Kesian...Hasan JATI tersasar lagi!

on Feb 17, 2012

Hutan Jati

Mursyidul Amnya, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat sudah menyataan pendirian masing-masing menolak sebarang bentuk kerjasama dengan Israel.

Hassan Jati kata: "Datuk Seri Hadi kata sokong Israel adalah haram dan Datuk Nik Aziz minta Anwar tarik balik kenyataan. Ini satu perkara yang jarang-jarang timbul dalam PAS untuk mempersoalkan ketua pembangkang...untuk persoalkan arah aliran pemikiran ketua pembangkang.

"Tapi akhir-akhir ini mereka berdua telah keluarkan kenyataan sebegitu. Tapi yang saya tunggu-tunggu sekarang ialah kenyataan daripada golongan profesional yang kita namakan parasit-parasit dalam PAS.

"Sehingga hari ini tidak ada seorang pun yang keluarkan apa-apa kenyataan terhadap kenyataan Anwar," katanya lagi.”

baca :sini

Melalui kenyataan-kenyataan Hassan Jati di atas memang sukar untuk mengatakan Hassan Jati ini seorang yang cerdik untuk menjadi ahli jemaah sebuah parti politik Islam atau gerakan Islam. Kalau dikatakan Hassan Jati bodoh, mungkin dia marah tapi memangpun dia bercakap macam orang tidak berapa pandai!

Kononnya, bagi Hassan Jati telah wujud perbezaan pendapat antara pemimpin Pas dengan Ketua Pembangkang! Habis kalau wujud kenapanya? Mungkin Hassan Jati mengharap kerana perbezaan itu Pakatan Rakyat perlu diruntuhkan! Jika begitu pemikiran Hassan Jati maka beliau adalah seorang ahli poltik yang jumud dan gopoh sedangkan perbezaan itu perkara biasa.

Sebagai seorang yang mempunyai Phd mampaknya Hassan Jati terlalu pelik dan terkejut dengan perbezaan pandangan! Bagaimana pula agaknya kepada Hassan Jati mengenai perbezaan antara Najib dan Muhyiddin? Najib pengasas 1Malaysia sudah tentu 1Malaysia dahulu, sedangkan Muhyiddin kata dia Melayu dahulu lepas itu baru 1Malaysia. Parti GERAKAN kata ‘no to ISA’, Umno kata okay!

Berbeza pandangan dalam keadaan begitu banyak persamaan biasa lah, okaylah tu…

Itu pun dalam isu pandangan Anwar Ibrahim dalam isu Pelestin entah ya entah tidak kerana ianya dilaporkan oleh AWSJ dan media Umno yang beria-ia tanpa memberi peluang kepada Anwar Ibrahim untuk menerangkan yang sebenar-benarnya apa yang dia katakan.

Mengenai kononnya parasit dalam PAS tidak berbunyi dalam isu pandangan Anwar Ibrahim terhadap perjuangan Palestin, bukankah Tuan Guru Nik Abdul Aziz itu Mursyidul Am PAS dan Tuan Guru Haji Abdul Hadi Awang itu Presiden PAS. Maka setiap kenyataan rasmi mereka berdua adalah pandangan dan pegangan parti, jemaah atau ahli PAS. Maka itu tak kan lah Hassan jati tak faham, apa perlu laginya mana-mana AJK tertinggi PAS untuk keluar kenyataan jika tidak diarahkan oleh parti?

Bagi ahli PAS tak kiralah parasit atau tidak parasit (tuduhan Hasan Jati), kenyataan Majlis Syura Ulamak dan Presiden parti mengenai isu Palestin –Israel adalah pandangan seluruh jemaah PAS. Di sinilah Hassan Jati tidak cerdik berjemaah!

Malah dengan diamnya para pemimpin lain dengan kenyataan dua orang Tuan Guru itu membuktikan bahawa tuduhan Hassan Jati bahawa dalam PAS ada parasit adalah tidak benar dan pembohongan secara terang-terangan. Hakikat yang sebenar-benarnya ialah beberapa bulan dahulu memang ada parasit dalam PAS tapi hari ini parasit itu telah pun dinyah keluar dari jemaah PAS. Satu keputusan yang tetap yang pernah dibuat oleh PAS!


Photobucket

0 comments:

Followers

pop up text

Blog Archive

Top Ranking Pro PR

My Blog List