Guan Eng vs Rais: Siapa Penipu...?

on Oct 8, 2011


BM and Penang. But, seriously, who's lying here? Lim Guan Eng, who recently apologized to the Johor Sultan for a slur he claimed not to have made despite audio recording evidence, orRais Yatim, who has proven that politicians can keep burning bridges and then keep crossing them?......rocky's bru.


Ketua Menteri Pulau Pinang Lim Guan Eng mahukan Menteri Penerangan, Komunikasi dan Kebudayaan Rais Yatim supaya menghentikan “permainan  bahaya” sebagai seorang wira yang kononnya mempejuangkan Bahasa Malaysia.
Selain menuduh Rais melancarkan “siri pembohongan yang berniat jahat dan menyerang peribadi”, Guan Eng juga berkata bahawa Menteri Penerangan itu tidak adil dalam “menghina kerajaan negeri Pulau Pinang [sebagai meminggirkan BM] atas majlis anjuran Kolej Han Chiang”.
Di samping kenyataan akhbar Guan Eng yang mendakwa Rais “enggan mengakui pembohongan” yang dilakukannya, dia juga melemparkan tuduhan bahawa Rais “terus menipu untuk memainkan sentimen perkauman”.
Kenyataan akhbar tersebut telah diterbitkan semalam di Facebook rasmi Guan Eng serta di blog http://limguaneng.com dalam tiga bahasa mengikut susunan Bahasa Inggeris terdahulu, diikuti dengan BM, dan Bahasa Cina akhir sekali.
Kenyataan itu ditulis pada asalnya dalam BI dan kemudian dialih bahasa kepada BM dan Bahasa Cina.
Sebelum ini Guan Eng memberi alasan bahawa dia tidak harus dipersalahkan atas ketidak penggunaan BM pada tempoh hari kerana majlis itu bukan dianjurkan oleh kerajaan negerinya tetapi oleh Han Chiang sebuah kolej swasta.
Namun dalam kenyataan akhbar ini, tampak Bahasa Inggeris didahulukan dan BM dibelakangkan. Bukan sahaja BM diletakkan pada takuk lebih rendah daripada BI, versi BM tersebut pun hanya satu penterjemahan daripada BI.
Dan ianya dikeluarkan Guan Eng sendiri. Jadi kali ini dia tidak boleh salahkan Han Chiang lagi.
Adakah tindakan Guan Eng ini menunjukkan dia benar-benar menghormati bahasa kebangsaan?

Rencana berkaitan: Tweet Guan Eng berbunyi ‘juz like BN a typical thief’



Photobucket

ANWAR SUPERHERO...?

on


Screenshot di bawah ialah rencana kelmarin dalam The Malaysian Insider (TMI, portal yang Senator Ezam Mohd Noor pernah ugut hendak “bakar”).
TMI melaporkan dalam perenggan pertama:
“KUALA LUMPUR, Oct 7 — Datuk Seri Anwar Ibrahim accused the government today of copying the alternative budget proposed by his Pakatan Rakyat on Tuesday and making unrealistic projections for the next year in what is “clearly an election ploy.”
Hendak dakwa belanjawan 2012 itu tiru Pakatan, ingat dua malam boleh siapkah?
(“Ia sudah tentu mengambil masa yang lama beberapa bulan dan memerlukan pandangan-pandangan dari banyak pihak termasuk pakar dalam Majlis Ekonomi Negara dan Bank Negara.” Hat tip / terima kasih kepada blog Generasi Pejuang Bangsa)
Langsung tidak masuk akal bahawa belanjawan bayangan Pakatan yang baru dibentangkan pada hari Selasa boleh dengan tiba-tiba di”copycatted” dan dimasukkan ke dalam belanjawan yang diumumkan perdana menteri pada hari Jumaat.
Kerajaan semua tidak betul
Screenshot di bawah pula ialah muka depan Malaysiakini (satu lagi portal yang membuatkan Ezam menjadi begitu geram sekali sehingga dia mengugut hendak membakarnya juga).
Pada hemat Anwar Ibrahim, sesebuah belanjawan boleh diciplak dalam jangkamasa dua hari. Manakala orang yang diminta beri pandangan oleh Malaysiakiniberjaya mengkaji belanjawan dalam lingkungan dua jam – hebat betul (macam Papa).
Tajuk-tajuk berita Malaysiakini (senarai di bawah) semuanya memberikan spin negatif kepada sambutan belanjawan.
  • Budget 2012 unrealistic, says Anwar
  • Najib peppers budget speech with potshots
  • Groups disappointed with lacklustre budget
  • Najib failed to live up to expectations, says MP
  • Gov’t economic adviser queries civil service pay hike
  • Pakatan: One-off handouts not enough to help poor
Yang membidas langkah “one-off handouts” sebagai tidak memadai untuk membantu golongan miskin, tidak lain dan tidak bukan Lim Guan Eng. Inilah kuali mengatakan cerek hitam memandangkan Pulau Pinang yang membuat keputusan untuk menghulurkan angpow RM100 kepada warga emas dan anak baru lahir.
Sebuah lagi tajuk berita Malaysiakini ‘Gov’t hands out goodies, polls in view’menggambarkan bahawa gula-gula ditabur kerajaan kerana pilihanraya umum menjelang.
Sekiranya berita tentang usaha Najib Razak dan kerajaan lazimnya diburuk serongkan oleh portal berita pro-pembangkang, lain pula liputan mereka tentang Anwar.
Hanya Anwar betul segalanya
Beberapa bulan lepas, ketika video seks lelaki yang ada iras Anwar mula-mula dibongkarkan,Malaysiakini ligat membuat damage control.


Photobucket

IBRAHIM ALI YANG SEBENAR NYA

on




Tak semena-mena Ibrahim Ali, wakil bebas Pasir Mas menyarankan agar di isytiharkan darurat di Perak. Apa kene mengena Ibrahim dengan Perak?Kekalutan di Perak langsung tidak menimbulkan sebarang ketegangan dikalangan rakyat.Usaha provokasi kearah itu juga jelas tidak berjaya.

Tidak seperti di Kelantan , tanggal 8 Non 1977 hari selasa akta darurat yang dibentangkan oleh Parlimen telah diluluskan.Sebulan selepas itu iaitu pada 8 Disember 1977 BN telah membuat keputusan menendang PAS dari gabungan tersebut.


Ibrahim Ali bersama Dato' Muhamad Nasir selepas sidang Dun Kelantan.


Ibrahim tentu masih ingat ketika itu beliau balik dari belajar diploma di ITM Shah Alam,beliau ada saham dalam pergolakkan di Kelantan.Beliau penyokong umno tapi bersama Datok Mohamad Nasir bagi menimbulkan ketegangan bersama PAS.Akhirnya beliau menjadi ketua Pemuda Berjasa yang pertama dan seterusnya bergabung dalam BN selepas PAS di Tendang keluar. Itulah peranan beliau dalam darurat di Kelantan.




Ibrahim Ali antara penganjur demo menyokong Datok Muhamad Nasir sehinggakan BN melalui Parlimen mengisytiharkan darurat di Kelantan

Kemudian Ibrahim Ali meninggalkan [lompat] parti BERJASA(Barisan Jamaah Islamiah Malaysia) pada tahun 1978 dan meyertai umno.Pada tahun 1988 beliau meninggalkan pula Umno untuk bersama sama dengan tengku Razaleigh Hamzah di Parti serpihan UMno, Parti Melayu Semangat 46(S46), tahun 1994 beliau sekali lagi lompat untuk kembali semula bersama Umno BN,tahun 1995 beliau dilantik sebagai Timbalan Menteri oleh Mahathir Mohamad dan tidak sampai sebulan Parlimen di Bubarkan,maka tercatitlah dalam sejarah beliau merupakan Timbalan Menteri yang paling singkat.

Ibrahim Ali pernah menganjurkan demontrasi menentang KDYMM Al-Sultan Kelantan dan Raja Perempuan di bangunan Umno tahun 1992 dahulu? Pelbagai cemuhan yang ditulis pada sepanduk ketika itu.

Pilihan raya 1995 beliau tewas atas tiket BN bila berdepan dengan Hj Zainuddin yang bertanding atas tiket S46. 

Dalam pilihanraya Umum 1999 Ibrahim Ali sekali lagi tewas kepada calon PAS, Ustaz Ismail Noh. 

Sementara itu semasa sidang Khas DUN Kelantan yang telah diadakan pada 25 Jun 2001 bagi menyelaraskan pindaan dengan peringkat Pusat. Antaranyamenetapkan sesuatu enakmen yang diluluskan dalam DUN menjadi undang-undang dengan sendirinya dalam masa 30 hari selepas itu walaupun tidak diperkenankan oleh Sultan. MB sedang memberikan ulasan tujuan pindaan itu.Di perkarangan Hotel Sentosa,Ibrahim Ali, Saufi Deraman, Norzula MatDiah dan Mohd Nor Idris telah menganjurkan satu demostrasi membantah pindaan tersebut. 

Pada tahun 2004 Ibrahim Ali tidak dilantik semula sebagai ketua penaja Umno Bahagian Pasir Mas, selepas tidak puashati dengan tindakan Abdullah Ahmad Badawi, dalam Pilihanraya Umum 2004, Ibrahim Ali telah bertanding bebas di Parlimen Pasir Mas,beliau tewas dan dipecat seumur hidup dari menyertai umno. 

Semasa dato' Seri Anwar Ibrahim di bebaskan dan mendapat rawatan di Munich, Jerman. Ibrahim Ali adalah orang terawal terbang kesana untuk mengampu dan membodek DSAI.Namun DSAI lebih mengenali Ibrahim Ali, beliau lah manusia yang mengutuk Anwar semasa mesyuarat MT Umno untuk memecat Anwar.Beliau berhajat untuk menjadi Ketua Perhubungan Keadilan Kelantan.Cita-cita dan hasratbeliau tidak kesampaian.

Dalam pilihanraya kecil Dun Pengkalan Pasir pada dis 2005, sekali lagi Ibrahim Ali bertanding atas tiket bebas dan beliau dan calon Pas tewas kepada calon BN Hanafi Mamat.

Pilihanraya umum 2008 Ibrahim Ali telah bertanding di Parlimen Pasir Mas atas tiket bebas dengan menggunakan lambang Pas walaupaun beliau cuma anak angkat Pas pada ketika itu.Beliau menang bergaya di Pasir Mas. 

Kini seorang anak angkat yang di bela sebagai anak sendiri, yang diberi peluang untuk membina diri semula , untuk mengubah perangai mula derhaka kepada Pak Angkatnya.Peluang yang diberi oleh bapa angkatnya tidak diguna dengan baik.Perangai buruk, perangai lama sebelum di pungut dulu datang kembali. 

Secara peribadi saya sendiri agak pelik macamana Ibrahim Ali boleh menjadi calon Pas di Kelantan, sedangkan sebelum ini antara syarat yang ditetapkan oleh Tok Guru ialah, calon Pas adalah mereka yang tidak merokok, sedangkan Ibrahim Ali adalah perokok yang sangat tegar.

Ibrahim Ali tanpa segansilu merokok dipentas ketika pendengar ceramah memerhati beliau dalam satu ceramah PAS di Selangor seawal kemenangan PRU -12

Ini lah serba sedikit catatan untuk mengenali Ibrahim Ali perdehaka kepada bapa Angkatnya. Catatan ini dibuat bagi mereka-meraka yang masih muda dan tidak berkesempatan mengenali sejarah Ibrahim Ali.


sumber :- penawarrinduku


Photobucket

Islam Tiba Di Honduras Sebelum Columbus

on










Sejarah dunia sering mengagungkan nama Christopher Columbus sebagai orang pertama yang menjumpai benua Amerika. Akan tetapi, beberapa sumber sejarah telah merakamkan kehadiran umat Islam dari Timur Tengah dan Afrika yang telah berlangsung sejak berabad silam ke wilayah tersebut, jauh melampaui sebelum kedatangan Columbus. 

Anak lelaki Columbus sendiri, yang bernama Ferdinand, mendedahkan penemuan ayahnya ketika sampai di wilayah utara dan timur Honduras. Ketika itu penjajah Sepanyol menyaksikan kewujudan orang-orang hitam yang berasal dari Afrika. Mereka sering disebut sebagai orang Jaras dan Guabas. Nama ini kemungkinan mempunyai kaitan dengan nama sebuah bandar di Ghana, iaitu Jarra.

Ferdinand Columbus
Sedangkan kata Guabas, menurut beberapa sejarawan, boleh dikaitkan dengan kata Kaabah atau Kubba, yang merupakan kiblat umat Islam yang terletak di Tanah Suci Makkah. Kaitan ini ada rasionalnya disebabkan terdapat penduduk yang berasal dari Afrika itu adalah pendatang dari Mali yang telah menerima agama Islam yang datang selepas kejatuhan Andalusia. Beberapa komuniti Muslim di Honduras pada abad 16 dan 17, kerap menyebut diri mereka dengan istilah Almamys. Ini merujuk kepada tempat asal mereka dari Sepanyol. Mereka kemungkinan juga mempunyai kaitan yang rapat dengan penduduk Muslim asal Afrika yang ditemui Columbus di kawasan utara dan timur Honduras.

Jalan penemuan Amerika sebelum Columbus. (Klik gambar untuk besarkan)
Sejarawan Giles Cauvet dalam 'Les Berberes de l'Amerique' melakukan kajian perbandingan etnografi antara pendatang dari Afrika, Timur Tengah dan penduduk asli Amerika. Menurutnya, komuniti yang menamakan diri mereka sebagai Almamys hanya sedikit menjalin hubungan dengan ekspedisi Columbus. Istilah itu sendiri dapat ditemui pada literatur-literatur Islam kuno dari abad 12. ''Bila merujuk kepada bahasa mandinka Mali kuno, istilah tadi mempunyai kaitan dengan kata al Immamu yang bererti seorang imam, atau pemimpin,''jelasnya.


Kalender Islam yang dijumpai di dalam peradaban kuno Amerika
Demikian pula dalam buku terkenal berjudul 'Nuzhat al Musthaq fi Isthiraq al Afaq' karya sejarawan Muslim terkemukaal Idrisi pada abad 12, menceritakan perjalanan laut satu kumpulan umat Islam yang berjumlah lapan orang. Mereka belayar dari Afrika Utara dan singgah di Lisbon, Portugal. Setelah menempuh perjalanan selama 31 hari, akhirnya mereka sampai di kawasan yang diyakini sebagai kepulauan Caribbean. Seterusnya mereka mengembara kembali sebelum sampai ke kawasan Amerika Tengah.


sumber :-  BACA SINI
Photobucket

HUTANG PIUTANG

on

 Beban Untuk Rakyat......???


Angka sebenar hutang kerajaan pusat sekarang ialah RM437 Billion saja! Dan berbagai cukai/kenaikan harga barang akan dibuat selepas pilihanraya untuk bayar balik

Di bawah pimpinan Najib/Rosmah hutang negara naik 29% tahun ini kepada RM241,689 juta berbanding RM187,445 juta tahun 2007.


sumber :-  FACEBOOK ZUNAR
Photobucket

KEBURUKAN COKE DAN PEPSI

on



Rasanya dah lama memo ini tersebar tentang kelebihan air coke dan kemudaratannya untuk perut dan kesihatan manusia terutama kaum perempuan. CIk puan2 yang rasa2 ingin menjaga keterampilan diri untuk suami dan bakal2 suami sila2 berhenti dari minum air bergas ini. Jom baca apa kelebihan dan keburukan.

"Fakta seperti yang tersenarai dibawah adalah kajian santifik yang dibuat oleh ahli sains kesihatan/sosial di USA dan Britain serta laporan dari seluruh dunia mengenai minuman ringan Coke" 

Di dalam kebanyakan negeri di US, kereta peronda lebuhraya akan dimuatkan 2 gallon Coke untuk menghilangkan kesan darah di jalanraya apabila berlaku kemalangan. Cam pasukan SMART dan bomba kita tu, Harzadous Team. Cuba tanya Plus Ronda atau Polis Lebuhraya, adakah mereka guna? Anda di rumah diharap dapat mencuba kajian ini

1. Masukkan tulang dalam satu mangkuk yang diisi Coke, ia akan hancur atau hilang sama sekali dalam masa 2 hari. Elok untuk yang berniaga sup tulang!

2. Untuk mencuci tandas : Masukkan setin air Coke dalam tandas dan biarkan selama 1 jam dan kemudian 'flush'. Kesan kotoran/hampas akan hilang dari tindakan 'citric asid' yang berada dalam Coke. Satu bahan gantian untuk mencuci kalau sabun dah habis! Rasa-rasa buat sabun badan boleh tak?

3. Untuk menghilangkan kesan karat dari bumper kereta jenis chrome : Lap bumper dengan aluminium foil yang dicelup dengan Coke. Kesannya karat hilang!

4. Untuk menghilangkan kesan 'corrosion' atau hakisan pada skru/nat bateri kereta : Tuang saja setin Coke pasti kesan hakisan hilang serta merta. 

5. Untuk melonggarkan skru yang berkarat dan ketat : Sekali lagi tuang setin Coke, skru tersebut pasti longgar dan boleh dibuka.

6. Untuk menghilangkan kesan minyak/lekit dari pakaian : Tambahkan setin Coke dalam mesin basuh bersama sabun pencuci dan basuh macam biasa. Kesan minyak tu pasti hilang. Kemudian bolehlah minum air basuhan tadi berperisa coke.

7. Cermin kereta anda berdebu/kotor/ melekit ? Celup tuala dengan Coke dan lap.Pasti bersih. Tak payah guna tin sembur cuci cermin cam jual di Yawata tu kerana ianya amat mahal! 

8. Bahan aktif Coke adalah phosphoric asid. Ia mempunyai pH 2.8. Ia boleh meleburkan sebatang paku dalam masa 4 hari. Kilang Perwaja/besi mesti suka ni!. Asid tersebut juga menghakis kekuatan tulang belakang dan tulang lain dalam badan yang merupakan punca utama kearah penyakit osteoporosis. 

Sila lihat lori yang membawa air sirap Coke dalam lori tangki,[ bukan lori yang bawa Coke siap dalam botol/tin] pasti dilengkapi dengan tanda amaran "Bahan Kimia Bahaya" atau"Bahan Penghakis : bahaya". Lori tangki itu juga diselaputi bahan penghakis hakisan untuk mengelak lori tu dihakis. . Tolong jangan letak/parking kereta berhampiran lori tangki yang ada tanda amaran tu, silap-silap tengah bawak kereta, putus 2 sebab hakisan/karat.

9. Para pengedar minuman Coke telah menggunakannya untuk mencuci bahagian enjin lori/trak mereka sejak 20 tahun. Wahh...mesti buat overhaul ni! 

10. Kandungan gulanya 18 sudu cawan teh satu tin Coke. Cuba try bancuh kopi/teh dengan 18 sudu gula tu kat rumah dan minum mesti termuntah

Kenapa Orang Yahudi Tak Minum Coke dan Pepsi

Disampaikan oleh seorang sahabat.....

Assalamualaikum kengkawan... last weekend, ada ustazah usrah kami beritahu... masa dia belajar kat mesir dulu, dia punya lecturer ada cerita... dulu ada sorang mamat yahudi ni datang egypt to study the muslims' lifestyle kat sana setelah serangan secara fizikal ke atas umat Islam tak berjaya. 

Dia nak carik jalan untuk serang cara lain. tapi Alhamdulillah, dia telah diberi hidayah semasa dia dok study umat Islam kat mesir tu. dia beritahu lecturer ustazah ni, one of the things the jews do untuk hapuskan keturunan umat Islam is to produce coca cola & pepsi yang di dalamnya ada chemical to retard the reproduction organs for both men & women. 

Menurut mamat tu, kat israel tak ada jual coke & pepsi sbb diorg tahu apa kandungan kat dalamnya and since jew is agama keturunan, diorg tak nak le mandul! kalau korang pernah terima forwarded email pasal bertapa acidicnya coke tu sampai boleh dissolve tulang & gigi (calcium containing compounds) and boleh buat cuci toilet! and for ladies, kalau minum coke boleh cause menstruation if you're a wee bit late. so kalau minum banyak & atthat time baru lekat zuriat, ada chances keguguran le, kan ? Therefore, untuk kemakmuran umat Islam & untuk kesihatan & untuk tak support jewish companies, pls stop drinking & buying coke & pepsi.

Nota
Bukan orang muslim sahaja yang gemar minum pepsi dan coke tetapi seluruh dunia yang beragama lain juga gemar minum bergas ini. Tapi apa yang diceritakan dalam note panjang ini ada benarnya kerana aku setiap kali cuba meneguk air coke atau pepsi ini tekak aku macam nak tercabut. Perit semacam. Lepas di perahkan limau kasturi gas itu baru sedikit hilang namun rasanya sudah bertahun2 tidak menjamah air coke pepsi ini. 

Kita jadikan ini sebagai peringatan dan amaran. Jika tidak baik untuk kesihatan lebih baik berhenti.



Photobucket

Bersatu di luar BN

on




Tulisan saya dua hari lepas ( KLIK SINI ) berkisar tentang kegagalan rakyat bersatu padu kerana permainan politik oleh pemimpin dan parti yang lemah dengan menghangatkan isu rasis. UMNO menakut-nakutkan orang Melayu yang hanya UMNO sahaja yang mesti di undi jika Melayu hendak selamat.

MCA pula menakut-nakutkan bangsanya dengan memaksa kaum Cina untuk mengundi MCA kerana parti itu sahajalah yang boleh menjamin masa depan bangsa Cina dan begitu jugalah yang kita dengar dari MIC untuk orang India. Tetapi orang Cina dan India tidak lagi termakan dengan isu rasis yang di mainkan oleh parti-parti mereka kerana mereka sudah melangkah jauh untuk mencari perubahan. Mereka lebih sayang kepada bangsanya dari parti-parti mereka.

MCA merasakan yang partinya sudah hilang sokongan dari bangsanya sendiri, Begitu juga MIC dan UMNO. Malahan di antara mereka dalam komponen BN pun sedang bertelagah menyalahkan di antara satu dengan yang lain. Bagaimana parti-parti di dalam satu komponen yang bertelagah di antara satu dengan lain itu mampu mendapatkan keyakinan rakyat?

Oleh kerana sikap kurang berkeyakinan untuk mendapat sokongan rakyat inilah yang menyebabkan mereka memainkan isu perkauman yang amat sensitif ini. Oleh kerana kuasa parti-parti dan pemimpin-pemimpin mereka sanggup menggadaikan keharmonian di antara kaum di negara ini. BN khususnya UMNO hanya boleh kekal di atas perpecahan rakyat.

Keenakan berkuasa menyebabkan mereka tidak sanggup diketepikan rakyat di dalam pilihanraya. Maka mereka menggunakan isu rasis ini kononnya untuk menjaga masa depan kaum masing-masing dan mereka menggunakan isu ‘continuity’ sebagai alasan untuk terus berkuasa dan terus menikmati hidup berkuasa kalau boleh buat selama-lamanya. UMNO telah mengambil alih tanggungjawab Tuhan kerana mengaku hanya UMNO sahaja yang boleh menjamin masa depan orang Melayu.

Mereka tidak dapat menerima hakikat yang semua perkara tidak ada yang kekal. Sedangkan nyawa kita pun tidak kekal apatah lagi kuasa politik pinjaman ini. Dalam sebuah negara demokrasi kehilangan kuasa itu adalah lumrah dan mendapat kembali kuasa yang telah hilang pun adalah lumrah juga. Jika BN kehilangan kuasa kali ini ianya adalah biasa dan jika BN mampu memperbaiki diri mereka tidak mustahil kuasa akan kembali kepada mereka pada pilihanraya-pilihanraya yang berikutnya. 

BN memang patut merasakan dan mengalami bagaimana duduk di kerusi pembangkang supaya mereka sedar betapa susahnya duduk di sebelah pembangkang dan kesusahan yang bakal di alami oleh BN itu mungkin boleh menjadikan BN lebih matang dan tidak boleh mengambil sikap ‘for granted’ jika kembali berkuasa.

Tidak salah untuk kita berhelah untuk mendapatkan kuasa tetapi biarlah helah-helah tersebut berada di dalam ‘parameter’ moral dan etika kemanusiaan yang munasabah. Penolakan rakyat terhadap yang sedang berkuasa sekatrang ini bukannya tidak bersebab. ‘There is always a cause for a cause’ kata perbilangan Inggeris.

Oleh kerana telah berkuasa begitu lama, terbentuk dalam BN khususnya UMNO bersikap ‘arrogant’ yang begitu menjolok mata. Mereka terus menerus melakukan perkara yang tidak betul kerana berkeyakinan yang rakyat tetap akan mengundi mereka walau apa pun yang mereka lakukan. Mereka mengganggap yang rakyat tidak akan mengalihkan sokongan dari mereka dan itulah yang menyebakan mereka berani melakukan perkara-perkara yang di luar batasan moral selama ini.

Tetapi keadaan itu sudah jelas berubah dan BN sekarang baru hendak menyedarinya tetapi sudah agak terlambat. BN tidak sedar yang rakyat sudah lama terluka di atas tindakan mereka yang tidak melandaskannya kepada moral yang tinggi. Rakyat khususnya yang masih muda sudah tidak lagi memandang BN seperti pemimpin mereka harapkan lagi. Kalau kita pinjam kata-kata Dr Mahathir, UMNO sudah busuk hingga ke ususnya. Ia bermaksud yang UMNO sudah tidak boleh diperbaiki dan dibersihkan lagi.

BN sedar-sedarnya sudah jauh tersasar dari perjuangannya dan tidak mungkin kembali kepangkal jalan kerana melakukan perkara di luar tabii demokrasi sebenar sudah menjadi budaya kepada politik mereka. Selama ini BN tidak peduli dengan sokongan ‘legitimate’ dari rakyat. Asalkan dapat undi mereka tidak kisah samada sokongan itu sokongan ‘legitimate’ atau pun tidak.

Sampai bila kah BN hendak menyelamatkan diri dengan menggunakan kaedah yang kotor dengan memutar belitkan isu sensitif di saluran media perdana dengan memomokan pihak lain terutamanya PAS dan DAP. Lama kelamaan rakyat akan tahu juga segala kelemahan kita kerana rakyat sudah pandai berfikir. Haya pemimpin-pemimpin kita yang malas berfikir.

Banyak di antara kritikan blog ini terhadap BN telah mendapat reaksi kutukan tanpa perbahasan atau setidak-tidaknya alasan yang boleh di terima akal. Kebanyakannya tanpa ‘argument’ yang rasional tetapi hanya melemparkan kutukan semata-mata. Tetapi itulah UMNO dengan penyokong-penyokongnya. Tidak ada siapa boleh memperbaikinya. Mungkin mereka belum lagi sedar yang kata-kata nesta itu telah menjemukan orang ramai tetapi apakan daya sikap itu sudah menjadi budaya yang kekal dengan BN khususnya UMNO.

Tidak ada apa lagi yang boleh menyangkutkan hati kita terhadap ketelusan UMNO itu. Segala yang dilakukan hanya untuk kepentingan beberapa individu sahaja dan itu pun mereka merasakan yang mereka itu masih berada di pihak yang benar.

Manipulasi harga saham MAS dan Air Asia sudah berlaku sejak beberapa ketika dahulu semata-mata bagi memudahkan AirAsia untuk secara sistematik mengambil alih pegangan 20 peratus saham di dalam MAS. Harga saham MAS dimanipulasikan kepada harga terendah RM 1.60 dan saham Air Asia telah dilonjakan kepada RM 5.95 semasa ‘share swap’ di antara AA dan MAS itu, Segala-galanya berlaku di hadapan mata kepala Khazanah. Dalam proses ini ramai tidak percaya perkara seperti ini sanggup di lakukan oleh mana-mana pihak kerana rakyat tahu ada pihak di dalam Khazanah juga tidak jujur dalam pengendalian ‘share swap’ yang kontroversial ini kerana keuntungan peribadi yang besar. Mereka ini tidak beramanah untuk menjaga kepentingan rakyat.

Semuanya boleh berlaku dan dalam isu AA dan MAS ini ianya merupakan kes si tikus memakan ular. Ianya hanya membolehkan beberapa orang di dalam Air Asia menyelesaikan hutang yang bertampok-bertompok sejak mengambil alih Air Asia ini dahulu. Tetapi masih ramai di antara rakyat masih membisu dan memberikan sokongan kepada kumpulan ini menjahannamkan harta benda rakyat. 

Yang pasti beberapa orang yang terlibat dalam skandal ini meraih keuntungan peribadi yang sangat besar. Yang anihnya kerajaan yang memerintah menganggapkan yang semua rakyat boleh di perdaya dan dipermainkan dan di samping itu memaksa setiap orang menyokong mereka.

Tetapi masih ada rakyat yang diperdayakan dengan menggunakan isu Melayu sebagai cara untuk menambat sokongan rakyat dan memalingkan pandangan rakyat dari isu wang dan harta benda mereka yang dicuri oleh ‘perompak kolar putih’ yang sedang bermaharajalela. Mereka (pemimpin dan penyokong) tidak mahu rakyat sedar tentang segala penyelewengan yang dilakukan terhadap rakyat. 

Pemimpin-pemimpin UMNO melaungkan slogan Melayu tetapi ramai di antara pemimpin UMNO itu ada ada tawkeh-tawkeh Cina yang menjadikan mereka boneka di dalam kabinet persekutuan dan pemimpin kerajaan di negeri-negeri tadbiran mereka dan meraut peluang perniagaan untuk bagi pihak pemimpin-pemimpin UMNO. Ini amat menjemukan sesiapa yang nampak tentang kemungkaran ini. Oleh itu jika ada orang Melayu yang menyertai parti lain seperti DAP dan PAS maka elok sedarkan diri juak-juak mereka (UMNO) untuk tidak melabelkan mereka yang menyertai parti lain itu sebagai boneka.

Kita mesti sedar yang penyokong-penyokong parti kerajaan adalah juga boneka kepada pemimpin-pemimpin yang sedang giat membelasah harta benda rakyat dengan cara yang sangat sistematik. Mereka adalah boneka kepada perasuah yang rakus tanpa batasan. Di sinilah letaknya perbezaan di antara penyokong dengan pengkritik UMNO. Yang menyokong itu adalah dari mereka yang sanggup di perdayakan oleh pemimpin-pemimpin mereka yang tidak jujur dan yang tidak menyokong itu adalah dari mereka yang tidak tahan lagi dengan tindakan tidak bermoral pemimpin itu.

Masing-masing ada pilihan: boleh pilih yang bermoral atau kekalkan sokongan yang sudah hilang moral. Marilah kita menghormati kehendak masing-masing. Sedangkan Tuhan pun mewujudkan iblis dan syaitan dan sesiapa boleh memilih di antara kehendak Tuhan dan agamaNya atau menolaknya dengan bersekongkal dengan perasuah seperti yang dipersepsikan terhadap parti-parti yang memerintah sekarang ini. Hanya Tuhan berjanji, kerja dengan niat baik akan di balas baik.

Tepuk dada, tanyalah selera. Tetapi hakikatnya rakyat memang hendak bersatu, tetapi kebanyakan mereka lebih rela bersatu di luar BN. BN atau UMNO itu bukannya agama atau Tuhan yang tidak boleh disekutukan. Orang ramai bukannya bertukar akidah tetapi sekadar bertukar wadah.

Pertukaran wadah itu pun di dorong oleh kelemahan UMNO itu sendiri. Seorang Melayu yang menyertai DAP tidak akan mengurangkan Melayu mereka. Lahirnya seorang Melayu itu akan tetap seorang Melayu sehingga akhir hayatnya.

Melayu yang berjiwa hidup tidak akan hilang identitinya jika menyertai mana-mana parti berbilang kaum. Melayu yang hidup jiwanya itu adalah ibarat ikan yang hidup bertahun-tahun di lautan dalam yang masin. Ikan yang hidup itu jika dikeluarkan dari lautan dalam, ia tetap tidak masin.Tetapi sebaliknya jika ikan mati di keluarkan dari lautan dan di jemur, ianya akan jadi ikan masin yang kering. 

Anologi ini membezakan di antara mereka yang berjiwa besar dan inginkan perubahan dengan mereka yang fakir jiwanya dan terus sahaja memberikan sokongan kepada pengkhianat rakyat dan negara melalui rasuah dan salah guna kuasa itu.Jika UMNO dan pemimpin serta penyokongnya menganggap sesiapa yang menyertai PAS, DAP atau PKR itu sebagai boneka, maka pihak yang menyokong BN itu juga adalah boneka kepada kumpulan penagih rasuah dan penyalahguna kuasa pula.

Maka akhirnya akan wujud dua kumpulan boneka. Boneka yang pertama ialah boneka kepada kumpulan penagih rasuah dan satu pihak lagi ialah boneka kepada pihak yang bersih dan beretika dan tahu menyelangarakan kerajaan dengan lebih bersih dan transperan.

Rakyat perlu diberikan kebebasan untuk memilih di antara dua kumpulan ‘boneka’ ini. Bagi diri saya saya memilih untuk menjadi ‘boneka’ kepada kerajaan yang bersih dan jujur terhadap rakyat dan negara. Saya mungkin akan menjadi ‘boneka’ kepada kumpulan yang bersih yang mengelak dari memainkan isu rasis yang tidak berfaedah kepada rakyat dan negara. Masa akan menentukannya.

Saya sedar saya tidak ada negara lain untuk saya berlindung. Malaysia sahajalah negara saya. Saya tidak mampu untuk berada di negara lain kerana saya tidak mempunyai apa-apa. Hanya negara ini sahajalah tempat saya untuk hidup sehingga di panggil Allah swt ke arash. Saya seperti saudara mempunyai generasi saya yang saya tinggalkan yang perlukan jaminan dan tidak di terbiar melata di negara mereka sendiri.

Masalahnya orang melayu sekarang sudah kehilangan UMNOnya. Ada parti yang saya anggotai menggunakan nama UMNO, tidak mempunyai ciri-ciri UMNO yang sebenarnya. Jasad UMNO sudah lama terpisah dengan rohnya. Yang masih ada pada UMNO sekarang hanyalah alat sokongan penafasan, iaitu saki baki KUASA yang ada kepada parti itu. 

Jika alat sokongan penafasan ini dicabut oleh rakyat nanti maka berhentilah denyutan jantungnya dan tidak akan bergerak lagi.


sumber :- http://www.aspanaliasnet.blogspot.com/
Photobucket

Bajet Santa Claus?

on Oct 7, 2011

http://www.glogster.com/media/5/23/13/19/23131940.jpg



Najib dikatakan akan membentangkan bajet 2012 pada 7hb Oktober (hari ini )yang akan menjadi satu bajet pilihanraya. Ramai berpendapat bajet kali ini adalah bajet ‘santa claus’ dan akan memberikan hadiah yang berbentuk tunai kepada pegawai-pegawai perkhidmatan awam.

Banyak lagi hadiah untuk petani-petani seperti pemberian baja percuma dan lain-lain bentuk ‘pembelian’ undi yang akan dibuang rakyat dalam pilihanraya yang tidak berapa lama lagi.


Buat pemulaannya Najib telah memberikan ‘hadiah’ kepada seratus orang ketua kampong untuk menunaikan ibadah haji dengan tanggungan 1MDB dan beliau sendiri memberikan sumbangan sebanyak RM1000 kepada bakal-bakal jemaah haji tersebut. Bergembiralah seratus orang ketua kampong ini kerana dapat menunaikan fardhu haji secara percuma.

Kalaulah saya seorang ketua kampong sekarang ini peluang untuk mendapatkan hadiah istimewa itu mungkin saya dapati dan tentu sekarang saya sedang sibuk membuat persiapan untuk melangkah ke tanah suci itu. Agaknya jika Dato Ariff Sabri seorang ketua kampong di Pekan mungkin Ariff juga dapat peluang untuk menunaikan ibadah haji percuma itu.

Saya berharap Najib tidak menyisihkan 17,000 orang ketua kampong serta pengerusi JKKK seluruh negara untuk mendapatkan ‘naik haji percuma’ ini. Selepas ini tentu dikampong-kampong akan berlaku perebutan untuk menjadi ketua kampong untuk menunggu peluang ke tanah suci secara percuma dari 1MDB itu. Berpecah lagi masyarakat di kampong untuk meerebut jawatan ketua kampong serta pengerusi JKKK pula.

Bagaimana pula ahli-ahli jawatankuasa JKKK? Bukankah mereka juga merupakan orang-orang penting dalam menjaga kemajuan dan keselamatan kampong masing-masing? Mampukan kerajaan menaja semua orang ke tanah suci?

Selain dari itu banyak pihak telah mengandaikan yang semua rakyat akan mendapat imbuhan secara tunai mengikut saiz isi keluarga. Ada yang mengatakan yang Najib akan memberikan RM 3000 sekeluarga dan ada yang berkata RM 1500 bagi satu keluarga.

Petani-petani pula akan mendapat baja percuma dan sebagainya. Tidak tahu pula berapa kampit seorang yang akan di terima mereka dan tentulah ianya tidak akan dapat ‘hadiah’ ini berterusan.

Semua ‘hadiah-hadiah’ ini hanya diberikan semasa musim pilihanraya sahaja. Manakan mampu kerajaan untuk terus menerus memberikan subsidi sebegini sampai bila-bila. Jumlah segala gula-gula ini sebenarnya kecil jumlah billionnya kerana jumlahnya lebih kecil dari jumlah wang rakyat yang disonglap oleh pemimpin-pemimpin kita melalui projek-proek kerajaan yang dilaksanan secara runding terus dan pemberian kembali ‘hadiah’ secara ini hanya melibatkan jumlah yang terlalu kecil kerana pemberian seperti ini hanya berlaku sekali dalam tempuh 5 tahun penggal pilihanraya itu.

Jika benar pemberian secara ini dilakukan tentulah tidak lari dari andaian yang pimpinan kita melakukan penyelesaian dengan membeli undi dengan wang ringgit sahaja. Bagi pemikiran seperti ini mereka menganggapkan yang rakyat akan memberikan sokongan kepada kerajaan apabila menerima subsidi sementara ini.

Sesungguhnya rakyat lebih memerlukan sebuah kerajaan yang bersih dan boleh diyakini untuk menjaga nasib negara dan bangsa-bangsa di dalamnya hidup di dalam sebuah negara yang bersih dan aman.

Jumlah seribu dua yang mereka dapat itu boleh mereka dapatkan melalui usaha sendiri yang mampu dilakukan jika kerajaan itu bersih dari isu rasuah dan salah guna kuasa. Pemberian cara ini bolehlah memberikan kelegaan sedikit kepada rakyat sebulan dua, tetapi sampai bila sebuah kerajaan itu boleh kekal jika rakyat hanya disogokan dengan tunai seribu dua dalam pilihanraya sahaja?.

Sekampit dua baja yang diberikan kepada petani-petani tidak mungkin boleh menjamin petani-petani kita untuk hidup sempurna selama-lamanya. Cara memberikan imbuhan tunai ini tidak akan membantu negara kerana wang rakyat tadi tidak terurus secara optima dan baik dan akan berlaku ketirisan dimana-mana.

Elakan kita dari memberi ikan kepada rakyat tetapi lebih baik diberikan pancing dan umpan untuk mereka memancing sendiri. Sampai bila kerajaan hendak memberikan ikan itu. Najib perlu ingat yang wang yang diberikan secara salah ini merupakan wang yang di cukai dari semua rakyat. Rakyat memerhatikan perilaku kita sentiasa. Rakyat akan marah jika Najib berbangga memberikan subsidi sementara ini dengan membelanjakan berbillion wang mereka yang mengisi kantung perbendaharaan kita.

Janganlah dipergunakan wang rakyat untuk kepentingan politik kepartian dan peribadi semasa pilihanraya kerana itu menyakitkan hati orang yang membayar cukai itu. Mungkin PM tidak tahu berapa ribu rakyat yang di hadapkan ke Mahkamah kerana tidak mampu membayar cukai pendapatan dan tentulah mereka terpaksa bersusuh payah untuk mencari jalan untuk melunaskan pembayaran cukai kepada jabatan cukai negara.

Setelah bersusah payah membayar cukai tentulah mereka akan merasa benci kepada pemimpin-pemimpin kita yang senang-senang menggunakan wang mereka untuk kepentingan politik kepartian

Rakyat tahu parti mana pun yang mentadbir negara jabatan yang mengutip cukai itu adalah jabatan yang sama. Pegawai pegawai jabatan kerajaan tahu yang mereka menyumbang dan berkhidmat kepada ‘government of the day’, tidak kiralah jika UMNO atau PAS yang memerintah.

Jika Najib memaparkan bajet ‘santa claus’ maka rakyat hanyalah mendapat seperti ‘ang pow’ yang hanya diperolehi semasa hari natal setiap tahun. Tetapi ‘santa claus‘ ini hanya membahagi-bahagikan duit raya hanya lima tahun sekali. Jika setiap rakyat mendapat ‘ang pow’ RM 1000 dalam pilihanraya ini maka jika dinilai rakyat hanya mendapat RM1000 dibahagikan dengan 5 tahun, maka rakyat dapat RM200 sahaja setahun untuk menyerahkan negara kepada mereka yang akan membinasakan negara. Pada penilaian pemimpin kita hanya bernilai RM250 sahaja setahun dan jika dibahagikan dengan 12 bulan kita dinilai hanya sebanyak RM21 sahaja sebulan atau 0.80 sen sehari.

Oleh itu rakyat kali ini akan memilih pihak mana yang boleh diharapkan untuk menjaga wang ringgit rakyat yang dimasukan kedalam kantung perbendaharaan kerajaan itu. Mungkin rakyat mahu mencuba pihak lain pula untuk menjaga harta benda negara kita. Jangan dibahaskan kredibiliti pihak lain kerana belum dicuba lagi, tetapi yang pasti kerajaan pada hari ini telah terbukti menjahanamkan harta benda rakyat tanpa henti-henti, serta segan dan silu.

sumber :- http://aspanaliasnet.blogspot.com




Photobucket

'Undilah' ada mesej bagus untuk masyarakat

on

NONE

Ahli Parlimen Gua Musang Tengku Razaleigh Hamzah tidak keberatan jika video pengumuman khidmat pesanan awam 'Undilah' yang dikatakan mengandungi babak tidak disenangi ramai, ditarik balik.
    
"Bagi orang yang nak haramkan video itu kalau dia ada kuasa, dia haramkanlah," katanya kepada pemberita ketika ditemui di lobi Parlimen hari ini.
    
Tengku Razaleigh merupakan antara tokoh yang muncul dalam video itu, yang menampilkan 40 personaliti termasuk ahli politik BN dan Pakatan Rakyat, tempatan dan ahli sukan.
        
Video selama 4.38 minit arahan pemuzik Pete Teo yang boleh diakses di laman 'Youtube' dan dilancarkan sempena Hari Malaysia, menyeru rakyat Malaysia untuk mendaftar sebagai pengundi.

Tengku Razaleigh berkata beliau secara peribadi berpendapat video itu mempunyai mesej yang bagus untuk masyarakat.    
    
"Saya diminta bagi kenyataan untuk seru rakyat mendaftar (sebagai pemilih)... terutama sekali banyak muda-mudi golongan Melayu tak daftar, tapi kaum Cina ramai, jadi saya tampil ke depan," katanya.

Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia sebelum ini menyatakan klip video "Undilah" belum mendapat kelulusan Lembaga Penapis Filem (LPF) untuk siaran, dan yang sedemikian, ia tidak sepatutnya disiarkan menerusi televisyen.



Photobucket

Nik Aziz Nik Mat

on Oct 6, 2011


Makan dari sumber yang halal. Makanan yang dimakan adalah halal lagi baik. Baik pada semua keadaan.

Tidak berlebih-lebih dan sentiasa mengelakkan diri dari melakukan pembaziran.
Pemimpin wajib menunjukkan contoh berjimat cermat.


Barulah sesuai dilantik sebagai pemimpin.Sentiasa bertanggungjawab dan amanah.
Jangan sampai pemimpin bersungguh-sungguh menyampaikan ucapan memberi nasihat pada rakyat supaya berjimat cermat tetapi pemimpin itu sendiri yang boros dan terus menerus menunjukkan cara hidup bermewah-mewah..


Macam itu jugak, bila mana pemimpin berucap ketika merasmikan hari kebesaran Islam, sering kali mengingatkan hadirin pendengar agar ikut jejak Nabi, cara hidup Nabi, tapi amalan pemimpin sendiri melencong dari seruan yang diucapkan... Memang macam hampeh!!!



Photobucket

Followers

pop up text

Blog Archive

Top Ranking Pro PR

My Blog List