Anwar Dalang Pencerobohan...Anwar Itu......Anwar Ini... Tapi Nur Misuari Dakwa Najib Janji Sebuah Penempatan Di Sabah...!

on Mar 4, 2013







Media UMNO mendakwa Anwar dalang pencerobohan di Lahad Datu? Anwar mempelawa penceroboh Sulu? Anwar itu, Anwar ini. Menurut Presiden KeAdilan, Datuk Seri Wan Azizah, laporan media asing itu hanya menyebut pembangkang dari Sabah, tanpa menyebut nama. Baca di sini.

Anwar sudah menafikan dakwaan itu, malah akan mengambil tindakan undang-undang terhadap pihak yang memfitnahnya. Bacadi sini.

Walau bagaimanapun laporan Manila Bulletin yang mula tersebar di laman sosial sejak malam tadi amat menggemparkan. Portal itu melaporkan pengasas Moro National Liberation Front, Nur Misuari mendakwa Najib berjanji kepada Raja Muda Agbimuddin Kiram, adik kepada Sultan Sulu yang menceroboh Lahad Datu, sebuah penempatan di Sabah. 

Benarkah dakwaan Misuari? Adakah hanya penempatan, sudah tentu mereka juga diberi kerakyatan/IC?

Oleh itu, pihak berkuasa perlu menyiasat dakwaan tersebut kerana sehingga kini 8 orang anggota polis sudah terbunuh, manakala imej negara tercalar teruk pada peringkat antarabangsa ekoran pencerobohan yang berlaku di Sabah. Perkara ini mungkin tidak berlaku jika pihak penceroboh tidak dijanjikan sesuatu atau dipelawa datang ke Sabah.

Jika benar, maka terjawablah sebab kerajaan Malaysia mengambil masa hampir sebulan untuk berunding dengan penceroboh Sulu yang mendarat di Sabah sejak 9 Februari. Mungkin...terjawablah juga sebab polis yang mengawal situasi, bukannya anggota tentera yang sepatutnya menjaga keselamatan di sempadan. Mungkin..terjawablah juga persoalan Presiden Filipina tentang kemampuan penceroboh datang ke Malaysia walaupun kos untuk berbuat demikian tinggi. Mungkin..terjawablah juga persoalan penceroboh ini datang dalam jumlah yang besar, iaitu lebih kurang 400 orang. Mungkin ...terjawablah juga ...macam-macam lagi persoalan.

SIASAT!!!-DCM


http://duniacacamarba.blogspot.com

Photobucket

SULTAN SULU ADALAH AHLI UMNO

on





Datu Mohd Akjan Bin Datu Ali Muhammad, yang diselubungi kontroversi selepas diisytiharkan sebagai Sultan Sulu di sini baru-baru ini, hari ini mengumumkan peletakan jawatannya daripada UMNO berkuat kuasa serta merta.

Beliau berkata, peletakan jawatan itu yang dinyatakan dalam sepucuk surat yang dihantar ke ibu pejabat UMNO dengan salinannya dikirim ke pejabat di Sabah, akan menyelamatkan parti itu daripada bersusah payah membincangkan tentang keahliannya dalam UMNO sejak lebih dua dekad lepas.

Dalam satu kenyataan, Mohd Akjan berkata laporan polis dan serangan dalam media susulan berita beliau dilantik menjadi Sultan Sulu ke-33 bermotifkan politik dan bertujuan memusnahkan nama baik beliau.

"Saya mempunyai hak untuk mengambil tindakan undang-undang terhadap kumpulan individu dan organisasi ini,” katanya.

Mohd Akjan berkata apa yang telah dirujuk sebagai pertabalan sebenarnya merupakan majlis kesyukuran yang diadakan selepas beliau menerima jawatan itu yang ditawarkan kepadanya oleh kerajaan sementara Sulu yang mendapati beliau adalah keturunan langsung Sultan Sulu yang terakhir, Paduka Mahasari Maulana Al-Marhum Shariful Hashim 1.

Beliau berkata setelah tiga kali menolak untuk menjadi Sultan Sulu, beliau akhirnya bersetuju selepas mereka menerima beberapa syarat — satu daripadanya ialah mereka menggugurkan tuntutan terhadap Sabah.

Mohd Akjan berkata penerimaan itu dibuat secara bertulis dan ditandatangani pada majlis kesyukuran itu.

Katanya, beliau seorang warga Malaysia yang dilahirkan di Kudat dan sangat sayangkan negaranya.

Beliau, bagaimanapun, menegaskan bahawa beliau terpaksa melepaskan taraf sebagai warganegara Malaysia sebelum majlis ”pertabalan sebenar” diadakan. - Bernama




Photobucket

Media Filipina dedahkan Najib telah janjikan penempatan untuk Tentera Sulu di Sabah..

on




Laporan dari portal berita Filipina, Inquirer News yang melaporkan seperti perkara di atas digunakan oleh Blogger Pro UMNO untuk mengaitkan pertumpahan darah di Sabah dengan Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Dan laporan dari Blogger Pro UMNO itu telah dipetik pula oleh Utusan Malaysia untuk menimbulkan persepsi buruk masyarakat Melayu yang membaca Utusan terhadap Anwar..

Seterusnya pula TV3 memetik pula apa yang disiarkan oleh Utusan yang menyebut laporan media Filipina kononnya memetik sumber risikan mendapati ada pihak tertentu yang dikatakan rapat dengan Anwar Ibrahim telah berjumpa dengan Nur Misuari.

Fitnah ini menyebabkan Anwar benar-benar kecewa dan beliau bercadang untuk memfailkan saman sekali lagi terhadap Utusan ~ sila baca di ( SINI )

Ini pula adalah satu lagi laporan dari portal berita Filipina yang disiarkan pada 21 Februari 2013 yang mendedahkan antara sebab mengapa Tentera Sultan Sulu menceroboh Sabah..

Manila Bulletin memetik kenyataan oleh Nur Misuari , pengerusi Moro National Liberation Front (MNLF) yang mendakwa Najib Tun Razak, Perdana Menteri Malaysia ada menjanjikan tanah atau penempatan di Sabah kepada tentera Sultan Sulu..
Manila Bulletin

Jadi.. bukanlah satu perkara yang menghairankan lagi kini mengapa Tentera Sultan Sulu yang lengkap bersenjata itu boleh melepasi kawalan di perairan negara oleh TLDM, APMM dan Polis Marin..

Mereka datang untuk menuntut perkara yang dijanjikan terhadap mereka oleh Presiden UMNO rupanya..

Patutlah sepupu Najib yang jadi Menteri Dalam Negeri, Hishamuddin Tun Hussien sendiri mengistiharkan mereka bukan pengganas..

Selain itu perlu juga kita tahu bahawa pemimpin-pemimpin Sulu adalah jemputan Khas ke Persidangan Agung UMNO pada tahun 2012 yang lalu.. ini gambarnya..

Mungkin Anwar yang arahkan Najib supaya menjanjikan penempatan untuk Tentera Sulu tu kot???

Punca Perairan Sabah Mudah Di Bolos Penceroboh ...?

on




Mengapa perairan negara kita mudah di ceroboh terjawab apabila kerajaan Malaysia bawak umno BN menamatkan operasi Polis Marin dan setelah terlupusnya operasi Marin di Sabah.. berlakulah pencerobohan besar besaran pendatang asing masuk ke Sabah. Apakah penutupan operasi Polis Marin berkaitan dengan projek ic? Boleh jadi kelongaran perairan Sabah untuk memudahkan kemasukan Filipin bolos... maka SAH lah .. inilah antara puncanya mengapa dan bagaimana dengan mudahnya penceroboh memasuli negara kita dan menyebabkan berlakunya krisi Sulu dan akhirnya meragut nyawa polis dan orang awam.... 

Berikut perdebatan dalam parlimen berkaitan dengan pembatalan operasi marin Sabah.

 
Petikan DR 17/11/2009 (Muka Surat 41)

 
Tuan Pengerusi [Datuk Dr. Haji Wan Junaidi Tuanku Jaafar]: Ya, Yang Berhormat Kinabatangan.


12.40 tgh. 


Datuk Bung Moktar bin Radin [Kinabatangan]: Terima kasih Tuan Pengerusi. Ada tiga perkara iaitu P.6, Butiran 18000 - Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia. B.6, Butiran 020200 - Unit Perancang Ekonomi dan juga P.6, Butiran 71000 – Penyelarasan Program Pembasmian Kemiskinan. 

Tuan Pengerusi, saya mendapat maklumat bahawa kerajaan berhasrat untuk melupuskan Pasukan Polis Marin itu dan diganti dengan pasukan maritim yang sedia ada.

 
Sekiranya ini benar-benar berlaku, maka kebimbangan saya dan ramai lagi rakyat Malaysia terhadap keputusan ini amat melebar, iaitu kita maklum bahawa pasukan maritim ini baru sahaja diwujudkan di negara kita lebih kurang dua tahun atau tiga tahun. 


Bayangkan bagaimana anggota Polis Marin itu sendiri telah berkhidmat dengan Polis Marin, tetapi tiba-tiba kerajaan membuat perakuan untuk membubarkan pasukan ini dan diambil alih oleh maritim.

 
Ini pada saya, dalam keadaan negara kita pada hari ini Tuan Pengerusi pun maklum, bahawa sempadan kita terlalu luas terutama sekali di Sabah, di kawasan Kelantan, Terengganu, Sarawak dan sebagainya. Apabila sempadan ini luas, maka unsur-unsur negatif jenayah penyeludupan, perdagangan manusia berleluasa.

 
Hari ini kita ada empat, lima pasukan pengawasan. Kita ada Polis Marin, kita ada maritim, kita ada kastam, kita ada imigresen, kita ada tentera, kita ada Polis Hutan, macam-macam ada, tetapi masih banyak juga unsur-unsur jenayah yang melanda di dalam negara kita.

 
Yang sedihnya, yang anehnya, lapangan terbang kita juga dibolosi oleh penyeludup. Iaitu baru-baru ini saya terbaca pagi tadi, dadah jenis Syabu dianggarkan berjuta-juta ringgit boleh lolos dari lapangan terbang dan di hotel pula baru ditemui.

 
Malu kita dengan negara-negara lain. Seharusnya lapangan terbang yang sebegini canggih dilengkapi dengan alat-alat pengesan yang cukup canggih sehingga apa sahaja benda dia bawa, maka boleh didapati dengan begitu mudah, tetapi tidak tahulah bagaimana pentadbiran di lapangan terbang ini boleh berlaku. 


Jadi bayangkanlah bagaimana maritim itu sendiri boleh menguatkuasakan undang-undang atau boleh melaksanakan tanggungjawabnya di sempadan dengan berseorangan. Apa akan berlaku dengan negara kita? Kebimbangan saya bahawa kita akan berhadapan dengan satu mala petaka yang mungkin tidak boleh kita duga pada masa akan datang.

 
Jadi saya mencadangkan hari ini kepada kerajaan supaya hasrat untuk membubarkan Pasukan Polis Marin itu sendiri supaya ditangguhkan dan jangan sekali-kali mengizinkan satu badan seperti Maritim Malaysia untuk mengambil alih tugas-tugas Pasukan Polis Marin ini sebab ia akan mendatangkan kemungkinan-kemungkinan yang tidak boleh kita duga. 


Rujukan : Hansard parlimen 17/11/2009 [sini]
 
http://www.parlimen.gov.my/hindex/pdf/DR-17112009a.pdf untuk pengesahan Parlimen 17/11/2009.
 





Photobucket

Bekas Pegawai Penerangan UMNO mengaku bantu warga asing dapatkan IC

on Mar 1, 2013




Wanita 2

PETALING JAYA 28 FEB: Bekas ahli Umno, Siti Aminah Mahmud, 63, berkata, beliau bersama kumpulannya pernah membantu pendaftaran setengah juta kad pengenalan (IC) kepada pendatang tanpa izin di Sabah untuk dijadikan pengundi BN.

Menurutnya, pendaftaran segera itu dibuat di bawah ‘projek IC Mahathir’ dari 1990 hingga 1994.

“Setiap kali dihantar berguni-guni (IC). Ia diproses dalam jangka masa sebulan. Katakan (pendaftaran) dibuat pada satu hari bulan, maka ia (IC) akan diserahkan pada tarikh yang sama pada bulan yang akan datang,” kata bekas ahli Umno Cawangan Skudai Kanan, Johor Bahru itu pada sidang media di ibu pejabat KEADILAN hari ini.


Bekas tahanan Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA) itu ditemani Ketua Wanita KEADILAN, Zuraida Kamaruddin; Pengarah Guaman, Latheefa Koya dan Ketua Biro Kebudayaan dan Kesenian Majlis Pimpinan Wanita KEADILAN, Dayangku Intan.
Siti Aminah berkata, pendaftaran projek IC itu bermula di pejabat Umno Sabah di Simbulan, dalam bangunan dimiliki Datu Mustafa Harun, pemimpin Usno Sabah.

Dedahnya, projek itu dibuat ‘dengan kerjasama’ Jabatan Pendaftaran Negara (JPN) Sabah yang turut mengarahkan penerima IC terbabit mengundi BN dalam pilihan raya umum.

Siti Aminah berkata, semasa bertugas sebagai Pegawai Penerangan Umno, lima peranan beliau dalam ‘projek IC Mahathir’ adalah untuk membantu kempen Umno di Sabah, menambahkan undi Melayu, mencari pemastautin Sabah yang tidak memiliki IC dan memastikan Parti Bersatu Sabah (PBS) tumbang.

Wanita 1“Masa mengurus untuk orang ambil IC, kita pergi ke tempat yang sudah sedia dengan satu ‘ketua’. Bila kita sampai di satu-satu kawasan, senarai nama telah siap, meliputi nama asal atau bukan asal,” katanya.

“Bila kita tengok ada nama bertentangan dengan nama orang Islam, kita ubah jadi nama Islam. Lepas itu kita ambil gambar dan cap jari dan hantar ke pejabat Umno,” jelas Siti Aminah lagi.

Short URL: http://www.keadilandaily.com/?p=46160




Photobucket

Najib semakin tidak popular

on Feb 28, 2013





KUALA LUMPUR: Nampaknya semakin lama Datuk Seri Najib Tun Razak menganjakkan tarikh pilihanraya, beliau semakin tidak popular di kalangan rakyat.

Menurut Ketua Penerangan Dewan Pemuda PAS Malaysia, Riduan Mohd Nor (gambar), belum pernah terjadi seorang Perdana Menteri Malaysia yang memiliki media untuk melonjakkan popularitinya tiba-tiba menjadi tidak popular malah ditolak pula oleh rakyat.

“Dalam hal ini PM sebenarnya perlu belajar dari isyarat rakyat dan pengajaran berharga hasil kajian penting Merdeka Center ini,” ujarnya dalam satu kenyataan, sebagaimana di bawah.

Merdeka Center, sebuah badan penyelidik bebas telah mengeluarkan satu lagi kajian mengenai sokongan pengundi terhadap Perdana Menteri, kerajaan Malaysia dan parti pemerintah, Barisan Nasional.

Keputusannya agak selari dengan badan penyelidik bebas yang lain dengan hasil kajian yang dijalankan pada bulan Januari 2013 menunjukkan graf sokongan rakyat terhadap kepemimpinan Datuk Seri Najib Tun Razak selaku Perdana Menteri terus merudum dan kali ini jatuh dua peratus kepada 61% daripada 63% pada Disember 2012.

Namun ianya agak menghairankan juga kerana dalam keadaan hampir semua hadiah diberi kepada rakyat melalui BR1M, bantuan persekolahan kepada pelajar-pelajar, diskaun telefon bimbit dan lain-lain lagi, rakyat masih juga gagal menunjukkan sokongan kepada PM. Malah graf beliau terus merudum bulan demi bulan.

Nampaknya semakin lama beliau anjakkan tarikh pilihanraya beliau semakin tidak popular di kalangan rakyat. Belum pernah terjadi seorang Perdana Menteri Malaysia yang memiliki media untuk melonjakkan popularitinya tiba-tiba menjadi tidak popular malah ditolak pula oleh rakyat.

Dalam hal ini PM sebenarnya perlu belajar dari isyarat rakyat dan pengajaran berharga hasil kajian penting Merdeka Center ini.

Pertama, PM perlu akui bahawa rakyat Malaysia semakin cerdik dan tahu membaca politik negara. Mereka menerima segala habuan yang diberikan kerajaan tetapi tidak semestinya semua yang dikunyah itu ditelan bulat-bulat.

Rakyat Malaysia kini bukan lagi rakyat ketika 20 tahun lampau. Dengan kepesatan teknologi, segala maklumat akan cepat sampai ke telinga dan mata mereka sekelip mata.

Justeru, beliau tidak boleh terus membohongi kenyataan dan fakta yang diselewengkan melalui media yang dikawal oleh kerajaan.

Kedua, beliau perlu menerima hakikat bahawa wang ringgit bukan segala-galanya walaupun segala-galanya perlukan wang ringgit. Perhatian rakyat yang paling utama adalah ketelusan kerajaan berbanding nilai ringgit yang mereka dapat.

Rakyat gembira menerima habuan RM500, tetapi sedih melihat berjuta-juta ringgit pula masuk ke poket pemimpin negara.

Ketiga, rakyat tahu menilai pemimpin mana yang layak menjadi contoh dan pemimpin mana yang bersikap retorik. Sikap berboros dan bermewah dengan pelbagai koleksi peribadi  disamping pelbagai skandal yang memalukan adalah pemimpin ditolak rakyat.

Rakyat juga muak dengan amalan rasuah yang semakin membarah terhadap pemimpin negara. Sebaliknya, rakyat mengangkat pemimpin yang amanah, berintegriti, bersih, telus dan hidup bersama rakyat.

Keempat, rakyat bangkit marah apabila beliau masih enggan membuka ruang demokrasi yang sebenar kepada semua pihak. Sukar untuk rakyat menerima apabila agensi kerajaan digunakan sepenuhnya untuk kepentingan politik, kawalan terhadap media yang keterlaluan dibantu dengan pasukan keselamatan atau penguatkuasa yang hanya bertindak dengan berat sebelah.

Akhirnya, Datuk Seri Najib perlu akui bahawa beliau dan Umno bukan berada di zaman kegemilangannya lagi. Mandat perlu diserahkan kepada rakyat dan hormati hak rakyat untuk menentukan siapa yang akan mereka angkat sebagai pemimpin.

Beliau bebas menentukan tarikh pilihanraya, tetapi rakyat sudah membuat keputusan yang semua telah mengetahuinya.


Photobucket

Rosmah Kena Serang...?

on






BANGI: Sekumpulan mahasiswi daripada Ikatan Studi Islam Universiti Kebangsaan Malaysia (ISIUKM) hari ini telah melakukan protes aman di hadapan Dewan Canselor Tun Abdul Razak (Dectar) terhadap isteri Perdana Menteri, Datin Seri Rosmah Mansor.

Lebih kurang 50 orang mahasiswi telah berkumpul di hadapan dewan tersebut bagi menyatakan protes terhadap penyelewengan yang telah dilakukan oleh isteri pemimpin nombor satu negara itu.

Rosmah yang dikatakan hadir ke UKM bagi merasmikan program bersama mahasiswa UKM telah menerima tekanan hebat apabila sekumpulan mahasiswi telah berkumpul di luar dewan sambil memegang sepanduk dengan mesej menolak penyelewengan dan pembaziran duit rakyat yang didakwa telah dilakukan oleh beliau.

Mahasiswi itu dikatakan telah mula berkumpul di luar dewan pada jam 4 petang sebelum menyambut Rosmah yang dijadualkan akan habis program pada jam 4.30 petang.

Sekumpulan pengawal keselamatan bersama staf kakitangan UKM cuba untuk menghalang protes itu daripada terus berlaku namun ternyata mereka gagal mengekang kehendak mahasiswi tersebut untuk terus melakukan protes secara aman itu.

Walau bagaimanapun, apa yang menghampakan mahasiswi tersebut adalah ‘ketakutan’ Rosmah untuk bertemu dengan mereka apabila beliau telah dibawa keluar secara senyap-senyap melalui belakang kereta-kereta yang diletakkan di sekitar dewan tersebut.

Rosmah yang hadir ke UKM dengan menaiki kereta Mercedes-Benz mewah terpaksa balik dengan kenderaan biasa selepas terpaksa keluar dari dewan secara sembunyi.

“Perkara yang kita mahu hari ini hanya untuk menyatakan hasrat rakyat terhadap Datin Seri Rosmah, namun ternyata beliau begitu takut untuk bersemuka dengan kami.

“Walaupun kami tidak berjaya untuk bersemuka dengan Rosmah pada hari ini, namun kami telah berjaya membuat Rosmah balik dengan cara itu. Ini baru permulaan dari kami,” tegas Hamiza Hani Omar, Pengerusi Hal Ehwal Siswi ISIUKM merangkap Timbalan Setiausaha Agung Gamis.




Photobucket

Hilang

on






Hilang!!! | Kepada rakan2 FB yg nampak anak perempuan saya. Nama nadzirah ashikin umur 17 thn. Dah tak pulang rumah sejak hari sabtu 23hb. Keluar rumah berseluar merah baju putih jaket hitam & tudung hitam. 

Kali terakhir dilihat di Eastern Plaza & KFC, Tawau ikut proton exora warna putih ada pelekat 'P'. Siapa2 yg ternampak sila hubungi saya 0138800188 atau ibunya 0198728868. 
Saya merayu kepada semua rakan2 fb saya untuk bantuan. Segala usaha saya ucapkan terimakasih yg tak terhingga hanya Allah saja yg boleh membalas jasa rakan2 semua - Ayuf Abd Rahman 




Photobucket

ALTANTUYA :- Kes Selesai Yang Belum Selesai...?

on





"Saya tidak mempunyai sebarang sebab untuk mencederakan apatah lagi mengambil nyawa mangsa dengan begitu kejam," kata Koperal Sirul Azhar Umar dengan nada suara yang sebak ketika memberi keterangan membela diri.

Sirul Azhar, 37, dari Unit Tindakan Khas Bukit Aman, turut menyentap perasaan mereka yang berada dalam mahkamah dengan merayu agar tidak dijatuhkan hukuman mati, lapor Bernama.

"Saya merayu kepada mahkamah yang kini berada di dalam kedudukan dan mempunyai kuasa untuk menentukan hidup dan mati saya, agar tidak menghukum saya sekaligus menyempurnakan perencanaan mereka terhadap saya," katanya sambil dilihat mengesat linangan air mata.



SHAH ALAM..19-06-2007..Koperal Sirul Azhar Umar di bawa masuk ke Mahkamah sebelum kes bermula..Gambar Oleh Ahmad Irham Mohd Noor. NSTP

Photobucket

Deepak Bom Lagi..... Flora Ong nyaris alami ‘nasib sama’ dengan Altantuya

on Feb 23, 2013





Flora Ong, wanita yang didedah Deepak Jaikishan kerana didakwa memiliki hubungan rapat dengan Datuk Seri Najib Razak, dipercayai hampir mengalami nasib sama dengan warga Monggolia, Altantuya Shaariibu.
Bercakap kepada Keadilan Daily, Deepak mengaku menerima arahan daripada Datin Seri Rosmah Mansor untuk mencari Flora di rumahnya di Ampang bersama beberapa orang lain untuk dibawa menemui isteri Perdana Menteri itu.
“Rosmah marah apabila dapat tahu Flora dianugerah projek dari suaminya. Bagaimanapun, Flora enggan mengikut Deepak untuk bertemu Rosmah kerana bimbang mengalami nasib sama seperti Altantuya,” katanya.
deepokDeepak mendakwa, Rosmah mengarahkannya untuk mencari dan  membawa Flora bertemu dengannya selepas mengetahui wanita berkenaan  dianugerah dua kontrak secara runding terus oleh Najib Razak berdasarkan hubungan ‘rapat’ mereka.
Katanya, Flora dianugerah projek bernilai RM2 bilion di Sabah dan Sarawak yang dibayar pendahuluan melalui sebuah bank utama Amerika berpangkalan di Singapura manakala satu lagi projek ialah rawatan air di Lembah Pantai.
“Bagaimanapun, hal ini ‘reda’ beberapa hari kemudian selepas Setiausaha Kanan Politik dari Kementerian Kewangan, Datuk Zakiah Ibrahim yang bertanggungjawab memperkenal Flora kepada Najib, dipecat..
“Saya juga diarah menyampaikan amaran kepada Flora supaya tidak berhubung dengan Najib,” katanya.


sumber

Photobucket

Followers

pop up text

Blog Archive

Top Ranking Pro PR

My Blog List