Gara-gara tulisannya di laman Twitter, Ezam Mohd Nor kini diheret ke Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan (JAWI) atas tuduhan membuat tuduhan qazaf terhadap bekas bosnya Datuk Seri AnwarIbrahim.
"Kita percaya, ini adalah laporan pertama melibatkanTwitter dikemukakan kepada JAWI," kata Shamsul (kanan) pagi tadi.
Beliau yang juga pengerusi PKR Melaka berkata, aduan tersebut dibuat berdasarkan beberapa tulisan Ezam di laman blog mikro itu, antaranya:
"Saya juga telah lihat betapa jijiknya kerana kuasa politik seorang isteri sanggup biarkan suaminya fitnah orang untuk tutup perangai kejinya yang meliwat."
Reaksi spontan Ezam
Sementara itu, Ezam dalam reaksi spontan menerusi twitter berkata beliau tidak gentar dengan tindakan mengheretnya ke JAWI.
“Dakwa qazaf - saya tidak gentar dan sedia bersumpah di mahkamah syariah pertahan setiap patah perkataan saya dalam twitter atau di mana saja,” tulisnya.
“Dakwa qazaf - saya tidak gentar dan sedia bersumpah di mahkamah syariah pertahan setiap patah perkataan saya dalam twitter atau di mana saja,” tulisnya.
Sumber:- Malaysiakini
0 comments:
Post a Comment