SIAPA YANG PENIPU...NAJIB ATAU KAMILIA

on Apr 22, 2013










Dengan nada keras tapi tegas, mantan  Naib Ketua Wanita UMNO Malaysia, Datuk Kamilia Ibrahim memberi tahu bahawa Najib Razak langsung tidak ada menawarkan dirinya bertading di DUN Bukit Chandan dan seterus jika BN maenang di Perak akan beliau diangkat sebagai Exco Kerajaan Negeri.

Dengan kenyataan ini amat jelas beliau dikira menuduh Najib Razak adalah seorang PM yang penipu!!!!

Jadi siapa yang menipu?.. Datuk Kamilia Ibrahim atau Najib Razak?

Kalau ditanya pada rakyat.. agak-agaknya siapa rakyat akan kata antara kedua mereka menipu jika diambil kira sejarah lampau?



Photobucket

PRU 13 YANG DIHANTUI OLEH DUA HARIJADI

on







DUA TARIKH LAHIR YANG SERAM

HARI PENAMAAN CALON
IALAH HARI LAHIR TEOH BENG HOCK

HARI KEPUTUSAN PRU13
IALAH HARI LAHIR ALTANTUYA

PRU 13 YANG DIHANTUI OLEH DUA HARIJADI

Adakah ini satu kebetulan yang MENYERAMKAN ?

Ada yang mengatakan kita tidak dapat lari dari rantai karma sebab dan akibat. Kematian dua orang yang tidak berdosa ini masih belum selesai tetapi rantai karma sebab dan akibat seakan-akan kembali untuk MENHANTUI pihak-pihak yang bersalah.

Tarikh-tarikh ini bukan satu kebetulan , sesungguhnya ianya TIMBUL KEMBALI di hari-hari sebegitu penting menjelang Pilihan Raya Umum ke-13.

Hari jadi Teoh Beng Hock jatuh pada 20 April bersamaan HARI PENAMAAN calon-calon Pilihan Raya dan Altantuya pula lahir pada 6 Mei bersamaan HARI KEPUTUSAN MUKTAMAD PRU 13 akan diumumkan.

Mungkinkah kebetulan sedemikian menuding jari kepada Si Dia yang telah bersalah di dalam menyebabkan kematian kedua-dua mereka?

Semoga Tuhan merahmati Beng Hock dan Altantuya agar mereka dapat bersemadi dengan tenang.


FB




Photobucket

MAKCIK MIDAH AKAN BUNGKUS...?

on








Bengang dengan sokongan rakyat yang semakin meningkat, menyebabkan akal fikiran yang waras sebelum ini sudah mula hilang pertimbangan.

Kejadian serangan oleh seorang pemimpin wanita Umno Perak ini sungguh memalukan terutamanya berjawatan tinggi dalam kerajaan HARAM. 

Inilah yang dialami calon KEADILAN bagi parlimen Gopeng, Dr Lee Boon Chye yang ditarik bajunya dan dicekik menggunakan tangan di kolar baju oleh BEKAS ADUN Sungai Rapat, Hamidah Osman.

Kejadian berlaku sekitar jam 5.20 petang semalam apabila Hamidah dan 100 penyokong Umno dari DUN berkenaan mula melancarkan provokasi susulan berita yang diterima Dr Lee menyatakan terdapa pergaduhan antara penyokong Barisan Nasional (BN) dengan Pakatan Rakyat.

Kejadian yang berlaku di Taman Tasik Permai di Batu Gajah, dalam parlimen Gopeng itu menyebabkan campur tangan pihak berkuasa turut dilakukan bagi mengelakkan sebarang insiden lebih buruk.

Tambah Dr Lee lagi, Hamidah yang datang kira-kira jam 6 petang di lokasi sama dengan samseng BN tersebut tiba-tiba menyerang Dr Lee di atas sebab beberapa penyokong Pakatan Rakyat yang cuba mengambil gambar dan video sebagai bukti kepada kejadian itu.

Bertindak atas maklumat awam, sepasukan anggota polis dari ibu pejabat polis daerah Batu Gajah bergegas ke tempat kejadian dan mengarahkan supaya penyokong kedua-dua parti bertenang dan diarah supaya beredar.

Namun ketika mahu menurut arahan polis, Hamidah pantas menyerang Dr Lee dari belakang menyebabkannya hampir terjatuh dan dicekik lehernya menggunakan kolar baju yang dipakai Dr Lee.

Dalam laporan polis yang dibuat sejurus selepas kejadian itu, Dr Lee menceritakan segala insiden yang berlaku termasuk kamera dan video petugas KEADILAN dicampak dan dirosakkan dengan tangan Hamidah sendiri, dipercayai bagi tujuan menghapuskan bukti berupa video dan gambar yang sempat dirakam semasa kejadian itu berlaku.


LAGI KAT SINI

DAN DISINI
Photobucket

Bodoh bin Bangang.....Masalah Teknikal Konon...!

on






Apa makna "PAKATAN".... mungkin Anwar Brahim, Haji Hadi dan Lim Kit Siang Malam boleh tolong jawap...!!!! Macamana nak kongsi kuasa perintah negara kalau nak capai persetujuan untuk kerusi pilihan raya pun tak boleh settle.... gila terbabas laaa... diorang nih... 

Bodoh bin Bangang.... itulah perkataan yang sewajarnya dilemparkan kepada pimpinan parti2 diatas. Isu calon Sungai Acheh dah berminggu diperkatakan.... hingga tibanya hari semalam (penamaan calon) masih tak bleh settle... sembang pasal negeri/negara berdegar2.... urusan siapa nak bertanding pun tak boleh kowtim... macam sial jer.... gua tengok pimpinan Pakatan Rakyat nih....

Orang punyalah bersemangat nak menguburkan umno/bn laknatullah, pimpinan PR pulak macam sengaja jer... menunjukkan kelemahan serta kebodohan tolol masing2.... khaaakkkk... ptuuuiiii....!!!!


Selalunya Bangang Tahap Pertama ini milik umno laknatullah.... tapi nak buat macamana kaaannnn.... Pimpinan PR pun nak tumpang dua tiga mangkuk tahap Bangang tuuuu.... muakakakakaaaa....!!!!

Gua memang tak boleh blah dengan kebodohan yang disengajakan seperti pertindihan calon seperti ni.., yang buat sakit hati tuuuu... bukannya satu pertindihan calon... tujuh pertindihan calon semuanya, ini kerja bodoh yang memperlihatkan tiada persepakatan dalam PR. Melambangkan sifat tamak haloba dan gila kuasa dikalangan parti diorang.... boddddddooooohhhhh... punya tindakan.

Hari ini keluar statement kononnya "Masalah Teknikal".... hahahaha... alasan macam kerja kilang la pulak.... muakakakakaaaa.....!!!!

Boleh ke diterima alasan macam tuuuu.... adusssss... lantak pi kat lu orang laaaa... tapi bagi gua betul2 menampakkan tiadanya persepakatan dalam PR. Bola tanggung buat umno/bn laknatullah mainkan isu "Persepakatan" dalam PR yang membayangkan adanya kekacauan dalaman.

Sebelum ini PR mengatakan dalaman Barisan Nasional bergolak bla.. bla.. bla.... rupanya 2 x 5 jer.... hahahaha...., macam gua katakan tadi..., itu pimpinan punya hal dan selesaikan secapat mungkin sebelum tibanya haru mengundi.

Siapa yang nak tarik diri dan hilang wang deposit... itu diorang punya hal... parti tanggung laaaa... kerugian tersebut akibat kerja bodoh pimpinan yang bangang... hahahaha...!!!!

Tukar jelah nama "PAKATAN RAKYAT" tu kepada nama lain... sebab lu orang pun bukannya tau apa maksud PAKATAN tuuuuu....!!!!

Berangin jugak dengan kebebalan pimpinan PR nih.... tapi dah takda wadah dan cara lain untuk humban umno/bn laknatullah ke Laut China Selatan buat tukun forever.... terpaksalah sokong sampai menang dan takluk Putrajaya.... hahahahaha......!!!



Photobucket

Apabila Pemimpin Besar UMNO Mengucapkan 'Goodbye BN'...

on




Sekurang-kurangnya 22 pemimpin dan ahli Umno di seluruh negara menjadi calon bebas apabila mereka tidak bersetuju dengan calon pilihan pucuk pimpinan Umno.

Mengetuai pemberontakan dalaman Umno ini adalah Naib Ketua Wanita UMNO, Datuk Kamilia Ibrahim yang bertanding sebagai calon bebas di Parlimen Kuala Kangsar.



Bekas Timbalan Menteri Pertanian, Datuk Seri Mohd Shariff Omar pula bertanding calon bebas di Parlimen Tasek Gelugor dan DUN Sungai Dua.
Di Tasek Gelugor, Sharif melawan calon BN Shabudin Yahya dan calon PAS, Tan Sri Rahman Maidin.

Ketua Pemuda UMNO Sepang, Suhaimi Mohd Ghazali pula bertanding calon bebas di Parlimen Sepang. 

Turut bertanding di situ adalah seorang lagi AJK Umno bahagian Sepang,  Hanafiah Mohamed.

Ketua Penerangan UMNO cawangan Sungai Besi, Mokhtar Salahudin pula bertanding di Parlimen Bandar Tun Razak sebagai calon bebas.

Berikut adalah 17 lagi calon-calon bebas dari kalangan pemimpin dan ahli Umno di seluruh negara.

1. Setiausaha Kerja UMNO Bandar Tun Razak, Mohamad Sukeri Abdul Samat –Parlimen Bandar Tun Razak

2. Ahli UMNO cawangan Bukit Persekutuan, Rusli Baba – Parlimen Lembah Pantai

3. Ahli UMNO Subang, Datuk Edros Abdullah – DUN Kota Damansara

4. Ketua UMNO cawangan Sungai Buaya Selatan, Mustaf Talib – DUN Batang Kali

5. Bekas Ahli Dewan Undangan Negeri Tanjung Seri, Datuk Fadzil Hanafi – DUN Alor Mengkudu

6. Ahli UMNO Sungai Cawangan Limau, Sobri Ahmad – DUN Sungai Limau

7. AJK UMNO Bakri, Md Ghazali Salamun – DUN Bukit Naning

8. Timbalan Ketua UMNO cawangan FELDA Adela, Mohd Azaman Johari –Parlimen Pengerang

9. AJK UMNO Ledang, Mohd Zan Abu –DUN Gambir

10. Ketua UMNO cawangan Parit Rabu, Yunos Mustakim – DUN Gambir

11. Ahli UMNO cawangan Kampung Banggol, Bekas Ahli Parlimen Setiu, Mohd Yusop Majid – DUN Permaisuri

12. Bendahari UMNO cawangan Pekan Kertih, Zulkiflee Salleh – DUN Kemasek

13. Ahli UMNO cawangan Bukit Perah, Mohd Nuhairi Muhammad – DUN Ajil

14. Ahli UMNO cawangan Kampung Kubang Panjang, Ja’afar Jambol – DUN Alur Limbat

15. Ahli UMNO cawangan Kampung Ibol, Md Ali Mustafa bertanding – DUN Seri Menanti

16. Ketua UMNO cawangan Kikangsa Kayul, Jusbian Kenneth@Kini – DUN Kuala Penyu

17. Ahli Pemuda UMNO cawangan Sungai Sibugah, Mohd Arshad Abdul –DUN Sungai Sibugah.



Photobucket

Ribuan Hadir Dengar Ceramah Ustaz Azhar Idrus

on






Walaupun disekat dengan memperalatkan Jabatan Agama Islam Melaka untuk menghalang ceramah agama  pendakwah terkenal Ustaz Azhar Idrus disebuah surau di Taman Krubong, Melaka malam tadi, namun ceramahnya yang dipindahkan ke-lokasi di padang depan Dewan Tun Ali, Jalan Kudu Bukit Katil, Melaka tetap mendapat sambutan yang begitu hebat sekali.

Ribuan yang hadir.. Ini menunjukkan rakyat Melaka sudah tidak gentar dan takut dengan ugutan.

Lagi diugut lagi rakyat akan tunjukkan keberanian..Rakyat sudah bangkit.. Fenomena kini ialah kebangkitan rakyat untuk menentang kezaliman dan penindasan UMNO.



Photobucket

SANGGUP MENGECAT PAGARNYA DENGAN LAMBANG PAS BAGI TUNJUK SOKONGAN KEPADA PAKATAN RAKYAT

on




Kebangkitan rakyat adalah fenomena kini....Rakyat mau melakukan perubahan...Rakyat maukan agar Pakatan Rakyat ambil alih Putrajaya...Itulah hasrat dan kehendak rakyat dewasa ini.

Lihat saja rakaman gambar diatas. Cukup mengharukan Omak kau...Seorang warga emas sanggup mengecat seluruh pagar batunya dengan lambang PAS bulan penuh sebagai tanda sokongan tinggi tanpa berbelah bagi kepada perjuangan PAS/PR... Sanggup melakukannya sendiri dengan mengeluar duit sendiri juga.

Sebab itu bila rakyat dah mula bangkit maka sudah pasti UMNO bakal sakit.. Bila rakyat dah bijak UMNO akan di tolak.

Kalau warga emas di luar bandar pun dah celik politik dan tolak UMNO...jadi patut malu kita yang cerdik IT dan berilmu tinggi masih nak sokong UMNO.

Jadilah warga yang bijak dan bermaruah.. Tolak UMNO/BN dan berikan sokongan padu kepada Pakatan Rakyat.


OMAKKAU
Photobucket

PASIR MAS.....Kegiatan Membeli Undi Sudah Bermula...!

on Apr 21, 2013




Awas kegiatan membeli pengundi di Pasir Mas sudah pun bermula. Maklumat risikan bebas memberi tahu ada orang tertentu telah berjumpa dengan individu atau pun pemimpin masyarakat yang tidak tegar kepada parti kerajaan menawarkan wang dengan jumlah tertentu.

Sasaran utama kumpulan 'pengandal dacing' ialah tok penghulu dan tok imam atau pun kumpulan-kumpulan samseng kampung. Mereka ditawar dengan wang sebanyak RM500 hingga RM1000 agar mengundi calon tertentu. Mereka yang sedia menerima tawaran berkenaan diminta bersumpah dengan menyebut; walahi, wabillah dan watalahi.

Menurut risikan 'pengandar dacing' ini akan memasuki ke kampung dan berjmpa dengan sasaran mereka. Mereka bergerak secara senyap dan mendekati pengundi secara halus dan normal.

Semua pihak di Pasir Mas harus berwaspada dengan fenomena ini. Pasir Mas sejak dulu lagi dikenali dengan kawasan yang mengamalkan politik dajal. Politik dajal hebat berlaki di dalam Umno Pasir Mas. Bekas ketua bahagian Pasir Mas pernah mndedahkan nilai jawatan-jawatan yang dipertandingkan di Pasir Mas dengan jumlah tertentu.

Misalnya untuk menjadi ketua bahagian saja memerlukan RM500 ribu, untuk jadi timbalan RM300 ribu atau naib ketua RM150 ribu. Untuk menjadi kumpulan G7 perwakilan ke Umno sahaja memerlukan sekurang-kurang RM50 ribu.

Adalah dipercayai politik wang berkenaan menular ke luar Umno dan turut menjadi amalan dalam pilihan raya.

Politik dajal hendak dibersihkan dari bumi Pasir Mas waima di kalangan Umno sendiri harus menolaknya. Selagi ia dibiarkan maka selama itulah bumi Pasir Mas tidak akan suci dan bersih dengan politik dajal. 


mso
Photobucket

PENIPUAN BERTERUSAN MESTI DIHENTIKAN...!

on





Biar saya terangkan fakta sejarah pilihan raya tahun 1999 di Lembah Pantai.  Zainur Zakaria dari Keadilan Nasional dan Sharizat Jalil dari United Malays National Organisation telah bertanding. Pada hari pengundian saya adalah warga Bangsar Utama. Tempat pengiraan undi itu tidak sampai dua kilometer dari bilik  saya. Cuaca pada hari itu molek indah dan berseri. Hujan tidak, ribut pun tidak. Pengundian berjalan dengan aman permai.

Pengiraan undi dijalankan disebelah malam. Saya duduk bersama kawan-kawan menunggu keputusan. Kiraan awal Shahrizat Jalil tewas. Kami gumbira. Tetiba – hampir jam 1:00 pagi - kami diberitahu ada peti undi baru masuk. Peti undi dari Kampong Bohol dan Kampong Pasir. Bila peti undi dibuka Zainur Zakaria tewas. Shahrizat Jalil menang dengan hanya kelebihan 1,417  undi. Semua undi ini datang dari Kampong Bohol dan Kampong Pasir.

Saya diberitahu bahawa peti undi ini lambat sampai kerana hujan lebat dan banjir di Kampong Bohol dan Kampong Pasir. Sebenarnya Kedua buah kampong ini tidak sampai  4 kilometer dari tempat pengiraan undi. Saya terperanjat dan terus mencarutkan Shahrizat.  Pada malam itu di Bangsar dan di wilayah Lembah Pantai tidak ada hujan atau ribut. Ini hakikat sejarah. Ini bukan fitnah.

Biar saya surahkan lagi satu kesah tentang Najib Razak  dalam pilihan raya tahun 1999. Kiraan awal Najib Razak telah kalah. Tetiba datang peti undi  yang membawa undi pos. Maknanya undi dari kem tentera. Sebanyak 2,400 undi baru telah dibawa masuk. Akhirnya Najib menang tipis dengan hanya  mendapat  242 kelebihan undi. Hakikatnya -  ini sejarah bukan fitnah.

Paling akhir ialah pilihan raya kecil di Sibu yang terkenal dengan ‘ gua tolong lu... lu tolong gua...’. Kiraan undi pada malam 19 Mei 2010 telah menunjukkan calon DAP menang. Tetiba satu peti undi baru sampai. Dikatakan peti undi pos ini dari  kem askar yang telah mengundi lebih awal.

Bila peti undi ini sampai para pekerja  dan aktivis Pakatan Rakyat telah membantah. Mereka tidak mahu ditipu. Pertengakaran bermula. Mereka berhujah kalau ini peti undi pos  maknanya tentera telah mengundi 3 hari lebih awal. Kenapa baru sekarang peti undi ini sampai. Suasana tegang. Akhirnya peti undi ini di tolak. Calon DAP diistihar menang.

Hujung minggu lalu saya di Jeli Kelantan – kawasan Tok Pa Menteri Perdangan Antarabangsa. Saya menjalankan bengkel Pemantau. Tetapi bukan hal bengkel yang ingin saya kesah. Apa  yang ingin surahkan disini  ialah bagaimana Tok Pa ini menang dalam PRU12 dahulu. Mengikut surah yang saya dengar dari pekerja parti PKR – Tok Pa telah kalah pada pengiraan awal. Tetiba jam 2:00 pagi satu lagi peti undi datang. Kali ini sama saperti Najib Razak di Pekan – Tok Pa juga diselamatkan oleh undi tentera di Jeli.



Muka Abang aktvis PKR  yang menurunkan surah ini cukup sedih bercampur marah. Justeru mengikut  Abang ini dia menghadirkan diri ke bengkel Pemantau  ini untuk belajar bagaimana menjadi Pemantau yang terlatih. Abang ini  tidak mahu kiraan jumlah undi  di Jeli tidak akan ditipu sekali lagi.

Peti undi datang lambat, hilang tengah jalan, peti undi lambat sampai kerana banjir, kerana jambatan patah -  memang selalu kita dengar. Ini semuanya kong  kalikong kerja jahat  SPR untuk memastikan United Malays National Organisation terus berkuasa.

Semua ini adalah hakikat. Semua yang saya tulis bukan fitnah. Selama lebih dari 50 tahun SPR telah bekerjasama dengan United Malays National Organisation untuk mencuri undi. Tahun demi tahun United Malays National Organisation terus menang. Menipu dan mencuri undi telah menjadi satu seni untuk parti Ketuanan Melayu ini.

Mari kita semua renungkan kenapa perlu Ngo Tindak Malaysia melatih berpuluh ribu Pacaba – ejen mengundi, ajen mengira dan ajen di barong. Kenapa Bersih memerlukan 4 hingga 8,000 Pemantau.  Kenapa di Kelantan dilatih hampir 2000 Pemantau Rakyat. Juga,  kenapa Ngo ABU – Asalkan Bukan Umno –  bergerak dan berkempen  ke seluruh negara. Kenapa Solidariti Anak Muda (SAMM) dan Solidariti Mahasiswa Malaysia (SMM) aktif memberi pencerahan tentang pilihan raya?

Jawabnya: kerana pilihan raya di Malaysia ini penuh dengan penipuan. Selama ini kemenangan United Malays National Organisation  dan kuncu-kuncunya ialah kemenangan dengan cara menipu undi. Kuasa yang dimiliki oleh parti Ketuanan Melayu ialah dengan cara tipu.

Tetapi , kali  ini, pada 5 Mei 2013 semuanya akan berubah. Kali ini orang ramai bukan hanya sedar akan penipuan yang akan berlaku. Kalau dalam pilihan raya sebelum ini pengundi dan orang ramai menerima  penipuan itu dengan hati yang sedih. Mereka pulang dengan jiwa gundah gulana satelah menerima kekalahan. Mereka melihat kuasa dan pihak yang berkuasa bagitu kuat sekali. Kali ini semuanya telah berubah.

Slogan warga Sabah – INI KALILAH – cukup tepat. Kemualan, kebencian dan rasa marah orang ramai yang selama ini ditipu dalam pilihanraya telah sampai  ke tahap gaban. Kesabaran tidak mungkin dibendung-bendung lagi. Selama lebih dari  50 tahun rakyat telah dibodoh-bodohkan. Selama lebih dari 50 tahun rakyat telah di tarik hidung. Selama lebih dari 50 tahun rakyat telah ditakutkan dengan pelbagai undang-udang. Selama lebih dari 50 tahun rakyat telah diancam dengan ISA. Ini kali semuanya akan  berubah. Ini kali  rakyat akan bangun melawan.

Satelah diumumkan parlimen dibubar dan tarikh hari mengundi diketahui kelihatan keyakinan orang ramai untuk menjatuhkan kerajaan Barisan Nasional  semakin tersusun.  Setiap malam ribuan warga penyokong Pakatan Rakyat turun mendengar ceramah penerangan. Ngo dari pelbagai sektor sedang aktif memberi pencerahan.

Malah Ngo ABU telah memulakan kempen untuk menghalang Mat Banga, Mat Indon atau Mat Myamar dari datang mengundi. Dengan jelas  ABU telah memberi amaran kepada  pendatang  yang telah diberi kad pengenalan segera ini agar jangan datang menghampiri tempat mengundi.

Pada 5 Mei nanti -  aktivis Pemantau Rakyat, SAMM, SMM, ABU  dan ribuan anak muda Berbaju Kuning dari kerabat Bersih , Berbaju Hijau dari kerabat Himpunan Hijau, Berbaju Merah dari kerabat Royalti dan Berbaju Hitam dari kerabat SAMM – akan berkeliaran disekitar tempat mengundi. Anak-anak muda ini akan memantau untuk memastikan pengundi ‘haram’ ini tidak berani muncul. Tidak berani menunjukkan muka di kawasan mengundi.

Orang ramai sedar bahawa masih banyak tipu helah yang akan dijalankan oleh SPR dan kuncu-kuncunya. Orang ramai sedar bahawa pekerja SPR akan cuba melakukan penipuan secara licik. Kes tidak cukup borang 14, kes lampu padam, kes leterik  di seluruh kawasan pengiraan undi putus akan terjadi. Kemasukan peti undi baru, peti undi ditukar ganti, penemuan banyak undi rosak – semua ini adalah trik-trik lama yang sering digunakan oleh barua United Malays National Organisatiuon untuk menang.

Sayugia diingatkan kepada pihak yang ingin menipu, kepada pihak yang merancang untuk menipu  bahawa Bersih 1 , Bersih 2 , Bersih 3 dan Hari Kebangkitan Rakyat 12 Januari 2013 – adalah semboyan amaran. Semboyan amaran inio berbunyi :  tipu pilihan raya  pengundi akan turun ke jalan raya.

TUKAR TIUB

Photobucket

Followers

pop up text

Blog Archive

Top Ranking Pro PR

My Blog List