Siapa Pemimpin Malaysia Mati Dijulang...?

on May 18, 2012




Saya ke Kalimantan untuk mendapat pengesahan betul ke Najib datang ke sini untuk bertemu Haji Mahiar. Tahu siapa Haji  Mahiar. Mengikut cerita dari seorang intelligent, dia ada menyimpan tape perbualan Najib dengan Haji Mahiar, ada menteri yang sanggup bayar 10 juta ringgit Malaysia untuk rahsia yang disembunyikan oleh Najib selama ini. Kalau cerita ini keluar macam missing link yang boleh menghidupkan gambar dalam jigsaw puzzle.

Mungkin Najib rasa yakin nyawa politiknya tidak akan mangkat kerana dia sudah berjumpa dengan Haji Mahiar di Kalimantan Timur. Siapa yang tidak kenal dengan Haji Mahiar yang juga didatangi oleh Bambang Susilo, Taib Mahmud dan orang-orang terkenal lain. Mengikut cerita, Kiai ini untuk ‘the rich and famous’. Jangan lup a Arwah Suharto dulu kononnya ada 1000 bomoh, kiai dan ahli sihir, akhirnya mati di julang politik juga.





Photobucket

750516-08-5360 NO IC UTK WANITA

on




TAPI NAMA  MANSOR BIN JALI - LELAKI.....NAK MENIPU PUN BIAR LAH BERPATUTAN....

Satu lagi pembohongan SPR, kalau nombor kad pengenalan hujung tu nombor genap, dah pasti seorang perempuan. 

Nih macam mana pulak nama lelaki pulak, Mansor bin Jali tertera. Atau berkemungkinan kad pengenalan tersebut telah di edit tetapi hujungnya nombor genap masih menjadi tanda tanya.

Inilah akibatnya apabila, SPR bermaharajalela terus menerus memanipulasi daftar pemilih untuk memenangi rejim United Malays National Organisation (Umno). 

Dan sebab ini jugak Bersih 3.0 mendapat sambutan pelbagai lapisan masyarakat dalam menentang penipuan SPR yang didalangi oleh United Malays National Organisation (Umno).






Photobucket

PAKATAN RAKYAT MENANG 95 KERUSI PARLIMEN DI SEMENANJUNG MALAYSIA...?

on






Laporan-laporan terbaru Special Branch dan MIO telah membantutkan hasrat PM Najib Razak untuk membubarkan Parlimen yang hangat diperkatakan akan dibubarkan pada bila-bila masa. 

Setakat ini laporan yang diterima menunjukkan Pakatan Rakyat akan memenangi 95 kerusi Parlimen di Semenanjung Malaysia,  yang mana situasi ini akan menyebabkan BN tumpas dengan majoriti mudah, dan kemungkinan berlaku ‘Hung Parliament’ ataupun Parlimen Tergantung.

Bulan Mac yang lalu, Najib Razak memberi amaran sekiranya BN gagal mendapat majoriti selesa pada PRU13, maka ini akan member kesan perit untuk BN.  Justeru, katanya, adalah penting bagi BN memperoleh majoriti dua pertiga, kerana negara memerlukan sebuah kerajaan yang kukuh dan stabil.

3 perkara yang Najib terpaksa tangguh PRU13

Pertama, pada bulan lepas, Mahkamah Perancis mendedahkan telah memperolehi bukti bahawa Najib, semasa menjadi Menteri Pertahanan, telah meminta bayaran sebanyak AS $ 1 bilion untuk Perimekar, sebuah syarikat yang dimiliki oleh Abdul Razak Baginda, kroni beliau.

"Jika Perdana Menteri mempunyai integriti dan mahu dilihat sebagai seseorang yang mempunyai kemuliaan dan moral, beliau harus memberi kerjasama sepenuhnya kepada semua keperluan undang-undang," kata naib presiden PAS. 

Mahkamah Perancis mempunyai bidang kuasa terhadap semua orang, tidak kira orang Perancis atau tidak, selagi mereka terlibat dalam perkara melibatkan inkuiri sedia ada.

Akhbar di Kanada yang mempersoalkan Najib dalam kes terbaru melibatkan Altantuya
Tribunal berterusan di Paris telah menyenaraikan beberapa pegawai tertinggi Malaysia, termasuk Najib dan Menteri Pertahanan Ahmad Zahid Hamidi.

Zahid sebelum ini mempersoalkan kuasa tribunal untuk mengeluarkan sepina dan menggunakan Interpol untuk membantu jika saksi enggan hadir.

"Siapa mereka untuk mengeluarkan waran tangkap? Kami tidak tertakluk kepada undang-undang Perancis", Zahid berkata.

Bersih 2.0

Kedua, sudah tentu akibat Perhimpunan Bersih 3.0 yang menyaksikan Rakyat berbilang kaum dari segenap lapisan seramai lebih 250,000 Rakyat berhimpun di Kuala Lumpur untuk menyatakan kebenaran dan menyatakan sokongan menentang kerajaan yang korup, penipu dan zalim.


Lebih menakutkan Najib dan UmnoBn adalah yang hadir itu datang dengan wang saku mereka sendiri, walaupun dari golongan miskin Rakyat Malaysia.


Ketiga, acara Perhimpunan Raksaksa 500,000 ahli Umno bagi meraikan Ulangtahun UMNO yang dirancang oleh Najib tidak hanya untuk memperingati ulang tahun ke-66 parti itu, tetapi ia juga adalah untuk menyediakan platform untuk mengumumkan pilihan raya umum ke-13.

Semasa kehadiran Najib Rosmah

Walau bagaimanapun, jumlah kehadiran yang amat mengecewakan dengan jumlah kurang 50,000 orang, telah dibuat perbandingan dengan Perhimpunan pada 28 April Bersih 3.0, di mana seramai 250,000 rakyat Malaysia berkumpul hadir secara sukarela di sekitar Dataran Merdeka Kuala Lumpur.  Nampaknya keadaan ini telah memberikan kedua-dua pemimpin Umno ini, Najib dan Mahathir berfikir dua kali untuk melaksanakan PRU13.

Minggu lepas, Mahathir menasihatkan Najib untuk mengadakan PRU13 hanya selepas sambutan Hari Raya Aidil Fitri, berbeza dengan gesaan beliau pada awal bulan April, yang mengatakan ia adalah masa yang sesuai untuk Najib untuk membubarkan Parlimen secepat mungkin…


Lagi lama ditangguh… lagi parah UmnoBn…!!!

Orang-orang Umno dah mula benci dengan Najib ni… tengok la nanti….


Sumber :- REFORMASI


Photobucket

PRU 13 Selepas Aidilfitri...?

on May 15, 2012




 Tun Dr Mahathir Mohamad

Tun Dr Mahathir Mohamed yakin Barisan Nasional (BN) di bawah kepimpinan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak, berupaya memperoleh kemenangan lebih baik dalam pilihan raya umum akan datang berbanding pencapaiannya pada 2008.
Bekas Perdana Menteri itu berkata, terdapat beberapa petanda baik untuk membubarkan Parlimen, namun ia terpulang kepada Najib bagi menentukan sama ada BN berupaya mencapai objektifnya untuk memperoleh majoriti dua pertiga.

"Saya juga amat yakin beliau (Najib) ingin mencapai majoriti dua pertiga, namun sama ada ia boleh dicapai atau tidak, itu adalah perkara yang berbeza.
Tetapi saya fikir beliau mungkin boleh melakukannya lebih baik daripada 2008," katanya kepada pemberita selepas diisytihar Ikon Membaca Nasional Keempat di Perpustakaan Negara hari ini.
Apabila ditanya masa terbaik untuk Najib membubarkan Parlimen, bekas perdana menteri itu dengan pantas menjawab, "Selepas raya."

Beliau turut mengulas kenyataan bekas Presiden MCA, Tun Dr Ling Liong Sik bahawa BN tidak mampu menawan Selangor jika pilihan raya umum diadakan dalam bulan Jun.
"Hendak kata tidak menang tu tidaklah... tetapi kita perlu ambil masa, saya fikir kalau saya masih jadi Perdana Menteri, saya akan ambil masa yang cukup (sebelum membubarkan parlimen), kita ada sampai 2013," katanya.

Kepada soalan lain, Dr Mahathir berkata beliau yakin demonstrasi jalanan 28 April di ibu negara baru-baru ini hampir tidak mempunyai sebarang kesan terhadap pilihan raya umum akan datang kerana rakyat menyedari ia bukanlah berkaitan reformasi pilihan raya.
"Ia hanya cuba memberi gambaran bahawa kerajaan negara ini melakukan penindasan dan mengamalkan kekejaman polis agar mereka boleh menumbangkan kerajaan melalui demonstrasi.
"Mereka fikir mereka tidak boleh menang dalam pilihan raya, jadi mereka fikir kita (Malaysia) perlu diperlihatkan seperti Tahrir Square di Kaherah di
mana demonstasi diadakan setiap hari sehingga akhirnya kerajaan dapat ditumbangkan, itu sebenarnya yang mereka mahu lakukan," katanya.

 Mengulas khabar angin bahawa anaknya, Datuk Mukhriz Mahathir kini mengintai peluang untuk menjadi Menteri Besar Kedah, Dr Mahathir berkata beliau tidak mempunyai sebarang komen mengenai perkara itu.

"Yang lebih penting ialah apa yang kepimpinan mahu beliau lakukan." - Bernama




Amaran Mahathir Pada Najib


"Jika di rujuk kenyataan Dr Mahathir semalamPRU13 sesuai selepas Aidilfitri, kata Mahathir dan kenyataan beliau sebulan lepas Mahathir: ‘Masa sudah sesuai’ bagi Najib panggil PRU13 jelas membuktikan kecelaruan yang meracau dan fobia dan istilah ''Melayu Mudah Lupa'' memang sesuai dengan Dr M Najib sedar pengaruh Dr M dalam pentadbiran Najib atau UMNO sendiri masih kuat tidak seperti Pak Lah. Kenyataan terbaru beliau jelas membuktikan beliau tidak yakin Najib akan memenangi PRU13 nanti.

Komen Dr M seringkali menjadi petunjuk atau kiasan mahu pun provokasi setiap isu yang di tanyakan sejak beliau menjadi PM lagi. Tarikh ''selepas Raya'' secara spontan apabila di tanya pemberita semalam juga pengesahan istilah ''Melayu Mudah Lupa'' yang sering menjadi ikutan Ikon Membaca ini.

Mengulas khabar angin tentang anak beliau Mukhriz akan menjadi Menteri Besar Kedah , beliau tiada informasi tentang perkara itu yang juga mengesahkan percaturan anak beliau untuk bertanding sebagai MP dan terus bermimpi menjadi PM atau bertanding ADUN untuk menjadi Menteri Besar Kedah jika BN bejaya merampas negeri itu sebelum sempat beliau ''pergi'' menghadap ilahi.

Menjadi resmi UMNO dan gerombolan untuk mengekalkan legasi keturunan mereka untuk menyambung 'dosa' yang pimpinan mereka tinggalkan dan tidak ingin berubah, Maka meletakkan Mukhriz sebagai calon MB tidak memenuhi impian beliau selama ini. Beliau sedar BN agak sukar untuk merampas Negari Kedah dan meletakkan Mukhriz juga percaturan yang silap.

Najib dan Dr M sedar perhimpunan Agong UMNO yang lepas tidak mendapat sambutan yang hangat  maka 'Game' telah bermula dalam UMNO dan BN tentang calun PRU13 DAN 2 minggu makan angin Najib keluar negeri dan tinggal Muhiddin dan mentor beliau Dr M untuk merangka strategi masing2.
Sebagai bekas PM dan Ikon Membaca , Dr M di nasihatkan untuk berehat dan membaca serta beramal di hujung-hujung usia beliau, dan jika beliau sempat melihat PR di PutraJaya maka akan juga di cadangkan Tribunal Jenayah Rakyat seperti membicarakan George Bush dan sekutunya dan menjadi sejarah Malaysia dan Dunia tentang apa yang telah beliau lakukan.




Photobucket

GAS PEMEDIH MATA - Polis Kata Diluluskan PBB, Tapi PBB Nafi

on May 10, 2012








May 10: A United Nations official has denied that the world body was in the business of approving weapons such as tear gas, following a claim by the Malaysian government that teargas used on Bersih 3.0 protesters last months was "UN-approved".

Lin says journalists should have consulted the UN before any report related to the body is published [Pic source: Penang Monthly]

“UN does not set international standards on different kinds of irritants, nor has the UN approved ‘CS Gas’ as a ‘riot control’ agent," said Dr Lin Mui Kiang, the United Nations coordination specialist for Malaysia.

She was referring to a report by MCA-controlled daily The Star, quoting Logistics Department (Weaponry) assistant chief director Syed Mustafa Raja Syed Nordin as defending the use of tear gas grenades, canisters, eye irritants and pepper spray to disperse peaceful protesters.

Mustafa had claimed that the weapons complied “international standards set by United Nations”, arguing that they were also used by the United States, Canada and Switzerland.

Lamenting the lack of professionalism by Malaysian mainstream paper and public officials, Lin expressed regret that the UN was not consulted before The Star decided to headline the news, which she said contained "serious inaccuracies".

She reminded that even in the event where use of force and firearms was unavoidable, law enforcers should exercise restraint, minimize damage and injury, and respect and preserve human life.

“We at the United Nations appeal to all journalists to correctly and accurately research and report all matters and procedures related to the UN. We believe that such professionalism should also extend to all public officials,” Lin said.

Some 200,000 people gathered for the Bersih 3.0 rally in several parts of the capital on April 28, calling for urgent electoral reforms be carried out before the next general election. More than 500 protesters were arrested and scores injured, including policemen and journalists.

The Barisan Nasional government earlier snubbed an offer by United Nations special rapporteur on freedom of opinion and expression, Frank William La Rue, to objectively investigate the incidents during the rally. Instead, it appointed former police chief Hanif Omar to head its 'independent panel'. - harakahdaily




Photobucket

PARLIMEN AKAN DIBUBARKAN.....

on May 7, 2012







Parlimen dibubar selepas sambutan 66 tahun Umno...

Ahli jawatankuasa PASPusat Ustaz Idris Ahmad menjangkakan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak akan membubarkan parlimen secara mengejut sejurus selepas sambutan ulang tahun Umno ke 66 minggu hadapan.
 

Katanya, beliau mendapat maklumat Najib tidak akan menangguhkan lagi pilihan raya umum (PRU) ke-13 yang dijangka pada bulan Jun ini juga berdasarkan perkembangan semasa.

Kes skandal rasuah kapal selam Scorpene RM3 bilion yang dikaitkan dengan Najib yang sedang dibicarakan di Peranchis akan memberi kesan jika PRU diadakan lebih lewat.

“Kita jangkakan kerajaan juga sudah menghadapi masalah kewangan setelah pemberian wang Bantuan Rakyat 1Malaysia yang lebih banyak menimbulkan kontroversi kerana ada yang tidak puas hati tak dapat,” katanya.

Jelasnya, isu himpunan Bersih 3.0 yang diramalkan memberi kesan negatif kepada kerajaan kerana keganasan polis terpaksa dilupakan Najib berikutan beberapa isu mendesak itu menyebabkan tekanan supaya PRU terpaksa diadakan dalam masa terdekat.

Idris menjelaskan demikian semasa berucap merasmikan Muktamar Dewan Pemuda PAS Negeri Pahang Kali Ke-30 di Darul Amin, Sungai Gau dekat sini, semalam.

Tambah Idris, Umno akan mengadakan perhimpunan raksasa di Stadium Nasional Bukit Jalil sempena sambutan ulang tahun ke-66 Umno pada 11 Mei bagi menunjukkan kekuatan parti itu kepada umum dan kemungkinan parlimen dibubar 14 Mei.

“Jadi dalam masa terdekat ini kita mesti menggembelengkan segenap peluang yang ada untuk menarik sokongan orang Melayu dan kita terangkan bagaimana kita boleh menjaga Melayu lebih daripada Umno,” tegasnya.

Mengenai Pemuda, Idris berkata pentingnya sayap tersebut kepada parti pada masa ini ialah kerana fikrah yang jelas, menguasai teknologi bermaklumat, masih bertenaga untuk dimanfaatkan parti dari segi fizikal dan masih kurang beban untuk komited dengan program.

Jelasnya lagi, menurut kajian majoriti golongan muda pada masa ini bersama Pakatan Rakyat dan ini dibuktikan jumlah yang besar menghadiri himpunan Bersih baru-baru ini.

Sementara itu Idris berkata pengguna facebook di negara ini menjangkau 9 juta orang dan beliau menjangkakan kuasa tersebut mampu mengalahkan BN dalam PRU akan datang sebagaimana kuasa blog menghukum parti itu pada PRU 2008 dulu.

Katanya, dapat diperhatikan dengan jelas laman facebook dapat menyaingi isu-isu yang menjadi propaganda Umno dan kerajaan melalui media tradisional kerana maklumat disampaikan lebih pantas.

Dalam pada itu Ketua Pemuda PAS Pahang Ustaz Shahril Azman Al-Hafiz yang berucap sebelum itu mengarahkan pemuda bersiap siaga menjaga bendera-bendera PAS kerana beliau menerima maklumat bendera yang tergantung di temapat strategik sekitar Jengka akan diturunkan sempena lawatan Najib ke Jengka 8 pada 8 Mei ini untuk mengumumkan durian runtuh kepada peneroka-peneroka Felda.

Dalam majlis yang sama selepas itu, Pemuda PAS Pahang memberi anugerah kepada tokoh Pemuda Amal, pengusaha Pasti yang berjaya dan guru-guru Pasti yang cemerlang di negeri ini.-harakahdaily


Najib eyes May 26 or June 9 polling date...



Prime minister Najib Razak is expected to use UMNO's 66th anniversary celebration at the National Stadium in Bukit Jalil this Friday to announce the much awaited general election date.

There has been intense speculation since last week that Najib would seek an audience with the Agong this week to formalise parliament's dissolution, which will be pave the way for polls on May 26 after a 12-day campaign period. Another rumour said parliament could be dissolved on May 14, with pollingday on June 9.

According to a source close to UMNO leadership, Najib "is going for the kill", believing the negative coverage of the massive rally for electoral reforms on April 28 accusing protestors and Pakatan Rakyat leaders of causing violence.

Another political observer however opined that the controversial listing of Felda prompted Najib to stop delaying polls.

Earlier, deputy minister in the Prime Minister's Department Ahmad Maslan, the person tasked with answering critics of the plan, said Najib would reveal details of the government's promise of windfall for Felda settlers on May 8, three days ahead of UMNO’s gathering.

The same source told Harakahdaily that Najib could also be playing "right into enemy plans".

Saying both Najib and Home minister Hishamuddin Hussein had expected the April 28 rally to pass without much fanfare, the source pointed out that the police violence which gave Bersih 3.0 prominent could be the work of "someone closest to Najib who is threatened by the duo".

"The only real beneficiary of the entire episode is the person who aspires to be at the top, but at the same time worries that the number three [Hishamuddin] will catch up,” it said.

“The only way Najib can survive in the UMNO leadership is to bring the two-third majority back. Winning a simple majority means suffering his predecessor's fate," the source said, referring to former prime minister Abdullah Badawi who was forced to resign after the party's poor performance in 2008.

Yet even getting a simple majority would need percision planning, said the source, who said that if the plan to "sabotage Najib's post" resulted in Barisan Nasional's defeat, "they could all drown together".


Photobucket

NAJIB TERIMA SURAT CINTA...?

on May 6, 2012



Bekas Ahli Parlimen UMNO Hantar 'Surat Cinta' Pada Najib



Dalam surat kepada Najib bertarikh 23 April itu, Tamrin yang juga bekas Ahli Parlimen Batu Berendam, Melaka menyebut 15 isu yang perlu diselesaikan Najib iaitu isu lembu NFC, isu cincin US24 juta dan perbelanjaan mewah, isytihar harta, semangat Melayu dan dasar ekonomi, pinjaman PTPTN, campurtangan sistem kehakiman, pengundi hantu dan Bersih 3.0, hubungan dengan Israel, pemilihan calon pilihanraya, peningkatan kos sara hidup, dakwaan biadap wakil rakyat pembangkang, konsep 1Malaysia, bantuan rakyat, royalti minyak dan debat dengan Anwar Ibrahim.


Photobucket

DIA MUDAH LUPA...?

on



Guling kerajaan: Najib lupa rampasan kuasa di Perak


Peristiwa rampasan kerajaan Perak pada tahun 2009 yang lalu masih segar dalam ingatan semua rakyat Malaysia. 

"Ianya adalah jelas merupakan suatu tindakan di luar pilihanraya dan pengecut. Bagaimana beliau boleh mencabar kejantanan orang lain sedangkan diri sendiri sudah hilang kejantanannya awal-awal lagi.




Photobucket

PRU 13 JULAI 2012

on



Berkemungkinan pilihan raya tidak akan berlaku dalam bulan Jun. Julai seperti sangat sesuai memandangkan kebanyakan pemimpin BN sudah bersiap sedia untuk menghadapi pilihan raya, katanya dan menambah, ia mungkin dilaksanakan sebelum 19 Julai memandangkan bulan puasa dijangka akan bermula. Lebih 60 peratus rakyat Malaysia beragama Islam dan berehat daripada aktiviti politik ketika bulan puasa.

Sumber lain menjelaskan Pengerusi BN itu telah mula mendapatkan sokongan daripada rakan-rakan dan penyokongnya di seluruh negara, dengan lawatan terbaru beliau ke Gua Musang, Kelantan, Jumaat lalu yang mana telah mengenepikan dakwaan piihan raya akan dilanjutkan ekoran insiden keganasan Bersih 3.0.





Photobucket

PERANG SAUDARA

on


Azwan Ali Mengamuk Dalam Twitter Lagi....




Aku hairan la dengan pompuan nih.Sanggup mempergunakan ibu sendiri demi mencapai cita-cita politik.Sanggup menggunakan politik kotor mengheret ibu yang uzur tua bagi memburukkan anak sendiri dalam media sex.Aku yakin kenyataan yang dibuat oleh ibu tua ni bernsur politik dan ada orang politik Umno yang mendalangi segmen nih..Tambahan pula gambar lucah individu mirip azmin Ali kini tersebar luas di media-media Umno terutamanya Surat khabar Lucah Umno UTusex Meloya.

Dengan kebiadapan perempuan yang bernama Ummi hafilda nie telah membangkitkan kemarahan dan kebencian yang amat sangat kepada saudaranya Azwan Ali.Baru-baru nih aku tengok dah berbaik 2 orang nih.Tapi aku yakin azwan ali berbuat demikian disebabkan terpaksa untuk menjaga hati ibunya dan mungkin  juga diugut oleh individu..Perbuatan terkutuk Perempuan yang dahulunya digelar oleh Azwan Ali dengan"BN"Betina NEraka telah menaikkan marah azwan dalam twitternya.

Woit hafilda!!!Sudah-sudahla dengan politik kotor hang tuu...Sampai nak gunakan Mak kandung sendiri apa kejadahnya???Berapa habuan dunia yang hang dapat??










Photobucket

Followers

pop up text

Blog Archive

Top Ranking Pro PR

My Blog List