Pakatan Rakyat Boleh Jatuhkan Najib Menerusi Tengku Razaleigh...!

on Jun 19, 2013



Sama ada memang benar berlaku penyelewengan dan ketidak-adilan (melampau) dalam pilihan raya KE-13 lalu, hakikatnya parti UBN masih berkuasa dan Najib Razak masih menjadi perdana menteri. Dalam permainan politik yang berpaksikan kepada 4C (teori saya) sebagai rukunnya, penegakkan kebenaran dengan segala macam fakta 'akli' atau bayangan tidak merubahkan keadaan.

Rakyat apa lagi rakyat berbangsa Melayu tidak mudah untuk digerakkan mengikut apa yang diagendakan. Bukan mereka cerdik atau pintar tetapi begitulah sifat dan ciri-ciri yang ada kepada mereka, Bangsa Melayu adalah bangsa separuh masak - kebaratan pun tidak ketimurtengahan juga pun tidak. Sebahagian besar orang Melayu masih berfikir secara ortodoks.

Puak pembangkang khasnya Anwar Ibrahim yang kagen dan kempunan hendak menjadi perdana menteri masih berusaha dengan cuba menafikan pilihan raya ke-13 tempoh hari. Anwar yang boleh dipuji beliau tidak pernah berputuas asa dan boleh mengubah segala janji dan ikrar politiknya. Sebelum ini dia bermadah akan bersara dalam politik sekiranya Pakatan Rakyat tidak menang. Saya sudah menduga awal-awal kenyataan (janji) itu sebahagian sebagai gimik dan modal politiknya demi meraih simpati. 


sambung baca seterusnya  KAT SINI


Photobucket

Pengkhianat Negara: RCI diberitahu, pendatang India jadi anggota Rela, terima BR1M

on



Pendatang asing dari India, Peer Mohamad Kadir hari ini berkata beliau menerima kad pengenalan hanya dalam tempoh dua tahun selepas tiba di negara ini semasa berusia 24 tahun, pada tahun 1984.

Peer, 53, memberitahu Inkuiri Diraja Suruhanjaya Siasatan Pendatang Tanpa Izin (RCI) Sabah selepas dua kali gagal memohon kad pengenalan, beliau memperolehi kad pengenalanpada 1986, dengan bantuan pak ciknya selepas membuat permohonan sama di Jabatan Pendaftaran Negara (JPN) Kota Marudu.

Beliau yang juga merupakan anggota Pasukan Sukarelawan Malaysia (Rela) turut berkata pernah mengundi dalam lima pilihan raya termasuk beberapa pilihan raya kecil dan merupakan penerima Bantuan Rakyat 1 Malaysia (BR1M) bernilai RM500.

"Saya diberi borang, tetapi saya tidak pandai isi ... semua pak cik saya tolong," kata Peer yang lahir di Chennai, India ketika disoal oleh pegawai RCI di Mahkamah Tinggi Kota Kinabalu di sini.

"Saya diarahkan membayar duti stem sebanyak RM20, surat akuan semua ada ... pak cik uruskan," katanya lagi, yang juga tidak mempunyai sijil lahir dan data ibu bapa yang tidak lengkap di pangkalan data JPN.

Ketika disoal oleh pegawai penyiasat RCI Jamil Aripin bahawa tempat lahir sebenar dan tempat lahir yang tertera dalam kad pengenalannya juga berbeza, bekas Pegawai Perhubungan Awam Dewan Perniagaan dan Perindustrian India Muslim Sabah (DPPIMS) itu berkata beliau tidak mengetahui perkara itu dan tidak sedar bahawa beliau memperolehi kad pengenalan melalui cara yang tidak sah.

"Adakah kamu bersetuju kad pengenalan kamu diperolehi dengan cara menyalahi undang-undang?" soal Jamil.


"Saya tak dapat jawab," kata Peer, yang turut mengundi di Dewan Undangan Negeri (DUN) Likas pada Pilihan Raya 2013 lalu.

http://shalehudin.blogspot.com


Tarik balik kad pengenalan pendatang, usul ahli Parlimen BN kepada RCI


Photobucket

Meroyan, Menyesal dan Nyanyok.... Dah mulai nak main kacau taik sendiri....!

on



Akibat terlalu lama berkuasa,, secara kuku besi sehingga di gelar mahafiraun dan berbagai gelaran lagi...Kini dia dah mula nak sampai main kacau taik sendiri.....

Siapa yang menyuruh rakyat Malaysia menggunakan teknoloji ICT,,, akhirnya menyesal,,, dah mula makan diri...Klik Sini

Risau dengan kecanggihan teknoloji ICT,, dah minta sejarah Malaysia di tulis semula,,,,apa taknya,, sejarah terdahulu tak menguntungkan umno,,,, lantak pi lah,, tapi teringat ada suatu ketika,, ia pernah minta terjemahan Al-Quran pun ditulis semula, sesuai dengan kehendak dia...

Siapa yang duk arahkan buat sekolah wawasan,, sekolah tiga bangsa dalam satu lokasi sebelum ini,,, hari ini dah gaduh pulak perlu sebuah sekolah kebangsaan di bawah satu bumbung bagi semua kaum, dapat menjamin Malaysia yang aman, bersatu dan akan menjamin masa depan lebih baik untuk warganya.  

Siapa yang duk menyusahkan guru-guru dengan isu PPSMI,,, suruh belajar mathematic dan Sain dalam bahasa inggeris,,, hari ini cadang sebuah sekolah kebangsaan di bawah satu bumbung bagi semua kaum, dapat menjamin Malaysia yang aman, bersatu dan akan menjamin masa depan lebih baik untuk warganya.  

Boleh baca cerita sepenuhnya Klik sini

Selagi ko orang Umno,, tolak Islam,, maka ingatlah... selagi itulah tidak akan ada jalan penyelesaiannya... 


manjongmari

Photobucket

PETROL DI INDONESIA NIAK TAPI MASIH MURAH DARI MALAYSIA...!

on




Kebiasaanya apabila rakyat bersungut akan kenaikan harga petrol, maka akhbar-akhbar pro BN/UMNO akan mula menyiarkan perbandingan harga petrol di antara negara-negara jiran..

Media perdana akan memainkan peranan mereka bagi menunjukkan betapa murahnya minyak di negara ini berbanding negara jiran..
seolah-olah mereka mahu kita sujud syukur sampai lebam dahi setiap kali BN menaikkan harga petrol..
Antara paparan yang selalu keluar adalah seperti ini..


Utusan selalu berusaha memaparkan harga petrol di negara jiran adalah mahal,mengambil contoh perbandingan harga dengan negara Indonesia,
Utusan memaparkan harga petrol di negara berkenaan adalah mahal,iaitu RM3.18 seliter..

yer..RM3.18 seliter digunakan sebagai hebahan berita perbandingan harga petrol bagi menunjukkan betapa mahalnya harga petrol di Indonesia dan betapa murahnya petrol di Malaysia..

Tapi yang menghairankan adalah..
Kosmo hari ini memaparkan berita mengenai kenaikan harga petrol di Indonesia..
dalam berita berkenaan,Kosmo menyatakan bahawa harga petrol di Indonesia kini adalah pada harga RM1.40 seliter.
jauh lebih murah dari RON95 di negara ini.. 


Bukan setakat Kosmo sahaja..
Utusan pun sebelum ini ada menyiarkan harga petrol di Indonesia ketika melaporkan berita mengenai kenaikan harga petrol di negara berkenaan..

Walaupun harga petrol di Indonesia yang dilaporkan oleh Utusan sedikit berbeza dengan apa yang dilaporkan oleh Kosmo,kedua-dua harga yang dinyatakan masih lagi jauh lebih murah dari RON95 yang dipakai oleh kebanyakan rakyat Malaysia..

Kosmo melaporkan harga perol di Indonesia adalah RM1.40 seliter (ikut tukaran RM) 
Utusan pula melaporkan RM1.42 seliter (juga setelah ikut tukaran RM)
apa pun kedua-dua harga berkenaan masih lagi murah dari petrol yang digunakan oleh rakyat Malaysia..

Berikut adalah petikan berita Utusan yang mengatakan harga petrol di Indonesia adalah pada kadar RM1.42 seliter.. 


Mungkin juga kerajaan hanya mengambil kadar harga minyak yang paling mahal di setiap negara yang dibuat perbandingan bagi mencapai objektif mereka untuk mengelirukan rakyat konon-kononnya harga petrol di negara ini adalah yang kedua termurah di Asia..

Seperti contoh di negara ini ada dua versi - RON97 dan juga RON95..
RON 97 kebiasaannya digunakan oleh mereka yang memiliki kereta mewah yang sudah tentunya mereka juga berada dalam golongan "mewah dan berada"...

Manakala rakyat Malaysia secara majoritinya menggunakan RON95,minyak yang sesuai untuk digunakan oleh kereta biasa dan juga oleh rakyat biasa.. 

Jadi, jika kerajaan mahu membandingkan harga petrol di antara dua negara,kerajaan sepatutnya mengambil harga petrol yang menjadi kegunaan utama di kedua-dua negara...

Dan dari sini dapatlah kita lihat bahawa Indonesia sebelum ini memberikan harga petrol yang rendah bagi kegunaan rakyatnya...

P/S : 
harga petrol Indonesia yang paling murah = RM1.40 seliter
harga petrol Malaysia  yang paling murah = RM1.90 seliter
Di Indonesia tak ada UMNO tau...



Photobucket

Gempar....... Akhirnya Perdana Menteri Umum Letak Jawatan...!

on Jun 18, 2013



Perdana Menteri Czech, Petr Necas terpaksa meletak jawatan semalam ekoran skandal rasuah dan pengintipan melibatkan pembantu rapatnya.

Peletakan jawatan itu sekali gus menyebabkan negara anggota Kesatuan Eropah (EU) itu terjerumus kepada situasi tidak pasti berhubung siapa yang akan membentuk kerajaan.

Mengikut Perlembagaan Czech, kesemua kerajaan perlu meletak jawatan dan mungkin akan berlaku tawar menawar antara perikatan kerajaan, pembangkang dan Presiden, sebelum sebarang pengganti dilantik.

Necas meletak jawatan beberapa hari selepas pendakwa raya mendakwa Ketua Pejabat Perdana Menteri, Jana Nagyova kerana merasuah anggota Parlimen dan mengarahkan ejen perisikan mengintip orang ramai. 



Photobucket

LETAK JAWATAN AJE....TAK PAYAH NAK KECEWA DENGAN DAKWAT KEKAL...!

on


SPR


Setelah berdepan kritikan bertubu-tubi berhubung dakwat tidak kekal pada Pilihan Raya Umum ke-13 (PRU13) lalu, Pengerusi Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR), Tan Sri Abdul Aziz Yusuf akhirnya menyatakan kekecewaannya.

Bercakap dalam satu temubual khas dengan Sinar Harian, bos SPR itu mengakui isu dakwat kekal merupakan perkara yang paling menyedihkan dalam hidupnya.

“Kalau orang tanya saya sekarang ini, apakah perkara yang paling menyedihkan dalam hidup saya, saya akan jawab dakwat kekal,” katanya dipetik.

Bagaimanapun dalam temubual itu, tiada sebarang penjelasan lanjut kenapa isu dakwat kekal tersebut menjadi perkara yang mengecewakan beliau.

Sebelum PRU13 berlangsung, SPR beberapa kali meyakinkan semua pihak khususnya rakyat bahawa dakwat yang bakal digunakan untuk pilihan raya lalu itu akan kekal sekurang-kurangnya mampu bertahan selama seminggu.

Keadaan mula menjadi ribut apabila dakwat yang digunakan oleh pengundi awal pada 30 April lalu dilaporkan boleh tanggal selepas dibasuh, sekaligus menyangkal dakwaan SPR bahawa ia mampu kekal tujuh hari.

Bermula dari itu, krisis keyakinan mula timbul terhadap SPR berhubung isu dakwat itu ditambah lagi dengan penjelasan yang disifatkan berbeli-belit yang dibuat oleh SPR untuk menjustifikasikannya.
SPR mendakwa kejadian dakwat yang mudah tanggal itu kerana petugas SPR tidak menggoncang terlebih dahulu botol dakwat tersebut.

Selepas daripada itu, timbul pula penjelasan kedua bahawa kandungan Argentum Nitrat (Perak Nitrat ataupun Silver Nitrate) di dalam dakwat kekal dikurangkan demi kesihatan para pengundi.
Pengurangan itu dikatakan punca kenapa dakwat itu boleh tanggal selepas dibasuh.

Sehinggalah pada hari mengundi pada 5 Mei lalu, ianya menyaksikan pelbagai pihak tampil membuat aduan polis mendakwa sememangnya dakwat yang dicalit sewaktu membuang undi, boleh tanggal dan tidak kekal.

KeadilanDaily


Photobucket

POLITIK DENDAM :- Tiada lagi percuma , Kerajaan BN Kedah akan tuntut caj air kepada kerajaan P.Pinang

on




PENJELASAN KERAJAAN P.PINANG TENTANG TUNTUTAN AIR MENTAH DARI KEDAH !

Kedah tidak wajar mengenakan caj air mentah kepada Pulau Pinang ini kerana Pulau Pinang (PBAPP) yang mengepam air mentah dari sisi Sungai Muda sebelah Pulau Pinang tanpa sebarang kos dikeluarkan oleh Kedah. Oleh itu, cadangan negeri Kedah untuk mengenakan Pulau Pinang untuk air mentah adalah tidak munasabah dan meminta wang untuk apa.

Adalah salah untuk Timbalan Menteri Tenaga, Teknologi Hijau dan Air, Datuk Seri Mahdzir Khalid menyatakan bahawa Pulau Pinang " mengambil air mentah yang dari Sungai Muda" seperti yang dilaporkan dalam sebuah akhbar berbahasa Inggeris pada 11 Jun 2013.

Pertama, Kedah tidak membekalkan air mentah ke Pulau Pinang. Sungai Muda mengalir melalui Pulau Pinang secara semula jadi. Kami mengambil air dari sungai sendiri menggunakan infrastruktur bekalan air kita sendiri, pada kos kita sendiri. Oleh kerana tiada kos di sebelah Kedah, mengapa perlu ada apa-apa bayaran?

Kedua, Sungai Muda yang merupakan sumber air semula jadi dan bukan projek buatan manusia seperti skim pemindahan air Johor-Melaka. Mengapa kita perlu membayar untuk air mentah dari sumber asli yang telah mengalir melalui negeri kita selama berabad-abad?

Penang mengambil atau mengepam air mentah dari Sungai Muda di dalam sempadan Pulau Pinang. Tidak seperti air mentah Johor dari dalam sempadan Johor ke Melaka

Menurut laporan berita pada 11 jun 2013, memetik dari Timbalan Menteri Tenaga, Teknologi Hijau dan Air, Datuk Seri Mahdzir Khalid sebagai berkata bahawa terdapat "kes yang kuat" untuk Kedah untuk mengenakan Pulau Pinang untuk air kerana "precedent (telah) yang ditetapkan oleh Johor yang mengenakan caj terhdap Melaka ( untuk air) ". Mahdzir keliru kerana kedua-dua kes ini adalah sangat berbeza.

Johor telah menggenakan caj Melaka untuk air mentah kerana terdapat kos infrastruktur dan operasi yang ditanggung oleh Johor di bawah Skim Pemindahan Air Interbasin Muar-Melaka Sungai. Johor terpaksa dimasukkan ke dalam infrastruktur tempat untuk pam air ke Melaka setiap hari dan pam juga menanggung tenaga, bahan api dan kos penyelenggaraan.

Saya tidak mahu mengulas secara terperinci mengenai jumlah caj - yang ada di antara Johor dan Melaka. Walau bagaimanapun, ia adalah adil untuk mengatakan bahawa terdapat alasan untuk bayaran kerana terdapat kos yang ditanggung oleh Johor untuk air sungai yang tidak melalui Melaka atau jalan sungai dikongsi dengan Melaka.

Johor mengepam air ke Melaka menggunakan infrastruktur buatan manusia pada kos Johor. Pulau Pinang mengambil air dari Sungai Muda yang mengalir secara semula jadi melalui Pulau Pinang pada kos kita sendiri. Ini adalah dua senario yang berbeza sama sekali. Saya ingin menegaskan bahawa Kedah tidak menanggung apa-apa kos apabila Pulau Pinang menarik air dari Sungai Muda dari pihak kami.

Sebelum Membuka Mulut-Nya, Timbalan Menteri Tenaga Teknologi Hijau Dan Air Menteri Perlu Memahami Konsep Hak Riparian yang memberikan hak kepada pemilik tanah Atau Negara Untuk Manfaat Daripada Aliran Asli Sumber Air Melalui Tanah Atau Negara mereka.

Dari sudut pandangan Pulau Pinang, Sungai Muda yang merupakan sumber air mentah bersama untuk Pulau Pinang dan Kedah. Ini sungai Muda adalah ciri semulajadi geografi yang mentakrifkan sempadan Pulau Pinang dan Kedah.

Selaras dengan hak sungai, atau air hak, pemilik tanah berhampiran sumber air mentah semula jadi mungkin berhak kepada aliran semulajadi, penggunaan yang munasabah dan kegunaan berfaedah. Atas sebab ini, sebelum membuka mulutnya, Datuk Seri Mahdzir Khalid harus memahami konsep hak riparian.

Sebagai contoh, Sungai Mekong berasal di China, dan berjalan melalui Laos, Vietnam, Thailand dan Kemboja. Semua negara-negara ini berkongsi hak untuk menggunakan Sungai Mekong. Tiada bayaran air mentah yang terlibat kerana tidak ada negara boleh menuntut hak milik eksklusif sungai. Contoh lain sistem sungai yang dikongsi tanpa mengenakan apa-apa caj termasuk Nil dan sungai Mississippi.

Saya tahu bahawa Mahdzir mahu menunjukkan kesetiaan kepada Kedah walaupun dilihat reputasi beliau sebagai Timbalan Menteri jahil. Walau bagaimanapun, dia harus ingat sebagai Timbalan Menteri Malaysia, beliau mewakili seluruh negara dan bukan hanya menyebelahi Kedah sebagai negerinya .

Mengapa Pulau Pinang perlu membayar untuk air sekarang apabila BN tidak pernah ditekan untuk pembayaran pada Kedah apabila BN memerintah Pulau Pinang, tetapi hanya kini bahawa Pulau Pinang perlu membayar selepas BN hilang Pulau Pinang.

Adakah ini bermakna bahawa hak-hak riparian wujud kemudian apabila BN memerintah tetapi tidak sekarang apabila PR memerintah Pulau Pinang? Daripada meminta wang dari Pulau Pinang untuk air, yang tidak pernah meminta atau dibayar oleh Pulau Pinang dalam sejarah, Mahdzir perlu menolak permintaan yang tidak munasabah Kedah untuk bayaran air mentah ini.

~ LGE



BERITA BERKAITAN:

Tiada lagi percuma , Kerajaan BN Kedah akan tuntut caj air kepada kerajaan P.Pinang


Alor Setar: Kerajaan Kedah tetap akan menuntut bayaran bagi setiap liter air dari Sungai Muda yang dibekalkan kepada Pulau Pinang.

Ia diakui sendiri Pengerusi Jawatankuasa Kerajaan Tempatan, Bekalan Air, Sumber Air dan Tenaga, Perumahan dan Pembangunan Insan Negeri, Badrul Hisham Hashim, ketika diminta mengulas isu itu yang sebelum ini didakwa mampu menjana RM20 juta setahun kepada Kedah. Beliau berkata, tiada sebab bagi kerajaan Kedah untuk menarik balik hasrat terbabit.
Adakan rundingan

Justeru, katanya, kerajaan negeri akan mengadakan rundingan dengan kerajaan Pulau Pinang dalam tempoh terdekat.

Kita akan memperhalusi semula rundingan untuk tujuan itu dalam aspek perundangan dan sejarah. Tambahan pula Pulau Pinang tidak pernah dikenakan sebarang bayaran bagi sumber air yang diperoleh daripada Sungai Muda sebelum ini.

Mudahkan perbincangan

Sebelum itu, kita akan memanggil Lembaga Sumber Air Kedah untuk mendapatkan perincian mengenainya untuk memudahkan perbincangan bersama kerajaan Pulau Pinang, katanya ketika ditemui selepas merasmikan Hari Komuniti Sihat Perpaduan Sejahtera di Taman Setia Jaya di sini, semalam.

Sebelum ini, Kedah menyatakan hasrat untuk mengenakan caj bagi setiap liter air mentah daripada Sungai Muda kepada Pulau Pinang yang dianggar mencecah RM20 juta setahun.

Perkara itu dibangkitkan kerajaan negeri sebelum ini ketika membentangkan Bajet 2013. Bagaimanapun ia menimbulkan pertikaian apabila Pulau Pinang menafikan wujud rundingan sedemikian dan tidak bercadang membayar kepada kerajaan Kedah untuk air Sungai Muda.

Mengulas lanjut, Badrul Hisham berkata, kerajaan negeri tetap akan mengadakan perbincangan dengan kerajaan Pulau Pinang untuk memuktamadkan isu berkenaan dalam masa terdekat.



Photobucket

Kereta Rasmi Kerajaan: Selamat jalan kereta nasional, Proton...!

on



Sisa-sisa projek kereta nasional akan berakhir tidak lama lagi kerana Putrajaya akan menggantikan penggunaan Proton Perdana V6 yang telah lama sebagai limosin rasmi dengan Honda Accord sementara kerajaan negeri Pahang akan menggunakan Volkswagen Passat.

Kedua-dua model sekarang ini dipasang oleh pemegang saham terbesar Proton Bhd iaitu DRB-Hicom Bhd di Pekan di mana ahli Parlimennya adalah Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak.
Kenderaan baru itu untuk menteri Kabinet, timbalan menteri dan ahli majlis kerajaan negeri (Exco). Jumlah kos keseluruhan pembelian masih belum ditentukan.
Kerajaan negeri lain perlahan-lahan telah menggantikan Perdana yang mempunyai kapasiti enjin dua liter dan dibuat pada tahun 2010 – sekarang ini terbukti mahal untuk diselenggara.
The Malaysian Insider difahamkan kedua-dua kerajaan pusat dan kerajaan negeri Pahang telah menolak Toyota Camry sebagai kenderaan rasmi mereka kerana ianya dipasang di negara jiran Thailand.
“Pertimbangan utama adalah kenderaan mestilah dipasang di sini,” kata sumber kepada The Malaysian Insider.
Beliau mengatakan Putrajaya akan menggunakan model Honda Accord berkapasiti enjin 2.4 liter sementara kerajaan Pahang akan mengambil Volkswagen Passat berkapasiti enjin 2.0 liter. Difahamkan, sebuah Volkswagen Toureg juga telah dibeli untuk kerajaan negeri Pahang.
Penggantian lain bagi Perdana termasuk Mercedes-Benz E200 Kompressor oleh kerajaan Terengganu pada tahun 2008, menggantikan Perdana V6 Eksekutif tahun 2004 mereka.
Kedua-dua Selangor dan Perak juga telah menggantikan Perdana mereka dengan Toyota Camry sementara kerajaan negeri Sabah menggunakan Volvo S80s.
Proton telah melancarkan model berkos rendah Saga SV hujung minggu lalu akan tetapi tidak menyatakan sama ada akan mengeluarkan model berkuasa tinggi yang boleh menggantikan Perdana.
Terdapat spekulasi tentang model baru Perdana berasaskan Passat apabila perjanjian diantara Proton dan Volkswagen dibincangkan sekitar 2004-2007. Akan tetapi rancangan itu dibatalkan apabila Volkswagen mengumumkan rundingan kerjasama menemui kegagalan.
Terdapat juga perbincangan diantara Proton dan Mitsubishi pada 2005 untuk model baru Perdana berasaskan Mitsubishi 380 sedan yang menghentikan pengeluaran pada 2008.
Spekulasi lain tentang penggantian Perdana adalah menggunakan platform Proton Exora iaitu Nissan Fuga atau berkongsi casis dengan Honda Accord akan tetapi tiada perkembangan.
Perdana merupakan model terbaik Proton yang menggeluarkan model pertama Saga pada tahun 1985 dalam program industri berat dimulakan oleh perdana menteri paling lama berkhidmat Malaysia, Tun Dr Mahathir Mohamad.
Perdana SEi diperkenalkan buat pertama kali sedekad selepas model pertamanya dan dibuat dari 1995 hingga 1998. Ia berdasarkan kepada platform Mitsubishi Galant dan menggunakan enjin 2.0L 4G63 SOHC pembuat kereta Jepun itu.
Generasi pertama Perdana merupakan model pertama Proton menawarkan sistem brek anti-kunci (ABS) dan kawalan pemanduan. Pada tahun 1997, Perdana diberikan wajah baru dengan jeriji krom, reka bentuk rim baru, warna badan yang baru dan hiasan dalaman dipertingkatkan.
Pada tahun 1999 Proton menggeluarkan Perdana yang menggunakan enjin Mitsubishi 2.0L 6A12 V6 dengan bodykit dan rim 16 inci. Pada tahun 2003, Perdana V6 telah melakukan prubahan yang besar dan diberi wajah serta bumper baru. Di dalam, perubahan besar turut dilakukan. Model ini kekal dijual sehingga awal 2010.
Terdapat juga Proton Perdana V6 versi mewah dengan kepanjangan melebihi 25 cm (10 inci) di pintu sisi - di gelar Proton Perdana V6 Executive yang diubah oleh Automotive Conversion Engineering (ACE), salah satu unit EON - khusus dalam membangunkan limosin untuk negarawan.
Seperti Perdana asal, Perdana V6 juga tidak dieksport ke Eropah. 


Photobucket

TENGOK NI SAHABAT BAIK....!

on




Rakaman gambar Naib Presiden Kanan UMNO merangkap Menteri Dalam Negeri Dato' Seri Ahmad Zahid Hamidi ketika melakukan kunjungan rasmi ke lokasi tragedi penabat kilat Menara UMNO Pulau Pinang Jalan Macalister, George Town, Pulau Pinang runtuh, yang mengakibatkan kematian 3 orang, sedang meletakan tangan kirinya diatas bahu kiri YB Lim Kit Siang sambil berjalan seiring dengan Ketua Menteri Pulau Pinang, YAB Lim Guan Eng petang tadi,  besar kemungkinan akan mengundang kemarahan para penyokong UMNO yang totok termasuklah ahli Perkasa yang cukup terkenal sebagai amat bencikan DAP dan Lim Kit Siang.

Umum sudah pun sedia maklum.. para blogger pro UMNO cukup meluat habis dengan YB Lim Kit Siang ni sebagai pemimpin ulung DAP.

Macam-macam kata-kata cerca maki hamun dan fitnah liar dilemparkan keatas Lim Kit Siang.

Adakah dengan terpaparnya rakaman gambar ini para blogger UMNO akan berubah dari marah kepada kasih kepada YB Lim Kit Siang atau dari puja DS Ahmad Zahid Hamidi menjadi cerca????

Ada suara-suara nakal bersuara kononnya Zahid Hamidi kelihatan mempamirkan sikap mesra kepada Lim Kit Siang kerana sebelum ini YB Lim Kit Siang cukup tegas mengesa pihak berkuasa ambil tindakan tegas keatas Zahid Hamidi atas satu laporan polis yang dibuat semasa beliau masih seorang Timbalan Menteri, pukul seorang lelaki di rumahnya di Country Height, Kajang Selangor, sehingga mengesa beliau ambil cuti panjang sehingga kesnya selesai.


Demi berbaik sangka...adakah pendirian politik Zahid Hamidi kini sudah berubah daripada keras tidak bertempat kepada politik berhemah?... Wallahuakhlam Bissawab...



Photobucket

POLITIK DENDAM :- Beruk dihutan disusukan, anak dipangkuan mati kelaparan......!

on



Siapa yang menjual negara Malaysia kepada bangsa asing? Terbukti inilah kerja-kerja pengkhianatan yang dilakukan oleh tangan-tangan Melayu Umno sendiri. 

Pemimpin-pemimpin Umno lebih mementingkan tengkorok mereka sendiri daripada memperjuangkan nasib anak bangsa sendiri.

Demi mahu mengekalkan kekuasaan Melayu konon. Tetapi yang sebenarnya adalah semata-mata mahukan kuasa untuk membolot harta kekayaan negara. 

Mereka mendabik dada memperjuangkan nasib bangsa Melayu dengan laungan Hidup Melayu, tetapi sebaliknya Umno sendiri menjadi petualang dan mengkhianati bangsa dan tanah air sendiri.

Beruk dihutan disusukan, anak dipangkuan mati kelaparan.Itulah Umno!


Warga India sertai RELA, dapat BR1M

Seorang warganegara India yang tiba di Sabah mendapat kerakyatan Malaysia dalam tempoh dua tahun. Dia kemudian menyertai pasukan Ikatan Relawan Rakyat Malaysia (RELA) dan menerima bantuan RM500 untuk golongan berpendapatan rendah. 

Peer Mohamad Kadir yang lahir di Chennai dalam kawasan Tamilnadu, India, memberitahu suruhanjaya diraja (RCI) pendatang asing di Sabah hari ini bahawa beliau tiba pada 1984 bersama pakciknya menggunakan pasport India. 

Pada 1986, pakciknya membantunya memohon kad pengenalan biru di Jabatan Pendaftaran Negara di Kota Marudu, kata Peer Mohamad apabila disoal oleh pegawai pengendali Jamil Aripin (kanan atas). 

Katanya, pakciknya menggunakan akuan bersumpah untuk memohonnya dan ia berjaya. Sebelum 1991, akuan bersumpah digunakan sebagai bukti menunjukkan seseorang sebagai rakyat Sabah dan ia membuka ruang kepada penyelewengan.~ Nigel Aw @Malaysiakini


Photobucket

Followers

pop up text

Blog Archive

Top Ranking Pro PR

My Blog List