Apa sudah jadi dengan Mydin Mohamed Holdings Bhd (foto) agaknya?. Persoalan ini dibuat susulan tindakan rangkaian pasaraya terbabit mencari untung dengan menjual barangan percuma atas nama Barisan Nasional (BN).
Umum mengetahui barangan seperti t-shirt, topi, payung, bendera, kipas dan yang lainnya itu adalah cenderahati percuma yang diberikan kepada penyokong BN untuk berkempen setiap kali musim pilihanraya.
Maknanya barangan terbabit adalah"percuma" dan diberikan kepada orang ramai supaya dipakai dan digunakan untuk menyokong parti terbabit menjelang pilihanraya. Anehnya, kini barangan itu dijual "lelong murah" tanpa segan silu dan rasa bersalah oleh pihak Mydin. Tambah mengejutkan barangan itu dijual juga dengan harga borong.
Tindakan ini jelas sekali satu penipuan yang nyata oleh pihak Mydin sebenarnya. Barangan percuma yang diperolehi daripada BN dijual pula kepada orang ramai. Soalnya, siapakah yang membekalkan barangan terbabit?.
Tindakan terbabit seolah-olah menunjukkan yang BN kini sudah tidak diperlukan lagi oleh rakyat hinggakan barangan jenama parti itu pun terpaksa dijual secara borong di rangkaian pasaraya Mydin.
Apakah BN juga sudah ketandusan dana untuk berhadapan dengan pilihanraya umum ke-13, lantaran itu terpaksa melelong produk mereka untuk menampung kewangan yang berkaitan. Apa yang jelas Mydin telah memalukan BN sekarang.
Selepas mereka diberi projek Kedai Rakyat 1Malaysia oleh kerajaan, maka akhirnya inilah balasan yang diterima. Satu penghinaan dan penganiayaan kepada BN. Apakah mereka harus berdiam diri dan membiarkan Mydin mencari untung dengan produk percuma itu agaknya?.
0 comments:
Post a Comment