Deepak Bom Lagi..... Flora Ong nyaris alami ‘nasib sama’ dengan Altantuya

on Feb 23, 2013





Flora Ong, wanita yang didedah Deepak Jaikishan kerana didakwa memiliki hubungan rapat dengan Datuk Seri Najib Razak, dipercayai hampir mengalami nasib sama dengan warga Monggolia, Altantuya Shaariibu.
Bercakap kepada Keadilan Daily, Deepak mengaku menerima arahan daripada Datin Seri Rosmah Mansor untuk mencari Flora di rumahnya di Ampang bersama beberapa orang lain untuk dibawa menemui isteri Perdana Menteri itu.
“Rosmah marah apabila dapat tahu Flora dianugerah projek dari suaminya. Bagaimanapun, Flora enggan mengikut Deepak untuk bertemu Rosmah kerana bimbang mengalami nasib sama seperti Altantuya,” katanya.
deepokDeepak mendakwa, Rosmah mengarahkannya untuk mencari dan  membawa Flora bertemu dengannya selepas mengetahui wanita berkenaan  dianugerah dua kontrak secara runding terus oleh Najib Razak berdasarkan hubungan ‘rapat’ mereka.
Katanya, Flora dianugerah projek bernilai RM2 bilion di Sabah dan Sarawak yang dibayar pendahuluan melalui sebuah bank utama Amerika berpangkalan di Singapura manakala satu lagi projek ialah rawatan air di Lembah Pantai.
“Bagaimanapun, hal ini ‘reda’ beberapa hari kemudian selepas Setiausaha Kanan Politik dari Kementerian Kewangan, Datuk Zakiah Ibrahim yang bertanggungjawab memperkenal Flora kepada Najib, dipecat..
“Saya juga diarah menyampaikan amaran kepada Flora supaya tidak berhubung dengan Najib,” katanya.


sumber

Photobucket

Dato' Harun Din terus bersama PAS, sahkan akan bertanding Parlimen Arau

on




http://panduanpercuma.info/wp-content/uploads/2012/02/dr-haron-din.jpg

Isnin lalu, saya sempat berkunjung ke rumah Dr Haron Din, di Bandar Baru Bangi. Saya tidaklah berhasrat menimbulkan khabar angin yang tersebar luas dalam internet mendakwa beliau keluar PAS, banyak lagi perkara lain yang lebih urgent.

"Kalau Ustaz Haron Din betul keluar PAS, pasti Utusan dan TV3 terlebih dulu menghebohkannya," saya membalas SMS seorang rakan yang bertanyakan berita palsu itu. Rupanya ramai lagi yang tertanya-tanya isu yang sama. 


Kenalan rapat dari Alor Setar, sebaik mengetahui saya di rumah Timbalan Mursyidul Am PAS itu, minta bertanyakan kerana "aku nak dengar sendiri penjelasannya".

Sambil minum petang dan menikmati karipap panas, Dr  Haron menegaskan: "Saya pertegaskan sekali lagi, bahawa saya dalam menghadapi isu kalimah Allah atau isu yang berhubung dengan apa sahaja pendirian PAS dengan DAP, saya tidak pernah terfikir untuk meninggalkan perjuangan bersama PAS.

"Tidak terlintas dalam benak saya, bahawa saya akan keluar PAS dalam menghadapi isu  ini. Melawak tidak pernah, bercakap pun tidak pernah. Selepas bersama dalam perjuangan, tidak terfikir  hendak keluar PAS.

"Malah Perhubungan PAS Perlis telah menawarkan saya bertanding dua kerusi, Dun dan Parlimen dalam PRU13 walaupun saya daripada awal minta tidak disenaraikan kerana tidak cukup sihat fizikal."


Dr Haron berkata, Pesuruhjaya PAS Perlis, Ustaz Hashim Jassin sendiri menawarkan kerusi yang disandangnya. Begitu juga dengan seorang lagi Adun PAS (Simpang Empar), Rus'sele Eizan. 

"Saya juga ditawarkan Parlimen Arau. Pada 2008 saya kalah 300 undi sahaja.  Saya tolak tawaran itu. 
Mesyuarat tidak terima pandangan saya, mereka kata akan bantu dan tampung kelemahan saya. Akhirnya saya terima satu sahaja, iaitu Parlimen Arau," ujarnya.

Ahmad Lutfi Othman




Photobucket

Tee Keat: PM putuskan calon, bukan Soi Lek

on Feb 22, 2013



NONE


Ahli Parlimen Pandan, Datuk Seri Ong Tee Keat berkata beliau tidak kisah dengan keputusan MCA tidak mencalonkannya untuk mempertahankan kerusi itu, kerana pengerusi BN, Datuk Seri Najib Tun Razak yang membuat kata putus mengenai pencalonan BN.

Bercakap dalam sidang akhbar di pusat perkhidmatannya hari ini, Ong berkata beliau tidak terkejut dengan pengumuman itu.

"Malah, saya telah menjangkakannya sejak dua atau tiga tahun lalu. Bagaimanapun, ia adalah budi bicara pengerusi BN untuk membuat keputusan mengenai senarai calon.

"Kalau Chua mahu bertanding pun, keputusan itu juga terletak di tangan pengerusi BN," katanya.

Turut hadir di sidang media itu ialah beberapa ahli MCA Pandan, ahli parti komponen BN dan NGO tempatan, bagi menunjukkan bahawa beliau mendapat sokongan di situ.

Beliau memanggil sidang akhbar hari ini untuk menjawab pengumuman Presiden MCA, Datuk Seri Dr Chua Soi Lek semalam bahawa parti itu tidak mencalonkan Ong untuk bertanding di Parlimen Pandan.

Chua juga mendakwa bahawa Ong tidak mempunyai sokongan dari MCA Bahagian Pandan, parti komponen BN dan NGO tempatan.

'Chua patut bertanding di Pandan'

Ong berkata, beliau telah bertanding di bawah tiket BN dalam setiap pilihan raya dan tidak pernah menggunakan logo MCA semasa kempennya.

Bagaimanapun, beliau enggan mengulas sama ada beliau akan bertanding sebagai calon bebas jika digugurkan oleh BN. Beliau juga mengelak soalan sama ada Najib telah membayangkan yang beliau akan dibenarkan mempertahankan kerusinya.

NONEOng juga menempelak Chua dengan mencabarnya bertanding di 
Pandan, kerana presiden MCA itu pernah berkata beliau adalah "calon yang boleh menang tidak kira di mana dia bertanding".

Katanya, beliau tidak berminat untuk perang mulut dengan Chua,"tetapi dia juga perlu tahu maklum balas akar umbi apabila beliau membuat sesuatu kenyataan".

Beliau mengingatkan Chua bahawa ahli politik, terutama ketua parti tertentu, perlu tahu hakikat bahawa maklum balas akar umbi menjadi pengukur "untuk anda tahu suhu air".

Tiada mesyuarat dipanggil


Turut hadir dalam sidang akhbar itu ialah Ketua Umno cawangan Taman Cempaka, Mat Aris Yusof; Ketua Pemuda Gerakan Selangor, Ben Liew; Ketua Pemuda  MIC bahagian Pandan, TM Padmanathan dan wakil pelbagai NGO tempatan.

azlanLima ahli jawatan MCA Pandan turut hadir, iaitu Timbalan Ketuanya, Tan Chuan Yong; Ketua Wanita, Leong Siew Kam; Setiausaha Organisasi, Chung Mun Hing; Timbalannya, Lee Fook Seng dan ahli jawatankuasa, Lee Cheing Fong.

Tan dan Leong menyatakan rasa terkejut dengan perkembangan terbaru itu kerana bahagian berkenaan tidak pernah mengadakan mesyuarat untuk memilih calon di Pandan.

Tan berkata beliau telah cuba tetapi tidak berhasul untuk menghubungi Ketua Bahagian Ong Chen Huing bagi mendapatkan penjelasan mengenai perkara itu dan sehubungan itu beliau memanggil mesyuarat tergempar jawatankuasa bahagian esok untuk membincangkan perkembangan terbaru itu.

Katanya, lapan daripada 15 ahli jawatankuasa bahagian telah bersetuju untuk menghadiri mesyuarat tersebut.


TeeKeat Tiada Dalam Senarai Calon MCA

malaysiakini



Photobucket

Haron Din Kadok Naik Junjong!

on






Akhir-akhir ini ahli-ahli Majlis Syura Ulama PAS bermula dari Timbalan Mursyidul Am dan Setiausahanya dan berberapa orang lagi kelihatan bercakap dan bertindak mengikut kata hati mereka sendiri dan bukan mengikut kehendak majoriti ahli dan keputusan Muktamar PAS terdahulu iaitu PAS bersama PKR dan DAP dalam Pakatan Rakyat untuk menentang dan menjatuhkan BN dan utamanya UMNO. 

Mereka ini kelihatan sepakat dan sekumpulan di mana dahulunya yang menonjol adalah Nasarudin Mat Isa. Nasarudin dijadikan 'guinea pig' kumpulan pro UMNO. Percakapan dan tindak-tanduknya diatur oleh mereka. Mereka hendak melihat tindak balas ahli dan penyokong. Apabila timbul kemarahan ahli dan penyokong PAS, maka mereka sepakat mengkambing-hitamkan Nasarudin Mat Isa. Mereka cuci tangan. 

Tidak syak lagi ketua kumpulan ini adalah Haron Din. Mulut Haron Din yang biasa terkumat-kamit jampi air sejuk jadi penawar, tidak boleh bercakap mencabangkan lidah untuk tidak bersama kehendak ahli dan penyokong PAS. Ahli-ahli PAS bukan bodoh dan bangang macam ahli UMNO yang akan mengikut saja apa yang kemahuan pemimpin mereka. 

Haron Din bukan gembala kambing dan domba di Tanah Arab yang boleh dipegang dan tarik telinga seekor dan yang lain-lain mengikut. Ahli-ahli dan penyokong-penyokong PAS adalah golongan pandai, bijak dan cerdik kerana yang bodoh dan bangong semuanya dalam UMNO.

 
Haron Din kena ingat beliau juga telah lama pencen dari menjadi professor universiti. Beliau tidak boleh menjadi pemikir dan memaksa pemikirannya ke atas parti. Beliau juga kena lupakan kebiasaan seorang professor iaitu memandang ahli-ahli PAS sebagai mahasiswa unversiti yang terikat dengan Akta Universiti dan Kolej Universiti pada masa dia menjadi pensyarah dahulu, yang dia boleh buat sesuka hati.
Lagipun Haron Din bukanlah pejuang PAS yang kerap masuk keluar penjara. Beliau hanya menyatakan beliau bersama PAS apabila tercetus penentangan terhadap Mahathir apabila Anwar Ibrahim dipecat dari UMNO. Kalau tidak beliau masih sedap-sedap bersama Hassan Ali dan lain-lain rakan Forum Perdana menjual kelentong mereka dalam tv dan dipentas-pentas ceramah.

Kepimpinan dan ahli PAS juga salah dalam hal ini, mereka terlalu obses kepada figura tententu yang ada nama dan popular. Apabila figura popular menyertai PAS, maka figura inilah yang didambakan dan diangkat ke jawatan yang setinggi-tinggi yang boleh. Itulah puncanya orang seperti Haron Din, Hassan Ali, Tuan Ibrahim Tuan Man dan lain-lain jadi besar kepala.

Apabila mereka ini dilayan dengan begitu hebat maka mereka merasa kalau tiada mereka PAS tidak akan mendapat sokongan ramai. PAS lemah tanpa mereka. Mereka rasa mereka ada idea bernas yang akan menjadikan PAS gergasi politik di Malaysia.

Haron Din jumpa Anwar Ibrahim dan meminta Anwar tarik diri dari jadi Perdana Menteri jika Pakatan Rakyat menang dan mencadangan Tengku Razaleigh Hamzah yang telah lama tarikh luput  sebagai PM adalah satu usul gila. 

Haron Din dan sekutu-sekutunya macam ayam piru yang berlagak burung merak. Atau Haron Din sudah jadi Kadok naik Junjung!



 

Photobucket

Pemimpin PR Ramai Yang Sombong...?

on





Bhai .... Anwar Ibrahim dah mula sound... yang dier kata ader ramai pemimpin dalam Pakatan Rakyat yang jenis "tinggi diri" ... berlagak bagoosh.... jenis ego tak bertempat .... dan susah nak terima pandangan orang lain... tambah lagi yang jenis konon tinggi ilmu agama...

Sifat berlagak (bukan Tok Belagak bomoh spesial tue) yang ader dalam diri ramai pemimpin dalam Pakatan Rakyat tue patut dibuang jauh-jauh kalu rasa nak memerintah Malaysia... Kena la belajar rendah diri skit... berlajar respek kat orang lain... belajar respek kat para pengundi.... jangan jadi bongkak dan sombong.... tak elok tue...

Yang ini gua stuju cakap Anwar Ibrahim nih... sebab memang dah lama dah perangai "berlagak bagoosh" dan "sombong" memang ader kat ramai pemimpin .. terutamanya kat dalam PAS dan PKR... betul.... cuba la belajar tak sombong macam Tan Seng Giaw (salah seorang pemimpin DAP) yang pada gua secara peribadi memang seorang yang humble.... gua cukup respek dier nih....

Dalam PAS.... walaupun gua dah lama dalam saf kepimpinan PAS (gua dah blah pada penghujung 90'an) .... ramai sangat yang jenis sombong tak bertempat nih... sungguh... lu orang tak payah la nak berlakon.. memang terserlah nyata... hahaha


SUBANG JAYA, 21 Feb — Sebahagian pemimpin Pakatan Rakyat (PR) mempunyai sifat "kurang rasa rendah diri" kata Datuk Seri Anwar Ibrahim, walaupun mereka kurang berpengalaman menguruskan pentadbiran di beberapa negeri yang dikuasai mereka. 

Ketua Pembangkang itu turut mengingatkan pemimpin-pemimpin PR perlunya untuk mereka bersikap rendah diri dan belajar menerima pendapat orang lain kerana ianya bakal memudahkan mereka sekiranya pakatan pembangkang itu berusaha menawan Putrajaya dalam Pilihan Raya Umum ke-13. 

"Saya perasan, malah dalam kerajaan PR di beberapa negeri ... pemimpin di beberapa peringkat kurang rasa rendah diri. 

"Pengalaman itu sangat penting, namun pengalaman kita kurang, kita harus belajar untuk merasa rendah diri," katanya ketika sesi soal jawab selepas merasmikan badan pemikir PKR, Institut Rakyat di Hotel Empire di sini. 

Kenyataan itu dikeluarkan Anwar apabila diajukan soalan oleh mereka yang hadir mengatakan selain Anwar, pemimpin PR kebanyakannya kurang berpengalaman dalam pentadbiran kerajaan. 

Soalan berkenaan diajukan seorang hadirin dan bertanya mengenai rancangan Ketua Umum PR itu untuk mentadbir negara sekiranya berjaya menawan Putrajaya dalam PRU13 sedangkan sehingga ke hari ini, pembangkang hanya mengutarakan idea baru yang mustahil untuk dilaksanakan dalam masa terdekat. 

Anwar berkata salah satu kaedah yang boleh memastikan peralihan kuasa boleh dilakukan secara aman adalah dengan mendengar nasihat dan pendapat penjawat awam di negara ini. 

Malah, beliau turut memuji sebahagian penjawat awam yang pernah ditemuinya semasa masih berada di dalam kerajaan sebelum disabitkan dengan kesalahan liwat pada hujung 90an. 

Jelasnya, pemimpin PR harus sedar mekanisme menguruskan kerajaan dan perkhidmatan kakitangan awam, yang mana tegasnya adalah tulang belakang yang mampu membantu kepada pentadbiran kerajaan Persekutuan mahupun negeri. 

"Sebahagian mereka (kakitangan awam) ada ... saya nampak, mereka secara tidak langsung terlibat dengan kegiatan rasuah dan salah guna kuasa. 

"Namun sebahagian besarnya, saya berani kata, berdasarkan pengalaman saya di enam kementerian, ada yang sangat komited, dan berdedikasi," katanya. 

"Lebih-lebih lagi ketika saya di Kementerian Kewangan." 

Pemimpin pembangkang itu berkata sekiranya pentadbiran PR mengamalkan sikap yang baik dan merendah diri, mereka perlukan masa untuk belajar dan mendengar daripada kakitangan awam. 

Beliau turut mengemukakan contoh di peringkat kerajaan Persekutuan, berkata sesetengah penjawat awam berjumpanya secara peribadi di pejabatnya untuk menyuarakan rasa tidak puas hati dengan sebahagian keputusan Kabinet. 

"Jika kamu macam (bekas Perdana Menteri Tun Dr) Mahathir (Mohamad), kamu akan dihalau keluar. 

"Tapi jika kamu bersabar dan merendah diri ... kemudian kamu kata, baiklah, saya boleh cuba, atau tidak, saya tidak bersetuju, atau saya akan bawa ke Kabinet, sekurang-kurangnya kamu bersedia mendengar luahan mereka." 

Tambah Anwar, menghubungkan antara kerajaan dan penjawat awam serta orang awam amat penting bagi memastikan pentadbiran berterusan. 

"Buat mereka yang kurang berpengalaman, jangan lupa untuk rasa rendah diri," tambahnya lagi.




Photobucket

Ramalan Dan Risikan Terkini :- Ramalan Awal Pakatan Rakyat Menguasai 2/3 Negara ......Menang Besar PRU13!

on




TERKINI: Ramalan Awal Pakatan Rakyat Menguasai 2/3 Negara ......Menang Besar PRU13!




Jom tengok nii.......berdasarkan risekan dan ramalan .....bermula dengan Kelantan, Terengganu, Kedah, Perlis, Pulau Pinang, Perak, Selangor, Negeri Sembilan termasuk Sabah dan Sarawak milik PR. Manakala Pahang, Johor dan Melaka milik BN.

UMNOBN pasti terkedu dengan masej ini.....barangkali kencing dalam seluar kot.......kalo silap hari bulan.....hehehe.

Pesan wak.......demi Putrajaya....Ayuh kita tinggalkan UMNO/BN dalam PRU13.......Ubah!

UMNO, Perkasa, TIBAI.....apa komen hangpa pulak.....ehmmm





Photobucket

Kenapa Najib Cuak Dengan Anwar...?

on Feb 18, 2013






Bukan senang untuk menjadi seorang penulis terutama yang berkaitan dengan politik high profile yang melibatkan kepimpinan negara dan ramalan terbukti menjadi kenyataan. Untuk menulis biar sebaris ayat pun bukanlah satu kerja yang mudah dan boleh tulis sesuka hati tanpa ada fakta dan bukti nyata. Tidak percaya tanya anak angkat saya Norzah Kepol, editor Bulletin Rakyat, yang juga penulis buku politik semasa. Apa lagi nak buat ramalan jika tidak menggunakan analisa selain petunjuk dan jadual Allah.

Penulis mesti berada di mana-mana, jangan berangan jika mahu jadi telinga, mata dan suara rakyat, mesti sanggup berdepan dengan apa saja situasi, sanggup mengambil risiko. Norzah Kepol, Raihan Sulaiman Palestin di Parlimen bersama Datuk Dr Hilmy.
Allah beri kita dua mata, dua telinga, satu kepala, satu hati. Pandang kanan pandang kiri, dengar sana dengar sini, jangan dengar bila ada orang rampas mikrofon dari kita, suruh kita listen, listen, listen, sampai tujuh kali, tapi dia tak mahu dengar cakap kita, kita saja mesti dengar cakap dia.

Saya banyak menerima panggilan telefon bila saya ramalkan yang Anwar akan jadi Perdana Menteri kerana ketika saya ramal yang Anwar akan menjadi Ketua Pemuda tahun 1982 orang kata ramalan saya tak masuk akal. Biarpun ramalan Musa Hitam menang lawan Kuli Tengku Razaliegh Hamzah dalam buku Siapa Selepas Musa tapi ia menjadi kenyataan. Kerana mereka tidak mahu keluar dari kepompong fikiran lama. Tak percaya bahawa Tuhan Maha Kuasa.

Peranan seorang penulis politik dan pemikir menanggung risiko yang terlalu tinggi tapi kerana ianya sudah jadi tanggungjawab. Sekali melangkah tidak akan berundur? Berkata benarlah sekalipun pahit.

Matahari adalah cahaya. Ilmu shahadat boleh dinamakan cahaya seperti ‘nur Muhammad’ yang menerangi hidup manusia yang di dalam kegelapan seperti Nabi Muhammad SAW menerangi bangsa Arab Jahiliah bila mereka terima Islam akhirnya bangsa yang hina dina jadi bangsa yang mulia. Kini ummat Islam hampir seluruh dunia sudah jadi seperti buih dipermukaan laut(Hadith); bila kehilangan shahadah La ilaha Illa Allah sebagai antibodi akibat kebodohan dan kejahilan mereka hilang segala kebesaran dan kemuliaan.

Ketika orang sibuk bercakap tentang siapa akan menang jadi Timbalan Presiden UMNO menjelang Perhimpunan Agung pada bulan Jun 1981 dulu, S.H. Alattas menerbitkan bukunya berjudul SIAPA SELEPAS MUSA? Waktu itu dia sudah pasti dengan kemenangan Musa. Walaupun 70% orang ramai percaya yang Tengku Razaleigh yang akan menang. Ternyata ramalan S.H. Alattas betul.

Sekarang orang sibuk bercakap tentang siapa akan menang jadi Ketua Pemuda UMNO menjelang Perhimpunan Pemuda pada 9 September 1982 - Suhaimi atau Anwar? Kira-kira 70% orang ramai percaya yang Suhaimi akan menang tetapi S.H Al-Attas meramalkan yang Anwar akan menang sebagai Ketua dan Najib sebagai Timbalan. Alasannya? Bacalah buku ini.

Belakang Buku
Pemuda Dizaman Mahathir

Berapa ummat Islam yang tahu kegagalan ummat Islam dimana-mana, hampir seluruh dunia sebab kaum Muslimin menjadi kaum yang terkebelakang peradabannya, terbelakang pengetahuan-teknologinya, terkebelakang ekonominya, jika dibandingkan dengan mereka yang dikategorikan sebagai kafir Islam menjadi mainan empuk musuhnya, kenapa? Apakah mereka sudah hilang akal atau hilang ilmu kerohanian dan hilang akhlak, hilang keyakinan kepada Allah SWT, kecintaan kepada Rasulullah SAW? Ramai sangat sudah menjadi Munafik tapi menuduh orang Islam yang lainnya fasik untuk menutup kekufuran mereka. Satu jari menunjuk keburukkan Anwar Ibrahim, terlupa 3 jari yang lain menunjuk kearah diri sendiri.

Kita bukan boleh menulis apa yang bermain di fikiran dengan gaya bahasa yang indah-indah dan puitis sahaja, tapi perlu menyampaikan mesej Al-Quran untuk memasukkan idea dalam pemikiran Melayu Islam supaya berani keluar dari kepompong; melihat Islam dari ‘global perspective’, bukan Islam yang ada di bawah kopiah putih atau serban masam yang mengggunung tinggi, berjubah, bermisai, berjanggut, bertasbih di tangan, tapi takut mengkritik pemimpin-pemimpin sendiri yang tidak bertanggung jawab menjalankan tanggung jawab dan telah menyalahgunakan kuasa, terutama jika orang yang melakukan maksiat itu kawan dan pemimpin parti politik dimana kita menjadi ahli.

Tanggung jawab penulis cuba menyedarkan masyarakat melalui hasil tulisan sebab musabab kenapa saya berani ramalkan Anwar Ibrahim sebagai Perdana Menteri menggantikan Najib; kena pada masanya, kena pada tempatnya, kena pada orangnya; seperti ketika Najib dipilih selaku pemimpin. Rakyat kini mempunyai pemikiran yang terbuka. Orang muda sudah menjauhi UMNO, ahli UMNO sendiri menulis buku; Shahbuddin Husin menulis Najib Perdana Menteri Terakhir. Tapi tidak ada orang UMNO berani menggantikan Tan Sri Muhiyuddin Yasin sebagai pengganti mereka kerena mereka yakin teori RAHMAN sudah berakhir. Saya nampak Anwar bakal jadi Perdana Menteri dari fakta yang saya kumpul, misalnyadia menang kes saman fitnah RM50 juta terhadap Utusan, begitu juga terhadap Nalakurapan. Itulah yang menyebabkan saya bertambah yakin.

Apa salah pemimpin UMNO kasi penulis peluang setahun sekali menjual buku di Perhimpunan Agung atau dijual di kedai-kedai buku tanpa menggunakan kekerasan dan menakutkan pekedai buku di mana di zaman Mahathir tidak pernah berlaku. Itu tanda kerajaan Najib takut dengan penulis yang tahu benda-benda yang benar. Anwar bukan musuh saya. Dia betul, saya kata dia betul. Najib bukan Tuanku saya, dia mengarut merapu saya tulis semua tu. 1Malaysia mahukan pemimpin yang ada merit, orang UMNO pun ramai yang sudah bosan anak-anak Perdana Menteri saja yang ‘layak’ duduk di kerusi Perdana Menteri. UMNO sudah menjadi parti feudal.


Dalam dunia politik senjata yang paling canggih adalah pena. Penulis itulah pena, pena itu ilmu, wahyu atau ilham yang datangnya dari Allah menerusi akal.

"Akal itu makhluk yang bila diperintah oleh Allah datang, dia datang, pergi bila disuruh pergi."
Imam Ja’afar Saddiq

Sama ada penulis menggunakan typewriter atau internet, tidak kira media yang menyampaikan: arus perdana, buku, surat khabar, blog, Facebook atau pun Twitter. Untuk melakukan perang fikiran, untuk berperang psikologi - psychological warfare. Dalam perang menang atau kalah itu saga.

Mereka yang memegang satu aliran fikiran dan tidak mahu menerima ilmu akan menutup dirinya daripada menerima aliran fikiran mereka yang dianggap lawannya. Suka hati awak lah jika tidak suka apa yang saya ramal, saya penulis bebas mengeluarkan pendapat. Mereka terlupa “jangan bertanya siapa yang berkata yang penting apa yang di kata” (Imam Ali). Kenapa takut sangat Anwar ganti Najib? Lupakah lagu injit-injit semut siapa sakit naik atas. Bila lagi Anwar yang dah lama sakit hendak naik atas? Do’a orang yang dizalimi mudah dimakbulkan Allah. Allah Maha Pengampun, sifat illa rahmatan Nabi Muhammad SAW adalah untuk semua makhluk, sama ada Islam atau pun kafir. Allah boleh memaafkan dosa sesiapa saja yang Allah suka. Allah SWT mampu berikan kerusi Perdana Menteri kepada Anwar Ibrahim dengan hanya menyebut kun fayakun.

Pelik tapi benar, sudah jelas depan mata Utusan Malaysia, media arus perdana menfitnah Anwar Ibrahim dan mahkamah sudah pun jatuhkan hukuman. Rakyat tahu itu cara supaya rakyat membenci Anwar Ibrahim tapi bertukar kepada kasih sayang tapi membenci dan hilang kepercayaan kepada Najib, biarpun beri macam-macam. Perang menggunakan Nalakurapan sebagai  senjata  menjadi senjata makan Tuan. Benarkan yang cuak dan takut dengan Anwar Ibrahim adalah Najib dan kuncu-kuncunya. Mereka yang telah menganyiaya dan menjadikan dia sebagai punching bag.

Walaupun Anwar selaku lawannya itu ada melakukan dosa dan namun kerana belum mendapat hidayah. Bagaimana pula dengan hati musuhnya yang sudah sekeras batu, mindanya beku? Keadaan menjadi bertambah buruk apabila mereka dengan keangkuhan  akibat tidak mahu sama sekali menghormati buah fikiran lawannya. Tidak ada manusia yang sempurna melainkan Nabi Muhammad SAW yang telah disempurnakan oleh Allah SWT.

Bukti Anwar akan menang Pilihan Raya sudah terang lagi bersuluh. Bukti sangat nyata yang mereka (UMNO) buat macam-macam untuk menggagalkan, memburuk-burukkan mereka yang terlibat dengan Bersih 1, 2 dan 3 dan akhirnya Kebangkitan Rakyat menang. Rakyat percaya Anwar teranyiaya dan dizalimi media arus perdana yang dikuasai oleh BN, telah melakukan apa saja fitnah untuk menyelamatkan Najib terbukti gagal.


Sedangkan apa salahnya kita duduk semeja adakan musyawwarah; sebagai permulaan ‘agree to disagree’. Baca apa isi kandungan buku ini dulu. Apakah tulisan saya mengampu Anwar atau menfitnah Najib? Saya cuba cari yang terbaik yang ada pada musuh. Kebanyakkan buku saya sebelum ini melihat Anwar sebagai musuh ummat Islam dari cerita yang saya dapat dari orang yang kononnya dianyaiyai dan dizalimi saudara Anwar, saya terlupa bahawa di sebabkan ego yang lebih besar dari diri selaku penulis telah merosakkan hubungan silatur rahim sesama manusia. Saya pernah menulis tentang Anwar dengan brutal, keras, kasar dan kejam tanpa belas kasihan. Namun dia tidak mengheret saya ke mahkamah walaupun sekali. Saya begitu berpegang pada konsep all is fair in love and war tetapi terlupa bahawa keangkuhan mereka yang berfikiran jumud kerana sikap poyo dan sengal membawa kepada suasana yang lebih runcing; kita fikir bila berlawan harus menang. Akhirnya sikap ini terbawa-bawa kepada mencari kelemahan peribadi pihak lawan dan memaparkan kepada masyarakat umum keburukan musuh untuk menyembunyi busuknya diri sendiri.


Melayu berpecah-belah akibat ramai pemimpin Melayu yang sudah hilang akal akibat dalam diri tidak ada la illaha illAllah sebagai antibodi. Akhirnya merugikan orang kita sendiri yang Islam tanpa paradigma holistik menjadi orang mukmin, itulah yang patut difikirkan. Jangan takut, jika ditakdirkan insya-Allah Anwar Ibrahim menjadi Perdana Menteri Malaysia. Allah adalah Raja sekian alam. Allah yang kita sembah, kepada Allah kita meminta. Jika rakyat dan pemimpin-pemimpin mahu menyatukan semula Melayu yang bersengketa, jawapannya sangat ketara. Percaya pada ‘karma’ kerana Allah SWT tidak pernah zalim, manusialah yang menzalimi dirinya sendiri.



Artikel Asal

Photobucket

SATU LAGI PROJEK BANGANG BARISAN NASIONAL

on






akhir nya apa jadi dengan yee sang terpanjang ini.... "di tong sampahkan..."






Photobucket

Kalau tak menipu, maka bukan UMNO namanya.

on









Pembohongan terbaru datangnya dari Menteri Dalam Negeri Datuk Seri Hishammuddin Hussein, merangkap Naib Presiden UMNO, yang menuduh DAP tidak menghantar laporan kepada Pendaftar Pertubuhan (ROS) seperti yang diarahkan sebelum ini.

Sedangkan laporan yang diperlukan itu sudah pun dihantar oleh DAP kepada ROS pada 8 Februari lalu, sekali gus membuktikan Hishammuddin telah tidak bersikap profesional dan menipu.

Menyifatkan kenyataan Hishammuddin itu sebagai satu pembohongan, Setiausaha Organisasi DAP, Anthony Loke berkata, bahawa DAP telah menghantar semua dokumen yang diperlukan kepada ROS.

“Saya sendiri pergi bersama pegawai saya dan serahkan borang dan dokumen yang diperlukan itu melalui kaunter dan ia telahpun dicop terima. Kita telah hantar seminggu lebih awal sebelum cuti tahun baru Cina.

“Pihak DAP amat berdukacita dengan kenyataan Hishammuddin ini telah merosakkan imej dan kredibiliti parti di mata umum. Dia adalah menteri yang tidak profesional,” katanya.

Justeru, Loke mempersoalkan sama ada kesungguhan Hishammuddin serta para pecacai UMNO-BN yang sanggup berbohong itu merupakan satu konspirasi untuk membatalkan pendaftaran DAP.

“Kita ada bukti kita dah hantar. Adakah ini satu konspirasi oleh Barisan Nasional untuk pastikan DAP dibatalkan pendaftarannya?

“Kita tak ada masalah untuk ROS siasat. Tapi bagaimana kita boleh bergantung kepada ROS jika mereka pun tidak profesional? Inimembimbangkan kita sama ada kita akan dilayan dengan adil,”ujar beliau yang juga Ahli Parlimen Rasah.

Tambah beliau, sekiranya isu ini timbul akibat kesilapan pegawai ROS, ia adalah urusan dalaman mereka dan menteri perlu bertindak jika pegawai itu bersalah.

Menurut Loke, antara dokumen yang telah diserahkan kepada ROS ialah dua salinan minit mesyuarat agung, dua salinan Borang 9, dua salinan penyata kira-kira parti bagi tahun berakhir 31 Disember 2011 dan tiga salinan senarai nama-nama Ahli Jawatan Kuasa Tertinggi Pusat (CEC) bagi tahun 2012 dan 2015.

Loke juga hairan mengapa Hishammuddin serta UMNO-BN rakus dalam soal teknikal DAP sedangkan bersikap takut-takut apabila Malaysia berada dalam keadaan bahaya di mana segerombolan pendatang asing bersenjata telah menceroboh masuk ke Sabah.

“Beliau (Hishammuddin) patut bagi perhatian kepada isu yang berlaku di Lahad Datu di mana 100 orang pendatang asing menceroboh kedaulatan negara kita. Tapi nampaknya beliau lebih bagi perhatian terhadap pemilihan DAP,” katanya.

Turut bersama beliau dalam sidang media hari ini ialah Penolong Setiausaha Organisasi Kebangsaan DAP, Vincent Wu Him Ven. – Roketkini.com



Photobucket

Followers

pop up text

Blog Archive

Top Ranking Pro PR

My Blog List