Bakal MB Kedah...?

on Oct 10, 2011

https://blogger.googleusercontent.com/img/b/R29vZ2xl/AVvXsEhY9ntYBykmSWZI4W1YjNpHM0CdcgIEwauLRNpzXSASjMgLURsGv-WOKkjTSsNMdTFRldTNkjz1ikx-da6whq8zSc2PL31iLxF5ljj9VNEFz4tVnzIkB2x4hwIFeJCRc3iTlV9yqKwFpQ/s400/Mukriz+%26+Tun+005.jpg



KETIKA Umno Kedah kononnya sudah bersedia berubah, kerana bimbang akan rebah buat kali kedua, ratarata mereka tidak nampak siapakah yang bakal diketengahkan untuk menjadi calon Menteri Besar (MB) jika BN Kedah kembali berkuasa.

Beberapa pihak mentertawakan cakap-cakap bahawa Presiden Umno, Dato’ Seri Mohd Najib Tun Razak seperti sudah bersetuju jika Ahli Parlimen Jerlun, Dato’ Mukhriz Tun Dr Mahathir dinamakan sebagai bakal MB, selepas PRU13 kerana imej yang dibawa kononnya diterima di kalangan rakyat Kedah.


Kata mereka, Najib seperti tidak belajar dari pengalaman Tun Dr. Mahathir Mohamad, bekas Perdana Menteri (PM) yang pernah menamakan Tan Sri Sanusi Junid sebagai MB Kedah, menggantikan Tan Sri Osman Arof, hingga membawa bencana besar kepada Umno di Kedah.


Sanusi ketika dilantik menjadi MB Kedah, bukan seorang ketua Umno bahagian. Dia dikalahkan Dato’ Abu Bakar Taib sebagai Ketua Umno Bahagian Langkawi tetapi Dr Mahathir membuktikan beliau seorang yang mempunyai sifat kuku besi ketika mentadbir, tetap menamakan Sanusi sebagai MB Kedah.

Akhirnya, Sanusi yang turut dilantik menjadi Pengerusi Badan Perhubungan Umno Negeri Kedah terpaksa meletakkan jawatan sebagai MB apabila keputusan pilihan raya umum ketika itu tidak menunjukkan Kedah adalah negeri yang diwakili Perdana Menteri dan menyebabkan Sanusi meletakan jawatannya sebagai MB. Dari 15 kerusi Parlimen di Kedah, BN hanya menang tujuh manakala PAS menang lapan.
Dr Mahathir amat marah dengan keputusan itu dan menerima perletakan jawatan Sanusi sebagai MB dan tempat Sanusi digantikan Dato’ Seri Syed Razak Syed Zin.

Syed Razak tidak dapat bertahan lama kerana masalah kesihatan dan tempatnya digantikan Dato’ Seri Mahdzir Khalid. Sekali lagi, perlantikan Mahdzir dibuat oleh Dato’ Seri Abdullah Ahmad Badawi (kini Tun) tanpa mengambil kira kedudukan Mahdzir yang bukan ketua bahagian.

Mahdzir yang kemudiannya dilantik menjadi Pengerusi Badan Perhubungan Umno Negeri Kedah akhirnya membawa bersama-sama tumbang BN di Kedah dalam PRU12 yang lalu. Mahdzir kini adalah Ketua Umno Bahagian Padang Terap, jawatan yang dimenanginya selepas beliau menjadi MB.

Dari pengalaman buruk Dr Mahathir dan Abdullah ini, apakah Najib masih tidak mahu belajar supaya tidak melantik seseorang yang bukan penyandang jawatan ketua bahagian sebagai MB?
Jika Najib masih berkeras mahu melantik Mukhriz, beliau sebenarnya bukan berhasrat menyelamatkan Umno di Kedah tetapi kerana takutkan Dr. Mahathir yang mungkin menyerangnya hingga tumbang sebagaimana yang berlaku terhadap Abdullah dahulu.

Dalam hal ini, suka atau tidak, Najib mestilah mempunyai calon MB Kedah dari kalangan ketua bahagian yang boeh menang. Walaupun setakat ini, bayangan yang dilihat, Najib mahukan Dato’ Ahmad Basha Md Hanifah yang merupakan Ketua Umno Bahagian Alor Setar sebagai bakal MB Kedah selain Mukhriz tetapi ramai yang percaya, Najib akan menamakan seseorang yang berpendidikan tinggi untuk menjadi MB selepas PRU13 akan datang.
Umno Kedah sebenarnya ketandusan pemimpin. Dr. Mahathir ketika menjadi PM tidak mempedulikan Umno Kedah dan kesibukannya di Kuala Lumpur dan peringkat antarabangsa menyebabkan Kedah kini seperti sebuah gurun yang tidak ditumbuhi pokok.

Jika suatu masa dahulu Umno Kedah berbangga dengan beberapa nama seperti Allahyarham Dato’ Raja Ariffin Raja Sulaiman, Dato’ Dr Afiffuddin Omar, Tun Daim Zainuddin, Tan Sri Sanusi Junid dan Dato’ Mahadzir Mohd Khir, tetapi kini Umno Kedah hanya melahirkan Dato’ Mohd Johari Baharom dan Ahmad Basha yang tidak mampu dibawa ke tengah.

Ada juga yang berpandangan, kononnya Dr Mahathir memang tidak memberi pilihan kepada pucuk pimpinan, agak nama anaknya, Mukhriz dipilih menjadi MB Kedah jika BN menang dalam PRU 13 akan datang.
Mukhriz yang merupakan ahli biasa Umno di bahagian Kubang Pasu bertanding di Parlimen Jerlun dan kemungkinan kali ini, dia akan diletakkan bertanding di peringkat Dun dalam Parlimen Kubang Pasu untuk melayakkannya dilantik menjadi MB Kedah jika BN menang semula. Namun, ia bukanlah mudah kerana ada 15 ketua bahagian di Kedah yang juga kepingin untuk menjadi MB jika BN menang semula.

Cuma, kelebihan yang ada pada Muhkriz ialah “peranan Dr Mahathir” akan menjadikan dia mempunyai kelebihan dari caloncalon lain yang tentunya tidak mempunyai seorang bapa yang pernah menjadi PM.
Cuma, sebagai seorang ahli biasa, apakah selepas ini politik Umno Kedah akan kembali bergolak seperti zaman Sanusi dan Mahdzir? Ketika era Sanusi, riaknya tidak begitu ketara tetapi pengundi hampir-hampir menjatuhkan kerajaan negeri dalam pilihan raya umum.

Di zaman Mahdzir, serangan bertubi-tubi Dr Mahathir ke atas kepimpinan Abdullah menyebabkan Kedah tumbang dan Mukhriz bertindak menulis surat meminta Abdullah meletakkan jawatan sebagai PM sebaik sahaja dia menang kerusi Parlimen Jerlun.

Dari apa yang Najib berikan kepada Mukhriz menunjukkan Najib cukup “menjaga hati Dr Mahathir”. Mukhriz tewas jawatan Ketua Pergerakan Pemuda Umno Malaysia, tetapi kemudiannya dilantik menjadi Timbalan Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri.

Kemudian, dalam rombakan Badan Perhubungan Umno Kedah, Mukhriz dinamakan sebagai Timbalan Pengerusi Badan Perhubungan Umno Kedah yang baru menggantikan Ahmad Basha yang dilantik menjadi pengerusi.
Khabarnya, nama Mukhriz sudah diangkat sebagai Pengerusi Badan Perhubungan tetapi ada dakwaan mengatakan terdapat seorang Adun Umno di Kedah mahu meletakan jawatan jika Najib menamakan Muhkriz sebagai pengerusi menyebabkan Mukhriz hanya dilantik menjadi timbalan.

Sejauh mana kebenaran cerita ini, tiada siapa yang dapat mengesahkan tetapi beberapa pihak mendakwa, mereka lebih bersedia menerima Mahdzir Khalid sebagai Pengerusi Badan Perhubungan Umno Kedah daripada Ahmad Basha, tetapi Najib tidak berani melantik Mahdzir kerana Dr Mahathir dikatakan kurang senang dengan bekas MB Kedah ini.

Mahdzir didakwa memainkan peranan hingga Dr Mahathir tewas dalam usahanya merebut salah satu kerusi perwakilan Bahagian Kubang Pasu ke Perhimpunan Agung Umno beberapa tahun lalu.



SUMBER ARTIKEL

Photobucket

Khalid Kekal MB Selangor

on


Ketua umum PKR Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata, isu berhubung tuntutan untuk mengganti Tan Sri Khalid Ibrahim sebagai menteri besar Selangor telahpun diselesaikan secara "demokratik."

"Kita beri mandat penuh kepada Tan Sri Khalid sebagai menteri besar," katanya kepada wartawan di bangunan parlimen hari ini.

NONETambahnya, beliau juga sering mendengar rungutan demi rungutan untuk menukar ketua umum dan juga menteri besar.

"Tapi kita tidak boleh ketepikan pandangan mereka. Kita dengar dan keputusannya adalah untuk menyokong Khalid," katanya lagi.

Ditanya bilakah keputusan itu dibuat, Anwar berkata perkara itu merupakan satu "isu lama" tetapi timbul semula "baru-baru ini."

Isu berkenaan timbul apabila dilaporkan satu laman web bahawa hubungan antara Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim dengan ADUN dan ahli parlimen PKR dilaporkan semakin rapuh.

Malah, lapor laman AntaraPos.com, terdapat kumpulan wakil rakyat parti itu mahu pimpinan parti menggugurkan Khalid daripada jawatan menteri besar.

AntaraPos.com diasaskan sekumpulan bekas editor TVSelangor yang juga bekas kakitangan kerajaan negeri melalui Menteri Besar Incorporated.

Laman web itu juga mendakwa Anwar Ibrahim akur dengan desakan itu dan telah meminta supaya presiden parti, Datin Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail menjalankan tuntutan pimpinan itu.

Bagaimanapun, lapor laman web itu lagi, Wan Azizah enggan berbuat demikian, menyebabkan timbul keresahan di kalangan wakil r


Photobucket

Khalid Ibrahim Akan Di Singkirkan...?

on



Hubungan antara Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim dengan ADUN dan ahli parlimen PKR dilaporkan semakin rapuh sehingga ada kumpulan wakil rakyat parti itu mendesak pimpinan parti supaya memecat Menteri Besar Selangor itu.

anwar ibrahim and wan azizah sodomy trialPortal berita AntaraPos.commelaporkan, ketua umum parti Datuk Seri Anwar Ibrahim, malah, akur dengan desakan itu dan telah meminta supaya isterinya Datin Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail sebagai presiden parti melaksanakan tuntutan pimpinan itu.

Bagaiamanapun, difahamkan Wan Azizah enggan berbuat demikian. Tindakan beliau itu sehingga menimbulkan keresahan di kalangan wakil rakyat berkenaan yang semakin tidak berpuas hati dengan prestasi Khalid.

Memetik beberapa sumber dalaman, AntaraPos.commelaporkan kemelut berkenaan telah mencetuskan krisis dalaman parti yang memberi kesan kepada bukan sahaja PKR tetapi juga Pakatan Rakyat.

Ini juga dikatakan sedang menghakis peluang gagasan itu untuk mengekalkan kuasa di Selangor pada pilihanraya umum akan datang.

Rungutan utama wakil rakyat PKR terhadap Khalid adalah bahawa prestasi kepemimpinan PKR di Selangor tertinggal jauh berbanding dengan kerajaan negeri pimpinan DAP di Pulau Pinang.
Keghairahan Khalid

Manakala di Kelantan dan Kedah, kerajaan negeri pimpinan PAS bergerak atas landasan sama dengan telunjuk parti dan memastikan dasar-dasar PAS dilaksanakan di peringkat negeri.

NONE"Apa yang jelas di Selangor ialah keghairahan Khalid mengumumkan program-program rakyat dengan begitu gah namun pelaksanaan ibarat melepaskan batuk di tangga sepanjang tiga tahun yang lepas," kata sumber-sumber dalaman parti.

Contohnya program seperti Skim Mikrokredit yang dibeban dengan birokasi keterlaluan untuk mendapatkan kelulusan, manakala tahap pelaksanaan projek pembersihan Sungai Klang yang dalam program memacu ekonomi Selangor bernilai RM60 bilion masih jauh daripada memuaskan walaupun ia diumum hampir tiga tahun lalu.

Sebaliknya, Khalid memberi tumpuan kepada “projek-projek remeh yang jelas tidak mendatangkan sebarang kesan jangka panjang untuk kebaikan penduduk Selangor tetapi hanya sekadar untuk meraih populariti," tambah sumber itu.

pkr congress agm kota baru 300510 crowdMenurut sumber itu lagi, pada Mei lalu, wakil rakyat PKR mengemukakan memorandum kepada Anwar meminta beliau memecat Khalid sebagai menteri besar demi memelihara kedudukan PKR sebagai paksi Pakatan Rakyat, khususnya di Selangor.
Singkir MB

Memorandum itu disampaikan kepada Anwar pada Kongres Pilihanraya PKR. Difahamkan bahawa apabila menyedari perkara itu, Khalid bergegas meninggalkan kongres berkenaan sebagai tanda protes.

Susulan memorandum itu, ahli-ahli Majlis Pimpinan Pusat dan Biro Politik PKR turut meluahkan rasa tidak puas hati dengan prestasi Khalid, baik sumbangannya kepada parti atau pun selaku Menteri Besar.

NONEMereka juga merujuk kepada tindakan Khalid untuk mencantas beberapa program kemasyarakatan yang diatur oleh parti tetapi meluluskan program-program di peringkat negeri yang berupaya meningkatkan populariti beliau secara peribadi.

Kata sumber itu lagi yang dipetik AntaraPos.com, sebagai respon kepada  rungutan dan memorandum itu, Anwar selaku ketua umum PKR meminta Wan Azizah selaku presiden untuk melaksanakan ketetapan yang diambil oleh Biro Politik dan Majlis Pimpinan Pusat bagi menyingkir Khalid.

Penyingkiran itu memerlukan PKR mendapat persetujuan daripada DAP dan PAS sebelum menghadap Sultan Selangor Sultan Sharafuddin Idris Shah dengan usul berkenaan selain mengemukakan calon MB baru.
Dalang

Bagaimanapun usul itu dikatakan "mati begitu saja" di tangan Wan Azizah yang bertegas mahu mengekalkan Khalid walaupun membelakangi mandat Majlis tertinggi PKR dan suaminya sendiri.

ngo pro selangor government rally 230111 faekahSumber-sumber juga memberitahu keputusan Wan Azizah untuk menempelak kehendak wakil-wakil rakyat parti, didalangi oleh Faekah Husin (kiri), setiausaha politik Khalid yang sebelum ini  menjadi pegawai khas presiden PKR itu.

Walaupun berpejabat di Bangunan Setiausaha Kerajaan Negeri Selangor, Faekah masih bertindak penasihat utama Wan Azizah, malah banyak menghabiskan waktu untuk urusan Presiden PKR.       
"PKR kini berdepan dengan masalah dalaman yang amat serius kerana ia membabitkan tiga personaliti tertinggi iaitu Anwar, isterinya dan Khalid," kata sumber itu.

"Wakil rakyat dan akar umbi yang mengetahui masalah ini kini menunggu untuk melihat apakah langkah seterusnya Anwar - sama ada bertegas untuk memaksa Khalid berundur atau tunduk kepada kemahuan isterinya yng jelas dipengaruhi oleh orang kanan Khalid.  



Photobucket

MALAYSIA RAMPAS SEMPADAN INDONESIA...?

on Oct 9, 2011

Malaysia Manfaatkan Kemiskinan Indonesia Caplok Perbatasan


TRIBUNNEWS.COM, JAKARTA - Ketua Komisi I DPR--membidangi masalah pertahanan dan hubungan luar negeri--Mahfudz Siddiq, membenarkan adanya kedaulatan negara, wilayah perbatasan daratan di Danar Bulan, Kalimantan Barat yang dicaplok oleh Malaysia. 

Dari laporan yang diterima, berdasarkan hasil investigasi yang dilakukan oleh TB Hasanuddin, luas pemerintah RI sudah bergeser ke Malaysia, seluas 1.400 hektar. 

Secara khusus kepada tribun, Minggu (9/10/2011), politisi PKS ini menjelaskan, kasus ini adalah masalah klasik lantaran pemerintah Indonesia, tak sigap menjaga kedaulatan negara. Belum lagi, TNI dan Polri yang tak memiliki sarana memadai menjaga kedaulatan di daerah perbatasan. 

"Masalah perbatasan darat di Kalimantan Barat itu adalah masalah lama yang nggak keurus. Dari sisi pembangunan, nggak keurus. Kemudian, dari sisi keamanan kontrol dari aparat TNI maupun Polri yang tidak memadai karena dukungan anggaran yang amat kurang," kata Mahfudz Siddiq. 

Belum lagi, proses perundingan antara Malaysia dan Indonesia yang tak kunjung rampung. Hal ini, kata Mahfudz, yang kemudian dimanfaatkan Malaysia dengan melakukan pembangunan di daerah perbatasan. 

"Malaysia, pastilah punya hajat mengulur-ulur perundingan. Dan saat perundingan masih berjalan, mereka melakukan langkah-langkah yang menguntungkan," Mahfudz menegaskan. 

Kenyataan yang ada, daerah perbatasan darat antara Indonesia dengan Malaysia di Kalimantan Barat, yang luasnya ribuan hektar adalah daerah-daerah yang secara pembangunannya, infrastrukturnya sangat tertinggal. Sementara sebaliknya, Malaysia melakukan pembangunan di daerah perbatasan yang sangat terstruktur, pembangunan daerah pemukiman sangat maju. 

"Jadi, kalau ada patok (batas perbatasan) digeser saja sampai ratusan meter, nggak terasa. Karena pemerintah kita nggak mampu, mengukur patok-patok itu, cuma manual saja. Malaysia manfaatkan kemiskinan Indonesia caplok tanah perbatasan," Mahfudz menegaskan.


Artikel Asal
Photobucket

MAHATHIR vs NAJIB...?

on



Mahathir Mohamad bukanlah seorang yang boleh berdiam diri apabila berlaku sesuatu yang menarik perhatiannya. Selepas persaraannya pada tahun 2003, Mahathir menyepi buat seketika, memberi perhatian kepada perpustakaan peribadinya, dan malah membuka kedai kek di Langkawi. Tetapi itu tidak lama sebelum dia kembali semula.

Lawannya yang kurang bernasib baik adalah tidak lain dan tidak bukan, Abdullah Badawi, pengganti yang dipilihnya sendiri. Tetapi walaupun hubungan mereka baik sebelum ini, apabila Badawi mula memansuhkan projek-projek besar Mahathir, orang tua itu tidak menyukainya dan menunjukkan rasa tidak puas hatinya. Tetapi itu tidak mencukupi bagi Abdullah, yang ketika itu sedang menunjukkan imej reformnya. Badawi telah melakukan sesuatu yang tidak disangka, dengan melepaskan musuh ketat Mahathir, Anwar Ibrahim, yang Mahathir telah bersusah payah untuk memasukkannya ke dalam penjara. Dan penambahnya pula, Badawi mendakwa kawan lama Mahathir, Eric Chia, atas tuduhan jenayah penyelewengan.

Semua perbuatan-perbuatan ini melukakan Mahathir, tetapi yang menambah garam pada luka ialah apabila langkah-langkah ini disambut dengan hebat dan meriah. Tidak biasa diketepikan, Mahathir tidak dapat berdiam diri dan mula mengeluarkan kenyataan demi kenyataan, bertujuan untuk memperlekehkan dan akhirnya menjatuhkan penggantinya itu. Ia mengambil masa beberapa tahun dan kegagalan dalam pilihanraya pada tahun 2008 untuk akhirnya menyingkirkan Badawi, tetapi itu kerana sebelumnya Badawi telah membawa kemenangan besar untuk BN pada pilihanraya tahun 2004.

Begitu juga, pada April 2009, Abdullah digantikan oleh Najib Razak, seorang lagi pengganti Mahathir yang dipilihnya sendiri. Sekali lagi, Mahathir menyepi, timbul sekali-sekala seperti seekor jerung yang mengamati mangsanya pada majlis-majlis seperti pelancaran Perkasa dan lain-lain lagi badan-badan pro-Melayu. tetapi secara kasarnya, dia masih berdiam diri, memberi ruang kepada Najib untuk menjadi Perdana Menteri walaupun terdapat desas-desus yang Najib takut untuk melakukan apa-apa yang boleh menyinggung perasaan orang tua itu.

Mahathir kembali di atas pelana?

Tetapi hari-hari itu sudah mula berakhir. Kini Mahathir berada dalam berita hampir setiap hari. Apaila ada isu yang keluar, seperti pelancaran Belanjawan 2012 Pakatan Rakyat Selasa lepas, pemberita berpusu-pusu untuk mendapatkan pandangannya. Beberapa bulan kebelakangan ini, Mahathir juga telah memberi amaran keras kepada Najib Razak untuk menangguhkan pilihanraya atau UMNO akan "kalah besar". Amaran yang kelihatannya seperti tidak diendahkan oleh Najib Razak, dan ini menimbulkan kemarahan bekas Perdana Menteri itu.

"Senang untuk kita belanjakan wang yang bukan di bawah kawalan kita. Kita boleh buat apa sahaja seperti berjanji memberi 20 peratus royalti minyak. Ya, kiat boleh membuat janji-janji itu kerana kita bukan kerajaan. Berjanji, asalkan kamu menang pilihanraya," kata Mahathir kepada pemberita pada hari Selasa.

Dan sewaktu hujung minggu, ini yang dikatakan oleh Mahathir. "Jika pilihanraya umum diadakan sekarang, UMNO mungkin akan kalah besar kerana sokongan terhadapnya sudah pudar," lapor Bernama seperti yang dikatakan oleh Mahathir pada hari Ahad.

Bekas Perdana Menteri itu sudah pastinya mempunyai alsan yang kukuh untuk memberi amaran kepada Najib kerana Perdana Menteri itu sekarang ini sarat dengan skandal yang memalukan Malaysia. Najib akan membentangkan Belanjawan 2012 BN pada hari Jumaat tetapi peluangnya untuk meneggelamkan Belanjawan Pakatan adalah sangat tipis, walaupun kita boleh menjangka media yang dikawal kerajaan akan menggembar-gemburkannya.

Kehilangan kepercayaan rakyat

Tetapi mungkin Mahathir benar. Tentunya ini bukan waktu yang sesuai untuk Najib mengadakan pilihanraya. Semangat rakyat tidak bersamanya. Rakyat Malaysia mahukan perubahan dan ini tidak diberikan oleh Najib. Sebaliknya, mereka terpaksa akur dengan apa yang Mahathir mahu atau apa yang difikirnya adalah yang terbaik kerana Najib terlalu lemah untuk melawannya.

Oleh itu, adalah agak terlambat untuk Najib mendapat kembali tumpuan dan melakukan sedaya-upayanya. Sentimen awam bertentangan dengannya, dan rakyat menyalahkan Najib. Yang sering terngiang-ngiang di minda mereka adalah skandal-skandalnya dan sememangnya, tidak pernah ada dalam sejarah Malaysia seorang Perdana Menteri yang dibebani dengan begitu banyak skandal seperti Najib Razak. Dan kerana ini, tiada orang lain yang patut dipersalahkan selain dirinya sendiri.

Saga kes Altantuya-Scorpene yang berterusan menyebabkan pemerhati-pemerhati internasional menggeleng kepala tidak percaya. Tetapi di Malaysia, UMNO dan kuncu-kuncunya berpura-pura tidak tahu menahu tentang perkara ini, walaupun mereka mengikuti perkembangannya. Skandal rasuah yang melibatkan wang imbuhan untuk pembelian dua kapal selam Scorpene ini sedang menunggu perlantikan hakim penyiasat Perancis.

Kes pembunuhan Altantuya ini menunggu penyudahannya, kerana hakim yang menjatuhkan hukuman gantung ke atas dua pengawal peribadi Najib masih belum menulis penghakimannya lagi; membuatkan ramai yang bertanya - adakah ini penututpan kes bunuh yang terbesar dalam sejarah Malaysia yang melibatkan sistem kehakiman dan kerajaan?

Kemudian ada pula isu cincin berlian bernilai RM24 juta, yang dikaitkan dengan isterinya Rosmah Mansor. Bersama dengan desas-desus mengenai pembelian barangan mewah, percutian ke luar negara bersama kuncu-kuncunya yang menggunakan wang rakyat, Rosmah Mansor merupakan tanggungan berat tabung negara dan juga untuk imej politik Najib.

Kemudian ada juga kes perbicaraan Sodomi II yang sedang berlangsung, dengan adegan 'beri kami sepina kalau mahu lihat kami di mahkamah' yang dimainkan oleh Najib dan Rosmah. Adalah mencabar logik akal sekiranya paasngan itu alah kepada mahkamah untuk membersihkan nama mereka daripada tuduhan memerangkap Anwar Ibrahim. Halim dijangka membuat keputusan mengenai alasan bertulis Najib yang beliau tidak tahu-menahu tentang kes perbicaraan Sodomi II itu pada hari Khamis, alasan yang sama yang diberikan oleh Rosmah.

Mahathir memberi amaran kepada Najib

Sudah pastinya Mahathir sedang marah. Ekonomi yang merudum, kos sara hidup yang meningkat dan pergolakan dalaman UMNO sudah pastinya membebankan fikirannya tetapi tidak pada Najib. Sebaliknya, Najib kelihatan seperti hanyut ke sana-sini.

Dan yang terbaru sekali, Najib yang berumur58 tahun itu sedang berusaha keras untuk menjadi Perdana Menteri Malaysia yang paling 'cool'. Mudah sahaja untuknya, yang tidak merasa apa-apa dengan membazirkan berjuta-juta wang rakyat untuk publisiti palsu.

Patutlah berpendapat sekiranya pilihanraya diadakan pada tahun ini, BN dan UMNO akan hilang kuasa dalam kerajaan. Jadi sekarang, Mahathir Mohamad bertindak dengan serupa seperti apa yang beliau lakukan terhadap Abdullah Badawi - untuk memastikan Najib masuk balik ke dalam botol, seperti jin buruk, dan jika perlu, digantikan sebelum pilihanraya akan datang.

Najib lawan balik

Barangkali inilah puncanya Najib tidak mengambil peduli. Dia masih berusaha keras untuk meraih kembali sokongan untuk menang dalam PRU-13 dengan seberapa besar majoriti yang mungkin. Ya, Najib mempunyai alasan yang kukuh untuk mengadakan pilihanraya sebelum mesyuarat agung UMNO pada bulan Disember. Dia merupakan seorang Perdana Menteri tanpa mandat rakyat, mengambil kuasa daripada Abdullah Badawi di atas pengundurannya daripada kerusi Presiden UMNO pada tahun 2009. Jika Najib meraih mandat rakyat sebelum mesyuarat agung UMNO pada bulan Disember nanti, adalah lebih sukar untuk menyingkirnya daripada kerusi Presiden UMNO.

Terdapat juga spekulasi bahawa majlis tertinggi UMNO mahukan rancangan pemindahan kuasa yang terperinci daripadanya kepada Muhyiddin. Najib tidak dijangka untuk menghabiskan tahun 2012 sebagai PM walaupun BN berjaya mengalahkan Pakatan pada PRU-13. Oleh itu, adalah lebih penting lagi buat Najib untuk meraih mandat rakyat untuk mempunyai apa-apa kuasa dalam kepimpinan UMNO.

Untuk Mahathir pula, persembangan-persembangan di kedai-kedai kopi di seluruh negara adalah untuk membuang masa sehingga pilihanraya parti diadakan pada Oktober 2012, di mana Najib dijangkamendapat tentangan keras daripada timbalannya, Muhyiddin Yassin. Alternatifnya, Mahathir mahukan rancangan pemindahan kuasa bermula semasa pertemuan delegasi parti pada minggu pertama Disember tahun ini. Bagi Mahathir, kemenangan PRU-13 adalah segala-galanya. Lebih baik kehilangan seorang individu daripada mengalami kekalahan di tangan Pakatan Rakyat yang dipimpin oleh musuh yang paling dibencinya, Anwar Ibrahim.

Inilah pergolakan Mahathir vs Najib, dan ia semakin menjadi-jadi setiap hari. Najib mahu tetap berkuasa melaui persepsi rakyat, manakala Mahathir mahukan BN tetap berkuasa dengan mengorbankan seorang individu. Dan pada akhirnya, pihak yang kalah itu bukanlah pihak yang melawan tetapi pihak yang direbutkan. Dan pihak ini adalah rakyat yang sentiasa diketepikan untuk hanya menonton perlawanan politik UMNO.


sumber :-  Malaysia Chronicle

Photobucket

BEBAS YANG TIDAK BEBAS

on




Timbalan Setiausaha SPR, Datuk Noordin Che Ngah berkempen untuk UMNO semalam -08 Oktober 2011 di Kelantan.

Majlis 'Gelombang Merah', nak mengaburi mata orang ramai jadilah Majlis Penerangan Perdana Peringkat Negeri Kelantan. Majlis UMNO tetapi dihadiri orang SPR, apa kenanya SPR dalam acara UMNO. Kalau badan bebas kenapa nak menjadi UMNO.

Kalau nak membuat penerangan kenapa tak mengasingkan diri dari UMNO. Kalau ada dakwaan SPR berat sebelah, pandai pula marah-marah!!



Photobucket

Erti Gerak Geri Dalam Solat

on





Inilah dia rahsia as-solat, sebagai peringatan bagi yang dah tahu atau panduan bagi yang baru tahu......

1 - Niat Sembahyang: Sebenarnya memeliharakan taubat kita dari dunia dan akhirat.

2 - Berdiri Betul: Fadilatnya, ketika mati dapat meluaskan tempat kita di dalam kubur.

3 - Takbir-ratul Ihram: Fadilatnya, sebagai pelita yang menerangi kita di dalam kubur.

4 - Fatihah: Sebagai pakaian yang indah-indah di dalam kubur.

5 - Ruqu': Sebagai tikar kita di dalam kubur.

6 - I'tidal: Akan memberi minuman air dari telaga al-kautsar ketika didalam kubur.

7 - Sujud: Memagar kita ketika menyeberangi titian SIRATUL-MUSTAQIM.

8 - Duduk antara 2 Sujud: Akan menaung panji-panji nabi kita didalam kubur

9 - Duduk antara 2 Sujud (akhir): Menjadi kenderaan ketika kita dipadang Mahsyar.

1 0 - Tahhiyat Akhir: Sebagai penjawab bagi soalan yang dikemukakan oleh Munkar & Nankir di dalam kubur.

11 - Selawat Nabi:Sebagai pendinding api neraka di dalam kubur.

12 - Salam: Memelihara kita di dalam kubur.

13 - Tertib: Akan pertemuan kita dengan Allah S. W. T.

Dari Abdullah bin 'Amr R. A., Rasulullah S. A. W.bersabda :

"Senarai di atas adalah salah satu sebab mengapa orang Yahudi /Kafir tidak sukakan angka 13 dan juga Hari Jumaat. Itulah sebab mengapa mereka mencipta cerita yang begitu seram sekali iaitu " FRIDAY the 13th " jika ada di kalangan kamu yang perasan!!!"



Photobucket

Termakan Budi, Tergadai Jiwa Dan Raga....?

on





Ada seorang pembaca blog saya menegaskan janganlah menganggap apabila orang Melayu menyokong UMNO dan BN, mereka itu bodoh. Izinkan saya memberitahu terlebih dahulu, saya tidak berkata demikian- yang saya sebut ialah pemimpin membodohkan orang Melayu. Ada perbezaan besar antara bodoh dan di perbodohkan. Tapi itu menjadi topic lain pula yang kita tidak akan bahas disini.

Itu bukan bodoh, itu membalas budi kata nya. Mereka hanya membalas budi kepada sebuah kerajaan yang telah memberi mereka banyak nikmat kehidupan. Orang berbudi kita berbahasa, demikian natijah dari pendapat nya.

Saya amat bersetuju dengan pendapat pembaca ini. Kerana ini akan bermakna, orang Melayu yang menyokong kerajaan2 di negeri Kelantan, Kedah, Selangor dan Pulau Pinang mesti di lihat sebagai berterima kasih juga. Mereka pun tidak bodoh tapi sekadar berterima kasih. Mereka berterima kasih kepada kerajaan2 yang telah membantu  mereka dalam pelbagai cara. Bukan begitu? Mustahil apabila orang Melayu menyokong UMNO mereka berterima kasih, tapi bila mereka menyokong parti lain, perbuatan tersebut tidak di kira sebagai berterima kasih?

Saya berharap pembaca tersebut tidak bermaksud hanya UMNO sahaja berhak menerima terima kasih dari orang Melayu. Sudah tentu pandangan seperti ini tidak boleh di terima kerana UMNO tidak ada hakmilik mutlak keatas sokongan orang Melayu. Malah dalam pilihanraya 2008, UMNO tidak mampu menyatakan bahawa mereka mewakili suara majorti orang Melayu.  Dalam PRU itu, lebih ramai orang Melayu menyokong parti bukan UMNO. Bagaimana kita mengklasifikasikan mereka? Murtad Melayu? Tidak mengenang budi?

Di sebalik kenyataan yang pious ini sebetulnya terkandung cerita mengenai  pertalian antara rakyat dengan kerajaan. Tersirat dalam kenyataan tersebut ialah bagaimana orang Melayu melihat peranan kerajaan dalam kehidupan mereka. Kalau di Amerika, mesej nya lebih kurang akan berbunyi-jangan soalkan apa negara kamu boleh buat kepada kamu, tanyakan apa yang kamu boleh buat untuk negara kamu. Negara dalam konteks ini, kerajaan lah. Atau gantikan negara dengan istilah kerajaan. Dari sini kita akan lihat pertalian antara manusia dengan kerajaan nya.

Dari komen pembaca itu, kita dapat mengagak bahawa kerajaan di lihat sebagai penjaga dan rakyat di lihat sebagai yang di jaga. Dan itu membawa 2 pengertian besar; Pertama, kerajaan adalah penjaga yang penuh dengan sifat keibuan menjaga anak anak. Kedua, tanngung jawab menentu masa depan kita di serahkan keatas bahu kerajaan.

Mungkin disinilah, iaitu didalam cara orang Melayu melihat peranan dan tempat kerajaan dalam kehidupan mereka, terkandung benih2 kemunduran. Inilah sikap inherent weakness yang kita mesti kikis- yakni menganggap kerajaan itu tempat kita bergantung segala nya dan tempat sumber rezeki hidup. Sikap seperti ini lah yang menyebabkan pemegang tampuk kerajaan membuli kita, angkuh dan sombong kepada rakyat kerdil. Kerajaan itu penaung dan kita yang bernaung , kerajaan itu tuan, kita hamba. Dan kepada si pengampu , konsep kerajaan seperti ini mahu mereka kekalkan. Selagi kerajaan di lihat demikian rupa, ianya memberi mereka a sense of supremacy dan mungkin juga khayalan godlike.

Sikap melihat kerajaan sebagai deity yang mesti di taati dan di puja, paling ketara di kalangan orang Melayu dan UMNO bertanggung jawab memanjangkan sikap yang melemahkan bangsa Melayu. Selagi kita mempunyai sikap yang demikian, selagi itulah kita terus bertongkat kepada kerajaan. Orang Melayu akan jadi tamby yang tertunduk tunduk tidak ada keyakinan diri. Kita tidak boleh meneruskan ketergantungan sebegini kerana dengan melakukan demikian, memberi peluang kepada pimpinan politik yang licik mengeksploitasi ketergantungan kita itu.

Berbalik kepada komen yang di berikan oleh pembaca tersebut, saya tidak menyebut nya demikian rupa- saya hanya memberitahu bahawa pemimpin Melayu membodohkan bangsa nya sendiri supaya mempercayai mereka mempunyai banyak kelemahan. Seolah olah lemah dan tidak bermaya itu adalah kesemulajadian orang Melayu. Mereka di bodohkan dengan tahyul bahawa jalan selamat ialah melalui bergantung terus kepada kerajaan. Dan bukan nya kerajaan yang mana mana tapi suatu kerajaan yang khusus iaitu UMNO. Tidakkah kenyataan seperti ini self serving?
Ini kenyataan yang self serving sebab kerajaan yang di maksudkan itu terdiri dari kerajaan yang di ujudkan oleh satu parti politik khusus sahaja. Tidak kah layak kerajaan dari parti bukan UMNO di jadikan sumber rujukan? Selagi bangsa Melayu terus percaya kepada pembodohan ini, maka bangsa Melayu akan terus menjadi suatu bangsa yang dependent.

Kita mesti konsisten dalam gesaan kita. Jika menyokong UMNO di anggap sebagai terima kasih kepada kerajaan yang memberi faedah serta kemudahan kepada mereka, prinsip yang sama mesti juga di pakai keatas kerajaan2 yang bukan UMNO. Kerajaan bukan UMNO di Kelantan, Kedah, Pulau Pinang dan Selangor semua nya menabur budi kepada orang Melayu. Berdasarkan gesaaan pembaca blog yang saya rujuk, maka orang Melayu dalam negeri negeri ini mesti juga berterima kasih kepada kerajaan2 ini dan terus menyokong mereka. Hanya dengan cara demikian, kita konsisten dalam pandangan kita. Jika menyokong itu bermakna berterima kasih, ia nya mesti di gunakan dalam semua keadaan. Berterima kasih dan mendapat sokongan tidak lagi menjadi hak ekslusif UMNO.

Cuba kita orang Melayu fikirkan. Jika orang Melayu bersikap bergantung kepada kerajaan secara membabi buta, ianya bertentangan dengan piagam seorang manusia yang mereka.
Apakah piagam seorang manusia yang merdeka? Seoarang manusia yang merdeka dan mempunyai jati diri( bukankah pemimpin UMNO sentiasa berkhutbah mengenai jati diri dan yakindiri) meyakini bahawa masa depan mereka adalah tanggung jawab mereka sendiri bukan menyerahkan tanggung jawab tersebut pada kerajaan. Kerajaan bukan lah tuan kepada orang yang menghambakan diri mereka.

Sebuah kerajaan hanyalah suatu wadah dan jalan, bukan nya pemberi nikmat dan keistimewaan jauh sekali sesuatu yang mesti di sembah. Manusia yang merdeka itu bertanya apakah yang mereka dapat lakukan melalui kerajaan untuk  melaksanakan tanggungjawab bagi mencapai matlamat hidup dan yang paling penting sekali melindungi kemerdekaan mereka sebagai manusia.
Ini titik tolak perjuangan orang Melayu sebenarnya. Kerajaan yang di bentuk oleh PAS, UMNO, DAP atau PKR sekali pun bukanlah tuan kepada kita yang hamba. Bukan mereka sesuatu yang harus kita sembah dan takuti. Kerajaan ialah sesuatu yang kita ujudkan melalui persetujuan atau consensus bersama bukan sesuatu yang ujud diatas kita. Tidak ada wawasan nasional kecuali yang di kongsi bersama oleh rakyat dan matlamat kerajaan adalah matlamat yang di yakini bersama dan yang di perjuangkan bersama. The government cannot impose something over us which we the people find disagreeable.

Dan di sanalah letak nya bahaya kepada UMNO. Sebab UMNO masih kekal dengan mentaliti bahawa dia kerajaan yang menjadi tuan kepada orang Melayu dan bersikap dia pemberi sumber kehidupan kepada orang Melayu. UMNO tiada, orang Melayu mati. Dan UMNO itu Melayu , Melayu itu UMNO.
Mari kita analisa kenyataan yang mengandung 2 bahagian ini- Melayu itu UMNO dan UMNO itu Melayu.

Kedua bahagian kenyataan atau pernyataan tersebut tidak mencerminkan aspirasi seorang Melayu yang berjiwa merdeka. Sama seperti tanggapan orang Melayu terhadap sebuah kerajaan,demikian lah tanggapan orang Melayu kepada UMNO. UMNO itu tunjang kerajaan yang menjadi tuan kepada orang Melayu, UMNO itu penjaga dan kita yang di jaga. Orang Melayu memuliakan UMNO sebagai sesuatu yang mesti di taati malahan di sembah dan apa orang Melayu boleh buat ialah mengharapkan pemberian dari UMNO.

Oleh sebab kepercayaan ini, nilai pemimpin UMNO bersifat sombong, angkuh, membuli dan memandang rendah kepada rakyat. Nilai silai ini di perlihatkan dalam gaya hidup seharian majority pemimpin UMNO. Inilah yang membawa kecundang kepada UMNO dalam pilihanraya yang akan datang.

Bagaimana keadaan begini dapat kekal untuk masa yang lama? Ianya kekal kerana tahap kejahilan dan kesedaran social dan politik orang Melayu relative masih rendah. Dimana tahap kejahilan berkurang, dan kesedaran politik dan social meningkat, pengaruh UMNO menurun.

Nampak nya UMNO hanya mampu ujud dan survive selagi sebahagian besar masyarakat Melayu khususnya kekal dalam kejahilan. Kita boleh lihat di hadapan mata kita sendiri bagaimana kekuatan UMNO menjadi lemah apabila kesedaran rakyat khususnya orang Melayu meningkat. Dalam kawasan bandar di mana kejahilan orang Melayu berkurangan sama ada melalui tahap pendidikan yang di capai atau melalui interaksi sosial yang rancak, sokongan dan keyakinan kepada UMNO merosot.

Hari ini orang Melayu tidak perlu berhijrah ke bandar secara fisikal kerana penghijarahan itu kini sampai kepada orang Melayu. Orang Melayu membaca serta menonton TV satelit dan melayari internet serta anak anak mereka menyedarkan mereka – semua ini sedikit demi sedikit mengurangkan kejahilan orang Melayu.

Apakah kesan terbesar daripada pengurangan kejahilan ini? Kesan terbesar ialah memecah kekangan minda di kalangan orang Melayu. Namun bila ini terjadi, ianya tidak semesti menjadi berita baik kepada parti politik lain. Mereka pun mesti adjust kepada keadaan dimana kesadaran rakyat mengenai hak2 mereka dan kejahilan di pecahkan. Mana mana kerajaan yang di kuasai oleh parti politik yang bukan UMNO berdepan dengan bahaya yang serupa jika underestimate kemahuan rakyat.

Sekarang, izinkan saya deal dengan penegasan menyokong UMNO itu ialah menyatakan terima kasih.

Jika menyokong UMNO bererti menyatakan terima kasih, maka dalam PRU 2008, lebih besar jumlah orang Melayu tidak berbahasa. Kerana dalam PRU 12 itu, daripada 5.7 juta pengundi Melayu, hanya 2 juta Melayu mengundi calon2 UMNO. Berdasarkan kriteria yang di gunakan, adakah ini bererti 3.7 juta Melayu tidak tahu beterima kasih sebab mereka tidak menyokong calon UMNO? Lebih dasyat, jika menyokong UMNO itu berterima kasih dan bukan bodoh, boleh atau tidak kita menyatakan 3.7 Melayu yang tidak menyokong UMNO dan tidak tahu berterima kasih itu bodoh belaka?

Ada beberapa perkara yang saya dapati objectionable dengan pertuduhan ini. Pertama, adakah berterima kasih itu bersifat umum atau hanya khusus kepada UMNO? Ia nya hanya di anggap berterima kasih dan berbahasa jika di beri kepada UMNO dan tidak jika di beri pada parti plitik lain?  Jika hanya kepada UMNO, maka prinsip berterima kasih itu bersifat politik dan particular dan tidak boleh di pakai sebagai prinsip yang universal. Ertinya, pembaca berkata, ianya terima kasih jika di beri kepada pihak tertentu, bukan terima kasih jika di beri kepada pihak lain.

Kita jangan terperangkap dalam hujjah demikian. Tidak ada orang yang menganggap orang Melayu bodoh kerana menyokong UMNO atau BN. (1) berterima kasih bukan erti nya bodoh dan tidak menyokong UMNO atau kerajaan tidak bererti tidak tahu berterima kasih atau tidak berbahasa. Jadi, teruskan membuat pilihan yang bebas kerana jika tidak menyokong tidak bererti kamu bodoh atau tidak berbahasa (2) berterima kasih bukanlah perbuatan yang tidak bersyarat dan (3) berterima kasih dari segi pengucapan dan tidak boleh sama dengan beterima kasih dari segi perbuatan.

Yang di katakan berterima kasih dari segi perbuatan ialah menyokong pihak yang terlah berbudi. Berterima kasih jenis ini memerlukan syarat. It’s a qualified gratitude. Untuk apa kita berterima kasih? Mangsa kecurian mesti berterima kasih kepada pencuri? Rakyat yang di tindas mesti berterima kasih kepada kerajaan yang korap dan zalim?

Ini ertinya, perbuatan terima kasih itu mesti di padankan dalam konteks. Adakah kita berterima kasih keada kerajaan yang zalim? Jika kita bersikap demikian, maka mustahil berlaku nya pemberontakan di Egypt,Tunsia dan sekarang ini Libya. Kesemua kerajaan tersebut telah menabur budi yang banyak kepada rakyat. Jika rakyat memberontak adakah itu bermakna mereka tidak berterima kasih?

Contoh yang kita berikan diatas menunjukkan bahwa perbuatan berterima kasih mesti di padankan dengan konteks. Terima kasih yang kita beri terutama dalam konteks politik, mesti lah terima kasih yang bersyarat.

Adakah  prinsip berterima kasih itu tetap di pakai untuk semua kerajaan atau hanya untuk kerajaan UMNO? Jika ianya prinsip yang bersifat kekal dan konsisten, maka ianya di pakai dalam semua kes tanpa pengecualian. Oleh yang demikian, berdasarkan prinsip tersebut, rakyat harus juga berterima kasih kepada kerajaan PAS di Kelantan dan Kedah, kerajaan DAP di Pulau Pinang dan kerajaan PKR di Selangor. kerajaan dalam negeri negeri ini telah juga berbakti kepada rakyat dlam negeri masing?

Will the same principle than be applied in all cases without exception? Atau terima kasih itu hanya di khusukan untuk kerajaan UMNO dan BN sahaja?

Jelas lah terima kasih kepada kerajaan bukan nya mutlak dan semudah pengucapan terima kasih dalam interaksi social. Terima kasih kita kepada kerajaan mestilah dan pada setiap masa, terima kasih yang qualified. Its always a qualified gratitude bukan gratitude secara sembrono dan membabi buta.




Photobucket

Pencen... Ketika Usia 60 Tahun...?

on



ada yang kata... silap2 haribulan tak sempat nak merasa wang ganjaran... orang lain yang merasa nanti... dengan wang2 pencen sekali...

ada yang kata... cepat2... siapa nak jadi pengedar tunggal kerusi roda dan tongkat... bakal laris nanti...

ada yang kata... aku dah dapat kad pencen... macamana niii... tak boleh sambung lagi ke... Februari 2012 nanti baru pencen 58... macamana niii...

ada yang kata... berbau le nanti seluruh opis dengan bau segala aneka minyak angin...

ada yang kata... dari berlabun di kedai kopi untuk memenuhkan masa lapang... baik sambung 2 tahun lagi...

ada yang kata... tak merasa le nak naik pangkat... boss masih ada di situ...

ada yang tanya... sendi masih boleh tahan lagi ka...?

... dan masing2 punya pandangan...


Photobucket

PESAWAT PAS

on


Siapa agak nya yang akan terkejut dan terkedu melihat pesawat ini berada di KLIA.
Photobucket

Followers

pop up text

Blog Archive

Top Ranking Pro PR

My Blog List