Daim Tertekan Dengan Pendedahan Anwar...?

on Mar 26, 2013





Bekas menteri kewangan, Daim Zainuddin mengatakan dirinya tidak mempunyai masalah dengan Anwar Ibrahim sehinggalah pemimpin KEADILAN itu menuduhnya sebagai ketua konspirator yang menyebabkan dirinya tersingkir dari kerajaan.
Menurut Daim lagi, sebelum Anwar mengeluarkan kenyataan tersebut, beliau agak rapat dengan ahli parlimen Permatang Pauh itu dan pernah bertindak memberi tunjuk ajar kepadanya tentang hal ehwal pengurusan ekonomi.
“Baiklah, jawapan saya kepada Anwar — saya bukan Cassius. Saya mungkin kurus tetapi saya bukan kemaruk. Pastinya saya juga bukan Brutus,” kata Daim dalam satu wawancara bahagian kedua bersama New Straits Times yang disiarkan hari ini.
“Apabila Anwar mendakwa yang saya adalah konspirator, beliau tahu hal sebenar bahawa saya tidak memainkan peranan, apa juga peranan pun,” tambah beliau lagi.
Daim juga menafikan tuduhan Anwar beliau membawa keluar RM2 bilion wang tunai dengan pesawat.
“Tentulah saya seorang yang bodoh dan berapa banyaklah wang tunai RM2 bilion? Mungkin memerlukan beberapa buah lori untuk mengangkutnya,” tambah Daim lagi.
“Bagi penyokongnya, biarpun jika beliau memang melakukan apa yang beliau dituduh, walaupun di depan mata mereka, mereka tetap tidak akan percaya. Bagi mereka semuanya konspirasi,” katanya.
Daim merupakan Menteri Kewangan dari 1984 hingga 1991 dan sebagai Menteri Tugas-tugas Khas pada 1998 sebelum dilantik semula sebagai Menteri Kewangan dari 1999 hingga 2001.
Anwar merupakan bekas timbalan perdana menteri dan menteri kewangan sebelum dipecat oleh Mahathir Mohamad pada tahun 1998.
Beliau meninggalkan Angkatan Belia Islam Malaysia (ABIM) untuk menyertai Umno yang dipimpin oleh Mahathir pada 29 Mac 1982 sehingga menjawat jawatan timbalan presiden Umno pada 1996 sebelum dilucutkan jawatan dan keahlian Umno pada tahun 1998.

Persoalan yang timbul adalah, mengapa baru sekarang semuanya mahu dibongkar sedangkan Anwar sudah lama mendedahkan Daim adalah antara tiga pemimpin Umno yang berusaha keras menyingkirkannya semasa fitnah liwat pertama pada 1997.

Apakah niat Daim hanya untuk mempertahankan diri atau terpaksa menjadi 'pencacai atasan' kerana sudah mengetahui BN akan kalah dalam pilihanraya umum nanti?

Mengapa Daim tidak menafikan satu transkrip yang bocor semasa mesyuarat Majlis Tertinggi (MT) Umno pada 5 November 1998)?

Cukuplah Daim, jangan kamu terus menabur fitnah kerana tiada apa lagi yang tertinggal bila Umno hilang kekuasaan di Putrajaya!


transkrip yang bocor

Photobucket

Konspirasi Mahathir jatuhkan Anwar Dan Hukuman Terhadap DSAI, Salah Guna Kuasa Atau Rasuah...?

on



Ini adalah transkrip ucapan Mahathir kepada beberapa orang ahli Freemason di dalam UMNO termasuk beberapa orang ahli Majlis Tertinggi iaitu Daim Zainuddin, Sabaruddin Chik, Sanusi Junid, Ibrahim Ali, Mohamed Rahmat dan Rafidah Aziz. Turut hadir ialah Rahim Tambi Chik dan Ghaffar Baba. Tempat pertemuan ialah di Sri Perdana pada hari Khamis, 5 November 1998.

Transkrip ini bocor menerusi saluran di Pejabat UMNO) Nota: Anwar Ibrahim dipecat dari jawatan Timbalan Perdana Menteri pada 2 September 1998 dan dipenjarakan pada 14 April 1999.

 "Saya nak memaklumkan kepada tuan-tuan yang hadir pada malam ini beberapa perkembangan yang berlaku di negara ini dan langkah-langkah yang perlu kita ambil untuk mengatasinya. Pertama tentang sokongan terhadap Anwar oleh orang-orang UMNO. Daripada maklumat yang saya terima, banyak orang UMNO di peringkat cawangan semakin menunjukkan tanda-tanda memihak kepada Anwar.

 Banyak kali saya dimaklumkan yang ketua-ketua cawangan yang menjadi ahli Pas. Mereka berkempen memburuk-burukan pemimpin-pemimpin UMNO. Setiap hari saya menerima laporan daripada UMNO Bahagian tentang isu ini. 

Dalam hal ini saya ingin meminta kerjasama tuan-tuan supaya membendung perkara ini daripada terus berlaku. Kita kena faham dalam isu ini, ahli-ahli UMNO sebenarnya marah dengan pimpinan UMNO yang kononnya menurut pendapat mereka, pimpinan parti telah menganiaya Anwar. Sebab itu mereka marah. 

Saya tak nafikan mereka ini penyokong Anwar sejak dulu lagi. Mereka keluar UMNO sebab mereka nak tunjuk protes. Dengan berbuat demikian mereka harap mereka dapat menyampaikan sesuatu signal kepada pucuk pimpinan parti. Kita kena faham mereka ini tak boleh bersuara cara lain. Saya fikir hal ini mudah kita atasi.

 Kita sejukkan hati mereka. Kita buatlah apa-apa muslihat supaya mereka ini dapat lepaskan geram dan marah mereka kepada UMNO dalam UMNO. Sebelum ni kita larang mereka dengan alasan menentang parti. Sebab itu saya meminta supaya Ketua-Ketua UMNO peringkat bahagian kena ambil tanggungjawab ini. 

Dengar mereka marah, sabarlah dengar dengan protes mereka. Kalu mereka boleh bersuara nanti lembutlah sikit. Kemudian kita tabur janji pada mereka nak sampaikan kepada pucuk pimpinan parti bila ada kesempatan. Saya ingat mereka cepat sejuk cara macam ni. Jangan kita takut-takutkan mereka dengan ancaman atau tindakan disiplin parti sebab lawan Presiden.

 Sebab itu saya tak setuju dengan keputusan Jawatan Kuasa Disipln UMNO yang diketuai oleh Datuk Najib dan Datuk Abdullah dalam isu tindakan yang dikenakan kepada ahli-ahli UMNO yang diberi surat tunjuk sebab kerana ini akan menjadikan UMNO parti yang tak disayangi oleh ahli-ahli. 

Nanti mereka sabotaj UMNO. Saya mahu keputusan itu ditangguhkan supaya mereka itu ada reserve terhadap UMNO. Kalau kita pecat mereka, mereka akan masuk parti lawan. Nanti pengikut-pengikut mereka pun akan turut masuk parti lawan. Susahlah kita nak hadapi pilihanraya. Isu kedua tentang bagaimana kita nak hadapi orang UMNO yang terus memberi sokongan kepada Anwar. 

Saya fikir soal ini masih belum dapat kita cari penyelesaian yang sebaik-baiknya. Dulu kita arahkan jentera parti supaya berkempen hentam Anwar. Kita kata macam-macam tentang keburukan Anwar. Ada banyak yang kita tambah pun. 

Nampaknya dari laporan yang saya terima strategi tu tak begitu berkesan. Mungkin kerana bila kita hentam orang jadi simpati pada Anwar. Orang Melayu ni mudah simpati, itu kita mesti ingat.

 Dulu kita tak teliti soal ini sebab tiba-tiba saja Anwar tak nak letak jawatan. Sebab tu saya akuilah bahawa saya bertindak pada masa tu lebih banyak ikut emosi. Geram tenguk kepala batu tu. Jenis tak takut bila kita gertak. 

Saya nak supaya round kedua ni kita lebih diplomatik sikit. Kita kata Anwar memang pemimpin yang banyak berjasa.

Sumber dari: http://kiff-isme.blogspot.com/2013/03/konspirasi-mahathir-jatuhkan-anwar.html





HUKUMAN TERHADAP DSAI, SALAH GUNA KUASA ATAU RASUAH?

Hukuman kerana salah guna kuasa ke atas Datuk Seri Anwar Ibrahim pada 1999 adalah silap kerana pihak pendakwaan telah memalsukan bukti dan membuat penipuan melalui tindakan pegawai penyiasat ketika itu, Tan Sri Musa Hassan dan pendakwa raya ketika itu Tan Sri Abdul Gani Patail.

Dakwaan itu dibuat melalui sepucuk surat terbuka, yang dihantar kepada Ketua Polis Negara Tan Sri Ismail Omar, hari ini, oleh bekas Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Kuala Lumpur Datuk Mat Zain Ibrahim.

Menurut Mat Zain, Musa (kiri) dan Abdul Gani melakukan penipuan berkenaan untuk manfaat bersama mereka. Kedua-dua mereka kemudiannya telah dinaikkan pangkat. Musa menjadi Ketua Polis Negara manakala Abdul Gani pula menjadi Peguam Negara. Musa bersara baru-baru ini.

“Disokong dengan dokumen-dokumen dan keterangan yang ada dalam milik dan pengetahuan saya sendiri, saya berpendapat bahawa sabitan salah ke atas Anwar dalam pertuduhan salahguna kuasa ke atas beliau, telah diperolehi oleh pihak pendakwaan melalui jalan penipuan dan pemalsuan yang telah dilakukan dengan niat bersama oleh Gani Patail dan Musa Hassan untuk faedah bersama mereka. 

“Tidak salah untuk menyatakan hukuman penjara yang Anwar telah lalui adalah penganiayaan terhadap beliau oleh mereka berdua,” katanya dalam surat itu.

“Dengan berat hati saya menyatakan,bahawa terdapat beberapa kenyataan mustahak (bekas perdana menteri) Tun (Dr Mahathir Mohamad) dalam bab 53 “Doctor in the House”, khususnya menyentuh berkaitan siasatan kes mata-lebam dan tindak-tanduk Pendakwa Raya dalam perkara sama, adalah berbeza dengan fakta terkandung dalam fail siasatan rasmi yang dibuat pada 1998.

“Saya percaya pekara ini boleh berlaku akibat Tun telah diberikan maklumat atau taklimat yang telah dimanipulasikan dan mengelirukan,” tulisnya lagi.

“Sebagai seorang yang terlibat secara langsung menangani isu-isu berkenaan serta mempunyai pengalaman bersemuka dan berinteraksi dengan semua ‘pemain-pemain utama’ perkara dalam persoalan ini, terutamanya Dr Mahathir sendiri, Gani Patail, Musa Hassan, Anwar Ibrahim, selain daripada Pesuruhjaya-Pesuruhjaya Suruhanjaya Di-Raja siasatan mata-lebam dan juga PM Najib, maka saya mampu menegaskan, bahawa segala pendedahan fakta yang saya buat dalam surat keluaran ini dan juga dalam beberapa banyak surat terbuka saya sebelum ini, tidak pernah lari sedikit pun daripada landasan kebenaran,” katanya.

Mat Zain telah terlibat secara langsung dalam isu-isu mengenai pendakwaan Anwar Ibrahim pada tahun 1998. Maka, kemungkinan keterangan dan pendedahannya ini mungkin juga benar. Sekiranya ini benar,telah jelaslah di mata kita bahawa memang terdapat penyalahgunaan kuasa dalam bidang polis dan juga kehakiman terhadap Anwar Ibrahim.

Apa kata anda mengenai pendedahan ini pula?

sumber

Photobucket

Kenapa Tun Daim Lebih Memilih Najib Dari Anwar...?

on



.



Tun Daim Zainuddin (TDZ) mahu DS Najib menang, Anwar Ibrahim tidak layak jadi PM. Kenapa? Ikuti pemikiran TDZ....
TDZ, 74 tahun, tokoh politik dan ekonomi serta korporat sangat berpengalaman sejak tahun 1960an lagi. Sudah tentu TDZ tahu kualiti dan tahap piawaian  Najib dan Anwar Ibrahim. 

"Beri Najib peluang. 5 tahun. Cuba Najib. Bagi Najib mandat. Najib telah buat kerja bagus. Mari lihat Najib deliver dan sambung polisi transformasi.

Anwar Ibrahim telah diberi peluang tapi mensia-siakan peluang. Saya mahu Najib menang. Saya tidak fikir Anwar Ibrahim calon yang layak untuk jadi PM.

Saya percaya Anwar Ibrahim akan memporakperandakan negara dengan mendapat nasihat IMF, World Bank, Wolfowitz dll.

BN akan menang. Sasaran BN patut dua pertiga. UMNO ada 3.3 juta ahli. MCA ada 1 juta. MIC ada 600,000 ahli. Itu sudah separuh pengundi.
BN perlu sokongan dari atas pagar. BN perlu letak calon baru dan bersih boleh diterima pengundi.
BN perlu perpaduan. Kekal bersatu, setia dan jangan sabotaj. BN berpengalaman. Kita mengalami krisis dan berbagai krisis dan kita cepat pulih. 

Beritahu orang Cina kita tidak boleh cuba-cuba eksperimen. Lihat di sekililing. Lihat Jepun, Lihat UK. Study apa yang berlaku.

China dan Jepun adalah kawan sejati kita semasa krisis kewangan Asia. China tidak menurunkan tukaran mata wangnya. Jepun memberi kita soft loan US5 bilion.
US tidak mahu menolong kita atas banyak sebab. Anwar Ibrahim lebih mirip kepada US.
Sekarang jika berlaku sesuatu kepada ekonomi kita, US dan negara Eropah tidak akan peduli kerana mereka juga sedang bermasalah ekonomi.

Jika kita tunduk kepada  kehendak US apa pula kawan-kawan kita (China dan Jepun) fikir? Mereka yang jujur menolong kita sewaktu kita susah tapi tidak US yang mahu menenggelamkan kita.
China sekarang ekonomi ke dua besar dunia dan semakin membesar. US cuba mencari pengaruh di Asia Pasifik mahu mengimbangi China.

Sekarang sudah berlaku krisis ekonomi di Eropah dan US. Jepun. China, India, Brazil dan Rusia sudah   mula memperlahan.

Kita tidak mahu pasukan yang salah untuk mengurus ekonomi.

Bahaya jika kita pilih orang yang tidak berpengalaman, yang tidak berupaya mengurus krisis ekonomi yang lepas. Bahaya besar bila ekonomi kita jatuh, tiada siapa mahu menolong kita. US dan Eropah tidak akan menolong kita kerana mereka pun susah ekonomi.

Saya bimbang Anwar Ibrahim tidak ada pengetahuan mendalam tentang ekonomi. Selalu memerlukan orang untuk bertanya. Apa yang mahu difikir dan apa yang mahu dibuat.
Tiada satu pun idea besar dari Anwar Ibrahim selaku penasihat ekonomi Selangor. Paling teruk Selangor telah mengurus dengan teruk isu air membuatkan pemaju, pelabur dan rakyat Selangor marah.
Kenapa Kedah, Kelantan dan Pulau Pinang tidak melantik Anwar Ibrahim sebagai penasihat ekonomi jika Anwar brahim bagus sangat ekonomi.

Berfikir serious. Fikirlah tentang masa depan kita.

PKR adalah parti one man show. Hanya berjuang untuk Anwar Ibrahim. Banyak slogan. Keadilan dan samarata untuk siapa? Dalam isu Palestine, PKR menyokong Israel.
PKR adalah parti lahir di jalanan maka budaya jalanan tetap diamalkan. PKR suka demonstrasi jalanan. Banyak demonstrasi. PAS sebelum ini tidak begitu. Juga DAP sebelum ini tidak begitu.
Jika Pakatan Rakyat kalah PRU 13, mereka akan kata BN tipu dan menyalahkan BN serta SPR.
Anwar Ibrahim selalu berkata akan berlaku Arab Spring di Malaysia jika Pakatan Rakyat kalah PRU 13 kerana berlaku "penipuan". Jika Pakatan Rakyat kalah PRU 13 maka itu lah alasan demontrasi ala Arab Spring."




Photobucket

Akhirnya Najib Letak Jawatan

on Mar 24, 2013





Langkah yang diambil oleh Perdana Menteri tersebut dipercayai dilakukan oleh beliau sebagai tanda protes berikutan Parlimen enggan untuk bersetuju mengenai undang-undang mentadbir pilihan raya yang ditetapkan untuk akhir tahun ini..
Selain itu keengganan Kabinet untuk melanjutkan tempoh perkhidmatan ketua polis negara, yang akan bersara juga dikatakan sebagai antara faktor beliau meletak jawatannya.

Bagaimanapun Najib dalam isu ini ialah Najib Mikati, Perdana Menteri Lebanon.. bukannya Najib Tun Razak Perdana Menteri Malaysia..

Ini laporannya...

Najib Tun Razak nak letak jawatan??.. jauh panggang dari daging laa... nak umum bubar Parlimen pun dia takut, nak letak jawatan macam mana?

Laporan penuh sila baca di sini.. 'Lebanese prime minister resigns amid infighting'


Anak Sungai Derhaka

Photobucket

Siapa Sebenarnya PAPA GOMO...?

on Mar 22, 2013






KUALA LUMPUR: Beberapa blog hari ini menyiarkan satu maklumat berkaitan Wan Muhammad Azri Wan Deris yang dikaitkan sebagai pengendali blog Papa Gomo yang disaman RM100 juta oleh Datuk Seri Anwar Ibrahim hari ini.

Maklumat tersebut merupakan carian dari pengkalan data rekod pesalah rasuah Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malayisa (SPRM) di sini.

Data tersebut antara lain memuatkan maklumat bahawa Muhammad Azri yang ketika itu berkhidmat sebagai anggota polis trafik berpangkat koperal, pernah dituduh dengan dua pertuduhan di mahkamah atas kesalahan melakukan rasuah pada 2004 lalu.

Dalam pertuduhan pertama, Muhammad Azri dituduh meminta suapan wang tunai RM1000 daripada seorang lelaki pada 29 Nov 2004 sebagai dorongan agar tidak mengambil tindakan terhadapnya yang memiliki jarum suntikan untuk menagih dadah.

Pertuduhan kedua pula, beliau dituduh bersetuju menerima rasuah wang tunai RM400 daripada lelaki sama untuk tujuan sama pada 30 Nov.

Berikut adalah maklumat penuh:


Pangkalan Data Pesalah Rasuah
No Pengenalan Diri    :    RF 142863
Nama   : Wan Muhammad Azri bin Wan Deris
No Kes  : B-06B-68-2011
Mahkamah    : 
Hakim   : Y. A. Linton Albert [HMR], Y. A Datuk Wira Mohtarudin bin Baki [HMR] & Y. A Datuk Mohad Zawawi b
Pendakwaan     : TPR Nik Azrin Zairin bt Nik Abdullah
PeguamBela    : Samsul Sulaiman
Kesalahan    : Seksyen 10(a)(bb) dan seksyen 11(a) Akta Pencegahan Rasuah 1997 (Akta 575)
Jantina                : Lelaki
Warganegara    : Malaysia
Negeri                : Selangor
Kategori    : Penjawat Awam
Majikan                : Polis Di Raja Malaysia
Jawatan     : Koperal
Tarikh sabitan    : 06/09/2012

Pertuduhan :

Pertuduhan Pertama: Bahawa kamu pada 29.11.2004, di antara jam 1.00 petang dan 3.00 petang, di Pandan Indah, di dalam Daerah Ampang, dalam Negeri Selangor, sebagai ejen kerajaan Malaysia iaitu anggota Polis Trafik yang bertugas di Balai Polis Trafik Ampang, telah secara rasuah telah meminta suatu suapan untuk diri kamu iaitu wang tunai RM1000.00 daripada seorang yang bernama Mohd Rahyudi bin Mokhtar sebagai dorongan bagi melakukan suatu perbuatan berhubung dengan hal ehwal prinsipal kamu iaitu tidak mengambil tindakan undang-undang terhadap Mohd Rahyudi bin Mokhtar yang dikatakan memiliki jarum suntikan untuk menagih dadah dan dengan itu kamu telah melakukan satu kesalahan yang di bawah seksyen 10(a)(bb) Akta Pencegahan Rasuah 1997 (Akta 575) dan boleh dihukum di bawah seksyen 16 Akta yang sama.

Pertuduhan Kedua: Bahawa kamu pada 30.11.2004, di antara jam 11.40 pgai di lorong tidak bernama di belakang sebuah Sekolah Jenis Kebangsaan Tamil Ampang, di dalam Daerah Ampang, dalam Negeri Selangor, sebagai ejen kerajaan Malaysia iaitu anggota Polis Trafik yang bertugas di Balai Polis Trafik Ampang, telah secara rasuah telah menyetuju-terima suatu suapan untuk diri kamu iaitu wang tunai RM400.00 daripada seorang yang bernama Mohd Rahyudi bin Mokhtar sebagai dorongan bagi melakukan suatu perbuatan berhubung dengan hal ehwal prinsipal kamu iaitu tidak mengambil tindakan undang-undang terhadap Mohd Rahyudi bin Mokhtar yang dikatakan memiliki jarum suntikan untuk menagih dadah dan dengan itu kamu telah melakukan satu kesalahan yang di bawah seksyen 11(a) Akta Pencegahan Rasuah 1997 (Akta 575) dan boleh dihukum di bawah seksyen 16 Akta yang sama. "


Hukuman :

"Keputusan Hakim Mahkamah Sesyen Pertuduhan pertama: Penjara 5 bulan dan denda RM10,000 (tidak bayar, penjara 8 bulan) Pertuduhan kedua: Penjara 5 bulan dan denda RM10,000 (tidak bayar, denda 8 bulan). Hukuman penjara berjalan berasingan. Keputusan Mahkamah Tinggi: Mahkamah telah menolak rayuan Perayu terhadap sabitan. Keputusan Hakim Mahkamah Sesyen dikekalkan. Mahkamah Rayuan: Rayuan OKT ditolak. Mahkamah telah mengurangkan hukuman penjara dari 5 bulan kepada 14 hari dan denda RM10,000.00 id 8 bulan penjara adalah dikekalkan bagi kedua-dua pertuduhan. Hukuman penjara adalah berjalan secara serentak"



Photobucket

Adakah Ini Punca Pembubaran Parlimen Ditangguh...?

on



Ketua Pengarah Pilihan Raya PAS, Dr Hatta Ramli menjangkakan sembilan negeri akan jatuh kepada Pakatan Rakyat pada Pilihan Raya Umum ke-13 (PRU13) akan datang.

Katanya, keadaan inilah antara faktor yang menghalang Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak untuk membubarkan parlimen, yang kini sedang ditunggu-tunggu oleh rakyat.

Malah Hatta percaya, rakyat negara ini memang tidak sabar hendak mengundi kerana mereka akan membuat perubahan yang besar dalam PRU itu nanti.

"Saya yakin penantian rakyat untuk menunggu tarikh pembubaran parlimen satu penyiksaan buat mereka, penyiksaan yang  tidak tertanggung.

"Sebab itulah, apabila mereka mendapat berita pembubaran semalam, terus menarik nafas lega kerana ia memang ditunggu-tunggu mereka. Masing-masing menyatakan kekecewaan bila dapat tahu ianya tidak jadi," katanya kepada Harakahdaily. 

Katanya, dalam hal ini kerajaan tidak boleh hendak salahkan rakyat Malaysia kerana pengumuman yang ditunggu begitu lama.

Bagaimanapun Hatta menyeru rakyat dan penyokong Pakatan Rakyat agar meneruskan persediaan jentera pilihan raya sementara menanti tarikh rasmi dengan persiapan yang sepatutnya. 

"Jangan terlalu kecewa dengan waktu dan tarikh pembubaran sehingga menjejaskan gerak kerja kita," katanya.

Apabila diminta tarikh yang akan dipilih Najib Tun Razak, Hatta menjangkakan pembubaran parlimen akan berlaku pada hujung bulan sama ada 28 hingga 30 Mac ini.

Terkini, Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM) akan menjalankan sisatan berhubung penyebaran maklumat atau berita palsu menerusi internet dan SMS ekoran maklumat palsu mengenai pembubaran Parlimen yang tersebar di beberapa laman sosial semalam.

Berita palsu yang memetik kononnya kenyataan itu dikeluarkan oleh perdana menteri, tersebar di laman-laman sosial kira-kira 12.30 tengah hari, selepas perdana menteri dilihat keluar daripada Istana Negara pagi semalam.

Ekoran berita palsu itu, Pejabat Perdana Menteri menafikan khabar angin kononnya Dewan Rakyat dibubarkan bagi membolehkan pilihan raya umum ke-13 diadakan.



Photobucket

Rahsia Sulu Part 10 - Siapa Personaliti Tertentu Itu...?

on Mar 21, 2013








Pada 17 febuari media melaporkan 
bahawa peceroboh ingin berjumpa personaliti tertentu soalan 
timbul siapa personaliti tertentu itu? 
siapa?
 siapa dia? 
siapa dia gerangan? 
siapa dia gerangan manusia itu? 
 hingga ke hari ini masih menjadi tanda tanya?


Tanya sama kiram 
Apa sebab datang.
Nanti jawab Kiram.
Najib yang undang...


Allahu Akbar!! Terima kasih kepada penjelasan muhibbah tuan Hj Muhammad Azam... beliau melihat dari sudut keseluruhan... saya berpandangan, atas keyakinan saya bahawa Tausug tidak akan tergamak menyerang Sabah... apa yang berlaku satu pihak mengumpan mereka ke sana dengan janji, bukan untuk perang... atas beberapa helah dalam kegagalan negosiasi yang mana semua pihak tidak menyadari, maka berlaku pertempuran... bila umpan mengena, yakni Tausug yang masuk itu terperangkap.... maka mereka terpaksa berperang... sedangkan KIRAM terus sahaja bertenggek di atas perlawanan mereka untuk NAIK sebagai SULTAN yang diiktiraf kononnya..


Dan hal ini... sangat jelas... ia didalangi oleh Amerika Syarikat... kerana dalam perancangan mereka... TAUSUG yang menjadi umpan itu takkan mahu serah diri kerana USA sangat faham dengan budaya Tausug yang tak akan serah diri... mereka akan susun media mereka di luar sana untuk sentiasa mainkan sentimen sehingga mengundang PBB masuk ke Sabah... dalam beberapa minggu lagi PBB dijadualkan akan masuk.... sekarang tentera USA dah berhimpun di perairan Sulu... beberapa minggu lalu mereka dah bertolak dari USA menuju ke laut sulu..





Militia Sulu yang masuk ke Sabah dan terperangkap oleh janji yang mereka tak sedari itu, adalah seperti seekor cacing yang dicucuk badannya pada mata kail dijadikan umpan untuk satu misi KHUSUS.... Cacing pasti mati.... dan yang makan umpannya juga pasti MATI... ini program Khusus dari kesinambungan Pertelagahan Filipina dengan China keatas kedaulatan kepulauan Spratly yang kaya minyak itu..


USA sedang tenat.... Eropah sedang menjunam jatuh dalam perigi buta yang tiada penghujung..... PERANG HARUS DIMULAKAN..... untuk selamatkan tali perut USA dan Eropah.... sekarang perang sedang berlaku di SABAH... di Tawi-Tawi, kumpulan bersenjata MNLF sedang berhimpun beribu jumlahnya... bersedia menerima arahan KETUA MEREKA... mereka ini mendakwa TIADA KAITAN DENGAN KIRAM atau mana mana kesultanan pun.... kecuali arahan dari ketua mereka bahawa perlu masuk menyokong SULTAN SULU... buat masa ini mereka stanby atas nama MNLF... Semoga MNLF ini bertugas menjaga keamanan bukan sebaliknya.


CHINA dah maklumkan.... bila-bila masa China akan menyerang Jepun kerana pencerobohan wilayah... dan ini akan meluaskan peperangan sehingga menjadi DUNIA ke-III.... bersambung dengan perang di kepulauan Sulu yang mana USA sedang menyusun pertahanan di sana... Matlamat hanya satu berebut wilayah KAYA MINYAK... LAUT SULU dan Spratly...



Oleh Menteri belia dan sukan Tausug : Asree Sug


Temu ramah ringkas isu Lahad Datu-Sulu bersama aktivis kemanusiaan iaitu Saudara Ahmad Azam Ab Rahman. Beliau merupakan Pengerusi Global Peace Mission Malaysia (GPM) dan juga Ahli Majlis The Union of NGO's of Islamic World (UNIW).

Persoalan yang akan dijawab adalah:

1. Apakah sejarah perjuangan Tausug & apakah yang diperjuangkan mereka?

2. Apakah kesan daripada peperangan yang telah mereka hadapi selama beratus-ratus tahun ini?

3. Apakah peranan NGO Islam dalam isu ini?

Pautan Global Peace Mission Malaysia: www.gpm.com.my Pautan UNIW: http://www.theunity.org/en/ Pautan Future Global Network: http://www.futureglobalnetwork.com/

NOTIS:

1. Segala kandungan program dan segmen yang diterbitkan oleh MyTV adalah hakmilik MYTV GLOBAL (002211073-K) dan boleh dimanfaatkan dengan syarat dimasukkan kredit kepada MyTV serta tanpa sebarang kepentingan komersial.

2. Sebarang maklumat, informasi, maklumbalas, komen dan apa jua perkara yang dipaparkan di dalam video berkenaan dan platform lain seperti youtube dan facebook adalah pandangan peribadi individu-individu yang berkenaan dan bukanlah mewakili pandangan dan pendirian MyTV 


                                       


sumber

Photobucket

Rahsia Sulu Part 9 - Pencerahan orang Tausug sendiri.

on




Best Blogger Tips


Temu ramah khas isu Lahad Datu-Sulu bersama Asree Sug (penulis buku TAUSUG & Kesultanan Sulu) berdasarkan persoalan orang awam yang telah diambil secara survey di laman sosial facebook.


6 soalan terpilih yang diajukan kepada Asree Sug adalah:

1. Siapa Asree Sug?

2. Apakah perbezaan antara Tausug & Suluk?

3. Kenapa Tausug tidak mengaku diri mereka Filipino?

4. Apakah keunikan buku yang ditulis oleh Asree Sug?

5. Apakah komen Asree Sug berkenaan isu Lahad Datu-Sulu?

6. Apakah ada penyelesaiannnya dari kaca mata Asree Sug?


   VOTE 



Photobucket

Rakyat sendiri dihalau macam binatang....

on





Siapa yang benarkan pendatang asing Burma ini membina penempatan percuma siap bantuan kerajaan?


Dalam kita sibuk menghalakan pusat pikiran ke Lahad Datu,rupa rupanya kita terlepas pandang akan wujudnya penempatan baru di Kampung Bukit Malut Langkawi. Tidak cukup dengan perumahan Taman Nilam, [Klick sini ]Kini 1 lagi penempatan sedang giat di bina.

Anda perasan ke tidak, apabila pendaratan warga Myanmar yang kononnya Rohingya mendarat secara haram ke langkawi.[baca laporan tu di sini] Berita mereka HILANG setakat ditangkap dan dibawa ke .... dot dot dot..

Kemanakah mereka dibawa? Gua cuma membawa anda ke Langkawi dan lihat bukti bukti bergambar dan temubual dengan Burma burma ini yang sedang sebuk teramat membina rumah sendiri.

Dalam saat rakyat sendiri dihalau,kerajaan diam diam melayan "anak emas" sangat special hanya kerana UNDI BN yang diharapkan bagi mengekalkan BN memerintah negara kita.














Siapakah dibelakang semua pembinaan ini?


Rakyat sendiri dihalau macam binatang....


                         



Photobucket

Followers

pop up text

Blog Archive

Top Ranking Pro PR

My Blog List