SURAT PUAKA KHAS UNTUK MARINA MAHATHIR..!!!

on Nov 17, 2011



Rasanya, dah beberapa kali aku tegur Marina Mahathir. Sejak dia terbabit dalam Sister In Islam lagi, aku dah tak berapa berkenan dengan anak Tun M yang sulung ni. Dan yang buat aku marah tu, kenyataan dia pasal Seksualiti Merdeka ni memang tak boleh pakai!

First of all, aku mintak maaf dari Ayahanda Tun M dan Bonda Tun Siti Hasmah sekeluarga sekiranya entry kali ini agak kasar bunyinya. These nothing to do with you, dear Tun M. It's only about Marina...

Pada aku, pendirian dan pandangan Marina tentang Seksualiti Merdeka jelas tersasar dari dasar Islam yang sebenar. Dia sokong kebebasan LGBT? Apa dia ni beragama Islam ke apa?

Marina, I bukan nak lecture you. Tapi rasanya you perlu tahu bahawa se"profesional" mana pun you sekali, "sehebat" mana pun sekali PHD you ada, you tak boleh lari dari hakikat Islam yang sebenar. Itu root yang perlu you patuhi sebagai seorang Islam. Itu hukum dan wajib ditaati.

Dalam konteks kebebasan menurut Islam, agama kita itu tidak memberikan kebebasan secara mutlak terhadap umatnya. Dalam ertikata lain, kebebasan menurut Islam ada batasnya! Faham?!!!

Kalau you cakap pasal hak. Sekiranya seseorang masuk dalam rumah you dan ancam you. You berhak mempertahankan diri you, keluarga you, harta benda you and so on. Namun, apakah dengan tindakan tersebut membolehkan you bunuh je terus mamat yang masuk rumah you tu?

Dalam ertikata lain, meskipun mamat tu buat jenayah kat rumah you, ia tidak membuatkan you BEBAS untuk bunuh mamat tu, kan? Sebab...negara kita ni ada undang-undangnya... Understand???

Samalah juga dengan kebebasan LGBT. Memang bagi golongan bukan Islam, mungkin agama mereka membenarkan kebebasan sebegitu. Tapi, Islam melarang keras unsur-unsur LGBT ni! You tak study Islam ke dulu? Katanya "profesional" sangat educationnya....

You tak malu ke sebagai seorang Islam, tapi you pergi tolong puak-puak LGBT ni. Kalau you ajak diorang kembali ke pangkal jalan tu takpe la jugak. Tapi ni you pegi encourage pulak diorang ke jalan yang salah! You ni sekolah ke tak ni? You reti fikir ke tak reti ni? Husband you tak ajar ke?

You marah? Marah sesangat pada TV3? Itu you punya pasal la. Itu antara you dengan TV3. Tapi antara you dengan Islam sekarang ni memang ada masalah besar! Nampak sangat you tak reti fikir sebagai seorang yang "kononnya golongan profesional Islam"!

I tak tahu la kenapa you jadi macam ni. Setahu I, your parents dah bagi you education yang secukupnya dan tanggungjawab parents you dah habis terhadap you. You are all alone now. Tapi apa yang perlu you tahu, you dah buat silap banyak sangat dah pasal pendirian dan pendapat you mengenai Islam. You rujuk permasalahan Islam dari Ambiga ke???

Marina, please stop being pathetic laaaa..!!! Stop annoying us..!!! You make us sick of you a lot! You rujuk balik la dengan Mufti-Mufti. I recommend you refer kat Tan Sri Harussani, nak? You dah "jauh" sangat dah ni...bila lagi nak kembali ke pangkal jalan?

Hope you can think about this rationally. I tak mau cari gaduh dengan you. But you gone too far by now and I can't help it, okay! You make me upset dan very angry with your recent statement. You make me speak in English and I always speak in English when I got very-very angry..!!!


 DukeOfUMNO

Photobucket

AZIZAN APA HAL...?

on




Komen yang pertama,

Assalamualaikum aku cukup sedih dengan perkembangan negeri asai aku Kedah. Aku sangka dulu UMNO habih haprak dah, terutamanya zaman Osman Arrof, yang orangg kampung panggil Osman 'ghroup'..kerja rampas tanah orang Melayu.. Tapi sangkaan aku meleset.. aku bagi undi kat PAS.. aku ingat PAS akan ubah Kedah jadi 'Negeri Naugan Ulamak'.. tengok2 Kedah jadi negeri naugan 'ULARMAK'!!

Aku rasa dalam sejarah Tamaddun Kedah Tua..dari zaman Merong Mahawangsa sampailah ke zaman MB Mahathir Khalid.. belum pernah terjadi sejarah buruk lagi jahat laknatullah seorang MB Islam Melayu..(merampas Tanah Wakaf, roboh Madrasah dan surau) AZIZAN TERGAMAK HANG BUAT KERJA LAKNAT NI AZIZAN!!!

NAQAL KITAB MANA YANG BAGI 'HALAI' MUSSOLLA/ SURAU BOLEH DIROBOH KALAU MAKMUM SIKIT ATAU KURANG DARI BEBEBRAPA NISOB?? APA NAK JADI DENGAN NEGERI KEDAH HA? SEJAK PAS PERINTAH SEMAKIN GILA STAIL PENTADBIRAN!!!

Aku harap AZIZAN jangan lupa diri..jangan angkuh dan lagak sombong di kerusi MB.. hang jangan lupa Azizan Allah Ta'ala 'sambung' nyawa hang yg dah nak 'mampuih' dah hari tu.. tiba2 hang buat kerja nak PERUNTUH SYIAR ISLAM!! dengan apa alasan sekalipun Madrasah yang banyak jasa dan sentimental value bagi kawasan Tambang Badak-Jalan Lumpor-Pintu Sepuluh tidah HALAL dirobohkan.

Maslahat pada umat Islam lebih penting dari segala2nya!! bukan duit yg kita nak Azizan oii..kawasan tu Cina dah lama idam!! Maruah azizan oiii...MARUAH ISLAM..MARUAH MELAYU.. kalau depa bagi 100 juta untuk ganti Madrasah tu pun kita tak boleh bagi.. sebab tapak itu adalah warisan waqaf 102 tahun yang lalu!

PAK HANG pun takdak lagi Azizan oiii!! Awat hang jadi bodo Laknat Azizan oiii..Cina DAP Kafir dari Pulau Pinang tu hang boleh percaya? bagi projek macam ni dok peruntuh Islam? Hang nak angkut mai Cina2 kapiaq Penang-KL-Singapore masuk ramai2 beli lot2 kedai dan kondo mewah Rm500 juta tu ka Azizan? hang pakai dasar nak mampuih apa ni ha? dasar komunis misai putih ka?? hang bodo nak mampoih Azizan oii..

Madrasah apa dalam shopping mall yang ada azan 5 kali? Madrasah apa dalam shopping Mall yang akan ada imam2 mai tiap2 subuh baca TARHIM?? apa akan jadi pada maruah Islam? kapiaq kata boleh ambik senang rumah ibadah org Islam walaupun dah bertapak 102 tahun? awat hang jadi MUNAFIQ azizan oii?? hang tak takut ka bala Allah turun mai kat Alor Setaq??? Solat Hajat akan dibuat..serentak esok (hari ni) malam Insya Allah! aku takut hang terguling muntah darah berbuih mulot kot Azizan oiii.. jangan2 angkuh sangat!! Balasan Tuhan cepat la ni!!

Tamatlah komen yang pertama!! Haa.. apa macam? Betul-betul berapi!!

Mai kita baca komen yang kedua pulak!!

Kecelakaan pemerintahan MB Azizan ni cukup banyak...tapi malangnya UMNO Kedah aku rasa dah 'mampuih' dh kot!!! Mat Bashah ni, DS Najib mau bungkuih (cepat-cepat) lepas tu tendang dia pi duk pulau mana2!! Satu apa pun dia tak amik peduli pasai kecelaruan MB Azizan ni!! dia macam support sama kerja gila PAS.. pengerusi badan perhubungan apa lembik nyok ni? PAS duk sakan balun rakyat..UMNO Kedah dok sedap lena.. meleleh ayaq lioq!! tak pantas, tak cekap..buat tak kesahh..sebab PRU 13 UMNO Kedah nak 'sedekah' Kedah kat DAP-PAS DS Najib kena serius pantau Kedah. DS Najib kena 'zalim' sikit kat pemimpin UMNO Kedah.. cantaih awai2 perosak2 ni... ini punca Azizan dengan DAP laknat sakan merosakkan Kedah!!


Photobucket

Kongres PKR Platform AGUNGKAN Anwar...?

on


Banyak juga desas-desus di kalangan warga kerja ibupejabat PKR yang berasa kurang selesa dan tak berapa setuju dengan cadangan Azmin untuk – meletakkan ANWAR sebagai center of attraction dalam Kongres tak lama lagi. Ramai yang berpandangan, tidak ada asasnya untuk mengagungkan ANWAR pada ketika imej peribadi pemimpin itu teruk tercalar dalam beberapa isu kebelakangan ini. Rafizi tidak comfortable (tetapi diam). Saifuddin juga begitu.

Yang berani mengatakan tidak dan membantah cadangan tersebut adalah beberapa pemimpin muda yang dimasukkan sebagai sekretariat. Mereka mengatakan kaedah mengagungkan Anwar sudah kurang menarik perhatian generasi muda. Jujur, tegas mereka, Anwar semakin kehilangan midah touch di kalangan generasi muda. Benda sama turut dikongsi oleh beberapa orang kanan Chegubard yang turut menolak cadangan kongres untuk mengagungkan Anwar.

Kalau mengikut pelan asal – kongres itu akan menjadi tempat mereka mengesahkan Anwar sebagai PM material untuk pasca PRU-13. Gambar Anwar perlu besar. Video tentang Anwar perlu padat. Anwar perlu digambarkan sebagai pemimpin ulung parti.

Jangan tidak percaya, ramai juga kalangan anak muda di dalam PKR mula berfikir tentang apa yang akan jadi selepas Anwar? Ramai sangat! Mereka tak mahu parti menyorok dengan kemungkinan sebenar yang Anwar akan masuk semula ke penjara. Siapa yang boleh memimpin?

Kaedah mengagungkan Anwar ini juga ditolak oleh media alternatif yang dimiliki pembangkang. Mereka tahu, menjadikan Anwar sebagai TUHAN POLITIK kepada PKR akan hanya meletakkan PKR dalam keadaan yang sangat bahaya. Masa Anwar semakin suntuk.



Photobucket

ADUN Bangang

on


Pembangkang dari puak haprak Umno dan BN di Dewan Undangan Negeri Selangor melaung-laung suara kerana marahkan kerajaan negeri pimpinan Khalid ibrahim kerana mengamalkan diskriminasi terhadap penjawat awam apabila hanya memperkenalkan Gaji Minimun RM1500.00 kepada kakitangan GLC sahaja.-( Sinar Harian 17 Nov.m/s 39 )

Khalid berkata bahawa kenaikan gaji minimun kepada pekerja perkhidmatan awam adalah atas urusan kerajaan perseketuan,bukan kerajaan negeri la bengongggg.

Sedangkan Persatuan Pekerja sudah lebih 30 Tahun meminta dan mendesak kerajaan BN agar menetapkan gaji minimun kepada mereka yang bergaji rendah,namun sampai sekarang tiada respon daripada Kera Jaan BN.

Inilah Kebangangan ADUN Umno dan BN tak tahu bidang kuasa kerajaan negeri dan kerajaan perseketuan,tahu nak menyalak saja,macam anjing kena penyakit sawan.Untuk itu Gua nasihatkan lu orang jangan kasi undi sama ini ADUN Bangang..selamat negara...


Photobucket

SIAPA KENCING MUHYIDDIN YASSIN...?

on


IKLAN projek dipaparkan di akhbar tempatan dan 80 peratus kontraktor kelas F di Sabah diberikan harapan mendapat projek Kumbahan di semua sekolah di luar Bandar melalui agen yang dilantik ‘Tangan Misteri’ di Kementerian Pelajaran.


 Ikuti pengakuan jujur dua orang mangsa yang tertipu dan kemudiannya menyedari yang ‘agen’ yang menguruskan projek mereka, Adrian Khong, sinonim dengan 'Bomoh Temberang' dalam cerita P.Ramlee. Mungkinkah Tan Sri Muhyiddin dan Datuk Muhiddin Yusin, Pengarah Pelajaran Sabah turut berlakon dan kemudiannya membahagikan harta rompakan sesama mereka? Tonton Videoklip SIAPA KENCING MUHYIDDIN YASSIN?




Photobucket

Guru Besar Terlampau

on




Cikgu Abd Halim bin Mohamad (gambar), Guru Besar Sekolah Kebangsaan Langkap dekat sini, dianggap sebagai guru besar 'terlampau' apabila menuturkan kata-kata 'hodoh' dan membuat tuduhan melulu dihadapan khalayak ramai.

Naib Yang DiPertua PAS Kawasan Setiu, Dr. Azman Ibrahim mencabar cikgu Abd Halim supaya mengemukakan bukti atas tuduhan yang dilemparkannya terhadap para guru dan ustaz.

"Kita minta Cikgu halim kemukakan bukti kepada Jabatan Pelajaran Negeri Terengganu atau supaya tindakan tegas dan sewajarnya dapat diambil ekoran tuduhan serius beliau bahawa guru-guru dan ustaz-ustaz yang terlibat dengan parti pembangkang,

"(yang dituduh) mengabaikan tugas sehingga para pelajar menjadi mangsa,"ujarnya dalam satu kenyataan yang di e-melkan kepada Buletinonline.

Menurut Dr Azman yang juga Ahli Jawatankuasa badan Perhubungan PAS Terengganu, Cikgu Halim 'memaki hamun' ketika beliau menyampaikan ucapan pada Majlis Pengagihan Bantuan RM100 kepada murid-murid disekolah terbabit.

Katanya pada Rabu 16 November, Cikgu Halim teah menuturkan kata-kata 'nista' itu di hadapan ratusan ibu bapa yang hadir pada majlis berkenaan.

"Beliau (Cikgu Halim) juga dengan kesatnya memaki mereka yang terlibat dengan parti pembangkang dengan perkataan bodoh berulang kali.,"jelas Dr. Azman.

Beliau berkata antara kata-kata Cikgu Halim adalah; "kita tak mboh (mahu) dengar orang Langkap ni fikiran dia kena racun dengan parti pembangkang. Cikgu pun ada hok bodoh, seorang ustaz pun bingung, buleh masuk parti Pas, seorang doktor hok cerdik, bila masuk parti Pas, bodoh selalu! tuan-tuan, janganlah masuk parti pembangkang, tobat! Cikgu, ustaz bila masuk parti pembangkang, maknga (malas) selalu ngajar , anak murid jadi mangsa…”



Sehubungan itu, Dr Azman yang pernah berkhidmat sebagai doktor pergigian awam berkata, tuduhan cikgu Halim sangat serius memandangkan beliau seorang penjawat awam berjawatan sebagai anggota pentadbiran.

"tuduhan sebegini sangat serius dan bukti lengkap sangat diperlukan supaya tindakan sewajarnya dapat diambil untuk memperbaiki keadaan,

"apatah lagi, umum sedia memaklumi, guru-guru yang terlibat dengan PAS adalah mereka yang dididik dan ditarbiyah dengan roh Islam yang sentiasa meletakkan amanah dan tanggungjawab di tempat yang sewajarnya selaras dengan ajaran Islam,"jelasnya.

Katanya, tindakan Cikgu Halim akan menjejaskan kepercayaan awam kepada penjawat awam dan memusnahkan kredibiliti profesion perguruan.

Justeru, beliau meminta pihak Jabatan Pendidikan Negeri Terengganu dan Kementerian Pelajaran Malaysia mengambil tindakan terhadap Cikgu Halim sekiranya gagal mengemukan bukti terhadap segala tohmahannya itu.

"Pastinya kita tidak ingin mendengar dan melihat seorang guru besar yang menuduh sebarangan tanpa bukti serta bertindak seolah-olah seorang ketua cawangan Umno.

"kalau beliau ingin berpolitik, sila tinggalkan profesion perguruan dan ayuh! Sila turun ke medan politik,"tegas r Azman.


sumber  :- Tinta Hijau Dari Kaki Bukit
Photobucket

Lagi Pemimpin UMNO Diheret Dalam Skandal Projek Lembu

on



Berdasarkan rekod kewangan syarikat projek ternakan lembu, Perbadanan Fidlot Kebangsaan (NFC), PKR mendakwa terdapat lebih banyak penyelewengan dalam syarikat yang dimiliki oleh keluarga Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat, Datuk Seri Sharizat Abdul Jalil.

NONEPada sidang media di lobi parlimen, setiausaha agung PKR Saifuddin Nasution mendedahkan bahawa skandal itu kini merebak dan turut membabitkan beberapa pemimpin Umno lain.
Antaranya,:

1. Lembu-lembu bernilai RM5,281 yang disumbangkan pada tahun 2009 kepada Menteri Kerja Raya, Datuk Seri Shaziman Mansor; dan RM2,640 kepada ADUN yang hanya dikenali sebagai 'YB Yunus'.
2. Lembu-lembu bernilai RM70,000 dikatakan dijual secara kredit kepada bekas Menteri Wilayah Persekutuan Datuk Seri Zulhasnan Rafique pada tahun 2008; dan harga pembelian hanya dibayar sepenuhnya pada tahun 2009.

3. RM26,400 yang didakwa dibayar sebagai perbelanjaan yang dilakukan pada tahun 2008 oleh Shahrizat.
4. RM368,640 yang dikatakan digunakan bagi sewa pejabat dan dibayar kepada pengarah NFC - suami Shahrizat, Mohamad Salleh Ismail dan anak lelaki mereka, Wan Shahinur Izran.

Syarikat itu, sebelum ini, didakwa telah membelanjakan sebanyak RM250 juta dana awam yang diperuntukan dalam bentuk pinjaman mudah. Namun sehingga hari ini, tiada ulasan berhubung segala dakwaan yang dilemparkan dijawab.

azlanMasalah berkaitan dengan operasi projek ternakan lembu NFC itu, pertama kalinya timbul semasa Laporan Ketua Audit Negara 2010 dibentangkan.

Menurut Saifuddin, sejak NFC menerima sepenuhnya pinjaman mudah itu, syarikat berkenaan tidak membayar walau satu sen kepada  kerajaan, samada dari segi pembayaran pinjaman pokok atau faedah dua peratus yang dikenakan.

“Jika benar sebuah pinjaman mudah seperti didakwa pimpinan Umno, NFC perlu bayar sekurang-kurangnya RM5juta setahun kepada kerajaan persekutuan dalam bentuk faedah pinjaman,” katanya.




Photobucket

PKR Nak Rempuh Kubu UMNO

on


PKR berharap kongres kebangsaannya di Johor pada hujung minggu depan akan membantu parti itu dan Pakatan Rakyat menyebarkan pengaruh mereka ke negeri berkenaan yang telah sekian lama menjadi kubu kuat Umno.

NONESetiausaha agung PKR, Saifuddin Nasution Ismail berkata tujuh kongres sebelum ini di negeri-negeri lain telah menghasilan kesan itu dan berharap perkara yang sama akan berlaku di Johor.

"Jika dilihat sejarah parti, kita telah adakan kongres di lembah Klang, Selangor, Pulau Pinang, Kedah, Perak, Kelantan di mana PKR dan Pakatan bertambah kukuh.

"Kita berharap kongres yang akan diadakan di Pulai Springs (di Kulai) bermula 25 November ini akan menyaksikan PKR dan Pakatan menembusi Johor yang dikenali sebagai kubu Umno,” katanya.

Saifuddin berkata keputusan mengadakan mesyuarat di Johor adalah berdasarkan sambutan orang ramai di negeri itu terhadap PKR dan Pakatan yang begitu menggalakkan.


Photobucket

Istana Negara ‘lama’ Ditutup Secara Rasmi

on




 Apabila pintu masuk utama ke Istana Negara di Jalan Istana di sini dikunci pada pagi 15 nov ini, ia menandakan tempat bersemayam semua Yang di-Pertuan Agong sejak kemerdekaan negara itu, mengakhiri fungsinya secara rasmi.
Majlis penuh istiadat itu bermula 9 pagi dengan perarakan masuk anggota Batalion Pertama Rejimen Askar Melayu Diraja (RAMD) diiringi pasukan pancaragam pusat RAMD.
Kumpulan penurun bendera terdiri daripada 10 anggota RAMD kemudian menurunkan Bendera Peribadi Yang di-Pertuan Agong sambil diperdengarkan tiupan paluan akhir yang bertujuan memaklumkan bahawa Istana Negara akan berpindah ke Istana Negara di Jalan Duta.
Laporan Bernama Online menyebut istiadat diteruskan dengan perarakan kumpulan penurun bendera bersama pasukan istiadat berkuda ke pintu masuk utama istana bagi menyerahkan bendera berkenaan kepada Datuk Pengelola Bijaya Diraja, Datuk Tengku Farok Husin Tengku Abdul Jalil, mewakili pihak Istana Negara menandakan berakhirnya penugasan di Istana Negara.
Penyerahan bendera itu dilakukan oleh Pemangku Pegawai Memerintah Batalion Pertama RAMD Mejar Mohd Kadri Abu Bakar.
Sebagai simbol penutupan bangunan yang tersergam indah dan ditandai dua kubah emas itu, Tengku Farok Husin kemudiannya mengarahkan Bentara Istana Negara, Rosli Asri mengunci pintu masuk utama istana menandakan segala tugas telah tamat di Istana Negara sebelum mengorak langkah ke Istana Negara Jalan Duta bagi istiadat menaikkan Bendera Peribadi Yang di-Pertuan Agong.
Kawalan itu dilaksanakan Batalion Pertama RAMD dan Skuadron Istiadat Berkuda berkekuatan seramai tiga pegawai, 69 anggota lain-lain pangkat dan 12 ekor kuda.
Antara kenamaan yang hadir menyaksikan istiadat penurunan bendera itu ialah Timbalan Ketua Setiausaha Kanan Jabatan Perdana Menteri merangkap Pengerusi Majlis Rasmi Negara Datuk Othman Mahmood, Ketua Staf Markas Angkatan Tentera Malaysia (ATM) Lt Jen Datuk Raja Afandi Raja Mohd Nor dan Penolong Ketua Markas ATM Mej Jen Datuk Abdul Aziz Ibrahim.
Di Istana Negara Jalan Duta, istiadat menaikkan bendera bermula pada 10.25 pagi dengan penyerahan Bendera Peribadi Yang di-Pertuan Agong oleh Datuk Pengelola Bijaya Diraja kepada kumpulan penaik bendera bagi menandakan bermulanya penugasan pihak Angkatan Tentera Malaysia (ATM).
Istiadat menaikkan bendera di Istana Negara Jalan Duta dianggap unik kerana bendera itu dinaikkan secara automatik berbanding di Istana Negara “lama” yang dilakukan oleh anggota tentera.
Istana Negara telah berpindah dan mula beroperasi di kompleks baru di Jalan Duta secara berperingkat mulai 19 Oktober lepas manakala penugasan kepada anggota pengawal daripada ATM bermula hari ini.
Istana Negara lama di kawasan seluas 11.34 hektar asalnya adalah sebuah banglo dua tingkat yang dibina pada 1928 oleh jutawan tempatan, Chan Wing.
Kemudian banglo itu bertukar milik apabila kerajaan negeri Selangor membelinya dan selepas diubah suai ia dijadikan tempat bersemayam Sultan Selangor, Sultan Sir Hishamuddin Alam Shah.
Bangunan yang dijadikan sebagai istana kepada Sultan Selangor itu kemudian bertukar milik sekali lagi apabila Kerajaan Persekutuan membelinya dengan harga RM1.4 juta pada tahun 1957 untuk dijadikan tempat bersemayam Yang di-Pertuan Agong pertama, Tuanku Abdul Rahman Tuanku Muhammad, beberapa minggu sebelum pengisytiharan kemerdekaan.
Istana Negara baru yang dibina dengan ciri-ciri binaan Islam dan tradisional Melayu terletak di kawasan seluas 96.52 hektar dan akan menjadi lokasi pertabalan Sultan Kedah Tuanku Abdul Halim Muadzam Shah sebagai Yang di-Pertuan Agong ke-14 Disember ini.




Photobucket

Tony: Empat MP Serang Saya Secara Peribadi, AirAsia Tak Rompak Rakyat Miskin

on




Ketua syarikat tambang murah AirAsia Tan Sri Tony Fernandes menggunakan ruang sosial Twitter sekitar dua jam pagi ini untuk menjawab kritikan ke atas beliau oleh beberapa wakil rakyat semalam sambil berkata, empat Ahli Parlimen telah menyerang beliau secara “peribadi” sejak lima tahun lalu.
“Empat Ahli Parlimen telah mengkritik saya. Menjadikan ia sesuatu yang peribadi selama lima tahun.
“(Malah) seorang Ahli Parlimen mengatakan saya telah merompak orang kampung (rakyat biasa) yang miskin,” kata Fernandes pagi ini.
Malah jawab beliau: “Orang kampung tidak boleh terbang (menggunakan perkhidmatan udara) sebelum ini.”
“Kami telah bekerja keras untuk membolehkan mereka terbang dan 130 juta orang sudah terbang kerana kami,” kata beliau yang syarikatnya telah menandatangani perjanjian tukaran saham dengan Penerbangan Malaysia (MAS) Ogos lalu.
Kata beliau, pendekatan AirAsia ialah bersusah payah untuk membolehkannya menyediakan perkhidmatan tambang murah bagi rakyat berpendapatan rendah.
“Cukai lapangan terbang dibayar oleh semua rakyat Malaysia. Wang itu tidak pergi kepada AirAsia, tetapi MAB (Malaysia Airport Berhad. Bagi setiap RM25 adakah anda fikir mendapat nilai (yang sepadan) di (terminal murah) LCCT,” katanya lagi.
AirAsia sebelum ini dianggap menjadi saingan kepada MAS. Ogos lalu ia menandatangani kerjasama dengan MAS dalam usaha memulihkan syarikat penerbangan nasional tersebut.
Usaha itu mendapat kelulusan Putrajaya.
Semalam, beberapa Ahli Parlimen Umno menuduh Tan Sri Azman Mokhtar dan Fernandes telah menipu rakyat dalam urusan perjanjian saham melibatkan MAS dan AirAsia Ogos lalu.
Ahli Parlimen Kinabatangan Datuk Bung Mohtar Radin mahu Azman, ketua eksekutif Khazanah disoal siasat ekoran keputusan agensi pelaburan kerajaan memutuskan untuk menukar 20.5 peratus saham dalam MAS bagi mengambil 10 peratus saham dalam AirAsia.
“Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) harus memanggil Tan Sri Azman... kesemua mereka... jika ada  penyelewengan, humban mereka ke dalam penjara,” kata beliau yang juga Timbalan Pengerusi BN-BBC ini di Dewan Rakyat.
“Bagaimana Khazanah boleh diperbodohkan, macam mana boleh jadi bodoh, diperdayakan oleh Tony Fernandes. Jika saya berada dalam kedudukan, saya akan letak jawatan daripada menyusahkan orang lain,” katanya lagi.
“Kemungkinan mereka bukan bodoh. Kemungkinan mereka mendapat keuntungan besar dengan mengaut wang rakyat,” kata beliau dengan kedudukan Tune Air, milik Ketua Pegawai Eksekutif AirAsia, kini memiliki satu perlima pegangan dalam MAS.
Ahli Parlimen Sri Gading Mohamad Aziz juga mendakwa AirAsia dengan jelas menipu publik dan “sekarang cuba untuk menipu MAS.”
“Jika orang macam ini (Fernandes) menguasai kita, astaghfirullah,” katanya ketika membahaskan Bajet 2012.
Bung Mohtar juga berkata bahawa kerajaan tidak harus takut dengan Fernandes.
“Apa sahaja beliau mahu, kita beri. Beliau mahu kenakan caj tambahan bagi lebihan (muatan) bagasi dan hisap darah rakyat miskin.
“Sekarang saya dengar beliau ada rancangan untuk mengambil alih keseluruhan penerbangan dalam negeri dan MAS hanya akan ada penerbangan antarabangsa,” kata beliau sambil menambah, “jika kita beri yang ini kepada beliau, negara akan rosak. Ia tanda berakhirnya dunia bagi kita,” kata beliau lagi.
Perjanjian pertukaran saham antara MAS-AirAsia berhadapan dengan kecaman daripada ahli-ahli politik dan kesatuan sekerja syarikat penerbangan kebangsaan itu.
Kenyataan kedua-dua wakil rakyat itu juga mendapat reaksi berbelah bahagi daripada pembaca dan orang ramai.
Fernandes juga bertanya mengapa wakil rakyat terbabit tidak pernah mempersoalkan kos lapangan terbang dan memperjuangkan usaha mengurangkan cukai lapangan terbang demi rakyat.
“Mengapa PAC tidak melihat kos lapangan terbang LCCT baru dan mengapa laluan ketiga diperlukan,” katanya lagi.
Menjawab soalan pemegang akaun @gbeejipp sama ada pembinaan LCCT baru dan laluan ketiga idea beliau, Fernandes menulis: “Kami mahukan terminal dibina di belakang terminal utama. Dan bukan laluan ketiga.”
Apabila didakwa beliau seorang yang angkuh oleh pengguna bernama @firdyfire, Fernandes membidas dengan berkata “tanya 9,000 pekerja saya (sama ada) saya angkuh.”
Dalam pada itu Bernama Online melaporkan bahawa Ketua Pegawai Eksekutif AirAsia ini telah membatalkan satu sidang media mengenai cukai lapangan terbang yang dijadualkan lewat hari ini.
Bagaimanapun katanya beliau menggunakan media sosial, Facebook, untuk melahirkan kekecewaannya mengenai isu itu, sambil menyatakan cukai lapangan terbang perlu ditetapkan agar ia termampu kepada rakyat biasa.
Katanya MAS dan AirAsia telah menyumbang idea kepada MAB bagi menaikkan pendapatan mereka dengan menarik kedatangan lebih banyak syarikat penerbangan.
"Kemudiannya, kurangkanlah caj itu," katanya.
Beliau berkata MAB telah membuat terlalu banyak janji kosong dan syarikat penerbangan itu dipersalahkan terhadap prestasi buruk mereka.
"AirAsia mahukan MAB bersikap bersih. Terminal Syarikat Penerbangan Tambang Murah (KLIA2) yang baharu sepatutnya beroperasi pada Jun 2012 pada kos RM2 bilion," katanya.
Adalah dilaporkan bahawa kos KLIA2, yang berkeupayaan mengendalikan 30 juta penumpang akan berharga lebih daripada kos awal RM2 bilion.
Beliau turut mempersoalkan keperluan membina landasan ketiga di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA).
"Kenapa KLIA membina landasan ketiga apabila mereka tidak menggunakan mod dua landasan? Heathrow mempunyai 60 juta penumpang dengan menggunakan dua landasan.
"Membetulkan sistem trafik udara adalah lebih murah daripada membina satu lagi sistem landasan," katanya.



Photobucket

Followers

pop up text

Blog Archive

Top Ranking Pro PR

My Blog List