Raja-Raja Melayu menurunkan tandatangan persetujuan pembentukan Perlembagaan Persekutuan Tanah Melayu pada 5 Ogos 1957. Raja-Raja Melayu telah berwasiat dengan 7 perkara :-
1. Kami namakan dan kami panggil dia, bumi yang kamu pijak dan langit yang kamu junjung Persekutuan Tanah Melalyu(sekarang dikenali dengan nama Malaysia);
2. Kami isytiharkan dan kami simpan untuk kamu dan kami benarkan kamu isytihar dan simpan untuk anak cucu kamu, selain gunung-ganang, tasik dan hutan simpan, Tanah Simpanan Melayusehingga nisbah 50 peratus, selebihnya kamu rebutlah bersama-sama kaum lain;
3. Bagi menjaga kamu dan bagi melindungi anak cucu kamu serta harta hak milik kamu, kami tubuhkan Rejimen Askar Melayu selain untuk membanteras kekacauan dalam negara dan ancaman dari luar negara;
4. Kami kekalkan dan kami jamin Kerajaan dan Kedaulatan Raja-Raja Melayu memerintah negara ini;
5. Kami isytiharkan Islam adalah Agama Persekutuan;
6. Kami tetapkan bahasa kebangsaan ialah Bahasa Melayu;
7. Kami amanahkan dan kami pertanggungjawabkan kepada Raja-Raja Melayu untuk melindungi kedudukan istimewa orang Melayu dan Kepentingan sah kaum-kaum lain. (Kemudian ditambah kedudukan istimewa anak negeri Sabah dan Sarawak).
PERSOALANNYA SEKARANG APAKAH KESEMUA WASIAT RAJA-RAJA MELAYU ITU DIPENUHI DAN DIJAGA OLEH UMNO.
SEBAGAI CONTOH TANAH REZAB MELAYU SEMASA MERDEKA TAHUN 1957 IALAH SELUAS 3 JUTA HEKTAR. TETAPI PADA TAHUN 1995 HANYA TINGGAL 1.7 JUTA HEKTAR - HILANG SEBANYAK 1.3 JUTA HEKTAR.
0 comments:
Post a Comment