Timbalan Menteri: Tarik balik penggantungan Aziz Bari

on Oct 22, 2011


Timbalan Menteri Pengajian Tinggi Datuk Saifuddin Abdullah hari ini menasihatkan rektor Universiti Islam Antarabangsa (UIA) untuk menarik balik penggantungan kontroversi ke atas Prof Abdul Aziz Bari.

NONEMalaysiakini ternampak mesej teks beliau kepada Datuk Zaleha Kamaruddin pagi ini, di mana beliau berkata penggantungan itu adalah "memudaratkan".

Menurutnya, apa sahaja (sebab-sebab untuk tindakan itu), ia masih
salah dari segi moral dan intelektual (kerana) Aziz belum didapati bersalah.

"Harap tarik balik penggantungan... harap jangan ambil tindakan terhadap mahasiswa yang demonstrasi (semalam)," katanya.

Kelmarin UIA menggantung tugas Abdul Aziz sebagai pensyarah undang-undang sehingga notis selanjutnya dikeluarkan.

Beliau didakwa "memberikan kenyataan yang bertentangan dengan kepentingan universiti" dan diberi masa sehingga 25 Oktober depan untuk menjawabnya.

Tindakan terhadap pakar itu dipercayai berikutan reaksinya sebelum ini yang mengulas titah Sultan Selangor berhubung isu pemeriksaan sebuah gereja Methodist di Damansara Utama.

Abdul Aziz dipetik berkata, Sultan Selangor sebagai ketua agama negeri mempunyai hak campurtangan tetapi ia perlu selaras dengan ajaran Islam.

Kenyataannya itu mengundang kontroversi apabila beberapa pemimpin Umno termasuk media yang dikuasai mereka mendakwa tindakan itu cuba memburuk-burukkan institusi raja-raja Melayu sehingga tekanan dibuat bagi beliau digantung tugas.


sumber

Photobucket

Power Mamat Ni....

on Oct 21, 2011



Presiden MCA Datuk Seri Dr Chua Soi Lek berkata penganjur Himpunan Sejuta Umat (Himpun) agar membatalkan kempen terhadap Kristian yang didakwa mencabar akidah umat Islam demi mengelakkan ketegangan agama.

“Sama ada ia harus diteruskan ataupun sebaliknya, saya fikir polis tahu apa yang hendak dilakukan, tetapi secara peribadi saya merasakan tidak harus ada sebarang perhimpunan (seumpama itu),” kata Dr Chua.


“Kita harus mengurangkan sebarang bentuk aktiviti agama yang akan menyumbang kepada perasaan sangsi antara pelbagai kaum di negara ini,” kata beliau.

Dr Chua berkata setiap orang menerima hakikat bahawa Malaysia merupakan negara pelbagai kaum dan kepelbagaian dalam pandangan.

“Dan, jika kita tidak boleh menerima yang itu dan selalu mahu mengenakan kepercayaan (kita) ke atas orang lain, akan sentiasa ada ketegangan,” katanya.

Di atas adalah berita yang bertajuk 'Chua Soi Lek Bantah Himpunan Sejuta Umat.'
Kerana kenyataan tegas dari Chua Soi Lek itu.. maka pemimpin UMNOpun tunduk..


Umno Tidak Terlibat Himpunan Sejuta Umat - Tengku Adnan


KUALA LUMPUR: Umno tidak terbabit dalam penganjuran perhimpunan Sejuta Umat (Himpun) yang dijadualkan berlangsung di Stadium Shah Alam pada Sabtu ini.

Setiausaha Agung Umno Datuk Seri Tengku Adnan Tengku Mansor berkata dakwaan kononnya parti itu menjadi dalang penganjuran perhimpunan itu bersifat liar dan tidak berasas.

"Umno tidak ada kena mengena. Ini kerja NGO (badan bukan kerajaan)," katanya kepada pemberita di lobi Parlimen di sini, Khamis.

Bernama



Photobucket

Muaamar Ghaddafi Disahkan Terbunuh

on



Pihak berkuasa Majlis Peralihan Kebangsaan (NTC) mengesahkan bekas pemimpin Libya, Muammar Gaddafi ditangkap dan kemungkinan terbunuh di bandar kelahirannya, Sirte, dalam serangan yang dilancarkan Pejuang Revolusi negara itu, sebentar tadi.

Menteri Penerangan Libya, Mahmoud Shammam, berkata beliau mengesahkan Gaddafi terbunuh selepas mendapat maklumat daripada Pejuang Revolusi yang melihat sendiri mayat bekas pemimpin negara itu.

“Anggota kami di Sirte sudah melihat mayatnya.... Mustafa Abdul-Jalil (Pengerusi NTC) akan mengesahkan perkembangan terbaru itu tidak lama lagi. Pejuang Revolusi memberitahu bahawa Gaddafi kelihatan menyertai satu konvoi dan mereka menyerang konvoi berkenaan,” katanya di sini, sebentar tadi.

Jurucakap operasi ibu pejabat NATO di Naples, Itali, Kolonel Roland Lavoie, berkata pesawat bersekutu melancarkan serangan ke atas dua kenderaan pasukan keselamatan pro-Gaddafi awal pagi tadi, di mana mereka terpisah daripada kumpulan itu sebelum menuju ke Sirte.

Bagaimanapun, pihak berkuasa NATO yang enggan namanya didedahkan berikutan syarat yang ditetapkan dalam undang-undang pasukan keselamatan bersekutu, berkata pihaknya tidak dapat mengesahkan sama ada Gaddafi terbunuh atau ditangkap.

Semua pihak mengambil langkah berhati-hati untuk mengumumkan kematian Gaddafi apabila laporan yang diterbitkan sebelum ini (merujuk kepada kematian ahli keluarga Gaddafi atau penangkapannya) disahkan tidak tepat.

Sementara itu, satu daripada kumpulan Majlis Ketenteraan Misrata, berkata pejuang mereka berjaya menangkap Gaddafi.

Manakala, Komander bagi kumpulan lain dalam Majlis Ketenteraan Misrata pula, Abdel-Basit Haroun, berkata Gaddafi terbunuh dalam serangan udara yang disasarkan ke atas konvoi yang sedang melarikan diri. - AP/BH 



Photobucket

Aziz Bari Kena Gantung......?

on Oct 20, 2011

NONE




Bukan sahaja diberi surat tunjuk sebab, Universiti Islam Antarabangsa (UIA) juga menggantung tugas pakar perlembagaan Prof Dr Abdul Aziz Bari sebagai pensyarah undang-undang universiti itu.

Malaysiakini difahamkan, perkara itu turut terkandung dalam notis yang dikeluarkan padanya daripada unit undang-undang UIA.

Pensyarah paling kanan di fakulti undang-undang itu digantung bergaji sehingga notis selanjutnya dikeluarkan.

Selain itu, difahamkan Aziz juga tidak dibenarkan memasuki pejabatnya di kampus Gombak ekoran kad aksesnya harus dipulangkan kepada pentadbiran universiti.

Difahamkan penggantungannya itu akan menjejaskan lebih 100 pelajarnya daripada daripada peringkat sarjana muda hingga ke doktor falsafah (PhD).

Aziz berkhidmat dengan UIA sejak 22 tahun lalu.

Sementara itu, dalam surat tunjuk sebab yang diserahkan tangan kepada Aziz, beliau dituduh "memberikan kenyataan yang bertentangan dengan kepentingan universiti".

Aziz diberi masa sehingga 25 Oktober depan untuk menjawabnya.

Usaha Malaysiakini mendapat reaksi daripada bahagian pentadbiran dan pengurusan UIA setakat ini masih belum berhasil.

Bagaimanapun, Berita Harian hari ini melaporkan sumber dari pejabat rektor UIA, Datuk Prof Zaleha Kamaruddin mengesahkan surat itu dikeluarkan pihaknya semalam.

Aziz dalam masa yang sama disiasat polis dan Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia (SKMM) berhubung reaksinya kepada titah Sultan Selangor berhubung pemeriksaan sebuah gereja di Petaling Jaya.

Dalam kenyataannya yang disiarkanMalaysiakini, beliau berkata baginda sebagai ketua agama negeri mempunyai hak campurtangan tetapi ia perlu selaras dengan ajaran Islam.

Selepas dikritik pelbagai pihak, Aziz kemudian menjelaskan Akta Hasutan 1948 memperuntukan tidak menjadi kesalahan mengkritik Raja-Raja Melayu selagi tidak menuntut pemansuhan institusi itu.
Sebelum ini, SKMM dan pihak polis juga telah menyoal beberapa kakitangan Malaysiakini, termasuk wartawan dan editornya berhubung isu yang sama. 




Photobucket

Cenderahati Dari Mydin

on





Apa sudah jadi dengan Mydin Mohamed Holdings Bhd (foto) agaknya?. Persoalan ini dibuat susulan tindakan rangkaian pasaraya terbabit mencari untung dengan menjual barangan percuma atas nama Barisan Nasional (BN). 


Umum mengetahui barangan seperti t-shirt, topi, payung, bendera, kipas dan yang lainnya itu adalah cenderahati percuma yang diberikan kepada penyokong BN untuk berkempen setiap kali musim pilihanraya. 


Maknanya barangan terbabit adalah"percuma" dan diberikan kepada orang ramai supaya dipakai dan digunakan untuk menyokong parti terbabit menjelang pilihanraya. Anehnya, kini barangan itu dijual "lelong murah" tanpa segan silu dan rasa bersalah oleh pihak Mydin. Tambah mengejutkan barangan itu dijual juga dengan harga borong. 


Tindakan ini jelas sekali satu penipuan yang nyata oleh pihak Mydin sebenarnya. Barangan percuma yang diperolehi daripada BN dijual pula kepada orang ramai. Soalnya, siapakah yang membekalkan barangan terbabit?. 


Tindakan terbabit seolah-olah menunjukkan yang BN kini sudah tidak diperlukan lagi oleh rakyat hinggakan barangan jenama parti itu pun terpaksa dijual secara borong di rangkaian pasaraya Mydin. 


Apakah BN juga sudah ketandusan dana untuk berhadapan dengan pilihanraya umum ke-13, lantaran itu terpaksa melelong produk mereka untuk menampung kewangan yang berkaitan. Apa yang jelas Mydin telah memalukan BN sekarang. 


Selepas mereka diberi projek Kedai Rakyat 1Malaysia oleh kerajaan, maka akhirnya inilah balasan yang diterima. Satu penghinaan dan penganiayaan kepada BN. Apakah mereka harus berdiam diri dan membiarkan Mydin mencari untung dengan produk percuma itu agaknya?. 


Photobucket

Trajedi Nurin Hampir Berulang...?

on

Bukan van ini. Sekadar hiasan.




Tragedi kes culik dan pembunuhan kejam Nurin pada 20 Ogos 2007 hampir berulang apabila seorang kanak-kanak lelaki berusia sembilan tahun hampir diculik dua lelaki menaiki van putih persis kenderaan yang didakwa melarikan Nurin.

Menggunakan taktik hampir sama seperti kes penculikan sebelum ini, kanak-kanak lelaki terbabit diculik dan dibawa lari beberapa meter sebaik berjalan keluar dari sekolahnya berhampiran Kampung Melayu Ampang, Jumaat lalu.

Bagaimanapun, mangsa terselamat apabila sempat melarikan diri sebaik pintu van berkenaan terbuka akibat tindakannya yang meronta-ronta ketika ditahan.

Ketua Polis Daerah Ampang Jaya, Asisten Komisioner Amiruddin Jamaluddin berkata, dalam kejadian kira-kira jam 5 petang itu, mangsa baru tamat waktu persekolahan dan mahu pulang ke rumahnya yang terletak berhampiran.

“Ketika sedang berjalan tiba-tiba seorang lelaki tempatan memakai kemeja-T terus keluar dari van putih diletakkan di tepi jalan lalu menghampiri kanak-kanak berkenaan yang baru keluar dari pintu utama sekolah.

“Lelaki itu dikatakan memeluk lalu menangkap mangsa dari belakang. Akibat terkejut dengan tindakan itu, mangsa meronta dan cuba melepaskan diri,” katanya ketika dihubungi semalam.

Namun, mangsa dibawa masuk menaiki van dipandu seorang lagi lelaki tempatan dipercayai untuk dibawa lari.

“Dalam perjalanan itu, mangsa terus meronta-ronta melepaskan diri. Disebabkan keadaan van yang bergegar, pintu van itu terbuka.

Photobucket

Profesor Ini Di Geruni

on


Pergerakan Tenaga Akademik Malaysia (Gerak) ingin menarik perhatian terhadap tohmahan dan tekanan di dalam media terhadap tokoh akademik Profesor Abdul Aziz Bari.

“Gerak merasa terkilan atas celaan berbentuk peribadi yang telah dikenakan terhadap beliau,” kata setiausaha agungnya, Rosli H Mahat kepada Harakahdaily.

Jelasnya, Abdul Aziz adalah seorang yang berwibawa dan berkelayakan untuk membuat kenyataan ilmiah dan rasional dalam bidang kepakaran beliau.

Menurutnya lagi, mana-mana pihak yang tidak bersetuju dengan pandangan beliau sepatutnya menghujah balas secara rasional dan profesional tanpa sebarang ugutan atau celaan peribadi.

Tambahnya, sebagai seorang ahli akademik, Prof Abdul Aziz berhak menyatakan pendapat seperti yang telah dilakukannya.

Ini, ujarnya adalah sebahagian dari kebebasan akademik yang dipunyai oleh setiap ahli akademik.

Beliau menjelaskan, mana-mana negara yang mahukan universiti mereka disanjungi dan dihormati sebagai universiti bertaraf dunia pasti menyokong, menghormati dan melindungi kebebasan akademik.

“Kebebasan akademik ini telah disaran oleh UNESCO melalui satu dokumen bertajuk Recommedation Concerning the Status of Higher Education Teaching Personnel,” ujarnya lagi.

Dokumen itu, terangnya telah diluluskan oleh perhimpunan agung UNESCO pada 11 November 1997.

Katanya, kebebasan akademik ada termaktub dalam artikel 26 dan 27 Recommendation tersebut.

Antara hak yang dinyatakan dalam Recommendation tersebut ialah: “hak untuk menyumbang kepada perubahan sosial melalui kebebasan menyatakan pendapat mereka terhadap dasar-dasar negara dan dasar-dasar yang memberi kesan kepada pendidikan tinggi. Mereka tidak seharusnya dikenakan apa-apa penalti semata-mata kerana mengguna hak tersebut”.

Justeru itu, ujarnya Gerak menyeru semua pihak supaya menghayati dan menghormati kebebasan akademik.

Katanya, semua pihak hendaklah akur terhadap recommendation tersebut pada bila-bila masa.

“Keperihatinan pihak-pihak yang berkepentingan (stakeholders) dalam perkara ini amat perlu untuk memertabatkan Malaysia sebagai hub pendidikan tinggi antarabangsa dengan universiti-universitinya bertaraf dunia,” katanya.


Surat tunjuk sebab kepada Aziz Bari hina UIA

KUALA LUMPUR, 19 Okt: Timbalan Ketua Penerangan PAS Pusat, Datuk Seri Mohammad Nizar Jamaluddin (gambar) berkata, tindakan Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIAM) mengeluarkan surat tunjuk sebab kepada pensyarah undang-undang, Profesor Abdul Aziz Bari adalah tragedi baru serta satu penghinaan kepada institusi pengajian tinggi (IPT) yang dihormati di negara ini.

"Saya berpendapat tindakan tersebut adalah satu tragedi dan juga penghinaan kepada institusi pengajian tinggi terutamanya UIAM, yang mana kita tahu universiti tersebut adalah sebuah universiti antarabangsa yang mendapat pengiktirafan dunia.

"Saya melihat seolah-olah ada tangan-tangan tentu yang mengarah agar dikeluarkan surat tunjuk sebab kepada Abdul Aziz," jelasnya ketika ditemui di parlimen.

Tambah Nizar lagi, pemberian surat tunjuk sebab itu sebenarnya telah menaikkan martabat Abdul Aziz sebagai seorang profesor.

Katanya, ia merupakan penghinaan kepada tokoh-tokoh akademik yang telah menggunakan kebijaksanaan mereka untuk berbincang serta membahas isu-isu yang ada di negara ini tetapi dikenakan tindakan jika tidak disenangi oleh pihak-pihak tertentu.

"Saya tekankan di sini seolah-olah ada satu arahan yang dibuat oleh pihak atasan barangkali ada pihak dalam Umno Barisan Nasional yang merasakan apa yang didedahkan oleh Abdul Aziz itu akan memberi kesedaran yang meluas kepada warga akademik dan juga rakyat.

"Sepatutnya yang dilakukan oleh kerajaan mahupun institusi pengajian tinggi adalah memberi kebebasan untuk mereka meluahkan pendapat kerana ia tidak melibatkan politik, malah beliau merupakan seorang profesor dan pakar dalam Perlembagaan Malaysia sudah tentu ia mempunyai sebab tertentu untuk berhujah jadi kenapa ia dihalang," sambungnya.

Nizar juga berpendapat tindakan itu merupakan satu sekatan untuk tokoh akademik bebas berpendapat serta merupakan satu sejarah baru dalam dunia akademik negara ini dan akan menyebabkan seluruh dunia memandang serong kepada institusi pengajian tinggi di Malaysia.

Sebelum itu, Abdul Aziz mengundang kontroversi berhubung kenyataan mengenai perlembagaan dan Raja-Raja Melayu.

Menurut sumber, Abdul Aziz diberikan surat tunjuk sebab itu petang tadi tetapi tidak jelas mengenai kandungan surat tersebut.

Abdul Aziz kini disiasat mengikut Akta Hasutan berikutan laporan polis Senator Ezam Mohd Nor pada 13 Oktober lalu.

Difahamkan sekurang-kurangnya lima laporan polis dibuat berhubung perkara yang sama. -HD


Aziz Bari terima surat tunjuk sebab dari UIA

Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIAM) telah mengeluarkan surat tunjuk sebab kepada pensyarah undang-undangnya Profesor Abdul Aziz Bari, yang baru-baru ini mengundang kontroversi berhubung kenyataan mengenai perlembagaan dan Raja-Raja Melayu.

Menurut sumber, Abdul Aziz diberikan surat tunjuk sebab itu petang tadi.

Tidak jelas mengenai kandungan surat itu kerana pakar perlembagaan itu tidak dapat dihubungi.

Malaysiakini juga belum dapat mengesahkan perkara itu dengan pihak universiti kerana ketika berita ini ditulis, waktu pejabat telah berakhir.

Abdul Aziz kini disiasat mengikut Akta Hasutan berikutan laporan Senator Ezam Mohd Nor pada 13 Oktober lalu.

Difahamkan sekurang-kurangnya lima laporan polis dibuat berhubung perkara yang sama.

Sementara itu, Malaysiakini terus dikunjungi oleh pihak berkuasa berhubung kenyataan Abdul Aziz yang disiarkan oleh portal berita berkenaan.

Malaysiakini terus disiasat

Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM) yang menyoal siasat wartawan Malaysiakini pada Isnin lalu, sekali lagi datang dengan dua pegawai yang sama bagi mendapatkan butiran lanjut daripada kakitangan lain.

Editor berita, Wee Yu Meng disoal selama sejam dan diminta mengesahkan bahawa Abdul Aziz mengirimkan emelnya kepada portal berita berkenaan dan sejauh mana ketepatan berita yang disiarkan.

Selain SKMM, Malaysiakini hari ini juga disiasat oleh pihak polis berhubung isu yang sama.

Pegawai penyiasat dari ibu pejabat polis daerah Shah Alam, ASP Effandi Main merakamkan kenyataan daripada Wee selama satu jam setengah.

Beliau disoal sejauh mana dirinya mengenali Abdul Aziz dan berhubung kredibiliti pensyarah kanan undang-undang itu.

Pihak polis juga meminta dibekalkan salinan emel kenyataan yang dibuat oleh Abdul Aziz tetapi Wee berkata salinan yang dimilikinya telah dipadamkan setelah berita itu dimuat-naik.

Abdul Aziz dipercayai disiasat mengikut Akta Hasutan.

Beliau pada 11 Oktober lalu berkata tindakan Sultan Selangor campurtangan dalam isu pemeriksaan gereja Methodist di Petaling Jaya pada 3 Ogos lalu, bukan tindakan lazim.

Selaras ajaran Islam

Menurutnya, sebagai ketua agama Islam negeri, baginda mempunyai hak untuk campurtangan tetapi ia perlu dijalankan selaras dengan ajaran Islam.

Selepas dikritik pelbagai pihak, Abdul Aziz sehari kemudian menjelaskan bahawa Akta Hasutan 1948 memperuntukkan bahawa tidak menjadi kesalahan mengkritik Raja-Raja Melayu asalkan mereka tidak menuntut pemansuhan institusi itu.

Tidak puas hati dengan kenyataan itu, Ezam dan beberapa aktivis NGO tampil membuat laporan serentak dengan mendakwa Aziz berlaku biadap dan derhaka kepada institusi raja Melayu.

Sultan sebelum itu bertitah bahawa baginda amat tersinggung dengan usaha pihak tertentu yang cuba melemahkan kepercayaan dan akidah orang Islam di Selangor.

Titah baginda, cubaan memesongkan akidah umat Islam itu berjaya dibuktikan hasil siasatan Jabatan Agama Islam Selangor (JAIS) tetapi ia tidak mencukupi untuk diambil tindakan undang-undang.-mk


Photobucket

Ong Tee Kiat Masuk PKR ...?

on Oct 19, 2011



Blog STOP THE LIES mendakwa pejabat Ong Tee Kiat di Pandan Jaya telah menurunkan simbol-simbol Barisan Nasional dan MCA selain gambar-gambar pemimpin dan anggota MCA. Tindakan tersebut disifatkan sebagai petunjuk bahawa Ong Tee Kiat akan berpindah daripada MCA ke PKR.

Dikatakan, Ong Tee Kiat telah bertemu ramai pemimpin PKR khususnya Anwar Ibrahim dalam merundingkan penghijrahannya itu. Ong Tee Kiat pada masa yang sama, mendakwa mendapat banyak SMS daripada para penyokongnya yang mendesak agar dia keluar dari MCA dan menyertai PKR.

Sama ada benar atau tidak dakwaan tersebut, Ong Tee Kiat merupakan satu-satunya calon Barisan Nasional pada 2008 yang terselamat di kerusi Parlimen Pandan. Dua DUN dalam Parlimen Pandan iaitu Cempaka dan Teratai, masing-masing dimiliki oleh PAS dan DAP.

Seandainya benar sebagaimana dakwaan tersebut, Pandan akan menjadi medan yang sangat hebat terutama sekali selepas wujud desakan agar UMNO Pandan mengambilalih dan bertanding di Kerusi Parlimen Pandan walaupun pada masa yang sama, bertanding di DUN Cempaka.

Baik MCA Pandan mahupun UMNO Pandan, kedua-duanya mempunyai masalah yang tersendiri. Berdasarkan pemerhatian, kedua-dua parti masih belum menggerakkan jentera pilihanraya dan berkempen untuk merampas kembali DUN Teratai dan DUN Cempaka di Parlimen terbabit.

Sebaliknya, yang menjadi tumpuan adalah Ong Tee Kiat-Chua Soi Lek, UMNO-MCA dan permainan dalaman yang merugikan Barisan Nasional secara keseluruhannya di kawasan terbabit.

Dan tidak dinafikan sama sekali, Ong Tee Kiat mempunyai pengaruh yang sangat kuat di Pandan, khususnya yang bergerak menerusi NGO-NGO dan bukannya MCA di sana. Kalau benarlah Ong Tee Kiat akan berhijrah ke PKR, bermakna MCA perlu bekerja jauh lebih kuat untuk mengembalikan sokongan kepada parti itu di Pandan dan Ampang, khususnya!


Sumber


Photobucket

Antara Kisah Silam Mahathir Dan Pelacur....

on




Akhirnya manusia bernama Mahathir bersuara,barangkali kerana merasakan suara itu ada sakti untuk memperbodohkan mereka yang sudah lama bodoh kerana membiarkan BN terlalu lama memerintah.Apa lagi yang ingin Mahathir suarakan pasal raja-raja Melayu kerana selama ini Mahathirlah raja segala raja.Rajanya Mahathir kerana tidak ada rakyat dibawah yang pernah mendengar Raja menegur Mahathir selama dia menjadi Perdana Menteri.

Bahkan sewaktu Mahathir menjadi Presiden UMNO terpahatlah sebuah filem panjang pada perhimpunan agung UMNO bila habis segala yang ada pada tubuh Raja-Raja Melayu cuba ditelanjangkan.Walaupun sebelum tahun 1983 dalam era 70an Mahathir cukup lantang membicarakan soal Melayu.Antaranya dalam buku The Malay Dilemma kata Mahathir:

"Pertama kali terlintas difikiran ialah kebanyakan orang Melayu berfikiran feudal dan senang dengan keadaan demikian.Satu revolusi yang bermula dengan menyebarkan fahaman menghancurkan institusi Raja yang sudah lama wujud akan gagal.Ia tidak akan dapat sokongan majority dari orang-orang Melayu yang berfikiran kolot.Bagaimana pun,Raja-raja Melayu tidak menyusahkan orang Melayu dan orang-orang lain.Perbelanjaan memanglah tinggi untuk mengekalkan institusi Beraja ini,tapi oleh kerana dipisahkan dari kuasa,Raja-raja ini tidaklah melakukan kezaliman.Disamping itu,Malaya tanpa Raja-raja akan memungkinkan kegerhanaan penuh terhadap nasib bangsa Melayu."

Kalau perhatikan kata di atas sewaktu Mahathir dipecat dari UMNO dan berceramah atas pentas PAS maka barangkali jika ada anak yang selain keturunan Sultan yang layak menjadi raja maka Mahathirlah orangnya.Tapi selepas Mahathir menjadi Perdana Menteri merangkap Menteri Dalam Negeri dan merangkap pula sebagai Menteri Kehakiman(sebelum peristiwa pemecatan Tun Salleh Abbas dan hakim-hakim lain) sayu sudah nada perjuangan Melayu beliau.

Isu Gomez yang bukan Melayu diangkat dan dijulang buat menghilang dan menelanjangkan kuasa Raja-raja Melayu.Isu Al-Marhum Sultan Johor memukul Gomez ditimbul buat memukul kekebalan seluruh Raja-raja Melayu.Natijahnya hilanglah sudah kekebalan Sembilan Raja-raja Melayu yang berdaulat.Kata-kata Al-Marhum Ust Fadhil Noor benar:"Jangan kita buang baju besi yang ada pada Sultan dan pakaikan pada UMNO kerana UMNO memang sudah kebal."Lalu berulanglah sejarah Raja Melaka,kerana Si Ketol dan Raja Mandaliar yang menjadi biang keladi habis luluh lantak seluruh pemerintahan!

Bayangkanlah sebuah parti yang terkenal dengan Hidup Melayu akhirnya sanggup menjadikan medan perhimpunan agungnya untuk menghimpunkan segala kalimah caci maki pada Raja-raja Melayu!Tidakkah ini merupakan pengkhianatan UMNO pada Raja-raja Melayu.Barangkali Mahathirlah yang paling kurang ajar kerana menjadikan ahli UMNO juga kurang ajar sepertinya yang sanggup menghina Raja-raja Melayu.Bahkan ada pemimpin UMNO yang lebih dahsyat kurang ajarnya bila melarikan anak raja,yang tidak pernah dipanggil kurang ajar oleh Mahathir kerana Mahathir memang kurang ajar untuk menilai mana yang baik dan juga buruk!

Kata Mahathir,Dr Aziz Bari kurang ajar,memang Aziz Bari kurang ajar kerana kurang tahunya pensyarah undang-undang itu untuk mengajar Mahathir yang paling biadap itu.Aziz Bari ialah orang akademik yang telus,yang bukan seperti sesetengah sejaratawan(sejarah tak ketahuan) yang boleh digelapkan dengan fulus.Barangkali Mahathir sangat dendam pada Aziz Bari yang berjuang meletakkkan undang-undang pada tempatnya.Melalui buku dan syarahannya Dr Aziz Bari banyak mencelekkan mereka yang telah dibutakan oleh UMNO tentang undang-undang.Termasuklah beliau barangkali yang pertama telah menyebutkan frasa Islam agama bagi persekutuan dalam perlembagaan itu sudah cukup kuat untuk membolehkan perlaksanaan hukuman Hudud,Qisas dan Takzir.

Bagi penulis Aziz Bari itu ditakuti bukan sekadar kerana keberanian menegur dan pada ilmu beliau jujur, tetapi juga kerana beliau ialah ahli akademik yang cakna pada apa yang sedang berlaku pada Negara.Beliau terlalu sensitive terhadap masa depan bangsa,tanah air dan juga Islam terutamanya.Bahkan dalam soal PAS juga Aziz Bari mahu lihat parti ini lebih kompetitif untuk berhadapan dengan UMNO hingga mengundang kritikan yang terlalu pedas dari SEGELINTIR ahli PAS yang berfikirnya malas!Mungkin Aziz Bari itu benar tulin Melayunya hingga tidak sanggup melihat Melayu itu dimanipulasikan oleh politikus yang terlalu rakus,kerana itulah beliau sangat sensitif dan responsif.Bukan seperti Mahathir yang memang tidak terluka dengan kehancuran Melayu kecualilah bila menganggu kroni politik atau kerabatnya sahaja,barangkali kerana 'negaratawan'(orang yang menjadikan Negara tak ketahuan) itu bukan asli Melayunya!

Bahkan bukan cerita baru bila Mahathir bertindak secara jalan belakang dalam membelakangi kebenaran dengan mematikan karier individu yang cuba menegakkan kebenaran.Antaranya ialah pemecatan Tun Salleh Abbas sebagai Ketua Hakim Negara.Dato Seri Anwar Ibrahim lebih teruk lagi,bukan sekadar dipecat dengan jalan belakang,bahkan dituduh main belakang.Mungkin Mahathir lupa untuk pandang belakang,kerana barangkali dia lebih rela generasi depan meludah dalam lonkang bila mendengar namanya suatu hari nanti!

Mahathir merasakan dirinya terlalu tinggi hingga kalamnya barangkali lebih mulia dari kalam Allah.Sebab itulah banyak pasal hukum dan sunnah sanggup dicaci tanpa taubat dan penyesalan.Kata Tok Guru, sayang kerana dia hanya pandai dunia,tapi tidak akhirat,pandai bab ekonomi tetapi tidak ada Islam.Mungkin doa Al-Marhum Ust Fadhil sudah diangkat tinggi dan diperkenankan Allah,agar nanti Mahathir tahu tingginya kuasa Allah untuk menghancurkan Ahzab moden yang bernama UMNO.Mahahtir pasti menjadi saksi,betapa UMNO pasti akan lebih hina dari nasi yang basi,orang bukan takkan sanggup suap,dengar bunyi UMNO pu n nanti orang akan meluat.

Ketahuilah Mahathir betapa mungkin pelacur di Lorong Hj Taib pun akan sumpah seranah UMNO,kerana hebatnya Negara kebajikan UMNOlah akhirnya mereka melarat sampai jual tubuh.Setidaknya mereka lebih mulia dari UMNO kerana apa yang mereka lakukan hanyalah melibatkan kezaliman pada diri mereka sendiri,tetapi pemimpin UMNO itu zalimnya bukan pada diri sendiri,tapi pada hampir 27juta Rakyat Malaysia!Banyak lagi sebab kenapa pelacur di situ lebih mulia dari Mahathir,kerana mereka hanya jual tubuh,tapi UMNO jual agama,bangsa dan Negara!Barangkali pelacur di Lorong HJ Taib melacur kerana jahil atau ada kisah silam mereka yang tidak diketahui kenapa mereka jadi begitu,tetapi kisah silam Mahathir yang memuramkan Islam di Malaysia barangkali semua orang dah tahu….Bertaubatlah Mahathir,pintu taubat Allah MASIH terbuka luas untuk anda!!!

Sumber

Photobucket

AHMAD MASLAN tayang Video Lucah...Apa Motif Nya...?

on



Satu laporan polis telah dibuat di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Kuala Kangsar,Perak sebentar tadi berhubung satu aduan mengenai tindakan Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri yang Ketua Penerangan Umno,Datuk Ahmad Maslan yang didapati telah menayangkan satu rakaman video seks kepada umum.

Majlis Penerangan Perdana anjuran Kerajaan Negeri Perak itu yang diadakan pada hari Sabtu,15 Oktober 2011 antara jam 9.30 pagi hingga 1 tengahari itu turut dihadiri kira-kira 2,000 orang daripada kakitangan kerajaan,pertubuhan NGO serta orang ramai dan pemimpin kerajaan Pusat dan Negeri antaranya Menteri Besar Perak, Datuk Seri Zambry Abdul Kadir,Setiusaha Kerajaan Negeri,Datuk Abdul Rahman Bin Hashim serta beberapa Exco Negeri antaranya Datuk Mah Hang Soon.


Megikut beberapa saksi kejadian,semasa Majlis Penerangan Perdana itu,Ahmad Maslan ada membuat satu ucapan sambil menayangkan video seks yang dikatakan mirip Ahli Parlimen Permatang Pauh,yang juga Ketua Pembangkang,Dato Seri Anwar Ibrahim. Beliau juga telah menuduh serta meyakinkan kepada tetamu yang hadir bahawa pelaku tersebut adalah Dato Seri Anwar.Tayangan tersebut juga di buat berulang ulang kali sehinggakan ada beberapa wanita yang hadir keluar dari dewan kerana rasa malu melihat tayangan video itu.

Berikutan kejadian tersebut pimpinan Pakatan Rakyat yang diketuai oleh Ketua Penerangan PKR Perak,Ustaz Zulkifli Ibrahim telah bergegas membuat satu laporan polis dan berharap polis dapat menjalankan siasatan dengan adil serta telus dan segera mendakwa beliau. Menurutnya lagi,tayangan video seks tidak wajar ditontonkan kerana ianya menyalahi perundangan negara dan boleh disiasat mengikut seksyen 292 Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman penjara maksimum tiga tahun atau denda atau kedua-duanya sekali.




Ketua Penerangan PKR Perak,Ustaz Zulkifli Ibrahim(tengah) bersama pimpinan Pakatan Rakyat antaranya Pengerusi DAP Kuala Kangsar,Wong Shing Kong(kiri) serta beberapa Anggota Jawatankuasa PAS Kuala Kangsar menunjukan salinan repot yang telah dibuat.



Encik Mariappan Subramaniam,63 menunjukan beberapa risalah fitnah yang diterima beliau ketika menghadiri program tersebut.





Photobucket

Followers

pop up text

Blog Archive

Top Ranking Pro PR

My Blog List