Baling Batu Sembunyi Tangan

on Sep 19, 2011



Umno Negeri Kedah hari ini menafikan penglibatan dengan pemasangan poster yang mengkritik Ketua Pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim yang menggunakan logo PAS dan kerajaan negeri Kedah di beberapa kawasan di sekitar Alor Setar semalam.


Pengerusi Badan Perhubungan Umno Negeri Kedah Datuk Ahmad Bashah Md Hanipah berkata Umno Kedah sendiri tidak bersetuju dengan tindakan pihak tidak bertanggungjawab seperti itu.

“Kalau kita (orang Umno) yang nampak poster-poster itu, kita juga akan buat laporan polis. Biar polis siasat dan kita akan ketahui ‘tangan jahat’ mana yang buat kerja itu,” katanya kepada pemberita di sini hari ini.

Logo PAS
Beliau mengulas dakwaan kononnya Umno bertanggungjawab memasang poster berkenaan sempena kehadiran Anwar di Majlis Rumah Terbuka Aidilfitri Parti Keadilan Rakyat (PKR) Negeri Kedah di Stadium Sultan Abdul Halim sini semalam.

Poster itu yang mengkritik Anwar dan menggunakan logo PAS dan kerajaan negeri Kedah dipasang di beberapa tempat di sekitar Alor Setar.

Sementara itu, Ahmad Bashah mengucapkan terima kasih kepada Menteri Besar Datuk Seri Azizan Abdul Razak kerana mengizinkan Barisan Nasional (BN) menggunakan stadium itu untuk majlis sambutan Aidilfitri 1Malaysia esok.


Photobucket

Gunting Dalam Lipatan

on




Bekas perdana menteri Tun Abdullah Ahmad Badawi berharap tidak akan ada pihak dalaman yang akan menentang secara “senyap seperti gunting dalam lipatan” usaha penggantinya Datuk Seri Najib Razak yang mahu memansuhkan Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA) dan beberapa undang-undang lain.
“Saya harap barisan pimpinan di belakang Datuk Seri Najib, parti-parti politik baik dalam Barisan Nasional atau pun di luar akan memberi sokongan penuh kepada beliau untuk merealisasikan perjuangan untuk membawa perubahan.
“Saya harap tidak akan ada mereka yang menentang dalam senyap seperti gunting dalam lipatan kerana dasar yang beliau ingin wujudkan dengan pemansuhan ISA akan membawa manfaat kepada rakyat dan negara dalam jangka masa panjang,” kata beliau hari ini.
Najib menggantikan Abdullah (gambar) sebagai Perdana Menteri pada April 2009.
Abdullah juga berkata beliau berharap mereka yang dipertanggungjawabkan untuk menggubal akta dan undang-undang baru keselamatan akan berfikiran progresif dan tidak cuba menggubal undang-undang yang dapat disalahgunakan untuk menyekat perkembangan minda rakyat yang waras, intelek dan berintegriti.
“Saya yakin dan percaya bahawa Perdana Menteri dan barisan pimpinan di bawah beliau telah berfikir dengan dalam dan rasional sebelum mengumumkan pemansuhan ISA dan enakmen darurat, dan saya juga yakin bahawa beliau akan melakukan apa yang telah dijanjikan,” kata Abdullah ketika berucap menerima ijazah kehormat doktor keusahawanan dalam pembangunan modal insan sempena Majlis Konvokesyen Pertama Universiti Malaysia Kelantan.
Najib mengumumkan pemansuhan ISA dan tiga deklarasi darurat serta langkah mengkaji semula beberapa undang-undang yang lain ketika menyampaikan perutusan khas sempena Hari Malaysia Khamis lalu.
Dalam ucapannya, Abdullah menyifatkan pengumuman oleh Najib Khamis lalu sebagai satu perkara yang diharap akan mencatat sejarah kerana ISA dan beberapa enakmen keselamatan yang lain sudah lama menimbulkan keresahan dalam masyarakat.
Kata Abdullah, semasa mengambil alih menjadi Perdana Menteri pada 2003 beliau telah bertekad untuk memberi lebih kebebasan supaya rakyat negara ini dapat memperkembangkan fikiran dan intelek tanpa sekatan dan tanpa ketakutan bahawa undang-undang seperti ISA akan digunakan terhadap mereka.
“Saya juga telah menjayakan tiga perundangan yang memberi perubahan kepada undang-undang berkaitan dengan pencegahan rasuah, pelantikan hakim dan integriti agensi penguat kuasa,” kata beliau sambil menambah, beliau juga berhadapan dengan tentangan dari dalam dan luar parti pimpinannya.
“Saya mengaku bahawa saya mendapat tentangan bukan sahaja dari luar tetapi juga dari dalam kerana ada golongan ‘hardliners’ yang ingin mengekalkan sistem yang lama, yang masih ingin menguasai aliran maklumat serta menggunakan akta-akta dan enakmen untuk membisukan rakyat,” katanya lagi.
Namun tegas Abdullah, majoriti bersetuju bahawa dalam perkampungan dunia sekarang, menentang peralihan zaman akan membawa rebah.
“Dan, kita berjaya dalam usaha kita untuk memberikan hak kepada rakyat untuk bersuara dengan lebih kebebasan. Kebebasan ini amat perlu untuk membina modal insan kita yang lebih bertanggungjawab dan berintegriti,” katanya lagi.
Jelas Abdullah, ada juga yang menyalahkan beliau kerana memberi terlalu banyak kebebasan kerana mengikut mereka ia menjadi faktor ke arah keputusan pilihan raya umum 2008.
“Tetapi pada diri saya, saya tidak pernah menyesal memberi lebih kebebasan sebab itu adalah hak asasi manusia.
“Pada saya, masyarakat yang waras dan bertamadun akan satu hari kelak akan dapat membezakan antara kaca dan permata, dan mereka akan dapat tapis pembohongan dan fitnah dengan kebenaran dan keikhlasan,” kata bekas presiden Umno dan bekas pengerusi BN.
Justeru kata Abdullah lagi, beliau cukup bangga dengan tindakan Najib untuk memansuhkan ISA kerana “saya percaya itu adalah satu lanjutan dari tindakan kerajaan dahulu untuk menegakkan lagi hak asasi manusia.”
“Tetapi perjalanan ke arah mencapai matlamat penuh Perdana Menteri Najib mungkin juga berhadapan dengan cabaran-cabaran seperti saya dalu... ‘the job of a reformist is not easy’.”



Photobucket

Akan Lahirkah Seekor Katak Lagi...?

on


PAS Selangor berkata, khabar angin pemimpinnya Datuk Dr Hasan Ali akan keluar parti dan menyertai Umno tidak betul.

NONEPesuruhjaya negeri Dr Abd Rani Osman (kiri) berkata,berdasarkan komitmen yang ditunjukkan pada perjuangan parti Islam itu selama ini, perkara itu tidak akan menjadi kenyataan.

"Saya rasa itu adalah gendang yg dipalu oleh pihak tertentu dan kami tidak perlu menari ikut dendangan itu," katanya.

Cakap-cakap Dr Hasan mahu menyertai Umno kembali menjadi buah mulut apabila beliau dikatakan mengadakan pertemuan dengan Naib Presiden Umno Datuk Seri Hishammuddin Hussein bagi membincangkan perkara itu minggu lalu.

Dr Hasan bagaimanapun kelmarin menafikan akan keluar parti atau pernah mengadakan atau merancang pertemuan dengan Hishammuddin, seperti yang tersebar di pelbagai laman blog.

Dalam kenyataannya melalui SMS kepada Malaysiakini semalam, Dr Rani berkata, pihaknya merasakan banyak lagi isu besar semasa dan penting yang harus diberi keutamaan,

azlanSementara itu, mengulas dakwaan Dr Hasan (kiri) bahawa beliau tidak pernah menerima surat lantikan sebagai anggota jawatankuasa negeri, Dr Rani menafikan perkara itu.

"Menurut SU (setiausaha) ada hantar surat rasmi kepada enam orang ahli (jawatankuasa) dilantik, termasuk Dr Hasan. 

"Namun yang lain memberikan respons, kecuali beliau," jelasnya Dr Rani yang juga anggota Dewan Undangan Negeri (ADUN) Meru.

Kedudukan Dr Hasan dalam PAS negeri juga sebelum ini menjadi tanya tanya apabila beliau dikatakan tidak menerima lantikannya sebagai anggota jawatankuasa.

Beliau bagaimanapun menjelaskan tidak menerima surat perlantikan secara rasmi dan oleh itu tidak berhajat hadir diri dalam mesyuarat negeri supaya tidak dilihat "hidung tak mancung, pipi tersorong-sorong" .


Photobucket

Kualiti Pakar DNA Malaysia

on



Pihak pembelaan dalam perbicaraan liwat II membabitkan Datuk Seri Anwar Ibrahim, hari ini menimbulkan kemungkinan sampel yang diambil dan diuji oleh ahli kimia dicemari tetapi hakikat itu diabaikan.

NONE
Tumpuan adalah terhadap calitan kapas B9 yang diperolehi dari kawasan rektum Mohd Saiful Bukhari Azlan dan tuala putih yang diperolehi daripada sel Anwar apabila beliau ditahan semalaman.Ram Karpal, yang menyoal balas berkata demikian berikutan penemuan 18 allele yang menunjukkan kemungkinan kehadiran orang ketiga.
Katanya, keraguan timbul tentang prosedur standard makmal Jabatan Kimia Malaysia (JKM) bersabit sampel DNA yang diperolehi daripada pengadu Saiful Bukhari.

dr brian mcdonald sodomy ll
Pakar DNA Australia Dr Brian McDonald (kanan) berkata kedua-dua ahli kimia tempatan Dr Seah Lay Hong dan Nor Aidora Saedon - tidak sepatutnya mengabaikan pencemaran berkenaan.

"Mereka sepatutnya menjalankan ujian lanjut untuk memperkuatkan penemuan tentang 18 allele itu," kata McDonald.Katanya, berdasarkan laporan pakar kimia tempatan itu, mereka telah menemui tiga sampel DNA dari dubur Saiful.

Namun Dr McDonald berkata Seah tidak menyatakan dalam laporannya akan kehadiran DNA individu ketiga yang menyumbangkan bacaan tinggi melalui ujiannya selain daripada Saiful dan 'lelaki Y'.

"Dia (Seah) menemui DNA lain tapi dia tidak melakukan apa-apa," katanya.

Apabila ditanya oleh Hakim Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur Hakim Datuk Mohamad Zabidin Mohd Diah mengapa ini adalah perlu, Dr McDonald menjawab kerana lebih banyak ujian diperlukan bagi mengenal pasti milik siapa DNA itu (pada 18 allele).

NONE
"Kedua-dua mereka (Seah dan Nor Aidora) tidak menawarkan apa-apa penjelasan mengapa ujian lanjut tidak dilakukan."Justeru katanya lagi, pakar kimia tempatan itu telah mengabaikan beberapa garis panduan asas makmal untuk memastikan sampel DNA diasingkan sepenuhnya daripada benda asing.

"Dia tidak boleh mengatakan ia milik sesiapa... hanya jika dia melihat melalui mikroskop dan memastikan sampel hanya mempunyai ekstrak sperma asli," katanya lagi.



Photobucket

Rakyat Bangladesh Boleh Mengundi...?

on Sep 17, 2011


Naib Presiden PKR, Fuziah Salleh mendesak siasatan dibuat terhadap pengakuan Perdana Menteri Bangladesh, Sheikh Hasina Wajed mengenai rakyatnya di Malaysia, mudah memperoleh status penduduk tetap (PR) dan layak mengundi.“Kita desak tubuhkan Suruhanjaya Siasatan Diraja bagi menyiasat kenyataan Perdana Menteri Bangladesh berkenaan perkara ini.

“Jika perkara ini berlaku, Najib perlu bertanggungjawab dan berani tampil memberikan penjelasan,” katanya kepada media hari ini. Gambar atas: Keratan laman web rasmi Pejabat PM Bangladesh
Beliau berkata demikiana apabila diminta mengulas pengakuan Sheikh Hasina yang dipetik dari www.ngoab.gov.bd – laman rasmi Hal Ehwal badan bukan kerajaan (NGO) Jabatan Perdana Menteri negara itu.

Mengikut laman itu, Sheikh Hasina berkata pekerja Bangladesh di Malaysia diberi kewarganegaraan dengan mudah asalkan mengundi parti yang mewakili kerajaan pemerintah.
Beliau juga mengesahkan sebilangan pekerja Bangladesh dalam beberapa sektor di Malaysia, diberi taraf kewarganegaraan sejak tahun lalu.
Katanya, mereka juga diberi hak sebagai pengundi dalam Pilihan Raya Umum (PRU) akan datang.


Photobucket

Sekarang Dah Relevan

on




Ini namanya prof kangkung kaki ampu. Nama saja ahli akademik, tapi pendiriannya berayun bagaikan kangkung dihanyutkan air longkang. Jika ke laut air longkang, ke lautlah prof kangkung.

Prof kangkung merangkap prof kaki ampu hanya mampu mengikut arus air, ke sungai, ke longkang, ke parit, ke perigi dan ke lubang jamban.

Apa saja pemimpin United Malays No Otak kata, dia akan cari bukti dan hujah supaya kenyataannya selari dan tidak bercanggah dengan gerombolan songkok tinggi tiga jengkal, sambil berlakon seolah-olah dialah ahli akademik terbilang.

Bila Anwar Ibrahim cadang untuk sambut Hari Malaysia, demi untuk mengampu pemimpin United Malays No Otak, maka prof kangkung pun keluarlah hujah-hujah merapu, Anwar bangkrap idea, bermotif politik, tidak signifikan, dan tidak produktif bla bla bla...

Tapi akhirnya Najib sendiri setuju untuk sambut Hari Malaysia siap bagi cuti umum seluruh negara dengan sambutan besar-besaran di Dataran Merdeka. Prof kaki ampu merangkap prof kangkung malu sendiri.

Kalau lihat isu komunis, prof kangkung sanggup keluarkan hujah dan bukti merapu supaya kenyataannya selari dan disenangi dengan gerombolan songkok tinggi 3 jengkal. Rujuk video di bawah.


Orang pandai bila ada niat mengampu, rela jadi badut, sanggup diketawakan orang, sanggup jadi penipu asalkan boleh mengampu. Kalau tak mengampu nanti kena buang kerja terpaksa makan nasi lauk kangkung.


sumber :- sini


Photobucket

Biar Lah Rahsia

on






Ceramah Mat Sabu cukup menghangatkan suasana malam di DUN Telok Emas, Melaka. Ceramah yang di hadiri ribuan pengunjung seperti biasa di ganggu dengan sekatan jalan raya oleh Polis Raja Di Malaysia. Yang paling menarik perhatian Addin dalam ceramah Mat Sabu ialah, bekas Menteri Besar UMNO pernah berjumpa dengan Mat Sabu serta mengakui yang Mat Indera adalah pejuang kemerdekaan. Para audien ada bertanya, siapakah bekas menteri besar yang dimaksudkan. Namun Mat Sabu berkata itu rahsia. Isu Mat Indera tidak banyak di kupas oleh Mat Sabu ekoran saman ke atas akhbar pencacai Umno, Utusan Meloya telah pun di failkan semalam. Mat Sabu juga berkata Umno terus berpolitik dengan cara politik tahun 60-an serta kolot.


 "Siapa buat jalan raya....Umno siapa buat bangunan ...Umnooooo" itulah cara kempen Umno sampai sekarang". "Sedangkan sekarang pemikiran rakyat sudah berubah, Umno masih tidak berubah dan bodoh , rakyat sekarang akan bertaya berapa kos buat jalan, berapa kos buat bangunan, jika harganya melambung tinggi dari harga sebenarnya mereka akan bertanya adakah berlaku rasuah atau penyelewengan, itu rakyat sekarang bukan macam Umno yang masih berfikiran macam tahun 60-an" kata Mat Sabu.

Mat Sabu juga berkata rakyat sekarang terdedah kepada media baru iaitu Blog, Facebook, Twitter dan sebagainya, namun Umno BN masih menggunakan media cetak dan TV untuk mempengaruhi rakyat. "Rakyat dah meluat baca Utusan, tengok TV1,2 dan 3 semuanya menipu dan membelit" ujar Mat Sabu. Umno, katanya tidak mengambil pengajaran kejatuhan kerajaan Hosni Mubarak di Mesir, walaupun media ditutup dan disekat tetapi generasi anak-anak mendapat maklumat alternatif dari media baru ini. 

Beliau menyatakan demikian ketika menyampaikan ceramah anjuran Dewan Pemuda PAS Negeri Melaka di perkarangan Surau Ustaz Ali, Permatang Pasir, Melaka malam tadi. Turut berceramah ialah Pesuruhjaya PAS Negeri, Adly Zahari.



Photobucket

Siapa Pendusta...?

on





Sebelum ini Mufti Perak, Harussani ada berkata beliau pernah cuba untuk bertemu dengan Dr Mahathir agar tidak memecat dan juga tidak mengenakan tuduhan liwat ke atas Anwar.

Agak lama Mahathir ingin membalas balik perkara tersebut. Hari ini Mahathir menafikan Harussani pernah menasihati. “Meskipun jika mufti menasihati saya, dan saya menafikan beliau ada berbuat demikian, saya tidak dapat menerima nasihat seperti itu,” kata Mahathir.

Mahathir juga mengutuk Harussani dengan berkata kemungkinan mufti terbabit boleh menerima seorang yang tidak bermoral sebagai pemimpin, tetapi bukan beliau.

“Maafkan saya, saya memegang tanggungjawab sebagai satu amanah, kepercayaan dan saya tidak bersedia untuk menerima seorang yang tidak bermoral sebagai Perdana Menteri.


Barangkali Mahathir bukannya pernah dan nak dengar orang agama menasihatinya. Kita juga pernah mendengar hukum agama pun dia permainkan!!



Photobucket

TUNKU BUKAN PEJUANG

on Sep 16, 2011









"Saya tidak fikir Tunku Abdul Rahman ini pejuang, sebab sebelum itu kita dengar Mat Kilau, Mat Indera, (Ahmad) Boestamam, Ishak Haji Muhammad dan sebagainya. Ini memang orang-orang yang berjuang. Dan inilah orang-orangnya yang kita namakan pejuang. Sedang bagi saya, Tunku Abdul Rahman bukan orang berjuang. Dia menyambut. Dia adalah orang yang disetujui oleh Inggeris untuk menyambut kemerdekaan."

 "...Dan penyambut kemerdekaannya, orang yang dirasakan oleh British, orang yang boleh jaga kepentingan yang ditinggalkannya."

Demikianlah kata-kata Sasterawan Negara, A.Samad Said dalam satu forum berjudul "Milik siapakah kemerdekaan ini?" di bangunan Dewan Perhimpunan Cina Kuala Lumpur-Selangor, semalam. Beliau yang pernah bekerja dengan Ahmad Boestamam, mengisahkan pengalamannya kepada kira-kira 50 orang hadirin, bagaimana Ahmad Boestamam dipanggil untuk berunding dengan Burhanuddin Al-Helmy dan Tunku Abdul Rahman, berhubung "bagaimana kemerdekaan itu harus disambut".

A.Samad Said , atau lebih dikenali sebagai Pak Samad, pernah bekerja di akhbar Fikiran Rakyat, di bawah pimpinan Ahmad Boestamam. Beliau pernah mengikut Ahmad Boestamam ke bangunan di mana perbincangan tersebut berlangsung, dan beliau dimaklumkan bahawa "British bersedia menyerahkan kemerdekaan ini, tapi perlulah diberikan kepada orang yang munasabah."

"Waktu itu, tentulah, orang yang munasabah, Tunku Abdul Rahman," katanya, yang mendakwa bahawa Tunku bekerja dengan British. Menurut beliau, British tidak berunding dengan "kelompok Boestamam, Ishak Hj Muhammad, Burhanuddin" kerana dirasakan tidak akan menjaga kepentingan British, meskipun badan yang dipimpini tokoh-tokoh tersebut ditubuhkan lebih awal daripada UMNO.

"Kita bermula dengan orang-orang yang berjuang menentang British, yang mendapat hasilnya ialah orang-orang yang bekerja dengan British," simpulnya di akhir ucapan beliau. Malah, ketika wartawan cuba mengesahkan kenyataannya itu selepas forum berlangsung, beliau mengulangi bahawa "Tunku bukan pejuang, tetapi penyambut kemerdekaan"; bahkan beliau sempat berseloroh dengan wartawan, bahawa istilah "kemerdekaan" pada gelaran "Bapa Kemerdekaan" yang diberikan kepada Tunku mungkin perlu digugurkan, kerana menurut Dr.Zainal Kling, negara kita tidak pernah dijajah.

Kuasa diwarisi oleh golongan bangsawan

"Dan sejak itu, berterus-terusan kita sebenarnya dijajah, atau (guna istilah) diperintahlah, agar lebih manis (didengar), diperintah oleh kelompok yang menyambut kemerdekaan. Dan kelompok ini datangnya daripada golongan bangsawan, selama 54 tahun."

Pak Samad menganggap kesemua Perdana Menteri Malaysia adalah daripada golongan bangsawan, termasuk Mahathir Mohamad yang mendapat gelaran "Tun" kemudiannya.

"Negara ini tidak pernah diperintah oleh orang yang berjuang untuk kemerdekaan," tegasnya. Untuk beliau, golongan bangsawan tidak dapat merasakan apa yang dirasakan oleh rakyat biasa, kerana "orang-orang ini mendapat kemewahan daripada awal, mendapat pendidikan percuma daripada awal, mendapat kedudukan daripada awal, mendapat keistimewaan daripada awal..."

"Saya dapat faham kalau orang Cina merasakan, dan saya juga dapat faham kalau orang India merasakan... Tapi akhirnya saya juga merasakan, bahawasanya betul orang Melayu mempunyai keistimewaan, tetapi keistimewaan kelompok atas saja. Rakyat lain...hampir sama saja," katanya.

Pak Samad berkata, keadaan sedemikian menimbulkan rasa ketidaksenangan, maka adalah mudah untuk mereka yang berada di atas untuk memainkan perasaan perkauman, agar tempat mereka dikekalkan. Beliau pernah diajukan soalan sama ada dirinya berasa terancam sebagai Melayu di negara ini, dan jawapannya tidak, kerana sejak merdeka, jawatan Perdana Menteri dan Timbalan Perdana Menteri, kebanyakan jawatan Menteri Besar dan Ketua Menteri disandang oleh Melayu. Seandainya Melayu merasakan dirinya terancam, maka ia bererti pemimpin kita gagal, jelasnya.

Lee Ban Chen: UMNO mewarisi penjajahan

Sementara itu, penganalisa politik Lee Ban Chen menyifatkan kemerdekaan yang dicapai pada tahun 1957 sebagai "kemerdekaan tiga suku", dan bukan "kemerdekaan yang tulen". Ini kerana British telah menolak perlembagaan rakyat ketika itu, sebaliknya memilih UMNO yang ditubuhkan pada tahun 1946 untuk kerjasama.

Bagaimanapun, UMNO dalam Perikatan ataupun Barisan Nasional kemudiannya tidak mengisi nama dan bentuk kemerdekaan, sebaliknya mewarisi penggunaan akta-akta zalim dalam zaman penjajahan, misalnya Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA), yang merintangi proses reformasi dan pendemokrasian negara kita, kata Lee Ban Chen

Pak Samad turut bersetuju bahawa "kita sebenarnya masih dalam pemerintahan penjajahan", kerana undang-undang zalim yang digubal ketika zaman British masih kekal sehingga kini. Malah, Menteri Dalam Negeri siang-siang mengingatkan tentang ISA ketika menangani isu BERSIH 2.0.

Dengan nada menyindir, Pak Samad berkata "yang menjadi wira sentiasanya UMNO", sementara "orang awal yang berjuang semuanya tenggelam". "Dan paling mudah untuk mengatakan bahawasanya mereka semua ini kelompok komunis yang jahat, dan komunis yang ingin mencengkam...",dan pada waktu yang sama pula kita berbaik-baik dengan komunis (China) yang ada - antara beberapa "keanehan" yang sedang berlaku di negara dewasa ini, katanya.

Seorang lagi panelis dalam forum ini adalah Arumugam, selaku Penasihat Tamil Foudation dan Pengerusi SUARAM. John Brian, iaitu Pengerusi Majlis Penasihat Dayak dan blogger Dayak baru yang dibariskan sebagai panelis sebelum ini, gagal menghadirkan diri kerana masalah tertentu. Forum ini dipengerusikan oleh Adam Adli Bin Abd Halim, iaitu Pengerusi Legasi Mahasiswa Progresif UPSI.


sumber : sini
Photobucket

Tertembak Kaki Sendiri

on




Kita mahu ucapkan tahniah kepada Mat Sabu. Kerana telah berjayamenggelabahkan orang UMNO dengan versi persejarahan Malaysia. Versi sejarah yang di nyatakan oleh Mat Sabu dalam suatu ucapan ialah bahawa bukan orang UMNO sahaja yang boleh mendakwa mereka berjuang menentang penjajahan. Mat Indera yang mengepalai serangan keatas balai polis di Bukit Kepong Muar pun adalah wira. Mat Indera pun menentang pendukung pemerintahan penjajahan.

Pilihan contoh yang di gunakan Mat Sabu untuk menyampaikan mesej nya, adalah unfortunate. Sebab yang mati dalam serangan tersebut ialah polis Melayu. Yang menyerang pula ialah pengganas bangsa Cina. Ia adalah resipi perbalahan kaum yang cukup enak.Resipi ini kegemaran parti politik seperti UMNO. 

Pengunaan serangan Bukit Kepong sebagai contoh dengan segera di gunakan sebagai bukti bahwa Mat Sabu menyanjung komunis. Orang UMNO dan orang Melayu semua tahu, Mat Sabu tidak melakukan demikian. Tapi ia mesti di politikkan sebagai suatu yang besar  kerana inilah peluang UMNO menunjukkan ia merwirai dan menjuarai bangsa Melayu. Yang mati ialah Melayu. Yang membunuh ialah Cina. Saya percaya, jika polis yang mati itu berbangsa cina, mana Mat Sabu akan di biarkan.

Bagaimana penentang2 Mat Sabu react? Mereka telah melakukan overkill. A series of overkill bahkan. Versi persejarahan Malaysia oleh Mat Sabu di nyatakan dalam suatu ucapan. Ucapan bukanlah suatu perlakuan akademik yang teknikal. Jadi kenapa suatu ucapan mahu di beri layanan yang luar biasa?

Jawapan nya ialah, ucapan Mat Sabu itu membawa implikasi politik kepada UMNO sendiri. Ia nya akan menyebabkan KAJIAN SEMULAkeatas peranan UMNO dalam menuntut dan berjuang untuk kemerdekaan. Apa yang sebenarnya UMNO lakukan? Tidak ada orang UMNO di tangkap British. Tidak ada orang UMNO yang di penjarakan. UMNO menyudahkan larian yang di mulakan oleh parti2 lain.Pusingan terakhir yang UMNO sudahkan ialah sabsidi dari parti politik lain.

Namun oleh sebab sejarah di tulis oleh mereka yang menang, maka hanya peranan UMNO yang di perbesarkan. Tapi UMNO lupa, bahawa di mana mana negara, pengulang-kajian sejarah atau historial revision di lakukan. Pembukaan dan perjumpaan Amerika sekarang di lihat sebagai proses penaklukan keatas suatu bangsa yang di bunuh dengan penyakit, pencabulan, rogol, rompakan dan keganasan. Mereka yang dahulu di lihat sebagai mangsa yang tewas, hari ini di hidupkan kembali dan di beri tempat yang wajar dalam sejarah. Mat Sabu melakukan ulangkaji persejarahan nya sendiri. Mat Indera jangan di lihat sebagai CT.

UMNO tidak boleh mengambil risiko peranan nya di sangsikan. Ini lah modal politik mereka yang terbesar. Selagi UMNO dapat memonopoli peranan dan kedudukan sebagai satu satu nya pejuang kemerdekaan, kesetiaan orang Melayu keatas UMNO tidak akan goyah. Musnahkan monopoli tersebut, modal terakhir UMNO mengekalkan legitimacy sebagai wakil mutlak orang Melayu turut musnah.

Apa perlu di lakukan? Celakakan Mat Sabu- itu misi baru penyokong UMNO. Namun, dalam zaman ini dengan ujudnya kebebasan bersuara dan memberi pendapat di laman web, mencelakakan Mat Sabu tidak semudah ABC.Permintaan meminta Mat Sabu mohon maaf, akan di 'pantatkan'.

Dengan membayangkan bahawa bukan UMNO sahaja yang boleh mendakwa mereka sahajalah yang berjuang untuk kemerdekaan, asas kesahihan UMNO menuntut kesetiaan mutlak dari terutama nya orang Melayu, akan musnah.  Bangsa lain sudah sejak 2008, mempersetankan UMNO. Jika kesetiaan mutlak UMNO itu retak, dan kita tahu bahawa survival UMNO hari ini bergantung semata mata keatas keupayaan nya ‘mengikat’ fikiran orang Melayu, masa depan UMNO itu sendiri amat muram. Menyedari perkara ini, UMNO sudah bertindak dengan overkill.

Suatu cara yang mudah ialah mengkomuniskan Mat Sabu. Overkill yang di lakukan ialah melibatkan PAS bersekali dengan Mat Sabu. Jadi kita lihat percubaan meluaskan pendirian Mat Sabu sebagai juga pendirian PAS. Disini lah kebodohan penentang Mat Sabu. Ianya meletakkan PAS, yang hidup mati politik mereka ialah Islam sebagai penyokong komunisme? Mana lah ada kebodohan yang melebihi ketongongan yang mahu meletakkan PAS yang bergerak atas landasan Islam sebagai penyokong komunisme?  Adakah UMNO mempunyai cukup bekalan mempertahan dakwaan mereka bahawa Mat Sabu dan PAS itu penyokong komunisme? Kepada saya ini overkill yang UMNO tidak akan menang.

Kemudian kita ada cara muslihat yang menjadi kesukaan pihak lawan yang kehabisan modal penghujjahan. Discredit keperibadian lawan mereka. Maka kes moral Mat Sabu yang lama, di siarkan kembali. Nyonya mercenary Jocelyn Tan dari akhbar Star mengungkit kembali kes khalwat Mat Sabu seolah olah kes tersebut akan menghapus kontroversi dan ancaman keatas golongan berkuasa. Apa pun yang boleh di fahami dan di terjemah dari kes khlawat Mat Sabu itu tidak bermakna Mat Sabu tidak mampu memberi kredibiliti keatas versi sejarah Malaysia nya. Mat Sabu’s morality issue does not destroy the possible legitimacy and validity of his version of history. Ertinya, walaupun kita cuba mendiskreditkan peribadi Mat Sabu, ianya tidak akan menyekat kesangsian umum keatas monopoli puak UMNO keatas sejarah Malaysia. Tambahan pula, membawa isiu moral kedalam perbincangan politik akan mendedahkan pimpinan UMNO kepada isiu yang serupa. Dalam keadaan ini, pemimpin UMNO harus menyedari signifikens perpatah Inggeris- mereka yang mendiami rumah kaca, jangan membaling batu. Cerita moral pimpinan UMNO lebih dari 30 juzu’.

Masuk pula Dr Mahathir ke dalam gelanggang. Dr Mahathir telah hentam PAS kerana menghina Tunku Abdul Rahman. Kita sedia maklum, dalam soal menghentam Tunku Abdul Rahman, bidang ini di kuasai oleh Dr Mahathir. Dr Mahathir lebih dahulu menghentam Tunku Abdul Rahman dan biasa nya condemnations keatas Tunku di lakukan oleh Dr Mahathir diatas pentas PAS. Ketika itu , Dr Mahathir senditi tidak laku dalam UMNO. Hari ini Dr Mahathir membela Tunku dan kondem PAS kerana mengangkat martabat pejuang kemerdekaan yang bukan dari UMNO.

Tapi bila Dr Mahathir menyetujui bahawa Malaysia tidak pernah di jajah, sekali lagi, Dr Mahathir sebenarnya kondem Tunku. Sebab jika negara kita tidak pernah di jajah, maka peranan Tunku dalam mencapai kemerdekaan negara tidak ujud.  Jadi perdana menteri kita yang pertama sebetulnya tidak ada peranan apa apa dalam ‘kemerdekaan’ negara kita. Oleh yang demikian, bagaimana Tunku Abdul Rahman boleh bergelar bapa kemerdekaan sedangkan‘peristiwa merdeka’ itu sendiri tidak ujud. Bagaimana Tunku jadi bapa kepada sesuatu yang tidak ujud?  Bila Dr Mahathir kata kita tidak pernah di jajah, dengan sendiri Merdeka! UMNO itu suatu pembohongan dan helah UMNO untuk terus menghamba-abdikan minda orang Melayu.

Hanya untuk menundukkan pendapat Mat Sabu, kita sanggup menggadaikan maruah dan prinsip? Kita jadi politikus dan professor pelacur? Kita sanggup mengatakan bahawa negara kita tidak pernah di jajah dan kerana itu, sesiapa dan mereka yang berkorban nyawa mempertahankan sebuah negara yang tidak pernah di jajah itu apa? Kita menipu untuk membolehkan kita berkata mereka adalah loyal subjects negara dan yang membunuh mereka adalah petualang?

Kita lakukan ini semua, hanya untuk membuktikan perkara ini?  Dimana moraliti pimpinan UMNO? Dimana sense of self respect kita sebagai orang Melayu?  Tokoh2 pejuang kebangsaan Melayu yang kita agung2kan dan kita politikkan ketika masa runcing dan genting sebetulnya petualang?

Jika Malaya tidak pernah di jajah dan zaman pemerintahan Inggeris sehingga 1957 menjadikan Malaya sebuah protectorate, maka semenjak tahun 1946, yang di perjuangkan UMNO itu apa sebenarnya?  Apa peranan UMNO sebetulnya jika demikian? Running dog atau anjing lumba untuk imperialism Inggeris?  

Politikus UMNO dan professor penyokong nampak nya menggali lubang yang lebih besar untuk UMNO.

UMNO itu dan UMNO ini. UMNO memperjuangkan kemerdekaan. Demikian bunyinya fakta yang di tanam dalam benak kita. Buku sejarah pula membenarkan fakta tersebut. Professor pula mempertahankan fakta tersebut.

Tetapi tiba tiba, kita di beritahu, Malaysia , Malaya dan Tanah Melayu sebetulnya tidak pernah di jajah. Perkara ini di nyatakan oleh seorang bekas professor UM. Pendapat tersebut turut di sokong oleh Dr Mahathir yang di anggap sesetengah orang, masih lagi PM Malaysia. Kepada saya, kenyataan mutakhir Dr Mahathir mengenai kemerdekaan kita, mengonfirmkan tanggapan saya, bahawa sesungguhnya Dr Mahathir sememangnya, boleh berjalan di atas permukaan air. Like Jesus, he can walk on water.

Ini menyebabkan semua orang berfikir. Adakah UMNO menipu kita selama ini dan deskripsi bahawa kita di jajah sebenarnya suatu pembohongan UMNO yang di perpanjangkan oleh UMNO untuk menghamba abdikan fikiran orang Melayu?

Tidak ada perkara yang lebih menyatupadukan orang Melayu selain daripada meyakinkan mereka, bahawa mereka berjuang untuk kemerdekaan. Tapi UMNO kata kita tidak pernah di jajah. What does that make UMNO? UMNO adalah Don Quixote yang menjadikan penjajahan kincir angin yang di khayalkan sebagai seekor naga zalim.

Jika British hadir hanya untuk memberi perlindungan dan memainkan peranan sebagai sheriff, kita tidak ada pilihan lain daripada memperakui bahawa selama ini, Tanah Melayu adalah sebuah negara atau koleksi negeri negeri yang sovereign. Jika ini pendirian UMNO yakni selama ini, semenjak British datang ke Tanah Melayu , negeri Melayu semua adalah sovereign states, maka semua mereka yang berkhidmat dan bermatian untuk negeri negeri tersebut adalah pendukung negeri negeri yang sovereign. They were loyal subjects dan sesiapa yang membunuh loyal subjects adalah pengkhianat.

Maka demikian, celaka sungguh lah UMNO. Tok nenek saya dari Tembeling dan Tebing TInggi yang bertombak dan berlembing melawan Inggeris semua adalah pengkhianat rupa rupa nya. Mat Kilau, Mat Kelubi, Bahaman, Tok Gajah, Tok Janggut, Pa Andak Endut dan Maharajalela semua adalalah pengkhianat?

Jika demikian, apa sebenarnya peranan UMNO dalam sejarah orang Melayu? Jika ia tidak pernah berjuang untuk kemerdekaan kerana kita tidak pernah di jajah dan para pemimpin nya memperakui hal demikian, maka UMNO sebenarnya tali barut imperialism Inggeris.

UMNO merupakan the biggest apologist keatas penaklukan Inggeris keatas negara kita. Ini juga bererti UMNO itu pembelot bangsa Melayu yang membuli bangsa Melayu tapi amat bongkok tunduk nya kepada kuasa imperialis seperti Inggeris.

Ianya membuat saya berfikir adakah Dr Mahathir juga pembohong besar- sebab untuk beberapa tahun ketika saya hadir ke Perhimpunan Agung UMNO, Dr Mahathir sebagai presiden akan menyebut dalam ucapan dasar nya, umat Melayu telah di jajah selama 400 tahun lebih. Sekarang Dr Mahathir kata, kita tidak pernah di jajah. Adakah perlakuan demikian menjadikan Dr Mahatihir running dog and greatest apologist for modern day imperialism?

Adakah kita rela menjadi intellectual hypocrites semata mata mahu disprove dan discredit Mat Sabu dan deny Mat Indera kedudukan yang respectable dalam sejarah Malaya? Ini intellectual dishonesty yang paling tinggi. Gelaran professor kepada mereka yang sanggup melakukan silap mata seperti ini harus di tarik balik.

Kekeliruan yang terbit dari kontroversi cetusan fikiran Mat Sabutelahpun menyebabkan kesan yang saya khuatir akan terjadi- yakni ia menyebabkan wholesale review keatas peranan dan sumbangan UMNO di dalam merdeka tahun 1957. Maka dari tahun 1957 sehingga 1963 apabila Malaysia di tubuhkan, tahun tahun tersebut tahun apa? Adakah ianya Penjajahan dalam bentuk yang abstrak yang di cipta oleh pimpinan UMNO. Adakah UMNO penipu terbesar kerana memanjangkan penipuan dan pembohongan kita di JAJAH? Tujuan UMNO tidak lain dan tidak bukan untuk menjadikan orang Melayu itu bergantung kepada nya dan menghamba abdikan fikiran orang Melayu.

ceduk dari sini



Photobucket

Followers

pop up text

Blog Archive

Top Ranking Pro PR

My Blog List