mak lakukan dan apa-apa ilmu bermanfaat yang abah dan mak ajarkan kepada sesiapa pun dan diamalkannya - agar semua ini diterima Allah sebagi pelaburan kami di akhirat.
Semoga semua anak-anak yang lahir dari sulbi kami menyempurnakan janji-janji mereka kepada Allah untuk menjadi hamba-hambaNya yang beramal soleh.
Itu lah 3 harta yang akan mengiringi kami ke kubur dan tinggal kekal menemani kami sehingga kiamat…… ..
Baca, fahamkan, ingat dan ambil iktibar dari hadith-hadith Rasulullah seperti dibawah ini;
Larangan dari Rasulullah shallallaahu ‘alaihi wa sallam: Dari Jabir radhiyallahu ‘anhu, dia berkata, “Rasulullah shallallaahu ‘alaihi wa sallam telah melarang kuburan dikapur (di simen), dijadikan tempat duduk, dan juga didirikan bangunan diatasnya..” (Hadith Riwayat Imam Muslim)
Dan membawa bunga-bungaan atau jambak-jambak bunga dan seumpamanya bersama jenazah adalah diharamkan yang telah menular di kalangan orang-orang Islam kerana mengikuti adat-adat orang kafir dan Melayu kuno dalam upacara-upacara jenazah mereka. Juga kerana perbuatan tersebut boleh mensia-siakan harta tanpa faedah dan memberi makna bermegah-megah dan berbangga.
Manakala hukumnya adalah haram jika kubur dibina menggunakan marmar (marble) dan seumpamanya, kerana amat berlawanan dengan ajaran Rasulullah shallallaahu ‘alaihi wa sallam, juga kerana terdapat pembaziran harta yang ditegah syarak serta terdapat sifat bermegah dan menunjuk yang amat dimurkai Allah subhanahuwata’ ala.
Ali bin Abi Talib radhiyallahu ‘anhu berkata kepada Abi Hayyaj Al-Asadi,
“Tidakkah kamu mahu aku utuskan kamu untuk melakukan perkara yang aku diutuskan oleh Rasulullah untuk melakukan? Kamu hendaklah meruntuhkan semua berhala dan meratakan semua kubur yang ditinggikan orang.”
(Hadith Riwayat Imam Muslim)
Wallahu’alam.
ceduk dari  : http://pakarhowto.com


GOLONGAN PENGAMPU

on



"Jelas bekas mufti Perlis, dalam kepimpinan BN terlaku ramai “golongan pengampu” berbanding golongan yang boleh membantu parti perikatan untuk terus dilihat relevan dalam arena politik sekarang.

“Dalam pemerintah sekarang semua orang nak tunjuk kononnya dia setia (kepada pemerintah) walaupun kenyataan yang dikeluarkan adalah bodoh, tapi dia rasa tidak mengapa yang penting perdana menteri tahu.

“Dalam Umno bila ada pemimpin bagi kritikan, dia ini dianggap musuh walaupun idea yang diberikan adalah baik, namun ia dianggap bahaya kerana unsur feudal tidak ditinggalkan,” katanya dalam satu program anjuran Kementerian Pengajian Tinggi di ibu negara malam tadi."






DURIAN KEMETOT

on

Durian Kemetot Di Kebun Pak Janggut

Aku tak tahu nama durian ni, tapi ada seorang tu kata durian
 negro. Kau tengok le ketok ketok aje buah nya tapi dapat
gelaran negro.


Ini pokok durian negro


Yang ini pokok durian apa pun aku tak tahu. Nak kena tanya
tuan dia.

Enam bulan tidak menjengok ini lah hasil nya.


DURIAN BURUNG vs DURIAN TUPAI

on

Durian burung tu syarikat bas ekspress. Durian tupai pulak......kau tengok le kat bawah ni....

Bila gugur aje dah kena tebuk tupai dah tu dikencing pulak busuk
semua nya..... Dah beberapa tahun aku beri peluang pada tupai
tupai ni.....tak puas puas lagi ke membaham buah durian...Habis
tu tuan nya nak makan apa...???


Haa yang ni ok sikit. Sepangsa aje yg rosak. Pangsa lain boleh
makan. Tapi apakan daya aku dah berhenti dari makan  buah
durian

Tahun ini kedua-dua pokok durian ini merajuk tak hendak
berbuah......Aikkk  pokok pun merajuk gak ker. Sebab nya
tuan dia tak menjengok hampir enam bulan......

SURATAN ATAU KEBETULAN.....?

on




Penampilan Istimewa Queen Elizabeth buat Najib?




Warna pilihan ketika bertemu Peter Robinson




Warna pilihannya ketika berjumpa Barrack dan Michelle Obama.

Ditemui oleh Najib dan Rosmah warna kuning jadi pilihannya..

Suratan atau kebetulan?

Takkanlah Queen tak tahu yang Najib itu fobia dengan warna kuning??  Baca sini betapa fobianya Najib dengan warna Kuning tu, hingga terpaksa meminta bantuan Polis..







Followers

pop up text

Blog Archive

Top Ranking Pro PR

My Blog List