Bhai .... Anwar Ibrahim dah mula sound... yang dier kata ader ramai pemimpin dalam Pakatan Rakyat yang jenis "tinggi diri" ... berlagak bagoosh.... jenis ego tak bertempat .... dan susah nak terima pandangan orang lain... tambah lagi yang jenis konon tinggi ilmu agama...
Sifat berlagak (bukan Tok Belagak bomoh spesial tue) yang ader dalam diri ramai pemimpin dalam Pakatan Rakyat tue patut dibuang jauh-jauh kalu rasa nak memerintah Malaysia... Kena la belajar rendah diri skit... berlajar respek kat orang lain... belajar respek kat para pengundi.... jangan jadi bongkak dan sombong.... tak elok tue...
Yang ini gua stuju cakap Anwar Ibrahim nih... sebab memang dah lama dah perangai "berlagak bagoosh" dan "sombong" memang ader kat ramai pemimpin .. terutamanya kat dalam PAS dan PKR... betul.... cuba la belajar tak sombong macam Tan Seng Giaw (salah seorang pemimpin DAP) yang pada gua secara peribadi memang seorang yang humble.... gua cukup respek dier nih....
Dalam PAS.... walaupun gua dah lama dalam saf kepimpinan PAS (gua dah blah pada penghujung 90'an) .... ramai sangat yang jenis sombong tak bertempat nih... sungguh... lu orang tak payah la nak berlakon.. memang terserlah nyata... hahaha
SUBANG JAYA, 21 Feb — Sebahagian pemimpin Pakatan Rakyat (PR) mempunyai sifat "kurang rasa rendah diri" kata Datuk Seri Anwar Ibrahim, walaupun mereka kurang berpengalaman menguruskan pentadbiran di beberapa negeri yang dikuasai mereka.
Ketua Pembangkang itu turut mengingatkan pemimpin-pemimpin PR perlunya untuk mereka bersikap rendah diri dan belajar menerima pendapat orang lain kerana ianya bakal memudahkan mereka sekiranya pakatan pembangkang itu berusaha menawan Putrajaya dalam Pilihan Raya Umum ke-13.
"Saya perasan, malah dalam kerajaan PR di beberapa negeri ... pemimpin di beberapa peringkat kurang rasa rendah diri.
"Pengalaman itu sangat penting, namun pengalaman kita kurang, kita harus belajar untuk merasa rendah diri," katanya ketika sesi soal jawab selepas merasmikan badan pemikir PKR, Institut Rakyat di Hotel Empire di sini.
Kenyataan itu dikeluarkan Anwar apabila diajukan soalan oleh mereka yang hadir mengatakan selain Anwar, pemimpin PR kebanyakannya kurang berpengalaman dalam pentadbiran kerajaan.
Soalan berkenaan diajukan seorang hadirin dan bertanya mengenai rancangan Ketua Umum PR itu untuk mentadbir negara sekiranya berjaya menawan Putrajaya dalam PRU13 sedangkan sehingga ke hari ini, pembangkang hanya mengutarakan idea baru yang mustahil untuk dilaksanakan dalam masa terdekat.
Anwar berkata salah satu kaedah yang boleh memastikan peralihan kuasa boleh dilakukan secara aman adalah dengan mendengar nasihat dan pendapat penjawat awam di negara ini.
Malah, beliau turut memuji sebahagian penjawat awam yang pernah ditemuinya semasa masih berada di dalam kerajaan sebelum disabitkan dengan kesalahan liwat pada hujung 90an.
Jelasnya, pemimpin PR harus sedar mekanisme menguruskan kerajaan dan perkhidmatan kakitangan awam, yang mana tegasnya adalah tulang belakang yang mampu membantu kepada pentadbiran kerajaan Persekutuan mahupun negeri.
"Sebahagian mereka (kakitangan awam) ada ... saya nampak, mereka secara tidak langsung terlibat dengan kegiatan rasuah dan salah guna kuasa.
"Namun sebahagian besarnya, saya berani kata, berdasarkan pengalaman saya di enam kementerian, ada yang sangat komited, dan berdedikasi," katanya.
"Lebih-lebih lagi ketika saya di Kementerian Kewangan."
Pemimpin pembangkang itu berkata sekiranya pentadbiran PR mengamalkan sikap yang baik dan merendah diri, mereka perlukan masa untuk belajar dan mendengar daripada kakitangan awam.
Beliau turut mengemukakan contoh di peringkat kerajaan Persekutuan, berkata sesetengah penjawat awam berjumpanya secara peribadi di pejabatnya untuk menyuarakan rasa tidak puas hati dengan sebahagian keputusan Kabinet.
"Jika kamu macam (bekas Perdana Menteri Tun Dr) Mahathir (Mohamad), kamu akan dihalau keluar.
"Tapi jika kamu bersabar dan merendah diri ... kemudian kamu kata, baiklah, saya boleh cuba, atau tidak, saya tidak bersetuju, atau saya akan bawa ke Kabinet, sekurang-kurangnya kamu bersedia mendengar luahan mereka."
Tambah Anwar, menghubungkan antara kerajaan dan penjawat awam serta orang awam amat penting bagi memastikan pentadbiran berterusan.
"Buat mereka yang kurang berpengalaman, jangan lupa untuk rasa rendah diri," tambahnya lagi.
0 comments:
Post a Comment