Bengang dengan sokongan rakyat yang semakin meningkat, menyebabkan akal fikiran yang waras sebelum ini sudah mula hilang pertimbangan.
Kejadian serangan oleh seorang pemimpin wanita Umno Perak ini sungguh memalukan terutamanya berjawatan tinggi dalam kerajaan HARAM.
Inilah yang dialami calon KEADILAN bagi parlimen Gopeng, Dr Lee Boon Chye yang ditarik bajunya dan dicekik menggunakan tangan di kolar baju oleh BEKAS ADUN Sungai Rapat, Hamidah Osman.
Kejadian berlaku sekitar jam 5.20 petang semalam apabila Hamidah dan 100 penyokong Umno dari DUN berkenaan mula melancarkan provokasi susulan berita yang diterima Dr Lee menyatakan terdapa pergaduhan antara penyokong Barisan Nasional (BN) dengan Pakatan Rakyat.
Kejadian yang berlaku di Taman Tasik Permai di Batu Gajah, dalam parlimen Gopeng itu menyebabkan campur tangan pihak berkuasa turut dilakukan bagi mengelakkan sebarang insiden lebih buruk.
Tambah Dr Lee lagi, Hamidah yang datang kira-kira jam 6 petang di lokasi sama dengan samseng BN tersebut tiba-tiba menyerang Dr Lee di atas sebab beberapa penyokong Pakatan Rakyat yang cuba mengambil gambar dan video sebagai bukti kepada kejadian itu.
Bertindak atas maklumat awam, sepasukan anggota polis dari ibu pejabat polis daerah Batu Gajah bergegas ke tempat kejadian dan mengarahkan supaya penyokong kedua-dua parti bertenang dan diarah supaya beredar.
Namun ketika mahu menurut arahan polis, Hamidah pantas menyerang Dr Lee dari belakang menyebabkannya hampir terjatuh dan dicekik lehernya menggunakan kolar baju yang dipakai Dr Lee.
Dalam laporan polis yang dibuat sejurus selepas kejadian itu, Dr Lee menceritakan segala insiden yang berlaku termasuk kamera dan video petugas KEADILAN dicampak dan dirosakkan dengan tangan Hamidah sendiri, dipercayai bagi tujuan menghapuskan bukti berupa video dan gambar yang sempat dirakam semasa kejadian itu berlaku.
LAGI KAT SINI
DAN DISINI
0 comments:
Post a Comment