Mamak Ini Memang Bangang

on Feb 18, 2012



TV3 suku dalam siaran malam semalam kununnya memberitahu bahawa kepimpinan PAS Permatang Pauh mendesak supaya parti mereka keluar dari Pakatan Rakyat disebabkan kenyataan Ketua Pembangkang, Anwar Ibrahim yang kununnya menyokong rejim Israel.


Berita penuh disertakan di bawah.

Manusia yang dalam gambar pertama dan gambar kedua sebenarnya adalah Mohamed Ghani Abdul Jiman, seorang ahli Umno-APCO yang menyamar alim kunun menjadi ahli PAS siang tadi di Masjid Shaik Eusof, Jalan Air Itam, Keramat, Pulau Pinang selepas solat Jumaat.





Dia juga sebenarnya adalah orang yang sama membawa hadiah coli dan seluar dalam corak harimau ke pejabat Guan Eng (lihat gambar di bawah yang bercermin mata tersisip di atas songkoknya).



Bukti lanjut berkenaan Mohamed Ghani ada di bawah sebagai perbandingan.

Ternyata Umno-APCO dan TV3 suku sanggup menipu seluruh rakyat Malaysia kerana terdesaknya mereka mempertahankan kuasa sanggup melaga-lagakan PAS dan PKR dalam soal Israel-Palestin walaupun Anwar sudah membuat kenyataan rasminya semalam.


Mohamed Ghani Abd Jiman (kanan sekali) membawa
empat kek berbentuk tahi kepada Ketua Menteri
Pulau Pinang, Lim Guan Eng pada 8 Disember tahun lalu

SELAIN memainkan "politik lucah" dan "politik selak kain", Umno kini mula memainkan "politik taik" pula. Budaya politik menjijikkan akan terus dimainkan untuk mendapatkan sokongan rakyat.

Tindakan kali ini benar-benar di luar tahap kewarasan manusia apabila mereka menghina kakitangan kerajaan yang dipilih oleh rakyat dengan hadiah "tahi manusia".

Deligasi Umno Pulau Pinang tengah hari tadi menyerahkan empat hadiah seakan ‘tahi manusia’ yang dibungkus seperti kek kepada kakitangan kerajaan di Komtar, George Town, yang menempatkan Kompleks Pentadbiran Kerajaan Negeri.

Kakitangan kerajaan yang menerima hadiah "tahi manusia" itu dilihat terkedu dengan tindakan "luar batas" dilakukan oleh Deligasi Umno Pulau Pinang itu.

Tergamak mereka menghina kakitangan kerajaan yang bekerja dengan kerajaan yang dipilih oleh majoriti rakyat di negeri ini.


Jurucakap deligasi Umno Pulau Pinang Mohamed Ghani Abd Jiman berkata: "Orang lain tak boleh bagi hadiah ‘tahi manusia’, hadiah ini memang mempunyai nilai sentimental dia kerana dia buat Pulau ini macam ‘pulau tahi".

“Empat (‘tahi manusia’) ini DAP yang taja. Sesiapapun tak perlu tahu dan biar polis siasat. Kalau nak tahu, Guan Eng kena buat laporan polis,” sindir beliau sambil menghina kakitangan kerajaan yang setia berkhidmat dengan kerajaan negeri

Tindakan itu dilihat akan meningkatkan lagi kebencian kakitangan awam kepada Umno yang sebelum ini mengamalkan "politik lucah" dan kini "politik najis" pula - Milo Suam

Berita dari KLPos.com

Iktiraf Israel - Sekumpulan Ahli PAS Pulau Pinang Berdemo Bantah Anwar.

Satu perhimpunan mendesak Ketua Pembangkang Dato Seri Anwar Ibrahim menarik balik sokongan terhadap Yahudi di hadapan Masjid Masjid Shaik Eusof Jalan Air Itam,Keramat. Perhimpunan anjuran Sekumpulan Jentera PAS Pulau Pinang dan Persatuan Anak Jati Melayu Islam (PAJIM) itu telah dihadiri kira kira 25 orang.

Mereka berhimpun untuk menyuarakan dan membangkang secara berhemah tentang kenyataan Anwar Ibrahim yang mengiktiraf dan menyokong Israel.Sebagai umat islam,ini sama sekali tidak boleh diterima.

Menurut mereka yang berhimpun, Anwar Ibrahim seolah olah telah membuka pekung di dadanya sendiri dengan mencemarkan nama baik agama islam di mata dunia.Sewaktu perhimpunan ini berlangsung, mereka juga turut mengulas sekiranya BN kalah pada PRU-13 ini, Pihak Israel akan turut menjajah Malaysia.



Photobucket

N3 YANG KU DENGAR :- Ada Pegawai Atur Perlawanan

on




Apa Nak Jad FAM...Ada Pegawai Atur Perlawanan......


Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM) semalam ‘panas’ dengan laporan akhbar Straits Times Singapura yang mengaitkan pembabitan segelintir pegawai badan induk bola sepak tanah air itu dengan gejala mengatur perlawanan.

Laporan berita dari negara jiran itu memetik kenyataan terbaru Ketua Keselamatan Fifa, Chris Eaton sebagai berkata, skandal itu bukan hanya membabitkan pemain dan jurulatih, malah pegawai FAM sendiri.

Bagaimanapun FAM dalam kenyataan media yang dihantar semalam menuntut penjelasan lanjut daripada Eaton mengenai kenyataannya itu.

“FAM kesal dengan laporan yang disiarkan akhbar Straits Times Singapura yang membayangkan pegawai persatuan ini terbabit dalam gejala mengatur perlawanan.

“Laporan itu dibuat berdasarkan kenyataan Ketua Keselamatan Fifa, Chris Eaton. Sehubungan itu, FAM sudah menghantar surat kepada Chris Eaton meminta beliau menjelaskan secara terperinci maksud kenyataan itu dan mengemukakan bukti jika mengesyaki pembabitan pegawai FAM dengan gejala ini.” Laporan akhbar itu secara tidak langsung mengundang persepsi buruk terhadap FAM yang kini bertungkus lumus mencari jalan memerangi gejala rasuah bola sepak yang menular berikutan beberapa kes baru-baru ini membabitkan pasukan Liga Malaysia.

Setiausaha Agung FAM, Azzuddin yang diminta mengulas perkara itu berkata: “Eaton tidak sepatutnya membuat dakwaan sedemikian kerana apabila beliau menyebut pegawai FAM, ia merangkumi semua peringkat. Sekarang kami menunggu jawapan balas Eaton.” Menerusi laporan online Straits Times yang bertajuk ‘At least 2 LionsXII matches under graft probe’ (Sekurang-kurangnya dua perlawanan Lions XII disiasat) menyatakan pemain dan pegawai pasukan itu tidak disyaki terbabit namun difahamkan kemenangan LionsXII ke atas Sabah (21 Januari) dan Negeri Sembilan minggu lalu dipantau FAM dan Fifa.

Namun Azzuddin menafikan pasukan tunggal dari Singapura beraksi dalam Liga-M musim ini adalah antara tiga pasukan yang kini disiasat FAM dan pihak berkuasa.

“LionsXII bukan antara tiga pasukan yang disiasat dan pegawai Fifa yang menghadiri mesyuarat khas FAM sebelum ini juga tidak pernah menyebut kes membabitkan pasukan itu,” katanya.

Gejala rasuah kembali menghimpit arena bola sepak tanah air apabila 11 pemain dan seorang bekas jurulatih pasukan Piala Presiden digantung oleh FAM, minggu lalu.

Pengerusi Jawatankuasa Pemeriksaan, Pemantauan dan Ketelusan FAM, Tan Sri Aseh Che Mat pula baru-baru ini mendedahkan tiga pasukan ‘senior’ Liga-M disiasat polis dan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) kerana disyaki terbabit dengan gejala mengatur perlawanan.



Photobucket

N3 YQNG KU DENGAR :- Antara Dua Darjat

on

Ini lah sebabnya kenapa PAS sejak zaman dulu kala tak pernah reti bahasa kecewa frust putus asa memperjuangkan hudud. Sebab, Hudud for All.


Kisah 1


Penganggur, curi susu tak sampai RM200-00 bakal berdepan masuk kedalam selama dua bulan dan didenda RM1,000-00. (sini)

Susu beb... susu. Benda makan. Penganggur itu mungkin dah sengkek hamprak gila. Pun begitu, mencuri tetap mencuri. Tak dikata meminjam.


Kisah 2


Jamil K mencelupkan tangannya kedalam tabung zakat WP dan 'meminjam' puluhan ribu semata-mata kerana nak berlawan dgn Mat Nuar. Kes ini pun tak dibawak kemana nampaknya. si Jamil K tetap segak bermisai kehulu kehilir.

Dan baru-baru ini, berkajang-kajang lagi bukti menunjukkan Jamil K ini sebenarnya mempunyai saudara kembar. Saudara kembar dia bernama Jameeeeeel Kay!

Ceritanya begini, Jamil K mohon dana dari zakat WP sebanyak RM1,000,000-00. Kemudian Jameeeeeel Kay cop dan sign apa segala dan meluluskan. Bukan lulus RM1,000-000-00, Jameeel Kay itu meluluskan RM4,000,000-00! (sini)

Yayasan Taqwa ini yayasan pala bana hapa overhead 18 orang staff mencecah RM2 juta?


Yang Ini Macam Mana Pulak.......Lu fikir le sendiri......




Photobucket

Kenapa Jadi Penakut

on


Isu Penyelewengan Pasir: Noh Omar Tidak Berani Hadir Ke Selcat..............


TANJONG KARANG: Timbalan Pengerusi Umno Selangor Datuk Seri Noh Omar berkata beliau hanya akan mendedahkan bukti mengenai penyelewengan pasir di negeri itu jika kerajaan negeri mengadakan 'perbicaraan terbuka'.

Beliau berkata langkah itu perlu kerana Jawatankuasa Pilihan Khas Mengenai Keupayaan, Kebertanggungjawaban dan Ketelusan Selangor (Selcat) yang sepatutnya menyiasat isu tersebut masih gagal menyelesaikannya, meskipun telah menerima laporan sejak setahun lepas.

"Selcat wajar digunakan sejajar dengan penubuhannya yang bertujuan untuk mencari kebenaran berhubung sesuatu isu yang timbul. Namun apa yang dilihat pada hari ini Selcat hanya ditubuhkan untuk kepentingan politik kerajaan negeri. "Kalau merasakan Selcat tidak mampu selesaikan isu itu, kerajaan negeri harus tubuhkan mahkamah rakyat (terbuka) dan saya akan hadir serta bawa enam saksi yang sanggup kemuka bukti mengenai kegiatan penyelewengan pasir di Selangor," katanya, di sini, Jumaat.

Beliau yang ditemui pemberita selepas menyampaikan Bantuan Rakyat 1Malaysia (BR1M) diminta mengulas mengenai cabaran Menteri Besar Selangor Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim yang mahu Noh mendedahkan bukti penyelewengan terbabit.
BERNAMA



Photobucket

N3 YANG KU DENGAR :- Zambry Kadir Akan Di Singkirkan...?

on




Dalam tempoh beberapa bulan lalu Najib sudah melakukan dua kali lawatan politik ke Perak. Esok 18 Februari, Najib sekali lagi melakukan lawatan ke Perak. Kekerapan beliau melawat Perak adalah menandakan pilihanraya umum sudah semakin hampir dan juga untuk memastikan BN dapat terus berkuasa di negeri "Kejor Yob Kejor" itu.

Dalam pilihanraya 2008, BN Perak yang ketika itu dipimpin oeh Tajol Rosli telah tumbang di Perak. Bagamaimanapun dengan tiga orang ADUN Pakatan Rakyat melompat parti kemudiannya, kerajaan negeri Pakatan Rakyat yang ketika itu dipimpin oleh Nizar Jamaluddin akhirnya tumbang. Dr Zambry kemudian mengambil alih tampuk pemerintahan kerajaan negeri Perak.

Berdasarkan senario itu, politik Perak memang panas. BN yang memperolehi kuasa melalui "pintu belakang" dan "kuasa mahkamah", kali ini mahu membuktikan bahawa rakyat Perak akan terus menyokong mereka. Bagi PR pula, yang merasakan kuasa pemerintahan mereka telah "dirompak" secara tidak sah, turut mahu membuktikan gabungan Pas, DAP dan PKR benar-benar diterima rakyat Perak dalam pilihanraya kali ini. Azam PR bukan setakat untuk menang, tetapi dengan jumlah majoriti kerusi DUN yang lebih besar lagi.

Sebagaimana sibuknya Najib dan diikuti Muhyiddin juga kerap melawat Perak untuk memastikan kemenangan UMNO dan BN Perak, PR juga turut sibuk dengan pelbagai program untuk menawan kembali negeri itu. Malahan kali ini, Pas Perak mensasarkan untuk menang di 15 kerusi DUN di Perak.

Kekerapan Najib melawat Perak, tidak dapat tidak, adalah untuk melihat sendiri persiapan jentera pilihanraya negeri dan sejauh mana arus sokongan rakyat benar-benar mantap serta meyakinkan.

Sehingga ini, senario semasa dan keyakinan kedua-dua belah pihak adalah agak seimbang dengan kedua-dua pihak sama ada BN mahu pun PR, masing-masing mempunyai keyakinan untuk menawan negeri itu. Kekuatan BN Perak banyak terletak pada sokongan Melayu luar bandar manakala PR banyak ditentukan oleh kemantapan sokongan bukan Melayu serta undi Melayu yang berpecah. Tetapi dengan beberapa isu semasa yang berlaku dalam negara seperti isu lembu NFC, ia mungkin menjejaskan sedikit sokongan kelompok Melayu kepada BN terutama golongan muda dan mereka yang terdedah dengan maklumat internet.

Dengan lawatan Najib ke Perak esok, antaranya bertemu dengan masyarakat Felcra di Pasir Salak, mungkin disertai dengan pemberian beberapa "gula-gula" lagi ia tidak lain ialah untuk memantapkan sokongan orang-orang Melayu Perak kepada UMNO dan BN.

Apa yang menarik juga dalam politik Perak, di sebalik kekerapan Najib turun ke negeri itu dan detik PRU 13 yang makin hampir ialah isu pengganti Dr Zambry sebagai Menteri Besar semakin kuat kedengaran dan diperkatakan di mana-mana. Najib dikatakan mahu meletakkan orang lain sebagai Menteri Besar jika BN kekal berkuasa di Perak.

Meskipun Zambry dilihat tidak menimbulkan apa-apa masalah serta tiada isu kontroversi besar yang melibatkan diri, keluarga dan kepimpinannya tetapi masalah yang dihadapinya ialah beliau agak kurang disenangi oleh orang-orang lama dalam UMNO Perak. Orang-orang lama ini sama ada masih menduduki kerusi ADUN, Ketua Bahagian atau ahli perniagaan saja, merasakan banyak pandangan dan idea mereka tidak diterima pakai oleh kepimpinan Zambry yang nampaknya suka kepada idea-idea baru lagi kontemporari serta berdasarkan kajian dan penyelidikan ilmiah.

Pendekatan politik yang berasaskan idea-idea baru itu dipraktikkan bersesuaian dengan latar belakangnya kerana sebelum menjadi Menteri Besar, Zambry pernah menjadi Ketua Eksekutif INMIND, sebuah badan pemikir untuk Dr Khir Toyo dan Pengarah CELDES, juga badan pemikir untuk Muhyiddin Yassin. Maka tidak hairan, bila menjadi Menteri Besar, beliau cuba melaksanakan beberapa idea dan pendekatan baru yang dirasakan sesuai dalam kepimpinannya.

Ada kedengaran juga cakap-cakap bahawa stail kepimpinan Zambry yang terlalu menonjol mirip Dr Khir Toyo itu tidak akan mampu menjanjikan kejayaan yang berpanjangan kepada UMNO dan BN Perak. Maka, pilihan yang logik ialah mesti didatangkan seorang calon Menteri Besar baru yang agak sederhana dan boleh diterima oleh semua pihak.

Selain tekanan daripada orang-orang lama, Najib sendiri memerlukan orang yang benar-benar dipercayainya dalam politik Perak. Zambry bukanlah orang Najib serta tidak pernah mempunyai hubungan politik yang intim dengannya sebelum ini dan beliau dipilih menjadi Menteri Besar oleh Tun Abdullah Badawi. Dalam sejarah politiknya, beliau lebih mempunyai hubungan yang rapat dengan Muhyiddin dan pernah mengetuai CELDES, sebuah badan pemikir untuk Muhyiddin ketika beliau menjadi Naib Presiden UMNO.

Orang yang menjadi kepercayaan Najib di Perak ialah Zahid Hamidi, Nazri Aziz dan Husni Hanazdlah dan ketiga-tiganya menjadi menteri di peringkat pusat sekarang ini. Dengan Nazri Aziz yang lebih sesuai berfungsi di Pusat, pilihan Najib untuk menggantikan Zambry ialah Zahid Hamidi dan Husni Hanazdlah.

Namun kebelakangan ini nama Hamzah Zainuddin, Timbalan Menteri Perusahaan, Perladangan dan Komoditi turut muncul sebagai antara calon yang bakal menggantikan Zambry di Perak.

Kekerapan Najib turun ke Perak adalah bersifat serampang dua mata sebenarnya, untuk memastikan BN menang dan meninjau-ninjau calon yang sesuai menggantikan Zambry di Perak. Berdasarkan pendapat semasa dan sumber yang rapat dengan kalangan UMNO Perak, kemungkinan besar calon yang menggantikan Zambry ialah antara Zahid Hamidi dan Hamzah Zainuddin. Bagi Husni pula, Najib dikatakan amat memerlukan dan selesa dengan peranannya di Kementerian Kewangan.

Berdasarkan realiti politik, Najib memang tidak ada pilihan selain menggantikan Zambry dengan orang yang benar-benar dipercayainya. Kebimbangan utama Najib ialah bilamana BN tidak memperolehi majoriti yang selesa selepas pilihanraya nanti yang memungkinkan kedudukannya sebagai Presiden UMNO akan dicabar dalam pemilihan UMNO selepas itu. Dengan Perak mempunyai 25 bahagian UMNO serta menyumbang jumlah undi yang banyak dalam menentukan hidup mati sebagai Prediden UMNO, maka kawalan terhadap UMNO Perak amat-amat diperlukan.

Mengekalkan Zambry terus kekal di Perak amat merbahaya bagi Najib, lebih-lebih lagi jika selepas pilihanraya nanti timbul desakan agar Muhyiddin mengambil alih kepimpinan UMNO berdasarkan prestasi buruk UMNO dan BN dalam PRU 13.

Jika pilihan yang ada hanya antara Zahid Hamidi dan Hamzah Zainuddin, besar kemungkinan Najib akan meletakkan Zahid sebagai penggantinya Zambry. Selain bekas Setiausaha Politiknya itu agak lebih dipercayai oleh Najib berbanding Hamzah yang semasa Najib menjadi Ketua Pemuda UMNO, beliau lebih rapat dengan Annuar Musa, Zahid juga akan lebih mudah diterima oleh semua kelompok dalam UMNO Perak. Golongan lama, generasi muda dan rakyat Perak keseluruhannya lebih mudah menerima Zahid kerana PR dan budi bahasanya yang baik dengan semua orang.

Dengan meletakkan Zahid Hamidi sebagai Menteri Besar Perak, Najib bukan sahaja dapat memastikan masa depan politiknya lebih terjamin jika beliau dicabar, tetapi juga berupaya menyediakan laluan yang lebih selesa untuk sepupunya, Hishammuddin Tun Hussein mendaki puncak kuasa. Andainya Zahid menjadi Menteri Besar Perak, masa depan politik Hishammuddin tidak mempunyai saingan lagi di peringkat pusat.

Bagi Zambry pula, meskipun beliau akan dibawa di Pusat seleas pilihanraya ini tetapi tiada jaminan beliau akan diberikan jawatan menteri penuh dalam kabinet Najib Beliau mungkin mengulangi sejarah Ramli Ngah Talib yang hanya dijadikan timbalan menteri apabila dibawa ke Pusat.....(SH 17/02/2012).



Photobucket

ANWAR APA KHABAR...?

on Feb 17, 2012

Anwar Kau Jawab Sendiri..................





Photobucket

N3 DARI SEBERANG :- SUPERIMPOSE...? Penghinaan Yang Melampau

on





Kalau lah image sedemikian rupa di keluarkan oleh blogger pro pakatan, apa tindakan organisasi berkenaan.... lu fikir lu jawab bai....













source :- masterdedah
Photobucket

Tarikh Sebenar PRU 13

on


Dari ketua bahagian membawa kepada ahli parlimen, timbalan menteri dan bekas perdana menteri semua nasihat supaya Sharizat mengangkat kain taula putih, mengaku kalah melepas jawatan. Mereka mengira isu lembu gemuk telah memberi penyakit besar kepada Umno dan akan menyulitkan Umno untuk berhadapan dengan rakyat dalam pilihan raya nanti. Projek itu akan menjadi lambang atau simbol kerakusan kerajaan UBN dalam menyangak wang rakyat.


>
>
>
>
>




Perkara ini sudah tentu difikirkan oleh Najib. Najib mungkin tahu manusia kalau sudah hilang sabar bukan saja setakat sanggup singsing lengan baju, tunjuk labu lengan gebu selak kain pun sanggup dilakukan. Apa yang paling Najib takutkan ialah kalau-kalau Sharizat menyelak kain isterinya sekali hingga terdedah kesemua yang sulit mulit.

Justeru saya mengira isu NFC melibatkan laki Sharizat akan diselesaikan secara politik. Sharizat tidak perlu mengembalikan wang kerajaan RM250 juta seperti Nazri sarankan, tetapi cukup untuk Sharizat meletakkan jari dibibirnya sambnil buat sssshhhhh.... dan tunjuk kepada Najib. Najib pun akan faham dan kes NFC akan lepas dan rakyat semua akan tersengih-sengih macam kerang busuk. Selepas ini SPRM akan buat pengistyharan bahawa tiada kes membabitkan rasuah dalam projek NFC. Sebaik saja pengistyharan itu dibuat parlimen pun akan dibubarkan.



Cerita Lengkap

Photobucket

ADAKAH WASIAT RAJA-RAJA MELAYU, DIJAGA OLEH UMNO...?

on



Raja-Raja Melayu menurunkan tandatangan persetujuan pembentukan Perlembagaan Persekutuan Tanah Melayu pada 5 Ogos 1957. Raja-Raja Melayu telah berwasiat dengan 7 perkara :-

1.  Kami namakan dan kami panggil dia, bumi yang kamu pijak dan langit yang kamu junjung Persekutuan Tanah Melalyu(sekarang dikenali dengan nama Malaysia);

2.  Kami isytiharkan dan kami simpan untuk kamu dan kami benarkan kamu isytihar dan simpan untuk anak cucu kamu, selain gunung-ganang, tasik dan hutan simpan, Tanah Simpanan Melayusehingga nisbah 50 peratus, selebihnya kamu rebutlah bersama-sama kaum lain;

3.  Bagi menjaga kamu dan bagi melindungi anak cucu kamu serta harta hak milik kamu, kami tubuhkan Rejimen Askar Melayu selain untuk membanteras kekacauan dalam negara dan ancaman dari luar negara;

4.  Kami kekalkan dan kami jamin Kerajaan dan Kedaulatan Raja-Raja Melayu memerintah negara ini;

5.  Kami isytiharkan Islam adalah Agama Persekutuan;

6.  Kami tetapkan bahasa kebangsaan ialah Bahasa Melayu;

7.  Kami amanahkan dan kami pertanggungjawabkan kepada Raja-Raja Melayu untuk melindungi kedudukan istimewa orang Melayu dan Kepentingan sah kaum-kaum lain. (Kemudian ditambah kedudukan istimewa anak negeri Sabah dan Sarawak).

PERSOALANNYA SEKARANG APAKAH KESEMUA WASIAT RAJA-RAJA MELAYU ITU DIPENUHI DAN DIJAGA OLEH UMNO.


SEBAGAI CONTOH TANAH REZAB MELAYU SEMASA MERDEKA TAHUN 1957 IALAH SELUAS 3 JUTA HEKTAR. TETAPI PADA TAHUN 1995 HANYA TINGGAL 1.7 JUTA HEKTAR - HILANG SEBANYAK 1.3 JUTA HEKTAR.


Photobucket

Dalam pilihanraya lalu lebih 1 juta ahli Umno keluar parti...?

on






https://blogger.googleusercontent.com/img/b/R29vZ2xl/AVvXsEjrp701l8MtbTYAY7k92163gMSsw9RtMiKYYyte7S0GVMhhhB2d2O4Lal8v5aU9kmrSQq_Ja2Ct_RmSIQiOfAKrP8v4h8Px-IK6U5yhttc0fJ7dlHvzVz7zqNgq_4U__tEJS0Pgsx_qOunz/s1600/1MSIA+TOLAK+BN.jpg



Saya telah diberitahu oleh rakan-rakan dalam Umno yang parti itu akan membawa Tengku Ahmad Rithauddin, Pengerusi jawatankuasa disiplin parti, ke setiap negeri melalui badan-badan perhubungan Umno setiap negeri. Tujuannya ialah untuk memantau permasalahan yang besar didalam Umno dalam pilihanraya umum nanti, iaitu sabotaj oleh ahli-ahlinya sendiri.



Saya telah banyak menulis tentang kerapuhan sokongan ahli-ahli Umno terhadap partinya. Tidak pernah saya terlupa dalam pilihanraya 1999 dan 2008 begitu ramai ahli-ahli Umno telah mengundi parti-parti pembangkang dan itu merupakan satu perkara yang begitu ‘normal’ dalam Umno sekarang ini. Parti itu sedar yang ia tidak boleh mempercayai ahli-ahlinya apabila sampai waktu pilihanraya.
Umno ini merupkan satu parti besar tetapi masalah menguruskan ahlinya pun besar. Ahli-ahli Umno sekarang bukannya seperti dahulu, hanya mengikut lenggang dan tari pemimpin mereka. Sekarang mereka lebih kritis dari dahulu. Dalam pilihanraya yang lalu lebih dari 50 peratus (1.6 juta) ahli-ahlinya telah bertukar haluan dengan mengundi parti-parti ‘alternative’.

Jika semua ahli-ahli Umno itu menyokong partinya, masakan ramai calon-calon Umno telah rebah bergelimpangan dalam pilihanraya yang lalu kerana ditolak oleh pengundi-pengundi termasuk oleh ahli-ahlinya sendiri. Inilah masalahnya jika sebuah parti itu terlalu bergantung kepada jumlah ahlinya. Banyak parti-parti didunia ini termasuk di negara kita ini, berjaya tanpa ahli yang ramai. DAP hanya mempunyai 135 ribu orang ahli sahaja tetapi undi yang diperolehi oleh parti ini dalam pilihanraya yang lalu melebihi dua juta orang.

Yang penting bagi sesebuah parti politik terutamanya yang memerintah ialah kemampuan untuk menggubal dasar yang dihormati bukan sahaja oleh ahli-ahlinya tetapi oleh pengundi yang ramai. Selain dari dasar yang sempurna, dasar itu mesti dilaksanakan dengan baik tanpa tercemar dengan isu rasuah dan isu salah gunakuasa yang keterlaluan.

Sebaliknya Umno memilih untuk menjadi parti yang besar ahlinya sehinggakan sampai kehari ini ahli-ahlinya melebihi 3.2 juta orang. Kita faham kenapa Umno memilih untuk mengambil keahlian yang ramai. Tujuannya ialah untuk mengharapkan yang kesemua ahli-ahlinya akan mengundi parti itu dalam pilihanraya. Tetapi jika lebih dari 40 peratus orang Melayu menyertai tanpa tapisan maka parti itu akan disertai oleh ramai yang tidak ada perjuangan.

Tugas yang diberikan kepada Tengku Ahmad Rithauddin itu bukan kerja mudah kerana perasaan tidak puas hati ahli-ahli Umno terhadap kepimpinan sudah menyeluruh dan tidak ada cara untuk memantau perasaan dan tindakan individu ahli dalam peti undi itu. Umno telah mengabaikan perasaan ahli-ahlinya dan hanya mahu melakukan pembetulan sesudah penyakit ‘sabo menyabo’ itu sudah mengalir di dalam sanubari mereka. Dulu-dulu kritikan ahli-ahli yang sedar dianggap sebagai membangkang dan itulah yang saya hadapi semasa dalam Umno dahulu.

Ahli-ahli Umno nampak jelas bagaimana pemimpin-pemimpin yang mentadbir dan berjuang dalam parti hanya sambil lewa sahaja dan mereka tidak ditunjukkan tauladan yang baik oleh pimpinan mereka di setiap peringkat. Pemimpin Umno ada satu sikap kepimpinan yang meminta ahli-ahlinya, ‘do what I ask you to do, don’t do like what I do’.

Saya bercakap dan berhubung dengan rakan-rakan saya yang ramai didalam Umno setiap hari dan saya merasakan apa yang mereka rasa. Mereka merasakan mereka telah menjadi orang tawanan kerana mereka terpaksa mengangguk kepada perkara yang mereka tidak yakini. Mereka tidak dapat hendak berfikir kerana mereka dimainkan dengan perasaan rasis yang menebal. Mereka diminta untuk percaya yang hanya Umno boleh menentukan nasib masa depan orang Melayu.

Tetapi nasib mereka masih juga dalam keadaan yang sama; dari dahulu hingga sekarang. Lebih dari lima dekad orang Melayu dijanjikan dengan kemajuan bangsanya tetapi tidak juga maju. Mereka dijanjikan bulan dan bintang oleh Umno yang baru ini. Mereka tahu yang pimpinan Umno merupakan kepimpinan yang ‘clueless’ dan tidak tahu untuk mengatur kemajuan bangsanya dengan baik.

Ramai dikalangan ahli-ahli dan penyokong Umno didalam perkhidmatan awam juga sangat marah dengan apa yang berlaku dalam isu SSBA yang diluluskan oleh kabinet Najib. Penyelarasan gaji dilakukan oleh SPA sahaja, tidak seperti dahulu. Dahulu ada Suruhanjaya Di Raja diwujudkan untuk melakukan penyelarasan gaji kakitangan awam.

Sekarang itu dipertanggungjawabkan kepada pihak yang berkepentingan. Itulah sebabnya terdapat setangah penjawat awam hanya mendapat kenaikkan gaji kurang dari RM10 dan ada yang naik gaji mereka sehingga RM8000 kepada RM20,000 sebulan. Apa maknanya ini?

Mampukah Tengku Ahmad Rithauddin memantau perasaan semua ahli dan penyokong Umno ini dalam peti undi dalam PRU nanti? Justru itu, Umno sepatutnya menumpukan kepada masalah yang sangat besar dalam parti itu terlebih dahulu dari menuding jari kepada pihak pembangkang dalam semua hal.

Tetapi yang kita tahu sekarang, Umno mengakui bahaya yang mereka bakal hadapi tidak lama lagi. Itulah sebabnya orang seperti Tengku Rithauddin kembali penting untuk memantau geraklaku ahli-ahlinya dalam pilihanraya nanti. Perkara yang terbesar yang akan dihadapi oleh Umno ialah masalah calon yang bakal diturunkan nanti. Semuanya merasakan mereka adalah ‘winnable candidates’ dan tidak ada siapa yang tidak ‘winnable’ di kalangan pemimpin-pemimpin di bahagian-bahagian masing-masing.

Dalam kata lain Umno dan pucuk pimpinan sendiri tidak percayakan ahli-ahlinya yang ramai itu. Keadaan itu akan berlaku lagi kali ini kerana perebutan untuk menjadi calon dan banyak hal yang lain. Jika ahli-ahli Umno sendiri memangkah pembangkang, apa yang kita hendak sokong sangat Umno ini?

 aspanaliasnet.blogspot.com





Photobucket

Followers

pop up text

Blog Archive

Top Ranking Pro PR

My Blog List