Mahkamah Kata Salah. SPR Kata Boleh Mengundi.... Apa Nak Jadi Dengan SPR Ni...?

on Jan 10, 2013


SPR 2013 Suruhanjaya Pilihan Raya SPR. Mahkamah Sahkan Mereka Dapat IC Palsu Tetapi Layak Mengundi?

Daftar Mengundi 2013 Suruhanjaya Pilihan Raya SPR. Mahkamah Sahkan Mereka Dapat IC Palsu Tetapi Layak Mengundi?, DK


Suruhanjaya Pilihan Raya SPR Malaysia : Datuk Najib tidak ada banyak masa. Tinggal berapa bulan sahaja lagi. Tiada lagi teka-teki yang boleh dimainkan lagi. Hakikatnya, Pilihanraya Umum ke 13 mesti adakan antara sekarang sehinggalah 24 April 2013.
Ini kerana mandat yang rakyat berikan kepada Datuk Najib dan barisan kabinet serta kerajaan sedia ada hari ini hampir 5 tahun lepas akan berakhir sehingga 24 April ini sahaja. Dan ni bermakna….
Ini bermakna kuasa Parlimen akan tamat pada tarikh tersebut secara automatiknya. Belum pernah dalam sejarah pilihanraya di Malaysia sejak Tanah Malaya merdeka pada tahun 1957 sehinggalah sekarang, Pilihanraya Umum diadakan sebegini lambat. “Tidak diketahui apa sebabnya”. Mungkin Datuk Najib ada strategi dan sebab tersendiri?
Pilihanraya Umum ke 13 semakin dekat. Tetapi….tetapi, senarai daftar pemilih dan pengundi yang terus dimiliki Suruhanjaya Pilihan raya SPR Malaysia masih terus diragui. Macam-macam berita pelik yang dilaporkan mengenai daftar pemilih Suruhanjaya Pilihanraya Raya SPR Malaysia ini. Hanya di Malaysia….
Kalau sebelum ini kita ada mendengar laporan yang Berita Semasa sediakan mengenai daftar pemilih di Malaysia. Antaranya ialah :
  1. Daftar pemilih yang merupakan Manusia Tertua di Malaysia & Tertua di Malaysia (KLIK SINI)
  2. Malaysia memiliki bukan sedikit bilangan, tetapi 1538 orang yang berumur 1000 dan ke atas. Anda mampu? (KLIK SINI)
  3. Daftar Pemilih Suruhanjaya Pilihan Raya yang berjaya diklonkan pun ada (KLIK SINI)
  4. Macam-macam. Ada lagi dan anda boleh melakukan carian laporan berita yang berkaitan melalui kemudahan yang kami sediakan di sebalh kira halaman Berita Semasa ini

Suruhanjaya Pilihan raya SPR : Penipuan @ Kesilapan Terbaru 2013?

Dan yang terbaru…..seperti yang anda lihat pada laporan berita asal yang disediakan oleh akhbar Daily Express dan disimpan dalam arkib Jabatan Pendafaran Negara (JPN), kami berjaya memperolehi butiran nama dan nombor kad pengenalan. Akhirnya, dalam bahasa mudah untuk difahami, individu bernama Salleh Bin Samsul ini dibuktikan bersalah kerana “berjaya” mendapat nombor kad pengenalan secara tidak sah. Hebat…
Walaubagaimanapun, yang tambah menarik perhatian kami ialah Salleh Bin Samsul (670110-12-5035) ini berjaya diterima sebagai daftar pemilih dan boleh mengundi dalam Pilihanraya Umum ke 13 kelak? Tahniah kami ucapkan…….
SPR 2013 Suruhanjaya Pilihan Raya SPR. Mahkamah Sahkan Mereka Dapat IC Palsu Tetapi Layak Mengundi?

Lagi Penipuan Dalam Daftar pemilih Suruhanjaya Pilihan Raya SPR Malaysia

Tidak cukup setakat itu sahaja. Dorina Binti Daneil ( 750414-12-5392) berjaya menempatkan dirinya dalam senarai daftar pemilih Suruhanjaa Pilihanraya SPR walaupun sudah didapati bersalah. Semakan yang kami telah lakukan ada bertarikh hari ini 10 Januari 2013.
Tempat Mengundi 2013 Suruhanjaya Pilihan Raya SPR. Mahkamah Sahkan Mereka Dapat IC Palsu Tetapi Layak Mengundi?
Pada 25 Mac lepas, satu kes sama telah dibicarakan di Mahkamah Majistret Sandakan yang melibatkan seorang wanita warganegara asing yang berjaya memperolehi MyKad palsu.
Nora A.Mustaham, 33, mengaku bahawa beliau berjaya mendapatkan dokumen pengenalan diri My Kad dengan nama Dorina Dancil. My Kad yang bernombor 750414-12-5392 dikesan di Kuala Lumpur, apabila beliau membeli tiket penerbangan dari Kuala Lumpur ke Sandakan.
Walaupun berjaya menaiki pesawat ke Sandakan, Nora telah ditahan oleh pihak imigresen yang mendapati bahawa My Kad tersebut adalah palsu semasa beliau berada di kaunter ketibaan Lapangan Terbang Batu 7 Sandakan.
Namun demikian, Nora hanya dijatuhkan hukuman penjara selama enam bulan.
Sudah dibukti bersalah memiliki kad pengenalan palsu pun, nama masih ada lagi sehingga ke hari ini dalam daftar pemilih Suruhanjaya Pilihanraya SPR?
SPR Gov My1 Suruhanjaya Pilihan Raya SPR. Mahkamah Sahkan Mereka Dapat IC Palsu Tetapi Layak Mengundi?
Dan daftar pemilih yang meragukan seterusnya tidak berhenti setakat ini sahaja apabila warga Filipina yang bernama Hassanuddin Bin Mania (741029-12-5463) yang telah pun dijatuhkan hukuman oleh mahkamah kerana memilki kad pengenalan palsu, tetapi boleh masih lagi layak mengundi seperti anda, anda semua di sini?
Lokasi Mengundi 2013 Suruhanjaya Pilihan Raya SPR. Mahkamah Sahkan Mereka Dapat IC Palsu Tetapi Layak Mengundi?
Pilihanraya sudah semakin hampir, tetapi  senarai pengundi Suruhanjaya Pilihanraya SPR masih lagi banyak meragukan. Ini yang diketahui, yang lain-lain?
Jikalau di negara India yang mana penduduk berjumlah lebih 1.2 bilion, SPR mereka sendiri yang akan turun padang berjumpa dengan rakyat bagi membantu membuat semakan daftar pemilih di sana. Tetapi lain pula yang berlaku di negara yang penduduk hanya 28 juta iaitu Malaysia? Mengapa jadi begini?
Sampai bila daftar pemilih seperti ini mahu dipertontonkan kepada rakyat Malaysia?
Photobucket

PM Malaysia Yang Baru Sebelum PRU 13....

on



PM BARU BAGI MALAYSIA? Najib akan dipaksa meletak jawatan atas ‘sebab kesihatan’?

Nampaknya Malaysia akan mendapat Perdana Menteri sebelum pilihan raya umum, yang dijangka akan diadakan pada bulan Jun. Perdana Menteri Najib Razak yang sedang menghadapi pelbagai tekanan dijangka meletak jawatan tidak lama lagi untuk memberi laluan kepada Muhyiddin Yassin,atas sebab-sebab kesihatan, tetapi akhirnya, Najib yang berusia 59 tahun akan menjadi mangsa terbaru persengketaan parti Umno dan perasaan khuatir akan kehilangan kuasa terhadap kerajaan persekutuan kepada ketua pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim dan Pakatan Rakyat.
Pada hujung minggu, khabar angin bertiup kencang menyatakan bahawa Najib akan membubarkan Parlimen pada 26 Januari dan ini antara usaha untuk mencari jalan agar Muhyddin dan bekas Perdana Menteri Mahathir Mohamad boleh menggulingkan Najib sebagai Presiden Umno dan Perdana Menteri negara sebelum PRU ke- 13 diadakan.
Cakap-cakap itu telah diganti pula oleh spekulasi panas bahawa Najib telah jatuh sakit. Menurut Sarawak Report, para doktornya telah diletakkan dalam keadaaan berjaga-jaga pada hujung minggu lalu. Tidak dinafikan terdapat banyak tekanan pada Najib dan isterinya Rosmah Mansor terutama sekali sejak beberapa minggu yang lalu apabila mereka menjadi sasaran rentetan pendedahan rasuah oleh ahli perniagaan kontroversi Deepak Jaikishan.
Apabila pasangan pertama ini tidak menjawab apa-apa dakwaan serius dan juga 'ketiadaan' Najib di mata awam sejak dua minggu lalu telah menimbulkan syak wasangka bahawa ada sesuatu telah berlaku. Ada juga berspekulasi bahawa Najib mungkin telah ke luar negara untuk menerima rawatan.
"Apa yang kita minta ialah supaya pentadbiran BN menjelaskan dengan segera keadaan sebenar. Kita semua tahu bahawa ada sesuatu yang tidak kena apabila PM tiada kelihatan. Tiada kenyataan telah dikeluarkan berkenaan ketiadaannya dan tiada juga kenyataan dari mereka bagi menangkis dakwaan serius yang telah dibuat oleh Deepak," Ahli Parlimen PKR kawasan Batu, Tian Chua memberitahu Malaysia Chronicle.
Meraih undi simpati dari pengundi Melayu yang keliru

Najib mengambil alih sebagai Presiden Umno dan Perdana Menteri negara yang ke- 6 pada April 2009 selepas membantu Mahathir dan Muhyiddin menggulingkan Abdullah Badawi yang dipersalahkan atas prestasi lemah Umno-BN dalam pilihan raya 2008. Sekarang, ironinya, Najib pula mendapati dirinya diketepikandengan cara yang sama sepertimana dia telah menjadikan Badawi terasing dari dunia politik.
Ia merupakan rahsia yang diketahui umum bahawa 'panglima’ Umno sedang merebut kerusi untuk bertanding pada PRU ke-13 dan Najib telah mengikut kata hatinyadenganmembuat keputusan bahawa dia akan kekal dalam kuasa. Walaupun bermacam-macam cerita telah diputar oleh media dari kedua-dua belah pihak, semua tahu bahawa Najib dan Rosmah hanya mahu mengadakan pilihanraya selepas tempoh 5 tahun Umno berakhir, manakala Muhyiddin dan Mahathir mahukan pilihanraya diadakan seawal tahun lepas.
Apabila Muhyddin memberitahu akhbar pada awal tahun baru bahawa adalah lebih baik jika tarikh PRU ke-13 kekal 'misteri', ia terus merangsang 'teori konspirasi' yang sedang hangat diperkatakan bahawa Najib akan dikeluarkan tidak lama lagi. Muhyiddin kemudian akan mengambil alih dan membenarkan Parlimen tamat tempoh tanpa dibubarkan, dengan Suruhanjaya Pilihan Raya yang pro-BN mengadakanpilihanraya di seluruh negara hanya pada bulan Jun supaya membolehkan 'luka' dalaman Umno untuk sembuh dan negara, terutamanya pengundi Melayu yang berpengaruh membiasakan diri dengan PM baru yang menerajui negara.
"Mereka berharap pada imej pro-MelayuMuhyiddinuntuk membolehkan Umno-BN mengekalkan kuasa serta ketakutan orang Melayu kepada sesuatu yang tidak mereka ketahui dan simpati kepada Najib yang sedang sakit - jika benar dia sedang sakit - untuk membantu mereka," kata Tian.
"Kami kini dalam zon yang samar-samar kerana tidak tahu apakah helah Umno-BN seterusnya untuk berpaut kepada kuasa. Semuanya akan bergantung kepada pengumuman yang akan dibuat dalam beberapa hari akan datang. Kemudian barulah kami akan mendapatkan gambaran yang lebih jelas."
Muhyiddin yang bercita-cita tinggi & 'kamikaze' Dr M
Pada pertengahan bulan Disember, sumber-sumber politik telah memberitahu Malaysia Chronicle bahawa bahagian Umno di tiga negeri - Johor, Terengganu dan Perak - telah memulakan usaha memaksa Najib untuk berundur, dengan memberi alasan meningkatnya kes-kes skandal terutama sekali rasuah berkaitan pembelian kapal selam Scorpene dan pembunuhan Altantuya Shaariibuu.
Antara petanda awal perbalahan dalaman UMNO sedang memuncak adalah khabar angin mengenai rusuhan kaum yang telah disebarkan oleh beberapa blogger pro-UMNO. Perbuatan pemimpin UMNO dan sekutunya seperti Ibrahim Ali dan Shahrizat Jalil menakut-nakutkan orang ramai dengan berulangnya rusuhan kaum 13 Mei 1969 yang telah meninggalkan beribu-ribu cedera dan ratusan kehilangan nyawa telah mengeruhkan lagi keadaan.
Mewujudkan ketakutan dengan menggunakan ancaman rusuhan kaum untuk mematahkan kebangkitan rakyat adalah 'lambang' taktik yang digunakan oleh Umno untuk menyembunyikan pertelingkahan dalaman. Rusuhan 13 Mei telah didedahkan sebagai konspirasi Umno untuk menggulingkan presiden ketika itu, Tunku Abdul Rahman. Ia adalah perebutan kuasa yang telah membolehkan ayah Najib, Abdul Razak Hussein dan Mahathir Mohamad memegang kuasa.
Oleh itu, apabila timbul cakap-cakap menyemarakkan insiden Mei 13 baru-baru ini, pemerhati politik mula berjaga-jaga.
Membenarkan Najib untuk keluar dengan cara terhormat
Pemerhati Umno percaya bahawa Mahathir Mohamad, 'pemain boneka’ utama dalam Umno, telah memutuskan untuk menjadikan Muhyiddin bonekanya dan kesan saat-saat akhir dalam kepimpinan walaupun ramai telah memberi amaran bahawa ia bakal menambahkan kesan yang lebih teruk bagi perbalahan dalam Umno .
Kerana itulah mereka mewujudkan khabar angin 'strok kecil' untuk membenarkan Najib berundur dengan cara yang terhormat atas sebab-sebab kesihatan. Sama ada benar atau tidak Najib sakit bukanlah perkara utama. Bagi pesaingnya dalam Umno, kesihatan yang kurang memuaskan adalah semata-mata memberi Najib sebab untuk 'menyerahkan' kuasanya.
"Mahathir adalah seorang pejuang kamikaze (berani mati). Dia tidak perlukan undang-undang darurat atau mana-mana undang-undang jika dia mahu melakukan sesuatu. Lihatlah bagaimana dia membubarkan UMNO lama dan mencipta UMNO Baru, lihatlah bagaimana dia melemparkan Anwar Ibrahim ke dalam penjara, diisytiharkan perang habis-habisan ke atas Abdullah Badawi, " kata seorang pemerhati politik veteran kepada Malaysia Chronicle.
"Tetapi pilihan melambatkan PRU ke-13 dan mengenakan undang-undang ketenteraan bukanlah pilihan bagi mereka. Panglima UMNO tahu jika mereka berbuat demikian, mereka berkemungkinan besar dimasukkan ke dalam penjara dan dihina. Ia adalah lebih baik untuk bertarung di peti undi. Lagipun, mereka telah melakukan banyak penyelewengan pada daftar undi yang begitu banyak kekayaan di luar negara, mereka mungkin akan mencuba nasib mereka di mahkamah jika rejim baru memerintah bakal mendakwa mereka kerana merompak. "
"Sudah tidak syak lagi Mahathir telah cuba untuk menukar PM untuk meningkatkan semangat dalam UMNO sebelum bertarung dalam PRU ke-13 Dia selalu menjadi orang yang paling berani bertaruh berbanding yang lain. Dia bersedia untuk memperjudikan segalanya untuk menang besar dengan menggunakan imej pro-Melayu Muhyiddin. Untuk berbuat demikian, mereka akan membangkitkan sentimen Melayu. Setakat ini, yang ada hanyalah retorik. Sekarang kita sudah mendengar cerita tentang rusuhan kaum. Oleh itu, ada kemungkinan besar apa yang berlaku seterusnya adalah kejadian yang sebenar. Khabar angin bahawa mereka boleh membangkitkan insiden kecil di sana sini untuk mengumpul kemarahan orang Melayu dan mereka boleh melakukan ini dengan bantuan samseng UMNO dan kongsi gelap Cina dan India. "

Malaysia Chronicle

Photobucket

SPRM - "Pekerja guna Facebook ketika waktu pejabat adalah pecah amanah"

on Jan 6, 2013





KUALA LUMPUR, 6 Jan — Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) akan mengkategorikan pekerja dalam sektor awam dan syarikat berkaitan kerajaan (GLC) yang menggunakan media sosial bagi tujuan peribadi sebagai pecah amanah. 

Menurut timbalan ketua pesuruhjaya SPRM, Datuk Sutinah Sutan, jika seseorang menggunakan tiga jam di pejabat untuk kegunaan peribadi, ia dilihat sebagai satu bentuk pecah amanah kerana kerajaan mempercayai dan membayar mereka untuk menyiapkan tugas yang diberi.

"Mereka yang melayari Facebook atau apa juga media sosial, boleh dianggap sebagai mengelakkan diri dari kerja yang dispefikasikan kepadanya," kata beliau yang dipetik dari portal berita The Star Online.......tajuk

Sutinah berkata, sikap suka menggunakan waktu bekerja untuk kegiatan peribadi boleh dilihat sebagai melanggar kontrak kerja, dan patut dikenakan tindakan disiplin oleh pihak majikan.

Beliau berkata, walaupun kesalahan tersebut tidak diletakkan di bawah Akta SPRM, tetapi suruhanjaya tersebut akan menasihati apa tindakan yang boleh dilakukan oleh pihak jabatan kerajaan dan GLC dalam menangani pekerja yang ingkar.

Sementara itu, Presiden Kongres Kesatuan Pekerja Dalam Perkhidmatan Awam (Cuepacs), Datuk Omar Osman menyeru agar pekerja kerajaan untuk memberi tumpuan kepada kerja ketika waktu pejabat.
"Sementara penggunaan sosial media adalah baik untuk menggalakkan orang ramai untuk lebih arif dalam teknologi dalam mendapatkan maklumat, tetapi pekerja juga harus berdedikasi terhadap kementerian, jabatan dan agensi mereka," kata Omar yang dipetik portal berita berbahasa Inggeris itu.
Beliau mencadangkan mekanisme untuk menentukan laman web mana yang boleh dilayari oleh pekerja kerajaan bagi menepati skop pekerjaan.

"Sepatutnya kita perlu ada panduan yang jelas, bukan hanya untuk pekerja faham perlakuan mereka boleh diambil tindakan, kita juga perlu untuk menubuhkan jawatankuasa disiplin dalam menentukan yang mana (laman web) di dalam skop pekerjaan dan yang mana bukan," kata Omar yang dipetik dari laporan portal berita The Star Online.




Photobucket

Siapa yang mentadbir negara sekarang ini??? Najib di mana???

on Jan 4, 2013





Najib sekarang diam membisu. Segala tuduhan terhadap beliau dan isterinya tidak mendapat apa-apa jawapan dan beliau terus mendiamkan diri. Seketika ini Najib tidak bercakap bergegar-gegar lagi dan beliau nampaknya duduk diam sahaja sedangkan banyak perkara sedang berlaku yang berkait dengan beliau.. Isu Deepak terus mengganas dalam pemikiran rakyat yang ramai. Buku tentang Deepak sedang beredar di mana-mana. Buku setebal dua puluh enam muka itu sedang menjadi bahan telaah ramai. Semuanya berhubung kait dengan Najib dan isteri beliau. Apa yang diperkatakan oleh Deepak membabitkan Altantuya dengan akuan bersumpah satu dan dua menjadi tajuk perbincangan ramai.

Isu Deepak tidak berhenti setakat itu. Ia terus melebar dan sampai pula membabitkan ‘land-scam’ yang melibatkan Kementah, syarikat Deepak dan syarikat Raja Ropiah dan banyak lagi isu yang berkaitan dengannya. Musa Hasan tetap dengan kejutannya dengan membuat beberapa ‘pembongkaran’ dan UMNO nampaknya tidak dapat mengelak dari menghadapi isu-isu ini dengan debaran dan kerunsingan. Najib dan Hisham sedang berada di kedudukan seperi telur di hujung tanduk.

UMNO terpaksa mengalihkan pandangan ramai dengan menimbulkan isu Amanat Haji Hadi yang berusia 32 tahun itu. Nampaknya persepsi buruk rakyat terhadap UMNO dan seluruh kepimpinannya tidak akan membuatkan BN sebagai pihak yang ‘formidable’ lagi dalam siasah negara. Sehari dua ini Najib agak senyap kerana, beliau berada di luar negara bercuti dengan isteri beliau mengikut sumber yang boleh di percayai.

Di mana beliau bercuti tidak pula saya tahu. Tetapi bercuti itu penting kerana dengan berehat Najib akan dapat merehatkan otak beliau yang terlalu sarat dengan isu beliau dan isteri yang sekali gus telah merosakkan imej negara dan rakyatnya sendiri. Najib terus membisu dan dengan membisu itu ia melambangkan betapa hampirnya kenyataan Deepak dan Musa Hasan itu kepada keadaan yang sebenarnya berlaku yang selama ini dilindungi dari pengetahuan ramai.

Nampaknya Muhyiddin sedang melakukan segala-galanya dan ini mungkin menandakan apa yang dirancang oleh Dr Mahathir Mohamad untuk Najib menjadi PM buat sementara itu semakin hari semakin kelihatan kebenarannya. Betullah apa yang dikatakan oleh setengah pihak dahulu Najib hanyalah di letakkan sebagai PM sementara kerana permainan di dalam UMNO itu akan menjadikan Najib sebagai pemimpin yang tidak berupaya untuk hidup sebagai pemimpin utama negara kerana ‘baggage’nya yang terlalu besar. Penggal Najib menjadi PM hanyalah sebagai memenuhi masa buat sementara Muhyiddin dapat menajamkan kukunya di dalam kepimpinan parti dan negara.

Saya selalu berkata semasa dalam parti itu dulu, sokongan yang di dapati oleh seorang tokoh utama negara itu bukannya sokongan yang ‘legitimate’. Ia hanyalah sokongan politik sementara. Mahathir pernah berkata, “there is no permanent friend and enemy in politics’. Nampaknya Najib hanya lah menjadi jambatan sementara sahaja. Najib berguna kepada setengah pemimpin di bawahnya sementara mereka dapat menajamkan kuku untuk menusuk tengkok beliau (Najib) sahaja..

Masalah yang di hadapi oleh Najib sekarang ini di pergunakan oleh lawannya di dalam parti sendiri sebagai isu yang begitu selesa untuk menjatuhnya. Sekarang Najib kesaorangan. Kita tidak tahu siapa yang memerintah sekarang ini. Ramai berpendapat Mahathirlah yang sedang memerintah negara sekarang ini. Ini lah kehendak Mahathir sebenarnya. Itulah sebabnya beliau menyampah dengan Abdullah Badawi kerana Abdullah tidak membenarkan beliau masuk campur dalam urusan negara semasa beliau (Pak Lah) menjadi PM.

Saya ulangi yang saya pernah menulis dua tiga kali dalam blog ini yang musuh Najib bukannya parti pembangkang tetapi mereka yang berada di dalam UMNO itu sendiri. Musuhnya di dalam UMNO itu lebih susah untuk beliau kendalikan kerana musuh-musuh itu berada di sekeliling beliau (Najib) sendiri. Kita mesti faham yang harimau yang mengendap itu lebih merbahaya dari serigala yang berhadapan secara berdepan. Sekarang ini harimau itu sedang bersedia untuk menerkam kerana Najib tidak mempunyai ilmu mempertahankan diri yang kuat. Walaupun harimau yang merancang untuk melakukan penerkaman itu sudah tua tetapi oleh kerana Najib tidak membuat persediaan yang berhati-hati maka Najib akan jatuh tersembam di hadapan mereka ini.

Permainan di dalam UMNO sekarang ini bertambah ‘interesting’ dan kita akan melihat keadaan ini akan semakin hari semakin serius. Inilah akibatnya jika kita memelihara harimau walaupun harimau itu harimau tua. Najib terlalu percaya dengan mereka yang tidak jujur dan membiarkan rakan dan taulan yang jujur terhadap beliau yang sebaliknya beliau anggap sebagai musuh. Najib bermusuh dengan musuh kepada musuh sebenar beliau.

Tidak salah jika saya katakan yang UMNO akan mati sekali lagi walaupun caranya agak berlainan dari cara ia mati pada tahun 1988 dahulu. Kejatuhan UMNO kali ini adalah ‘imminent’ dan jika ia jatuh kali ini UMNO ‘tak akan dapek bongkar laie’.

Bagi Pakatan Rakyat pula janganlah jadi seperti apa yang terjadi dalam UMNO jika di beri mandat oleh rakyat. Bagi orang Melayu samada yang berada di dalam UMNO atau di luar parti itu, bersatulah. Jika tidak mahu menyertai DAP atau PKR sokonglah PAS kerana buat masa ini kerjasama di antara ketiga-tiga parti ini adalah baik.

Jangan pula menjadi UMNO dan BN apabila menjadi kerajaan, kerana rakyat akan kecewa tidak terhingga jika berlaku perkara yang sama apabila mendapat mandat nanti.

Satu perkara yang parti-parti dalam Pakatan Rakyat jauhi dari berlaku ialah berbohong. Pemimpin-pemimpin jangan berbohong seperti pemimpin UMNO. Lidah jangan bercabang macam lidah biawak.. Jangan bertindak berlandaskan perkauman. Semua kaum itu adalah kejadian Tuhan. Kalau marah dengan kaum yang lain bermakna kita marah dengan Tuhan yang menjadikannya.

Pemimpin-pemimpin yang bakal di beri mandat ini mesti membuat pengakuan tidak melakukan rasuah terutamanya kerana rasuah itu adalah sehina-hina perbuatan dan jangan bertindak mengikut sentimen parkauman. Kali ini siapa yang melakukan kesilapan oleh kerana permainan politik peribadi akan menerima hukuman dari rakyat.

Harap semua faham dan bacalah perasaan rakyat dengan betul. Untuk membuat keputusan dengan baik elemen yang sangat perlu ialah kebersihan jiwa kita sendiri. Jika jiwa kita di selaputi elemen kotor tidak mungkin kita akan bertindak dengan baik serta jujur.


 

Photobucket

Nasib Najib dan Mahathir apabila PR tubuh Kerajaan.

on





Pilihanraya ke 13 terpaksa diadakan kerana tuntutan perlembagaan negara, Kerajaan tahu keputusan PRU13 tidak berpihak kepada BN tapi terpaksa diadakan juga. Bagi mengatasi supaya tidak terlepas kuasa selepas pilihanraya umum nanti pihak BN akan berbuat berbagai-bagai cara.

Terutamanya menawarkan wang kepada rakyat, terbaru pengumuman yang dibuat oleh Menteri Kewangan ll iaitu pengagihan wang BR1M 2.0 akan mula dibagi bulan Februari 2013, jelas nampak pemberian RM500.00 itu akan diminta tukar dengan undi. Wang menjadi senjata terakhir bagi BN mendapat undi daripada rakyat.

Ukuran kematangan rakyat Malaysia boleh dinilai selepas pilihanraya umum, apakah rakyat membentuk kerajaan kerana wang atau atas kesedaran mahu melihat sebuah kerajaan yang benar-benar adil dan bebas daripada gejala rasuah. Apakah golongan muda sudah pintar secukupnya.

Tanda-tanda awal boleh dilihat, wang bukan segala-galanya, lihat apa yang berlaku kepada pemandu-pemandu teksi, mereka melahirkan kekecewaan terhadap kerajaan kerana mereka minta untuk dapat memiliki permit sendiri tapi tayar 2 biji diberi, mereka tidak berpuas hati dengan apa yang dilakukan oleh kerajaan maka mereka turut berkempen kepada penumpang supaya jatuhkan kerajaan BN pada PRU13 nanti.

Para guru pula melahirkan perasaan kurang senang kerana setiap kali kehadiran pemimpin UMNO mereka dipaksa keluar untuk memberi sambutan dan menghadirkan diri sebagai peserta sedangkan majlis yang dipaksa guru-guru hadir itu bukanlah program kementerian Pendidikan tapi program parti UMNO dan BN. Tentunya guru-guru bersunggut kepada ibu bapa dan sekali gus melahirkan kekesalan. Suara guru boleh mempengaruhi ibubapa supaya tidak mengundi BN.

Sokongan rakyat kepada BN semakin tipis apabila banyak isu secara terang telah diterjah kepada Perdana Menteri dan keluarganya. Isu yang didedahkan oleh Rafizi Ramli, Pengarah Startegi PKR dan Deepak Jaikishan seorang penjual permaidani yang mendakwa rakan rapat Rosmah Mansor telah memuramkan UMNO, hanya menanti retak menunggu belah.

Melihat kepada kecelaruan ini, berbagai-bagai andain telah dibuat. Sejarah hitam akan dibukukan dalam negara apabila pilihanraya ke 13 nanti berakhirnya sebuah kerajaan yang didokong oleh parti yang memerdekakan negara ini iaitu UMNO tewas. Dan Dato' Najib adalah Perdana Menteri yang pendek memerintah.

Kalau pun UMNO dan BN masih kekal tapi pertukaran Perdana Menteri besar kemungkinan berlaku, ini kerana isu-isu yang diserang terhadap Dato' Najib begitu terburai sehingga ramai rakyat mempercayainya, seperti mana rakyat percaya bahawa Khairy Jamaluddin lah Perdana Menteri semasa kerajaan diperintah dibawah Tun Abdullah Badawi.

Begitu juga kini, ramai orang percaya bahawa Dato' Najib di kontrol oleh Rosmah Mansor sehingga sekarang ini memaksa Tun Mahathir sendiri pun kena berjinak-jinak dengan Rosmah untuk membeli insuran kepada anaknya Mukhris supaya boleh menjadi Menteri Besar Kedah. Manakala 'geng-geng' Tan Sri Muhyidden Yassin tidak begitu ghairah mempertahankan Dato' Najib dari diserang oleh Deepak Jaikishan.

Kini Dato' Najib dihimpit, diluar oleh Deepak Jaikishan dan Rafizi Ramli manakala dari dalam oleh grombalan Tan Sri Muhyuddin yang tentunya mahu melihat Tan Sri Muhyuddin sebagai Perdana Menteri Malaysia selepas Dato' Najib, manakala Tun Mahathir akan ambil peluang diatas keresahan Dato' Najib dengan memajukan agenda keluarga beliau dalam politik tanahair.

Tidak mustahil bubar saja Parlimen akan ada penghijrahan tokoh-tokoh UMNO menyertai PAS kerana sekiranya mereka masih berada dalam UMNO kedudukan hariannya tidak selamat, hendak menyertai PKR malu mata kepada Dato' Seri Anwar Ibrahim. Alasannya hanya PAS saja boleh menyatukan perpaduan umah.

Lagi menyakinkan bahawa PR akan dapat menumbangkan BN kerana rakyat mahu tahu cerita sebenar dalam banyak isu yang didedahkan oleh PR, apakah betul berlaku sebagaimana pendedahan yang dibuat atau hanya persepsi sebagai modal kempen pilihanraya, sebagai contoh komisen pembelian kapal selam 


Kemana Dato' Najib akan pergi, kemana Tun Mahathir akan pindah apabila PUTRAJAYA jadi milik kerajaan PR. Dan bagaimana nasib 19 orang yang fail pendakwaan sudah siap dipejabat SPRM.


 


Photobucket

PATUTLAH NAJIB TIDAK BERANI NAK JENTIK DEEPAK

on Jan 3, 2013





EDISI TEMBELANG MELETOP!!!!!... ORANG MEGA KUAT DIBELAKANG DEEPAK SUDAH DIKENAL PASTI!!!!!.. JENG..JENG.. JENGGGG... KITA TENGOK SIAPA YANG KENAAAAA.



Pada 14 Disember 2012 lalu Lord's Tailor telah menganjurkan Majlis Sambutan Hari ulangtahun kelahiran Tun Mahathir yang ke-87 di Hotel Le Meridien, Kuala Lumpur.

Akhbar The Star melaporkan seramai 230 tetamu terpilih yang dikatakan cukup intim dan rapat saja dengan Tun M telah diundang untuk menghadiri majlis ulangtahun Tun Mahathir itu.

Selain VVIP, turut diundang adalah beberapa selebriti tempatan dan megastar Bollywood, Dato' Shah Rukh Khan mempersembahkan lagu Kuch Kuch Hota Hai sempena ulangtahun kelahiran bekas Perdana Menteri Malaysia..

Manakala antara yang duduk di meja utama ialah Pengerusi MK Land Tan Sri Mustapha Kamal, dan isterinya Puan Sri Wan Nong, Pereka Kasut terkenal Datuk Jimmy Choo dan Kamal Siddiqqi.

Paling menarik tetapi tidak dilaporkan oleh sebarang media arus perdana milik dan kawalan UMNO/BN ialah diantara 230 orang tetamu VVIP khas itu yang diundang oleh Tun Mahathir ialah  Deepak Jaikishan..

Bermula sejak dari hari Perhimpunan Agung UMNO baru-baru ini dan berterusan sehingga ke hari ini, Ahli perniagaan permaidani Deepak Jaikishan,  telah melakukan pendedahan-pendedahan yang melibatkan Najib Razak dan Rosmah Mansor.

Pendedahan tersebut sememangnya  meluka parahkan imej Rosmah yang sedia parah dan buruk, yang selama ini terkenal dengan sikap borosnya.

Tercalar dan bertambah buruk imej Rosmah Mansor juga menjadikan imej Najib turut terpalit  kerana beliau dikatakan gagal mengawal tindak tanduk isterinya yang kedua itu.

Biarpun pendedahan demi pendedahan berterusan selama beberapa telah dibuat oleh Deepak Jaikishan namun tiada sepatah perkataan pun keluar dan terpacul dari mulut Najib bagi membela isterinya itu maupun dirinya sendiri.

Kecuali beberapa gurkha siber upahan UMNO yang sanggup untuk memperbodohkan mereka sendiri bagi mempertahankan Najib Razak dan  Rosmah Mansor namun tiada sepatah perkataan juga didengar dari pemimpin UMNO yang lain.

Ahmad Zahid Hamidi Naib Presiden UMNO merangkap Menteri Pertahanan, semasa Perhimpunan Agung UMNO , baru-baru  telah berjanji untuk menjawab dakwaan Deepak,  juga kelihatan  sanggup menjadikan dirinya munafik bin hipokrit  dengan tidak menjawab dakwaan Deepak sebagaimana yang telah dijanjikannya.

Isu menjadi lebih membara apabila Tabung Pencen Angkatan Tentera dikatakan terlibat dalam cuba menutup mulut Deepak dengan pengambil alihan syarikat hartanya dan lantas isu saman di Mahkamah Tinggi, Kuala Lumpur, ditarik balik.

Adakah benar dakwaan kebanyakkan pencacai UMNO bahawa Deepak telah dibayar oleh Anwar Ibrahim untuk menyerang dan memburuk-burukkan imej Najib?

Jika benar,  kenapa pemimpin UMNO yang lain tidak menafikan dakwaan Deepak sebagaimana mereka menafikan tuduhan-tuduhan yang dilemparkan kepada Rosmah dan Najib oleh berbagai pihak sebelum ini?

Jika benar juga dakwaan pencacai-pencacai UMNO itu, mengapa Deepak masih bebas dari ditahan oleh Polis, sedangkan sebelum ini kita telah menyaksikan ramai aktivis dan pemimpin Pakatan Rakyat ditahan atas berbagai alasan hanya kerana mereka menentang pentadbiran Najib..

Pasti ada individu yang amat berpengaruh dan lebih berpengaruh dari Najib sendiri dalam hal ini hinggakan pemimpin UMNO bagai dikunci mulutnya dan pihak berkuasa bagai digari tangannya..

Mungkinkah gambar-gambar yang dimuat naikkan ini,  membuktikan serta menyerlahkan siapa sebenarnya kuasa mega kuat di belakang Deepak.


Omak Kau

Photobucket

Followers

pop up text

Blog Archive

Top Ranking Pro PR

My Blog List