Orang ramai dah mula sibuk - siapa layak jadi PM?

on Nov 24, 2012




Suka tak suka, Anwar saja pilihan yang ada...



Akhir-akhir ini orang ramai dah mula sibuk bercakap pasal siapa layak jadi PM?. Maknanya seluruh rakyat Malaysia kini sedang ternanti-nanti siapa yang benar-benar layak. Ini menggambarkan Najib yang berkuasa hari ini seolah-olah tidak layak? atau hanya bertaraf pemangku? Kebetulan Najib anak bangsawan Pahang ini belum dapat sebarang mandat dari PRU (Pilihan Raya Umum). Mandat yang dipegang nya hari ini ialah mandat Abdullah Badawi.

Justeru,, siapa yang paling layak jadi PM? Sudah tentu rakyat mengharapkan seorang insan yang benar- benar jujur, ikhlas, adil dan berjiwa rakyat untuk menjadi pemimpin No.1 negara,, bukan seperti Najib,anak bangsawan yang lembik dan penakut, bukan Muhyiddin, bukan Zahid Hamidi, bukan Hishamudin Tun Husien. Bahkan Ibrahim Ali dan Hasan Ali juga bukan ! Zulkifli Nordin? Jauh panggang dari api ! Cukuplah sekadar berangan Mat Jenin.

Setelah teman lihat, kaji dan telek, tak ada satu pun pemimpin Umno diperingkat negeri dan pusat yang masih bersih – berintegriti jauh sekali. Kebanyakannya bersalut dengan politik wang, politik kroni, rasuah dan seribu satu macam sifat buruk. Nak cari pemimpin Umno sebersih Nik Aziz, Haji Hadi, atau kebanyakan pemimpin PAS, round satu Negara pun takkan jumpa. Nak dapat pemimpin Melayu berkarisma sehebat ketua pembangkang juga amat payah.

Jadi buat masa ini siapa yang layak? Sudah tentu DS Anwar Ibrahim seorang anak Melayu yang pernah memegang jawatan Timbalan Perdana Menteri tetapi dikhianati dan difitnah. Kenapa beliau layak? Kerana sudah terbukti beliau seorang yang berani, tegas, adil dan ikhlas dalam perjuangan. Beliau juga merupakan seorang insan yang tidak lupa dengan agamanya, bahkan alim ulamak adalah menjadi sumber rujukannya. Rakyat melihatnya bukan saja dengan mata, tetapi dengan matahati dan hatibudi! Seburuk manapun Anwar digambarkan oleh Umno, namun di matahati rakyat Malaysia, tak kira apa bangsa Anwar tetap baik dan bersih dari rasuah, sebab itu dia menjadi pilihan rakyat!!






Oleh : rahimothman

Photobucket

0 comments:

Followers

pop up text

Blog Archive

Top Ranking Pro PR

My Blog List