Guan Eng vs Rais: Siapa Penipu...?

on Oct 8, 2011


BM and Penang. But, seriously, who's lying here? Lim Guan Eng, who recently apologized to the Johor Sultan for a slur he claimed not to have made despite audio recording evidence, orRais Yatim, who has proven that politicians can keep burning bridges and then keep crossing them?......rocky's bru.


Ketua Menteri Pulau Pinang Lim Guan Eng mahukan Menteri Penerangan, Komunikasi dan Kebudayaan Rais Yatim supaya menghentikan “permainan  bahaya” sebagai seorang wira yang kononnya mempejuangkan Bahasa Malaysia.
Selain menuduh Rais melancarkan “siri pembohongan yang berniat jahat dan menyerang peribadi”, Guan Eng juga berkata bahawa Menteri Penerangan itu tidak adil dalam “menghina kerajaan negeri Pulau Pinang [sebagai meminggirkan BM] atas majlis anjuran Kolej Han Chiang”.
Di samping kenyataan akhbar Guan Eng yang mendakwa Rais “enggan mengakui pembohongan” yang dilakukannya, dia juga melemparkan tuduhan bahawa Rais “terus menipu untuk memainkan sentimen perkauman”.
Kenyataan akhbar tersebut telah diterbitkan semalam di Facebook rasmi Guan Eng serta di blog http://limguaneng.com dalam tiga bahasa mengikut susunan Bahasa Inggeris terdahulu, diikuti dengan BM, dan Bahasa Cina akhir sekali.
Kenyataan itu ditulis pada asalnya dalam BI dan kemudian dialih bahasa kepada BM dan Bahasa Cina.
Sebelum ini Guan Eng memberi alasan bahawa dia tidak harus dipersalahkan atas ketidak penggunaan BM pada tempoh hari kerana majlis itu bukan dianjurkan oleh kerajaan negerinya tetapi oleh Han Chiang sebuah kolej swasta.
Namun dalam kenyataan akhbar ini, tampak Bahasa Inggeris didahulukan dan BM dibelakangkan. Bukan sahaja BM diletakkan pada takuk lebih rendah daripada BI, versi BM tersebut pun hanya satu penterjemahan daripada BI.
Dan ianya dikeluarkan Guan Eng sendiri. Jadi kali ini dia tidak boleh salahkan Han Chiang lagi.
Adakah tindakan Guan Eng ini menunjukkan dia benar-benar menghormati bahasa kebangsaan?

Rencana berkaitan: Tweet Guan Eng berbunyi ‘juz like BN a typical thief’



Photobucket

0 comments:

Followers

pop up text

Blog Archive

Top Ranking Pro PR

My Blog List