Berapakah Nilai Senyuman Che Det...?

on Nov 25, 2012




Top driver and VIP passengers: Dr Mahathir is committed to helping Najib and Umno win the general election. They are seen here with their spouses in a golf buggy during the last Hari Raya open house at Seri Perdana.


Hari ini Joceline Tan menulis dalam ruangannya dalam akhbar The Star bertajuk Dr M drums up support for Umno

Antara isi kandungannya dalam usaha beliau mempertahankan Umno, air matanya hampir mengalir. Ini dinukilkan oleh Datuk Faizal Abdullah, menantu Onn Ismail.

The hall was just as packed when it came to Selangor Umno’s turn.

“He said this is going to be the mother of all battles. He appealed to us to come together as one. We are at the crossroads – either we make it or we are finished. He was pleading with us, I thought he came close to tears at one stage,” said the Kapar Umno deputy chief Datuk Faizal Abdullah.

Petang ini saya telah mendapat jawapan kenapa kemungkinan air mata buaya Che Det hampir mengalir lagi...?

Wikipedia melaporkan...Nilai Harta Bekas Pemimpin Negara

Entah betul entah tidak, wallahu'alam. Manalah aku tau. Tapi bila wikileak melaporkan umpatan Lee Kuan Yew mengenai Anwar dan Sodomy 2, Che Det dan ahli Umnolah yang paling percaya. Tak kan yang ini depa tak percaya kot?

Ada kawan aku kata, dulu masa jadi PM Che Det pakai proxy. La ni, Che Det bagi direct kat anak dia. Betul tak betul mana aku tau. Kau orang selidiklah sendiri. Ada yang kata jugak, tu yang dia melenting bila wartawan tanya pasal kontrak Sapura-Kencana tu...Hehe!!




Photobucket

Kalau Betul 120 Kerusi Kenapa Najib Masih Belum Yakin...?

on




Pada saya tak kiralah analisa atau kenyataan yang dibuat oleh Profesor ini adalah betul atau bodek. Kenyataan Bung juga mungkin ada realitinya atau saja nak menyedapkan hati

Walau apa pun pokoknya parti-parti dalam PR mesti berhati-hati dan mesti bekerja kuat serta berdisiplin Janganlah ada lagi kenyataan-kenyataan bodoh dari mana-mana anggota parti dari PR yang boleh membuat pengundi menyampah
Kepada yang bermulut sial tu, tolong-tolonglah diam!

Cuma pada saya sekiranya benar dan yakin yang 120 berada secara putih dan jelas di pihak BN, kenapa Najib masih ragu-ragu atau tidak yakin untuk bubarkan parlimen?

Hanya 24 kerusi yang kelabu tu, bukankah hanya perkara mudah bagi BN memutihkannya?
Berapa ringgit sangatlah yang perlu dicurahkan untuk memutihkan 24 kerusi itu?
Penggunaan 'Ringgit', kan kita semua tahu adalah permainan BN yang amat berkesan pada PRU-PRU yang terdahulu?


BBCBN: Jangkaan kerusi 120 'cukup baik'
JAMILAH HAMZAH
25 November 2012
KUALA LUMPUR - Ahli Majlis Tertinggi Umno, Datuk Bung Moktar Radin berkata jangkaan minimum 120 kerusi Parlimen yang boleh dikuasai Barisan Nasional (BN), sebagaimana dibayangkan oleh Profesor Ulung Datuk Dr Shamsul Amri Baharuddin, "cukup baik" buat perikatan itu.

Menurutnya, walaupun dalam keadaan pembangkang yang bekerja keras menghentam dan menabur fitnah ke atas BN, namun rakyat tetap terus yakin untuk mengekalkan kerajaan semasa di peringkat pusat.

Beliau berkata, usaha berterusan daripada BN dapat menangkis serangan pembangkang dan memberi keyakinan yang berkekalan di kalangan rakyat untuk setia kepada parti.

"Pada saya, BN masih menjadi pilihan rakyat, walaupun menghadapi cabaran terhebat dari pembangkang.

"Namun dengan usaha-usaha berterusan BN, ia telah membantu BN untuk diyakini rakyat jelata.

"(Sebanyak) 120 kerusi cukup baik untuk BN," kata beliau yang juga Timbalan Pengerusi Kelab Penyokong-penyokong Kerajaan BN kepada Sinar Harian Online ketika dihubungi.

Laporan Sinar Harian Online semalam memetik Shamsul berkata, BN yang kehilangan majoriti dua pertiga empat tahun lalu dijangka memperoleh dalam lingkungan 120 kerusi PRU13 diadakan hari ini, manakala 24 kerusi masih dalam keadaan "kelabu”.

Beliau yang juga Timbalan Pengerusi Majlis Profesor Negara ini mengakui bahawa walaupun keputusan kali ini akan memperlihatkan majoriti mengecil tetapi kemenangan masih akan memihak kepada BN.

“... mereka akan dapat minimum 120 kerusi. Sekarang 140 kerusi, 24 kerusi kelabu, baki 70 kerusi Pakatan Rakyat... (pada keseluruhan) majoriti tipis,” katanya dalam satu temu bual menjelang Perhimpunan Agung Umno 2012, di pejabatnya di Bandar Baru Bangi.

Dalam pada itu, Ketua Wanita Umno, Datuk Seri Shahrizat Abdul Jalil turut mempertahankan parti perikatan itu dengan menyatakan rakyat akan terus mengundi untuk mengekalkan kerajaan BN pada PRU13.

Katanya, wanita Umno yakin rakyat memiliki kewarasan dalam membuat keputusan pemilihan kerajaan kerana soal pemilihan pemerintah satu perkara serius.

"Wanita Umno yakin BN akan jadi kerajaan selepas PRU13," katanya sambil menambah, "keputusan untuk memilih kerajaan tidak boleh dipermain-mainkan."

Beliau menambah, dengan usaha yang dilakukan oleh Umno sudah semestinya mengharapkan BN mendapat dua per tiga kerusi Parlimen pada PRU13.

"Untuk Wanita (Umno) apa yang kita buat, kita berharap akan dapat dapat dua per tiga kerusi, itu yang kita harapkan," katanya.



sumber

Photobucket

Fitnah: Mahkamah arah pemilik dan penulis blog http://anotherbrickinwall.blogspot.com bayar ganti rugi kepada Datuk Husam Musa

on





Seorang blogger, Salahuddin Hisham diarah Mahkamah Tinggi di sini membayar gantirugi kepada Naib Presiden PAS, Datuk Husam Musa berhubung satu artikel yang diangggap memfitnahnya.

Tulisan tersebut dimuatkan dalam blog www.anotherbrickinwall.blogspot.com yang bertajuk “Husam: A moral for PAS delegates” diterbitkan pada l Jun 2011, yang mana secara jelas menyebut berita tidak benar dan tak berasas dikaitkan terhadap plaintif.

Penghakiman tersebut dikeluarkan setelah blogger terbabit gagal hadir pada perbicaraan kesnya.

Peguam plaintif, Hisham Fauzi berkata, blogger berkenaan gagal hadir walaupun saman dan tuntutan ke atas beliau telah diserah dengan berbagai cara termasuk melalui iklan dalam suratkhabar harian.

Husam dalam tuntutan samannya menuntut gantirugi sebanyak RM5 juta, bagaimanapun mahkamah mengarahkan agar gantirugi ditaksirkan di hadapan Timbalan Pendaftar Mahkamah Tinggi Kota Bharu.

Salahuddin, 52 yang tinggal Taman Setiawangsa merupakan pemilik dan penulis ruangan blog http://anotherbrickinwall.blogspot.com.

Dalam blog berkenaan defendan antara lain menulis, “Husam secara terbuka mengkritik pemimpin-pemimpin parti tertentu dan menyalahkan mereka bagi idea UG. Ini tidak berjalan secara baik dengan perwakilan. Apa-apa pun, UG adalah secara halus subjek perbincangan di Muktamar 2008 dan dalam jawatankuasa parti politik.

“Akibatnya beliau telah dibiarkan di padang belantara politik. Pada tahun yang sama, calon Kelantan sepenuhnya dihapuskan dalam pemilihan parti.”

Husam dalam tuntutannya menyifatkan tulisan tersebut tidak benar sama sekali, bertujuan memburuk-burukkan plaintif sebagai pimpinan PAS.




Bekas ADUN Banggi Sertai KEADILAN!

on






Bekas ahli dewan undangan negeri (ADUN) Banggi, Datu Abdul Salam Datu Harun mengistiyarkan penyertaanya ke dalam Parti KEADILAN Rakyat (KEADILAN) pagi tadi di hadapan ribuan hadirin yang membanjiri perkarangan pejabat parti itu di Kudat. 

Datu Salam yang juga merupakan bekas ADUN Benggkoka menyatakan pendiriannya di hadapan lebih 6,000 hadirin seraya menyatakan 'negeri Sabah sudah merdeka tetapi rakyatnya belum merdeka!' Lawan Tetap Lawan.

Turut berada semasa pengumuman tersebut Ketua Pembangkang, Anwar Ibrahim, pengerusi majlis pimpinan KEADILAN negeri, Ahmad Thamrin Jaini, ahli majlis pimpinan negeri Ansari Abdullah dan pimpinan Pakatan Rakyat.




Photobucket

Wahai Prof.Shamsul Amri Baca Analisis Ini Pulak Ya

on






RAKAMAN GAMBAR YANG MEMBUATKAN NAJIB MASIH TAK JUMPA TARIKH PILIHANRAYA!!!!...PAS GANTI UMNO... PAS UNTUK SEMUA!!!!!!




Rakaman gambar para penjalan kaki bantah Lynas Kuantan-Kuala Lumpur yang singgah di Markas PAS, Taman Melewar membuktikan betapa kata-kata fitnah dan ugutan parti- parti komponen Barisan Nasional terutamanya UMNO dan MCA langsung tidak termakan oleh kaum Tionghua.

Makin difitnah dan diterjah makin berduyun-duyun kaum Tionghua berhijrah menyokong PAS/PR.

Admin mendapat maklumat sekitar 75-80% pengundi berdaftar kaum Tionghua akan memberikan undi kepada Pakatan Rakyat.

Rata-rata dikalangan rakyat kaum Tionghua kini berbicara bukan berapa banyak kerusi MCA/GERAKAN bakal menang pada PRU 13 nanti tetapi berapa ramai ahli mereka yang masih tinggal menyokong.

Admin pernah meramalkan dari pengamatan dan analisis yang dijalankan, jika PRU diadakan sekarang maupun dalam tempoh 2 bulan dari sekarang, PR mampu meraih 128 Kerusi Parlimen...Menang majoriti mudah untuk menawan Putrajaya.

Mau tidak mau..perubahan pasti berlaku dalam landskap politik negara kita. Itu adalah realiti dan bukan ilusi maupun mimpi.


PAS GANTI UMNO... PAS FOR ALL.....TAKBIR!!!!... ALLAHUAKHBAR!!!!



sumber

Photobucket

Ceritakan Yang Benar Walaupun Pahit Wahai Professor

on






Sebaik membaca artikel berkenaan ramalan kononnya profesor ulung merangkap Timbalan Pengerusi, Majlis Profesor Negara, Shamsul Amri Baharuddin bahawa Barisan Nasional cuma mampu memperoleh 120 kerusi sekiranya pilihanraya umum diadakan, sangat tidak bertanggungjawab.

Di sini saya berikan hujah balas berdasarkan apa yang diperkatakan Shamsul.

1) Empat tahun lalu, BN memperoleh 140 kerusi, manakala pembangkang 84. Ia pencapaian terburuk dalam sejarah BN.

Fakta: BN menang 140 kerusi manakala Pakatan Rakyat 82 kerusi, bukannya 84. Fakta ini sahaja sudah cukup membuktikan bahawa Shamsul tidak mengkaji keputusan pilihanraya, jauh sekali menganalisis keputusan mengikut parlimen dan DUN.

2) Berdasarkan statistik semasa, BN memiliki 137 kerusi, manakala KEADILAN (23), DAP (29), Pas (22) dan Parti Sosialis Malaysia (satu), Bebas (lapan) dan Parti Kesejahteraan Insan Tanah Air (satu). Satu kerusi kosong.

Fakta: Kesemua fakta betul kecuali KITA sudah tidak mempunyai kerusi berikutan ahli parlimen Nibong Tebal, Tan Tee Beng yang keluar dari KEADILAN kemudian menjadi wakil Bebas sebelum menyertai KITA, dipecat pada September lalu.

3) “Ini kerana berdasarkan maklumat yang diterima daripada pihak Pakatan Rakyat, pihak Anwar Ibrahim... mengatakan mereka akan menang banyak kerusi di Johor, dan itu pun jumlah kerusi berkemungkinan diperoleh mereka hanya 109.

Fakta: Sekali lagi Shamsul berbohong. Pakatan kini sudah memperolehi 114 kerusi berdasarkan dua kerusi SAPP dan dua kerusi yang BN hilang berikutan perletakan jawatan ahli parlimen Beaufort, Lajim Ukin dan ahli parlimen Tuaran, Wilfred Mojilip Bumburing. Satu lagi kerusi bakal diperolehi menerusi penyertaan seorang lagi ahli parlimen BN dari Sabah, tidak lama lagi. 

4) Mengulas lanjut, Shamsul tidak menolak kemungkinan kerusi yang bakal diperoleh BN akan naik tetapi tidak akan menurun daripada 120 kerusi yang diramalkan sekarang.

Fakta: Daripada 166 kerusi parlimen di Semenanjung, BN tidak boleh memperolehi lebih daripada 85 kerusi kerana beberapa kerusi di Johor, Terengganu dan Negeri Sembilan bakal ditawan Pakatan Rakyat. Dengan meletakkan Pakatan Rakyat memperolehi satu pertiga kerusi di Sabah dan Sarawak, jumlah keseluruhannya ialah 20 kerusi. Bagaimana Shamsul boleh memberi fakta pincang seperti ini? Apakah dia berani meletakkan 120 sedangkan dia sendiri tahu BN sudah hilang pengaruh di Felda dan kebangkitan anak muda?

5) “Ia sangat penting untuk Najib sebab populariti Najib ini 70 peratus, Anwar 43 peratus sahaja lebih kurang, dia kelihatan lebih munasabah dari hari ke hari, persepsi orang ialah apa yang beliau tak buat, semua dia bagi,” katanya.

Fakta: Ini pembohongan paling besar Shamsul dalam segala banyak pembohongan. Populariti NAJIB ALTANTUYA kini cuma 56 peratus dan BN kini hanya 43 peratus berdasarkan kajian Merdeka Center pada Ogos lalu. Dari mana datang peratusan sokongan Anwar sedangkan Merdeka Center sendiri atau mana-mana pusat kajian seperti UMCEDEL tidak membuat kajian khusus tentang Anwar? Apakah dia hanya seronok sendiri menghentam Anwar dan terus memuji langit Najib Altantuya yang memberi dia makan selama ini?

Keseluruhannya, kesemua fakta yang dibentangkan profesor tahap 'kangkung' ini langsung tidak boleh diterima pakai melainkan ia hanya dibuat untuk meneruskan khidmatnya sebagai profesor di Pengarah Institut Kajian Etnik (Kita), Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) dan terus mengampu Najib Altantuya bagi mengekalkan kedudkannya paling BANGSAT sepenggal lagi!

JALAN PULANG 



Photobucket

Israel adalah negara pengganas - Erdoğan

on Nov 24, 2012





Perdana Menteri Turki, Recep Tayyip Erdoğan Isnin lalu menyifatkan Israel sebagai "negara pengganas" kerana melakukan pengeboman ke atas Gaza, menekankan permusuhan kepada bekas sekutu Ankara sejak hubungan antara mereka gagal pada tahun 2010. 

Komen beliau dibuat selepas hampir seminggu serangan udara Israel ke atas Semenanjung Gaza dan serangan roket Palestin ke atas Israel. Satu peluru berpandu Israel telah membunuh sekurang-kurangnya 11 orang awam Palestin termasuk empat kanak-kanak di Gaza Ahad lalu. Jumlah kematian menghampiri 100 orang.


"Mereka yang mengaitkan Islam dengan keganasan menutup mata mereka ketika menghadapai pembunuhan beramai-ramai umat Islam, memalingkan kepala mereka dari pembunuhan beramai-ramai kanak-kanak di Gaza," Erdoğan memberitahu persidangan Majlis Agama Islam Eurasia di İstanbul.

"Atas sebab ini, saya mengatakan bahawa Israel adalah negara pengganas, dan tindakan mereka adalah perbuatan pengganas," katanya.

Hubungan antara Israel dan Turki, yang pernah menjadi satu-satunya sekutu negara Islam Israel, gagal selepas marin Israel menyerang sebuah kapal bantuan pada tahun 2010 untuk menguatkuasakan sekatan tentera laut ke atas Palestin-Gaza. Sembilan warga Turki terbunuh dalam pertempuran dengan aktivis di atas kapal tersebut.

Ankara mengusir duta Israel dan membekukan kerjasama ketenteraan selepas laporan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) untuk kejadian itu yang dikeluarkan bulan September tahun lalu membebaskan negara Yahudi itu dari tuduhan

Awal bulan ini Turki memulakan perbicaraan tanpa kehadiran empat bekas komander tentera Israel berkaitan serbuan pada tahun 2010. 


todayszaman.com


Photobucket

Orang ramai dah mula sibuk - siapa layak jadi PM?

on




Suka tak suka, Anwar saja pilihan yang ada...



Akhir-akhir ini orang ramai dah mula sibuk bercakap pasal siapa layak jadi PM?. Maknanya seluruh rakyat Malaysia kini sedang ternanti-nanti siapa yang benar-benar layak. Ini menggambarkan Najib yang berkuasa hari ini seolah-olah tidak layak? atau hanya bertaraf pemangku? Kebetulan Najib anak bangsawan Pahang ini belum dapat sebarang mandat dari PRU (Pilihan Raya Umum). Mandat yang dipegang nya hari ini ialah mandat Abdullah Badawi.

Justeru,, siapa yang paling layak jadi PM? Sudah tentu rakyat mengharapkan seorang insan yang benar- benar jujur, ikhlas, adil dan berjiwa rakyat untuk menjadi pemimpin No.1 negara,, bukan seperti Najib,anak bangsawan yang lembik dan penakut, bukan Muhyiddin, bukan Zahid Hamidi, bukan Hishamudin Tun Husien. Bahkan Ibrahim Ali dan Hasan Ali juga bukan ! Zulkifli Nordin? Jauh panggang dari api ! Cukuplah sekadar berangan Mat Jenin.

Setelah teman lihat, kaji dan telek, tak ada satu pun pemimpin Umno diperingkat negeri dan pusat yang masih bersih – berintegriti jauh sekali. Kebanyakannya bersalut dengan politik wang, politik kroni, rasuah dan seribu satu macam sifat buruk. Nak cari pemimpin Umno sebersih Nik Aziz, Haji Hadi, atau kebanyakan pemimpin PAS, round satu Negara pun takkan jumpa. Nak dapat pemimpin Melayu berkarisma sehebat ketua pembangkang juga amat payah.

Jadi buat masa ini siapa yang layak? Sudah tentu DS Anwar Ibrahim seorang anak Melayu yang pernah memegang jawatan Timbalan Perdana Menteri tetapi dikhianati dan difitnah. Kenapa beliau layak? Kerana sudah terbukti beliau seorang yang berani, tegas, adil dan ikhlas dalam perjuangan. Beliau juga merupakan seorang insan yang tidak lupa dengan agamanya, bahkan alim ulamak adalah menjadi sumber rujukannya. Rakyat melihatnya bukan saja dengan mata, tetapi dengan matahati dan hatibudi! Seburuk manapun Anwar digambarkan oleh Umno, namun di matahati rakyat Malaysia, tak kira apa bangsa Anwar tetap baik dan bersih dari rasuah, sebab itu dia menjadi pilihan rakyat!!






Oleh : rahimothman

Photobucket

Mohd Radzi Sheikh Ahmad Kini Disiasat Polis...?

on





Bekas menteri dalam negeri, Mohd Radzi Sheikh Ahmad adalah seorang pengarah di sebuah syarikat yang kini di bawah siasatan polis atas beberapa kesalahan yang berkaitan dengan penyeludupan manusia.

Syarikat SNT Universal Corporation Sdn Bhd, adalah salah satu ejen yang dilantik kerajaan dalam program pengampunan 6P. 

Polis mengesyaki ia telah mengeksploitasi beratus-ratus pekerja asing, terutamanya warganegara Bangladesh.

Penyiasat memberi tumpuan kepada kemungkinan bahawa SNT telah melakukan beberapa kesalahan, termasuk palsu mendakwa bahawa ia mampu untuk mendaftarkan warga asing di bawah program 6P dan mendapatkan permit kerja untuk mereka, menubuhkan berpuluh-puluh agensi pekerjaan palsu, dan menyerang warga asing mencari pekerjaan. 

Dakwaan tersebut berdasarkan rakaman kamera litar tertutup CCTV.

Menurut carian Suruhanjaya Syarikat Malaysia (SSM), Radzi menjadi pengarah SNT pada 17 Mei, 2011.

Radzi menyatakan rasa terkejut apabila wartawan memberitahunya rekod CCM tersebut.

Beliau berkata, "beberapa rakan-rakan" turut membantunya menjadi seorang pengarah SNT dan menafikan pengetahuan aktivitinya.

"Saya tidak terlibat dalam penyeludupan manusia," katanya. "Orang bertanya kepada saya untuk menjadi pengarah dalam segala macam perkara. Saya tidak mempunyai kaitan dengan syarikat. "

Radzi ialah Menteri Hal Ehwal Dalam Negeri antara tahun 2006 dan 2008 di bawah pentadbiran bekas perdana menteri Abdullah Badawi.

Di bawah program 6P, pekerja asing adalah haram di sisi undang-undang dan boleh diusir tanpa dikenakan hukuman. 

Enam P mewakili perkataan Melayu untuk amalannya, pendaftaran, pengampunan, pemantauan, penguatkuasaan dan pengusiran. 

Kerajaan telah melantik lebih daripada 300 syarikat untuk mengendalikan pendaftaran tersebut.

Awal bulan ini, Majlis Selangor Menentang Penyeludupan Manusia (Mapmas) mengeluarkan rakaman CCTV yang menunjukkan keganasan bahawa pekerja SNT didakwa dilakukan terhadap pencari kerja.

Mapmas berkata ia memperolehi rakaman dengan bantuan pemberi maklumat dan kenyataan yang direkodkan dari mangsa serangan mewakili hanya sebahagian kecil daripada kira-kira 200 mendakwa telah ditipu oleh SNT. 

Video kini tersebar di YouTube.

Polis berkata minggu ini bahawa mereka telah menahan tiga warga asing dalam kes itu dan sedang suspek lain.

Bukti mengenai agensi pekerjaan yang palsu hasil daripada siasatan yang dijalankan oleh Abdul Aziz Ismail dari Mapmas. 

Ia telah mendapati bahawa syarikat-syarikat ini tidak mempunyai infrastruktur perniagaan dan nampaknya ditubuhkan bagi maksud semata-mata menipu untuk mendapatkan permit kerja untuk digunakan dalam program 6P.

Salah satu daripada nama-nama yang berulang dalam syarikat-syarikat ini adalah Md Shahidul Islam, dikatakan seorang lelaki Bangladesh yang nama samaran adalah Babul.

Nama Babul juga muncul dalam laporan polis terhadap SNT yang menuduh ia menipu dan serangan.

Pihak berkuasa masih belum menjelaskan bagaimana beliau mampu untuk menjalankan sebuah syarikat pengurusan 6P apabila Kementerian Dalam Negeri (KDN) melarang warga asing daripada berbuat demikian.

'Mereka membuat penggunaan nama saya'

'Abdul Aziz dari Mapmas, seorang aktivis buruh veteran, hari ini mengutuk Radzi kerana menerima kedudukan pengarah dalam SNT.

"Sepanjang beliau memegang jawatan Menteri Dalam Negeri, kerajaan membawa masuk 500,000 warga Bangladesh dan mereka ditinggalkan di lapangan terbang dan dijual kepada pihak ketiga," kata Abdul Aziz.

"Jadi, jika anda bercakap tentang Mohd Radzi, beliau gagal semasa tempoh perkhidmatan beliau. Dan kini dia mengelak dirinya terlibat dalam sesuatu seperti ini. Ia adalah benar-benar tidak beretika dan tidak bermoral. "

Dalam satu temubual, Radzi teringat bahawa beliau telah diminta untuk menjadi pengarah SNT sekitar masa kerajaan mengumumkan program 6P.

"Saya tidak tahu di mana syarikat ini," katanya. "Mungkin saya telah berada di sana sekali, apabila ia adalah kira-kira hendak dibentuk. Ia diperiksa dengan Kementerian Dalam Negeri. Kini ia telah hilang sedikit lucu, kan? "

Beliau berkata ia adalah syarikat pertama beliau menyertai selepas meninggalkan kabinet.

"Saya melihat syarikat dan pemikiran mereka hanya melakukan beberapa pendaftaran bagi pekerja-pekerja ini, membolehkan mereka untuk pergi rumah atau sesuatu seperti itu. Mereka bertanya jika saya mahu menjadi sebahagian daripadanya. Jadi ok-lah. "

Beliau berkata bahawa beberapa bulan lalu, apabila dia mendapati bahawa program 6P tidak diurus dengan baik, beliau memberitahu syarikat dia mahu berhenti.

Ditanya jika dia tahu pengarah SNT yang lain, beliau berkata: "Saya mungkin dapat ingat ini sesuatu Babul. Saya fikir itulah dia. "

Beliau berkata beliau berasa dikhianati. "Mereka telah menggunakan nama saya. Kini ternyata bahawa saya sepatutnya diperiksa apa jenis syarikat ini adalah. Saya kecewa. "

Akan membantu siasatan polis

Para pengarah SNT lain termasuk Mustadza Abu Bakar dan Rozilahwati Kalil, kedua-dua ahli Umno. 

Mustadza pernah menjadi Yang di-Pertua Majlis Perbandaran Jasin (MPJ) dan Rozilahwati adalah pemimpin Puteri Umno di Melaka.

Radzi berkata dia mengenali kedua-dua mereka.

"Mustadza Abu Bakar adalah seorang kawan peribadi saya. Mungkin ia adalah melalui dia bahawa saya datang ke syarikat ini, tetapi saya tidak pasti.

"Saya akan mendapatkan memegang rakan-rakan dan mengetahui apa neraka yang sedang berlaku.

"Ini bung Babul terlalu. Untuk menggunakan nama saya dan tiba-tiba semua ini pergaduhan dan barangan penyeludupan manusia. Apa neraka, manusia? Saya akan menjadi yang pertama untuk menangkap bersetubuh berdarah dan perah lehernya. Saya akan menjadi yang pertama untuk menggantung beliau. "

Beliau berkata beliau akan membantu dalam penyiasatan polis.

Radzi kini merupakan Ahli Parlimen Kangar. 

Selepas pilihan raya umum 2008, beliau meletak jawatan setiausaha agung Barisan Nasional (BN) dan Umno.





Photobucket

Suara Hati Menteri Besar N9

on





Kalau lu orang tengok MUKA beliau semasa dalam VIDEO ni beb nampak sangat KERESAHAN dan KERISAUAN beliau... macam SEDIH pun ada... macam nak MENANGIS pun ada... tajuk video ni beb BERSATU PERTAHANKAN BANGSA, AGAMA DAN NEGARA... tapi yang diucapkan Datuk Seri Utama Menteri Negeri Sembilan Hj Muhammad Hj Hassan Besar ni ialah MEMPERTAHANKAN UMNO dari KALAH... sebab kata beliau kalau KALAH KITA AKAN HANCURRRRRRR BERKECAIIIIIII... kah kah kah !.

Itu yang sebenarnya yang DIRISAUKAN oleh PEMIMPIN UMNO serta PENCHACAI dan BARUA UMNO beb... KEHANCURAN BERKECAI UMNO yang AMAT DIRISAUKAN... bukan kerana AGAMA ISLAM... NASIB ORANG MELAYU atau pun NEGARA ini... kerana kalau UMNO HANCUR BERKECAI maka ianya UMPAMA MALAPETAKA yang MAHA DASYAT bagi ISI PERUT UMNO yang BERKEPENTINGAN... mungkin banyak yang HIDUP SEBAGAI PELARIAN TANPA DISURUH... yang KESIAN adalah jenis PENYOKONG MEMBABI BUTA UMNO YANG DIPERBODOHKAN... kah kah kah !.

Adalah sesuatu yang PELIK apabila selepas 55 TAHUN NEGARA MERDEKA dikala ini jugak lah seolah-olah pemimpin Umno begitu PERIHATIN terhadap RAKYAT... sedangkan sebelumnya mereka membuat HARTA RAKYAT seperti HARTA PUSAKA MAK BAPAK dia orang yang punya... sebab itu dimasa EKONOMI BERKEMBANG dengan PESAT Rakyat TIDAK MENIKMATI TERUS HASILNYA seperti SEKARANG dengan BR1M... KR1M... LR1M... dan entah apa lagi yang asal boleh DIKAIT dengan 1M... yang PASTI ianya BUKAN datang dari KEIKHLASAN tapi TIMBUL kerana TERPAKSA apabila RASA-RASA yang UMNO DAH NAK MAMPOSSS... kah kah kah !.

Ok lah beb... lu orang TENGOK lah sendiri bagaimana SEDIH dan RISAUNYA Menteri Besar Negeri Sembilan yang mungkin sudah MERASAI bahawa beliau BERKEMUNGKINAN BESAR adalah MENTERI BESAR TERAKHIR DARI UMNO di Negeri Sembilan Darul Khusus... sebab itu lah beb Ketua Pemuda Umno Malaysia Yb Khairy Jamaluddin (KJ) awal-awal lagi sudah mengatakan TIDAK MAHU BERTANDING untuk MEMPERTAHANKAN KERUSI PARLIMEN REMBAU... kerana beliau TAHU kalau beliau bertanding peratus untuk KALAH adalah lebih BESAR dari peratus untuk MENANG... jadi adalah lebih BAIK jangan bertanding... bijak betul KEPALA OTAK KJ ni beb... kah kah kah !.


hemmmmm..... itulah den dah bilang dari dulu laeiiii... jangan buek korja-korja haramjadah tu jang... tapi dah memang dasar umno dengan kerja-kerja haramjadah tak dapet dipisahkan... apo nak dikato jang... kah kah kah... umporno perkasam jati... betul-betul meloyakan beb heeeee...


http://inderasipejuang.blogspot.com


Photobucket

Followers

pop up text

Blog Archive

Top Ranking Pro PR

My Blog List