Gambar Aziz Shamsudin, Pemberi IC Pada Pendatang Asing Di Sabah Bersama Sultan Sulu

on Mar 5, 2013




Saksi-saksi penting dengan jelas mendedahkan kepada  Suruhanjaya Siasatan Di Raja (RCI) tentang keterlibatan Datuk Aziz Shamsuddin antara "mastermind"nya bersama Mahathir dan Megat Junid dalam "Projek IC Sabah". Namun, hingga kini beliau tidak dipanggil malah didakwa. Maka itu, tersebarlah gambar mesra Aziz Shamsuddin dengan Sultan Esmail Dalus Kiram II dari Kesultanan Sulu ini. 

Jika diamati betul-betul, ada kemungkinan ramai warga Sulu dari Filipinan yang mendiami Sabah berjaya mendapat IC hasil usahasama Aziz dengan pihak kesultanan Sulu. Jika tidak mana mungkin mereka boleh begitu ramai berada di Sabah. Maknanya, Aziz Shamsuddin memang terlibat secara langsung dengan projek itu dan hubungnnya amat akrab seperti dalam gambar ini. 

Justeru, tidak perlulah kerajaan sebegitu mudah membuat tuduhan kononnya pemimpin pembangkang menjadi dalang isu pencerobohan warga Sulu di Sabah sekarang ini. Mereka mungkin juga mempunyai IC, malah saudara mereka yang ada IC kini ramai mendiami Sabah terutamanya di kawasan Lahad Datu itu sendiri. Ini bermakna, tidak perlu membuat tuduhan melulu kepada pihak lain jika pemimpin UMNO BN sendiri memang ada hubungan langsung dengan pihak itu sebenarnya ~ PDO


Photobucket

Berita Najib Tawar Penempatan Pada Tentera Sulu Di Media Filipina Telah Di Padamkan

on





http://www.mb.com.ph/articles/394999/don-t-harm-sultan-s-men-nur-warns-malaysia#.UTRLoDdy3Bl

Akhbar Manila Buletin Publishing Corporation (mb.com.ph) menyebut tentang nama PM Malaysia, Najib Razak dalam berita bertajuk “Don’t Harm Sultan’s Men, Nur Warns Malaysia” pada 21 Febuari lalu.

Berita panas tersebut menyebut tentang janji Najib Razak. Ia disebut oleh Nur Misuari yang beliau mendengar adik kepada Sultan Jamalul Kiram III, Agbimuddin Kiram dijanjikan untuk ditempatkan di Sabah sehingga beliau merentas lautan menuntut janji. [Rujuk HD]  Nur Misuari juga mendakwa Agbimuddin Kiram ke Sabah kerana tidak sabar terhadap tuntutan mereka dan beliau meminta perkara ini diselesaikan dengan lebih tenang.



Berita panas Najib tersebut telah dipadam oleh mb.com.ph dan apabila kita mengakses berita tersebut hanya ini yang dipaparkan. Namun ada yang telah ‘copy screen’ berita tersebut seperti di atas.




Tak pasal-pasal Anwar telah diburukkan Utusan Malaysia, TV3 dan macai UMno akibat pencerobohan tersebut. Namun begitu Najib juga tak terlepas. Jadi kini, siapa yang telah mengarahkan atau meminta akhbar Filipina memadam berita tersebut.

Najib_Kiram

                      Najib bersama anak-beranak Kiram, Esmail Kiram 11




Adakah ianya arahan juga dari Malaysia?


Atau Mahathir yang anaknya mempunyai saham dalam Syarikat arak San Miguel dan minyak Petron di Filipina membuatkan kerajaan Filipina yang ekonominya yang suram membuatkannya serba salah? 




sumber
Photobucket

ANTARA DUA DARJAT :- Lawatan Najib VS Tugasan Tentera

on



Tak tau nak tulis isu ni macam mana... Kang ada lagi cai-cai umno maki aku,,,

Cuma aku nak minta berfikir... 

Lawatan Najib dengan Rosmah dan kuncu-kuncunya... hebatkan... 




Tentera yang ditugaskan ke Lahad Datu Sabah....


Naik kapalterbang murah aja,,, Mana pi Pesawat Charlie PC130 Tudm... Enjin hilang juga ker...



Photobucket

Dokumen Bayaran Pajakan Sabah Kepada Kesultanan Sulu Oleh Kerajaan Malaysia

on





Sumber Addin




Sabah merupakan sebuah negeri yang kaya raya. namun hakikatnya kehidupan kebanyakaan masyarakat disana tidak melambangkan kekayaan Sabah yang kaya dengan sumber aslinya.

Jika kita bandingkan Brunei, Sabah atau Sarawak, sememangnya kehidupan rakyat di Sabah, Sarawak jauh bezanya.

Kenapa Sabah , Sarawak dibandingkan dengan Brunei?

Borneo merupakan kepulauan yang kaya dengan hasil minyak dan sebagainya. Ini tidak dapat dinafikan dan kita rakyat Malaysia juga sedia maklum kekayaan sumber petroleum Sabah dan Sarawak yang memainkan peranan penting dalam urusan ekonomi negara Malaysia. Tetapi benarkah apa yang kita miliki dari Sabah adalah sebenarnya milik Malaysia?

Banyak pertikaian dan pendapat yang menunjukkan pelbagai pihak telah menuntut Sabah dari Malaysia. Dan ini mewujudkan tanda tanya kenapa ianya berlaku? Mudah jawapanya kerana Sabah merupakan sebuah negeri yang kaya dengan hasil petroleum.

Adakah sebenarnya Sabah itu milik Malaysia?
Jika benar kenapa pula Kedutaan Malaysia harus membuat bayaran kepada Kesultanan Sulu? Beberapa bahan bukti yang wujud yang menunjukkan kebenaran pembayaran kepada kesultanan sulu adalah seperti berikut:-
Jika dokumen bayaran diatas dan dibawah adalah benar, maka Sabah bukan milik Malaysia dan membuktikan wujudnya pemilik yang sah terhadap Sabah. Adakah selama ini hasil bumi Sabah yang diambil oleh Malaysia tidak sah?

Atau sebenarnya ianya merupakan penjajahan terhadap mereka yang lemah dan tidak mampu bertindak dan dengan itu hak mereka terus dinafikan. Apakah jawapan Kedutaan Besar Malaysia di Philipines terhadap dokumen-dokumen ini? Adakah benar Sabah sebuah negeri yang boleh dikatakan dipajak dan bukanya milik Malaysia.

Tiada bezanya kisah penjajahan British pada zaman sebelum kemerdekaan, dimana raja-raja melayu diberikan bayaran dan hasil bumi Malaysia dikeluarkan oleh British bagi membangunkan negara mereka.

Jika benar kedutaan masih terus membayar “fees” kepada Kesultanan Sulu maka sememangnya Malaysia juga merupakan negara penjajah yang sedang menjajah Sabah.

Kenyataan ini mungkin agak berat tetapi adalah realiti jika kita Malaysia benar membuat bayaran kepada Kesultanan Sulu sehingga hari ini.

Jika kita lihat apa yang berlaku kpada Pulau Batu Putih yang akhirnya diserahkan kepada Singapura, maka tidak mustahil jika suatu hari nanti Sabah pula menjadi satu peristiwa sejarah untuk dukembalikan kepada pemilik dan rakyat Sabah demi memerdekakan mereka jika benar Malaysia mengambil segala hasil bumi dan kekayaan Sabah milik rakyatnya dengan hanya membayar 'fees' yang dinyatakan dalam surat kedutaan Malaysia.






Photobucket

Dedah ‘perjanjian’ dengan Sultan Sulu

on





 Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak didesak menjelaskan ‘perjanjian’ dengan Sultan Sulu sebagaimana didedah Pengerusi Pengasas Barisan Pembebasan Islam Moro (MILF), Nur Misuari seperti dilapor baru-baru ini.

Ahli Parlimen Sungai Petani, Datuk Johari Abdul berkata, Najib selaku individu bertanggungjawab tidak boleh membisu dalam isu tersebut kerana melibatkan kedaulatan negara dan keselamatan rakyat Sabah khususnya.

“Kita nak tahu apa yang mereka (penceroboh) tuntut sehingga bawa senjata. Najib tak boleh diam. Dia kena jelaskan apa yang dijanjikan kepada kumpulan penceroboh sehingga mereka sanggup bunuh polis kita.

“Mereka datang bukan nak shopping, tapi dengan senjata. Maksudnya mereka nak berperang. Objektifnya jelas untuk tuntut sesuatu,” kata Johari ketika dihubungi.

Menurut laporan Manila Buletin Publishing Corporation (mb.com.ph), Misuari mendakwa tentera Sulu ke Sabah selepas mendengar janji dari Perdana Menteri Malaysia, Datuk Seri Najib Razak.

Menurut laporan bertarikh 21 Februari 2013 bertajuk ‘Don’t Harm Sultan’s Men, Nur Warns Malaysia’, Misuari berkata, ketika beliau di Jolo, Sulu, beliau terdengar bahawa adik kepada Sultan Jamalul Kiram III, Agbimuddin Kiram telah merentas lautan kerana mereka telah dijanjikan untuk ditempatkan di Sabah.

Oleh itu, Misuari merayu Najib untuk bertindak dengan cermat dalam menghadapi penceroboh Filipina yang kini membunuh lapan anggota polis Malaysia di Sabah dalam pertempuran berdarah di Lahad Datu dan juga Semporna.

Misuari juga mendakwa Agbimuddin mungkin ke Sabah untuk menunjukkan ketidaksabaran terhadap tuntutan mereka.

“Perkara ini perlu diselia oleh mereka dengan lebih tenang,” katanya dipetik, sambil menambah ia adalah lebih baik menunggu pilihan raya umum April ini untuk melihat siapa menjadi Perdana Menteri.

Misuari juga memberikan amaran kepada Malaysia untuk menyelesaikan pertempuran di Sabah dengan aman.

Jika tidak, pasukannya akan memberikan bantuan kepada Kiram, ugut Misuari.

“Baru bulan lepas Najib diangkat sebagai ‘hero’ apabila menyelesaikan isu pejuang bangsa Moro dengan pejuang selatan. Tapi balik ke sini, negara kita pula diserang. Ini jadi persoalan apabila didedahkan sendiri Nur Misuari,” kata Johari.

“Kalau betul Najib buat perjanjian, beliau perlu nyatakan kepada semua apa yang dijanjinya itu. Kalau tiada apa-apa,
bagaimana mereka boleh datang dengan senjata macam nak perang, mesti ada yang tidak kena,” katanya lagi.

Sementara itu, beliau yang kesal dengan sikap berlengah kerajaan menyelesaikan isu tersebut menyifatkan pentadbiran Najib sebagai lembap.

“Apa sudah jadi dengan jabatan perisikan, Cawangan Khas (SB) dan macam-macam lagi. Adakah mereka tidak lagi berfungsi atau hanya untuk pantau isu politik sahaja.

“Sudah 23 hari mereka (pengganas) ada di Lahad Datu, kenapa lembap sangat kerajaan bertindak. Ini umpama penceroboh masuk rumah kita, takkan kita nak diamkan,” tempelak Johari.~ KD





Photobucket

Anwar Dalang Pencerobohan...Anwar Itu......Anwar Ini... Tapi Nur Misuari Dakwa Najib Janji Sebuah Penempatan Di Sabah...!

on Mar 4, 2013







Media UMNO mendakwa Anwar dalang pencerobohan di Lahad Datu? Anwar mempelawa penceroboh Sulu? Anwar itu, Anwar ini. Menurut Presiden KeAdilan, Datuk Seri Wan Azizah, laporan media asing itu hanya menyebut pembangkang dari Sabah, tanpa menyebut nama. Baca di sini.

Anwar sudah menafikan dakwaan itu, malah akan mengambil tindakan undang-undang terhadap pihak yang memfitnahnya. Bacadi sini.

Walau bagaimanapun laporan Manila Bulletin yang mula tersebar di laman sosial sejak malam tadi amat menggemparkan. Portal itu melaporkan pengasas Moro National Liberation Front, Nur Misuari mendakwa Najib berjanji kepada Raja Muda Agbimuddin Kiram, adik kepada Sultan Sulu yang menceroboh Lahad Datu, sebuah penempatan di Sabah. 

Benarkah dakwaan Misuari? Adakah hanya penempatan, sudah tentu mereka juga diberi kerakyatan/IC?

Oleh itu, pihak berkuasa perlu menyiasat dakwaan tersebut kerana sehingga kini 8 orang anggota polis sudah terbunuh, manakala imej negara tercalar teruk pada peringkat antarabangsa ekoran pencerobohan yang berlaku di Sabah. Perkara ini mungkin tidak berlaku jika pihak penceroboh tidak dijanjikan sesuatu atau dipelawa datang ke Sabah.

Jika benar, maka terjawablah sebab kerajaan Malaysia mengambil masa hampir sebulan untuk berunding dengan penceroboh Sulu yang mendarat di Sabah sejak 9 Februari. Mungkin...terjawablah juga sebab polis yang mengawal situasi, bukannya anggota tentera yang sepatutnya menjaga keselamatan di sempadan. Mungkin..terjawablah juga persoalan Presiden Filipina tentang kemampuan penceroboh datang ke Malaysia walaupun kos untuk berbuat demikian tinggi. Mungkin..terjawablah juga persoalan penceroboh ini datang dalam jumlah yang besar, iaitu lebih kurang 400 orang. Mungkin ...terjawablah juga ...macam-macam lagi persoalan.

SIASAT!!!-DCM


http://duniacacamarba.blogspot.com

Photobucket

SULTAN SULU ADALAH AHLI UMNO

on





Datu Mohd Akjan Bin Datu Ali Muhammad, yang diselubungi kontroversi selepas diisytiharkan sebagai Sultan Sulu di sini baru-baru ini, hari ini mengumumkan peletakan jawatannya daripada UMNO berkuat kuasa serta merta.

Beliau berkata, peletakan jawatan itu yang dinyatakan dalam sepucuk surat yang dihantar ke ibu pejabat UMNO dengan salinannya dikirim ke pejabat di Sabah, akan menyelamatkan parti itu daripada bersusah payah membincangkan tentang keahliannya dalam UMNO sejak lebih dua dekad lepas.

Dalam satu kenyataan, Mohd Akjan berkata laporan polis dan serangan dalam media susulan berita beliau dilantik menjadi Sultan Sulu ke-33 bermotifkan politik dan bertujuan memusnahkan nama baik beliau.

"Saya mempunyai hak untuk mengambil tindakan undang-undang terhadap kumpulan individu dan organisasi ini,” katanya.

Mohd Akjan berkata apa yang telah dirujuk sebagai pertabalan sebenarnya merupakan majlis kesyukuran yang diadakan selepas beliau menerima jawatan itu yang ditawarkan kepadanya oleh kerajaan sementara Sulu yang mendapati beliau adalah keturunan langsung Sultan Sulu yang terakhir, Paduka Mahasari Maulana Al-Marhum Shariful Hashim 1.

Beliau berkata setelah tiga kali menolak untuk menjadi Sultan Sulu, beliau akhirnya bersetuju selepas mereka menerima beberapa syarat — satu daripadanya ialah mereka menggugurkan tuntutan terhadap Sabah.

Mohd Akjan berkata penerimaan itu dibuat secara bertulis dan ditandatangani pada majlis kesyukuran itu.

Katanya, beliau seorang warga Malaysia yang dilahirkan di Kudat dan sangat sayangkan negaranya.

Beliau, bagaimanapun, menegaskan bahawa beliau terpaksa melepaskan taraf sebagai warganegara Malaysia sebelum majlis ”pertabalan sebenar” diadakan. - Bernama




Photobucket

Media Filipina dedahkan Najib telah janjikan penempatan untuk Tentera Sulu di Sabah..

on




Laporan dari portal berita Filipina, Inquirer News yang melaporkan seperti perkara di atas digunakan oleh Blogger Pro UMNO untuk mengaitkan pertumpahan darah di Sabah dengan Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Dan laporan dari Blogger Pro UMNO itu telah dipetik pula oleh Utusan Malaysia untuk menimbulkan persepsi buruk masyarakat Melayu yang membaca Utusan terhadap Anwar..

Seterusnya pula TV3 memetik pula apa yang disiarkan oleh Utusan yang menyebut laporan media Filipina kononnya memetik sumber risikan mendapati ada pihak tertentu yang dikatakan rapat dengan Anwar Ibrahim telah berjumpa dengan Nur Misuari.

Fitnah ini menyebabkan Anwar benar-benar kecewa dan beliau bercadang untuk memfailkan saman sekali lagi terhadap Utusan ~ sila baca di ( SINI )

Ini pula adalah satu lagi laporan dari portal berita Filipina yang disiarkan pada 21 Februari 2013 yang mendedahkan antara sebab mengapa Tentera Sultan Sulu menceroboh Sabah..

Manila Bulletin memetik kenyataan oleh Nur Misuari , pengerusi Moro National Liberation Front (MNLF) yang mendakwa Najib Tun Razak, Perdana Menteri Malaysia ada menjanjikan tanah atau penempatan di Sabah kepada tentera Sultan Sulu..
Manila Bulletin

Jadi.. bukanlah satu perkara yang menghairankan lagi kini mengapa Tentera Sultan Sulu yang lengkap bersenjata itu boleh melepasi kawalan di perairan negara oleh TLDM, APMM dan Polis Marin..

Mereka datang untuk menuntut perkara yang dijanjikan terhadap mereka oleh Presiden UMNO rupanya..

Patutlah sepupu Najib yang jadi Menteri Dalam Negeri, Hishamuddin Tun Hussien sendiri mengistiharkan mereka bukan pengganas..

Selain itu perlu juga kita tahu bahawa pemimpin-pemimpin Sulu adalah jemputan Khas ke Persidangan Agung UMNO pada tahun 2012 yang lalu.. ini gambarnya..

Mungkin Anwar yang arahkan Najib supaya menjanjikan penempatan untuk Tentera Sulu tu kot???

Punca Perairan Sabah Mudah Di Bolos Penceroboh ...?

on




Mengapa perairan negara kita mudah di ceroboh terjawab apabila kerajaan Malaysia bawak umno BN menamatkan operasi Polis Marin dan setelah terlupusnya operasi Marin di Sabah.. berlakulah pencerobohan besar besaran pendatang asing masuk ke Sabah. Apakah penutupan operasi Polis Marin berkaitan dengan projek ic? Boleh jadi kelongaran perairan Sabah untuk memudahkan kemasukan Filipin bolos... maka SAH lah .. inilah antara puncanya mengapa dan bagaimana dengan mudahnya penceroboh memasuli negara kita dan menyebabkan berlakunya krisi Sulu dan akhirnya meragut nyawa polis dan orang awam.... 

Berikut perdebatan dalam parlimen berkaitan dengan pembatalan operasi marin Sabah.

 
Petikan DR 17/11/2009 (Muka Surat 41)

 
Tuan Pengerusi [Datuk Dr. Haji Wan Junaidi Tuanku Jaafar]: Ya, Yang Berhormat Kinabatangan.


12.40 tgh. 


Datuk Bung Moktar bin Radin [Kinabatangan]: Terima kasih Tuan Pengerusi. Ada tiga perkara iaitu P.6, Butiran 18000 - Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia. B.6, Butiran 020200 - Unit Perancang Ekonomi dan juga P.6, Butiran 71000 – Penyelarasan Program Pembasmian Kemiskinan. 

Tuan Pengerusi, saya mendapat maklumat bahawa kerajaan berhasrat untuk melupuskan Pasukan Polis Marin itu dan diganti dengan pasukan maritim yang sedia ada.

 
Sekiranya ini benar-benar berlaku, maka kebimbangan saya dan ramai lagi rakyat Malaysia terhadap keputusan ini amat melebar, iaitu kita maklum bahawa pasukan maritim ini baru sahaja diwujudkan di negara kita lebih kurang dua tahun atau tiga tahun. 


Bayangkan bagaimana anggota Polis Marin itu sendiri telah berkhidmat dengan Polis Marin, tetapi tiba-tiba kerajaan membuat perakuan untuk membubarkan pasukan ini dan diambil alih oleh maritim.

 
Ini pada saya, dalam keadaan negara kita pada hari ini Tuan Pengerusi pun maklum, bahawa sempadan kita terlalu luas terutama sekali di Sabah, di kawasan Kelantan, Terengganu, Sarawak dan sebagainya. Apabila sempadan ini luas, maka unsur-unsur negatif jenayah penyeludupan, perdagangan manusia berleluasa.

 
Hari ini kita ada empat, lima pasukan pengawasan. Kita ada Polis Marin, kita ada maritim, kita ada kastam, kita ada imigresen, kita ada tentera, kita ada Polis Hutan, macam-macam ada, tetapi masih banyak juga unsur-unsur jenayah yang melanda di dalam negara kita.

 
Yang sedihnya, yang anehnya, lapangan terbang kita juga dibolosi oleh penyeludup. Iaitu baru-baru ini saya terbaca pagi tadi, dadah jenis Syabu dianggarkan berjuta-juta ringgit boleh lolos dari lapangan terbang dan di hotel pula baru ditemui.

 
Malu kita dengan negara-negara lain. Seharusnya lapangan terbang yang sebegini canggih dilengkapi dengan alat-alat pengesan yang cukup canggih sehingga apa sahaja benda dia bawa, maka boleh didapati dengan begitu mudah, tetapi tidak tahulah bagaimana pentadbiran di lapangan terbang ini boleh berlaku. 


Jadi bayangkanlah bagaimana maritim itu sendiri boleh menguatkuasakan undang-undang atau boleh melaksanakan tanggungjawabnya di sempadan dengan berseorangan. Apa akan berlaku dengan negara kita? Kebimbangan saya bahawa kita akan berhadapan dengan satu mala petaka yang mungkin tidak boleh kita duga pada masa akan datang.

 
Jadi saya mencadangkan hari ini kepada kerajaan supaya hasrat untuk membubarkan Pasukan Polis Marin itu sendiri supaya ditangguhkan dan jangan sekali-kali mengizinkan satu badan seperti Maritim Malaysia untuk mengambil alih tugas-tugas Pasukan Polis Marin ini sebab ia akan mendatangkan kemungkinan-kemungkinan yang tidak boleh kita duga. 


Rujukan : Hansard parlimen 17/11/2009 [sini]
 
http://www.parlimen.gov.my/hindex/pdf/DR-17112009a.pdf untuk pengesahan Parlimen 17/11/2009.
 





Photobucket

Bekas Pegawai Penerangan UMNO mengaku bantu warga asing dapatkan IC

on Mar 1, 2013




Wanita 2

PETALING JAYA 28 FEB: Bekas ahli Umno, Siti Aminah Mahmud, 63, berkata, beliau bersama kumpulannya pernah membantu pendaftaran setengah juta kad pengenalan (IC) kepada pendatang tanpa izin di Sabah untuk dijadikan pengundi BN.

Menurutnya, pendaftaran segera itu dibuat di bawah ‘projek IC Mahathir’ dari 1990 hingga 1994.

“Setiap kali dihantar berguni-guni (IC). Ia diproses dalam jangka masa sebulan. Katakan (pendaftaran) dibuat pada satu hari bulan, maka ia (IC) akan diserahkan pada tarikh yang sama pada bulan yang akan datang,” kata bekas ahli Umno Cawangan Skudai Kanan, Johor Bahru itu pada sidang media di ibu pejabat KEADILAN hari ini.


Bekas tahanan Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA) itu ditemani Ketua Wanita KEADILAN, Zuraida Kamaruddin; Pengarah Guaman, Latheefa Koya dan Ketua Biro Kebudayaan dan Kesenian Majlis Pimpinan Wanita KEADILAN, Dayangku Intan.
Siti Aminah berkata, pendaftaran projek IC itu bermula di pejabat Umno Sabah di Simbulan, dalam bangunan dimiliki Datu Mustafa Harun, pemimpin Usno Sabah.

Dedahnya, projek itu dibuat ‘dengan kerjasama’ Jabatan Pendaftaran Negara (JPN) Sabah yang turut mengarahkan penerima IC terbabit mengundi BN dalam pilihan raya umum.

Siti Aminah berkata, semasa bertugas sebagai Pegawai Penerangan Umno, lima peranan beliau dalam ‘projek IC Mahathir’ adalah untuk membantu kempen Umno di Sabah, menambahkan undi Melayu, mencari pemastautin Sabah yang tidak memiliki IC dan memastikan Parti Bersatu Sabah (PBS) tumbang.

Wanita 1“Masa mengurus untuk orang ambil IC, kita pergi ke tempat yang sudah sedia dengan satu ‘ketua’. Bila kita sampai di satu-satu kawasan, senarai nama telah siap, meliputi nama asal atau bukan asal,” katanya.

“Bila kita tengok ada nama bertentangan dengan nama orang Islam, kita ubah jadi nama Islam. Lepas itu kita ambil gambar dan cap jari dan hantar ke pejabat Umno,” jelas Siti Aminah lagi.

Short URL: http://www.keadilandaily.com/?p=46160




Photobucket

Followers

pop up text

Blog Archive

Top Ranking Pro PR

My Blog List